• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU: DEFINISI DAN KONSEP

1. PENGKAEDAHAN ALAMIAH

Bersandarkan kepada cara atau sikap hidup masyarakat Melayu itu sendiri di samping menjadikan alam sebagai sebahagian daripada dirinya. Alam merupakan faktor utama memberi mereka pekerjaan atau pencarian, pengalaman, pengajaran dan kebajikan. Sikap hidup orang Melayu tradisional terserlah jelas dalam kitab Tajulmuluk sebuah kitab panduan hidup yang popular dikalangan masyarakat Melayu lama.

Terkandung dalamnya enam perkara pokok, iaitu berkaitan dengan manusia, perubatan

42

manusia, sifat dan gerak laku manusia, mimpi dan cakerawala dan perumahan. Di samping keenam-enam persoalan besar tersebut, kitab itu juga memperkatakan tentang kejadian alam daripada sudut Islam. Baik dalam perubatan, haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala, bulan, bintang dan matahari, semuanya dilihat sebagai aspek keperluan dan manfaat kepada manusia. Daripada pengkaedahan alamiah, terbahagi pula kepada Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat. Pengkaedahan Keagamaan pula mengandungi Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni.

i. PENDEKATAN GUNAAN

Pendekatan gunaan berdasarkan tanggapan bahawa sastera merupakan salah satu objek alam yang dicipta oleh Allah SWT. Karya sastera merupakan objek hasil daripada manusia. Berdasarkan pegangan begini, maka sastera dapat dilihat sebagai suatu objek alam, yang kejadiannya mempunyai sebab bersebab, hikmat dan fungsinya tertentu. Di sampng itu, kejadiannya yang paliing utama boleh dimanfaatkan oleh manusia, sama seperti objek-objek lain. Pendekatan gunaan sewajarnya dilihat dan dikaji dalam konteks yang dijelaskan.

ii. PENDEKATAN MORAL

Pendekatan moral terbit daripada ekoran tanggapan dasar yang dipegang dalam pendekatan pertama tadi, iaitu sastera di samping sebagai objek alam merupakan suatu kejadian alam. Tetapi kejadian alam tersebut bukan lagi berupa suatu kewujudan berbentuk alat atau benda namun pengalaman hidup juga diambil kira. Bersesuaian dengan sifat tersebut, sastera dalam konteks ini dapat memberi kemanfaatan yang lebih

43

jauh dan lebih besar daripada fungsinya sebagai suatu benda atau objek. Maksudnya sastera dapat menyingkapkan dan memberi pengalaman. Dalam pengalaman-pengalaman yang disingkap itu tercetus tentang peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh manusia tertentu dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan manusia tadi serta suasana persekitarannya. Pelbagai ragam dan perlakuan manusia dapat di dalami untuk dinilai aspek-aspek positif dan negatifnya bagi maksud dijadikan cermin perbandingan atau contoh teladan yang baik dan berguna. seterusnya, sastera mampu menyediakan pelbagai ilmu pengetahuan yang jelas dapat menepati konsep pustaka atau perpustakaan di dalamya boleh ditimba bermacam-macam nilai moral yang baik boleh dihayati.

iii. PENDEKATAN FIRASAT

Pendekatan firasat sama seperti pendekatan gunaan dan moral ditunjangi tanggapan bahawa sastera adalah suatu kejadian alam yang menghasilkan pengalaman hidup manusia. Kejadian hidup itu pula dikaitkan dengan mmpi, suatu pengalaman hidup yang penuh dengan mistri oleh masyarakat Melayu sering dianggap sebagai bermakna kepada kehidupan. Mimpi sangat diberi perhatian untuk ditemukan pengertian atau maknanya; pencarian makna mimpi dikenali sebagai takbir, iaitu proses menemukan maknanya menerusi tafsiran lambang atau alamat yang wujud di dalamnya. Sastera juga seperti mimpi memerlukan takbir dan tafsiran, sastera memiliki sifat zahir atau yang

“tersurat” menjadi sebagai penanda (alamat) untuk memperoleh yang “tersirat”. itu penanda atau maknanya. Proses itu menyamai amalan yang berlaku dalam masyarakat Melayu, hendak mengenali kelakuan, tabiat manusia dan juga sifat zahir dan batinnya.

44 2. PENGKAEDAHAN KEAGAMAAN

Pengkaedahan keagamaan bermaksud sebagai pendekatan yang berdasarkan keimanan yang bersendikan akidah agama Islam. Sumber paling utama Al Quran dan Hadis Nabi SAW; pembentukannya pula bersandarkan tujuan menonjolkan sifat-sifat Allah SWT dan mempertingkatkan ketakwaan terhadap-Nya. Melalui ciri-ciri tersebut pengkaedahan keagamaan mempunyai tiga pendekatan. Pertama Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni. Ketiga-tiga pendekatan berhubung antara satu dengan lain.

i. PENDEKATAN DAKWAH

Melihat sastera sebagai wadah untuk menyampai dan mempertingkatkan ketakwaan sesorang hamba Allah kepada Pencipta-Nya. Sastera dalam maksud tanggapan kudus sebegini sewajarnya mengandungi persoalan yang memaparkan tentan sifat-sifat kemuliaan supaya insan itu dapat mengenali Allah SWT lebih dekat lagi. Di samping itu sastera juga mempersoalkan tentang kemurnian dan keagungan agama Islam, daripadanya dapat menimbulkan kecintaan terhadap Islam daripada kalangan orang Isalam dan bukan muslim. Aspek watak dan perlakuan serta peribadinya menjadi menarik untuk dikaji dalam kaitannya dengan sifat-sifat mulia seorang insan Muslim.

ii. PENDEKATAN KEMASYARAKATAN

Pendekatan kemasyarakatan lebih menekan aspek unsur kebaikan dalam kesusasteraan. Dalam konteks ini sastera berfungsi sebagai penciptaan untuk membawa perutusan yang besar untuk mensejahteraan dan membahagiakan umat manusia. Unsur

45

amanah diletakkan pada tempat teratas, di sampng unsur-unsur lain seperti bentuk, teknik penceritaan dan gaya bahasa tanpa mengabaikan kehadiran keindahan. Sastera Islam mengajar manusia menjadi baik dan sempurna yang diredai oleh Allah. Menegakkan ajaran-Nya di samping membuat kebajikan sesama manusia. Karya sastera juga turut memaparkan kehidupan penuh kemungkaran, ketidakadilan, kemunafikan, kurapsi, penipuan, penindasan dan pembunuhan. permasalahan ini menjadi punca kepincangan masyarakat.

iii. PENDEKATAN SENI

Terakhir pendekatan seni, menjadikan unsur keindahan sebagai persoalan pokok.

Justeru apa yang dimaksudkan dengan “keindahan” yang dirinya kepada nilai etika Islam, yang sudah pasti tidak bertentangan dengan akidah, ajaran dan fahaman Islam. Dalam bentuk lain keindahan itu berteraskan tauhid, sifat dan tuntutannya menjadi objek penelitian untuk dalam sastera menerusi pelbagai aspek atau unsur pembinaannya seperti bentuk harafiah dan dalamannya, gaya penceritaan, kaedah pendedahan tema dan watak atau pemakaian sudut pandangan dan gaya bahasanya. Penting dalam pendekatan ini, hasil penelitian dapat menemui dan kemudian menghasilkan “keindahan”

itu untuk mengukuhkan tapak-tapak asas murni, suci iaitu keimanan, ketakwaan dan kecintaan kepada Allah SWT.

KESIMPULAN

Sastera Melayu sifatnya tersendiri wajar diamati menerusi pendekatannya tersendiri. Pengkaedahan dan pendekatan yang berasaskan sikap hidup, kepercayaan dan keagamaan yang dianuti dianggap sebagai paling layak dan berkesan.

46

Pengkaedahan dan pendekatan yang demikian sifatnya dapat menonjolkan dengan lebih benar dan jelas ciri-ciri dapat pula sastera Melayu, di samping dapat pula memperkaya-kukuhkan nilai pengajaran daripadanya. Hashim Awang menyatakan bahawa kesusasteraan Melayu itu tumbuh sebagai hasil daripada kesedaran dan kekereatifan bangsa Melayu terhadap kepentingan seni sastera sebagai alat yang membentuk jiwa, moral dan kemajuan bangsa serta masyarakatnya. Penemuan teori dan pengkaedahan sendiri tidak bererti menyingkirkan yang Barat tetapi sifat jati diri dalam konsep dan kegiatan begini terhadap kesusasteraan kita sendiri perlu dipertahankan dan diperkembangkan, khususnya dalam pengkajian dan pengajarannya (1998: 10). Analisis pantun peribahasa Melayu susunan Loo Mun akan menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu melalui pendekatan moral dan gunaan.