• Tidak ada hasil yang ditemukan

KISAH KERBAU DENGAN PEDATI

Dalam dokumen Diriku Yang Kukenal (Halaman 63-79)

Orang tua-tua kita dahulu, tatkala belum kenal akan mesin, memakai kerbau dan pedati sebagai alat perhubungan untuk membawa barang dagangannya dari satu kota ke satu kota, dari kalangan ke kalangan (pasar), dari dusun ke kota atau dari dusun ke pelabuhan. Perjalanan itu kadang-kadang memakan waktu berhari-hari, melalui jalan yang berliku-liku, menurun dan mendaki, dan berjalan siang-malam. Pedati yang ditarik kerbau itu sarat bermuat barang dagangan, berisikan hasil bumi untuk diperjual-belikan atau ditukarkan.

Pada suatu kali dalam perjalanan, kerbau yang menarik pedati itu, setelah berkali-kali mendaki dan menurun, pada pendakian yang menanjak (curam) dengan ayun langkah yang guntai sambil air ludah berbuih-buih di mulut, melihat ke kiri dan ke kanan, seolah-olah dia bertanya kepada pedati. Apa pertanyaan itu? Yang ditanyakannya ialah, “Jauhkah lagi perhentian?”

Dan apa pula jawab pedati? “Wahai kawan, engkau salah duga, salah anggapan, kerana kepada aku engkau hadapkan pertanyaan itu. Ketahuilah olehmu, bahawa adalah aku benda mati. Sungguhpun mempunyai kaki, dan kakiku tidak sebanyak kakimu,

kaki engkau empat dan kakiku dua, akan tetapi kalau tidak kerana engkau, aku tak berjalan, dan tak bisa berjalan. Aku tak bisa jalan sendiri. Bukankah engkau yang menarik makanya aku sampai ke mari? Engkau masih baik nasibmu, kerana nanti kalau sudah sampai di perhentian, aku engkau tinggalkan begitu sahaja. Dan engkau diberi makan minum, bahkan kadang-kadang dimandikan dan digosok. Persiapan-persiapan untuk makan sentiasa diadakan. Aku, sesampainya di perhentian, ditinggalkan begitu saja. Aku mengandung beban, bawaan, akan tetapi dipikulkan pada pundakmu, dan engkaulah yang menarikku. Kalau engkau hendak bertanyakan juga tentang itu perhentian, tanyakanlah pada orang yang duduk dibelakangmu. Mungkin dia tahu.”

Sang kerbau mengangkat kepalanya untuk melihat orang yang duduk di belakangnya itu. Belum sempat dia melihat orangnya yang ditunjuk itu, tahu-tahu dia dengar suara yang bererti terus jalan. Dia hanya sempat waktu itu, melihat api sebesar api rokok membayang di belakangnya. Dan dia berjalan terus, menarik beban yang terpikul di pundaknya. Adapun api yang nampak sekilas oleh kerbau itu ialah api rokok tukang pedati, yang waktu itu dalam malam gelap-gelita, merokok sambil duduk di tempatnya, dan pakaiannya serba hitam sampai ke destarnya (kain ikat kepala).

Itulah dia tiga jenis; jalan bersama untuk satu arah dan tujuan. Kerbau bergerak dengan kakinya empat, pedati dengan rodanya yang dua, dan si tukang pedati berjalan dengan duduk di tempatnya. Ketiga-tiganya menuju ke tempat perhentian, dan konon khabarnya di tempat perhentian itu mereka berpisah satu sama lain; si kerbau tinggal di kandangnya, pedati tinggal terletak sebagai pedati, dan si tukang pedati balik ke rumahnya.

Dan begitulah pula kisah kerbau dan pedati itu dari dahulu sampai sekarang, selagi dia masih dipakai sebagai alat pengangkutan. Semoga menjadi buah renungan bagi kita bersama, akan duduknya tiga jenis yang sejalan itu.

sendiri pula. Alamnya ialah apa yang di sekelilingnya iaitu yang dinamakan badan. Kita yang terdiri dari badan dan diri, keluar mempunyai alam pula iaitu alam bersama, alam besar, alam semesta. Jadi adalah kita manusia terkandung dalam alam yang besar, dan pada kita sendiri terdapat pula beberapa alam iaitu alam jasmani, alam rohani dan alam diri.

Diri, rohani dan jasmani keluarnya (yang nyata) jadi manusia (lengkap) hidup. Dan berjalanlah manusia pada jalan kehidupan yang ada dengan tidak mempelajari jalannya kehidupan di dalam lebih dahulu. Adalah ini suatu kekeliruan besar dalam pandangan hidup kita yang sudah-sudah, dan oleh kerana itulah pula makanya bermacam-macam caranya kita manusia membawakan jalan kehidupan kita di luar, dan corak hidup yang kita perdapat sangat bergantung pada jalan pemikiran masing-masing, dengan tidak pula mengetahui selok-beloknya isi kepala kita yang banyak tali-temalinya (alat penghubung) antara yang satu dengan yang lain.

Coraknya masyarakat sangat bergantung kepada jalannya alam pemikiran masyarakat itu, dan hasilnya tidak semua orang dapat mengecap nikmat hidup yang dicita-citakan, bahkan kenyataan si kuat memakan yang lemah, si bodoh menjadi mangsa si pintar dan si tidak punya menjadi korban yang punya, dan lain sebagainya. Kalau tidak diperalat, tentu memperalat. Undang-undang tinggal di atas kertas; yang tak bersalah menjadi bersalah, manusia menghisap manusia, bangsa menghisap bangsa. Corak hidup semacam ini sudah tua umurnya, sudah usang, sudah lapuk dan sudah patut ditinggalkan dengan menimbulkan cara berfikir baru, dengan melahirkan alat baru atau bahan baru, tenaga baru. Supaya tercipta dunia baru, kita harus melahirkan manusia baru. Untuk memperbaharui keseluruhannya itu, kita harus pelajari jalannya alam pemikiran yang sudah-sudah, alat dan bahannya yang dipergunakan, untuk jadi pengalaman supaya kesalahan yang sudah-sudah bisa diperdapat. Dan kelemahan atau kekurangan harus dicari sampai dapat, dan perubahan-perubahan kalau perlu

harus diadakan.

Alat-alat yang telah ada pada kita, selain tak dapat, juga tak boleh membuangnya. Kesemuanya yang telah ada sangat berguna untuk kebaikan, keindahan, dan keelokan badan diri kita. Untuk memenuhi keperluan hidup, kita harus berjuang dengan gigih dan tabah, dan buat itu kita harus mempergunakan tenaga, iaitu tenaga lahir yang berasal dari zat-zat bahan makanan yang kita makan. Pada kita ada tenaga lahir dan ada pula tenaga batin. Tenaga lahir ialah tenaga yang berasal dari zat-zat bahan makanan yang kita makan, yang mana dari dalam mengisi aliran dari jalannya kehidupan kita. Tenaga batin ialah tenaga yang tersembunyi, yang selama ini belum pernah kita ketahui dan kita kuasai, apalagi mempergunakannya.

Apa itu tenaga batin? Dari mana asalnya? Dan bagaimana cara mendapatkannya? Setidak-tidaknya merasakannya? Tenaga batin ialah tenaga rohani yang berasal dari suatu tenaga hidup yang tidak mati, melalui jalannya tenaga jasmani. Perpaduan tenaga hidup dan tenaga jasmani mendatangkan tenaga rohani. Isi tenaga jasmani ialah tenaga hidup yang akan mati, berasal dari benda, sedangkan tenaga rohani berisi tenaga hidup yang tidak mati, berasal dari Yang Hidup. Kalau itu hidup telah meninggalkan kita, maka matilah kita namanya.

Umumnya orang menganggap adalah kehidupan di dalam itu tidak begitu penting untuk diketahui, kerana semua orang tahu bahawa di dalam batang-tubuh kita ada roh. Selagi dia masih ada bersama kita, kita akan hidup terus. Mereka terlampau banyak melihat dan memikirkan ke luar, dan terlalu sedikit ke dalam:

“Tiadakah mereka memikirkan apa yang dalam diri mereka sendiri?”

(Al-Quran Surat Ar Ruum Ayat 8) Kelemahan dan kekurangan letaknya ialah pada badan diri kita. Kemahuan, keinginan dan kehendak sangat banyak. Nafsu

kuat, akan tetapi daya (tenaga) lemah. Jadi yang kurang pada kita ialah tenaga (energy). Kita kekurangan tenaga untuk mencapai yang diidam-idamkan.

Dan kesalahan letaknya pada kita sendiri kerana tak mahu menyelidiki dan mempelajari keadaan kita sendiri. Mempelajari keadaan sendiri bererti mempelajari apa yang ada pada kita. Tidak sia-sia Tuhan Mencipta kita. Dijadikannya kita dalam keadaan cukup, akan tetapi kenapa kita berasa kekurangan? Bukan Tuhan yang salah, melainkan kita yang bodoh. Diberinya kita modal untuk hidup, adakah kita pergunakan modal itu? Di mana letaknya modal itu? Modal tersebut letaknya pada kita terahsia. Rahsia itu yang akan kita pecah kalau mahu hidup dengan erti yang sebenarnya hidup. Bagi kita, adalah modal itu mempunyai tenaga yang tersembunyi, iaitu tenaga ghaib. Tenaga ghaib yang berisikan nikmat, bukan yang dimurkai dan bukan pula yang sesat. Bagaimana pula dia akan dimurkai dan sesat? Asalnya dari modal yang diberikan-Nya pada kita untuk hidup, kerana datangnya dari Dia langsung.

Selama ini kita berfikir, berbuat, bekerja, bergerak dan lain sebagainya dengan tenaga lahir. Tempoh-tempoh di luar kemampuan kita, kita paksakan juga sedangkan perjuangan hidup kita di luar, selain dengan yang lahir, juga dengan yang batin. Segala-galanya telah diatur oleh Yang Maha Pengatur iaitu Yang Maha Ghaib. Bahkan yang musuh besar kita di bidang kehidupan ialah yang tidak nampak? Bukankah hawa nafsu, syaitan, iblis itu tidak nyata dan memohon kepada Tuhan meminta dihidupkan sampai hari kiamat untuk memperdayakan kita manusia ini?

Pada perjuangan hidup sehari-hari, lebih banyak kita merasakan batin daripada yang lahir. Jadi adalah untuk kebahagiaan hidup kita, selain kita mempergunakan tenaga lahir, mestinya juga tenaga batin. Daya tenaga itu telah ada bersama kita semenjak kita diadakan, akan tetapi tak pernah dipergunakan lantaran tidak tahu. Tenaga ghaib yang ada pada kita itu mengaliri

seluruh batang-tubuh kita di dalam, yang merupakan tenaga yang tersembunyi bagi kita. Dan dialah yang datang dari ‘yang sedikit,’ yang dikatakan iblis dikecualikannya, kerana si iblis tak sanggup memperdayakannya, dan itulah pula dia yang berasal dari ‘yang sedikit,’ kata Muhammad Rasulullah kepada mereka sewaktu mereka bertanya kepada beliau tentang Roh.

“Mereka bertanya kepada engkau (Muhammad) mengenai Roh. Jawablah, tiada aku diberitahu oleh Tuhan-ku tentang itu, kecuali hanya sedikit.”

Tenaga yang tersembunyi itu ialah tenaga ghaib yang dikurniakan Tuhan langsung kepada kita yang mula pertama sekali kepada nenek-moyang kita, Adam a.s., dengan Firman-Nya, “Aku tiup Roh-Ku!” yang kita warisi turun temurun. Dia memberi hak hidup kepada kita; kehidupan yang terbatas dan batasnya pada kita ialah bulu dan kulit, dan hak mati ada pada Yang Memberi iaitu Tuhan. Bila Yang Punya datang menjemput, maka gugurlah hak yang memakainya. Keadaannya tidak bererti lagi, kerana telah mati. Letaknya bagi kita di dalam, dan tenaganya bagi kita tersembunyi.

Tenaganya amat dahsyat kerana bukankah itu Kudrattullah? Untuk kelanjutan kehidupan kita di luar, untuk mengharungi lautan hidup, mahu tak mahu guna mencapai tujuan kita sepenuhnya, kita harus dapat menguasai dan mempunyai itu tenaga ghaib, itu

Kudratullah, kerana lautan hidup yang akan kita lalui

bergelombang dan beralun, berbukit dan berlurah, berduri dan berbatu dan sangat banyak lekuk-likunya. Hanya dengan diikut sertakan itu tenaga ghaib, segala halangan dan rintangan bisa tertimbus dan teratasi kerana seluruh kejadian yang dijadikan, seluruh keadaan yang diadakan, seluruh isi alam semesta ialah ciptaan Yang Maha Ghaib, Yang Maha Esa iaitu Allah. Itu tenaga ada di dirimu, bukan di badanmu. Dari itu pelajarilah dirimu. Temuilah dia dan pergunakanlah tenaganya yang banyak mengandung rahsia itu. Rahsia Ghaib padanya, letaknya.

Dia ada padamu dan banyak di luar. Alam di luarmu beraneka-ragam, berwarna-warni. Pelajarilah pula keadaan alammu sendiri iaitu badanmu. Langit bagimu ialah kepalamu, bumi bagimu ialah perutmu dan hidupmu ialah antara bumi dan langit. Kaki, tanganmu adalah untuk menyampaikan maksudmu. Orang padamu ialah badanmu, dan untuk itu pergunakanlah otakmu.

Engkau berpijak di bumi Tuhan, tempat jasadmu dikembalikan nanti. Hidupmu di bawah lindungan Tuhan; tempatmu kembali ke asal. Bagimu adalah kenyataannya. Satu kembali ke bawah iaitu ke tanah, satu kembali ke atas iaitu kepada Allah. Sama-sama kembali atau dikembalikan ke asal. Dua kejadian menjadi satu sama kita; satu nyata satu tersembunyi. Kedua-duanya mempunyai tenaga. Yang manakah pegangan kita yang benar? Yang akan pulang ke atas atau yang akan kembali ke bawah? Kalau kita perhatikan akan pembawaan hidup kita di luar pada masa yang sudah-sudah, dengan tak malu-malu kita akan mengatakan bahawa pegangan hidup yang telah kita bawakan ialah ke bawah, padahal yang benar ialah yang ke atas.

Sebagai seorang manusia, tidaklah bisa bahagia pula kehidupan yang akan kita rasakan kalau kehidupan kita semata-mata kita pergantungkan kepada yang akan pulang ke atas kerana dia selalu benar dan terlampau benar, lagi benar sekali. Dengannya sahaja kita tidak akan mengecap nikmat hidup di dunia, kerana alam fikiran kita selalu dibawanya kepada Yang Maha Benar.

Sebaiknya dan seharusnya, kita mesti dapat mempergunakan kedua-duanya sejalan, dan jalan yang ke atas menjadi pegangan kita sebagai pedoman. Untuk mencapai dan mendapat akhirat, jangan tinggalkan dunia dan untuk dunia jangan tinggalkan akhirat. Tujuan hidup hendaklah bahagia dunia dan akhirat. Dan untuk mencapai tujuan itu, kita harus berjalan, iaitu menjalani kehidupan kita pada jalannya. Adakah, atau sudahkah kita selama ini berjalan pada jalannya?

akan kita jalani? Orang naik keretapi menumpang pada jalannya. Naik mobil menumpang pada jalannya. Lantaran jalan menumpang itulah makanya jalan kita tidak tetap. Kita boleh menumpang lantaran mahu cepat sampai pada tujuan kita, dan untuk itu kita membayar. Akan tetapi, walaupun kita menumpang apa sahaja, biarlah yang kita tumpangi itu berjalan pada jalannya, dan kita akan mempergunakan jalan kita sendiri iaitu jalan kehidupan kita.

Adakah orang memperhatikan keadaannya sendiri? Dia menumpang (tinggal) dalam sebuah rumah, dan dalam rumah yang ditumpanginya itu dia pergunakan rumahnya sendiri untuk hidup, bukankah begitu? Rumah yang ditumpanginya, yang didiaminya, berlainan dengan rumah yang dipergunakannya sendiri untuk hidup atau dalam menjalankan kehidupan. Dan adalah jalanmu itu letaknya padamu sendiri, di dirimu.

Carilah itu jalan. Temuilah itu jalan dan pergunakanlah jalanmu itu; itu jalan yang lurus lagi benar kerana berasal dari Yang Maha Benar. Jalan yang berisi dan memberi nikmat pada orang-orang yang memakainya, yang tidak dimurkai-Nya dan tiada pula sesat. Dari itu galilah dirimu dan adalah dia itu mempunyai jalannya sendiri, dan keluarlah dengan jalan itu. Itulah jalanmu yang sebenarnya. Pada jalanmu itu engkau akan menemui nikmat, dan hasilnya ialah untukmu, badan dirimu, keluargamu, kaummu, bangsamu, negaramu, duniamu dan akhiratmu.

Adalah kehidupan itu telah berjalan semenjak dari dalam, dan untuk keluar adalah tugasmu membawanya berjalan, dan untuk itu hendaklah engkau temui jalan itu lebih dahulu, dan dapat menguasainya. Dari itu pelajarilah dirimu sejak dari dalam. Secara garis besarnya, adalah jalan kehidupan kita itu hanya dua; satu ke atas satu ke bawah. Jalan ke atas tujuan terakhir ialah menemui Tuhan kembali dan jalan ke bawah tujuan terakhir ialah kembali ke asal iaitu ke tanah. Untuk itu kita menempuh jalan yang berliku-liku, dan likunya hanya dua; iaitu ke kiri dan ke kanan. Ketentuan ini adalah ketentuan dari Yang Menjadikan segala kejadian, dan

semuanya akan kembali kepada-Nya.

Mulailah kehidupanmu sejak dari dalam batang-tubuhmu dan keluarlah pada jalannya untuk kelancaran kehidupanmu sampai saat terakhir. Kesalahanmu selama ini menjalankan kehidupan atau menempuh lautan hidup atau memulai hidup di luar dengan tidak ada pegangan yang jadi penunjuk jalan bagimu atau tidak ada jalanmu sendiri. Jalan yang sudah engkau pergunakan ialah jalan fikiranmu sendiri yang tidak bisa dijadikan jadi pedoman, kerana banyak simpang-siur dan sangat diragukan kebenarannya. Pergunakan otakmu, sesudah itu baru alam fikiranmu. Kalau engkau bertolak dari alam fikiranmu, sama juga keadaannya dengan perahumu yang sudah berada di permukaan laut, sedangkan engkau tidak mengetahui perahu itu tadinya berada di daratan, sedangkan lautan beralun dan bergelombang dan sewaktu-waktu badai taufan bisa datang dengan tak peduli siang dan malam.

Bila itu jalan telah engkau temui, berjalanlah engkau dengannya dan oleh kerana dia hidup, lancarkanlah kehidupan pada jalannya. Itulah dia, jalan dirimu semenjak dari dalam yang memberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Jalannya yang keluar itu yang dapat memecahkan rahsia diri kerana dia telah menembus alam sendiri iaitu badan kita. Dia mengandung daya seribu daya, zat serba zat yang dapat kita tangkap dengan rasa, iaitu rasa Perasaan kita. Jalannya yang dapat betul kita merasakannya ialah yang melalui hujung kuku kita, jari-jari kita yang sepuluh; lima kiri dan lima kanan. Dan padanyalah letaknya rahsia hidupmu di dalam. Lancarkanlah kehidupanmu di luar dengannya, dan berjalanlah bersertanya. Jalannya berisi, isinya ialah nikmat hidup, memberi dan menerima.

Dia akan merupakan pecahan titik-titik dan berasal dari satu titik yang terahsia letaknya di dalam batang-tubuh kita. Dan memang dari titiklah kejadian sesuatu yang dijadikan. Titik menghasilkan titik, dan kumpulan dari titik menghasilkan rupa atau bentuk. Dan begitulah kejadian kita di dalam dan begitu pula di

luar. Yang setitik akan menggunung kalau kita gunungkan, akan melaut kalau kita lautkan. Sebaliknya, yang melaut kalau kita surutkan akan menjadi gunung, dan yang menggunung kalau kita surutkan akan kembali menjadi titik; titik kehidupan kita yang di dalam, yang membawa ketenangan dan kedamaian, yang bererti juga kembali ke pangkalan. Ayam yang semenjak dari pagi dilepas dari kandang untuk mengais mencari makan, pada petangnya kembali untuk istirehat.

Pembawaan hidup yang sebaik-baiknya ialah tenang kerana dia itu berasal dari Yang Sangat Tenang dan Damai. Dari ketenangan dan kedamaian itulah memancar cahaya hidup, mengaliri dan mengisi jalan kehidupan kita semenjak dari dalam sampai keluar. Dan cahaya itulah menunjukkan warna hidup keluar kerana bukankah dunia nyata yang kita diami ini penuh tata warna-warni?

Emas yang 24 karat, tahan banting dan tahan uji itu pertahankanlah jangan sampai menjadi tembaga atau loyang yang sangat rendah nilainya. Kalau jalan telah kita temui, maka kita harus perhatikan dan pelajari akan isi dari jalan itu iaitu jalan yang memberi nikmat, Nikmatullah; nikmat Tuhan yang diidam-idamkan oleh setiap manusia yang bertuhan, nikmat yang mengandung bahagia, nikmat yang mengandung kebaikan dan membaikkan.

Pada Tuhan ada syurga dan neraka, iaitu ketentuan yang terakhir dari kehidupan kita, dan pada-Nya hanya satu jalan iaitu jalan lurus. Alif-lah yang lurus. Pada kita manusia ada dua jalan iaitu jalan hidup dan jalan mati. Tujuan satu iaitu kembali kepada Tuhan untuk menerima ketentuan dari-Nya, tempat yang terakhir.

Pada Tuhan ada malaikat-malaikat yang mempunyai tugas tertentu terhadap segala yang dijadikan-Nya, sebagai kakitangan-Nya. Pada kita ada kaki, tangan untuk menyampaikan tujuan dan maksud kita.

Pada Tuhan ada bumi mengandungi bermacam-macam rahsia seperti emas, perak, minyak-tanah, batu-arang dan lain sebagainya. Pada kita ada perut untuk menampung segala apa yang kita makan dan minum.

Pada Tuhan ada langit yang mengandungi segala rahsia pula seperti bulan, bintang, matahari dan lain sebagainya. Pada kita ada kepala yang berisikan otak besar dan otak kecil, urat-urat saraf dan lain sebagainya.

Dan di tempatkan-Nya makhluk-makhluk hidup di atas bumi, di bawah langit. Dan letak hidup pada kita pada bahagian atas perut dan bawah kepala iaitu di dada yang mengandungi rahsia pula.

Langit mengandung, bumi mengandung, kita mengandung, kesemuanya terkandung dalam rahsia. Rahsia diri, rahsia bumi, rahsia langit, terkandung dalam Rahsia Tuhan. Kandungan langit, kandungan bumi teruntuk bagi orang yang tahu. Mencari Rahsia hendaklah dengan rahsia pula.

Pada Tuhan hanya satu jalan iaitu jalan-Nya, Jalan Allah. Pada-Nya ada syurga ada neraka. Pada syurga ada jalan dan neraka ada pula jalan. Jadi pada kita ada dua jalan iaitu jalan ke syurga dan jalan ke neraka, jalan yang baik dan jalan yang buruk atau jalan kanan dan jalan kiri. Tiada orang yang mahu ke neraka, begitu juga tidak ada yang mahu buruk. Semua orang mahu senang, mahu ke syurga. Akan tetapi kenapa orang mesti masuk neraka? Oleh kerana menjalankan kehidupan buruk, tentu! Bukankah syurga tempatnya orang berbuat baik dan neraka tempat orang yang berbuat buruk?

Dilahirkan kita di dunia ini untuk menjalankan kehidupan menjelang hari akhir. Sebelum kita dilahirkan, di mana kita berada? Di perut bonda? Di mana tempatnya? Di rahim bonda. Sebelum bonda kahwin dengan bapa kita, di mana kita berada? Belum ada, ya. Memang kita di zahir belum ada, akan tetapi di batin kita telah ada. Di mana? Bersama-Nya terkandung dalam Rahsia-Nya,

Dalam dokumen Diriku Yang Kukenal (Halaman 63-79)