• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMIKIRAN DAN KONSEP NEGARA ISLAM

2.3 Polemik Konseptual Negara Islam

Secara umumnya di dalam khazanah keislaman terutama pada era kontemporari terdapat dua pandangan dominan mengenai konsep negara Islam. Pertama, yang meyakini bahawa di dalam Islam terdapat petunjuk yang jelas dan lengkap mengenai sistem pemerintahan dan pentadbiran negara. Kelompok pertama ini berkeyakinan Islam tidak hanya menjadi pegangan dalam masalah ibadah ritual, tetapi juga turut mengatur kehidupan negara. Sedangkan kelompok kedua yang berpendapat bahawa di dalam al-Quran dan Hadis tiada petunjuk konkrit yang dapat dijadikan sebagai pegangan yang

37 Kajian perbandingan mengenai pemikiran kedua tokoh ini lihat Yusril Ihza Mahendra, Modernisme dan

Fundamentalisme dalam Politik Islam: Perbandingan Partai Masyumi (Indonesia) dan Partai Jamaat-i- Islami (Pakistan), Jakarta: Paramadina, 1999.

38 Konsep ini merujuk kepada menjalankan negara berasaskan Islam dengan menjadikan demokrasi sebagai salah satu elemen negara. Akan tetapi berbeza dengan demokrasi yang diamalkan di Barat, demokrasi dalam konsep ini tertakluk kepada prinsip utama Islam iaitu Al-Quran dan Hadis.

39

Lihat ayat 159 surah Ali Imran dan ayat 38 surah Syura.

University

63

kukuh dalam mendirikan satu negara. Meskipun kelompok kedua ini berpendapat sedemikian, namun bukan bermakna mereka menolak Islam dijadikan sebagai sumber utama pentadbiran negara. Sebaliknya, kelompok ini berpendapat Islam menjadi landasan etis dan moral. Ini bermakna, masalah politik di dalam kalangan umat Islam berkait rapat dan sama sekali tidak dapat dipisahkan meskipun dengan kadar dan tingkatan penekanan yang tidak sama dan sedikit berbeza.40

Aliran pertama berkeyakinan bahawa Islam merupakan satu agama yang lengkap dan sempurna yang di dalamnya mengatur sistem kenegaraan dan politik. Urusan agama juga menjadi urusan negara. Persoalan agama dan negara menyatu dan tidak dapat dipisahkan. Islam bukan sebagai agama dalam pengertian Barat yang semata-mata mengatur hubungan manusia dengan Tuhan.41 Dalam bahasa atau istilah yang popular dalam wacana era kebangkitan Islam, keyakinan ini diterjemahkan dalam konsep Islam sebagai addin wa dawlah iaitu Islam sebagai agama dan sistem pemerintahan.42

Dalam konteks inilah istilah addin wa daulah muncul dan menyebar ke seluruh dunia Islam terutama dalam reaksinya terhadap pemodenan dan sistem politik sekular yang banyak diamalkan negara-negara Islam setelah merdeka daripada penjajahan

40 Perkara ini terutama berkait rapat dengan doktrin dan kepercayaan di luar Islam khasnya di kalangan Kristian yang secara prinsipnya tidak mengatur secara khusus mengenai masalah politik dan kenegaraan sebagaimana yang diatur dalam Islam.

41

Munawir Syadzali, Islam dan Tata Negara: Ajaran, Sejarah dan Pemikiran, Jakarta: Penerbit Universitas Indonesia, 1990, hlm. 1-3.

42 Istilah ini merupakan ungkapan intelektual yang sangat populer yang diwarisi oleh Hasan al-Banna dalam dunia gerakan Islam dan aktivis politik Islam. Bagaimanapun, menurut Bernard Lewis, salah seorang orientalis yang terkenal, kata daulah atau devlet dalam bahasa Turki, muncul dalam memorandum berbahasa Turki pada tahun 1837. Istilah din wa daulah atau din u devlet bermakna persatuan agama dan negara. Kosa kata ini merujuk kepada keikutsertaan ulama dalam struktur pemerintahan Uthmani di mana gelar syaikh Islam adalah salah satu bentuk institusi keagamaan yang mengkaitkan hubungan antara agama dan negara. Begitu juga dengan istilah al wilayah atau vilayet dalam bahasa Turki bagi merujuk wilayah kekuasaan. Hurain lanjut mengenai bahasa yang digunakan dalam istilah popular dalam politik Islam lihat, Bernard Lewis, "Metafor dan Alusi: Bahasa Politik Islam", Jurnal Ulumul Qur'an, Volume III, No.1, Th 1992, hlm. 80-97. Lihat juga Bernard Lewis,

Bahasa Politik Islam (terj.), Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, 1994, hlm. 48-51.

University

64

negara Barat.43 Selari dengan menggemanya istilah addin wa dawlah, beberapa istilah lain turut menjadi popular seperti tajdid (pembaharuan), islah (perbaikan), syumuliyyah (totaliti), nizamul Islam (pemerintahan Islam) dan kaffah (kesempurnaan) bagi merujuk terwujudnya sistem pemerintahan berteraskan Islam.44 Istilah yang diambil dari bahasa Arab ini seiring dengan kemunculan gejala kebangkitan Islam dan semakin berminatnya orang Islam terhadap istilah Arab dalam mengukuhkan identiti keagamaan mereka dalam kehidupan sehari-hari.45

Aliran pertama ini menggesa umat Islam untuk sepenuhnya menerapkan Islam dalam sistem pemerintahan negara dan sekaligus menolak sistem politik yang dianut oleh Barat termasuklah sistem demokrasi. Dalam pandangan aliran ini, prinsip demokrasi yang menjadikan rakyat sebagai raison de ‘etre kedaulatan rakyat atas pembentukan negara amat bertentangan dengan prinsip Islam yang bersumberkan kedaulatan dan hukum Tuhan. Tokoh utama pendukung aliran ini adalah Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, Rashid Rida dan yang paling lantang Abu A'la al-Maududi.46 Pada perkembangan seterusnya, tokoh utama aliran ini menerusi pelbagai wahana47dan

43

Slogan addin wa dawlah sendiri pada asasnya bukan istilah baru dalam wacana politik Islam. Pada era pemikir klasik seperti al-Mawardi dan Ibnu Taimiyah menyebut Islam sebagai agama yang mengatur negara dan pemerintah yang mewujud dalam institusi khalifah. Muhammad Abduh dan Rashid Rida menyebutaddin wa syar’i. Slogan ini menjadi penting terutama dikaitkan dengan reaksi dari realiti yang terjadi di dunia Islam di mana implikasi penjajahan menjadikan negara-negara tersebut tidak menjadikan Islam sebagai dasar negara.Signifikansi slogan ini juga kerana negara-negara Islam terpecah-pecah ke bentuk negara bangsa (nation-state) dan meninggalkan bentuk kesatuan Islam (khilafah). Hasan Al-Banna mempertegas konsep ini yang diapliksikan di Ikhwanul Muslimin yang aksi-aksi politiknya banyak mengundang simpati dan kekaguman dari gerakan-gerakan Islam di negara-negara Islam. Huraian lanjut tentang fenomena ini lihat, John L. Esposito, Islam and Politics (third edition), New York: Syracuse University Press, 1984.

44 Huraian mengenai istilah ini dan kaitannya dengan kemunculan tuntuan negara Islam lihat John O. Voll, "Pembaharuan dan Perubahan dalam Sejarah Islam: Tajdid dan Islah", dalam John L. Esposito (pnyt.), Dinamika Kebangunan Islam: Watak, Proses dan Tantangan (terj.), Jakarta: Rajawali Press, 1987, hlm. 21-41.

45 John J. Donohue, "Islam dan Pencarian Identitas di Dunia Arab", dalam John L. Esposito (pnyt.),

Dinamika Kebangunan Islam: Watak, Proses dan Tantangan (terj.), Jakarta: Rajawali Press, 1987, hlm.

43-60.

46 Munawir Syadzali, Islam dan Tata Negara, hlm. 1.

47 Seperti penerbitan buku, majalah dan kitab tafsir. Antara terbitan yang terkenal adalah majalah dan tafsir yang mempunyai nama sama iaitu al Manar.

University

65

wadah48 yang mereka asaskan, pemikiran dan rumusan mereka mengenai Islam sebagai sistem pemerintahan menjadi wacana dan matlamat yang dominan dalam gerakan Islam di pelbagai belahan dunia Islam.49

Justeru, di antara tokoh atau ideolog konsepsi dan pemikiran aliran pertama mengenai negara Islam kalau diamati secara lebih terperinci menunjukkan perbezaan yang cukup ketara. Hal ini misalnya dapat dilihat dalam isu bentuk negara Islam sama ada diperintah dengan sistem khilafah sebagaimana yang disyorkan oleh Maududi dan Rashid Rida atau diperintah dalam satu negara-bangsa yang dikuasai sepenuhnya oleh umat Islam, sebagaimana yang disyorkan oleh Hasan al-Banna. Meskipun dari satu segi, Hasan al-Banna memimpikan terwujudnya pemerintahan khilafah, tetapi kerana mungkin menyedari amat sukar menyatukan negara Muslim di seluruh dunia dalam bumbung pemerintahan yang sama, Hasan al-Banna mengiktiraf nasionalisme yang berteraskan Islam sebagai kerangka pembentukan sebuah negara Islam.50 Sambil menegaskan bahawa agar nasionalisme yang bersifat qaumiyyah (perkauman) dan

wataniyyah (kebangsaan) yang sempit ditolak sama sekali, Hasan al-Banna menyerukan

penyatuan Arab yang berteraskan kepada nasionalisme Islam.51

Berbeza dengan Maududi, Hasan al-Banna tidak secara tegas menolak demokrasi sebagai kaedah untuk merealisasikan negara Islam. Pandangan moderat

48 Seperti penubuhan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Jamaat I-Islami di Pakistan.

49

Di alam Nusantara, penerbitan al Manar mempengaruhi kalangan muda yang dipelopori Syekh Tahir Jalaludin dan Syekh Ahmad al Hadi untuk menerbitkan majalah al Imam pada Julai 1906 di Singapura. Boleh dikatakan majalah ini merupakan saduran daripada majalah Al Manar baik dalam bentuk dan isi kandungan yang telah dialihbahasakan ke bahasa Melayu. Lihat William R. Roff, Nasionalisme

Melayu, (terj), Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2003, hlm. 65. Dalam konteks wadah

penubuhan, pengaruh Ikhwan dan Jamaat Islami sangat ketara ke dalam gerakan Islam seperti ABIM, PKPIM, IRC di Malaysia pada tahun 1970-an dan kelompok tarbiyah dan Hizbut Tahrir di Indonesia.

50 Dalam hal ini Hasan al-Banna merujuk kepada kejadian di mana Rasulullah bercucuran air mata mendengar nama Mekkah disebut oleh salah seorang sahabatnya yang bernama Ushail. Rasulullah menangis kerana merasa rindu terhadap kota kelahirannya. Pemikiran Hasan al-Banna mengenai nasionalisme yang berasas Islam lihat Hasan Al-Banna, Kumpulan Risalah Dakwah Hasan al-Banna

Jilid 1 (terj.,) Jakarta: Al I’tishom Cahaya Umat, 2005, hlm. 30-37.

51Muhammad Abdul Qadir Abu Faris, Fiqih Politik Hasan al-Banna, Surakarta: Media Insani Publishing, 2011, hlm. 106-114.

University

66

Hasan al-Banna ini merujuk kepada pandangannya terhadap perlembagaan dan sistem parlimen di Mesir yang dianggap tidak bercanggah dengan prinsip Islam.52 Sistem parlimen yang menjadi asas dan ciri-ciri penting demokrasi yang terhasil daripada proses pilihan raya, menurut Hasan al-Banna hakikatnya bukanlah perkara yang asing dalam Islam. Menurut Hasan al-Banna:

“Tidak ada kaedah sistem parlimen yang bercanggah dengan kaedah yang digariskan Islam dalam urus tadbir pemerintahan. Ini bermakna, sistem parlimen tidak bertentangan dan tidak asing dalam sistem (pemerintahan) Islam. Atas premis ini, dapat kita katakan dengan mantap bahawa kaedah asas yang menjadi tumpuan tegaknya perlembagaan Mesir tidak bertentangan dengan sistem politik Islam”.53

Pandangan Hasan al-Banna terhadap demokrasi terutama merujuk kepada prasyarat yang dikemukakannya dalam sistem pemerintahan Islam iaitu mendengar, menghormati dan mengambil kira aspirasi dan kehendak rakyat.54 Meskipun Hasan al-Banna juga menginginkan persatuan dan kesatuan umat Islam di bawah kerangka sistem khilafah, akan tetapi tidak menolak sepenuhnya sistem demokrasi diterapkan dalam sesebuah negara Islam. Lantaran itu, dalam konteks seperti inilah gerakan Islam yang kemudian terjun ke dalam kancah politik kepartian seperti PAS di Malaysia atau PKS di Indonesia menemukan justifikasinya memperjuangkan negara Islam dalam proses pilihan raya.55

52

Hasan Al-Banna, Kumpulan Risalah Dakwah Hasan al-Banna Jilid 2 (terj.,) Jakarta: Al I’tishom Cahaya Umat, 2005, hlm. 81.

53 Ibid., hlm. 82

54 Selain aspirasi rakyat, asas penting lain bagi terbentuknya pemerintahan Islam yang berwibawa dan dipercaya rakyat ialah tanggungjawab sepenuhnya kepada Allah dan kesatuan Islam atas satu akidah Islam. Asas kesatuan ini lah yang menjadi sumber legitimiasi kepada perjuangan gerakan Islam seperti HT menyuarakan sistem khilafah.Ibid., hlm. 67.

55 Kajian perbandingan mengenai perjuangan kedua parti ini bagi menubuhkan negara Islam di negara masing-masing lihat, Amin Fadlillah dan Mohammad Redzuan Othman, "Dinamika PAS dan PKS dalam Perjuangan Mewujudkan Negara Islam", Jurnal Sejarah, No.21, 2013 Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Lihat juga Hasanudin Daud, Islam dan Politik dalam Proses Demokrasi: Kajian Perbandingan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia 1999-2009, Tesis PhD, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, 2014.

University

67

Pandangan Hasan al-Banna yang moderat mengenai sistem pemerintahan Islam ini juga tercermin dalam pandangannya mengenai takrif negara Islam. Menurut Said Hawwa, seorang tokoh Ikhwan dan juga pentafsir pemikiran Hasan al-Banna, selagi sesebuah pemerintahan itu diketuai oleh orang Islam, berakhlak mulia dan melaksanakan syariat Islam, maka ia dilayak disebut sebagai negara Islam.56 Bagi pengasas Ikhwan Muslimin itu, apapun bentuk dan sistem pemerintahan yang diambilnya sama ada negara itu mengamalkan sistem republik, demokrasi berparlimen mahupun raja berperlembagaan, negara itu layak dilabel sebagai negara Islam selagi prinsip dan syariat Islam dilaksanakan dan menjadi tunjang utama sistem pemerintahan tersebut.57

Konsepsi Hasan al-Banna mengenai negara Islam ini dalam beberapa segi cukup bertentangan dengan gagasan negara Islam Sayyid Qutb, ideolog Ikhwan sayap radikal dan Maududi, pengasas Jamaat Islam yang mengidealkan terciptanya satu kekuasaan Islam tanpa sempadan geografi, tanpa mengira latar warna kulit dan kesukuan, kesamaan akidah (Islam) dan diperintah oleh seorang khalifah atau imam.58 Munawir mengistilahkan konsepsi yang diimpikan Qutb dan Maududi ini sebagai pemerintahan supra-nasional. Pemerintahan ini terpusat dalam satu kekuasaan yang meliputi seluruh wilayah dunia Islam tanpa disekat sentimen kaum dan sempadan negara.59

Kekuasaan sepenuhnya berada di tangan khalifah berdasarkan ketentuan hukum dan undang-undang yang telah ditentukan Allah dalam al-Quran. Oleh sebab itu,

56 Lihat Said Hawwa, Perspektif Pendidikan: Syarah Risalah al Ta’lim (terj.), Kuala Lumpur: Al Rahmaniah, 1988, hlm. 225.

57Lihat Aziz Jamaludin Mhd Tahir, “Pemikiran Hasan al-Banna tentang Siyasah Syariyyah dan Aplikasinya dalam Sistem Pemerintahan”, Disertasi PhD Hukum Islam Program Pasca Sarjana Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, 2012, hlm. 159.

58 Lihat Sayyid Abul ‘Ala al Maududi, Teori Politik Islam (terj.), Kuala Lumpur: Agensi Media Islam Sdn Bhd, 1404 H, hlm. 31-37.

59

Munawir Syadzali, Islam dan Tata Negara, hlm. 149.

University

68

Maududi menolak secara keras demokrasi ala Barat kerana sumber hukumnya berdasarkan kehendak dan suara rakyat. Sebaliknya, Maududi memperkenalkan teo-demokrasi bagi sistem pemerintahan di sesebuah negara Islam. Dengan sistem ini, Maududi membayangkan rakyat diberi kebebasan memilih atau memecat kerajaan akan tetapi pada masa yang sama rakyat diberi kuasa terhad mengikut batas-batas yang ditentukan Allah.60

Konsep negara Islam yang digagas aliran pertama menyiratkan pemikiran yang ideal dan sempurna kerana mengandaikan pemerintahannya berpegang kepada hukum Allah iaitu al-Quran, panduan hadis Nabi dan beberapa prinsip penting yang digariskan dalam negara Islam itu. Bagaimanapun konsepsi yang sedemikian ideal bukan bermakna tanpa kelemahan, malah ia dianggap mengabaikan realiti yang wujud ketika cuba diimplementasikan dalam negara majmuk seperti Malaysia dan Indonesia. Menurut Munawir, beberapa kelemahan konsepsi negara Islam aliran pertama antara lain; pertama, mustahil seluruh negara Islam di dunia ini boleh bersatu dalam satu pemerintahan. Bukan hanya kerana faktor sempadan wilayah yang membentang luas, akan tetapi teramat sukar menyatukan ideologi, kesukuan, ketaksuban tradisi dan daerah.61 Kedua, warganegara bukan Islam tidak mempunyai hak memilih dan dipilih khasnya bagi jawatan pemimpin tertinggi negara yang eksklusif hanya hak orang Islam. Dengan demikian, warganegara bukan Islam adalah warganegara kelas dua. Di dalam sebuah negara Islam, orang bukan Islam diberi status dzimmi yang diberi perlindungan dan diwajibkan membayar cukai kepada negara.62 Ketiga, wujudnya diskriminasi

60

Ibid., hlm. 22.

61 Munawir Syadzali, Islam dan Tata Negara, hlm: 153. Di dalam pendukung aliran pertama, tidak ada perbezaan mengenai konsep khilafah atau wujudnya pemerintahan dalam kepimpinan tunggal. Pengasas ideologi aliran ini bersetuju bahawa selain bertujuan untuk mengembalikan semula kejayaan Islam dalam institusi khilafah yang runtuh pada 1924, faktor utama lain adalah kesamaan akidah dan agama yang sama sebagai asas utama penubuhan institusi khilafah.

62 Pendapat ini dikemukakan oleh pemikiran Ikhwanul Muslimin. Bagaimanapun, ia sedikit berbeza dengan pendapat Maududi yang sama sekali tidak membenarkan bukan Islam menjawat sebarang jawatan sama ada di eksekutif, parlimen atau di lembaga kehakiman.

University

69

terhadap warganegara bukan Islam yang tidak dibenarkan dilantik menjawat jawatan penting dalam kerajaan yang dikategorikan sebagai jawatan yang membuat atau menentukan halatuju dan dasar kerajaan (seperti menteri, ahli parlimen atau menteri besar).63

Pada asasnya, di dalam Islam sendiri tidak ada petunjuk atau pegangan yang jelas dan konkrit mengenai sistem pemerintahan dalam sesebuah negara. Perkara ini misalnya dapat dilihat pasca kemangkatan Nabi Muhammad yang menyaksikan terjadinya polemik dalam kalangan sahabat Nabi baik yang berasal daripada golongan Ansar (penduduk asal Madinah) mahupun golongan Muhajirin (imigran Mekkah) mengenai siapa sepatutnya yang menjadi pengganti Nabi sebagai pemimpin umat Islam. Nabi tidak memberi petunjuk dan arahan siapa yang kelak akan menggantinya sehingga jenazah Nabi sendiri belum dimakamkan selama dua hari disebabkan belum adanya konsensus di kalangan sahabat mengenai pengganti Nabi.64

Ketidakjelasan rumusan siapa pengganti Nabi yang juga dinobatkan sebagai ketua pemerintahan Islam ini, menurut Nurcholis Majid membuktikan bahawa isu mengenai masalah kenegaraan bukan bahagian yang menyatu dalam prinsip dan ajaran Islam. Sebaliknya, masalah negara hanya merupakan satu alat untuk mengukuhkan ajaran Islam dan bentuknya macam-macam misalnya parti politik, organisasi, masjid dan institusi sekolah.65

Begitu juga dengan era khulafa al-rasyidin yang menyaksikan setiap penggantian khalifah tidak mempunyai pola dan rumusan yang baku mengenai

63 Lihat Munawir Syadzali, Islam dan Tata Negara, hlm. 153.

64 Peristiwa ini bercanggah dengan perintah Nabi yang memerintahkan agar setiap orang Islam yang meninggal sesegera mungkin untuk dikubur.

65

Nurcholis Majid, "Islam Punya Konsep Kenegaraan?", Tempo, 29 Disember 1984.

University

70

mekanisme pemilihan pemimpin. Sejak pelantikan Abu Bakar sebagai khalifah pertama sehingga Ali bin Abi Talib, mekanisme dan cara pemilihan khalifah yang berbeza-beza.66 Apatah lagi, apabila pada era berikutnya iaitu pada pemerintahan Umayyah dan seterusnya, sistem pemerintahannya jauh menyimpang daripada sebagaimana yang dicontohkan Nabi dan khulafa al-rasyidin iaitu dengan menerapkan sistem beraja mutlak. Bukti sejarah ini menunjukkan bahawa masalah negara ideal dalam Islam sememangnya tidak diatur secara khusus.67

Secara kritikal, Abdurrahman Wahid mengatakan sekiranya Nabi menghendaki berdirinya sebuah negara Islam, mustahil masalah penggantian kepimpinan dan peralihan kekuasaan tidak dirumuskan secara formal. Sebaliknya, apa yang berlaku Nabi hanya memerintahkan dalam sabdanya ‘bermesyuawaratlah kalian dalam persoalan’.68

Masalah sepenting itu tidak dijelaskan secara konkrit oleh Nabi dalam bentuk perlembagaan atau bentuk institusi, akan tetapi cukup dengan ungkapan iaitu ‘masalah mereka (haruslah) dimusyawarahkan antara mereka’. Dengan nada mempersoalkan, Wahid mengatakan ‘mana ada negara dengan bentuk seperti ini?.69

Hakikatnya, Nabi dan para sahabatnya tidak pernah memberi label atau mensifatkan kehidupan komuniti Islam di peringkat awal Islam sebagai entiti yang berbentuk negara atau pemerintahan dengan label tertentu. Perkara yang ditekankan dan dilaksanakan pada masa itu ialah mengenai kepemimpinan yang mempunyai tugas dan tanggungjawab memberikan jaminan keselamatan, kemakmuran rakyatnya dan tugas

66 Sebagaimana diketahui, pelantikan Abu Bakar sebagai khalifah tanpa sengaja dan secara tergesa-gesa melalui mekanisme pemilihan di antara sahabat senior yang berjumlah lima orang, Umar bin Khatab ditunjuk oleh khalifah sebelumnya iaitu Abu Bakar, Usman bin Affan melalui cara pengundian oleh sahabat-sahabat dalam jawatankuasa khas yang dibentuk oleh Umar atau dikenali dalam fiqh politik sebagai ahlu halli wal aqdi dan terpilihnya Ali bin Abi Talib sebagai khalifah keempat dipilih melalui desakan dan ketika negara dalam keadaan kacau bilau oleh kaum pemberontak yang telah membunuh Usman bin Affan. Lihat Munawir Syadzali, Islam dan Tata Negara, hlm. 21-28.

67 Nurcholis Majid, "Islam Punya Konsep Kenegaraan?", Tempo, 29 Disember 1984.

68 Redaksi ini juga terdapat dalam ayat 159 surah Ali Imran.

69

Abdurrahman Wahid, "Islam: Punyakah Konsep Kenegaraan?", Tempo, 26 Mac 1983.

University

71

rakyat untuk berbaiat dan taat kepada pemimpinnya. Komuniti Islam ketika itu juga tidak mempertikaikan bentuk negara, sistem politik dan jenis pemerintahannya, melainkan yang menjadi isu dan punca masalah ialah aspek kepimpinan.70

Aliran kedua yang hendak dibicarakan adalah aliran yang tidak sepenuhnya bersetuju dengan pandangan aliran pertama yang dianggap terlalu menekankan kepada keyakinan bahawa Islam menyediakan secara lengkap dan sempurna mengenai negara dan sistem politiknya. Pada masa yang sama, aliran ini juga tidak bersetuju dengan pandangan bahawa negara perlu dipisahkan secara total dengan agama. Pemisahan secara total selain dianggap menjurus kepada fahaman sekularisme, juga dianggap bertentangan dengan ajaran Islam yang pada asasnya menyediakan prinsip dan nilai yang dapat dijadikan panduan dalam sistem pemerintahan dan negara. Lutfi Assyaukani menggelar aliran ini sebagai Negara Demokrasi Agama.71

Aliran kedua ini mencuba memberi jalan tengah dengan menggabungkan pemahaman antara aliran pertama dan aliran sekular. Pandangan aliran ini tertumpu kepada usaha untuk memberi justifikasi agama terhadap tindakan dan keputusan pemimpin negara. Bertentangan dengan aliran pertama yang menjadikan Islam sebagai segala sumber tertinggi negara, aliran ini berpendapat bahawa di dalam Islam tidak terdapat sistem kenegaraan yang dijelaskan secara terperinci baik di al-Quran dan Hadis. Dari beberapa segi, aliran ini tidak mementingkan simbol atau istilah bagi

70 Aksin Wijaya, "Negara Islam Indonesia? Menguji Otensitas Argumen Hukum Khilafah Islamiah dalam Konteks Berislam Indonesia", Prosiding kertas kerja yang dibentangkan dalam Annual International Conference on Islamic Studies (AICIS) XII di IAIN Sunan Ampel Surabaya 5-8 November 2012, hlm. 631.

71 Lutfi Assyaukanie, Ideologi Islamdan Utopia: Tiga Model Negara Demokrasi di Indonesia, Jakarta: Freedom Institute, 2011, hlm. 126-133.

University

72

menamakan negara itu Islam atau istilah lain. Sebaliknya, agama (Islam) dijadikan sebagai sumber etis dan nilai dalam penyelenggaraan dan tata kelola negara.72

Aliran ini berpendapat bahawa dalam menjalankan pentadbiran negara dan sistem pemerintahan harus dijalankan secara rasional dan tidak boleh terjebak dengan