• Tidak ada hasil yang ditemukan

9 Kesignifikan Kajian

2.6 KERANGKA KO~SEP KAJJAN

Kerangka konsep kajian ini adalah berasaskan T eori Penyelesaian Masalah Secara Analogi dan T~ori Skema, di mana kerangka ini menganggap bahawa untuk menjadi mahir dalam penyelesaian sesuatu masalah, seseorang penyelesai itu perlu mempunyai skema masalah tentang contoh penyelesaian beberapa kumpulan uenis) masalah itu pada peringkat permulaan. Tanpa kewujudan skema masalah seperti ini maka adalah sukar bagi seseorang penyelesai itu untuk berkembang menjadi mahir.

Dengan itu, seseorang pehyelesai perlu berupaya untuk mengkategorikan masalah-masalah dengan penyelesaian dasar yang sama sebagai satu kumpulan Qenis) pada peringkat awal pembelajaran penyelesaian ~masalah, kerana melalui penguasaan beberapa kumpulan penyelesaian masalah yang berbeza, seseorang penyelesai itu akan mempunyai suatu skema masalah yang dapat digunakannya untuk menaksir dan menterjemahkan pernyataan masalah yang diberi, mencapai balik maklumat-maklumat dari ingatan, dan seterusnya membantu dalam mengatur tindakan-tindakan penyelesaian. Keupayaan untuk mengkategorikan jenis-jenis masalah ini mengikut penyelesaian dasar yang sama oleh seseorang penyelesai dianggap berlaku menurut T eori Penyelesaian Masalah Secara Analogi. Sehubungan dengan itu, latihan dengan masalah-masalah disusun mengikut dasar penyelesaian yang sama dijangka akan mempermudahkan pelajar-pelajar membuat analogi dan seterusnya mempermudahkan pembentukan skema masalah untuk jenis masalah berkenaan. Selain dari itu, kerangka ini juga menganggap bahawa keupayaan untuk mengenal dan mengkategorikan masalah-masalah itu sebagai sejenis adalah dipengaruhi oleh latar belakang prestasi seseorang dalam bidang itu.

Dari anggapan-anggapan yang dinyatakan di atas, maka adalah dijangkakan bahawa Jatar belakang prestasi pelajar dan susunan masalah-masalah dalam sesuatu latihan penyelesaian masalah, iaitu dengan: (i) beberapa masalah yang mempunyai penyelesaian dasar yang sama dikumpul sebagai satu jenis diberikan secara teratur

dari sejenis ke jenis yang lain (LS), dan (ii) beberapa masalah yang mempunyai penyelesaian dasar yang berbeza dikumpulkan secara rawak dan diberikan beberapa kali (LR), akan mef!1punyai kesan yang berbeza terhadap pembentukan skema masalah pada seseorang pelajar. Skema masalah yang terbentuk itu kemudian mempunyai kesan yang penting dalam menentukan cara-cara yang akan digunakan oleh seseorang penyelesai masalah dalam menyelesaikan masalah biasa dan masalah tidak biasa.

Justeru itu dalam kerangka konsep kajian ini, pembolehubah tak bersandar ialah jenis latihan, iaitu LR dan LS; dan pembolehubah moderator ialah kategori pelajar yang terbahagi kepada tiga, iaitu KPB, KPS dan KPL; sementara pembolehubah , bersandar ialah skor-skor pencapaian pelajar dalam menyelesaikan MBi dan MTBi.

Kerangka konsep kajian ini diringkaskan dalam Rajah 2.9.

Pembolehubah Tak Bersandar

Jenis Latihan

Latihan Rambang _.,. Aktivit~a~J~~esaian _.,. Skema masalah ~ Latihan Sistematik

Kategori Pelajar

Rajah 2.9: Kerangka Konsep Kajian

2.7 Rumusan

Pembolehubah Bersandar

Pencapaian Pelajar Skor Pencapaian MBi

Skor Pencapaian MTBi

Dari hasil tinjauan literatur, adalah didapati bahawa kajian-kajian lepas mengenai latihan penyelesaian masala~ telah menyediakan bukti-bukti yang kukuh bahawa latihan sememangnya dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah seseorang pelajar. Di samping itu, kajian-kajian juga menunjukkan bahawa dengan latihan yang berulangan, sesuatu prosedur penyelesaian dapat diautomatikkan.

Pengautomatikan ini dapat meringankan beban kognitif seseorang pelajar dan

~mbawa kepada peningkatan kemahiran penyelesaian masalah. Tinjauan ke atas 1jian-kajian penyelesaian masalah dalam fizik pula mendapati bahawa terdapat

-erbezaan di antara struktur pengetahuan novis dan pakar, dan strategi-strategi yang 1igunakan oleh novis dan pakar dalam penyelesaian masalah fizik. Perbezaan-Jerbezaan yang ditunjukkan oleh novis dan pakar ini masih digunakan sebagai rujukan dalam kajian-kajian penyelesaian masalah kini. Akhir sekali, tinjauan terhadap teori-teori yang berkaitan dengan penyelesaian masalah telah memberikan satu gambaran yang lebih jelas tentang proses penyelesaian masalah seseorang. Selain dari itu, teori-teori ini turut mencadangkan bahawa masalah-masalah "touchstone" dan contoh-contoh penyelesaian adalah penting dalam menibantu seseorang penyelesai itu untuk menjadi mahir. Masalah-masalah "touchstone" dimaksudkan sebagai masalah yang seseorang itu akan kembali berkali-kali dalam latihan kemudian (Redish, 1994).

Masalah-masalah "touchstone" ini menjadi analog kepada masalah-masalah baru sewaktu penyelesaian masalah dan membantu dalam penjanaan penyelesaian. Dalam kajian ini, masalah-masalah "touchstone" lebih merupakan sebilangan masalah dengan penyelesaian dasar yang berbeza.

57

3.1 Pendahuluan

BAB3 METODOLOGI

Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan di antara pelajar-pelajar yang melalui latihan rambang (LR) berbanding dengan pelajar-pelajar yang melalui latihan sistematik (LS) dari segi kebolehan mereka menyelesaikan masalah-masalah momentum yang biasa (MBi) dan masalah-masalah momentum yang tidak biasa (MTBi), dan untuk mendapatkan maklumat tentang kesan LR dan LS ke atas cara pelajar-pelajar itu menyelesaikan MBi dan MTBi.

Untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut, metodologi yang bersesuaian telah dipilih. Bab ini menerangkan metodologi yang telah digunakan untuk melaksanakan kajian ini, dan terbahagi kepada sepuluh bahagian, iaitu: (1) Pendahuluan; {2) Reka bentuk Kajian; (3) Sekolah Kajian; (4) Subjek Kajian; (5) Modul Pengajaran; (6) Set-set Latihan LR dan LS; (7) lnstrumentasi; (8) Prosedur Kajian; (9) Prosedur Pengumpulan Data; dan (10) Prosedur Penganalisaan Data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk eksperimen kuasi telah digunakan untuk mengkaji kesan LR dan LS ke atas pencapaian pelajar dalam menyelesaikan MBi dan MTBi. Secara khususnya, oleh kerana tujuan kajian ialah untuk melihat 'causafeffects' dari latihan-latihan yang diberi, maka reka bentuk variasi terancang (planned variation design) telah dipilih.

Di dalam kajian ini, pembolehubah-pembolehubah bersandar ialah skor ujian dalam menyelesaikan MBi dan skor ujian dalam menyelesaikan MTBi, sementara pembolehubah tak bersandar ialah jenis latihan, iaitu LR dan LS terhadap tiga aras pembolehubah moderator iaitu: kategori pelajar baik (KPB), kategori pelajar sederhana

(KPS), dan kategori pelajar lemah (KML}. Justeru itu, kajian. ini menggunakan rekabentuk faktorial 3 x 2 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Rekabentuk Kajian

Pembolehubah Tak Bersandar Pembolehubah Moderator

(Kategori Pelajar)

LR LS

KPB 1 2

KPS 3 4

KPL 5 6

01 X1 Y1 02 (1)

03 X2 Y1 04 (2)

X1: LR

---·

Os X1 Y2 Os (3) X2: LS

07 X2 Y2 Oa

(4)

---·

Og X1 Y3 010 (5) Y1:KPB Y2:KPS

On X2 Y3 012 (6) Y3: KPL.