• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2: BIODATA DAN KARYA IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH 2.1 PENGENALAN

2.2 SAHSIAH ILMUWAN

Ibn Qayyim terkenal sebagai seorang yang mencintai ilmu. Beliau pernah bermusafir ke Nablus, al-Quds, Mesir dan Mekah bagi menimba ilmu pengetahuan. Pada usia yang masih kecil beliau sering mengikut bapanya menghadiri kelas-kelas pengajian di Madrasah al-Jawziyyah dan di sanalah beliau memulakan perjalanan menuntut ilmu. Di samping itu beliau tidak melepaskan peluang menambahkan ilmu dari sekolah-sekolah lain di sekitar kota Damsyik. Hampir keseluruhan hayat beliau dihabiskan di Syam. Namun begitu beliau

5

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (t.th.), al-Wābil al-Sayyib min Kalim al-Tayyib, (terj.) Michael Abdurrahman Fitzgerald, The Invocation of God, Malta, Interprint Limited, hlm. xi.

6

Disebut oleh „Abd Fattah Abu Ghuddah, (1994) ketika mentahkikkan kitab Ibn Qayyim, Manār al-Munif fi al-Sahih wa al-Da„if, Dār al-Basyā„ir al-Islāmiyyah, Beirut, hlm. 8.

7

Tarikh tersebut dicatatkan oleh salah seorang anak murid Ibn Qayyim Jawziyyah iaitu Safadi, Salāh al-Din Khalil bin Aybik, (1949), al-Wāfi bi al-Wafayāt, Matba„ah al-Ma„ārif, Istanbul, jld. 2, hlm. 270. Kenyataan ini turut disokong oleh al-Suyuti, (1384), Bugyāt al-Wucah fi Tabaqāt Lughawiyyin wa al-Nuhah, jld. 1, hlm. 62 dan Ibn Taghri Birdi, Jamāl al-Din Abu al-Mahāsin Yusuf bin Taghri Birdi al-Atābaki, (1956), al-Manhal al-Sāfi wa al-Mustaufā ba„da al-Wāfi, ed. Ahmad Yusuf Najāti, Maktabah Dār al-Kutub al-Misriyyah, Kaherah, jld. 3, hlm. 261.

8

Ibn Kathir, (1994), al-Bidāyah wa al-Nihāyah, jld. 14, hlm. 252 dan Kahhālah, „Umar Ridā, (1957), Mu„jam al-Mu‟allifin, al-Maktabah al-„Arabiyyah, Damsyik, jld. 9, hlm. 106

9

Lihat dalam Ibn Qayyim, al-Dā‟ wa al-Dawā‟ aw al-Jawāb al-Kāfi li man Sa‟ala „an al-Dawā‟ al-Shāfi, tahkik al-Sayyid al-„Arabi bin Ahmad Husayn, Dār al-Khulafā‟ li Nasyr wa al-Tawzi„, al-Mansurah, 1994, hlm. 6.

10

„Umar Ridā Kahhālah, (1957), Mu„jam al-Mu‟allifin, jld. 9, hlm. 106. Dalam kajian Puteh bin Ishak, antara faktor luaran yang melatari proses perkembangan keilmuan Ibn Qayyim al-Jawziyyah di Damsyik ialah keharmonian yang beliau nikmati daripada suasana keluarga, institusi politik dan pendidikan ketika itu. Lihat Puteh bin Ishak, (1998), Pemikiran Ibn Qayyim Mengenai Pendidikan Kerohanian, Tesis Sarjana Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, hlm. 7-20.

11

Muhammad Muslim al-Ghunaimi, (1977), Ḥayāt Imām Ibn Qayyim Jawziyyah, Maktabah al-Islāmiyyah, Damsyik, hlm. 98.

University

38

telah beberapa kali pergi ke Mekah bagi menunaikan fardu haji dan menghabiskan beberapa ketika mendampingi Masjidil Haram. Begitu juga beliau telah bermusafir ke Kaherah untuk beberapa kali.12 Ketika usia Ibn Qayyim 32 tahun bapanya telah meninggal, iaitu pada malam Ahad, 19 Zulhijjah 723H di Madrasah al-Jawziyyah.13

Ibn Qayyim dibesarkan dalam persekitaran ilmu yang sedang berkembang pesat di Mesir dan Syam. Ketika ini kedua-dua negeri tersebut melahirkan ramai ulama kenamaan serta banyak penulisan dilakukan dalam pelbagai sumber rujukan meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan.14 Kota Damsyik ketika itu menjadi pusat tumpuan kegiatan ilmiah bagi pendukung mazhab Hanbali15 dan pusat pengajian bagi penutur bahasa Arab di dunia Islam.16 Bahkan pelbagai aktiviti ilmiah sama ada berkaitan bidang keagamaan mahupun ilmu falsafah dan sains - termasuk juga bidang ilmu perubatan - menyebabkan penduduknya tidak begitu perlu untuk mengembara ke luar daripada kota Damsyik. Suasana dan aktiviti keilmuan yang subur seperti ini jelas mempengaruhi keperibadian dan

12

Maklumat perjalanan Ibn Qayyim al-Jawziyyah untuk menuntut selain daripada kota Damsyik kurang dibincangkan oleh para pengkaji biografi beliau. Namun, perjalanan beliau ke luar kota Damsyik terdapat dalam catatan al-Maqrizi ketika memerihalkan tentang biografi Ibn Qayyim al-Jawziyyah yang telah bermusafir ke Kaherah beberapa kali. Lihat al-Maqrizi, Taqiy al-Din, Abu al-„Abbās Ahmad bin „Ali, (1958), al-Suluk li Macrifat Duwal Muluk, ed. Muhammad Mustafā Ziyādah, Matba„ah Lujnat Ta‟lif wa al-Tarjamah wa al-Nashr, Kaherah, jld 1, hlm. 17. Fakta tersebut diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Ibn Qayyim sendiri, ujar beliau: “Aku pernah sekali bermuzakarah dengan sebahagian ketua doktor di Mesir berkaitan perkara ini (kaedah rawatan dengan membuang bahan berbahaya daripada badan) Demi Allah! Jika engkau mengembara ke barat untuk mengetahui faedah ini maka sudah tentu perjalanan tersebut adalah sedikit (manfaatnya), atau sebagaimana yang dia perkatakan.” Lihat Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (1961), Igāthatu Lahfān Min Mashāyidi Syaitān, Tahkik: Muhammad Sayyed Kailaniy, Mustafhā Babiy al-Halabiy, Kaherah, jld. 1, hlm. 17.

13

Bakr bin „Abd Allāh Abū Zayd (1980), Ibn Qayyim al-Jawziyyah Hayātuhu wa Atharuhu, hlm. 21.

14

Persekitaran bidang keilmuan yang berkembang pesat ini turut menyaksikan wujud pengaruh kepelbagaian kerangka dan teori epistimologi yang disebar secara meluas. Hal ini dapat dibuktikan antaranya pengaruh daripada hasil penulisan al-Fārābi (m. 339H/950M) menerusi kitab Ihsā‟ al-„Ulum, al-Shātibi (m. 790H/1388M) menerusi kitab al-Muwāfaqāt fi Usul al-Shari„ah, Ibn Khaldun (m. 808H/1406M) menerusi kitab al-Muqaddimah dan al-Jurjāni (m. 1413M) menerusi kitab al-Ta„rifāt. Lihat Nurazmallail bin Marni, (2012), Epistemologi Perubatan Ibn Qayyim al-Jawziyyah Dalam al-Tibb al-Nabawi, Tesis Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia, Serdang, hlm. 75.

15

Krawietz, Birgit, (2006), Ibn Qayyim al-Jawziyyah: his life and works, Mamluk Studies Review, 10 (2), hlm. 20 dan Cook, Michael, (1992), On the origins of Wahhabism, Journal of the Royal Asiatic Siciety, siri ke-3, 2 (2), hlm. 193.

16

Holtzman dalam Lowry, Joseph E. & Stewart, Derin J., Ed., (2009), Essays in Arabis leterary Biografi: 1350-1850, Harrassowitz Verlag, Wiebaden, hlm. 208.

University

39

kesungguhan Ibn Qayyim untuk menimba seberapa banyak ilmu dan menghasilkan karya penulisan.

Penguasan ilmu beliau yang luas tidak hanya terbatas berkenaan dengan al-Quran dan Sunnah, malahan beliau menguasai pengetahuan yang luas mengenai Taurat, Injil dan juga Mazmur, bahasa Ibrani, Siryani, Parsi dan juga sejarah umat-umat lampau. Hal ini terbukti dengan banyaknya catatan yang dimuatkan berkenaan perkara tersebut dalam dua buah tulisan beliau iaitu Ahkām Ahl Dhimmah dan Hidāyah Hayārā fi Ajwibah al-Yahūd wa al-Nasārā.17

Beliau juga dibesarkan dalam keluarga yang pentingkan ilmu pengetahuan. Suasana ini dapat dilihat melalui bapanya sebagai guru pertama yang mengajar beliau tentang ilmu -ilmu asas Islam termasuk Ilmu Faraid dan bapanya sangat dikenali memiliki kepakaran dalam bidang ini.18 Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk membaca setiap buku kerana minatnya yang mendalam terhadap ilmu. Beliau gemar mengulang kaji, menulis dan mengarang kitab.19 Di samping itu, kegemarannya yang lain ialah mengumpul kitab.20 Berasaskan kepada kesungguhan beliau mempelajari pelbagai bidang ilmu pengetahuan, akhirnya Ibn Qayyim menjadi terkenal sebagai seorang ahli Fiqh, ahli Usul al-Fiqh, ahli Tafsir, ahli Bahasa Arab, ahli Ilmu Kalam dan Ilmu Hadis.21 Malahan, menurut Abi

17

Lihat, Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥādi al-Arwāḥ ilā bilād al-Afrāḥ aw Waṣf al-Jannah, tahkik dan takhrij oleh Yusuf „Ali Badiwi dan Muhyi al-Din Mustū, Dar Ibn Kathir, Damsyik, hlm.17.

18 Muhammad Muslim al-Ghunaimi, (1977), Ḥayāt al-Imām Ibn Qayyim al-Jawziyyah, hlm.102.

19

Suasana keilmuan di rumah Ibn Qayyim lebih giat lagi dengan adanya perpustakaan khas dirumahnya. Keadaan ini telah memberikan ransangan kepada beliau dan keluarganya untuk membaca, bermuzakarah, menulis dan mengarang kitab. Lantaran itu, adik kandung beliau, „Abd al-Rahmān (m. 769H/ 1367M) dan anak saudaranya „Imād al-Din Abu al-Fidā‟ Ismā„il bin Zayn al-Din „Abd al-Rahmān (m. 799H/1397M) turut menjadi ulama tersohor dalam fikah mazhab Hanbali. Lihat Ahmad bin „Ali bin Muhammad Ibn Hajar al-„Asqalāni (t.th.), al-Durar al-Kāminah fi A„yan al-Mi‟ah al-Thaminah, Maktab al-Hind, jld. 2, hlm. 434 dan Abi al-Fallāḥ „Abd al-Ḥayy Ibn Ahmad Ibn al-„Imād (1998), Shadharāt al-dhahab fi akhbār man dhahab, Maktabah al-Quds, Kaherah, jld. 6, hlm. 20.

20 Menurut Ibn Ḥajar, Ibn Qayyim al-Jawziyyah begitu berminat dalam mengumpul kitab sehinggakan selepas kematian beliau, anak beliau menjual sebahagian besar kitab-kitab tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Lihat, Ibn Hajar al-Asqalāni (t.th.), al-Durar al-Kaminah fi A„yan al-Mi‟ah al-Thaminah, jld. 3, hlm. 400.

21

Kahhālah,„Umar Riḍā (1957), jld. 9, hlm. 106.

University

40

Fallāh Ibn „Imād (1623-1679M), Ibn Qayyim juga adalah seorang yang alim berkenaan Ilmu Tasawwūf.22