• Tidak ada hasil yang ditemukan

ERA KEBANGKITAN ISLAM DAN TUNTUTAN PENUBUHAN NEGARA ISLAM

3.2 Latar Belakang dan Kemunculan Kebangkitan Islam

Salah satu elemen penting dalam menilai orde kebangkitan Islam secara global adalah berkait rapat dengan sistem politik dan perlembagaan di negara-negara Islam. Sebahagian besar negara-negara Islam itu merupakan negara yang mempunyai pengalaman dijajah oleh dunia Barat tidak terkecuali di Indonesia dan Malaysia. Meskipun penduduknya majoriti adalah beragama Islam, namun ketika negara itu merdeka sebahagian besarnya masih lagi menerapkan undang-undang dan perlembagaan yang diwarisi oleh penjajah.1 Kebanyakan negara berkenaan tidak ada yang menjadikan syariah Islam sebagai teras utama undang-undang negara.2 Setelah sekian lama sistem undang-undang penjajah itu digunakan untuk

1

Secara keseluruhannya, situasi yang mencerminkan Islam tidak dipakai sebagai asas kepada sistem politik, perlembagaan dan undang-undang negara tidak hanya terjadi di Malaysia dan Indonesia sahaja, melainkan turut menjadi fenomena yang lazim di negara-negara Islam yang bebas dari penjajahan bangsa Barat. Namun demikian, oleh kerana faktor dominasi dan kesombongan Barat juga lah yang menjadi inspirasi kesedaran Islam di kalangan aktivis Islam di negara-negara Islam yang seterusnya menjadi pencetus kepada kebangkitan Islam. Untuk gambaran umum tentang fenomena kebangkitan Islam di berbagai negara Islam, lihat John L. Esposito (pnyt), Voices of Resurgence Islam, New York dan Oxford: Oxford University Press, 1983.

2

Perbezaan yang cukup ketara di antara Malaysia dan Indonesia dalam masalah yang berkaitan dengan Islam adalah terletak pada kedudukannya di perlembagaan negara. Di Malaysia, meskipun komposisi umat Islam tidak melebihi 60 peratus jumlah penduduknya, namun kedudukan Islam di Malaysia dilihat lebih unggul dan menyerlah berbanding di Indonesia kerana Islam menjadi agama negara. Manakala di Indonesia, Islam secara formal dipisahkan daripada kehidupan dan pembangunan negara meskipun realitinya majoriti penduduknya iaitu 87 peratus adalah beragama Islam. Di dalam perlembagaan Indonesia, Islam diiktiraf sama dengan agama lain tanpa ayat yang secara khusus menyebut keistimewaan Islam atau sekurang-kurangnya sama dengan apa yang ada di Malaysia iaitu sebagai agama rasmi negara. Oleh itu, Malaysia

University

98

mentadbir negara, sistem perundangan ini dianggap seringkali mengetepikan tuntutan ajaran Islam dan banyak meninggalkan masalah yang cukup kompleks dalam setiap aspek kehidupan.

Oleh kerana perlembagaan mengatur perundangan yang sedemikian, maka dengan begitu ia tidak mengatur tentang peruntukan khusus untuk menjadikan agama tertentu (Islam) untuk diterapkan sebagai landasan undang-undang dan norma utama pentadbiran negara. Namun di pihak lain, sebagai agama yang dianuti oleh majoriti warga negaranya, desakan dan tuntutan umat Islam kepada kerajaan ketika itu amat kuat untuk melaksanakan undang-undang yang berteraskan Islam atau penerapan hukum syariah. Keadaan ini lah yang menjadikan kerajaan pada dekad 1980-an begitu responsif terhadap adanya tuntutan penubuhan negara Islam sehingga menjadi faktor pencetus kepada agenda pelaksanaan Islam.3

Pada perkembangan seterusnya, seiring dengan berlakunya apa yang dikenali sebagai fenomena kebangkitan Islam yang bermula pada era tahun 1970-an, sistem politik dan perlembagaan yang sedia ada banyak mengalami perubahan. Persekitaran dan angin perubahan ini menuntut adanya penerapan dan pengamalan nilai-nilai Islam yang lebih meluas termasuklah di bidang undang-undang dan perlembagaan. Persekitaran politik ini tidak lagi terkongkong dengan sistem dan pendekatan yang lama, sebaliknya menjurus ____________________

cenderung mempunyai persepsi yang lebih kuat sebagai negara Islam dibandingkan dengan Indonesia terutama bila ia dikaitkan dengan simbol-simbol (seperti kedudukan Sultan sebagai pihak yang mempunyai autoriti ke atas hal ehwal agama) dan penguatkuasaan syariah Islam yang lebih menonjol. Diskusi lanjut tentang kedudukan mahkamah syariah di Malaysia, lihat Ahmad Hidayat Buang (pnyt), Mahkamah Syariah

di Malaysia: Pencapaian dan Cabaran, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2002.

3

Tentang gambaran umum mengenai gejala awal kebangkitan Islam dan wujudnya kehendak-kehendak yang mengisyaratkan Islam sebagai teras perundangan negara, lihat Fred R. Von Der Mohden, "Malaysia dan Indonesia", dalam Shireen T. Hunter (pnyt), Politik Kebangkitan Islam Keragaman dan Kesatuan (terj.), Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya, 2001, hlm. 249-274.

University

99

kepada nilai-nilai dan sistem yang menjadi tuntutan masyarakat yang menginginkan wujudnya sistem pemerintahan dan sistem sosial yang berdasarkan prinsip-prinsip Islam.4

Pada masa yang sama, pemerintah di Malaysia dan Indonesia didominasi oleh pentadbir dan teknokrat yang mempunyai latar belakang nasionalis yang kurang mendalam dari segi pengetahuan dan amalan keislamannya. Sejak awal merdeka lagi, golongan ini yang menjadi penguasa politik negara. Mereka kurang memperhatikan terhadap masalah tuntutan dan prinsip Islam bagi dilaksanakan sama ada di dalam penghayatan peribadi mahupun dalam pentadbiran. Malah, disebabkan perbezaan pandangan dalam melihat dan memahami masalah sistem dan ideologi politik negara, golongan nasionalis cenderung bertentangan dengan golongan Islam yang menghendaki prinsip Islam dijadikan teras pemerintahan.5

Oleh sebab itu, ketika gelombang kebangkitan Islam tidak dapat dielakkan lagi kehadirannya, golongan nasionalis yang menerajui kepimpinan negara mengalami kesannya. Menyedari bahawa kebangkitan Islam memberi kesan kepada kelangsungan

4 Di Malaysia, suara-suara yang menginginkan Islam dijadikan sebagai teras kepada peraturan dan undang-undang negara mulai dikumandangkan oleh ABIM sejak tahun 1970-an lagi. Lihat, Undang-undang-undang Islam Boleh Dilaksana: Anwar Ibrahim, Berita Harian, 2 Mac 1979. Bagaimanapun, dalam konteks Indonesia perkara ini tidak menjadi tuntutan secara rasmi sebagaimana yang disuarakan di Malaysia kerana sememangnya situasi dan sistem politik tidak memungkinkan umat Islam berbuat demikian. Islam tidak diperjuangkan secara formal. Apa yang berlaku di Indonesia lebih banyak kepada pendakwahan secara kultural di mana aktiviti-aktiviti dakwah tertumpu kepada dunia pendidikan, pengukuhan ekonomi umat Islam dan pemberdayaan sumber daya manusia. Lihat, "Sebuah Masa yang Berubah Sebuah Agama yang Berubah", Tempo, 14 Jun 1986. Tentang peranan organisasi Islam terhadap orientasi baru dalam gerakan dakwah, lihat "Ormas Islam Merambah Kepedulian Baru", Panji Masyarakat, No 553, 1987.

5 Dalam konteks Indonesia terutama pada era Orde Baru, rancangan pembangunan negara dan pembentukan sistem politik yang bebas daripada unsur-unsur agama telah dihuraikan oleh para strategis Soeharto. Ini termasuk lah taktik mereka untuk menguasai pentadbiran negara meskipun golongan ini merupakan golongan yang lebih kecil berbanding golongan Islam. Lihat Ali Moertopo, Strategi Pembangunan

Nasional, Jakarta: Centre for Stategic and International Studies, 1981. Sedangkan dalam konteks Malaysia,

dominasi golongan nasionalis dalam pentadbiran negara terwujud sejak merdeka lagi dengan UMNO sebagai peneraju utama. Lihat Harold Crouch, Government and Society in Malaysia, Ithaca: Cornell University Press, 1996. Lihat juga R.S. Milne dan Diane K. Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, terutama bab 7.

University

100

politik status quo, maka golongan ini berusaha untuk menyesuaikan situasi baru tersebut. Kepimpinan negara yang didominasi golongan nasionalis menggunakan pendekatan kompromi bagi mengakomodasi tuntutan dan aspirasi peserta kebangkitan Islam yang semakin mendapat tempat di semua lapisan masyarakat Islam khasnya di kalangan anak muda dan di kawasan-kawasan bandar.6

Secara umum, dinamika perkembangan Islam di kawasan Nusantara mengalami kemuncaknya dengan munculnya fenomena keagamaan yang dikenali sebagai kebangkitan Islam yang mula bertapak pada era 1970-an.7 Dalam konteks Malaysia, awal tahun 1970-an dianggap sebagai tarikh awal bermulanya kebangkitan Islam.8 Ini berikutan beberapa faktor seperti kesan peristiwa kerusuhan 13 Mei 1969, mengalirnya urbanisasi dan proses modenisasi yang pesat, terciptanya kelas menengah baru Melayu, terbentuknya persatuan pelajar yang kuat dan bebas daripada campur tangan kepentingan politik.

6 Lihat Michael R.J Vatikiotis, "Kebangkitan Islam di Indonesia dan Malaysia" (terj), dalam Moeflich Hasbullah (pnyt), Asia Tenggara Konsentrasi Baru Kebangkitan Islam, Bandung: Fokusmedia, 2003. Bandingkan dengan Fred R. Von der Mohden, Politik Kebangkitan Islam: Indonesia dan Malaysia, dalam Shireen T. Hunter (pnyt), Politik Kebangkitan Islam, Keragaman dan Kesatuan (terj), Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya, 2001.

7 Ramai sarjana yang bersetuju bahawa awal dekad 1970-an dikatakan sebagai titik awal era kebangkitan Islam. Pandangan ini benar dalam konteks Malaysia dengan segala ciri-ciri dan faktor-faktor yang melatarinya. Akan tetapi dalam konteks Indonesia, justeru awal dekad 1970-an dianggap sebagai dekad hitam bagi umat Islam terutama berkaitan dengan masa depan politik Islam berikutan keluarnya peraturan rejim Orde Baru yang mewajibkan semua parti politik Islam bergabung dalam satu wadah politik (difusi parti) di Partai Persatuan Pembangunan pada 1971. Pada masa yang sama, rejim Orde Baru menolak cubaan kalangan Islam untuk menubuhkan semula Masyumi yang diharamkan pada era Orde Lama pimpinan Soekarno. Situasi ini diperburuk dengan kawalan dan pengawasan secara ketat terhadap gerakan dakwah yang dipelopori oleh pertubuhan Islam. Dengan alasan untuk menciptakan suasana yang stabil dan kukuh bagi membolehkan pihak rejim menumpukan agenda modenisasi dan pembangunan yang menjadi keutamaan, maka segala bentuk kegiatan yang bernuansa ideologis, tidak dibenarkan termasuk lah dalam bidang dakwah. Situasi ini menurut tokoh intelektual Amien Rais dilihat sebagai bentuk daripada keterasingan Indonesia daripada arus perdana dunia Islam yang menyambut dengan semangat era kebangkitan Islam di negara-negara Islam. Lihat, Amien Rais, Cakrawala Islam Antara Cita dan Fakta, Bandung: Penerbit Mizan, 1987, hlm. 173.

8 Lihat Mohammad Abu Bakar, Penghayatan Sebuah Ideal Suatu Tafsiran tentang Islam Semasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 143.

University

101

Dalam hal ini, Jomo dan Ahmad berpendapat bahawa kemunculan kebangkitan Islam di Malaysia cukup unik dan cukup berbeza dengan negara lain kerana kemampuannya menarik minat orang Melayu-Islam yang bebas daripada unsur-unsur ketaksuban politik. Kebangkitan Islam telah melangkaui sempadan politik kerana ia tidak hanya dimonopoli pihak tertentu sahaja. Menurut Jomo dan Ahmad:

" ... the development of the major Islamic movements in the contemporary Islamic resurgence reflects the relative autonomy of ideology, culture and the state, without attempting to root them in their larger social context".9

Sedangkan dalam konteks Indonesia, awal tahun 1970-an tidak dianggap sebagai awal permulaan kebangkitan Islam. Tidak ada kata sepakat di kalangan tokoh intelektual Islam Indonesia bila masa yang tepat dianggap sebagai permulaan kebangkitan Islam berlaku di Indonesia.10 Bagaimanapun, terdapat persetujuan bahawa tahun 1979 dianggap sebagai tahun awal bermulanya semangat kebangkitan Islam seiring dengan berlabuhnya tahun 1399 Hijrah dan masuknya umat Islam abad ke-15 Hijrah. Di Indonesia, pengggantian kalender hijrah ini diperingati secara rasmi oleh kerajaan. Menyedari pentingnya peristiwa penting dalam sejarah Islam ini, penganjuran majlis peringatan awal abad 15 Hijrah ini mendapat arahan langsung dari Presiden Soeharto kepada Buya Hamka selaku Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI).11 Sedangkan di Malaysia, penggantian abad baru 15 Hijrah ini diperingati dengan pengisytiharan pelaksanaan Bulan Dakwah Negara yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada tahun 1978.12

9

Lihat Jomo K. Sundaram dan Ahmed Shabery Cheek, "The Politics of Malaysia’s Islamic Resurgence",

Third World Quarterly, Vol. 10, No. 2, April 1988, hlm. 844.

10 Lihat Hafizh Dasuki, Generasi Muda dalam Kebangkitan, dalam Rusydi Hamka dan Iqbal Saimima,

Kebangkitan Islam dalam Pembahasan, Jakarta: Yayasan Nurul Islam, tth, hlm. 169.

11

Lihat, Rosihan Anwar, Into the 15th Century, Asiaweek, 28 September 1979. Dalam majlis itu juga dideklarasikan secara rasmi bahawa umat Islam perlu bersiap sedia untuk menyambut abad ke-15 hijrah sebagai abad kebangkitan Islam.

12 Wawancara dengan Dusuki Ahmad, Petaling Jaya.5 Jun 2014.

University

102

Secara teologis, keyakinan kebangkitan Islam itu berdasarkan kepada peringatan Allah yang menyatakan bahawa kekuasaan dan tamadun dunia tidak selamanya kekal di tangan satu golongan manusia dan akan dipergilirkan ke umat atau golongan manusia yang lain. Hal ini sebagaimana ternukil dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)".13 Keyakinan itu turut diperkukuh dengan adanya sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya yang menyebut bahawa akan ada proses pembaharuan yang terjadi dalam sesebuah umat setiap seratus tahun sekali. Perkiraan Nabi itu bermaksud: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan umat (Islam) di setiap awal seratus tahun yang akan memperbaharui agama ini.14

Kedua dalil yang bersumber dan diterangkan dalam al-Qur'an dan Hadis ini menjadi justifikasi sekaligus sebagai punca kepada keyakinan proses penggantian pusat tamadun dan kuasa dunia yang sejak sekian lama digenggam oleh peradaban Barat kepada kekuatan Islam sebagai kekuatan baru tamadun dunia. Keyakinan secara teologis itu kemudian diterjemahkan dalam bentuk rasa optimistik terhadap masa depan Islam. Hal ini menjadikan mereka mula menjadikan Islam sebagai ideologi yang menerasi kehidupan kaum muslim baik dalam aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik. Dalam konteks inilah diktum Islam sebagai addin wa daulah, Islam syumul atau Islam kaffah muncul ke seluruh dunia Islam terutama dalam reaksinya terhadap sistem politik sekular yang banyak diambil negara Islam yang baru merdeka.15

13

Lihat, al-Quran surah Ali Imran ayat 140.

14 Hadis sahih riwayat Abu Dawud no 1874.

15 Ungkapan-ungkapan ini merupakan warisan intelektual yang sangat populer yang ditinggalkan oleh Hasan al-Banna dalam dunia gerakan Islam dan aktivis politik Islam. Ia telah menjadi slogan keramat yang mencetuskan tenaga dan semangat Islamis di seluruh dunia untuk merealisasikan impian membentuk sebuah masyarakat dan negara berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Huraian lanjut tentang pemikiran politik Hasan al-Banna, lihat Muhammad Abdul Qadir Abu Faris, Fiqih Politik Hasan Al- Banna, Surakarta:

University

103

Kaum Muslimin percaya bahawa penggantian tahun Hijrah ini diyakini sebagai awal permulaan abad kebangkitan Islam setelah sekian Islam mengalami zaman kemunduran dengan perlunya Islam dijadikan rujukan utama dalam semua aspek kehidupan. Ini termasuklah wujudnya keyakinan di kalangan umat Islam bahawa kebangkitan Islam akan muncul di rantau Timur Jauh iaitu di negara Pakistan atau Indonesia, bukan muncul di tanah Arab yang dianggap sebagai pusat dan tempat asal Islam.16 Perkembangan Islam yang cukup menakjubkan di rantau Asia Tenggara turut menjadi keyakinan beberapa pengkaji yang membuat ramalan bahawa pusat tamadun Islam akan dipimpin oleh Indonesia dan Malaysia.17

Faktor-faktor dan ciri-ciri yang boleh dianggap sebagai era permulaan kebangkitan Islam di Indonesia secara simboliknya ditandai dengan semakin maraknya gerakan Islam kultural yang diterjemahkan dalam bentuk tumbuh suburnya kelas-kelas agama di universiti dan tempat-tempat elit seperti di rumah pemimpin negara dan di hotel-hotel, penerimaan Pancasila oleh umat Islam sebagai satu-satunya ideologi negara dan semakin membaiknya hubungan negara dengan Islam.18

____________________

Media Insani Publishing, 2011. Menurut Bernard Lewis, orientalis yang terkenal, kata daulah atau devlet dalam bahasa Turki, muncul dalam memorandum berbahasa Turki pada tahun 1837. Istilah din wa daulah atau din u devlet bermakna persatuan agama dan negara. Kosa kata ini merujuk kepada keikutsertaan ulama dalam struktur pemerintahan Usmani di mana gelar syaikh Islam adalah salah satu bentuk institusi keagamaan yang mengkaitkan hubungan antara agama dan negara. Lihat Bernard Lewis, Bahasa Politik

Islam (terj.), Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, 1994.

16 Perkiraan ini berdasarkan pengamatan sejarahwan dan pengkaji Islam terkemuka Wilfred Smith. Keterangan lebih lanjut lihat Wilfred Cantwell Smith, Islam in Modern History, Princeton: Princeton University Press, 1957.

17 Lihat John L. Esposito, "Islam’s Southeast Shift, A Success that Could Lead Renewal in Muslim World",

Asiaweek, 4 April 1997.

18 Faktor-faktor ini akan dihuraikan secara elaboratif dalam bahagian lain bab ini.

University

104

Namun demikian, perkembangan ini bukanlah situasi khas di rantau Nusantara. Situasi ini juga dilihat tidak lari daripada perkembangan Islam di peringkat antarabangsa yang memecut ke arah orde Islam berikutan beberapa siri peristiwa penting yang mengubah corak politik Islam seperti revolusi Iran pada 1979, kemenangan moral bangsa Arab dalam perang yang dikenali sebagai perang Yom Kippur pada 1973, semakin meningkatnya jumlah umat Islam di Eropah dan Amerika, tertubuhnya organisasi-organisasi Islam dunia seperti Rabithah Alam Islami, Liga Arab, OIC dan munculnya kuasa minyak yang dimiliki oleh negara-negara Islam.19 Peristiwa-peristiwa itu, meskipun bukan sebagai faktor yang dominan, semakin mengukuhkan keyakinan terhadap kemampuan Islam sebagai kuasa yang boleh menyeimbangkan kuasa dunia yang didominasi oleh kekuatan Barat.20

Dalam sejarah Islam moden khasnya era pasca kolonialisme, isu pengukuhan kembali kepada ajaran Islam ini merupakan satu peristiwa yang luar biasa.21 Tidak ada petanda sebelumnya kebangkitan Islam ini mampu menjadi elemen utama umat Islam untuk bangkit semula dan kembali kepada ajaran Islam yang paling fundamental. Bahkan dalam catatan Esposito, kebangkitan Islam yang ditandai dengan meningkatnya aktivisme politik Islam melahirkan persepsi yang salah pada masyarakat Barat terhadap perkembangan tersebut. Kebangkitan Islam dipersepsikan sebagai ancaman terhadap tatanan dunia yang didominasi oleh sistem dan kepentingan kuasa Barat.22

19 Lihat, Lukman Harun, "Dunia sedang Menyaksikan Kebangkitan Islam", dalam Rusydi Hamka dan Iqbal Saimima (pnyt), Kebangkitan Islam dalam Pembahasan, Jakarta: Yayasan Nurul Islam, tth, hlm: 131-135.

20

Latar belakang dan situasi ini menjadi keyakinan para pengkaji bagi menjelaskan fenomena kebangkitan Islam yang berlaku di pelbagai belahan dunia Islam terutama dalam konteks di kawasan Timur Tengah. Dalam peringkat dan kadar tertentu, kesan yang berlaku di kawasan ini menjalar ke negara-negara Islam termasuk di Malaysia dan Indonesia. John L. Esposito (pnyt.), Voices of Resurgence Islam, New York dan Oxford: Oxford University Press, 1983, hlm. 10-12.

21 Lihat Asaf Hussain, "Islamic Awakening in the Twentieth Century: An Analysis and Selective Review of the Literature", Third World Quarterly, 10 (2) April, 1988, hlm. 1005.

22 Lihat John L. Esposito, The Islamic Threat, Myth or Reality, New York: Oxford University Press, 1992.

University

105

Salah satu elemen terpenting dalam konteks Malaysia hari ini adalah Malaysia telah dikenali sebagai negara di rantau Asia yang maju dalam bidang ekonomi dan pada masa yang sama mampu menjaga kestabilan politiknya. Salah satu faktor pentingnya adalah kejayaan elit pemimpinnya dalam menggabungkan di antara kekuatan Islam dan kepentingan nasional dalam pembangunan negara. Dengan kekuatan dari segi ekonomi dan politik terutama dalam hal menjaga kemandiriannya terhadap ekonomi Barat, telah menjadi modal Malaysia bagi memainkan peranannya sebagai negara yang bersuara lantang dalam merespons isu-isu Islam di peringkat antarabangsa.23

Manakala dalam konteks Indonesia, imej Islam di mata dunia semakin menyerlah khususnya setelah Indonesia berperanan secara aktif di organisasi negara-negara Islam (OIC) dan sebagai peneraju Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada awal 1990-an.24 Selain itu, Indonesia turut memainkan peranan yang cukup besar dalam menyelesaikan sengketa dan konflik berdarah di dunia Islam dengan mengirim pasukan perdamaian di negara-negara berkonflik seperti di kawasan Balkan dan di Lubnan. Pertumbuhan ekonomi yang cukup memberangsangkan pada era Orde Baru turut dijadikan

23 Imej negara yang sebegini terutama berlaku pada masa pemerintahan Mahathir Mohammad yang kemudian mendapat gelaran sebagai jurucakap negara-negara Islam dalam menghadapi dominasi Barat. Keterangan lanjut tentang dasar luar Malaysia pada era Mahathir, lihat Milne R.S dan Diane K. Mauzy, Malaysian

Politics under Mahathir, London: Routledge, 1999. Michael R.J., Vatikiotis, "Kebangkitan Islam di

Indonesia dan Malaysia", dalam Moeflich Hasbullah (pnyt), Asia Tenggara Konsentrasi Baru Kebangkitan

Islam, Bandung: Fokusmedia, 2003. Untuk analisis tentang faktor Islam di Malaysia dan Indonesia sebagai

faktor yang cukup dominan dalam pembangunan negara khususnya sebagai alat politik untuk melawan dominasi Barat, lihat Kikue Hamayotsu, "Islam and National Building in Southeast Asia: Malaysia and Indonesia in Comparative Perspective", Pacific Affairs, Vol. 75, No. 3, 2002, hlm. 353-375.

24 Untuk pertama kalinya setelah OIC diasaskan pada 1969, Presiden Soeharto menghadiri persidangan OIC yang dilaksanakan di Senegal pada Disember 1991. Meskipun turut terlibat dalam proses penubuhan pada peringkta awal, akan tetapi peranan Indonesia masih sangat terhad. Bahkan ketika piagam pertama OIC dirumuskan pada 1972, Indonesia menolak untuk menandatanganinya kerana senario politik masa itu masih didominasi pendekatan anti Islam. Kepergian Soeharto ke persidangan itu dilihat sebagai perubahan sikap dan pandangannya terhadap Islam selari dengan dinamika yang berlaku di dalam negara di mana beliau mulai mendekati dan merangkul Islam sebagai asas sokongannya menjelang pilihan raya umum 1992. Lihat, Muhammad Fakhry Ghafur, Revitalisasi Peran Indonesia di Organisasi Konferensi Islam (OKI), makalah tidak diterbitkan Pusat Penelitian Politik Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (P2P-LIPI), hlm. 2.

University

106

hujah sebagai faktor yang menjadikan Indonesia sebagai negara Islam yang cukup disegani oleh negara lain.25

Tema kebangkitan Islam pada era itu merupakan satu tema wajib bagi sarjana atau pemerhati sosial politik yang mengkaji tentang gerakan dan politik Islam di rantau ini.26 Walaupun terdapat pelbagai pendekatan dan perspektif dalam mengamati fenomena berkenaan seperti pendekatan antropologi,27 sosiologi,28 politik,29 dan keselamatan,30 namun secara keseluruhan para pengkaji bersetuju bahawa kebangkitan Islam membawa kesan yang cukup besar terhadap gerakan Islam di Malaysia dan Indonesia sehingga dalam