• Tidak ada hasil yang ditemukan

2. Hubungkait pembenterasan korupsi dengan urus tadbir baik yang dilakukan oleh

1.8 Metodologi Kajian 87

Kajian ini menganalisis tentang Peranan Komisi Pemberantasan Korupsi Dalam Merealisasikan Urus Tadbir Baik Menurut Islam di Indonesia. Untuk mencapai objektif kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan beberapa metode penyelidikan seperti kaedah pengumpulan data. Kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan ini dilakukan dengan enam cara iaitu; perpustakaan, pemerhatian observers, wawancara, dokumentasi, sejarah dan hukum.

i. Perpustakaan

Kajian Perpustakaan ialah penyelidikan yang dilakukan untuk mendapatkan dan menghimpun data-data dalam bentuk dokumen berhubung topik kajian. Data kajian perpustakaan diperoleh melalui buku-buku rujukan, akhbar, jurnal, kertas kerja,

majalah, ensiklopedia, laporan bertulis, laman web dan lain-lain.88 Penyelidikan

perpustakaan ini menjadi maklumat asas kepada landasan hasil kajian. Kaedah perpustakaan ini banyak digunakan dalam menghuraikan landasan teori tentang hal-hal yang berkaitan dengan urus tadbir baik dan korupsi dalam pandangan Islam.

Setakat ini penulis telah mencari data yang ada di perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Pusat Islam. Dari sana penulis juga telah meninjau bahan-bahan yang berkaitan di perpustakaan lain melalui jaringan internet. Penulis kesulitan mendapatkan tesis yang berkaitan dengan

87 Beberapa point dalam metodologi kajian ini penulis ambil dari tesis Master penulis di Jabatan Siasah Syar`iyyah yang bertajuk Perkembangan Hak Asasi Manusia Dari Tahun 1945 hingga 2003.

88 J. Francis Rummel, An Introduction to Research in Education. C. 2, (New York: Harper & Row Publishers 1964), 59.

University

29

KPK di pelbagai universiti Indonesia, Malaysia, dan negara lain kemungkinan disebabkan oleh kerana kurangnya publishiti karya mereka di media online.

Disaat ramai kawan lain bertanya “bila nak habis?”, guru merangkap sahabat baik penulis pakar astronomi ilmu Falak Prof. Dr. H. Susiknan Azhari tanpa diminta telah bermurah hati dan bersusah payah mengumpulkan dan membawa dari Yogyakarta ke Kuala Lumpur berkilo-kilo surat khabar tahun 2013-2014 yang berisi berita dan isu semasa tentang korupsi dan pemberantasan korupsi oleh KPK. Beliau juga mencarikan bahan-bahan lain untuk tesis ini dan mencarikan contact number pimpinan dan mantan pimpinan KPK untuk tujuan wawancara.

Dari jaringan internet pengkaji juga telah mengunduh data-data KPK yang sememangnya terbuka untuk diunduh oleh semua orang di laman web www.kpk.go.id. KPK mengamalkan sistem ketelusan yang mengharuskan mereka membuka data-datanya pada masyarakat awam melalui media cetak, radio, televisi, media online dan sebagainya. Dari data yang telah penulis seleksi, penulis telah mencetak lebih daripada 6000 halaman untuk kepentingan kajian ini.

ii. Wawancara

Kajian ini menggunakan wawancara dengan pimpinan dan mantan pimpinan Komisi Pemberantasan Korupsi. Wawancara juga dilakukan dengan sejumlah tokoh yang berwenang dan terlibat dalam gerakan anti korupsi.

Di keranakan hampir semua data tentang KPK dan pimpinan KPK dengan mudah diperoleh melalui pelbagai media cetak dan online, maka penulis hanya menjadikan wawancara untuk tujuan memastikan kebenaran data yang sedia ada. Penguatan data ini tentu sahaja hanya sebagai penguat dan pengakuan dalam beberapa isu yang dianggap penting sahaja. Menurut Lexi, pertanyaan yang perlu di utarakan ialah yang berkaitan dengan; pengalaman atau perilaku, pendapat dan nilai, perasaan,

University

30

pengetahuan, indera, yang berkaitan dengan latar belakang atau demografi.89 Pengkaji

juga melakukan wawancara pada pimpinan KPK yang bergerak bidang dokumentasi atau media melalui email, di mana ia dikelola oleh staf KPK bidang maklumat.

Panduan asas wawancara disiapkan sebelum penulis menuju ke tempat kajian penyelidikan. Individu yang diwawancara pula telah dijangka terlebih dahulu. Pola asas adalah panduan dalam wawancara yang mengandungi sejumlah daftar soalan yang perlu ditanyakan dan dicari jawapannya daripada para responden. Langkah pertama yang penulis tempuh ialah dengan cara memilih responden yang layak dan patut di wawancara. Ianya tentu sahaja adalah pimpinan dan kaki tangan KPK itu sendiri. Penulis juga memanfaatkan beberapa kawan di organisasi Muhammadiyah untuk menghubungkan penulis dengan tokoh yang patut diwawancarai seperti mantan ketua KPK Busro Muqodas yang juga merupakan mantan pimpinan dalam organisasi Muhammadiyah.

Dikeranakan kawasan Indonesia yang luas dan para pimpinan KPK berasal dari pelbagai daerah dan wilayah yang susah ditemui satu persatu, maka penulis menggunakan method wawancara email dan telefon dalam rangka penjimatan kos dikeranakan penulis tidak mendapat biasiswa.

Dalam wawancara berjadual penulis menanyakan beberapa soalan seperti;

1. Sejauhmana amalan dan budaya good governance diamalkan di KPK

2. Bagaimana peranan KPK dalam merealisasikan good governance di Indonesia,

3. Apa langkah-langkah yang perlu dilakukan KPK untuk mempergiatkan

pemberantasan korupsi di Indonesia,

4. Apa kelebihan serta kekurangan KPK

89 Lexi J. Moleong. Metodologi Penelitian Kualitatif. (Bandung: Penerbit Remaja Rosda Jaya 2010), 193.

University

31

5. Apa idea dan saran Bapak terhadap KPK untuk meningkatkan good governance

di Indonesia.

Pertanyaan bukan hanya ditujukan pada pegawai, pimpinan atau mantan pimpinan KPK tetapi juga pada tokoh masyarakat, dan NGO yang bergerak bidang anti korupsi lainnya. Wawancara juga dapat penulis lakukan di saat mengikuti seminar, ceramah dan program-program yang berkaitan dengan anti korupsi. Kesempatan itu penulis manfaatkan untuk menanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan tesis atau yang berkaitan dengan ceramah, pidato dan seminar yang dia sampaikan. Ini terutama kepada para akademis, aktivis, dan pegawai serta mantan pegawai KPK. Penulis telah mengikuti seminar bersama mantan penasihat KPK Abdullah Hehamahuwa di Fakulti Sastera Universiti Malaya dan juga seminar yang penulis ikuti bersama barisan pimpinan KPK di Kedutaan Besar Indonesia Kuala Lumpur.

Dalam Forum 16th International Anti Corruption Conference 2015 di PICC

Putrajaya penulis berjaya mewawancarai beberapa orang dari Indonesia Corruption Watch (ICW), Transoarency International (TI), Masyarakat Pemantau Peradilan Indonesia (MaPPI), dan GIZ iaitu sebuah badan anti korupsi yang bekerjasama dengan German.

Hampir semua pimpinan dan mantan pimpinan KPK tidak mahu penulis wawancara melalui media seperti email, whatsapp, telefon dan sebagainya. Barangkali mereka berpegang teguh pada kerahsiaan data serta kode etika dan data yang mereka keluarkan melalui laman sesawang www.kpk.go.id sudah dianggap mencukupi.

iii. Pemerhatian

Dalam kajian kualitatif, pemerhatian (observasi) merupakan kaedah yang asas dan mustahak yang mampu membuka secara kritis terhadap masalah-masalah yang

University

32

dikaji. Ianya digunakan untuk menyelidiki hubungan yang kompleks dan asas dalam

penelitian ilmu sosial.90

Kaedah ini penting dalam menilai dan menganalisis apa sahaja peranan dan usaha yang dilakukan oleh KPK dalam usaha merealisasikan urus tadbir baik dalam bentuk pemberantasan korupsi. Selain itu juga kaedah ini digunakan untuk mengamati tentang keadaan sebenar di lapangan secara rambang tentang fenomena yang berlaku mengenai korupsi dan urus tadbir baik, terutama apa yang di liput melalui media semasa.

Secara lebih mendalam kaedah penelitian ini digunakan untuk memperoleh data tentang apa dan bagaimana peranan KPK dalam merealisasikan urus tadbir baik dalam hal pemberantasan korupsi oleh KPK. Apa yang pengkaji lakukan antara lain adalah dengan mengamati perubahan yang berlaku pada pelayanan awam di tempat-tempat yang pengkaji kunjungi baik dengan sengaja mahupun tidak sengaja seperti dengan memerhati apa yang dilakukan oleh KPK contohnya dengan meletakkan logo KPK, moto dan kempen-kempen anti korupsi dalam bentuk banner, pelekat, pin dan sebagainya. Dan membandingkan dengan perilaku penjawat awam semasa sebelum keberadaan KPK.

Pemerhatian dilakukan dengan dua cara, iaitu pemerhatian secara langsung (participant observation) dan pemerhatian secara tidak langsung (non participant

observation).

Pemerhatian secara langsung bermaksud bahawa peneliti terlibat secara langsung dan intensif dalam kegiatan penyelidikan dan mengadakan hubungan secara

langsung dengan institusi yang diselidiki.91 Untuk itu peneliti memanfaatkan semua data

90 Kathrine Marshal & Rosman. Design Qualitative Research. (California: Sage Publicatian 1995), 80.

91 Sulaiman Masri. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan Esei, Proposal, Tesis. (Kuala Lumpur: Utusan Publication& Distributor 2003), 61.

University

33

dan fakta yang ada dalam membuat analisa. Khas dalam hal ini KPK telah membuat program Island of Integrity yang bertujuan memberikan contoh institusi kerajaan dan

wilayah yang mendapat nilai terbaik dalam pemberantasan korupsi.92 Menerusi

pengamatan secara langsung terhadap pelbagai-bagai aspek diharapkan penulis memperoleh gambaran luas tentang apa dan bagaimana sebenarnya yang berlaku. Jika kewangan mencukupi, penulis akan mengunjungi pejabat KPK di Jakarta dan jika diberi kebenaran penulis akan mengikuti kegiatan KPK dari dalam untuk beberapa lama. Namun ini tentu sahaja tidak mudah, sebab dalam KPK terdapat unsur kerahsiaan dan tertutup dalam beberapa kes penting.

Apa yang penulis amati secara langsung adalah; 1. Melihat apa sahaja usaha yang dilakukan KPK dalam pemberantasan korupsi. 2. Bagaimana strategi KPK dalam pemberantasan korupsi di institusi terkait dan 3. Berapa tingkat keberhasilan KPK dalam pemberantasan korupsi.

Penulis memandang perlu untuk melakukan pemerhatian secara tidak langsung. Pemerhatian ini dilakukan ketika berlangsungnya kegiatan pemantauan oleh pihak kerajaan. Pemerhatian seperti ini dilakukan daripada jarak yang agak jauh, oleh itu kemungkinan data yang diperoleh tidak lagi memuaskan sepenuhnya. Kaedah ini banyak digunakan dalam menghuraikan pembahasan kajian penyelidikan. Pemerhatian tidak langsung penulis lakukan dengan mengamati media hampir setiap hari.

iv. Kaedah Dokumentasi

Kaedah dokumentasi adalah kaedah mencari data atau maklumat yang sedia ada mengenai perkara-perkara atau variable yang berupa catatan, transkrip, buletin, majalah

dan lain-lain.93 Teknik ini digunakan untuk memperoleh data yang bersifat dokumentar

yang terdapat di pelbagai tempat. Data yang diperoleh di pelbagai-bagai perpustakaan

92 KPK, Integrito Vol. 13/IV (Januari-Februari 2012), 21.

93 Suharsimi Arikunto. Prosedur Penelitian. (Jakarta: Penerbit Bina Aksara 1985), 132.

University

34

adalah seperti konsep pengentasan jinayah korupsi (tindak pidana). Semua data itu kemudian ditelaah secara cermat dan akurat. Dokumen-dokumen tersebut menjadi sumber yang sangat mustahak dalam kajian ini.

Dokumen yang berhasil penulis dapatkan antara lain adalah keratan surat khabar media mainstream yang berkaitan dengan korupsi.

v. Kajian Sejarah

Kaedah kajian sejarah adalah suatu proses untuk menentukan adanya pendapat yang tepat mengenai kajian. Ianya pula bermaksud sebagai proses pengumpulan data dan pemecahan ilmiah melalui perspektif sejarah mengenai masalah yang dibahaskan dalam kajian ini. Penggunaan kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan data-data yang

mempunyai nilai sejarah.94 Sejarah yang diteliti dalam kajian ini adalah catatan-catatan

tentang sejarah perjalanan pemberantasan korupsi di Indonesia.

Sejarah pemberantasan korupsi di masa Orde Lama masa kepimpinan Soekarno, Orde Baru masa kepimpinan Presiden Soeharto dan selepas gerakan pelajar 1998. Ia menjelaskan tentang bagaimana pendekatan yang dilakukan oleh setiap era dalam pemberantasan korupsi. Apa yang menyebabkan pemberantasan korupsi selama ini gagal dan bagaimana cara KPK dalam mengatasi kegagalan itu.

Melalui pendekatan sejarah, maka diharapkan sebuah pertanyaan yang ada dalam pendahuluan akan terjawab iaitu; mengapa negara di mana umat Islam nya terbesar di dunia dengan 88.4 % atau 215 juta beragama Islam tapi korupsi bermaharajalela. Apakah kerana salah Islam atau kerana kepimpinan sekular dan dasar yang anti Islam.

94 Imam Barnabib. Erti dan Metode Sejarah Pendidikan. (Yogyakarta: Penerbit Yayasan Penerbit FIP-IKIP, 1982), 52.

University

35

Tesis MA penulis tentang perkembangan hak asasi manusia di Indonesia banyak membantu tentang kajian sejarah ini. Ini kerana ia dapat mengungkap latar belakang sejarah, budaya dan sosial masyarakat Indonesia selama ini. Sejarah itu diringkaskan ke dalam orde lama, orde baru dan era reformasi.

vi. Kajian Hukum

Tesis ini menggunakan pendekatan kajian hukum yang menerangkan bagaimana kedudukan hukum KPK dalam konstitusi Indonesia. Kajian hukum ini juga bertujuan untuk menilai sejauh mana korupsi dalam pandangan hukum perlembagaan Indonesia. Antara lain; undang-undang nomor 3 tahun 1971 tentang pemberantasan tindak pidana korupsi, Undang-undang nombor 7 Tahun 2006 tentang konvensi PBB anti korupsi 2003, Undang-undang nombor 46 tahun 2009 tentang pengadilan tindak pidana korupsi, Undang-undang nombor 8 tahun 2010 tentang pencegahan dan pemberantasan tindak pidana pencucian wang. Undang-undang nombor 28 tahun 1999 tentang penyelenggaraan negara yang bersih dan bebas dari korupsi, pakatan sulit dan nepotisme, undang-undang nombor 31 tahun 1999 tentang pemberantasan tindak pidana korupsi, undang-undang nombor 30 tahun 2002 tentang komisi pemberantasan tindak pidana korupsi, ketetapan MPR nomor XI tahun 1998 tentang penyelenggaraan negara yang bersih dan bebas dari korupsi, pakatan sulit dan nepotisme, instruksi Presiden nomor 5 tahun 2004 tentang percepatan pemberantasan korupsi, undang-undang nomor 20 tahun 2001 tentang perubahan UU nomor 31 tahun 1999 tentang pemberantasan tindak pidana korupsi, peraturan presiden nomor 55 tahun 2012 tentang strategi nasional pencegahan dan pemberantasan korupsi jangka panjang tahun 2012-2025 dan jangka menengah tahun 2012-2014, peraturan pemerintah nomor 71 tahun 2000 tentang tata cara pelaksanaan peran serta masyarakat dan pemberian penghargaan dalam pencegahan dan pemberantasan tindak pidana korupsi. Instruksi presiden nomor 9 tahun 2011 tentang rencana aksi pencegahan dan pemberantasan korupsi.

University

36