• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDANGAN DAN PEGANGAN IBN QAYYIM TERHADAP SUMBER DAN SIFAT ILMU BERKAITAN PERUBATAN

BAB 2: BIODATA DAN KARYA IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH 2.1 PENGENALAN

2.9 PANDANGAN DAN PEGANGAN IBN QAYYIM TERHADAP SUMBER DAN SIFAT ILMU BERKAITAN PERUBATAN

Persoalan apakah perubatan bersumberkan wahyu dan hadis-hadis berkaitan perubatan itu kebenarannya bersifat mutlak sebagai suatu perundangan yang mesti diamalkan? Sebaliknya pula apakah ia tidak bersifat wahyu dan bukan perundangan yang dituntut beramal dengannya kerana diperolehi menerusi sumber pengalaman manusia? Perbahasan ini perlu kepada panduan dan keterangan yang jelas kerana akan meninggalkan kesan dan pengaruh yang besar terhadap perbezan pemikiran dan amalan dalam kalangan umat Islam sendiri.

Prinsip yang disepakati bahawa segala perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi s.a.w. adalah hujjah syarak ke atas umat Islam jika terbukti kesahihannya yang berkaitan dengan urusan keagamaan. Berlaku perbezaan pendapat terhadap hadis Nabi s.a.w yang berkaitan urusan keduniaan termasuk perubatan. Sebahagian berpendapat, sebagai memenuhi tuntutan sifat kenabian yang bersifat maksum semestinya ia menepati realiti. Sebahagiannya pula berpandangan tidak semestinya menepati realiti kerana urusan keduniaan tiada kaitan dengan kedudukan baginda sebagai seorang nabi.140

Berkaitan dengan kehujahan hadis Nabi s.a.w. tentang perubatan terbahagi kepada dua pendapat iaitu;

(1) Hadis Nabi s.a.w. berkaitan perubatan perlu diterima sebagai sumber wahyu yang bersifat mutlak dan terjamin daripada sebarang kesilapan dan jika berlaku pasti diperbetulkan oleh wahyu yang datang kemudiannya. Ibn Qayyim jelas cenderung kepada pendapat ini.141 Ulama dan ilmuwan Islam yang berpegang dengan pendapat

140

Al-Ashqar, Muhammad Sulaymān, (1993), Madā Ihtijāj bi Ahādith Nabawiyyah fi shu‟un al-Tibbiyyah wa al-„Ilājiyyah, Dār al-Nafā‟is, Jordan, hlm 8-9.

141

Menjelaskan pandangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah, dalam hal ini beliau menegaskan;

University

61

ini antaranya; Sa„id al-Andalusi (m. 462H/ 1070M),142 al-Qifti (m 646H/ 1248M),143 al-Kattāni, „Abd al-Kabir bin Muhammad al-Hasani al-Idrisi (m 1333H/ 1915M),144 „Abd al-Sattār Abu Ghuddah,145 Muhammad „Ali al-Barr146 dan Ahmad Taha.147

(2) Hadis Nabi s.a.w. dalam bidang perubatan adalah pandangan peribadi Nabi s.a.w. berkaitan urusan keduniaan yang tidak semestinya menepati realiti. Ia bukan bersifat wahyu dan kesilapan sedikit atau banyak adalah kebarangkalian yang boleh berlaku. Ilmuwan yang berpegang kepada pendapat ini antaranya; Al-Qādi Iyād,148 Muhammad Abu Zuhrah,149 Ibn Khaldun,150 Waliyyullāh al-Dahlawi151 dan Abu Hasan „Ali al-Nadwi.152

" ِءاَّبِطَلأا ِّبِطَك ُهُّبِط َسًَِلَو , ٌٌِّلهإ ٌٌِّعِطَق ٌوِّقًََتُم ٌِِّبَهلا َّبِط َّىِإَف , ٌِِحَىلا وِع ٌرِداَص , ِةَّىُبُهلا ُةاَكِشِمَو , ِلِقَعلا ُلاَنَكَو , ُبُراَجَتو ٌىِىُهُظِو ٌسَدَح ُهُرَثِكأ ِهِرًَِغ ُّبِطو , ِةّىُبُهلا ِّبِطِب ىَضِِرَلما َوِم ٍرًِِثَك ِع اَفِتِنا ُمَدَع ُرَكِهُي لاو , ِهِب ُعِفَتِهَي انَّنإ هَّنإَف ِىاَعِدلإاَو ِىاَنِيلإاِب ُهَل ٌِّقَلَّتلا ِلاَنَكَو ِهِب ِءاَفِّشلا ِداَقِتِعاَو ِِِِلِىُبَقِلاِب ُهاَّقَلَت ِوَم "

Maksud: “Bukanlah perubatan Nabi s.a.w. itu seumpama perubatan para doktor yang lain. Sesungguhnya perubatan Nabi s.a.w. bersifat pasti dan mutlak serta bernilai perubatan Ilahi, bersumberkan wahyu dan suluh kenabian serta kesempurnaan akal. Manakala perubatan lain, kebanyakkannya bersifat diagnosis, perkiraan dan eksperimen belaka. Memang tidak disangkal ramai sekali yang tidak mampu memanfaatkan perubatan mengikut Nabi. Sesungguhnya orang yang memanfaatkan perubatan Nabi adalah orang yang mengambilnya dengan rasa penerimaan dan keyakinan terhadap keupayaan kesembuhan melaluinya serta menyempurnakan penggunaannya dengan penuh keimanan dan ketundukan.” Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (1992), Zād al-Ma„ād fi Hadyi Khayr al-„Ibād, 5 juzuk, tahkik dan takhrij hadis oleh Syuaib al-Arna‟ūṭ dan„Abd al-Qādir al-Arna‟ūṭ, Mu‟asasah al-Risālah, jld. 4, hlm. 35-36.

142

Sa„id al-Andalusi, Abu al-Qāsim Sā„id bin Ahmad Sā„id al-Andalusi, (1912), Tabaqāt al-Umam, edi. P. Louis Cheikho s.j. Impremerie Catholique. Beirut, hlm. 39.

143

Al-Qifti, Jamāl al-Din Abu al Hasan „Ali bin Yusuf, (2005), Ikhbār al-Ulamā‟ bi Akhbār al-Hukamā‟, edi. Ibrāhim Shams al-Din, Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah, hlm. 7.

144

Al-Kattāni, „Abd Kabir bin Muhammad Hasani Idrisi, (1900), Tarātib Idāriyyah (Nizām al-Hukumah al-Nabawiyyah), Muhammad Amin Damaj, Beirut, jld. 2, hlm. 343.

145

„Abd al-Sattār Abu Ghuddah, (1986), Ahādith al-Tibb khasāisuhā wa tasnifuhā wa manhaj jam„ihā,

146

Muhammad „Ali al-Barr, (1988), Hal Hunaka Tibb Nabawi?, al-Dār al-Sa„udiyyah, Jeddah, hlm. 12.

147

Ahmad Taha, (t.th.), al-Tibb al-Islāmi, Dār al-I„tisām, t.tp, hlm. 35.

148

Al-Qādi „Iyād, Abu al-Fadl „Iyād bin Musā bin „Iyād al-Yahsubi, (t.th.), al-Shifā‟ bi Huquq al-Mustafā, edi. Husayn „Abd al-Hamid, Nil, Dār al-Arqām, Beirut, jld. 2, hlm. 289.

149

Abu Zuhrah, Muhammad, (t.th), Tārikh Madhāhib al-Islāmiyyah wa Siyāsah wa al-„Āqā‟id wa Tārikh Madhāhib al-Fiqhiyyah, Dār al-Fikr al-„Arabi, Kaherah, hlm. 228.

150

Ibn Khaldun, „Abd al-Rahmān bin Muhammad bin Khaldun, (2002), Mukadimah Ibn Khaldun, cet. ke-4, terj. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 687.

151

Al-Dahlawi, Shah Waliyyullāh Ahmad bin „Abd Rahim Ghāruqi Dahlawi, (t.th), Hujjat Allāh al-Bālighah, Dār al-Kutub al-Hādithah, Mesir, jld. 1, hlm. 241.

152

Al-Nadawi, Abu Hasan „Ali, (2002), Rijāl al-Fikr wa al-Dacwah fi al-Islām, Dār al-Qalam, Damsyik, jld. 2, hlm. 314.

University

62

Pengkaji berpandangan bahawa keyataan berkaitan perubatan yang bersumberkan al-Quran dan hadis yang sahih mesti diterima dari sudut ketentuan kesabitannya (qat„iyyat al-thubut). Perbezaan yang berlaku antara kedua-dua pandangan tersebut terletak pada

ketentuan petunjuknya (qat„iyyat al-dilālah). Hal yang demikian menjelaskan pertikaian yang berlaku dilihat dari sudut beramal dengannya sama ada secara mutlak atau perlu dilihat kesesuaiannya terlebih dahulu sesuai dengan perkembangan semasa sebelum beramal dengan nas tersebut.

Dalam konteks kehujahan hadis yang berkaitan dengan perubatan Muhammad Sulaymān al-Ashqar153

menjelaskan bahawa hadis-hadis berkaitan perubatan terbahagi kepada dua bahagian utama.

(1) Hadis-hadis yang bersifat wahyu diterima sebagai hujah dalam syariat yang tertakluk kepada lima hukum taklifi melibatkan akidah, ibadah, muamalat, munakahat, jenayah, hukum-hakam dan sebagainya.

(2) Hadis-hadis yang tergolong dalam ungkapan Nabi s.a.w. dalam kedudukan baginda sebagai manusia dan hanya bersifat pandangan peribadi mengenai urusan keduniaan yang tidak melibatkan hukam. Hadis yang tergolong dalam kategori ini tidak di anggap hujah dalam syariat dan tidak dituntut beramal dengannya kerana kedudukannya sama seperti perkataan seluruh manusia lain.

Beliau menjelaskan lagi bahawa kategori yang pertama merangkumi enam kelompok hadis iaitu;

(1) Hadis berkaitan hukum berubat, merawat dan tuntutan berubat.

153

Al- Ashqar, Muhammad Sulaymān, (1993), Madā Ihtijāj bi Ahādith Nabawiyyah fi shu‟un al-Tibbiyyah wa al-„Ilājiyyah, hlm 41-90.

University

63

(2) Hadis berkaitan keadaan perubatan yang mengandungi petunjuk syariat dan berkaitan dengan proses mengubat dan situasi pesakit seperti keharusan doktor wanita merawat pesakit lelaki.

(3) Hadis-hadis yang membatalkan jenis-jenis rawatan yang berlaku pada zaman jahiliyyah serta merosakkan akidah seperti larangan penggunaan azimat dan jampi yang terdapat unsur syirik.

(4) Hadis-hadis yang menganjuarkan ubat-ubatan dan rawatan dan kaitannya dengan hukum peribadatan dan syiar agama seperti kayu siwak sebagai pembersih mulut yang menugundang keredhaan Allah SWT.

(5) Hadis-hadis yang menjadi penjelas kepada nas al-Quran seperti hadis berubat dengan madu yang disebut dalam al-Quran sebagai penawar bagi manusia.

(6) Hadis-hadis yang berkaitan ubat-ubatan atau rawatan dan Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa baginda s.a.w. mengetahui hal yang tersebut menerusi wahyu atau malaikat memberitahu bahawa Allah SWT menyukai atau membenci hal tersebut seperti larangan berubat dengan bahan yang diharamkan syariat. Hadis dari kelompok ini terikat dengan dua syarat untuk membolehkannya menjadi hujah dalam bidang perubatan.

(i) Hadis tersebut mestilah berada pada tahap kesahihan yang tinggi sama ada hadis yang sabit secara mutawatir dan menyerupai qatci (shibh al-qatci). Hal ini bermaksud bahawa tidak memadai sekiranya hadis itu bertaraf hasan atau sahih yang membawa kemungkinan kepada keraguan (sahihān muhtamilan li al-waham). (ii) Kandungan hadis tersebut mesti menuruti pengalaman perubatan di bawah

pengawasan pakar sesuatu bidang.

University

64

Kategori Kedua pula merangkumi hadis-hadis Nabi s.a.w. berkaitan bidang perubatan namun tiada petunjuk yang datangnya daripada Allah SWT atau termasuk dalam syarak. Hadis tersebut termasuk dalam intipati urusan perubatan danrawatan. Sebagai contoh hadis dalam kategori ini seperti kelebihan habbat al-saudā‟ sebagai ubat segala penyakit kecuali mati. Hadis berkaitan jaminan keselamatan daripada racun dan sihir bagi sesiapa yang mengamalkan memakan tujuh biji tamar Ajwā setiap pagi. Hadis yang tersebut tidak dijadikan sebagai hujah dalam perubatan kerana termasuk dalam intipati urusan perubatan yang perlu dirujuk kepada ahli atau pakar bidang. Kesilapan yang berlaku menerusi hadis dalam kategori ini tidak menjejaskan sama sekali status baginda s.a.w sebagai seorang Nabi.154

Berdasarkan perbezaan pandangan yang berlaku, dapat dirumuskan bahawa keseluruhan pendapat bertujuan memelihara kedudukan Nabi s.a.w. sebagai penerima wahyu. Pendapat yang berpegang kepada hadis berkaitan perubatan bersifat wahyu menerimanya secara mutlak dengan tujuan memelihara kedudukan Nabi s.a.w.. Sebaliknya bagi pendapat yang mengatakan hadis perubatan tidak bersifat wahyu pula memberi ruang agar dapat menilai kesesuaiannya kerana hadis perubatan lebih bersifat pandangan peribadi. Jika hadis tersebut kebenarannya tidak menepati realiti dari sudut perubatan maka tidak menjejaskan kedudukan Nabi s.a.w. sebagai penerima wahyu.

Sehubungan dengan kenyataan di atas, pengkaji merumuskan bahawa yang dimaksudkan Ibn Qayyim bidang perubatan sebagai wahyu yang perlu diterima secara mutlak adalah hadis-hadis sahih yang diperolehi secara pasti, bersifat benar dan sebagai mukjizat Nabi s.a.w. Selain daripada itu ia dikategorikan sebagai tidak bersifat wahyu dan perlu bersesuaian dengan perkembangan ilmu, suasana, tempat dan zaman.

154

Al-Ashqar, Muhammad Sulaymān, (1993), Madā Ihtijāj bi Ahādith Nabawiyyah fi shu‟un al-Tibbiyyah wa al-„Ilājiyyah, hlm 41.

University

65