• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa yang pertama merupakan kajian rintis, yang bertujuan untuk mengenalpasti sebarang kesulitan yang mungkin timbul sewaktu pelaksanaan eksperimen, dan memurnikan modul pengajaran, set-set LR dan LS, serta instrumen kajian. Kajian rintis ini juga digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian. Fasa yang kedua merupakan kajian sebenar.

Sebelum kajian sebenar dijalankan, kelulusan dari Sahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) telah diperolehi terlebih dahulu. Permohonan untuk kebenaran ini telah dibuat sebaik sahaja pembentangan usul penyelidikan diluluskan.

3.8.1 Kajian Rintis

Kajian rintis telah dijalankan pada pertengahan bulan Mac 2005, kerana pada masa itu pelajar-pelajar tingkatan empat telahpun mempelajari tentang konsep kuantiti fizikal, kuantiti skalar dan kuantiti vektor, serta konsep-konsep kinematik asas seperti jarak, sesaran, laju, halaju, dan pecutan. Konsep-konsep ini merupakan pengetahuan asas yang perlu ada untuk pembelajaran konsep momentum dan Prinsip Keabadian Momentum Linear.

Kajian rintis ini dijalankan di dua buah sekolah di Sungai Petani, Kedah. Dari setiap sekolah berkenaan, seramai 30 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini.

Dari kajian rintis ini, telah didapati bahawa modul pengajaran dan set-set latihan serta jawapan yang dibina pada transparensi untuk kegunaan guru fizik tidak dapat dilihat dengan jelas oleh pelajar-pelajar yang duduk di belakang makmal.

68

;

Transparensi-transparensi berkenaan telah dibina semula dengan cetakan huruf yang lebih besar dalam kajian sebenar.

Kebolehpercayaan dalaman instrumen kajian, iaitu nilai Cronbach Alpha telah diperolehi dari kajian rintis ini. Sungguhpun begitu, analisis secara mendalam data-data kajian rintis ini tidak dapat dilakukan kerana bilangan subjek masih tidak mencukupi untuk memenuhi syarat analisis statistik yang diperlukan.

3.8.2 Kajian Sebenar

Kajian sebenar telah dijalankan pada awal bulan April 2005 setelah kelulusan dari Sahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian ; Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah diperolehi. Dalam kajian sebenar, kajian tidak dijalankan secara serentak di kesemua 12 sekolah yang terpilih sebaliknya hanya tiga buah sekolah yang terlibat pada setiap minggu, dan kajian dimulakan pada hari yang berbeza bagi setiap sekolah.

Pada hari pertama kajian, pengkaji telah berjumpa dengan pengetua/penolong kanan sekolah untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian. Dari kebenaran yang diperolehi, pengkaji kemudian berjumpa dengan ketua jabatan sains, ketua panitia fizik, dan guru-guru fizik untuk memaklumkan kepada mereka tentang tujuan kajian. Selepas itu, pengkaji memohon kerjasama dari mereka untuk mendapatkan keputusan mata pelajaran Sa ins setiap pelajar dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi setiap kelas tingkatan empat. Tujuan maklumat tersebut dikutip adalah untuk memilih satu kelas tingkatan- empat yang sesuai supaya taburan subjek kajian bagi setiap kategori adalah hampir sama untuk kedua-dua jenis latihan pada akhirnya. Setelah kelas yang sesuai dipilih, pengkaji berjumpa dengan guru fizik yang terlibat untuk memaklumkan cara pelaksanaan kajian. Kemudian, ~ngkaji mem-berikan modul pengajaran serta set-set latihan kepada guru berkenaan untuk dikaji.

Pada hari yang ketiga, pengkaji mengunjungi guru fizik yang terlibat sekali lagi untuk mendapatkan maklum balas · darinya tentang sebarang kemusykilan yang mungkin timbul dari modul pengajaran, set-set latihan, dan cara pelaksanaan kajian.

Guru fizik berkenaan juga diajak supaya melakonkan pengajarannya untuk memastikan bahawa pengajarannya mencapai matlamat modul pengajaran. lsyarat tangan untuk memperingatkan guru supaya kembali pengajarannya kepada isi kandungan modul turut dibincangkan.

Pada minggu yang kedua, guru fizik berkenaan melaksanakan pengajaran mengikut modul pengajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 60 minit, dengan diperhatikan oleh pengkaji yang duduk di belakang kelas atau makmal. Sebaik sahaja tamat pengajaran modul itu, pelajar-pelajar yang terlibat diberikan satu ujian pra yang mengambil masa tiga jam oleh guru berkenaan. Sungguhpun masa yang ditetapkan ialah tiga jam tetapi pelajar adalah dibenarkan menyerahkan skrip jawapannya lebih awal dari masa itu. Setiap pelajar kemudian diberikan set latihan 1 untuk dicuba di rumah. Selang sehari selepas itu, guru fizik memberikan jawapan set latihan 1 kepada setiap pelajar dalam kelas untuk dikaji secara kendiri. Sesi pembelajaran kendiri ini mengambil masa 40 minit. Sepanjang sesi ini, tidak ada perbincangan yang dijalankan sama ada sesama pelajar ataupun dengan guru. Tujuan sekatan seperti ini dilakukan ialah untuk memastikan bahawa kesan yang timbul adalah benar-benar datangnya dari latihan yang diberi dan bukannya dari pengajaran guru. Pada akhir sesi, setiap pelajar diberikan set latihan 2 unt~k dicuba di rumah.

Proses seperti ini diulangi sehingga tamatnya set latihan 4, iaitu pada minggu yang ketiga. Selang sehari selepas tamatnya pembelajaran kendiri terhadap set latihan 4, kesemua pelajar diberikan masa dua waktu iaitu 80 minit untuk membuat ulangkaji terhadap kesemua set latihan yang telah mereka terima. Sejurus selepas itu, pelajar-pelajar menduduki satu ujian pasca yang mengambil masa tiga jam. Akhir sekali, iaitu sebaik sebelum tamat sekolah, pengkaji memilih secara rawak tiga orang pelajar, yakni

70

seorang dari KPB, seorang dari KPS, dan seorang dari KPL untuk ditemubual.

Temubual dengan setiap pelajar itu mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Keseluruhan cara pelaksanaan kajian ini diringkaskan dalam Jadual 3.7. Hari pertama dalam Jadual 3. 7 dimaksudkan sebagai hari yang pertama kajian dimulakan yang tidak semestinya merupakan hari Ahad (hari pertama persekolahan di negeri Kedah).

Tindakan ini telah dibuat supaya pengkaji berupaya untuk membuat perhatian ke atas pengajaran guru dan melaksanakan temubual susulan dengan pelajar-pelajar selepas ujian pasca.

Jadual 3. 7: Cara Pelaksanaan Kajian

Hari

Be~umpa dengan tuan/puan pengetua sekolah atau penolong kanan untuk mendapatkan kebenaran melaksanakan kajian

• Berjumpa dengan ketua jabatan sains dan ketua panitia fizik untuk mengetahui bilangan kelas dan bilangan pelajar. Memilih kelas untuk kajian

• Berbincang dengan guru fizik yang sudi membantu dan memberikan modul pengajaran serta set-set latihan

• Berbincang dengan guru fizik yang terlibat tentang sebarang masalah atau kemusykilan dalam modul dan set-set latihan, serta menjalani latihan pengajaran modul

Minggu 2

Aktiviti

• Guru fizik melaksanakan pengajaran mengikut modul pengajaran selama 60 minit

• Pelajar menduduki Ujian Pra selama 3 jam dalam kelas

• Pelajar diberikan set Jatihan 1

• Pelajar diberi set jawapan latihan 1 untuk dikaji dalam kelas selama 1 waktu (40 minit)

• Pelajar diberikan set latihan 2

• Pelajar diberi set jawapan latihan 2 untuk dikaji dalam kelas selama 1 waktu (40 minit)

• Pelajar diberikan set Jatihan 3

(jadual bersambung)

Jadual3.7 (sambungan)

• Pelajar diberi set jawapan latihan 3 untuk dikaji dalam kelas selama 1 waktu ( 40 minit)

• Pelajar diberikan set latihan 4

• Pelajar diberi set jawapan latihan 4 untuk dikaji dalam kelas selama 1 waktu (40 minit)

• Pelajar diminta membawa kesemua set latihan pada hari ke 5

• Pelajar diberi masa 2 waktu (80 minit) untuk buat ulangkaji terhadap kesemua set-set latihan

• Pelajar menduduki Ujian Pasca selama 3 jam dalam kelas

• Temubual dengan 3 orang pelajar yang dipilih secara rawak selama lebih kurang 30 minit sebaik sebelum tamat sekolah