• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jenis_Lat

4.2.3 Ujian terhadap Hipotesis Nol 3

H2 : Tidak ada perbezaan yang signifikan dari segi statistik antara pelajar sederhana yang melalui LR dan pelajar sederhana yang melalui LS dalam prestasi penyelesaian MBi dan penyelesaian MTBi.

Jadual 4.7 memaparkan min dan sisihan piawai bagi setiap pembolehubah bersandar dari LR dan LS. Untuk menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi statistik dalam pencapaian menyelesaikan MBi dan MTBi antara kumpulan LR dan kumpulan LS, analisis multivariat kovarians (MANCOVA) telah dilakukan.

Jadual 4. 7: Min dan sisihan piawai bagi setiap pembolehubah bersandar dari LR dan LS bagi kategori pelajar sederhana (KPS)

Skor pencapaian dalam menyelesaikan MBi

Skor pencapaian dalam menyelesaikan MTBi

min

SP

min

SP

Catatan: Jumlah skor setiap pencapaian ialah 20.

LR LS

(N

=

61) (N

=

60)

15.00 16.83

.84 .72

14.64 13.20

.68 .66

Jadual 4.8 menunjukkan keputusan analisis multivariat kovarians (MANCOVA) dan analisis univariat susulan. Analisis ini telah dilakukan dengan mengambil pencapaian dalam menyelesaikan MBi dan pencapaian dalam menyelesaikan MTBi semasa ujian pra sebagai kawalan. Dalam analisis ini, Wilks'A. telah digunakan untuk menilai perbezaan multivariat.

Dari keputusan MANCOVA yang diperolehi, adalah didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik di antara kedua-dua kumpulan (Wilks' A = .23, p < .001). lni bermakna bahawa terdapat perbezaan statistik ke atas sekurang-kurangnya satu pembolehubah bersandar. Kovariat pencapaian dalam menyelesaikan MBi (Wilks' A= 1.00, p = .78) dan MTBi (Wilks' A = .98, p = .27) dalam ujian pra didapati tidak mempunyai kesan yang signifikan.

Jadual 4.8: Ringkasan keputusqn analisis multivariat kovarians (MANCOVA) dan keputusan analisis univariat susulan terhadap jenis latihan (LR dan LS) bagi kategori pelajar sederhana (KPS)

Keputusan dari ujian univariat susulan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.8 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam dua pembolehubah bersandar (pencapaian ·dalam menyelesaikan MBi dan pencapaian dalam menyelesaikan MTBi). Nisbah F untuk MBi (1, 117) adalah 166.05 (p < .001). lni bermakna bahawa jenis latihan mempunyai kesan utama (main effects) ke atas MBi.

Kesan ini menjelaskan 59% varian MBi (Eta2 =.59). Nisbah F untuk MTBi (1, 117)

adalah 135.45 (p < .001). lni bermakna pahawa jenis latihan juga mempunyai kesan utama ke atas MTBi. Kesan ini menjelaskan 54% varian MTBi (Eta2 =.54).

Jadual 4.9 menunjukkan ringkasan keputusan perbandingan berpasangan (pairwise comparisons) bagi jenis latihan (LR dan LS) dalam ujian univariat ANCOVA ke atas setiap pembolehubah bersandar berkenaan. Dari Jadual 4.9 ini, adalah didapati bahawa bagi:

(i) Penyelesaian MBi. Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik (p <

.001) antara pencapaian kumpulan LR dan kumpulan LS, di mana pencapaian kumpulan LR (min= 15.00, SP = .84) adalah lebih rendah berbanding dengan kumpulan LS (min= 16.83, SP = .72), dengan perbezaan min sebesar 1.83.

(ii) Penyelesaian MTBi. Juga terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik (p

< .0~1) antara pencapaian kumpulan LR dan kumpulan LS, di mana pencapaian kumpulan LR (min= 14.64, SP = .68) adalah lebih baik berbanding dengan kumpulan LS (min = 13.20, SP = .66), dengan perbezaan min sebesar 1.44.

Jadual4.9: Ringkasan keputusan perbandingan berpasangan (pairwise

comparisons) bagi jenis latihan (LR dan LS) dalam anal isis univariat ANCOVA untuk kategori pelajar sederhana (KPS)

Pembolehubah Bersandar: Skor Pencapaian Dalam Menyelesaikan MBi

Pembolehubah Bersandar: Skor Pencapaian Dalam Menyelesaikan MTBi

Catatan:

* Kovariat wujud dalam model adalah dinilai pada nilai: skor pencapaian dalam menyelesaikan MBi

=

6. 85

** Kovariat wujud dalam model adalah dinilai pada nilai: skor pencapaian dalam menyelesaikan MTBi

=

3.52

*** Perbezaan min adalah signifikan pada aras .05

**** Ubahsuai untuk perbandingan pelbagai: Least Significant Difference

Rumusan Ujian Terhadap Hipotesis Nol 3

Keputusan analisis multivariat kovarians (MANCOVA) dan univariat (ANCOVA) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.8 dan Jadual 4.9 di atas menolak kesahan Hipotesis Nol 3.

Hipotesis No/ 3: Tidak ada perbezaan yang signifikan dari segi statistik antara pelajar sederhana yang melalui LR dan pel ajar sederhana yang me/a lui LS dalam prestasi penyelesaian MBi dan penyelesaian MTBi.

laitu adalah didapati bahawa pelajar sederhana yang melalui LR mendapat pencapaian yang lebih rendah dalam penye:lesaian masalah momentum biasa (MBi) berbanding dengan pelajar sederhana yang melalui LS, tetapi sebaliknya dalam penyelesaian masalah momentum tidak biasa (MTBi), pelajar sederhana yang melalui LR pula mendapat pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajar sederhana yang melalui LS.

4.2.4 Ujian terhadap Hipotesis Nol 4

H2 : Tidak ada perbezaan yang signifikan dari segi statistik antara pelajar lemah yang melalui LR dan pelajar lemah yang melalui LS dalam prestasi penyelesaian MBi dan penyelesaian MTBi.

Jadual 4.10 memaparkan min dan sisihan piawai bagi setiap pembolehubah bersandar dari LR dan LS. Untuk menguji sama ada terdapat perbezaan yang sigriifikan dari segi statistik dalam pencapaian menyelesaikan MBi dan MTBi antara kumpulan LR dan kumpulan LS, analisis multivariat kovarians {MANCOVA) telah dilakukan.

Jadual 4.10: Min dan sisihan piawai bagi setiap pembolehubah bersandar dari LR dan LS bagi kategori pelajar lemah (KPL)

Skor pencapaian dalam menyelesaikan MBi

Skor pencapaian dalam menyelesaikan MTBi

min

SP

min

SP

Catatan: Jumlah skor setiap pencapaian ialah 20.

LR LS

{N = 60) (N =58)

3.58 5.10

.90 .97

1.82 1.90

.93 .87

Jadual4.11 menunjukkan keputusan analisis multivariat kovarians (MANCOVA) dan analisis univariat susulan. Analisis ini telah dilakukan dengan mengambil pencapaian dalam menyelesaikan MBi dan pencapaian dalam menyelesaikan MTBi semasa ujian pra sebagai kawalan. Dalam analisis ini, Wilks'A. telah digunakan untuk menilai perbezaan multivariat.

Dari keputusan MANCOVA yang diperolehi, adalah didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik di antara kedua-dua kumpulan (Wilks' A. = .47, p < .001 ). lni bermakna bahawa terdapat perbezaan statistik ke atas sekurang-kurangnya satu pembolehubah bersandar. Kovariat pencapaian dalam menyelesaikan MBi (Wilks' A. = .42, p < .001) dan MTBi (Wilks' A. = .55, p < .001) dalam ujian pra juga mempunyai kesan yang signifikan.

Jadual4.11: Ringkasan keputusan analisis multivariat kovarians (MANCOYA) dan keputusan analisis univariat susulan terhadap jenis latihan (LR dan LS) bagi kategori pelajar lemah (KPL)

Ujian Pembolehubah Bersandar Ujian Ujian

Multivariat Univariat Kesan Kumpulan Wilks' Lambda

.47 (p <.001)

Pencapaian dalam menyelesaikan F(1.114)

=

6.51 (p < .001)

Ujian MBi Eta2 =.54

Pasca

F(1.114l= 17.93 (p

=

0.41)

Pencapaian dalam menyelesaikan Eta2

=

.01

MTBi

Ujian Pencapaian dalam menyelesaikan .42 (p < .001) Pra MBi

.55 (p < .001) Pencapaian dalam menyelesaikan

MTBi

Keputusan dari ujian univariat susulan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.11 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah bersandar pencapaian dalam menyelesai_kan MBi (F{1. 114> = 6.51, p < .001), tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah bersandar pencapaian dalam menyelesaikan MTBi (F(1,114>

=

17.93, p

=

.41). lni bermakna bahawa jenis latihan mempunyai kesan utama (main effects) ke atas MBi. Kesan ini menjelaskan 54%

2

Jadual 4.12 menunjukkan ringkasan keputusan perbandingan berpasangan (pairwise comparisons) bagi jenis latihan (LR dan LS) dalam ujian univariat ANCOVA ke atas setiap pembolehubah bersandar berkenaan. Dari Jadual 4.12 ini, adalah didapati bahawa bagi:

(i) Penye/esaian MBi. Sekali lagi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi statistik (p < . 001) di antara pencapaian kumpulan LR dan pencapaian kumpulan LS, di mana pencapaian kumpulan LR (min = 3.58, SP = .90) adalah lebih rendah berbanding dengan pencapaian kumpulan LS (min= 5.10, SP = .97) dengan perbezaan min sebesar 1.52.

(ii) Penyelesaian MTBi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi statistik (p = . 41) di antara pencapaian kumpulan LR (min = 1.82, SP = .93) dan pencapaian kumpulan LS (min= 1.90, SP = .87).

Jadual 4.12: Ringkasan keputusan perbandingan berpasangan (paifWise

comparisons) bagi jenis latihan (LR dan LS) dalam analisis univariat ANCOVA untuk kategori pelajar lemah (KPL)

Catatan:

Pembolehubah Bersandar: Skor Pencapaian Dalam Menyelesaikan MTBi

* Kovariat wujud dalam model adalah dinilai pada nilai: skor pencapaian dalam menyelesaikan MBi = 3.71

** Kovariat wujud dalam model adalah dinilai pada nilai: skor pencapaian dalam menyelesaikan MTBi = 1.50

*** Perbezaan min adalah signifikan pada aras .05

**** Ubahsuai untuk perbandingan pelbagai: Least Significant Difference

Rumusan Ujian Terhadap Hipotesis Nol 4

Keputusan analisis multivariat kovarians (MANCOVA) dan univariat (ANCOVA) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual4.11 dan Jadual4.12 di atas menolak kesahan Hipotesis Nol 4.

Hipotesis No/ 4: Tidak ada perbezaan yang signifikan dari segi statistik antara pe/ajar Jemah yang me/alui LR dan pe/ajar lemah yang melalui LS dalam prestasi penyelesaian MBi dan penyelesaian MTBi.

laitu adalah didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara;

pelajar lemah yang melalui LR dan pelajar lemah yang melalui LS dalam pencapaian menyelesaikan masalah momentum biasa (MBi), di mana pelajar lemah yang melalui LR mendapat pencapaian yang lebih rendah berbanding dengan pelajar lemah yang melalui LS dalam pencapaian menyelesaikan masalah momentum biasa. Sungguhpun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lemah yang melalui LR dan pelajar lemah yang melalui LS dalam pencapaian menyelesaikan masalah momentum tidak biasa (MTBi).

4.2.5 Ujian terhadap Hipotesis Nol 5

Hs: Tidak ada kesan interaksi antara jenis latihan dan tahap kebolehan pelajar (baik, sederhana, dan lemah) yang signifikan secara statistik dalam prestasi penyelesaian MBi dan penyelesaian MTBi.

Jadual 4.13 memaparkan min, sisihan piawai, min ubahsuai, dan ralat piawai bagi setiap pembolehubah bersandar dengan interaksi antara jenis latihan dan kategori kebolehan {KPB, KPBS, dan KPL). Analisis multivariat kovarians dua hala (two-way MANCOVA) telah dijalankan untuk memastikan sama ada terdapat kesan interaksi di

l

antara kedua-dua pembolehubah tak bersandar Qenis latihan dan kategori kebolehan) terhadap pencapaian penyelesaian MBi dan MTBi.

Jadual 4.13: Min, Sisihan Piawai, Min Ubahsuai dan Ralat Piawai untuk setiap pembolehubah bersandar dengan interaksi antara jenis latihan dan kategori kebolehan

* Dinilai pada kovariat wujud dalam model:

skor pencapaian dalam menyelesaikan MBi = 9. 78, MTBi = 5.39

** Dinilai pada kovariat wujud dalam model:

skor pencapaian dalam menyelesaikan MBi = 6.85, MTBi = 3.52

*** Dinilai pada kovariat wujud dalam model:

skor pencapaian dalam menyelesaikan MBi = 3.71, MTBi = 1.50 Jumlah skor setiap pencapaian ialah 20.

;

Jadual 4.14 menunjukkan ringkasan keputu~an analisis multivariat kovarians dua hala (two-way MANCOVA) dan analisis univariat susulan yang diperolehi. Dari keputusan ini, dapat dilihat bahawa terdapat kesan interaksi yang signifikan di antara jenis latihan (LR dan LS) dan kategori kebolehan pelajar (KPB, KPS, dan KPL) di mana nilai Wilks'/..= .70 (p < .001). Ujian univariat susulan seterusnya menunjukkan bahawa kesan interaksi ini berlaku pada kedua-dua pembolehubah bersandar, iaitu pencapaian penyelesaian MBi (F(1. 355> = 23.87, p < .001), dan pencapaian penyelesaian MTBi (F(1.

355) = 50.55, p < .001).

Seperti yang dicadangkan oleh Loftus (1996), graf interaksi untuk setiap pembolehubah bersandar telah diplotkan demi untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kesan utama dan kesan interaksi di antara jenis latihan dan kategori kebolehan pelajar ini terhadap pencapaian penyelesaian MBi dan MTBi.

Jadual4.14: Ringkasan keputusan analisis multivariat kovarians (MANCOVA) dan analisis univariat susulan terhadap kesan interaksi antara jenis latihan {LR dan LS) dan kategori kebolehan pelajar

Ujian Pembolehubah Bersandar Ujian Ujian

Multivariat Univariat Kesan Kumpulan Wilks' Lambda

.70 (p <.001)

Pencapaian dalam menyelesaikan F(1, 355)

=

23.87 (p <

Ujian MBi .001)

Pasca Eta2

=

.12

Pencapaian dalam menyelesaikan F(1.355)= 50.55 (p < .001)

MTBi Eta2

=

.22

Ujian Pencapaian dalam menyelesaikan .97 (p

=

.01)

Pra MBi

.93 (p < .001) Pencapaian dalam menyelesaikan

MTBi

Dari Graf 4.1, kesan utama dari jenis latihan dan kategori pelajar ke atas pencapaian penyelesaian MBi dapat diperhatikan. Secara keseluruhannya, bagi:

(i) kesan utama dari jenis latihan: LS > LR

(ii) kesan utama dari kategori pelajar: KPB > KPS > KPL.

Dari graf 4.1 juga, dapat diperhatikan bahawa tidak terdapat interaksi di antara kategori pelajar KPS dan KPL dengan jenis latihan kerana perbezaan min marginal anggarannya adalah hampir sama untuk kedua-dua kumpulan LR dan LS. Bagi kategori pelajar KPB pula, dapat diperhatikan bahawa tidak ada kesan utama dan kesan interaksi dari kedua-dua jenis latihan dan kategori pelajar.

~raf 4.1: Min Marginal Anggaran Pencapaian Penyelesaian MBi Melawan Jenis Latihan Untuk Setiap Kategori Pelajar

o---~o

--

-~

--

v

-.-<.J

.-· .

__... ...

LR LS

Jenis Latihan

~<ategori -1\PB --1\PS - · 1\Pl

Dari Graf 4.2, kesan utama dari jenis latiha_n dan kategori pelajar ke atas pencapaian penyelesaian MTBi dapat diperhatikan. Secara keseluruhannya, bagi:

(i) kesan utama dari jenis latihan: LR > LS

(ii) kesan utama dari kategori pelajar: KPB > KPS > KPL.

Dari graf 4.2 juga, dapat diperhatikan bahawa perbezaan min marginal anggaran pencapaian penyelesaian MTBi adalah lebih dalam kumpulan LR berbanding dengan kumpulan LS, iaitu terdapat interaksi di antara kategori pelajar KPB dan KPS dengan jenis latihan. Tetapi bagi kategori pelajar KPL pula, dapat diperhatikan bahawa tidak ada kesan utama dan kesan interaksi dari kedua-dua jenis latihan dan kategorr pelajar.

Graf 4.2: Min Marginal Anggaran Pencapaian Penyelesaian MTBi Melawan Jenis latihan Untuk Setiap Kategori Pelajar

15 ( , . - _

-- --

- - . - - - - . (J

s

~- · - · .·~- - - ( 1

LR LS

Jenis Latihan

l<ntegori

-I<PB --I{PS - · J<PL

Rumusan Ujian Terhadap Hipotesis Nol 5

Keputusan analisis multivariat kovarians dua hala (two-way MANCOVA) dan graf interaksi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual4.14 dan Graf 4.1 di atas menolak kesahan Hipotesis Nol 5.

Hipotesis No/ 5: Tidak ada kesan interaksi antara jenis latihan dan tahap kebolehan pelajar (baik, sederhana, dan lemah) yang signifikan secara statistik dalam prestasi penyelesaian MBi dan penyelesaian MTBi.

laitu adalah didapati bahawa terdapat kesan interaksi di antara jenis latihan dan kategori pelajar dalam penyelesaian MBi dan MTBi, di mana:

(i) KPS dan KPL yang melalui LS mendapat pencapaian yang lebih baik dalam penyelesaian MBi berbanding dengan kategori yang sama yang melalui LR, tetapi pencapaian penyelesaian MBi bagi KPB adalah hampir sama untuk kedua-dua jenis latihan.

(ii) KPB dan KPS yang melalui LR mendapat pencapaian yang lebih baik dalam penyelesaian MTBi berbanding dengan kategori yang sama yang melalui S, tetapi pencapaian penyelesaian MTBi bagi KPL adalah hampir sama untuk kedua-dua jenis latihan.

4.2.6 Rumusan Keseluruhan Penganalisaan Data Kuantitatif

Dari pengujian yang- dijalankan ke atas hipotesis-hipotesis nol yang dibina, adalah didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar-pelajar yang melalui LR berbanding dengan pelajar-pelajar yang melalui LS dari segi kebolehan menyelesaikan MBi dan MTBi, di mana adalah didapati bahawa:

(i) Bagi kategori pelajar KPB, pencapaian pelajar yang melalui LR adalah sama dengan pencapaian pelajar yang melalui LS dalam penyelesaian MBi, sementara dalam penyelesaian MTBi, adalah didapati bahawa pencapaian pelajar yang melalui LR adalah lebih baik dari pencapaian pelajar yang melalui LS;

(ii) Bagi kategori pelajar KPS, pencapaian pelajar yang melalui LR adalah lebih rendah dari pencapaian pelajar yang melalui LS dalam penyelesaian MBi.

Tetapi dalam penyelesaian MTBi, adalah didapati bahawa pencapaian pela1ar yang melalui LR adalah lebih baik dari pelajar yang melalui LS; dan

(iii) Bagi kategori KPL pula, pencapaian pelajar yang melalui LR adalah lebih rendah dari pelajar yang melalui LS dalam penyelesaian MBi. T eta pi dalam penyelesaian MTBi, adalah didapati bahawa kedua-dua kumpulan pelajar LR

da~ LS mempunyai pencapaian yang sama.