• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI ASAS KEPADA PEMBENTUKAN MODAL INSAN YANG CEMERLANG

Pendidikan Islam dalam Membentuk Asas Jati Diri sebagai Modal Insan yang Cemerlang

PERANAN PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI ASAS KEPADA PEMBENTUKAN MODAL INSAN YANG CEMERLANG

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang penting dalam membentuk generasi beriman, bertakwa, berakhlak mulia dan berketerampilan pada masa hadapan. Pendidikan Islam perlu sebagai proses pengisian jiwa atau kerohanian bagi pembentukan modal insan yang cemerlang. Pendidikan ini perlu diterapkan pada peringkat awal lagi sebelum seseorang individu sampai kepada peringkat yang cukup mencabar bagi memantapkan pegangan mereka dalam menjalani arus gelombang kehidupan dan tidak mudah terpengaruh dengan sifat-sifat negatif kesan daripada perubahan zaman (Zawawi Ahmad 2002).

Apabila kita menyebut pembentukan modal insan, secara amnya kita akan menggambarkan hasil sesuatu yang melibatkan manusia atau insan. Dalam membentuk modal insan yang cemerlang ia perlu dilihat daripada seluruh aspek manusia meliputi jasmani dan rohani. Justeru, dalam pendidikan Islam komponen akhlak amat menekankan kepada penanaman akidah atau rohani. Ini kerana akidah merupakan teras Islam yang utama. Kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya pembentukan modal insan memberi implikasi kepada usaha mempergiatkan lagi sistem pendidikan Islam Ini kerana pendidikan Islam merupakan komponen terpenting untuk mengembangkan dan membangunkan potensi manusia dan seterusnya menghasilkan modal insan yang memenuhi ciri-ciri nilai Islam dalam membentuk jati diri mereka (Abd. Rahim 1999). Peranan pendidikan Islam adalah untuk memperkembangkan segala potensi diri atau fitrah insan sebagaimana yang tersurat dalam FPN dan falsafah Pendidikan Islam itu sendiri. Dalam perspektif Islam, semua ilmu sama ada ilmu agama, sains tabii, kemasyarakatan dan kemanusiaan adalah menuju ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Hubung kait antara FPN, falsafah pendidikan Islam dan pembentukan insan (ahsani taaqwin) dapat melahirkan jati diri Melayu muslim.

Oleh itu, Pendidikan Islam berfungsi untuk menyucikan roh, akal dan jasad, memperbaiki taraf kebudayaan dan pembangunan manusia yang bertakwa kepada Allah S.W.T. Pendidikan Islam merangkumi seluruh potensi manusia untuk menangani isu-isu kemanusiaan dan dunia termasuklah memperbaiki alam sekitar serta mengwujudkan pelbagai kemudahan infrastruktur dan seluruh keperluan hidup mereka (Abd Rahman 2000).

Aspirasi pendidikan di Malaysia adalah untuk meningkatkan keberhasilan pelajar dan menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada semua pelajar di seluruh negara. Peningkatan pencapaian pelajar amat diperlukan bagi menbangunkan modal insan dalam membentuk jati diri bagi menghasilkan tenaga kerja di Malaysia sebagai negara membangun menjelang tahun 2020.

Atas aspirasi ini, pada tahun 2009 YAB Perdana Menteri telah memperkenalkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu: (i) mengurus kadar jenayah, (ii) memerangi rasuah, (iii) meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, (iv) meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, (v) memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman, (vi) menambah pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana (Na’imah Ishak 2012). Dalam bidang pendidikan, NKRA pendidikan telah diperkenalkan kerana perkara-perkara berikut: (i) selepas lebih 50 tahun merdeka, Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam bidang pendidikan. Kita telah mencapai kadar penyertaan pendidikan rendah yang universal dan peningkatan penyertaan pendidikan diperingkat menengah yang menggalakkan, (ii)

pencapaian pendidikan di Malaysia menunjukkan penurunan berbanding Singapura dan Hong Kong semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, (iii) Akses kepada pendidikan berkualiti lebih bergantung kepada pendapatan keluarga, (iv) penurunan dalam kualiti pendidikan secara keseluruhan memerlukan perhatian kerana perkara ini akan menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara (Norliza Zakuan 2011).

Tujuan dilaksanakan NKRA pendidikan adalah untuk menjaga prestasi pendidikan para pelajar supaya mencapai tahap yang cemerlang dalam bidang akademik seiring dengan pembentukan sahsiah pelajar. Oleh itu, terdapat empat sub topik yang penting dalam membina pembangunan insan iaitu: (i) Prasekolah, (ii) Literasi & Numerasi (LINUS), (iii) Sekolah perpretasi tinggi dan (iv) tawaran baru kepada pengetua atau guru besar. Kesemua ini, merupakan landasan dalam menuju sebuah negara yang membangun serta menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan menjelang tahun 2020 (Norliza Zakuan 2011).

Selepas NKRA dilaksanakan, pihak kerajaan telah membangukan satu lagi agenda iaitu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pendidikan yang tertumpu kepada peranan institusi swasta sebagai pelengkap utama agenda pendidikan negara. Selain itu, ia berfungsi sebagai peneraju inovasi dan memacu pembangunan dalam industri pendidikan tinggi.

Sektor pendidikan di Malaysia menyokong pengalaman pembelajaran sepanjang hayat bermula daripada penjagaan anak-anak, pendidikan awal hinggalah pendidikan tertiari serta peringkat pendidikan pasca-siswazah. Bidang pendidikan merupakan satu pemacu tranformasi dan impaknya ke atas produktiviti dan pembangunan modal insan. Walau bagaimanapun bidang ekonomi utama negara NKEA pendidikan akan tertumpu kepada pengukuhan sektor perkhidmatan pendidikan swasta dengan mempertingkatkan penggunaan dan pelaburan, di samping memperluaskan eksport (KPM 2010).

Di Malaysia pendidikan swasta selama ini telah memainkan peranan penting dalam menyokong pelaksaan objektif pendidikan awam. Ini kerana, rancangan Malaysia ke-10 memberi penumpuan kepada pembangunan modal insan. Justeru, NKEA pendidikan memerlukan lima peralihan penting daripada keadaan masa kini khususnya: (i) struktur industri, (ii) pengantarabangsaan pelajar, (iii) kaedah baru dalam cara bekerja, (iv) tranformasi pengawalseliaan dan, (v) peralihan pembiyaan (KPM 2010).

Oleh itu, Malaysia memerlukan penjenamaan semula pendidikan sebagai sebuah negara hab pendidikan sementara kepada sebuah pusat pendidikan terpilih dan terpenting dalam rangkaian pendidikan global. Pada tahun 2020, bidang pendidikan akan lebih maju sambil meningkatkan standard dan meluaskan akses kepada pendidikan terutamanya pendidikan Islam sebagai ‘’kunci’’ tunjang kepada pembentukan jati diri. Justeru, barulah Malaysia mampu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang bagi memajukan negara.

KESIMPULAN

Berdasarkan pelaksanaan yang telah dijalankan, jelas dalam pendidikan menengah keberkesanan subjek Pendidikan Islam berasaskan kepada akidah dapat membentuk jati diri Melayu muslim dalam pembentukan modal insan yang perlu dijadikan sebagai tunjang dalam kehidupan manusia. Selain itu, Pendidikan Islam masa kini boleh dinikmati dengan bebas oleh semua pihak tanpa mengira status. Kebanyakan subjek Pendidikan Islam di sekolah menengah dibiayai sepenuhnya

oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Yayasan-yayasan yang telah ditubuhkan. Selain kemajuan dalam perkembangan pendidikan Islam, senario ini juga turut mempengaruhi mata pelajaran lain. Nilai-nilai murni yang berasaskan akidah dan syariat Islam telah diterapkan ke dalam semua mata pelajaran, pembelajaran dan pengajaran agar setiap mata pelajaran tersebut dapat sama-sama mendokong pembangunan pendidikan Islam khususnya dan pendidikan menengah amnya.

RUJUKAN

Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim El-Muhammady. 1996. Pendidikan Islam: Satu Tinjauan Teoritis dan Praktis Berdasarkan

Pendekatan Interdisiplin. Edisi 1. Cet 1. Jakarta: Bumi Aksara.

Abd. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2010. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn.Bhd.

Abd. Rahim Rashid. 1999. Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abd Rahman al-Ahmadi. 2000. Pendidikan Islam di Malaysia: Pembinaan Intelek Agama. Dlm. Mohd Tabi

Osman & A. Aziz Deraman. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjong Malim: Quantum

Books.

Adnan Yusopp. 2002. Kurikulum baru pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menghadapi era globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1).

Ahmad Mohd Salleh. 2004. Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azhar Hj Ahmad. 2010. Strategi Pembelajaran Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak. Kuching Sarawak: Lee Miing Press Sdn. Bhd.

Hassan Langgulung. 1979. Pendidikan Islam: Satu Analisis Sosio Psikologi. Kuala Lumpur: Pustaka Ankara Sdn. Bhd.

Ibn Khaldun. 1993. Muqadimah Ibn Khaldun. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. JAPIM. 2003. Keperihalan Dasar dan Prinsip Kurikulum Semakan 2003: Pendidikan Islam dan Bahasa

Arab KBSR/KBSM. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi. 2007. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Johor Bahru: Ratu Sdn. Bhd.

Kamal Hassan. 1986. Penyerapan Unsur-unsur Islam melalui Sistem Pendidikan Negara: Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Rancangan Malaysia ke-10. Putrajaya: KPM.

Mohd Daud Hamzah. 1993. Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Salleh Lebar. 2002. Perancangan Pendidikan Peringkat Sekolah dan IPT. Kuala Lumpur: Sanon

Printing Corporation Sdn. Bhd.

Mursa Muhammad Said. 2001. Fan Tarbiyyah Aulad fi Islam. Jld 2. Kaherah. Dar Tauzi’ wa al-Nashr al-Islamiyyah.

M. Abdel Haleem. 2002. The Prophet Muhammad as a teacher: Implications for hadith literature. The

Islamic Quarterly XL 6 (2).

Na’imah Ishak. 2012. Bidang Keberhasilan Utama Negara. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Norliza Zakuan. 2011. Pelan Tranformasi Pendidikan: Bidang Keberhasilan Utama Negara. Putrajaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sufean Hussin. 2008. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suzalie Mohammad. 2003. Memahami Isu-Isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Tajul Ariffin. 2002. Pendidikan dan Wawasan 2020. Falsafah Pengurusan dan Persekolahan. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md Yusoff. 2006. Kaedah Mengajar dan Kemahiran

Interpersonal Guru. Selangor: PTS Publications Sdn. Bhd.

Zawawi Hj. Ahmad. 1992. Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM. Siri Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdul Hafiz Mat Tuah Institut Islam Hadhari Zakaria Stapa Institut Islam Hadhari

Jabatan Usuluddin & Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

75