• Tidak ada hasil yang ditemukan

Organisasi kajian Pantun Peribahasa Melayu: Analisis Daripada Teori Pengkaedahan Melayu dibahagikan kepada 5 bab seperti di bawah;

BAB 1

1.1 Pengenalan: Tesis ini mengandungi pengenalan yang memperkatakan tentang sastera rakyat dan pantun yang dapat diselami peradaban dan ketamadunan bangsa Melayu. Pantun Peribahasa Melayu terkenal sebagai genre kesusasteraan Melayu tradisional dalam budaya Melayu tradisi. Seterusnya membincangkan akan kepentingan kajian Pantun Peribahasa Melayu dilakukan supaya masyarakat dapat menghayati pemikiran orang Melayu tradisi yang sarat dengan falsafah sebagai pedoman hidup seharian. Lebih-lebih lagi daripada perspektif atau kaca mata, pengumpul yang

34

berbangsa Cina berminat dalam sastera Melayu klasik. Melalui pantun tersebut, terpancar budaya Melayu yang lahir melalui pengalaman hidup yang ditempuh oleh masyarakat Melayu lama. Pengucapan kata-kata yang indah dan sedap didengar sarat dengan pengajaran, juga sebagai nasihat yang amat berguna.

1.2 Pemasalahan Kajian: Pantun merupakan puisi Melayu klasik yang popular dansering diguakan secara meluas. Pantun warisan bangsa Melayu diwarisi sejak zaman berzaman dan tidak diragui keasliannya. Terpancar budaya Melayu yang mempunyai pemikiran yang matang lagi bijaksana. Pengarang pantun sebagai pemikir, pemerhatiannya amat tajam terhadap alam sekeliling dan segala kejadian alam menunjukkan kebesaran Allah SWT.

1.3 Skop Kajian: Tertumpu kepada Pantun Peribahasa Melayu yang dikumpul oleh Loo Mun (1968) dalam pelbagai tema dan persoalan, di antaranya pendidikan, percintaan, kemanusiaan, adat istiadat, budaya dan sebagainya. Kajian akan dibuat dengan menganalisis pantun-pantun peribahasa Melayu untuk dianalisis melalui Teori Pengkaedahan Melayu, pendekatan gunaan dan moral.

1.4 Objektif Kajian: Mengenal pasti peribahasa Melayu, menganalisis tentang falsafah pemikiran Melayu dan juga kearifan orang Melayu dalam pelbagai bidang kemahiran. Di samping nilai murni, sosial budaya, pengajaran serta nilai-nilai moral yang baik boleh dijadikan panduan hidup.

1.5 Kajian Literatur: Memperkatakan beberapa kajian yang dlakukan oleh pengkaji yang lepas berbanding dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu untuk Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

35

1.6 Teori dan Kaedah: Menggunakan teori Pengkaedahan hasil gagasan Hashim Awang Melayu melalui pendekatan gunaan dan moral untuk menganalisis pantun peribahasa Melayu sebanyak 80 buah.

1.7 Kepentingan Kajian: pantun peribahasa Melayu dilakukan supaya masyarakat dapat menghayati pemikiran orang Melayu tradisi yang sarat dengan falsafah sebagai pedoman hidup seharian. Lebih-lebih lagi daripada perspektif atau kaca mata, pengumpul yang berbangsa Cina berminat dalam sastera Melayu klasik. Melalui pantun tersebut, terpancar budaya Melayu yang lahir melalui pengalaman hidup yang ditempuh oleh masyarakat Melayu lama. Pengucapan kata-kata yang indah dan sedap didengar sarat dengan pengajaran, juga sebagai nasihat yang amat berguna

BAB 2

Teori Pengkaedahan Melayu: Definisi dan Konsep

2.1 Pantun Warisan Budaya Melayu 2.2 Pantun Peribahasa Dalam Masyarakat Melayu Tradisi

BAB 3

3.1 Nilai Moral Dalam Pantun Melayu: Analisis Pendekatan Moral 3.2 Alam Sebagai Lambang: Analisis Pendekatan Moral

BAB 4

4.1 Pemikiran Melayu dan Kearifan Tempatan: Analisis Pendekatan Gunaan 4.2 Hubungan Pencipta, Manusia Dan Alam Dalam Pantun: Analisis Pendekatan Gunaan.

36 BAB 5

5.1 Kesimpulan

Rangkuman kesimpulan dan dapatan kajian; khalayak akan dapat mengenali adat budaya Melayu zaman silam dan menghayati betapa ndah dan halusnya budi serta sikap prang Melayu tradisi menyamoaikan sesuatu melalui peribahasa dan pantun.Akhir cadangan untuk pengkaji masa akan datang dapat memberi tumpuan dalam beberapa aspek lain yang lebih menarik tentang pantun.

Rujukan Lampiran

37

1 Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun)

2 Nilai murni bermaksud sifat baik seperti hormat-menghormati dan beradab mulia sesama manusia berlandaskan Islam. Lawannya ialah tabiat buruk. Definisi nilai murni, merupakan tanggapan kepada perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Nilai_murni)

3 Antaranya ialah R.O. Winstedt, H. Overbeck, A.W. Hamilton, M.G. Emies, C. Hooykaas, L. Philip Thomas, R.J. Wilkinson, C. Hugh Holman, Rane Daillie dan sebagainya yang terdapat sama ada di Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis dan sebagainya turut sama memperkenalkan pantun dalam masyarakat Eropah dan dunia antarabangsa menerusi kajian dan buku-buku karangan mereka.

4 R.O. Winsstedt berpendapat pantun mula tercatat di dalam karya sastera di abad kelima belas.

Pantun pertama kali muncul dalam Sejarah Melayu dan Hikayat-Hikayat popular sezaman. “Pantun juga disisipkan dalam syair-syair seperti Syair Ken Tambuhan”. (Liaw Yock Fang, 1975: 285). Para pengkaji lain, termasuk A. Teeuw (1966), Mohd Taib Osman (1966) dan Harun Mat Piah (1989) berpendapat bahawa pantun mungkin telah dikenali lebih awal daripada Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-Raja Pasai, yang kedua-duanya merupakan sumber bertulis. Oleh sebab pantun daripada khazanah lisan, ia semestinya telah dikenali malah mencapai kedudukan popular sebelum diabadikan dalam karya-karya bertulis. Dalan hubungan yang sama, Van Ophuijsen (1926) dan Brandstetter (1898) menghubungkan penciptaan pantun dengan tradisi “umpama” dan

“andai-andai” dalam masyarakat Batak Mandailing dan bentuk-bentuk puisi yang lain dalam masyarakat pratulisan. (Harun Mat Piah, 2001:liii-liv).

5 Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baharu atau dalam bentuk baharu melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan; keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baharu yang unik dan menarik. Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian. Seterusnya, keupayaan berfikir secara praktikal dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.

6 Ketika itu beliau bertugas di Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya. Sebagai seorang yang bukan berbangsa Melayu minat Loo Mun (Goh Then Chye) telah berjaya mengumpul Pantun Peribahasa Melayu sebanyak 80 buah pantun amat dikagumi.

7 Teori Pengkaedahan Melayu. Teori telah diperkenalkan oleh Hashim Awang, ketika itu pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Menurut Hashim Awang, teori ini termasuk ke dalam golongan teori yang dikenali sebagai grounded theory atau ”teori beralas/ berlandas” yang terbentuk dari hasil penyelidikan bersifat kualitatif, iaitu di dalamnya terbangun rumusan atau formula yang berupa prinsip-prinsip umum tentang karya atau teks sastera dan amalan-amalan yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu. Teori ini dilahirkan dengan bertunjangkan kepada dua dasar pengkaedahan utama, iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan.

Dengan berpandukan kepada tanggapan terhadap alam melalui perspektif budaya bangsa Melayu

38

dan juga agamanya sendiri, maka pembentukan Pengkaedahan Alamiah dapat diwujudkan dalam tiga rangkaian pendekatan, iaitu Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan pendekatan Firasat.

8 Pendekatan moral, kejadian alam tidak lagi dilihat sebagai kewujudan berbentuk alat atau benda, tetapi kejadian atau peristiwa yang mengambil sifat pengalaman hidup. Memiliki sifat sedemikian berupaya memberi manfaat kepada manusia. Semua pengalaman disingkapkan melaui watak dan peristiwa manusia serta dunianya. Dari sini terpancar pelbagai persoalan moral yang dapat diterokai, dikaji berteraskan kebajikan dan ketakwaan. Di samping memperlihatkan keupayaan dan keistimewaan sastera sebagai sumber ilmu pengetahuan.

9 Pendekatan Gunaan melihat karya sastera sebagai suatu objek atau benda ciptaan dalam alam yang juga merupakan suatu kejadian yang mempunyai sebab, hikmat, fungsi, tujuan, ukuran dan imbangan. Malah karya sastera yang dicipta oleh pengarang dengan keizinan Allah, paling utama diteliti dari sudut kegunaan atau kemanfaatan penghasilannya yang dapat diberikan kepada pembaca atau masyarakat, baik dilihat pada tahap ekstrinsik mahupun intrinsik. Dengan kata lain, karya sastera dapat ditanggapi sebagai alat yang boleh memberi guna kepada manusia dan kehidupannya pada kedua-dua peringkat zahir dan batin. Pendekatan Moral pula dikaitkan dengan karya sastera sebagai suatu penciptaan seni yang menyingkapkan dan menyumbangkan pengalaman serta pengetahuan. Pengalaman yang tersingkap adalah pengalaman pengarang yang dirakamkan atau dipaparkan dalam karya sastera, yang terdiri daripada pemerian mengenai pelbagai ragam atau jenis dan perlakuan serta perbuatan manusia yang dapat pula memperkayakan pengalaman dan juga menjadi cermin perbandingan atau pengibaratan kepada pembaca. Tegasnya, dari karya sastera, pembaca bukan sahaja dapat menimba dan memperkayakan pengalaman serta pengetahuan, tetapi juga mengambil contoh teladan atau kias ibarat untuk memperbaiki serta mempertingkatkan kehidupan.

39 BAB 2