• Tidak ada hasil yang ditemukan

Berdasarkan pembacaan dan penyelidikan di perpustakaan, pengkaji mendapati ada beberapa pengkaji yang membuat kajian berkaitan dengan pantun Melayu.

Antaranya, sebuah tesis Arbakyah Hassan bertajuk Kias Ibarat Dalam Pantun Melayu (2004) tesis Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) Universiti Sains Malaysia. Kajian ini memberi tumpuan yang diberikan terhadap pantun Melayu yang mengandungi unsur-unsur kias ibarat. Kajian ini memperlihatkan kepentingan teknik, di samping menyorot makna disebalik pengertian yang tersembunyi serta rangkai kata yang penuh simbolik. Secara keseluruhannya, tesis tersebut, menjelaskan tentang pantun Melayu yang mempunyai

23

makna yang perlu dikupas secara intelektual atau bijaksana. Penelitian yang mendalam agar kias dan ibarat dapat dihuraikan kepada khalayak memahaminya sejelas-jelasnya.Tesis di atas memberi tumpuan pantun berbentuk kias dan ibarat sahaja berbanding dengan kajian yang dilakukan kepada pantun peribahasa Melayu. Walaupun persamaan dalam menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu tetapi kajian yang dilakukan oleh pengkaji lebih tertumpu keistimewaan pantun peribahasa Melayu susunan Loo Mun yang menyentuh pelbagai tema yang menyerlah pemikiran orang Melayu tradisional berdasarkan kehidupan dan kebudayaan orang Melayu zaman lampau, juga kreativiti mereka dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Disamping itu terdapat nilai-nilai moral yang tinggi, pengajaran serta nasihat berguna yang boleh dikutip dan dijadikan sebagai panduan kehidupan.

Norita Ariffin pula melalui tesis Nilai Budi Masyarakat Melayu Dalam Pantun untuk Ijazah Sarjana Sastera Universiti Putera Malaysia (Febuari 2006). Kajian yang dilakukan untuk melihat nilai budi masyarakat Melayu tradisional melalui kumpulan pantun Bingkisan Permata terbitan Yayasan Karyawan (2001). Menggunakan Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang, pendekatan yang digunakan ialah moral, seni, dakwah dan kemasyarakatan. Objektif kajiannya untuk melihat nilai budi dalam masyarakat Melayu yang diterap melalui pantun. Tumpuan memperinci nilai budi di dalamnya terpancar nilai baik hati, berhemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesyukuran dan keberanian. Jika dibuat perbandingan kajian tersebut hanya tertumpu pantun-pantun pilihan biasa bertemakan budi. Kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji pula melalui pantun-pantun pilihan peribahasa Melayu menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu lebih kepada pendekatan gunaan dan moral. Menganalisis pelbagai isu tentang nilai-nilai baik dan kepercayaan orang Melayu dahulu seiring dengan

24

kehendak agama Islam yang dianuti. Selain itu mengesan budaya orang Melayu tradisional yang memberi manfaat dan sebagai pengajaran bermasyarakat.

Konsep Alam Pantun Melayu: Analisis Intertekstualiti (2005) tesis Sarjana (M.A) Shuib Dan daripada Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur membuat kajian melalui Kumpulan Pantun Melayu, oleh Zainal Abidin Bakar (peny) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1994. Menganalisis seratus lima puluh pantun bertemakan agama sebagai bahan kajian. Pantun yang mempunyai keistimewaan tersendiri mencerminkan pemikiran dan corak hidup masyarakat Melayu tradisional.

Keupayaan pantun berperanan sebagai alat pengucapan agama dan membentuk akhlak yang mulia. Kajian jenis pantun yang bertemakan keagaman dikaitkan dengan hubungan dengan Al-Quran sebagai bahan analisis. Menggunakan Teori Intertekstualiti yang diperkenalkan oleh Julia Kristeva, pengkaji cuba melihat pengaruh Al-Quran dalam pantun Melayu. Dalam hubungan ini, kajian tersebut menggunakan teori pengkaedahan Barat sebagai bahan analisisnya. Pengkaji memilh menggunakan teori tempatan, Teori Pengkaedahan Melayu sebagai asas kajian agar nilai bangsa dan budaya Melayu dapat mendekati lagi secara halusi melalui kajian dalam pantun peribahasa Melayu. Lebih-lebih lagi teori digunakan yang dihasilkan oleh Hashim Awang sarjana tempatan yang lebih memahami deria rasa sastera bangsa sendiri.

Sementara Mohd. Rashid Md. Idris, tesis Doktor falsafah (PhD) melalui tajuk Falsafah Bahasa: Nilai Dan Etika Melayu Islam Dalam Pantun (2009) daripada Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya membincangkan tentang falsafah bahasa dan juga nilai estika Melayu Islam yang terdapat dalam pantun Melayu. Pengertian falsafah atau pemikiran dari sudut bahasa, nilai keindahan orang Melayu beragama Islam yang

25

terserlah melalui pantun-pantun Melayu. Skop perbincangannya merangkum dari sudut falsafah nilai-nlai murni yang seiring dengan syariat Islam dan keindahan tutur kata dalam pantun Melayu melambangkan pemikiran atau falsafah yang tingg nilainya. Kajian pantun yang dilakukan melihat falsafah bahasa, nilai etika Melayu Islam melalui pantun.

Kajian yang pengkaji akan lakukan merangkumi nilai moral dan gunaan melalui ’Teori Pengkaedahan Melayu” yang memberi impak serta manfaat kepada masyarakat yang berpegang kepada nilai kemalayuan, berbudaya dan cara hidup masyarakat Melayu tradisional melalui pantun peribahasa. Penekanan tentang pemikiran serta falsafah Melayu yang terpancar melalui pantun peribahasa Melayu susunan Loo Mun juga diberi penekanan. Tidak lupa juga hubungan manusia dengan alam, manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan Allah SWT juga diberi perhatian dalam analisis tersebut.

Bezanya dengan kajian-kajian tersebut, kajian ini akan berfokus pada pantun peribahasa mengupas maksud peribahasa Melayu yang terdapat dalam pantun berteraskan Teori Pengkaedahan Melayu pendekatan yang digunakan gunaan dan moral.

Penelitian terhadapnya akan cuba menyingkap peribahasa hasil pusaka masyarakat Melayu tradisional menerusi pemikiran orang melayu yang berpandangan jauh. Kajian terhadap pantun peribahasa ini akan menjurus tentang kearifan masyarakat Melayu tradisi dalam pelbagai bidang kemahiran yang ada. Kemahiran kepelbagaian bidang ilmu oleh masyarakat Melayu dapat dihayati serta dimanfaatkan oleh generasi masa kini Selain melihat budaya dan cara hidup masyarakat tradisi menerap nilai-nilai murni melalui pantun. Kajian ini akan dapat memastikan kesinambungan tradisi Melayu kekal dalam masyarakat dan diwarisi oleh generasi masa kini.

26 1.6 TEORI DAN KAEDAH

Perkembangan teori sastera tempatan di Malaysia bermula pada penghujung tahun 1980-an yang bermula daripada Teori Puitika Melayu oleh Muhammad Haji Salleh Sasterawan Negara tahun 1991. Lanjutan itu, muncul pula Shafie Abu Bakar dengan Teori Takmilah, Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana) membawa Teori Tekdealisme, S.

Othman Kelantan dengan Teori Kritikan Melayu, Mohamad Mokhtar Hassan dengan Teori Konseptual-Kata Kunci, Mohd. Affandi Hassan dengan Teori Persuratan Baru dan Hashim Awang dengan Teori Pengkaedahan Melayu. Sesungguhnya teori-teori tempatan ini dapat merangsang bidang kritikan sastera Melayu dan dapat menjadi pilihan kepada sarjana yang selama ini hanya menumpukan kepada pendekatan dan teori dari Barat.

Pada kurun ke 19, minat Barat untuk mengkaji perbezaan-perbezaan budaya dalam mengendali proses pemikiran dan mental telah memunculkan pendekatan-pendekatan yang mengkategori dan medan bangsa mendikotomikan budaya dan bangsa berdasarkan ciri-ciri mental, Barat telah dilanda oleh pemikiran bahawa masyarakat Barat telah melahirkan manusia yang lebih tinggi keupayaan inteleknya daripada bangsa dan budaya lain. Kejayaan-kejayaan mereka yang menakjubkan dalam pelbagai bidang ilmu pengtahuan, meyakinkan mereka bahawa cara pemikiran merekalah yang jauh lebih maju daripada bangsa-bangsa lain. (Noriah Taslim, 1993: 14-15)

Hashim Awang telah membina Teori Pengkaedahan Melayu berdasarkan kehidupan dan kebudayaan Melayu. Masyarakat Melayu mempunyai daya cipta dan kreativiti yang tinggi. Hal ini terbukti daripada kreativiti mereka dalam pelbagai bidang seperti kraftangan dan pemikiran. Dalam bidang kraftangan, banyak hasil kerja tangan yang mempunyai nilai seni yang halus seperti pertukangan perak, tembaga dan tembikar, dan pekerjaan-pekerjaan membatik, menenun, menyulam dan menganyam. Tetapi seni tidak hanya terlaksana melalui bentuk-bentuk artifak yang sedemikian rupa, malah juga

27

tersalur menerusi pemikiran yang terungkap dalam karya-karya sastera. Masyarakat Melayu menjadikan alam sebagai sumber dan ilham mereka dalam melahirkan karya-karyanya. Hashim Awang dalam “Wacana Teori Pengkaedahan Melayu dan Islam” pada 20 September 1997 menegaskan bahawa kita sewajarnya membentuk atau membina satu pengkaedahan sastera yang berlandaskan alam dan masyarakat kita yang melambangkan jati diri bangsa Melayu sebagai wadah dan warisan budaya bangsa.

Kedua-dua unsur ini saling berkaitan. Malah unsur tersebut mempengaruhi sebahagian besar dunia kesusasteraan Melayu. Melalui penulisan dalam pelbagai genre orang Melayu menggambarkan budaya fikiran dan akal budi mereka untuk disampaikan di kalangan khalayak. Objek-objek alam inilah dijadikan sumber penulisan mereka. Oleh itu, Teori Pengkaedahan Melayu yang dihasilkan oleh Hashim Awang dikemukakan dengan berdasarkan cara dan sikap hidup, kepercayaan, dan kebudayaan masyarakat Melayu yang melahirkan karya sasteranya sendiri.

Teori Pengkaedahan Melayu7 gagasan Hashim Awang direalisasikan dengan mengemukakan dalam sebuah kertas kerja untuk Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi pada 29 Oktober hingga 1 November 1989. Teori yang dipilih amat relevan bagi teks Pantun Peribahasa Melayu yang mempunyai nilai-nilai serta keunikan tersendiri. Ianya terhasil melalui pandangan hidup, kepercayaan masyarakat Melayu dan budaya yang unggul, jauh daripada dengan masyarakat Barat. Teori Pengkaedahan Melayu dibahagikan kepada dua Pengkaedahan iaitu Pengkaedahan Alamiah (pendekatan firasat, pendekatan moral, pendekatan gunaan) dan pengkaedahan Keagamaan (pendekatan dakwah, pendekatan kemasyarakatan dan pendekatan seni). Rajah Teori Pengkaedahan Melayu diperturunkan sebagai rujukan seperti berikut;

28

Pengkaedahan Alamiah berteras langsung kepada cara atau sikap hidup masyarakat Melayu itu sendiri, iaitu corak hidup yang menjadikan alam sebagai sebahagian daripada diri dan kehidupannya. Alam dijadikan faktor utama untuk memberikan mereka pekerjaan atau pencarian, pengalaman, pengajaran dan kebajikan.

Merujuk tentang sikap masyarakat Melayu terserlah jelas dalam kitab Tajulmuluk (Terbitan Maktabah Wamatabah Warulnuarif, Pulau Pinang), kitab yang menjadi panduan hidup yang popular dalam kalangan masyarakat terutama golongan tua. Membicara enam perkara pokok, iaitu mengenai manusia, kesihatan (perubatan) manusia, sifat dan gerak laku manusia, mimpi dan firasat, cakerwala, dan perumahan. Unsur-unsur alam tersebut memberi kemanfaatan dalam kehidupan manusia, secara kasar dan dasar mencerminkan cara dan sikap hidup masyarakat Melayu lama (Hashim Awang,1993: 52)

Daripada Teori Pengkaedahan Melayu dalam pendekatan alamiah lahir pendekatan gunaan. Pendekatan tersebut menempatkan sastera sebagai objek alam yang kejadiannya mempunyai bentuk dan fungsi sebaga alat untuk memberi kemanfaatan kepada manusia dan kehidupannya yang menepati konsep dan dapat mencerminkan sifat teori kesusasteraan Melayu yang berteraskan kebajikan dan ketatasuliaan. Dalam

29

pemakaian teori gunaan, penekanan besar dan luas terhadap kegunaan atau kebajikan sastera, baik pada aspek isinya mahupun bentuknya; memberi kesan kepada pembaca.

Pendekatan moral8, timbul daripada tanggapan dasar bahawa selain menjadi objek alam, sastera juga kejadian alam berupa penghasilan ciptaan manusia. Di sini kejadian alam tidak lagi dilihat sebagai kewujudan berbentuk alat atau benda, tetapi kejadian peristiwa yang mengambil sifat pengalaman hidup. Dengan memilki sifat sedemikian, sastera berupaya memberikan manfaat yang lebih jauh dan lebih dalam daripada fungsinya sebagai benda atau peralatan. Dilihat dalam kontek begini, sastera mampu menyingkap dan memberi pengalaman kepada manusia. Peristiwa dilalui oleh manusia (watak) tertentu, dan maklumat yang berkaitan dengan manusia serta dunianya – termasuklah kejiwaan, kepercayaan (agama), kebudayaan, kemasyarakatan, kebangsaan, dan persekitaran. Selain memperlihatkan keupayaan dan keistimewaan sastera menjadi sumber ilmu pengetahuan dan pengajaran yang memberi kebaikan kepada manusia.

Pendekatan firasat pula berlandaskan kepada tunjangan tanggapan bahawa sastera kejadian alam yang menghasilkan pengalaman hidup. Namun, pengalaman hidup yang di lihat bukan lagi bersifat konkrit atau biasa, tetapi pengalaman dari peristiwa terpilih yang mengandungi keistimewaan, kepentingan, dan kemisterian. Sama seperti yang terdapat pada fenomena alam, banyak kejadian atau peristiwa yang berlaku di dalamnya dilihat oleh masyarakat Melayu sebagai bermakna, berhikmah, dan bermisteri kepada kehidupan mereka (Hashim Awang, 1998: 9-10)

30

Seterusnya, Pengkaedahan Keagamaan ia dimaksudkan sebagai pendekatan yang berdasarkan keimanan yang bersendikan akidah agama Islam. Sumber utama yang menjadi rujukan ialal Al Qur’an dan Hadis; pembentukannya pula bersandarkan tujua menonjolkan sifat-sifat keagongan Allah SWT dan mempertingkatkan ketakwaan terhadap-Nya. Cabang atau pecahan daripada Pengkaedahan Keagamaan ialah Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemesyarakatan dan Pendekatan Seni.

Pendekatan dakwah, melihat sastera sebagai suatu wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah. Sastera, dalam maksud tanggapan kudus begini, sewajarnya mengandungi persoalan yang memaparkan tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah; sastera di sini dapat dijadikan semacam ”kitab” yang dirinya insan dapat mengenali dengan lebih dekat dan khusuk sifat dan diri Tuhan yang demikian itu, sehingga timbulnya pertambahan dan peningkatan rasa kecintaan dan kehormatan insan yang lebih besar dan suci terhadap-Nya (Hashim Awang, 1993: 57).

Pendekatan kemasyarakatan pula menganggap sastera sebagai alat pendedahan segala persoalan yang bertujuan mencari kebaikan dan keadilan dalam masyarakat seperti dituntut oleh Islam. Sastera dianggap lumrah untuk mendedahkan dengan jelas, benar dan berani pemasalahan kemungkaran, ketidakadilan, penipuan, kepuraan dan rasuah. Pemasalahan-pemasalahan tersebut yang dianggap sebagai punca kepincangan masyarakat dan keimanan insan.

Terakhir, pendekatan seni yang merupakan pendekatan yang menjadikan unsur keindahan dalam sastera sebagai persoalan utama. Keindahan yang mempunyai nilai

31

etika Islam dan tidak bertentangan dengan akidah serta ajaran Islam. Keindahan pelbagai aspek seperti bentuk harafiah dan dalamannya, gaya penceritaan, kaedah pendedahan tema dan watak, juga gaya bahasanya. Tujuannya menghasilkan keindahan itu untuk nilai murni iaitu keimanan, ketakwaan, dan kecintaan kepada Allah SWT.

Pendekatan yang akan digunakan melalui kajian teks Pantun Peribahasa Melayu akan memberi tumpuan khususnya pada pendekatan gunaan9 dan moral. Pemlihan teks kajian daripada perspektif ini akan memperkatakan nilai-nilai kemelayuan yang dapat dipecahkan kepada soal-soal kepercayaan, kebudayaan dan cara hidup orang Melayu.

secara keseluruhan lahir dari hati nurani dan daya kreativiti bangsa secara umum dapat dikatakan Melayu yang beragama, berbudaya, beridentiti dan bermaruah. Sastera merupakan salah satu daripada objek alam iaitu objek dari hasil ciptaan; alam dicipta Tuhan manakala sastera dicipta manusia. Secara langsung kejadian alam mempunyai sebab, hikmah dan peranan tertentu yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Daripada penelitian tentang isu yang dibangkitkan akan melalui kajian ini dapat memberi gambaran tentang mesej yang jelas tentang kehebatan dan keistimewaan pantun Melayu silam.

Kajian ini akan menggunakan kaedah kepustakaan, pelbagai teks pantun Melayu, juga sumber daripada jurnal, majalah, akhbar, kertas kerja dan juga sumber internet.