2.3 PENDAHULUAN
Pantun peribahasa Melayu bercirikan rima yang indah dan mencerminkan pemikiran dan imiginasi yang tinggi orang Melayu sejak dahulu kala. Antara sifat yang umum peribahasa ialah bahasanya yang indah dan berirama, susunannya yang kemas dan bernas, dan isinya yang kaya dan beranika. Namun sifat utama peribahasa ialah metaforanya yang perlu difahami dalam budaya penuturnya (Ding Choo Ming, 2009: 3-4)
PERANAN PANTUN PERIBAHASA MELAYU
Sejajar dengan itu, menerusi peribahasa dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, sikap, aktiviti kehidupan serta falsafah hidup yang mereka anuti. Sementara itu, peribahasa Melayu yang telah dicipta berdasarkan pengalaman hidup turut memancarkan nilai dan hati budi orang Melayu. Perwatakan serta sifat-sifat orang Melayu juga dapat diketahui daripada peribahasa Melayu. Malah peribahasa berperanan sebagai hukum adat dan nasihat moral dalam mengawal tindak tanduk anggota masyarakatnya.
Penciptaannya yang berdasarkan fenomena sebenar kehidupan masyarakat, turut menyerlahkan pemikiran bangsa Melayu tentang alam kehidupan yang mereka tempuhi.
Dalam peribahasa, terpancarnya hubungan antara bahasa dengan pemikiran bangsa Melayu. Cara bangsa Melayu memandang dunianya tersimpul dalam peribahasa yang dicipta mereka. Hal ini menjelaskan bahawa bahasa menentukan pemikiran penuturnya.
Cara seseorang penutur berfikir dalam bahasanya tergambar menerusi penggunaan sesuatu perkataan itu dengan lebih meluas. Dengan yang demikian dapat dikatakan bahawa bahasa adalah bahagian integral, iaitu yang perlu atau yang menjadi sebahagian
62
daripada hidup manusia. Bahasa menyerap dalam setiap fikiran dan cara penutur itu memandang dunianya. Bahkan terdapat saling hubungan yang erat antara pemikiran masyarakat, bahasa dan budaya.
”Bahasa menunjukkan bangsa”. Kata-kata hikmat ini menunjukkan adanya hubungan intrinsik antara bahasa dan sikap, pemikiran dan perilaku sesuatu bangsa itu yang dapat diidentifikasi melalui pemakaian bahasa termasuklah peribahasa. Namun sejauhmanakah bahasa membentuk dan mengawal pemikiran penuturnya serta cara bahasa merefleksikan pandangan mereka tentang dunia masih menjadi persoalan.
Bagaimanapun, hakikat yang tidak dapat dipersoalkan adalah terdapatnya hubungan bahasa dengan kepercayaan dan nilai hidup dalam kebudayaan penuturnya. Malah bahasa dan konsep pemikiran penutur juga ditentukan oleh cara dan perlakuan penutur itu terhadap setiap sesuatu yang dipandang dan diamati di dunia ini. Setiap satu perlakuan yang dipandang mendorong penutur itu membina pemahaman yang bermakna tentang alam sekelilingnya lalu diungkapkan menggunakan bahasa. Satu masyarakat, satu bahasa, satu budaya yang menegaskan bahawa struktur bahasa turut mempengaruhi perkembangan pola-fikiran manusia, dan dalam setiap bahasa. Bahasa pantun dapat menjelaskan pemikiran orang Melayu tradisional dan kearifan tempatan yang boleh bongkar dalam setiap bait pantun khususnya pantun peribahasa.
Hampir setiap bangsa memiliki peribahasa mereka sendiri, bagitu juga dengan orang Melayu. Peribahasa yang tersebar luas dalam masyarakat Melayu sebenarnya merakamkan tanggapan tentang keindahan akal budi, bahasa dan nilai yang dikongsi bersama. Nilai-nilai yang diungkapkan dalam genre peribahasa, sarat dengan nasihat, makna dan tanda-tanda yang perlu kepada pentakrifan secara teliti dan bijaksana (Irwandi (peny), 2007: 65)
63
Pantun peribahasa menjadi keutamaan untuk memberi pandangan, perbandingan, dan juga ketangkasan minda untuk berfikir. Sesungguhnya pantun ini merupakan alat pengajaran, di samping sebagai hiburan kepada masyarakat dan dapat digunakan pula dalam berbagai keadaan.
Peribahasa mencakupi bidalan, perumpamaan, pepatah, dan perbilangan. Dalam sesuatu perkara yang menyangkut tingkah laku dan perangai manusia hari-hari, digunakan simpulan bahasa iaitu farsa-farsa ringkas tetapi tepat dan tajam maknanya. Indah susunannya dan sedap didengar. Pendidikan dalam masyarakat Melayu amat penting sama ada secara formal atau tidak formal. Pendidikan itulah yang akan menumbuhkan ilmu. Ilmu itulah akhirnya dapat mengembangkan akal fikiran dalam masyarakat (S. Othman Kelantan, 1997: 43-44)
Pantun lahir darpada tradisi lisan masyarakat Melayu, iaitu sebagai media untuk mengkomunikasikan pemikiran-pemikirannya; menggambarkan segala hal ehwal yang berkaitan dengan pemikiran dan perilaku orang Melayu. Contohnya, tentang sikap, bertutur kata, sehingga pengungkapan perasaan. Bagi masyarakat Melayu, penggunaan pantun sebagai media untuk pemikirannya telah berlangsung sejak masyarakat Melayu belum mengenal tulisan, terus berlangsung hingga saat ini, dan bahkan mungkin sampai masa akan datang. Dalam hal ini sifat umum peribahasa ialah bahasa yang indah dan berirama, susunannya yang kemas dan bernas, dan isinya yang kaya dan beranika.
Namun demikian, sifat utama peribahasa ialah metaforanya yang perlu difahami dalam konteks budaya penuturnya.
Kesenimbungan antara pembayang dan maksud pantun dilukiskan hanya menerusi bait-bait pantun yang indah lagi puitis tanpa meninggalkan gambaran budaya masyarakat tradisional yang unik cara hidupnya seharian. Nilai pantun peribahasa amat mendalam, dirasai segenap rangkap melalui susunan bahasa yang memberi pelbagai
64
sumber, berbentuk jelas atau secara dua lapis memerlukan huraian untuk memahami maksud tersirat.
All true proverbs are metaphorcal. They require that their users and hearers make a connection between the proverbs and some situation in life to which its images refer ….proverbs are highly culture specific and must be studied in terms of usage as well as structure and meaning. The images that proverbs contain are in themselves in interesting and tell a great deal about the culture to which they belong. I’n fact, proverbs have been studied and analysed as a body of work encompassing the world view of their users (Ismet Fanany dan Rebecca Fanany, 2003: 42)
Secara ringkas, penyataan tersebut memberi pandangan bahawa peribahasa Melayu merujuk tentang budaya, hubungannya dengan suasana kehidupan masyarakat tradisi yang memerlukan penelitian untuk menterjemahkan maksud yang terdapat dalam peribahasa. Di samping itu, pemerhatian juga perlu dilihat melalui simbol atau imej-imej persekitaran yang digunakan bagi menjelaskan maksud sebenar.
Sebagai hasil dari kebudayaan lisan, pembuatan pantun bersifat situasional, iaitu dibuat berdasarkan sesuatu yang berada dekat dengan kehidupan manusia. Dalam kebudayaan yang bersifat kelisanan, pemikiran yang bersifat abstrak selalu dihindari. Hal yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, maka dirujukkan kepada benda-benda yang berada di sekitarnya. Pengarang pantun mencurahkan idea yang jitu sebagai satu gagasan. Ini merupakan satu cara yang lumrah digunakan oleh masyarakat lama agar pesanan melalui pantun dapat diterima dan difahami oleh orang yang mendengarnya.
Kefahaman audiean dibantu oleh sifat pantun itu sendiri;
Pantun ialah satu bentuk seni lisan Melayu yang boleh juga diungkapkan secara bertulis, sebagai satu genre sastera, ia telah lama wujud dan digunakan oleh pelbagai golongan masyarakat di kepulauan Melayu. Peminatnya termasuk pengembara dan pengkaji Barat yang terpukau dengan kehalusan mesejnya dan
65
keindahan bentuknya. Pantun menampilkan imej-imej alam, imej-imei ini terdiri daripada flora, fauna, landskap atau tempat-tempat tertentu. Pantun boleh diungkapkan atau dihayati dalam pelbagai konteks, situasi atau keadaan, sama ada formal atau tidak formal (Md. Salleh Yaapar. 2010: prakata)
Berdasarkan hal tersebut, pantun bukan sekadar karya sastera asli Melayu berjumlah empat baris dengan rima abab, tetapi merupakan cara masyarakat Melayu memahami dan mencintai alam, membangun peradaban manusia, dan memperkenalkan diri kepada bangsa-bangsa lain di dunia.
Pantun mempunyai nilai yang amat tinggi melalui bahasa yang tersurat lagi tersirat. Nilai ini merupakan cermin kehidupan masyarakat tradisi yang penuh dengan etika dan norma kehidupan merangkumi segenap sudut atau perjalanan masyarakat seharian berpaksikan susunan kata yang indah nilainya menerusi pantun yang diucapkan.
Keindahan pantun mengungkapkan seribu satu macam maksud menjadi lambang ketekalan minda yang amat kreatif. Penggunaan pantun sebagai medium kritikan sosial secara tidak langsung menyampaikan pemikiran, meluahkan perasaan jiwa raga masyarakat Melayu itu sendiri. Keharmonian susunan kata pantun yang dicipta, maksud terhasil menjadi teras yang berfungsi sebagai pembayang yang mengandungi makna mendalam. Pantun dari segi tema dan mesej mengandungi nilai pengajaran, menyampaikan ingatan, bimbingan, nilai budi, nilai ilmu, nilai etika. Dalam hal ini, nilai seni dan budaya.
Pantun ialah karangan yang menjadi milik bangsa Melayu dan mempunyai semangat Melayu. Pantun merupakan wadah bagi orang Melayu dalam menggambarkan pencapaian kognitif atau fikiran, falsafah, sikap dan perasaan mereka. Ini mencakupi perasaan hiba, suka, duka, sindir, giat, berkasih sayang, pujuk cumbu dan sebagainya (Mohd. Rosli Saludin, 2007: 10-11)
66
Pantun adalah bahasa berirama mengungkapkan kebijaksanaan sepanjang masa, warisan daripada zaman lampau, mudah memahaminya, keadaan itu yang menyebabkan kelebihan ungkapan pantun dalam konteks sesuatu situasi.
Ungkapan-ungkapan tradisional membawa nilai yang tinggi dalam kehidupan berbudaya. Dalam ungkapan tradisional terkandung nilai-nilai masyarakat yang berlandaskan agama dan kepercayaan yang diwarisi daripada generasi ke generasi. Walaupun bahasa berirama mengandungi penggunaan gaya bahasa taradisional namun ia dapat memanfaatkan perkataan-perkataan moden supaya sesuai dengan konteks majlis moden semasa (Abdullah Hassan, Aripin Said, Ainon Mohd, 2004: xiv).
Kedekatan, penghargaan, dan penghayatan bangsa Melayu terhadap alam, secara jelas dapat dilihat pada sampiran atau pembayang pantun. Pada sampiran atau pembayang pantun, biasanya digunakan alam dan benda-benda konkrit lainnya. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan alam atau benda-benda konkrit lainnya merupakan bentuk keintiman bangsa Melayu dengan alam. Hal yang diamati, kemudian mereka pelajari, dan dijadikan landasan (perilaku, moral, dan etika) untuk hidup secara baik sebagaimana termaktub dalam dua baris terakhir pantun.
Dengan memerhatikan bahagian sampiran dan isi pantun, maka kebanyakan khalayak akan dapat melihat simbolisasi alam dalam pemikiran orang Melayu. Alam dalam pemikiran Melayu ada dua bahagian, iaitu manusia dan seisi alam; Kerana manusia merupakan sebahagian dari alam ciptaan Allah SWT, maka sudah pastinya pemikiran manusia Melayu melihat alam sebagai sahabat mendekati alam sebagai sumber rujukan terpenting. Dengan cara inilah orang Melayu belajar dan mengajar, berkomunikasi secara serius atau sekadar berjenaka, dan membentuk keperibadian yang khusus bagi bangsa Melayu.
67
Oleh itu, memang tepat sekali isi dari pantun Melayu adalah tunjuk ajar yang di dalamnya terdapat nilai-nilai luhur agama, budaya, dan norma-norma yang dianuti masyarakat. Penyampaian nilai-nilai tersebut bervariasi, ada yang melalui jenaka, sindiran, nyanyian, dan sebagainya, sehingga muncul anggapan bahawa pantun Melayu ada yang berisi tunjuk ajar dan ada pula yang hanya hiburan belaka. Padahal jika pantun diteliti dan diteroka, apapun wujud pantunnya, di dalamnya termuat nilai-nilai luhur budaya Melayu untuk menyindir, memujuk dan mendidik manusia. Meskipun kekentalan isinya berbeza-beza, bergantung pada pemahaman dan kecerdasan orang menyampaikan pantun.
Sudah beberapa abad pantun menjadi wadah ucapan penting bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Bangsa-bangsa yang menggunakannya tersebar di seluruh ‘Alam Melayu’ malah di seberangnya juga.Oleh yang demikian bentuk yang disukai ramai ini mengandungi bukan sahaja alat ucapan dan hiburan bangsa Malaysia. Di dalamnya terkandung dengan pandangan hidup pemantunnya pada sesuatu zaman. Sementara perasaan, persekitaran dan juga berbagai-bagai (Abdul Halim ‘R’, Editor Umum, Muhammad Haji Salleh, 2006: v)
Justeru, tidak boleh dinafikan pantun sebagai kebudayaan tradisi yang berperanan menyebarkan nilai falsafah yang jitu, dicipta zaman berzaman tetapi bersesuaian setiap zaman yang dilaluinya. Menyentuh setiap golongan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan di mana mereka berada.
Alam Melayu ini kaya dengan khazanah alam samada di darat ataupun di lautan.
Keakraban masyarakat Melayu dengan alam ini jelas terpancar dalam pantun.
Alam bukan saja menjadi sumber ilham penciptaan pantun, tetapi juga menjadi cermin manusia menatap dan menginsafi dirinya. Ironinya “ Sebagai sebuah puisi yang halus dan dan signifikan, yang bertujuan untuk menambat dan memujuk khalayak, mengesani
68
jiwanya, pantun amat mementingkan keindahan. Dalam teori keindahan orang Melayu (lihat Braginsky, 1993), yang indah itu kerana sifat-sifat indahnya, mempunyai kesan yang kuat ke atas struktur jiwa, menjadikannya terpesona, berahi, alpa dan mudah tertawan (menjemput dan mengalah). Mencipta pantun menuntut kepada keupayaan kreatif yang amat mencabar, ditokok tambah kehalusan rasa yang tinggi untuk membangunkan kendahan yang sempurna bak dari segi bentuk, struktur (luaran/pembayang dan dalaman/isi, bunyi (rima dan rentak) dan bahasa (imejan, metafora). Dalam pantun, keindahan tersebut terjelma melalui keharmonian bunyi, (keteraturan rentak, kesejahteraan rima dan baris), keelokan isi (makna dan moral) dan penggayaan bahasa (tamsilan), (imejan) (Noriah Taslim, 2007, 83-84). Oleh kerana pantun merupakan penuntun, maka pantun harus berperanan untuk menyampaikan pesan-pesan moral yang sarat berisi nilai-nilai luhur agama, budaya, dan norma-norma sosial masyarakat. Melalui pantun, nilai-nilai tersebut disebarluas kepada masyarakat dan diwariskan kepada anak cucunya. Selain itu, pantun juga berperanan untuk mewujudkan nilai baik dan juga sebagai hiburan serta penyampai aspirasi masyarakat.
The existence itself of the pantun for centuries-as the most popular and widespread mode of poetic expression, among other form-has been the obvious evidence of the malay people’s intellectual and artistic life, of their sense of beauty (the beauty of common humble things, in everyday life), of their sensitiveness in general: an anonymous and oral form of poetry, original to the point that it is not to be found anywhere else on Earth, and only in a rather restricted area of the vast expance of seas, islands and peninsula known as “the Malay world”, a form of poetry that is not the apanage of a few learned men only, but the common heritage of the people” (Francois-Rane Daillie,1988: 150-151).
Kewujudan pantun Melayu yang berabad-abad lamanya itu amat popular, cukup meluas dan disampaikan secara puitis. Masyarakat Melayu dalam kehidupannya mempunyai pemikiran intelektual yang tinggi, bersifat rendah diri, berbudi bahasa dalam kehidupan mereka seharian. Kepekaan puisi lama iaitu pantun yang disampaikan secara
69
lisan memberi pengalaman yang luas dan tidak terhad, seluas bumi dan lautan, itulah
“dunia Melayu” satu bentuk puisi lama sebagai warisan bangsa, juga menjadi hak bersama masyarakat ramai. Keakraban manusia Melayu dengan alam pula disentuh oleh Muhammad Haji Salleh, sebagaimana berikut;
Manusia Melayu hidup dalam suatu persekitaran alam yang khusus. Sebagai penghuni alam yang amat setia ini; telah membuktikan dirinya sebagai pemerhati yang tekun dan teliti. Pusingan waktu, pergantian musim, perjalanan usianya, berserta segala tabiat khusus yang datang bersamanya, dicatat secara lisan ataupun kairografik. Pantai yang berubah setiap kali air bah dimasukkan ke dalam peribahasa dan pantun, bagitu juga rumah yang dilambong ombak dijadikan metafora cabaran untuk mereka yang berani. Beribu citra dikutip untuk tabiat alam raya. Tetapi antara semua ini dia menemukan unsur harmoni yang hadir dalam alam semesta. Unsur ini dilihat sebagai membantu mententeramkan dan membantu suatu kehidupan yang aman. Ada juga suatu unsur lagi yang dilihat pada alam semula jadi, yang disanjung iaitu keteraturan, suatu susunan yang jelas, dan dalam susunan ini akhirnya berlawanan ini ditenteramkan oleh kuasa imbangan tadi. Unsur-unsur yang diperhatikan dikutip dan dijadikan juga sebagai nilai dalam kehidupan sosialnya. Inilah yang dijadikan unggul yang dikira dapat membantu masyarakatnya berkembang dengan baik. Dalam sastera, unsur ini menjadi dasar unggul, kerana melaluinya karya dapat disusun secara teratur dan bahagian-bahagiannya saling melengkap antara satu sama lain (Muhammad Haji Salleh, 2000: 240-241)
Masyarakat Melayu lama mempunyai kreativiti dalam pelbagai hasil seni. Kreativiti ini termasuk penyaluran pemikiran melalui bentuk sastera yang tertentu seperti puisi Melayu tradisional. Oleh sebab itu, masyarakat Melayu lama memperlihatkan kehalusan budi melalui penggunaan bahasanya. pemikiran atau amanat yang hendak disampaikan tidak dilakukan secara langsung, tetapi dalam bentuk bahasa yang halus tetapi berkesan.
Kesan yang dihayati dan dirasai menerusi elemen bahasa tertentu, digunakan dalam sesebuah hasil karya sastera, Sifat peribadi puisi Melayu tradisional merujuk budaya masyarakat Melayu lama yang kaya bahasanya.
70
Selain itu, sastera sebegini dapat merakamkan sejarah perkembangan pemikiran, peradaban dan tamadun sesuatu bangsa di dunia (S. Othman Kelantan. 2005: 148).
Pantun dapat dianggap sebagai salah satu daripada urat sarafnya. Pantun juga mempunyai nilai seni yang indah bahkan sumber rujukan penting tentang keadaan sosial dan budaya masyarakat Melayu lama. Dalam hal ini, R.O. Winstedt (1961) menegaskan, sekiranya seseorang membaca sastera rakyat seperti Hikayat Awang Sulong Merah Muda dan Malim Deman ianya dapat membantu memahami kehidupan dan adat istiadat masyarakat Melayu, memahami pantun Melayu dapat menyelami dan melihat dengan jelas ke dalam jiwa masyarakat itu.
Tiap-tiap kebudayaan mempunyai sistem nilai yang tersendiri, berdasarkan pandangan dan penghayatan. Demikian juga masyarakat Melayu mempunyai beberapa corak nilainya yang tersendiri. Nilai-nilai dalam masyarakat Melayu itu tumbuh dalam masyarakatnya yang diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya melalui proses sosialisasi. Nilai-nilai masyarakat Melayu seperti yang diperkatakan di atas menggambarkan ciri-ciri budaya Melayu yang diwarisi dari zaman tradisi.
(Ismail Ahmad,1988: 84)
Pantun peribahasa Melayu dikatakan mempunyai identiti budaya Melayu kerana pemikiran, falsafah, akal budi dan isi yang ingin ditonjolkan itu dibaluti bahasa yang indah, dalam bentuk yang tetap. Kesemua sifat pengarangan peribahasa Melayu yang asli dan tulen bukan sahaja tidak terdapat dalam bahasa lain, malahan sukar diterjemahkan (Ding Choo Ming, 2009: 23). Masyarakat Melayu lama dengan kreativiti dan prestasi mereka sebagai pengarang melahirkan karya termasuk pantun peribahasa, di samping menjadi saluran pengarang Melayu menzahirkan perasaan, isi hati, fikiran dan khayalan mereka dengan bahasa yang puitis, indah, bernas, berisi dan ringkas.
Keintelektual orang Melayu terserlah melalui pantun peribahasa yang jelas dan padat; menerusi pengamatan persoalan pokok mengupas mental atau pemikiran orang
71
Melayu dalam rangkapan pantun yang menjelaskan tentang budi, nasihat, jenaka, guruan, sindiran dan sebagainya;
Bahawa apa yang disebut pemikiran itu ialah fikiran atau idea yang wujud daripada golongan intelektual yang telah menggunakan akalnya dalam memikirkan sesuatu masalah dalam masyarakat yang melibatkan dirinya atau lingkungannya dan pemikirannya itu disebarkan ke dalam lingkungan masyarakatnya atau ke luar daripada masyarakatnya. Oleh sebab golongan intelektual itu mempunyai daya berfikir yang tinggi dan peka terhadap masalah yang timbul pada zamannya, yang mungkin boleh mengancam kedudukannya sebagai individu dalam masyarakatnya, maka mereka telah menggunakan pelbagai cara untuk merakamkan fikiran dan ideanya. (S. Othman Kelantan,1997:
8)
Orang Melayu merakamkan perihal keadaan, sifat, cara, peristiwa, kejadian dan sebagainya menggunakan bahasa pantun yang sangat puitis, berirama, ringkas berdasarkan pemerhatian mereka yang tajam terhadap alam, adat dan budaya, juga pengalaman hidup yang dilalui. ”Maka, cara mengajar, mengkritik selalunya harus berhati-hati, halus, jangan sampai memperorak-perandakan keadaan. Untuk tujuan demikian teguran sentiasa disampaikan secara berlapik, berkias. Dalam budaya tradisional, hampir setiap ujaran akan ada jarak antara kata-kata dengan makna. Hal inilah yang memberikan keindahan dalam bentuk-bentuk sastera lama; perumpamaan, pantun dan talibun, seloka dan gurindam sentiasa manfaat seluruh kompleks metafora-simile, personfikasi, alegori yang didasarkan kepada unsur-unsur alam dan makhluk-makhluknya, yang tidak terbatas untuk dihimpunkan menjadi perbandingan dan tamsilan.
Daripada cerita untuk kanak-kanak, sampai kepada cerita untuk orang dewasa, alam dijadikan objek untuk tafsiran dan tamsilan” (Noriah Taslim, 2007: 29). Justeru itu, pantun peribahasa berfungsi sebagai wahana pembawa doa, hajat, harapan, nasihat, didikan, ajaran, sindiran, pujian, cacian, simpati dan sebagainya. Pantun juga amat sesuai dijadikan sebagai penghantar berita dan penyampai peristiwa. Justeru, pantun itu sesuai
72
digunakan di mana-mana, pada bila-bila masa dan oleh sesiapa sahaja. Tema dan persoalannya terbuka mengenai apa-apa sahaja.
Dalam sastera, masyarakat akan tahu nilai kasih sayang, berkerjasama, bergotong royong, muafakat, semangat perjuangan dan membina pasukan.
Banyak yang kita boleh rujuk. Apakah sia-sia sahaja peribahasa Melayu seperti
”carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum semula’, ”pisang sesikat sayur sebelanga’ tanda muafakat makan bersama’, ’gunung yang tinggi sama didaki, lurah yang dalam sama dituruni’, ’kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’, atau ’hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih?’. Jika bangsa Malaysia merujuk atau diajarkan teks sastera, maka keagungan nilai-nilai pendidikan warisan bangsa itu akan dirasai (A. Aziz Deraman, Utusan Malaysia:
28 Mac 2011).
”Kehebatan peribahasa Melayu yang terletak kepada kekayaan isinya: beraneka ragam, malahan boleh dikatakan telah meliputi semua aspek hidup seharian dan juga dunia ghaib (the invisble world), alam haiwan dan botani. Sehubungan itu, pengarang ternyata telah mendramasikan beraneka-ragaman tema kehidupan sosial orang Melayu berinteraksi dengan alam fizikal dan sosial persekitaran mereka, lebih-lebih lagi pelbagai institusi sosial, sifat keperwiraan, kepura-puraan, keberanian, perasaan cinta, doa, hiburan, perkahwinaan, kejayaan, kekalahan, kekuatan, kelemahan, hutan, bunga, sungai, antara yang lain-lain” (Ding Choo Ming, 2009: 7). Pantun peribahasa Melayu menjadi alat penting merakam pemikiran dan mengungkapkan peradaban bangsa Melayu, menggunakan bahasa yang indah secara tersurat. Pantun peribahasa Melayu lahir daripada minda bangsa Melayu yang cukup peka terhadap keindahan alam flora dan
”Kehebatan peribahasa Melayu yang terletak kepada kekayaan isinya: beraneka ragam, malahan boleh dikatakan telah meliputi semua aspek hidup seharian dan juga dunia ghaib (the invisble world), alam haiwan dan botani. Sehubungan itu, pengarang ternyata telah mendramasikan beraneka-ragaman tema kehidupan sosial orang Melayu berinteraksi dengan alam fizikal dan sosial persekitaran mereka, lebih-lebih lagi pelbagai institusi sosial, sifat keperwiraan, kepura-puraan, keberanian, perasaan cinta, doa, hiburan, perkahwinaan, kejayaan, kekalahan, kekuatan, kelemahan, hutan, bunga, sungai, antara yang lain-lain” (Ding Choo Ming, 2009: 7). Pantun peribahasa Melayu menjadi alat penting merakam pemikiran dan mengungkapkan peradaban bangsa Melayu, menggunakan bahasa yang indah secara tersurat. Pantun peribahasa Melayu lahir daripada minda bangsa Melayu yang cukup peka terhadap keindahan alam flora dan