• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jenis_Lat

3.10.2.2 Penganalisaan Terhadap Protokol Temubual Susulan

Setiap temubual yang dirakamkan itu didengar balik berulang kali, dan kemudian transkripsi dibuat pada bahagian-bahagian tertentu yang didapati penting dan mempunyai makna dalam kajian. Bahagian-bahagian berkenaan kemudian dibaca semula dan diagihkan ke dalam kategori-kategori yang disediakan awal (preset categories) dari hasil dapatan pengkaji-pengkaji lepas. Proses tersebut diulangi sehingga kesemua temubual itu diagihkan dengan sepenuhnya. Berdasarkan cara penganalisaan ini, beberapa kategori tambahan juga telah diwujudkan.

4.1 Pendahuluan

BAB4

KEPUTUSAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan di antara pelajar-pelajar yang melalui LR dan pelajar-pelajar yang melalui LS dari segi kebolehan dan cara mereka menyelesaikan MBi dan MTBi. Untuk memperolehi gambaran yang jelas tentang kesan dari latihan-latihan ini, kajian terperinci dengan membandingkan tiga kategori pelajar iaitu kategori pelajar baik (KPB}, kategori pelajar sederhana (KPS) dan kategori pelajar lemah (KPL) di antara kedua-dua kumpulan latihan telah dilakukan. Skor-skor pencapaian dalam penyelesaian MBi dan MTBi dari ujian pasca telah digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan dari segi

kebole~an di antara pelajar yang melalui LR dan pelajar yang melalui LS bagi setiap kategori pelajar itu. Penganalisaan ke atas penyelesaian bertulis dan protokol temubual dengan beberapa orang pelajar yang terlibat dari setiap kategori bagi kedua-dua kumpulan latihan juga dilakukan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan dari segr cara pelajar-pelajar itu menyelesaikan MBi dan MTBi.

Bab ini akan membentangkan keputusan-keputusan yang diperolehi dari penganalisaan data-data kajian. Pembentangan ini dibuat dengan berpandu kepada tiga tajuk utama berikut:

(i) Keputusan Pengujian Hipotesis-hipotesis Nol Kajian;

(ii) Keputusan Penganalisaan Penyelesaian Bertulis; dan (iii) Keputusan Penganalisaan Temubual Susulan.

4.2 Keputusan Pengujian Hipotesis-hipotesis Nol Kajian

Sahagian berikut membincangkan keputusan-keputusan yang diperolehi dari penganalisaan statistik ke atas setiap hipotesis nol yang dibina dalam kajian. Dari setiap keputusan penganalisaan yang diperolehi, satu rumusan telah dibuat.

4.2.1 Ujian terhadap Hipotesis Nol 1

H1: Tie!ak ada perbezaan yang signifikan dari segi statistik antara pelajar yang melalui LR dan pelajar yang melalui LS dalam prestasi penyelesaian MBi dan penyelesaian MTBi.

Jadual 4.1 memaparkan min dan sisihan piawai bagi setiap pembolehubah bersandar dari LR dan LS. Untuk menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi statistik dalam pencapaian menyelesaikan MBi dan MTBi antara kumpulan LR dan kumpulan LS, analisis multivariat kovarians (MANCOVA) telah dilakukan.

Jadual 4.1: Min dan sisihan piawai bagi setiap pembolehubah bersandar dari LR dan LS

Skor pencapaian dalam menyelesaikan MBi

Skor pencapaian dalam menyelesaikan MTBi

min

SP

min

SP

Catatan: Jumlah skor setiap pencapaian ialah 20.

LR LS

(N = 180) (N = 179)

12.28 13.46

6.20 5.91

11.25 10.16

6.85 5.86

Jadual 4.2 menunjukkan keputusan analisis multivariat kovarians (MANCOVA) dan analisis univariat susulan. Analisis ini telah · dilakukan dengan mengambil pencapaian dalam menyelesaikan MBi dan pencapaian dalam menyelesaikan MTBi semasa ujian pra sebagai kawalan. Dalam analisis ini, Wilks'/.. telah digunakan untuk menilai perbezaan multivariat.

Dari keputusan MANCOVA yang diperolehi, adalah didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik di antara kedua-dua kumpulan (Wilks' A. = .60, p < .001 ). lni b.ermakna bahawa terdapat perbezaan statistik ke atas sekurang-kurangnya satu pembolehubah bersandar. Kovariat pencapaian dalam menyelesaikan MBi (Wilks' A.= .68, p < .001) dan MTBi (Wilks' A.= .79, p < .001) dalam ujian pra juga;

mempunyai kesan yang signifikan.

Jadual4.2: Ringkasan keputusan analisis multivariat kovarians (MANCOVA) dan keputusan analisis univariat susulan terhadap jenis latihan (LR dan LS)

Jjian Pembolehubah Bersandar

Keputusan dari ujian univariat susulan seper!i yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam dua pembolehubah bersandar (pencapaian dalam menyelesaikan MBi dan pencapaian dalam menyelesaikan MTBi). Nisbah F untuk MBi (1, 355) adalah 6.51 (p

=

.01). lni bermakna bahawa jenis latihan mempunyai kesan utama (main effects) ke atas MBi.

Kesan ini menjelaskan 18% varian MBi (Eta2

=

.18). Nisbah F untuk MTBi (1, 355) adalah 17.93 (p < .001). lni bermakna bahawa jenis latihan juga mempunyai kesan utama ke atas MTBi. Kesan ini .menjelaskan 48% varian MTBi (Eta2 = .48).

Jadual 4.3 menunjukkan ringkasan keputusan perbandingan berpasangan (pairwise comparisons) bagi jenis latihan (LR dan LS) dalam ujian univariat ANCOVA ke atas setiap pembolehubah bersandar berkenaan. Dari Jadual 4.3 ini, adalah didapati bahawa bagi:

(i) Penye/esaian MBi. T erda pat perbezaan yang signifikan secara statistik (p = .02) dalam pencapaian kumpulan LR dan kumpulan LS, di mana pencapaian kumpulan LR (min

=

12.28, SP

=

6.20) adalah lebih rendah berbanding dengan kumpulan LS (min

=

13.46, SP

=

5.91), dengan perbezaan min sebesar 1.18.

(ii) Penye/esaian MTBi. Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik (p

= .

001) dalam pencapaian kumpulan LR dan kumpulan LS, di mana pencapaian kumpulan LR (min

=

11.25, SP

=

6.85). adalah lebih baik berbanding dengan kumpulan LS (min

=

10.16, SP

=

5.86), dengan perbezaan min sebesar 1.09.

Jadual 4.3: Ringkasan keputusan perbandingan berpasangan (pairwise

comparisons) bagi jenis latihan (LR dan·LS) dalam analisis univariat ANCOVA

Catatan:

Pembolehubah Bersandar: Skor Pencapaian Dalam Menyelesaikan MBi

Min Marginal _ _ _ L_R _ _ _ _ _ 1_2_.4_7_1_* _ _

Anggaran LS 13.270*

Perbezaan Min Marginal . 799*

Anggaran

Perbezaan Min Marginal 1.303*

Anggaran

Ralat Piawai .34

Sig.**** .001

* Kovariat wujud dalam model adalah dinilai pada nilai: skor pencapaian dalam menyelesaikan MBi

=

6.80

** Kovariat wujud dalam model adalah dinilai pada nilai: skor pencapaian dalam menyelesaikan MTBi

=

3.48

*** Perbezaan min adalah signifikan pada aras .05

**** Ubahsuai untuk perbandingan pelbagai: Least Significant Difference

Rumusan Ujian Terhadap Hipotesis Nol 1

Keputusan analisis multivariat kovarians (MANCOVA) dan univariat (ANCOVA) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2 dan Jadual 4.3 di atas menolak kesahan Hipotesis Not 1.

Hipotesis No/ 1: Tidak ada perbezaan yang signifikan dari segi statistik antara pel ajar yang melalui LR dan pelajar yang mela/ui LS dalam prestasi penyelesaian MBi dan penyelesaian MTBi.

Jaitu adalah disahkan bahawa pelajar yang melalui LR mendapat pencapaian yang lebih rendah dalam periyelesaian masalah momentum biasa (MBi) berbanding dengan pelajar yang melalui LS, tetapi sebaliknya dalam penyelesaian masalah momentum tidak biasa (MTBi), pelajar yang melalui LR pula mendapat pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang melalui LS.