• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2: BIODATA DAN KARYA IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH 2.1 PENGENALAN

2.5 MENDIRIKAN RUMAH TANGGA

Berpandukan kepada catatan Ibn Hajar al-„Asqalāni (m.852H/1449M), di antara tahun-tahun 712H dan 726H, Ibn Qayyim pernah berkahwin dan telah dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Ibrahim (m. 767H/ 1365M) dan „Abd Allāh Syarf al-Din (m. 756H/ 1355M). Kesinambungan suasana keilmuan yang dinikmati dalam kehidupan beliau turut dicernakan dalam rumahtangganya sendiri. Kedua-dua anaknya ini menggantikan beliau mengajar di Madrasah al-Sadriyyah.49 Beliau menyara kehidupan diri dan keluarga dengan bekerja sebagai guru dan Imam di Madrasah al-Jawziyyah.

2.6 GURU-GURU

Ibn Qayyim selain daripada berguru kepada bapanya sendiri Muhammad bin Abi Bakar (m.723H/1323M) dalam pendidikan asas ilmu-ilmu keislaman dan ilmu Faraid,50 beliau juga berguru kepada ramai ulama pada zamannya dalam pelbagai bidang ilmu seperti Hadis, bahasa Arab, Fikah, Usul dan lain-lain. Guru-guru beliau yang dapat disenaraikan antaranya:51

(1) Abu al-„Abbās Ahmad bin „Abd al-Halim bin „Abd al-Salām Taqiyy al-Din Ibn Taymiyyah (1263–1328M).52 Dari ulama ini Ibn Qayyim mempelajari ilmu fikah dan terapi rawatan kerohanian.53

yang lain telah banyak kali menyaksikan sendiri Sheikh kami (Ibn Taimiyyah) berbicara dengan roh yang mengusai diri pesakit”, dan beliau turut menyakinkan dengan keberkesanan kaedah yang digunakan dan menegaskan bahawa: “sesiapa yang menggunakannya - terapi doa dan ayat al-„Awdhah - pasti akan mengetahui tahap kemampuannya”

49 Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥādi al-Arwāḥ ilā bilād al-Afrāḥ aw Waṣf al-Jannah, hlm. 18. Lihat juga Bakr bin „Abd Allāh Abū Zayd, (1980), Ibn Qayyim al-Jawziyyah Hayātuhu wa Atharuhu, hlm. 180 dan 208.

50 Lihat, Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (1993), Ḥadi al-Arwah ilā bilād al-Afrāh aw Wasf al-Jannah, hlm.16.

51

Dinyatakan oleh al-Shaikh Khalil Ma‟mun Shaihan (2003), ketika mentahkik kitab Ibn Qayyim berjudul Fatawa Rasulullah s.a.w., Dar al-Ma‟rifah, Beirut, hlm. 8. Lihat juga „Abd al-Raḥmān al-Nahlāwi (1991), Ibn Qayyim al-Jawziyyah: Dirāsah Mawdū„iyyah Tahliliyyah Tarbawiyyah, Dār al-Fikr al-Mu„āṣir, Beirut, hlm.13; lihat juga dalam Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1979), al-Wābil al-Ṣayyib min al-Kalim al-Ṭayyib, tahkik „Abd al-Qādir al-Arnā‟awūṭ, Ri‟asah Idārah al-Buhūth al-„Ilmiyyah wa al-Iftā‟ wa al-Da„wah wa al-Irshād, Riyad, hlm. 4.

52

Ibn Qayyim al-Jawziyyah berguru dengan Ibn Taymiyyah selama 16 tahun iaitu ketika beliau berumur 21 tahun. Ketika menjelang usia 39 tahun gurunya Ibn Taimiyyah meninggal dunia. Lihat Yusri al-Sayyid

University

48

(2) Abu al-„Abbās Shihāb al-Din al-Nablusi al-„Ābir Ahmad bin „Abd al-Rahmān bin „Abd al-Mun„im bin Ni„mat al-Muqaddasi al-Hanbali. Seorang ahli hadis dan fiqh. Gelaran al-„Ābir diberikan kerana beliau juga memiliki kepakaran dalam mentafsir mimpi. (m. 697H/ 1298M).54

(3) Muhammad bin Abi al-Fath al-Ba„labakiy (m.709H/ 1309M) ahli dalam bidang fiqh mazhab Hanbali, hadis, bahasa dan sastera Arab.55

(4) Abu Fadl Qādi Sulayman bin Hamzah bin Ahmad bin „Umar Ibn Qudāmah al-Hanbali al-Hākim (m. 715H).56

(5) Abu Bakr bin Muhammad bin „Abd Dā‟im bin Ni„mat Nablusi Dimashqi al-Sālihi (m. 718H).57

(6) „Ali bin al-Muzaffar bin Ibrāhim al-Kindi al-Wada„i „Alā‟ al-Din Ibn „Arfah (m. 716H).58

Muhammad (2003) ketika mentahkik kitab, Bada‟i fi „Ulum Qur‟an li Imam Ibn Qayyim, Dar al-Ma‟rifah, Beirut, hlm. 60.

53 Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥadi al-Arwah ilā bilād al-Afrāh aw Wasf al-Jannah, hlm. 16.

54

Al-„Imād (1998), Shadharāt al-dhahab fi akhbār man dhahab, jld. 6, hlm. 45, Lihat Ibn al-Sheikh Khalil Ma‟mun Shaihan (2003), ketika mentahkik kitab Ibn Qayyim berjudul Fatawa Rasulullah s.a.w., Dar Ma‟rifah, Beirut, hlm. 7. Lihat juga dalam tulisan Ahmad Mahir Baqri (1987), Ibn Qayyim min Atharihi al-Ilmiyyah, Mu‟asasah Shabab al-Jami‟ah, Iskandariah, hlm.79; Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥadi Arwah ilā bilad Afrah aw Wasf Jannah, hlm. 16. Tempoh pengajian beliau dengan Shihāb Din al-Nāblusi al-„Ābir sekitar satu atau dua tahun ketika itu Ibn Qayyim al-Jawziyyah masih di peringkat umur kanak-kanak yang berusia antara lima atau enam tahun. Pada masa itu had umur kanak-kanak dianggarkan mula belajar di peringkat kuttāb yang melibatkan pengajian ilmu-ilmu asas ketika berusia antara lima hingga empat belas tahun. Kenyataan ini berdasarkan dapatan kajian Nakosteen, Mehdi, (1964), History of Islamic Origins of Western Education, University of Colorado Press, Colorado, hlm. 45.

55

Ibid.

56

Beliau memiliki kepakaran dalam bidang hadis dan fiqh madhhab Hanbali sehingga di beri kepercayaan dengan lantikan sebagai Qādi Qudah oleh pemerintah ketika itu. Beliau turut diberi penghormatan sebagai salah seorang tenaga pengajar di Madrasah al-Jawziyyah. Lihat al-Zirikli, (1995), jld. 3, hlm 124. Ibid. Lihat juga dalam tulisan Yusri al-Sayyid Muhammad (2003) ketika mentahkik kitab, al-Bada‟i fi „Ulum al-Qur‟ān li al-Imām Ibn Qayyim, Dar al-Ma‟rifah, Beirut, hlm. 60. Juga dalam Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥadi al-Arwāh ilā bilād al-Afrāh aw Wasf al-Jannah, hlm. 16.

57

Menurut kenyataan Ibn „Imād bahawa Abu Bakr bin al-Mundhir disifatkan sebagai seorang ulama yang tekun beribadah dan banyak berdhikir. Al-„Imād (1998), Shadharāt al-dhahab fi akhbār man dhahab, jld. 6, hlm. 48. Al-Shaikh Khalil Ma‟mun Shaihan (2003), hlm. 7. Berdasarkan kepada kecenderungan gurunya Abu Bakr bin al-Mundhir, dapat dihujahkan bahawa Ibn Qayyim dapat menimba ilmu dan berkongsi pengalaman dalam bidang tasawuf dan kerohanian ketika berguru dengan tokoh ini.

58

Ibid.

University

49

(7) Ummu Muhammad Fātimah binti Ibrāhim bin Muhammad bin Jawhar al-Batā‟ihi (m. 711H) dalam ilmu Hadis. 59

(8) Abu Muhammad Muqaddasi „Isā bin Mut„im bin „Abd Rahmān Salihi al-Hanbali al-Simsār (m. 717H).60 Beliau menjadi guru Ibn Qayyim dalam bidang ilmu Hadis.

(9) „Abd Allāh bin „Abd al-Halim bin Abd al-Salām al-Harani Sharaf al-Din Ibn Taymiyyah (m.727H).61

(10) Abu al-Ruh „Isā bin „Abd al-Karim bin „Asākir bin Sa„ad bin Ahmad al-Qaysi Sharaf al-Din Ibn Maktum (m. 741H).62

(11) Al-Qāsim bin Abi Ghālib al-Muzaffar bin Mahmud bin Hibbat Allāh Ibn „Asākir (m. 723H).63

(12) Zayn al-Din Ibrāhim bin Muhammad Abi Nasr Ibn al-Shirāzi al-Shāfi„i (m.714H).64

Dari beliau Ibn Qayyim mempelajari ilmu Hadis.65 (13) Ismā„il bin Umm Maktūm (716H).66

(14) Abu „Abd Allāh Muhammad bin Abi al-Fath bin Abi al-Fadl al-Ba„labakiy Shams al-Din (m. 715H).67

59

Beliau antara tokoh guru wanita yang solehah, memiliki kepakaran dalam bidang hadis dan tekun beribadah. Menerusinya Ibn Qayyim mendalami pengajian kitab Sahih Muslim. Al-„Imād (1998), Shadharāt dhahab fi akhbār man dhahab, jld. 6, hlm. 28. Ahmad Mahir Baqri (1987), Ibn Qayyim min Atharihi al-„Ilmiyyah, Mu‟asasah Shabab al-Jāmi„ah, Iskandariah, hlm.80. Lihat juga Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥadi al-Arwāh ilā bilād al-Afrāh aw Wasf al-Jannah, hlm. 16.

60

Al-Shaikh Khalil Ma‟mun Shaihan (2003), hlm. 7. Lihat juga dalam tulisan Ahmad Mahir al-Baqri (1987), Ibn Qayyim min Atharihi „Ilmiyyah, Mu‟asasah Shabab Jāmi„ah, Iskandariah, hlm.79; Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥadi al-Arwah ilā bilad al-Afrah aw Wasf al-Jannah, hlm. 16.

61

Beliau memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang khususnya fiqh dan saudara kandung kepad Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Abu Zayd, (1980), hlm. 104, dan al-Sheikh Khalil Ma‟mun Shaihān (2003), hlm. 7.

62

Ibid.

63

Ibid.

64

Ibid., Ahmad Māhir al-Baqri (1987), Ibn Qayyim min Atharihi al-Ilmiyyah, Mu‟asasah Shabab al-Jāmi„ah, Iskandariah, hlm.79.

65 Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥadi al-Arwāh ilā bilād al-Afrāh aw Wasf al-Jannah, hlm. 16.

66

Ibid., Ahmad Mahir al-Baqri (1987), Ibn Qayyim min Atharihi al-Ilmiyyah, hlm. 80.

67

Al-Sheikh Khalil Ma‟mun Shaihān (2003), hlm. 8.

University

50

(15) Abu al-Hajaj al-Mizzi al-Qudā„i Yusuf bin Abd al-Rahman bin Yusuf Jamal al-Din al-Kalbi al-Hafiz (m. 742H).68

(16) Muhammad bin Ibrāhim bin Sa„ad Allāh bin Jamā„ah Kinani Hamawi al-Shafi„i Badr al-Din (m.733H).69

(17) Majd al-Din Ismā„il bin Muhammad al-Harrāni al-Hanbali (m. 729H) dalam ilmu Fiqh, usul Fiqh, hadis dan faraid.70

(18) Abu „Abd Allāh Muhammad bin „Abd Rahim bin Muhammad Armawi al-Hindi Safiyy al-Din (m.715H)71 dalam ilmu Usul.72

(19) Majd al-Din al-Tunisi al-Shāfi„i (m. 718H) dalam bahasa Arab.73

(20) Ayyub bin Ni„mat al-Kamāl Zayn al-Din al-Nablusi al-Dimashqi (m. 730H).74

Berdasarkan senarai guru-guru yang tercatat, pengkaji mendapati bahawa selain mempelajari bidang ilmu-ilmu lain, Ibn Qayyim memperolehi ilmu dan pengalaman terapi dan rawatan kerohanian secara langsung melalui gurunya Ibn Taymiyyah (1263–1328M).75 Namun, selain Ibn Taimiyyah menerusi gelaran „Ābir yang diberikan kepada Shihāb al-Din al-Nablusi Ahmad bin „Abd al-Rahmān bin „Abd al-Mun„im bin Ni„mat al-Muqaddasi

68

Ibid.

69

Beliau dikenali sebagai Ibn Jama„ah memiliki kepakaran dalam bidang fiqh, hadis dan usul Fiqh. Semas a hayat beliau pernah bertugas sebagai guru di Madrasah Nāsiriyyah dan „Ādiliyyah serta pernah menyandang jawatan sebagai Qādi Qudah di Damsyik hampir sepuluh tahun. Al-Zirikli, (1995), jld. 3, hlm 297, Ibn Kathir, (1992), jld 14, hlm. 178 dan al-Sheikh Khalil Ma‟mun Shaihān (2003), hlm. 7

70

Guru kepada Ibn Qayyim yang faqih bermazhab Hanbali lagi zahid, memiliki kepakaran dalam bidang fiqh, usul fiqh, hadis dan Faraid. Al-„Imād (1998), Shadharāt al-dhahab fi akhbār man dhahab, jld. 6, hlm. 89. Ahmad Māhir al-Baqri (1987), Ibn Qayyim min Atharihi al-„Ilmiyyah, Mu‟asasah Shabāb al-Jāmi„ah, Iskandariah, hlm.79. Lihat juga, Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥadi al-Arwah ilā bilad al-Afrah aw Wasf al-Jannah, hlm. 16.

71

Al-Sheikh Khalil Ma‟mun Shaihān, (2003), hlm. 7

72

Ibid., Ahmad Māhir al-Baqri, (1987), Ibn Qayyim min Atharihi al-Ilmiyyah, Mu‟asasah Shabab al-Jami‟ah, Iskandariah, hlm.hlm. 80. Lihat juga, al-Sheikh Khalil Ma‟mun Shaihan (2003), hlm. 7. Juga dalam Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥadi al-Arwāh ilā bilād al-Afrāh aw Wasf al-Jannah, hlm. 16.

73 Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥadi al-Arwāh ilā bilād al-Afrāh aw Wasf al-Jannah, hlm. 16.

74

Ibid.

75

Penjelasan dan bukti sandarannya seperti dalam perbincangan (2.4) pengaruh Ibn Taimiyyah (1263-1328M) terhadap pemikiran, penulisan dan kewibawaan Ibn Qayyim.

University

51

al-Hanbali (m. 697H/ 1298M)76 kerana memiliki kepakaran dalam mentafsir mimpi pastinya turut memberi inspirasi dalam aspek terapi dan rawatan kerohanian. Hal ini kerana ta„bir mimpi antara dimensi ilmu yang sering dirujuk kepada ulama dan turut dikaitkan dengan pengamal pengubatan kerohanian. Kemampuan ini sangat berhubungan dengan potensi fakulti dalaman diri dan kesucian hati. Merealisasikan matlamat tersebut perlu kepada penguasaan dan kemahiran dalam disiplin ilmu tasawuf serta menjiwai riadhah penyucian jiwa untuk bertaqarrub kepada Allah SWT. Oleh yang demikian keterampilan dalam kalangan guru-guru Ibn Qayyim sehingga sebahagiannya turut dikenali sebagai zahid dan tekun beribadah77 adalah sangat menginspirasikan ilmu dan pengalaman kepadanya. Di samping itu juga, secara tidak langsung barisan guru-guru beliau dalam bidang tafsir, hadis, fiqh dan bahasa turut berkaitan dalam memberi sumbangan sehingga terhasil penulisan kitab perubatan78 dan hasil-hasil karyanya berkaitan terapi kerohanian.

2.7 MURID-MURID

Selain daripada mendidik anak beliau sendiri „Abd Allāh Syaraf al-Din dan Ibrāhim79 dengan ilmu-ilmu pengetahuan keislaman, beliau turut didatangi oleh ramai penuntut yang cintakan ilmu untuk menimba pengetahuan daripadanya. Antara murid-murid Ibn Qayyim yang turut mewarisi kehebatan dan keluasan ilmunya ialah:

76

Beliau turut dikenali sebagai Ayyub al-Kahhāl, gelaran yang merujuk kepada pakar oftalmologi berkaitan penyakit mata. Kedudukan beliau sebagai salah seorang guru, dapat dihujahkan bahawa sesuai dengan jiwa Ibn Qayyim yang sangat gemar menimba ilmu dan pengalaman baru tidak akan menolak kesempatan dan peluang berharga ketika bersama gurunya untuk mendalami ilmu perubatan.Tambahan lagi, keistimewaan yang dimiliki gurunya ini sebagai al-Kahhāl iaitu; pakar mata.

77

Abu Bakr bin al-Mundhir al-Nablusi al-Dimashqi al-Sālihi (m 718H), disifatkan sebagai seorang ulama yang tekun beribadah dan banyak berdhikir. Al-„Imād (1998), Shadharāt al-dhahab fi akhbār man dhahab, jld. 6, hlm. 48. Fātimah binti Ibrāhim bin Muhammad bin Jawhar al-Batā‟ihi (m. 711H) antara tokoh guru wanita yang solehah, mahir dalam bidang hadis tekun beribadah. Al-„Imād (1998), Shadharāt al-dhahab fi akhbār man dhahab, jld. 6, hlm. 28

78

Beberapa pendekatan yang digunakan Ibn Qayyim sebagai suatu metode yang diaplikasikan dalam fasal-fasal rawatan penyakit kitab perubatan beliau Zād al-Ma„ād fi Hadyi Khair al-„Ibād.

79

Al-Sheikh Khalil Ma‟mun Shaihān (2003), hlm. 8.

University

52

(1) Al-Imām Ibn Kathir al-Dimashqi (700-774H/1301-1372M).80

(2) Abu Furaj „Abd Rahmān bin Ahmad bin Rajab Sulami Baghdādi Zayn al-„Ābidin (736-795H).81

(3) Abu „Abd Allāh Muhammad bin Ahmad bin „Abd al-Hādi bin „Abd al-Hamid Ibn Qudāmah al-Muqaddasi Shams al-Din (m.744H)82

(4) Shams Din Muhammad bin Ahmad bin „Uthmān bin Qaymāz Dhahabi al-Turkumāni al-Shafi„i (m. 748H/ 1347M).83

(5) Taqi al-Din al-Subki Abu al-Hasan „Ali bin Abd al-Kāfi bin Ali bin Tamām (m. 756H/ 1355M).84

80

Beliau; Isma„il bin„Umar bin Kathir Qurashi, terkenal dengan karya penulisannya Tafsir Qur‟ān al-„Āzim (Tafsir Ibn Kathir) dan al-Bidāyah wa al-Nihāyah berkaitan sejarah. Selain Ibn Qayyim, beliau turut berguru dengan Ibn Taimiyyah bagi mendalami bidang ilmu akidah dan fiqh mazhab Hanbali. Bidang ilmu hadis pula beliau mempelajarinya dengan Imām al-Mizzi . Al-Zirikli, (1995), jld. 4, hlm. 302, Abu Zayd, (1980), hlm. 107-110 dan Sheikh Khalil Ma‟mun Shaihan (2003), hlm. 7. Lihat juga, Ibn Qayyim Jawziyyah, (1992), Zad Ma„ād fi Hadyi Khayr „Ibād, 5 juzuk, tahkik dan takhrij hadis oleh Syu„aib al-Arna‟ūṭ dan „Abd al-Qadir al-al-Arna‟ūṭ, Mu‟asasah al-Risālah, jld. 1, hlm. 21.

81

Beliau adalah al-Imam al-Jalil Abu al-Farj Zayn al-Din „Abd al-Rahmān bin Ahmad bin Rajab al-Sullami al-Baghdādi al-Dimasyqi al-Ḥanbali. Dilahirkan di Baghdad tahun 736H, dan ada pendapat yang mengatakan tahun 706H. Pandangan yang pertama lebih diterima. Dibesarkan di Damsyik dan belajar dengan beberapa ulama kenamaan pada ketika itu. Antaranya al-Imām Ibn Qayyim dan Zayn al-Din al-„Irāqi. Ibn Rajab adalah seorang Faqih, Ahli Hadis, Pendakwah dan Ahli Tarikh. Dalam hidupnya beliau cenderung untuk beruzlah dan sendirian, banyak beribadat dan tahajjud. Mendukung fikrah al-Imām Ibn Taymiyyah dan berpegang kepada manhaj Salaf. Antara karangannya: Al-Qawā„id, Istikhrāj li Aḥkām Kharrāj, Sharḥ Ṣaḥiḥ al-Bukhāri (tidak sempat disempurnakan), Sharḥ al-Tirmidhi, al-Tawḥid, Faḍl „Ilm al-Salaf „alā al-Khalaf, Dhayl Tabaqāt Ibn Abi Ya„lā, Dhayl „alā Tabaqātal-Hanābilah dan beberapa yang lain lagi. Beliau meninggal pada 795H/1393M di Damsyik dan dimakamkan di perkuburan Bāb al-Ṣaghir. Lihat catatan berkenaan tokoh ini yang diperkenalkan oleh penerbit Maktab Islāmi ketika menerbitkan buku oleh al-Ḥāfiz Ibn Rajab al-Ḥanbali (1391H), Kalimat al-Ikhlāṣ wa Taḥqiq Ma„nahā, al-Maktab al-Islāmi, Beirut, hlm. 5. Lihat juga al-Zirikli, (1995), jld. 4, hlm. 302, Abu Zayd, (1980), hlm. 107-110, al-Shaikh Khalil Ma‟mun Shaihan (2003), hlm. 7 dan Ibn Qayyim (1992), Zād al-Ma„ād fi Hadyi Khayr al-„Ibād, 5 juzuk, tahkik dan takhrij hadis oleh Syu„aib al-Arna‟ūṭ dan „Abd al-Qadir al-Arna‟ūṭ, Mu‟asasah al-Risalah, Beirut, jld. 1, hlm. 21.

82

Dinyatakan oleh Sheikh Khalil Ma‟mun Shaihan (2003), ketika mentahkik kitab Ibn Qayyim al-Jawziyyah berjudul Fatawa Rasulullah s.a.w., Dār al-Ma‟rifah, Beirut, hlm. 8. Ibn Qayyim al-al-Jawziyyah, (1992), Zād al-Ma„ad fi Hadyi Khayr al-„Ibād, jld. 1, hlm. 21.

83

Beliau pakar dalam ilmu hadis dan telah menghasilkan karya penulisan sekitar 100 buah. Antara karya beliau yang terkenal dalam bidang ilmu hadis ialah kitab Mizān al-Itidāl fi Naqd al-Rijāl, Tabaqāt al-Huffāz, al-Mustadrak al-Hākim dan Tadhkirat al-Huffāz. Lihat al-Zirikli, (1995), jld. 4, hlm. 302 dan jld. 5, hlm. 326. Lihat juga, Bakr bin „Abd Allāh Abū Zayd (1980), Ibn Qayyim al-Jawziyyah Hayātuhu wa Atharuhu, hlm. 107-110.

84

Beliau adalah bapa kepada Tāj al-Din al-Subki pengarang kitab al-Tabaqāt al-Shafi„iyyah yang pernah memegang jawatan sebagai kadi di Syam pada tahun 739H. Terdapat kekeliruan tentang Ibn Qayyim guru kepada beliau dan dihujahkan bahawa salah seorang kepada Tāj Din Subki bernama Ali bin Isā bin al-Qayyim. Lihat kenyataan Holtzman dalam Lowry dan Stewart, (2009),hlm. 210.

University

53

(6) Khalil bin Aybak bin „Abdullāh al-Safadi (764H/1363M).85

(7) Abu „Abd Allah Muhammad bin „Abd al-Qādir bin „Uthman bin „Abd al-Rahmān bin „Abd al-Mun„im al-Ja„fari al-Nablusi al-Hanbali (m. 797H).86

(8) Shams al-Din Abu „Abd Allāh Muhammad bin „Abd al-Qādir bin Muhyi al-Din „Uthmān Ibn „Abd al-Rahmān al-Nablusi al-Hanbali (m. 797).87

(9) Muhammad bin Ya„qub bin Muhammad Muhy al-Din Abū al-Tāhir al-Fairūz Ābādi al-Shāfi„i (729-817H/ 1329–1414M) dan lain-lain.88

(10) Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr Qurashi Maqqari al-Tilmasāni (m. 759H/1358M).89

Ketokohan dan keluasan ilmu Ibn Qayyim bukan sekadar dilihat kepada karya hasil penulisan beliau yang mencakupi pelbagai disiplin ilmu sahaja. Bahkan sumbangan beliau juga dapat diperhatikan menerusi didikannya yang berjaya melahirkan sejumlah tokoh ulama dan ilmuwan terkenal dalam pelbagai bidang. Bardasarkan catatan anak-anak murid Ibn Qayyim di atas, berkaitan bidang perubatan al-Hafidh al-Imām al-Dhahābi (m. 748H/ 1347M) antara tokoh ulama hadis yang turut menghasilkan kitab al-Tibb al-Nabawi.90 Namun, murid-murid Ibn Qayyim selain beliau yang memiliki kepakaran bidang hadis pastinya turut berperanan meneruskan gagasan dan teori praktikal perubatan dan rawatan bersandarkan kupasan kitab, bab dan fasal berkaitan hadis-hadis al-Tibb al-Nabawi. Hal ini disemarakkan lagi dengan suasana sosio-politik di Damsyik yang subur dengan budaya

85

Al-wāfi bi al-Wafayāt adalah hasil karya penulisan beliau mengenai sejarah menggunakan pendekatan berpandukan kepadab tarikh kematian ulama. Lihat al-Zirikli, (1995), jld. 4, hlm. 302 dan jld. 5, hlm. 326.

86

Ibid. Lihat juga Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥadā al-Arwah ilā bilād al-Afrāh aw Wasf al-Jannah, tahkik dan takhrij oleh Yusuf „Ali Badiwi dan Muhyi al-Din Mustu, hlm. 18.

87

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (1992), Zād al-Ma„ād fi Hadyi Khayr al-„Ibād, 5 juzuk, tahkik dan takhrij hadis oleh Syu„aib al-Arna‟ūṭ dan „Abd al-Qadir al-Arna‟ūṭ, Mu‟asasah al-Risālah, 1:21.

88

Hasil penulisan beliau dikenali dan dirujuk mengenai bahasa iaitu; al-Qāmus al-Muhit. Lihat al-Zirikli, (1995), jld. 4, hlm. 302 dan jld. 5, hlm. 326 dan Bakr bin „Abd Allāh Abu Zayd, (1980), Ibn Qayyim al-Jawziyyah Hayātuhu wa Atharuhu, hlm. 107-118.

89

Dinisbahkan kepada datuknya al-Maqqari, sebagai sejarawan yang dikenali hasil penulisannya iaitu; Nafkh al-Tibb fi Akhbār al-Andalus al-Ratib. Lihat al-Zirikli, (1995), jld. 4, hlm. 302 dan jld. 5, hlm. 326. Lihat juga, Bakr bin „Abd Allāh Abū Zayd (1980), Ibn Qayyim al-Jawziyyah Hayātuhu wa Atharuhu, hlm. 107-110.

90

University

54

ilmu dan pengilmuan masyarakat. Di samping itu, prasana pengajian bidang ilmu perubatan juga disediakan. Ia dikenali dengan hospital al-Nuri atau al-Bimāristan al-Nuri91 yang sempurna pembinaannya pada tahun 550H/1155M di bawah pemerintahan Nur Din al-Zinki.92 Hal tersebut dapat dijadikan sandaran bahawa bidang perubatan dan rawatan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan ulama dan ilmuwan sama ada penglibatannya bertujuan bagi memenuhi keperluan atau mengimbangi arus perubatan perdana ketika itu.