• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2: BIODATA DAN KARYA IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH 2.1 PENGENALAN

2.10 SANJUNGAN ULAMA TERHADAP IBN QAYYIM

„Abd al-Hayy bin al-„Imād al-Hanbali menulis sanjungan beliau kepada Ibn Qayyim menyebut:

“Beliau adalah seorang mujtahid mutlak, Mufassir, ahli dalam Ilmu Nahu, Usul dan Ahli Kalam serta Ilmu Suluk.”155

Ibn al-„Imād menukilkan daripada Ibn Kathir perihal sanjungannya kepada Ibn Qayyim sebagai berkata:

“Jika telah selesai solat Subuh, beliau masih akan tetap duduk di tempatnya untuk zikrullah hingga sinar matahari pagi makin meninggi. Beliau pernah mengatakan, „Inilah amalan biasa waktu pagi buatku, jika aku tidak melakukannya necaya kekuatanku akan runtuh.”156

Al-Imām Abū al-Fidā‟ Ismā„il Ibn Kathir (m. 774H) salah seorang murid beliau pernah mensifatkan perihal gurunya dengan menegaskan:

“Beliau merupakan pakar dalam pelbagai bidang ilmu, tetapi kepakarannya terserlah dalam Tafsir, Hadis dan Usuluddin....”157

Ujarnya lagi: “...Tiada aku ketahui pada zaman kita ini (zaman Ibn Kathir) orang yang paling banyak beribadat daripada beliau, selain seorang yang bagus bacaan al-Quran serta akhlaknya, beliau juga adalah seorang banyak kasih sayangnya, tidak iri hati, tiada dengki, tidak menyakiti atau mencaci seseorang. Cara solatnya panjang sekali, beliau panjangkan rukuk serta sujudnya hingga sesetengah para sahabatnya terkadang ada yang mencelanya, namun beliau rahimahullah tetap tidak berganjak.”158

Ibn Rajab al-Hanbali (m.795H) menyatakan :

“Beliau seorang pakar dalam bidang Tafsir, Usul, Hadith, Fiqh dan Bahasa Arab. Alim dalam bidang suluk dan perkataan ahli tasawwuf.”159

155

Ibn „Imād, jld. 6, hlm. 168.

156 Dipetik daripada „Abd al-Raḥmān al-Naḥlāwi, (1991), Ibn Qayyim al-Jawziyyah: Dirasah Mawdu„iyyah Tahliliyyah Tarbawiyyah, Dār al-Fikr al-Mu„āṣir, Beirut, hlm.24.

157

Ibn Kathir, (1994), jld. 13-14, hlm. 254.

158

Lihat Ibn Kathir (1993), Bidāyah wa Nihāyah, 14 juzuk, tahqiq dan ta„liq oleh Maktab Tahqiq al-Turāth, Dār Iḥyā‟ al-Turāth al-„Arabi, 14: 270; Sebahagian sifat-sifat keutamaan ini juga dicatatkan oleh Anwar Jundi (1985), Pancaran Pemikiran Islam, terj. Afif Mohammad, Penerbit Pustaka, Bandung, hlm. 137. Juga dalam Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥadi al-Arwah ilā bilad al-Afrah aw Wasf al-Jannah, tahkik dan takhrij oleh Yusuf „Ali Badiwi dan Muhyi al-Din Mustu, hlm. 16.

159

Ibn Rejab (t.t.), jld. 2, hlm. 448.

University

66

Ujar beliau lagi:

“Tiada aku dapati seorang yang lebih luas ilmu daripadanya, tiada aku ketahui orang yang lebih mengetahui berkenaan makna-makna al-Quran dan Sunnah serta hakikat keimanan melebihinya; beliau bukanlah maksum, akan tetapi tiada aku melihat orang lain seumpamanya.”160

Al-Hāfiz Ibn Hajar al-„Asqalāni (m.852H/1449M) seorang ulama yang terkenal dengan tulisannya Fath al-Bāri fi Sahih al-Bukhāri pernah menyebut pujiannya terhadap Ibn Qayyim:

“Adalah Ibn Qayyim seorang yang berjiwa pemberani, luas ilmu, banyak mengetahui permasalahan khilaf dan mazhab salaf.”161

Al-Imām Jalāl al-Din „Abd al-Rahmān bin Abi Bakar al-Suyuti (849-911H) menyebut perihal sanjungannya kepada Ibn Qayyim dengan mengatakan bahawa:

“Beliau tergolong antara imam-imam kenamaan dalam tafsir, hadis, masalah-masalah Furu„, usul dan bahasa Arab.”162

Imām Muhammad bin „Ali bin Muhammad al-Shawkāni al-Yamani al-San„āni (m.1250H) pernah dinukilkan sebagai berkata:

“Adalah Ibn Qayyim sentiasa terikat dengan dalil-dalil yang sahih, amat gemar beramal dengannya, beliau tidak dikuasai oleh al-rakyu, sangat berterus terang dengan kebenaran dan tiada seorang pun yang mengatasinya.”163

Muhammad bin „Abd Allāh bin Ahmad bin al-Muhib al-Sa„di (m. 788H) pernah bertanya kepada gurunya al-Hafiz al-Mizi perihal kedudukan Ibn al-Qayyim dalam bidang hadis berbanding dengan Ibn Khuzaymah (223-311 H). Ujar al-Mizi:

160

Lihat dalam tulisan Ṣāliḥ Aḥmad al-Shāmi (penyl), (2007), Ṭibb Qulūb li Imām Ibn Qayyim al-Jawziyyah, hlm. 22. Juga dalam Ibn Qayyim al-al-Jawziyyah, (1993), Ḥadi al-Arwāh ilā bilād al-Afrāh aw Wasf al-Jannah, hlm. 19.

161

Petikan dari buku Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (1992), Zād al-Ma„ād fi Hadyi Khayr al-„Ibād, 5 juzuk, tahkik dan takhrij hadis oleh Syu„aib al-Arna‟ūṭ dan „Abd al-Qadir al-Arna‟ūṭ, Mu‟asasah al-Risalah, 1:21.

162 Dipetik dari Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥadi al-Arwah ilā bilad al-Afrah aw Wasf al-Jannah, hlm. 19.

163

Petikan dari buku Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (1992), Zād al-Ma„ād fi Hadyi Khayr al-„Ibād, jld. 1, hlm. 23.

University

67

“Ibn Qayyim pada zaman ini (zaman al-Mizi) seumpama Ibn Khuzaymah pada zamannya.”164

Pelbagai sanjungan yang dinyatakan sebelum ini menggambarkan kehebatan penguasaan Ibn Qayyim dalam bidang bidang ilmu. Manakala sanjungan yang diberikan oleh Muhammad bin „Abd Allāh bin Ahmad bin al-Muhib al-Sa„di lebih ditujukan kepada kepakaran Ibn Qayyim dalam ilmu hadis. Hal demikian kerana ketokohan Ibn Khuzaymah (223-311H) dalam bidang hadis diiktiraf oleh para ulama dan beliau memang termasyhur kemahirannya dalam Ilmu Hadis. Manakala al-Mizi juga adalah seorang ulama yang terkenal dalam Ilmu Hadis. Justeru sanjungan yang diberikan kepada Ibn Qayyim dalam Ilmu Hadis memang sesuai dan wajar.165

2.11 KEMATIAN

Ibn Qayyim meninggal dunia selepas azan waktu Isya, pada malam Khamis, 13 Rejab 751H/1350M di Damsyik ketika berusia 60 tahun.166 Jenazah beliau disembahyangkan selepas solat Zohor keesokan harinya di Masjid Umawi dan Masjid al-Jarah, Damsyik. Jenazah beliau disemadikan bersebelahan dengan pusara ibunya di tanah perkuburan al-Bāb al-Saghir.167

Sesungguhnya, pemergian beliau amat dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat ketika itu. Ia terbukti apabila, jenazah Ibn Qayyim diiringi oleh pemerintah, ulama dan seluruh lapisan masyarakat.168

164

Lihat dalam tulisan Mar„iy bin Yusuf Karmi Hanbali, (1983), Shahadah Zakiyyah fi Thanā‟ al-A‟immah „alā Ibn Taymiyyah, tahkik Najm „Abd al-Rahmān Khalaf, Mu‟asasah al-Risālah, Beirut, hlm. 33.

165

Hakikat ini dapat dihujahkan lagi dengan tulisan beliau berjudul al-Manār al-Munif fi Sahih wa al-Da„if yang memperkatakan tentang hadis-hadis yang sahih dan daif.

166

Ibn Kathir (1994), jld. 13-14, hlm. 235, Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn Rejab (t.t.), jld.2, hlm. 448, al-Safadi, (1949), al-Wāfi bi al-Wafayāt, jld. 2, hlm. 270 dan „Abd. al-Azim al-Salām Syarf al-Din, (1967), Ibn Qayyim al-Jawziyyah Ara‟ahu wa Manhajuh, jld. 2, hlm. 68-70.

167 Aḥmad bin „Ali bin Muḥammad Ibn Ḥajar Asqalāni (t.th.), Durar Kāminah fi A„yan Mi‟ah al-Thāminah, Maktab al-Hind, jld. 3, hlm. 400.

168

Ibn Kathir, (1994), jld. 13-14, h. 235. Sehubungan dengan ini Ibn Rejab menyebut: Beberapa ulama menyatakan bahawa sebelum Ibn Qayyim al-Jawziyyah meninggal dunia, beliau telah bermimpi berjumpa dengan gurunya, Ibn Taymiyyah. Beliau bertanya kepada gurunya di mana kedudukannya dan Ibn Taymiyyah

University

68

2.12 KESIMPULAN

Ibn Qayyim merupakan seorang ulama yang terbilang dan luas ilmu pengetahuannya. Beliau juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan ulama di samping berani menegakkan yang hak dan membongkar kebatilan sehingga pernah dipenjara. Justeru, penulis berpandangan berdasarkan keilmuan, kepakaran beliau dan kekuatan peribadinya, melayakkan Ibn Qayyim untuk digelar mujtahid dan kibar al-ulama‟ pada zamannya.

Hasil kematangan Ibn Qayyim dalam pelbagai bidang ilmu, beliau tampil dengan seruan kepada berijtihad dan menolak taklid buta. Seruan ini adalah sebagai reaksi beliau terhadap gejala bertaklid kepada imam mazhab fikah tertentu yang semakin menebal pada zaman beliau. Di samping itu, beliau turut menyedari bahawa tasawwur Islam telah diselebungi oleh nilai-nilai tamadun Greek yang dipelopori oleh para failasuf Islam dan golongan Muktazilah. Beliau bangkit menentang golongan ini yang meletakkan kedudukan akal manusia sebagai sumber epistimologi yang lebih tinggi berbanding Quran dan al-Sunnah yang diletakkan di bawah takwil akal manusia. Tambahan lagi, pengaruh nilai-nilai ajaran tasawuf yang sesat lagi menyesatkan turut berleluasa seperti ajaran wihdat al-wujud.169

Kehadiran Ibn Qayyim dilihat benar-benar bertepatan dengan zaman dunia umat Islam sedang dilanda krisis dalaman yang berupa kegoncangan dan kekacauan berfikir di samping adanya kekacauan dari luar yang mengancam hancurnya daulah Islamiyyah. Oleh hal yang demikian, adalah tidak menghairankan apabila beliau berusaha menyeru umat Islam melupakan perbezaan faham yang taksub melampau kepada pendapat-pendapat tertentu sehingga membawa perpecahan umat. Justeru dalam tulisan-tulisannya banyak

memberi isyarat bahawa kedudukannya setanding dengan para ulama lain. Ibn Taymiyyah terus menyatakan bahawa Ibn Qayyim telah termasuk dalam kelompok Tabaqat Ibn Khuzaymah. Lihat Ibn Rajab (t.t.), jld.2, hlm. 450-451

169

Puteh bin Ishak, (1998), Pemikiran Ibn Qayyim Mengenai Pendidikan Kerohanian, hlm. 20-21.

University

69

terserlah saranan yang menyeru agar umat berpegang kepada al-Quran serta Sunnah Rasul-Nya s.a.w. sebagai teras asasi penyatuan umat.

Manhaj serta matlamat beliau ialah menyeru umat agar kembali kepada sumber ajaran Islam yang murni, tidak dicemari oleh pandangan-pandangan ahl al-ahwa‟ wa al-bida„ serta tipudaya orang-orang yang suka mempermain-mainkan agama.

Beliau mengajak umat kembali kepada ajaran agama dengan mencontohi generasi Salaf (sahabat dan tabiin) iaitu mereka yang mempelajari Islam secara langsung dari Rasulullah s.a.w. dan juga mereka yang belajar dengan generasi para Sahabat Nabi s.a.w. Sesungguhnya mereka inilah yang dikatakan sebagai ulama pewaris Nabi kerana Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi ilmu yang bermanfaat dan berterusan.

University