Satu modul pengajaran (Lampiran A) yang bertujuan untuk memastikan bahawa subjek kajian mempunyai pemahaman konsep yang mencukupi sebelum bermulanya sesi latihan telah disediakan oleh pengkajL Modul ini telah disediakan mengikut sukatan pelajaran Fizik SPM dan mencakupi pengetahuan-pengetahuan asas tentang konsep momentum dan Prinsip Keabadian Momentum Linear yang diperlukan untuk mencuba masalah-masalah dalam LR dan LS. Kesahan dan kesesuaian isi kandungan modul ini telah dipastikan oleh satu panel yang terdiri daripada dua orang guru kanan fizik dari dua buah sekolah, dan dua orang pensyarah fizik dari sebuah institut perguruan. Kesemua anggota panel ini mempunyai hubungan secara langsung dengan pengajaran mata pelajaran Fizik pada masa kini, dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Fizik tidak kurang daripada sepuluh tahun.
Modul pengajaran ini disediakan dalam dua bentuk, iaitu dalam bentuk cetakan kertas dan bentuk transparensi. Modul dalam bentuk cetakan kertas diberi kepada setiap guru fizik yang terlibat beberapa hari lebih awal untuk membolehkan guru-guru berkenaan menyemak dan membiasakan diri dengan isi kandungan di dalamnya.
Modul yang disediakan dalam bentuk transparensi diberikan kepada setiap guru dua hari sebelum kajian bermula, dan dikutip balik selepas digunakan untuk diguna semula dalam sekolah lain. Setiap guru telah diminta menyampaikan isi kandungan modul ini dengan menggunakan OHP (Over Head Projector) untuk m_enjamin kejelasan, ketertiban dan kelancaran penyampaian serta menjimatkan masa. Tempoh masa pelaksanaan modul ini ialah 60 minit.
3.6 Set-Set Latihan LR Dan LS (Lampiran 8 Dan Lampiran C)
Dalam kajian ini, masalah-masalah berhubung dengan konsep momentum dan Prinsip Keabadian Momentum Linear telah dipilih sebagai latihan di atas sebab-sebab berikut:
1. Kajian-kajian tentang konsep momentum dan Prinsip Keabadian Momentum Linear masih kurang;
2. Masalah-masalah ini dapat diperihalkan dalam bentuk lakaran. lni adalah penting untuk menentukan perwakilan masalah yang dibina;
3. Masalah-masalah berhubung dengan konsep ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut cara penyelesaiannya; dan
4. Penyelesaian masalah-masalah ini hanya memerlukan operasi matematik yang mudah. Syarat ini adalah penting kerana operasi matematik yang rumit mungkin akan menjejaskan aktiviti penyelesaian, dan tujuan kajian bukanlah untuk melihat kemahiran matematik pelajar.
Kajian ini menggunakan dua jenis latihan, iaitu LR dan LS. Setiap jenis latihan merangkumi empat set latihan. Dalam LS (lampiran C), setiap set latihan terdiri daripada enam masalah yang mempunyai cara penyelesaian yang sama, iaitu masalah-masalah yang sejenis (masalah-masalah bervariasi rapat). Dalam LR (Lampiran B) pula, masalah-masalah dalam setiap set latihan adalah dipilih secara rawak, ini bererti bahawa masalah-masalah dalam set latihan itu tidak disusun mengikut cara penyelesaian yang sama, maka dengan itu bukan merupakan
masalah-masalah sejenis (masalah-masalah-masalah-masalah bervariasi jauh). Bilangan set latihan dan juga bilangan masalah dalam setiap set latiha·n telah ditetapkan melalui rundingan dengan panel guru-guru ka11an fizik dan pensyarah-pensyarah fizik berpengalaman yang masing-masing berpendapat bahawa empat set latihan untuk setiap jenis latihan adalah sesuai untuk tujuan kajian ini, dan enam masalah untuk setiap set latihan
1dalah memadai untuk memperolehi kemahiran penyelesaian masalah berhubung jengan konsep momentum dan Prinsip Keabadian Momentum Linear bagi seseorang pelajar.
Jadual 3.5 menunjukkan bentuk-bentuk yang mungkin bagi satu sistem perlanggaran/letupan yang terdiri daripada dua objek dalam Prinsip Keabadian Momentum Linear sementara Jadual 3.6 menunjukkan komponen-komponen set LS bersama dengan bentuk dan bilangan masalah yang digunakan sebagai latihan.
Bentuk-bentuk ini telah dipilih kerana kekerapannya digunakan dalam latihan dan peperiksaan Fizik SPM berbanding dengan bentuk-bentuk lain. Dapat diperhatikan bahawa bentuk pertama, iaitu: m1u1 + m2u2
=
m1v1 + m2v2, yang melibatkan perlanggaran dua objek bergerak dengan halaju yang berlainan dan kemudian bergerak dengan halaju-halaju yang berlainan pula selepas perlanggaran, merupakan bentuk yang paling kompleks. Oleh kerana aras kesukaran sesuatu masalah adalah berkait terus dengan kompleksiti sesuatu masalah itu, justeru itu masalah-masalah dalam bentuk pertama merupakan masalah-masalah yang mempunyai aras kesukaran yang paling tinggi berbanding dengan bentuk-bentuk lain. Sungguhpun demikian, masalah-masalah berkenaan iaitu bentuk pertama telah dijadikan sebagai latihan pertama dalam LS kerana bentuk yang berkenaan merupakan bentuk yang digunakan untuk mentakrifkan formula Prinsip Keabadian Momentum Linear untuk sistem dua objek yang berlanggar. Urutan-urutan bentuk lain kemudiannya telah disusun mengikut suatu pola kompleksiti menurun.65
I
Jadual 3.5: Bentuk-bentuk yang mungkin bagi satu sistem perlanggaran/letupan yang terdiri daripada dua objek dalam Prinsip Keabadian Momentum Linear
Bil. Bentuk
Jadual 3.6: Komponen-komponen set LS bersama dengan bentuk dan bilangan masalah latihan
Set Latihan Bentuk Bilangan Masalah
6 6 6 6
Jumlah 24
Kesemua mC!_salah-masalah dalam LS telah digubal oleh pengkaji mengikut sukatan pelajaran Fizik SPM. Kesahan isi kandungan dan kesesuaian masalah-masalah berkenaan telah disemak dan .disahkan oleh panel yang sama yang menilai kesahan dan kesesuaian Modul Pengajaran dan lnstrumen yang akan digunakan.
Panel ini terdiri daripada dua orang guru kanan fizik dari dua buah sekolah dan dua orang pensyarah fizik dari sebuah institut perguruan, yang masing-masing mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Fizik melebihi sepuluh tahun dan masih
66
;
mempunyai hubungan secara langsung dengan pengajaran mata pelajaran Fizik pada masa kini.
Dalam membiQa set-set LR, kesemua masalah dalam set-set LS telah dlnomborkan dari 1 hingga 24, kemudian nombor-nombor itu telah 'dicabut' untuk menetapkan masalah itu menjadi masalah yang pertama dalam set LR yang pertama, kedua, ketiga, dan keempat, dan seterusnya. Proses ini diulangi untuk set-set latihan yang lain sehingga keempat-empat set LR mengandungi enam masalah. Pembahagian secara begini telah diguna~an untuk menjamin bahawa setiap set LR adalah benar-benar tidak disusun secara sengaja.
3.7 lnstrumentasi
Dalam kajian ini, satu instrumen (Lampiran D) telah dibina oleh pengkaji untuk menilai keupayaan pelajar menyelesaikan MBi dan MTBi, dan cara yang mereka gunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut selepas menerima satu siri latihan sama ada LR ataupun LS. lnstrumen ini terdiri daripada sepuluh masalah berperkataan (word problems), yang merangkumi lima MBi dan lima MTBi. Lima masalah yang pertama, iaitu masalah pertama hingga masalah yang kelima merupakan masalah-masalah biasa (MBi) sementara lima masalah yang kedua iaitu masalah keenam hingga masalah ke sepuluh merupakan masalah-masalah tidak biasa (MTBi}. Subjek dikehendaki menunjukkan langkah-langkah penyelesaian dalam ruang yang disediakan di bawah setiap masalah.
Kesahan kandungan (content validity) instrumen ini telah disemak dan disahkan oleh panel yang sama yang menentukan kesahan modul pengajaran dan set-set latihan. Kesahan muka (face validity) instrumen, iaitu kemampuan instrumen ini untuk mengukur konstruk kemahiran penyelesaian masalah seperti mana yang didefinisikan juga telah dijustifikasi dan disahkan oleh panel berkenaan. Kebolehpercayaan dalaman (internal reliability) instrumen yang didapati dari kajian rintis mempunyai nilai Cronbach
I
Alpha = .79. Nilai ini menunjukkan bahawa instrumen yang dibina ini mempunyai kebolehpercayaan dalaman yang tinggi, dan dengan itu telah digunakan dalam kajian.