• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKEMBANGAN PENGAJIAN TAHFIZ DI MALAYSIA Darul Quran dan MTQN

Pengajaran dan Pembelajaran Tahfiz Al-Qur’an di Malaysia : Isu dan Cabaran

PERKEMBANGAN PENGAJIAN TAHFIZ DI MALAYSIA Darul Quran dan MTQN

Pengajian Tahfiz al-Quran di Malaysia telah bermula secara rasmi pada tahun 1966. Idea penubuhan Ma’had Tahfiz al-Quran di Malaysia ialah hasil daripada cadangan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dalam ucapan beliau ketika merasmikan Masjid Negara. Hasrat beliau timbul ekoran daripada Majlis Musabaqah al-Quran yang telah diadakan sejak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Shayhk Mahmud Shahltut di hari perasmian Masjid Negara tersebut. Pada 1 Mac 1966, Ma’had tahfiz al-Quran Wal-Qiraat telah ditubuhkan dan ditadbir oleh Bahagian hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Pengajian tersebut telah diadakan di Masjid Negara dengan jumlah pelajar seramai 8 orang. Seterusnya pada tahun 1977, Ma’had Tahfiz al Quran Wal Qiraat telah di naik taraf dan ditadbir oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan ditukar namanya kepada Darul Quran. Akhirnya pada pada 1 November 1998, Darul Quran di tempatkan ke kampus tetap di Kompleks

Darul Quran Ampang Pecah Kuala Kubu Baru Selangor5. Baru-baru ini, pada tarikh 5 April 2013,

persidangan meja bulat telah diadakan di Ilim, Bangi bagi mendapat pandangan dan saranan ahli akademik dan professional untuk menaik taraf Darul Quran kepada Kolej Universiti Darul Quran (KUDQ). Rentetan daripada itu, setiap negeri di Malaysia telah menubuhkan Ma’had tahfiz al-Quran negeri (MTQN) dan telah menandatangani MOU untuk mengadakan kerjasama dengan

Darul Quran6. Pelajar-pelajar yang tidak lulus temu duga dengan Darul Quran boleh melanjutkan

pengajian mereka di peringkat Diploma Tahfiz di Ma’had Tahfiz Negeri masing-masing. Para pelajar yang mengikuti pengajian di MTQN juga mengikuti sistem pengajian peringkat diploma yang sama dengan Darul Quran.

Sekolah Tahfiz Sains MRSM

Bagi memastikan Institusi tahfiz al-Quran seiring dengan sistem pendidikan Negara, pihak berwajib telah mencetuskan idea untuk menubuhkan Sekolah Tahfiz Ulul Albab. Program ini merupakan pendidikan integrasi antara sains tulen dan pengajian Islam termasuk tahfiz al-Quran. Tujuan penubuhan sekolah tahfiz ini ialah untuk melahirkan ahli professional, teknokrat, usahawan dan mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab. Justeru MRSM Kepala Batas Pulau Pinang merupakan MRSM yang ketiga selepas MRSM Gemencheh dan MRSM Kota Putera untuk melaksanakan program ini. Pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan terpilih sahaja yang boleh memasuki MRSM ini.

Pengajian ini memberi penekanan kepada tiga aspek pengajian iaitu Quranik, Ensiklopedik, dan Ijtihadik. Para pelajar wajib menghafal al-Quran 3o Juzuk selama 3 tahun serta memahaminya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, dan sebar. Ensiklopedik pula bermaksud melahirkan generasi tahfiz yang berkemahiran tinggi, menjadi sumber rujukan dan menguasai bahasa asing. Ijtihadik ialah melahirkan pelajar yang berkemampuan memberi pandangan dan menyelesaikan

masalah ummah, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi7.

Badan-Badan Dakwah

Di samping pihak kerajaan, badan-badan dakwah di Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan Institusi Tahfiz al-Quran. Salah satu faktor banyaknya mahaad/Institut/ madrasah tahfiz al-Quran swasta ialah daripada berkembangnya gerakan dakwah jamaah tabligh yang bermula di India. Pengikut jamaah tabligh yang sentiasa didedahkan dengan kelebihan menghafal al-Quran setiap hari, mereka membaca kitab Fadail Amal karangan Maulana Zakariyya Kandahlawi di Masjid dan surau. Penekanan hadis tentang kelebihan menghafal al-Quran dalam kitab tersebut menyebabkan mereka sentiasa inginkan anak-anak mereka menjadi seorang hafiz dan hafizah. Ada dalam kalangan mereka yang mengikuti pengajian di India dan Pakistan telah berjaya menghabiskan pengajian di sana dan pulang kemudian membuka madrasah Tahfiz di Malaysia. Antara Madrasah Tahfiz yang berkembang melalui Jemaah ini ialah Madrasah Miftah Ulum Masjid Jami‘ Sri Petaling yang merupakan markaz utama Tabligh di Malaysia

telah ditubuhkan pada tahun 19958. Madrasah Kubang Bujuk di Terengganu pula ditubuhkan

pada tahun 1982 oleh seorang ahli perniagaan yang aktif berdakwah dalam jamaah Tabligh di Terengganu ketika itu iaitu Hj Muda Bin Deraman. Idea untuk menubuhkan Madrasah Kubang Bujuk tercetus apabila beliau keluar berdakwah di Sri Lanka selama 40 hari. Beliau telah melihat anak-anak kecil yang berumur 8 hingga 10 tahun telah fasih menghafal al-Quran 30 Juzuk, beliau berhasrat melihat perkara itu berlaku di Malaysia. Justeru, beliau telah mewaqafkan sebidang tanah seluas 2.4 hektar yang dibelinya dengan harga seribu ringgit terletak di Kampung Kubang

Bujuk Terengganu9. Pengorbanan dan infaq yang telah dilakukan oleh Hj Muda Bin Deraman

menyebabkan Madrasah ini terus berkembang hingga kini dan melahirkan ramai huffaz dan ilmuan seluruh negara. Sehubungan dengan itu, Madrasah Tahfiz Al Quran Penanti, Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang juga merupakan berkembang melalui dakwah Jemaah Tabligh. Pengajian di Madrasah ini telah bermula sejak tahun 1990 dengan seorang guru dan tujuh orang pelajar. Setelah itu, ia terus berkembang dengan pertambahan guru dan pelajar dari masa ke

semasa. Mereka membahagikan pengajian kepada dua bahagian, pertama menghafal al-Quran dan kedua pengajian kitab. Para pelajar Tahfiz diberi penekanan kepada menghafal al-Quran semata-mata sehingga mereka dapat mengingati al-Quran dan dapat diperdengarkan hafalan 30 juz di hadapan guru tanpa membuat kesalahan lebih dari 15 kali dan layak dikurniakan sijil syahadah. Setelah itu, barulah mereka dibenarkan mengikuti pengajian kitab yang telah disusun

dan diubahsuai sukatan kurikulumnya selama 8 tahun dan kelas ini disebut sebagai kelas Alim10.

Di samping Jemaah tabligh, pertubuhan ikram yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 merupakan badan dakwah, tarbiyah dan kebajikan sentiasa prihatin terhadap masalah ummah juga telah berjaya mendirikan institusi pendidikan swasta menggabungkan akademik dan tahfiz. IKRAM telah menubuhkan Sekolah Tahfiz al-Islah STAIL dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz SMART di Pulau Pinang. Antara misi penubuhan sekolah ini ialah melahirkan generasi rabbani melalui pendekatan holistik dan pengurusan profesional. STAIL mula ditubuhkan pada 1 Januari 2000 di dua buah rumah di Taman Tok Bedu sumbangan pasangan guru yang baru bersara ketika itu. Ia terus berkembang dengan usaha Ustaz Fahmi Abu Bakar dan isteri serta ahli-ahli lembaga sehingga mereka dapat menyewa dan membeli bangunan yang berdekatan untuk dijadikan

sekolah tahfiz. Sekolah ini mengutamakan pengajian integrasi Tahfiz, Diniyyah dan Akademik11.

Selain itu, Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM juga telah memainkan peranan berusaha menubuhkan institusi Tahfiz di Malaysia. Antaranya ialah Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar. ABIM telah menubuhkan Sekolah Rendah Islam Alor Setar (SRIAS) sejak tahun 1989 dan telah menjangkau 22 tahun. Untuk melengkapkan bidang pendidikan mereka telah mewujudkan sekolah menengah Tahfiz Sains Alor Setar (SEMESTI) yang menggabungkan aliran Sains dan

Tahfiz.12 Tujuan ia diwujudkan ialah untuk melahirkan Para Professional yang huffaz. Profesional

huffaz ini dapat memahami al-Quran dan melaksanakan dalam kehidupan seharian.

Pihak yang menubuhkan sekolah ini telah berusaha menempatkan guru-guru siswazah yang berkelayakan untuk mengajar subjek yang ditugaskan mengikuti kursus-kursus asas dan

kemahiran yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.13 Bermula dari Tingkatan 1

hingga 5, sukatan pelajaran yang digunakan ialah dari Kementerian Pelajaran Malaysia di samping sentiasa mendapat nasihat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Pejabat Pelajaran Daerah (Unit Swasta) dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (Unit Swasta).

Pelajar Universiti Sulaimaniyyah Turki

Dari masa ke semasa pusat pengajian tahfiz al-Quran semakin bertambah, pada tahun 2008 pelajar-pelajar Universiti Sulaimaniyyah di Turki dengan kerjasama Islamic Cultural Center Of malaysia (uiccm) telah menubuhkan Ma’had Tahfiz Sulaimaniyyah di Bangi Selangor dan kini mempunyai cawangan di Alor Setar dan Kuala Nerang Kedah. Tenaga pengajar Ma’had ini merupakan graduan dari Turki dan sistem hafalan al-Quran yang diterapkan kepada para pelajar merupakan sistem Turki. Tenaga pengajar akan menerima mana-mana pelajar yang beminat untuk menghafal al-Quran dan membahagikan mereka mengikut kemampuan masing-masing. Kelas permulaan ialah melancarkan bacaan al-Quran dan seterusnya menghafal al-Quran mengikut sistem Turki. Di samping itu, pihak ma’had menghantar para pelajar ke sekolah rendah dan menengah untuk mengikuti pengajian UPSR, PMR dan SPM. Kelas tahfiz al-Quran dan subjek

Ma’had Tahfiz Derga

Di samping pihak kerajaan dan badan-badan dakwah, Institusi pengajian tahfiz berkembang melalui para ustaz dan ulama’ tempatan yang telah membuka pusat-pusat tahfiz di daerah mereka. Salah satu Ma’had yang berkembang di Alor Setar Kedah melalui usaha guru-guru tahfiz hingga kini ialah Ma’had Tahfiz Derga. Ma’had ini ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Ustaz Mad Lazim al-Hafiz. Idea penubuhan Ma’had tahfiz ini ialah cadangan yang ditimbulkan oleh Ma’had Tahfiz Negeri Kedah dengan harapan menambah bilangan Ma’had Tahfiz al-Quran yang sedia ada. Bermula dari sebuah rumah, ma’had ini berkembang dengan bertambahnya bangunan akibat

pertambahan pelajar dari tahun ke tahun15. Kini, dalam usianya yang menjangkau lebih 15 tahun

telah memberi banyak sumbangan dalam melahirkan pelajar-pelajar tahfiz yang berjaya. Berdasarkan perkembangan pengajian Tahfiz di Malaysia yang di paparkan dalam kajian ini, pengajian tahfiz al-Quran secara rasminya telah bermula sejak tahun 1966 dan ia terus berkembang melalui usaha-usaha kerajaan dan badan-badan dakwah. Sehingga kini institusi tahfiz terus bertambah dari tahun ke tahun kesan daripada kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kepentingan dan kelebihan pengajian tahfiz al-Quran. Fenomena ini amat positif dan menunjukkan bahawa syiar Islam terus berkembang di Malaysia.

ISU-ISU DALAM P & P TAHFIZ AL-QUR’AN Pelajar Tahfiz Tidak Dapat Mengekalkan Hafalan

Pengajian Tahfiz al-Quran memerlukan pelajar dan guru yang mempunyai kesungguhan dan ketekunan yang kuat bagi menghasilkan graduan hafiz yang berkualiti. Antara masalah utama yang berlaku dalam P & P Tahfiz al-Quran ialah para pelajar tidak dapat mengekalkan ayat-ayat hafalan yang telah mereka hafaz. Menurut pengetua Ma’had Tahfiz Misbah a-Munir, seorang pelajar yang menghafal ayat-ayat baru pada setiap hari untuk diperdengarkan di hadapan guru merupakan suatu perkara yang mudah dan mereka mempunyai kemampuan. Namun mereka tidak dapat mengingati ayat-ayat yang telah di hafal pada masa lalu dengan lancar dan baik. Antara faktor utama berlakunya perkara tersebut ialah pelajar-pelajar tahfiz hanya menumpukan dan mementingkan hafalan baru untuk ditasmi’ di hadapan guru pada setiap hari dan mereka tidak mengulang ayat-ayat hafalan yang telah dihafal pada waktu sebelumnya dengan usaha yang gigih

dan menggunakan kaedah yang sistematik16. Perkara ini berlaku kerana terdapat Ma’had Tahfiz

yang menggunakan sistem P & P telah menentukan pembahagian 30 juzuk perlu dihabiskan dalam masa 6 semester untuk memperoleh sijil dan diploma.

Di samping itu, faktor kedua para pelajar tidak dapat mengekalkan hafalan mereka adalah kerana mereka perlu memberi penumpuan kepada mata pelajaran akademik dalam masa yang sama perlu memberi penumpuan kepada murajaah al-Quran pada setiap hari. Menurut Pengetua Sekolah Tahfiz Sains Alor Setar (SEMESTI), para pelajar lebih berminat dengan subjek akademik seperti sains dan mereka lebih memberi penumpuan kepada akademik dalam masa yang sama

mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh mengulang ayat-ayat hafalan yang telah dihafaz17.

Para pelajar yang mempunyai latar belakang dan minat yang berbeza menyebabkan kebolehan mereka juga berbeza-beza bagi menghasilkan hafalan yang baik dan kualiti. Sesungguhnya untuk mengulang ayat-ayat hafalan al-Quran yang telah dihafaz pada setiap hari memerlukan usaha

yang bersungguh-sungguh, disiplin dan sistem yang tersusun. Jika pelajar tahfiz mempunyai sikap sambil lewa dan tidak mengulang hafalan secara bersistem sudah tentu menyebabkan mereka tidak dapat mengingati al-Quran dengan baik.

Justeru, antara punca pelajar-pelajar tahfiz tidak dapat mengingati ayat-ayat hafalan yang telah mereka hafaz ialah mereka tidak mempunyai jadual mengulang harian mengikut kaedah yang betul dan sistematik. Sidek Ariffin dalam kajiannya mengenai teknik yang berkesan untuk menghafal al-Quran mengatakan sebelum hafalan al-Quran dimulakan pelajar mestilah mempunyai kemahiran membaca al-Quran, membaca al-Quran secara bertajwid dan membaca al-Quran dengan lancar. Seterusnya beliau mencadangkan empat kaedah mengulang al-Quran yang diamalkan di Ma’had tahfiz Kubang Bujuk Terengganu. Pertama, Sabak iaitu hafalan baru setiap hari mengikut kemampuan pelajar, para sabak iaitu ulangan hafalan baru yang baru dihafal (Sabak), bermula daripada hafalan baru sehingga mencukupi jumlah satu juzuk. Ketiga,

Ammohktar iaitu mengulang hafalan lebih dari satu juzuk bermula dari hafalan baru, dan keempat Halaqah Dauri iaitu pelajar yang telah tamat menghafal 30 juzuk al-Quran, mereka mengulang

hafalan dalam bentuk kumpulan. Beliau membuat kesimpulan dalam kajiannya bahawa untuk

memastikan pelajar mengingati al-Quran mestilah mengikuti 4 kaedah tersebut18.

Di samping pelajar tahfiz mengikuti jadual dan kaedah mengulang hafalan yang sistematik, mereka mestilah mempunyai sikap istiqamah dalam mengikuti jadual tersebut. Abu Mazaya Al-Hafiz dalam bukunya Kaedah mudah dan cepat menghafal al-Quran menukilkan nasihat kepada para hafiz dan kepentingan sikap istiqamah seperti berikut :

“Adalah disifatkan sebagai pantang larang kepada seorang hafiz, sekiranya dia mempunyai semangat mengikut musim dalam erti kata tidak ada aturan masa secara berkala, berurutan, tertib dan istiqamah dalam mengulang kaji hafalan. Janganlah sekali-kali

mentakrir (ulang) sekali khatam dalam satu hari ketika dia sedang rajin kemudian dalam

masa yang lama seperti tiga atau empat minggu tidak melakukan takrir (ulang) kerana berasa malas. Kebiasaannya orang yang mempunyai sikap demikian lambat laun akan

lupa dan menjejaskan hafalannya kerana sikap malas yang berterusan.19

Penekanan Jadual Mengulang Hafalan Harian

Tidak dapat dinafikan bahawa sistem pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai di Pusat pengajian tahfiz di Malaysia mempunyai kepelbagaian dari sudut pendekatan kurikulum. Terdapat institusi yang mewajibkan pelajar mengulang hafalan mereka mengikut kaedah dan sistem yang telah ditetapkan dan sebahagian institusi tahfiz yang lain tidak menekankan jadual murajaah al-Quran dan memberi kebebasan kepada pelajar. Menurut kajian Azmil Hashim dan Ab.Halim Tamuri berkenaan persepsi pelajar terhadap pembelajaran tahfiz, mereka mengatakan kekuatan hafalan seseorang tahfiz berkait rapat dengan sejauh mana jumlah ulang yang dilakukan oleh

pelajar20. Mereka membuat kesimpulan kaedah takrar (ulang ayat) merupakan kaedah paling

asas dalam P & P tahfiz al-Quran.

Antara punca pelajar tidak dapat mengulang hafalan mereka menurut pengetua Ma’had Tahfiz Swasta Misbah al-Munir Alor Setar, para pelajar yang datang mengikuti pengajian di Ma’had tersebut mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. Dalam kalangan mereka yang datang belajar di situ ialah pelajar yang lemah akademik dan di saran oleh ibu bapa untuk

mengikuti pengajian tahfiz dan bukan atas kemahuan sendiri. Justeru, hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi motivasi mereka untuk menghafal hafalan baru dengan lancar pada setiap hari dan perkara ini menyebabkan mereka berasa berat untuk mengulang hafalan lama.

Di samping itu, sikap guru-guru juga mempunyai peranan penting dalam perkara ini, terdapat guru tahfiz yang amat menekankan ingatan pelajar terhadap ayat-ayat baru yang dihafal yang wajib dibaca dengan lancar tanpa ada salah walaupun sedikit dan mereka tidak di benar menambah hafalan selagi tidak lancar. Perkara ini menyebabkan pelajar mengambil masa yang lama untuk menghabiskan hafalan mereka dan tidak mampu mengulang dengan sistematik serta teratur. Tambahan pula, dalam perlaksanaan kaedah pengajaran tahfiz menurut kajian Amil Hashim dan Ab.Halim Tamuri, guru kurang memastikan pelajar-pelajarnya melakukan takrar (ulang)

hafalan lama mereka dan mereka hanya menghafal hafalan baru semata mata21.

Pelajar Tahfiz Tidak Mempunyai Kesungguhan Yang Kuat Untuk Mengulang Takrar

Untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat memerlukan seseorang itu bermujahadah iaitu bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu amalan. Begitu juga pelajar tahfiz mestilah mempunyai kesungguhan yang kuat untuk mengulang hafalan al-Quran khususnya ketika menuntut di pusat pengajian tahfiz kerana pada masa tersebutlah akan menentukan sama ada mereka akan mengingati hafalan al-Quran atau sebaliknya. Ia dinilai sebanyak mana pelajar tersebut memberi masa untuk mengulang takrar hafalan mereka dan sejauh mana usaha pelajar tersebut menyusun jadual harian sebagai seorang hafiz dalam sehari dilakukan.

Menurut Ustaz Abdul Malik Abdul Manaf, tenaga pengajar yang telah mengajar lebih dari 5 tahun di sebuah institusi tahfiz al-Quran mengatakan, sebahagian pelajarnya kurang memberi komitmen untuk menghafal al-Quran pada setiap hari akibat sikap leka dan lalai. Mereka merupakan pelajar yang layak dan terpilih serta mempunyai daya ingatan untuk menghafal kerana telah ditemu duga sebelum memasuki gerbang pengajian. Contohnya waktu tasmiq (memperdengarkan hafalan baru) setiap pagi bermula jam 8 pagi. Sepatutnya pada waktu tersebut para pelajar mestilah bersedia memperdengarkan hafalan baru di hadapan guru tetapi sebaliknya mereka baru mula menghafaz pada waktu tersebut dan akan mula tasmiq (memperdengarkan hafalan baru) pada 8.45 pagi. Jika demikian sikap pelajar terhadap hafalan baru bagaimana pula dengan takrar (mengulang) hafalan lama. Menurut beliau lagi pelajarnya juga kurang memberi komitmen dan kurang daya usaha untuk mengulang al-Quran yang telah dihafal sehingga

menyebabkan mereka sukar mengingat hafalan mereka dengan baik22.

Penekanan Bahasa Arab

Bahasa Arab merupakan bahasa yang menjadi kewajipan kepada setiap penuntut pengajian Islam mempelajari dan menguasainya. Apatah lagi pelajar tahfiz al-Quran yang sentiasa membaca dan menghafal al-Quran pada setiap hari. Alangkah ruginya pelajar yang mengikuti pengajian tahfiz tetapi tidak didedahkan dengan pengajian Bahasa Arab. Contohnya pusat pengajian tahfiz yang menekankan P & P hafalan al-Quran semata-mata, dan beralasan pengajian Tahfiz dan Bahasa Arab merupakan dua subjek yang berat untuk dipelajari secara serentak.

Oleh itu, para guru tahfiz mewajibkan pelajar menumpukan secara total kepada hafalan semata-mata dan akan diikuti pengajian Bahasa Arab setelah selesai menghafal al-Quran selama 3 tahun mengikut kemampuan pelajar tersebut. Menurut kajian yang telah dilakukan, antara

kelemahan P & P Tahfiz al-Quran di pusat pengajian Tahfiz ialah guru dan pelajar kurang memberi perhatian kepada pemahaman ayat.

Para pensyarah kurang memberi perhatian kepada kepentingan menghayati dan memahami ayat dalam menghafal al-Quran. Perkara ini akan menyebabkan objektif dan matlamat P & P

pengajian Tahfiz al-Quran tidak akan tercapai23.

Untuk mendapat gambaran yang jelas mengenai sistem p & p yang tidak menjadikan bahasa Arab sebagai subjek utama di samping hafalan al-Quran, pengkaji mengambil contoh sistem pengajian yang digunapakai di madrasah Darul Ulum Al-Hasyimiyyah yang teletak di Surau Padang Tembak, Air Itam Pulau Pinang. Pengajian di madrasah ini terbuka kepada pelajar lelaki yang berumur 10 hingga 17 tahun yang mendapat kelulusan setelah ditemuduga oleh pihak madrasah. Pengajian di madrasah ini dijalankan selama 4 tahun iaitu 6 semester dan 2 semester

ulangan untuk memperoleh sijil syahadah dari pihak madrasah24.

Pada tahun pertama pengajian, pelajar mestilah menamatkan hafalan sebanyak 7 juzuk, tahun kedua 10 juzuk dan tahun ketiga 13 juzuk. Manakala 1 tahun yang berikutnya para pelajar megulang di hadapan guru dan penemuduga hafalan 30 juzuk. Setelah berjaya menghafal dengan tidak membuat kesalahan yang banyak maka akan diberikan syahadah. Menurut pengetua madrasah, sistem pengajian ala gabungan India dan Pakistan ini amat menekankan soal kualiti ingatan hafalan 30 juzuk.

Menurut pengetua madrasah tersebut, sistem ini amat menitikberatkan kualiti hafalan sehingga masa bermula pengajian dari sebelum subuh hingga isyak hanya menumpukan hafalan al-Quran semata-mata. Dengan cara ini sahaja yang dapat mengekalkan hafalan mereka. Oleh itu, pihak madrasah tidak mempunyai banyak masa untuk mendedahkan kepada pelajar subjek bahasa Arab kerana subjek ini memerlukan penekanan yang berat kepada pelajar. Pengkaji berpendapat bahasa Arab merupakan subjek yang paling penting dan mempunyai kaitan rapat dengan al-Quran. Pengajian bahasa Arab perlu diberi penekanan lebih awal kerana dikhuatiri orang yang menghafal al-Quran dengan lancar tidak memahami ayat yang dihafal.

Kualiti dan Pendekatan Penyampaian Guru

Guru merupakan faktor utama dalam memastikan kejayaan seseorang pelajar. Ia juga salah satu aspek utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Azmil Hashim dan Ab.Tamuri yang bertajuk Latar belakang guru tahfiz dan kaedah pengajaran, masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki oleh guru tahfiz dalam kaedah pengajaran yang