• Tidak ada hasil yang ditemukan

Maqasid Syariah Syarat Pelaksanaan Siyasah Syar‘iyyah

KONSEP MAQASID SYARIAH

Maqasid syariah, maqasid syar‘i dan al-maqasid al-syari‘yyah merupakan istilah-istilah yang

membawa erti yang sama. Perbahasan maqasid syariah dari segi pendefinisian tidak berlaku

secara terperinci dalam kalangan ulama’ terdahulu.4 Malahan, perbahasan secara mendalam

banyak dipelopori para ulama’ terkemudian.

Bahasa

Maqasid Syariah terdiri daripada dua perkataan iaitu Maqasid dan Syariah.

Maqasid merupakan jamak bagi perkataan Maqsad yang berasal dari fiil qasada yaqsid qasdan

wa maqsadan. Sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Saad al-Yubi, al-qasdu mempunyai makna

yang pelbagai, antaranya pegangan, mendatangkan sesuatu, tujuan dan juga jalan yang lurus.5

Manakala syariah dari segi bahasa ialah jalan, cara dan agama.6 Dalam bahasa arab syariah

pada asalnya membawa maksud jalan menuju sumber air. Masyarakat arab tidak menamakan jalan tersebut sebagai syariah sehinggalah air tersebut telah tersedia dan tidak terputus iaitu telah

zahir dan jelas.7 Syariah juga membawa maksud sesuatu yang dijadikan Allah s.w.t daripada

urusan agama dan diperintahkan untuk melakukannya.8

Istilah

Ibn ‘Asyur berkata maqasid syariah ialah makna dan hikmah yang ditentukan Allah s.w.t dalam

semua keadaan pensyariatan atau dalam sebahagian besar pensyariatannya.9 Menurut Ibn ‘Asyur

lagi, ini merupakan takrifan yang menjelaskan matlamat syarak secara umum, merangkumi seluruh aspek dalam hukum-hakam. Atas sebab ini, Ibn ‘Asyur mendefinisikan pula maqasid syariah secara khusus bagi menjelaskan matlamat syarak mengikut bahagian-bahagian tertentu

4 Ibn Zaghibah ‘Izzuddin, 1996, al-Maqasid al-‘Ammah li al-Syariah al-Islamiyyah, Dar al-Safwah, hlm. 37.

5 Muhammad Sa‘ad b. Ahmad b. Mas‘ud al-Yubi, 1998, Maqasidu al-Syariah al-Islamiah wa ‘Alaqatiha bi al-Adillah al-Syar‘iyyah, Dar al-Hijrah, hlm. 26.

6 Ibn Zaghibah ‘Izzuddin, 1996, al-Maqasid al-‘Ammah li al-Syariah al-Islamiyyah,Dar al-Safwah, hlm. 38.

7 Muhammad Sa‘ad b. Ahmad b. Mas‘ud al-Yubi, 1998, Maqasidu al-Syariah al-Islamiah wa ‘Alaqatiha bi al-Adillah al-Syar‘iyyah, Dar al-Hijrah, hlm. 29.

8 Ibid, hlm. 29

dalam hukum syarak. Maqasid syariah secara khusus ialah kaedah yang digunakan melalui matlamat syarak untuk merealisasikan manfaat serta kemaslahatan bagi manusia melalui

tindakannya.10

Menurut al-Raisuni maqasid syariah adalah merupakan objektif yang ditentukan oleh syarak

untuk dilaksanakan bagi mendatangkan kebaikan kepada hambanya.11

Menurut ‘Ilal al-Fasi maqasid syariah merupakan matlamat syariah dan rahsia yang dijadikan

Allah s.w.t dalam setiap hukum.12

Menurut Wahbah al-Zuhayli pula maqasid syariah ialah makna dan tujuan bagi syarak yang meliputi seluruh hukum-hakamnya atau sebahagiannya. Maqasid syariah juga boleh diertikan sebagai matlamat disebalik pensyariatan, serta rahsia-rahsia yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t

bagi setiap hukum.13

Berdasarkan keseluruhan takrifan tersebut, dapat disimpulkan maqasid syariah merupakan objektif atau tujuan pensyariatan hukum-hakam syar‘iyyah yang membawa kemaslahatan dan menghapuskan kemudharatan dalam kehidupan manusia. Dalam maqasid syariah, maslahah itu dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu :

Maslahah Dharuriyyat

Menurut al-Syatibi maslahah dharuriyyat ialah sesuatu yang mesti ada untuk menegakkan kemaslahatan dalam kehidupan manusia yang merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi. Ia merupakan lima perkara asas atau dipanggil Dharuriy al-Khams . Kelima-lima perkara tersebut merupakan yang mesti dijaga untuk mendatangkan maslahah serta kebaikan kepada manusia. Jika lima perkara tersebut tidak ada atau tidak dijaga dengan baik, maka pasti mendatangkan

mafsadah kepada kehidupan serta merosakkan sistem alam.14 Lima perkara tersebut ialah :

a) Menjaga Agama.

Menjaga agama ialah menjaga kesucian dan kemuliaan agama Islam dari sebarang perbuatan yang boleh merosakkan aqidah umat Islam serta merosakkan keimanan mereka seperti mensyirikkan Allah dan mengingkari keimanan kepada Allah, para malaikat, kitabullah,

rasul serta hari akhirat.15 Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Barangsiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan malaikat-malaikatnya, dan kitab-kitabnya, dan rasul-rasulnya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan

yang amat jauh.”16

10 Nuruddin Mukhtar al-Khadimi, 2008, Abhath fi Maqasid al-Syariah, Muassasah al-Ma’arif, hlm. 13.

11 Ahmad al-Raisuni, 1992, Nazariyyah al-Maqasid ‘Inda al-Imam al-Syatibi, al-Muassah al-Jami’iyyah li al-Dirasat wa al-Nasyr wa al-Tauzi’, hlm.15.

12 Ibn Zaghibah ‘Izzuddin, 1996, al-Maqasid al-‘Ammah li al-Syariah al-Islamiyyah,Dar al-Safwah, hlm. 44. 13 Wahbah al-Zuhayli, 2007, Usul al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr, Jil. 2, hlm. 307.

14 Ibn Zaghibah ‘Izzuddin, 1996, al-Maqasid al-‘Ammah li al-Syariah al-Islamiyyah,Dar al-Safwah, hlm. 161. 15 Sa‘id Ibrahim, 1997, Manhaj Ilmu Fiqh, Darul Makrifah Kuala Lumpur, hlm. 160.

Contohnya ialah perbuatan murtad. Murtad ialah keluar daripada Islam atau

meninggalkan Islam.17 Pastinya dengan perbuatan ini akan meruntuhkan Islam. Oleh itu,

Islam telah menetapkan hukuman bagi mereka yang murtad dikenakan hukuman bunuh dengan tujuan untuk menjaga agama Islam.

b) Menjaga Nyawa.

Menjaga nyawa ialah menjaga kehidupan manusia supaya berada dalam keadaan baik dan

aman termasuk juga menjaga anggota badan dari sebarang kemalangan dan kecederaan.18

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan di dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang

berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.”19

c) Menjaga Akal.

Menjaga akal bermaksud menjauhkan diri daripada segala perbuatan yang boleh merosakkan

akal atau tingkahlaku yang boleh menyebabkan hilangnya kewarasan akal fikiran.20

Contohnya perbuatan meminum arak atau minuman yang memabukkan, yang boleh menjejaskan akal fikiran serta pada masa yang sama menyebabkan berlaku perbuatan yang diluar kawalan. Dalam syariat Islam, telah ditetapkan undang-undang hudud keatas peminum arak dengan hukuman 40 sebatan. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali r.a mengenai kes al-Walid bin ‘Uqbah :

جلد النبي صلى الله عليه وسلم أربعين ، وجلد أبو بكر أربعين ، وجلد عمر ثمانين ، وكل سنة ، وهذا أحب إلي.

Maksudnya : Nabi s.a.w telah menyebat al-Walid bin ‘Uqbah sebanyak 40 kali sebat, dan saidina Abu Bakar menyebat 40 kali sebat, dan saidina Umar pula menyebat 80 kali sebat dan

kesemuanya itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w dan inilah yang paling aku sukai.21

Hukuman ini telah ditetapkan oleh Allah s.a.w dengan bertujuan untuk menjaga akal fikiran manusia daripada melakukan perkara yang keji sehingga mampu meruntuhkan agama Islam.

d) Menjaga Keturunan.

Menjaga keturunan ialah menjaga diri serta keluarga daripada terlibat dengan persetubuhan

antara lelaki dan perempuan secara haram iaitu tanpa ikatan perkahwinan yang sah.22

17 ‘Abdul Qadir ‘Audah, 2000, al-Tashri’ al-Jinaiy al-Islamiy, Muassah al-Risalah, Jil. 2, hlm. 706. 18 Said Ibrahim, 1997, Manhaj Ilmu Fiqh, Darul Makrifah Kuala Lumpur, hlm. 163.

19 Al-Baqarah, 2 : 179

20 Said Ibrahim, 1997, Manhaj Ilmu Fiqh, Darul Makrifah Kuala Lumpur, hlm. 165.

21 Muslim Bin al-Hajjaj Abu Hassan al-Khusyairi al-Naisaburi, 1998, Sahih Muslim, Riyadh : Dar al-Mughni, Kitab Hudud, Bab Had al-Khamru, no. 3220.

Perbuatan ini disebut sebagai zina. Zina merupakan perbuatan yang keji dan merosakkan keturunan, kerana anak yang lahir hasil perbuatan zina tidak boleh dinasabkan kepada lelaki

yang berzina. Ini kerana menurut syarak anak tadi bukan keturunan lelaki itu yang sah.23

Oleh itu, bagi menjaga keturunan, Islam telah menetapkan hukuman hudud bagi mereka yang melakukan zina dengan dikenakan hukuman sebat sebanyak 100 kali sebatan sebagaimana firman Allah s.a.w yang bermaksud:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang

dari keduanya seratus kali sebat.”24

Hukuman keatas mereka yang berzina diperincikan lagi oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin Samit :

خذوا عني ، خذوا عني ، فقد جعل الله لهن سبيلا، البكر بالبكر جلد مائة ونفي سنة ، والثيب بالثيب جلد مائة والرجم .

Maksudnya : Ambillah oleh kamu (peraturan) daripadaku, ambillah oleh kamu (peraturan) daripadaku, sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka, iaitu bagi mereka yang belum berkahwin hukumannya disebat 100 kali dan dibuang daerah selama setahun, bagi

mereka yang pernah berkahwin hukumannya disebat sebanyak 100 kali dan direjam.25

e) Menjaga Harta.

Menjaga harta ialah mengenakan hukuman potong tangan kepada mereka yang mencuri

harta orang lain, samada pencuri itu lelaki atau perempuan.26 Sebagaimana firman Allah s.w.t

bermaksud :

“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi

Maha Bijaksana.”27

Berdasarkan ayat diatas, jelas hukum bagi mereka yang mencuri adalah potong tangan. Hukuman potong tangan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t bukanlah untuk menganiaya bahkan sebagai langkah pencegahan dan bertujuan menjaga harta benda seseorang daripada dicuri

serta memberi pengajaran kepada yang lain supaya tidak terlibat dengan kegiatan mencuri.28

23 Ibid, hlm. 168. 24 al-Nur, 24 : 2

25 Muslim Bin al-Hajjaj Abu Hassan al-Khusyairi al-Naisaburi, 1998, Sahih Muslim, Riyadh : Dar al-Mughni, Kitab Hudud, Bab Had Zina, no. 3199.

26 Said Ibrahim, 1997, Manhaj Ilmu Fiqh, Darul Makrifah Kuala Lumpur, hlm. 169. 27 al-Maidah, 5 : 38.

Maslahah Hajiyyat

Maslahah hajiyyat merupakan maslahah yang diperlukan manusia untuk memudahkan urusan dalam kehidupan mereka, serta menghindar kesusahan daripada menimpa mereka. Namun jika maslahah ini tiada, ia tidaklah merosakkan sistem kehidupan manusia sebagaimana tiadanya

maslahah dharuriyyat.29

Maslahah Tahsiniyyat

Maslahah tahsiniyyat ialah maslahah yang bertujuan untuk memperbaiki serta memuliakan

akhlak dalam kehidupan,30 ketiadaan maslahah ini tidak akan merosakkan sistem kehidupan

manusia sebagaimana yang berlaku jika tiada perkara dharuriyyat dan juga tidak akan

mendatangkan kesusahan sebagaimana tiadanya perkara hajiyyat.31

Oleh itu, jelas kepada kita tentang maqasid syar‘iyyah secara umum. Bagi melengkapkan lagi perbincangan ini, konsep siyasah syar‘iyyah perlu dibincangkan juga secara umum, agar ia tampak jelas perkaitan antara maqasid dan siyasah.