• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan Kit Asas Pad dalam Kalangan Pelajar Teknikal yang Berbeza Gaya Kognitif di Kolej Vokasional KPM

INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian ini, instrument yang akan digunakan adalah set soalan ujian yang mana akan diedarkan kepada 20 orang pelajar sebagai kumpulan rawatan dan 20 orang pelajar sebagai kumpulan kawalan melibatkan pelajar tingkatan 4 Pengajian Kejuruteraan Awam.

Keesahan produk

Untuk mendapatkan keesahan kepada model yang dibina, pengkaji telah membuat pengesahan pakar. Pengesahan pakar dilakukan untuk menilai kesesuaian produk yang dihasilkan iaitu model asas pad sebagai kit mengajar. Untuk pengesahan pakar ini pengkaji telah memilih guru-guru yang berpengalaman di Kolej Vokasional Batu Pahat yang mengajar bidang kejuruteraan awam bagi menilai kesesuaian model sebagai kit pengajaran.

Soal selidik

Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data daripada pelajar. Aspek utama yang ditekankan dalam borang soal selidik tersebut adalah dari aspek tahap penerimaan pelajar terhadap model yang dibangunkan, iaitu dari aspek mesra pengguna, menarik dan mudah digunakan. Satu set borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada responden selepas selesai sesi P&P.

Soalan jenis likert digunakan dalam soal selidik ini. Soalan jenis ini lebih mudah ditadbir dan mempunyai format yang memudahkan data dianalisis (Mohamad Najib, 2003) dalam Arifin (2007). Jadual 1 di bawah adalah deskripsi Skala Likert Lima Mata yang digunakan dalam borang soal selidik.

Jadual 1: Skala likert lima mata (Mohammad Najib, 2003)

1(STS) 2(TS) 3(TP) 4(S) 5(SS)

Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

Hasil perolehan data daripada borang soal selidik yang telah diisi diproses , dianalisi dan dinilai menggunakan perisian komputer untuk mendapatkan keputusan hasil dapatan. Semua data yang diperoleh melalui set soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan perisian

Statistical Package for Social Science (SPSS). Menerusi SPSS, data yang ringkas dan kompleks

dapat dianalisis dengan cepat dan ia dapat dipesembahkan dalam bentuk peratusan dan jadual.

Temubual berstruktur

Temubual berstruktur dijalankan bagi mendapatkan data daripada guru. Dua soalan berbentuk subjektif akan diajukan kepada guru tersebut. Aspek yang ditekankan adalah dari aspek model yang dibangunkan adakah rekabentuk ABBM yang dibangunkan ini sesuai dan mempunyai kebolehgunaan dalam proses P&P.

Kajian rintis

Chua (2006), menyatakan bahawa sebelum kajian sebenar ke atas responden dijalankan, set soal selidik diuji melalui suatu kajian rintis (pilot study) yang bertujuan untuk melihat kebolehlaksanaan atau kemunasabahan sesuatu kajian yang bakal dilakukan. Kajian rintis yang dibuat juga berfungsi untuk menguji dan membina keberkesanan instrument kajian serta menilai kesesuaian soalan kajian yang telah dibina. Menurut beliau lagi, kajian rintis harus dijalankan dengan menggunakan sebilangan kecil individu yang mempunyai latar belakang demografi yang serupa dengan responden kajian. Oleh yang demikian, seramai pengkaji telah menggunakan 10 orang pelajar tingkatan 4 Kejuruteraan Awam dari Kolej Vokasionl Batu Pahat telah dipilih sebagai sampel bagi kajian rintis yang dijalankan,

Setelah responden selesai menjawab set soal selidik yang diberikan, setiap jawapan dianalisis dengan analisis item berasaskan pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi menentukan item-item yang harus dikekalkan ataupun diasingkan dari set soal selidik ini. Menurut Abd. Ghafar (1999), beliau menyatakan bahawa kajian yang mencapai nilai alpha 0.6 hingga 0.9 adalah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang tinggi. Ini dikukuhkan lagi dengan penyataan Konting (2000), bahawa meskipun tiada batasan khusus yang boleh digunakan bagi

menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi sesuatu alat ukur, pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.6 sering digunakan dan menjadi rujukan paling minimum untuk diterima.

Tafsiran skor min

Bagi memudahkan analisis data dilakukan, julat min digunakan oleh pengkaji. Tafsiran Skor Min yang digunakan adalah seperti dalam jadual 2.

Jadual 2: Tafsiran skor min (Muhammad Najib,2003)

SKOR MIN TAFSIRAN

4.51-5.00 Sangat positif

3.51-4.50 Positif

2.51-3.50 Neutral

1.51-2.50 Negatif

1.00-1.50 Sangat Negatif Kuasi eksperimen (Penyelidikan eksperimen)

Penyelidikan eksperimen merupakan satu-satunya jenis penyelidikan yang boleh menguji hipotesis untuk menentukan hubungan berbentuk sebab dan akibat (Gall, Gall & Borg, 2007). Dalam kaedah eksperimen, penyelidik menguji hipotesis untuk menentukan hubungan berbentuk sebab dan akibat dalam sistem yang tertutup dan terkawal. Struktur metadologi ini juga secara amnya adalah ringkas di mana penyelidikan eksperimen dilaksanakan apabila penyelidik ingin menentukan kewujudan hubungan antara pembleh ubah yang tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar.

Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (1996) meyatakan bahawa penyelidik yang menemui dua situasi untuk penilaian dan perbandingan akan cuba mengubah salah satu situasi itu dengn memasukkan satu pemboleh ubah luaran. Selepas perubahan dilakukan kedua-dua situasi akan dinilai semula. Sekiranya berlaku perubahan kepada salah satu situasi tersebut, perubahan itu dianggap terjadi disebabkan oleh pemboleh ubah yang digunakan. Dalam erti kata lain, pemboleh ubah tidak bersandar dimanipulasikan untuk melihat kesan nya ke atas pemboleh ubah bersandar. Berikutan perubahan pada pemboleh ubah bersandar, penyelidik boleh menyimpulkan bahawa tiada pemboleh ubah lain selain daripada pemboleh ubah tak bersandar yang telah menyebabkan kesan tersebut.

Penyelidikan eksperimen ini adalah berbeza berbanding penyelidikan yang lain kerana penyelidik berupaya memanipulasikan pemboleh ubah bebas serta membuat keputusan untuk memberi rawatan yang sesuai ( apa yang akan dilakukan ke atas subjek penyelidikan tersebut), kepada siapa rawatan akan dijalankan, dan setakat mana rawatan akan diberi (Fraenkel & Wallen, 2006). Pemboleh ubah bebas yang lazimnya dimanipulasikan dalam penyelidikan eksperimen dalam bidang pendidikan termasuklah pendekatan instruksi, jenis tugasan, bahan mengajar, ganjaran yang diberi kepada pelajar serta corak soalan yang ditanya oleh guru. Pemboleh ubah bersandar yang sering kali diselidik pula ialah pencapaian akademik, minat dalam sesuatu mata pelajaran, motivasi serta sikap terhadap sekolah.

Analisis

Ketika fasa analisis melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dikenalpasti, maka proses analisis perlu dilaksanakan bagi mencari punca atau faktor yang menyebabkan masalah tersebut.

Dalam fasa ini masalah yang ingin diselesaikan akan dikenalpasti secara keseluruhannya. Fasa ini melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenal pasti masalah yang ingin diselesaikan dengan cara terbaik. Pada fasa ini pengkaji menjalankan dua analisis iaitu seperti berikut: (i) Analisis terhadap masalah

(ii) Analisis terhadap rujukan

KESIMPULAN

Model Struktur Asas Bangunan iaitu Asas Pad Sebagai kit pengajaran yang telah dibina ini sesuai digunakan di kolej vokasional yang lain memandangkan silibus Pengajian Kejuruteraan Awam bagi seluruh kolej vokasional di Malaysia adalah sama.

Model asas pad yang dibina akan memudahkan pemahaman pelajar memandangkan asas yang sebenar terletak di bawah tanah dan tidak dapat dilihat di bahagian permukaan. Selain itu, model ini juga dapat dikaitkan dengan subjek lain bagi silibus kejuruteraan awam iaitu bagi subjek Taksiran di mana ianya melibatkan proses pengiraan bagi merekabentuk sesuatu asas pad. Penyelidik telah membangunkan model asas pad mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan dan pelajar dapat menerima rekabentuk model asas pad yang dibina dengan menekankan aspek yang ditentukan dalam pembangunan model ini iaitu dari segi mesra pengguna, mudah dibawa dan selamat digunakan.

RUJUKAN

Abd. Hamid, M. A. (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai: Penerbit UTM ms 249-287. Abdul Ghafar, M.N. (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor: Penerbit UTM Malaysia Abdul Jalil, M.K. (2000). Proses dan Kaedah Rekabentuk. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Rahman, M.H. (2000). Media Pengajaran: Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan. Selangor : Penerbit UPM.

Abdul Rashid, A.R., Abdul Talib, A.A, Md. Din, A.G. dan Haron, M. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abdullah, S., Abdullah, N., bachok, S. dan R. Kalyani (2005). Internet Sebagai Media Dalam Pengajaran

dan Pembelajaran: Ciri-ciri dan Aplikasinya. Skudai : Seminar Pendidikan UTM.

Abu Hassan, N. (1997). Perancangan, Penerangan dan Pengurusan Media Pengajaran. Edisi keenam Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

Alsagof, S.A. (1983). Psikologi Pendidikan II: Psikologi Pembelajaran Dan Kognitif Bimbingan dan

Kaunseling. Selangor : Hereman Sdn. Bhd.

Alsagoff, S.A. (1984). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 81-86. Arifin, M.A. (2007). ABBM : Model Kedudukan Tetulang Dalam Struktur Bangunan. UTHM : Tesis

Aris, B. , Yahaya, N. Harun, J. ,Tasir, Z. (2000). Modul Teknologi Pendidikan. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Aris, B. Harun, J. Yahaya, N. dan Tasir, Z. (2000). Teknologi Pendidikan : Siri Modul Pengajaran. Johor : Penerbit UTM

Arshad, M. Y. (1991). Belajar Untuk Berjaya, Strategi Bagi Menguasai, Meminati dan Mendalami bahan

Bacaan Pelajaran. Kuala Lumpur. Pustak Antara.

Ary, D. Jacobs, L.C., & Razavieh, A. (2002). Introduction to Reseach in Education (6th ed.) Belmont, CA: Wadsworth.

Awang, M. (1999). Psikologi Kognitif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Badron, J. (1988). Teknologi Bangunan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baharom et al (2007). Kamus Dewan. Edisi keempat. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Bandura, A.(1977). Social Learning Theory. New York: General Learning Press.

Bilal Sidek, A.M. (1995). Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains Perpustakaan. Luala Lumpur : Darul Fikir.

Bruner, J.S.(1961). The Act Of Discovery, dalam Harvard Educationl Review 31(1), ms 21-32 Chua, Y.P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Malaysia : Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. E.Walker, D. (1998). Strategies For Teaching Differently. California : Cowin Press Inc.

Ee, A.M. (1996). Murid dan Proses Pembelajaran. Asas Pendidikan 2. Edisi ke-2. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ee, A.M. (2000). Psikologi Pendidikan I. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd. Ee, A.M. (2002). Pedagogi III. Edisi Kedua. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee, A.M. (2003). Psikologi Pendidikan II. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Eggen. P & Kauchak, D.(2007) Educational Psycology Windows on Classrooms (edisi ketujuh). Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Fraenkel, J.R., & Wllen, E. W.(2006). How to Design and Evaluate Research in Education. Boston MA: McGraw-Hill.

Gagne, R.(1985). Condition Of Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Gagne, R.M. & Briggs, L.J (2005) Principles of Instructional Design (edisi kedua). New York: Holt, Rinehart and Winston.

Gall. M.D. , Gall. J.P. , & Borg, W.R.(2007). Educational Recearch: An Introduction. Boston: Pearson Education.

Gay, L.R. (1996). Eductional Research: Competencies For Analysis and Application (5th Ed.). Upper Saddle

River, NJ: Prentice-Hall.

Gregg, L.W.(1972). Cognition in Learning And Memory. New York. Wiley

Hassan, A.F. (2002). Penggunaan Minda Secara Optimum Dlam Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Hussain, K. (1988). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Subang Jaya : Penerbitan Senjaman (M) Sdn. Bhd.

Hussain, K. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Hussain, K. (1997). Psikologi Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd. Hussain, K. (1998). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Subang Jaya : Penerbitan (M) Sdn. Bhd. Hussain, K. (1999). Pengajaran Lisan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ibrahim, M. K & Mohamed, N. (1999). Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Jayus, M.Z. (2005). Pembangunan dan Penilaian Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup

Kassim A.H. (2000). Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan 1. Johor Bharu : Dewan Bahasa dan Pustaka. Konting, M.M. (2000). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lim, C.S. (2003). Alat Bantu Mengajar Matematik. Bentung : PTS Publisher and Distributor Sdn. Bhd. Long, A. (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Petaling Jaya : Fajar Bakti And. Bhd.

Long, A. (1991). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lmpur : Fajar Bakti (M) Sdn. Bhd. Long, A. (2000). Pedagogi – Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur : Fajar Bakti (M) Sdn Bhd.

Mahyuddin, R. , Mohd, J. & Ab. Karim, K. (2000) Psikologi Pendidikan II. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mat Adam@Awang, R. (2005). Rekabentuk Model Sistem Paip Lekapan : Satu ABBM. KuiTTHO : Tesis Sarjana Muda.

Mohd Ali, H. (1996). Strategi Belajar yang Berkesan. Kula Lumpur. Utusan Publisher & Distributors Sdn. Bhd.

Mok, S.S. (2000). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok, S.S. (2000b). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman

Sn. Bhd.

Mok, S.S. (2001). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semerster III. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok,S.S. (2000). Pedagogi II. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Ormrod, J.E.(2008). Educational Psycology Developing Learners(Edisi Keenam). Uppersaddle River, New Jersey:Pearson Prentice Hall.

Osman, M. (2004). Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Institud Kemahiran Awam Negara (INTAN) ms 51-57.

Parkinson, A. & Redmond, J.A. (2002). The Impact of Cognitive Styles and Educational Computer

Environments on Learning Performance. Dublin, Ireland: Trinity Collage.

Piaget, J.(1962). Play, Dreans &Imitation In Childhood. New York: Norton.

Riding, R. & Raner, S. R. (2000). Cognitive Style and Learning Strategies. London: Fulton Publisher. Salleh, A. (1996). Akhbar Dalam Darjah: Alat Bantuan Mengajar. Kuala Lumpur : Utusan Publication &

Distribution Sdn. Bhd.

Sidin, R. (1998). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti.

Tan, O.S., Parsons, R.D., Hinson, S.L., Sardo-Brown, D. (2003), Educational Psychology. A Practitioner

Research Approach (An Asian Ed). Singapore: Thomson Learning.

Turkington, C. A. (1999). 12 Langkah Ke Arah Daya Ingatan Cemerlang. Petaling Jaya: Prentice Hall (M) Sdn. Bhd.

Yahaya, R., Othman, N. Dan Karim, F. (2005). Strategi Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Model Kolb. Jurnal Pendidikan 30. 113-128.

Yusof, I. , Abu Bakar, A.A. , Abdul Latif, A.A. (2003). Buku Teks Tingkatan 4&5, Pengajian Kejuruteraan

Awam. Luala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nurul Huda Omar (0197238198)

Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, UTHM

[email protected]

Ahmad Rizal Madar (0197301790)

Universiti Tun Hussain Onn Malaysia

Nurul Anis Abdul Halim (0137913503)

Universiti Tun Hussain Onn Malaysia

[email protected]

Wan Amanina Wan Ariffin (0139712867)

Universiti Tun Hussain Onn Malaysia

[email protected]

Nurul Shahidah Suhaime (0107082631)

Universiti Tun Hussain Onn Malaysia

[email protected]

Hasyamuddin Othman (0137228198)

Universiti Tun Hussain Onn Malaysia