• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2: BIODATA DAN KARYA IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH 2.1 PENGENALAN

2.4 PENGARUH IBN TAIMIYYAH

Seringkali nama Ibn Qayyim diikat bersama dengan nama gurunya Ibn Taimiyyah dalam bidang fikah dan akidah. Hal ini terjadi lantaran perdampingannya dengan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h. Beliau sentiasa mendampingi gurunya ini sejak kepulangan Ibn Taimiyyah dari Mesir pada tahun 712H/1312M sehingga pada hari kewafatannya pada tahun 728H/1328M.39 Perdampingan beliau dengan Ibn Taimiyyah pada masa usianya masih muda dan penuh kemampuan untuk mengutip limpahan keluasan dan kematangan ilmu Syeikh al-Islam berkenaan. Kecintaan kepada gurunya itu telah memenuhi hidupnya hingga dikatakan beliau tidak menyimpang dari pandangan gurunya malahan banyak membelanya.40 Perdampingannya dengan Ibn Taimiyyah selama 16 tahun dianggap suatu jangka masa yang lama dan hal inilah dikatakan bahawa beliau seolah-olah murid yang dicetak oleh gurunya berbanding ramainya jumlah murid Ibn Taimiyyah yang lain.41

Jangka masa keberadaan Ibn Qayyim dalam penjara juga memberi ruang kepada beliau untuk mematangkan daya keintelektualan dan memantapkan sahsiahnya. Apabila beliau keluar daripada penjara pada ketika itu umurnya mencecah 37 tahun telah menjadikan beliau sebagai seorang ulama dan ilmuawan yang berwibawa dan mantap

39

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥādi al-Arwāḥ ilā bilād al-Afrāḥ aw Waṣf al-Jannah, hlm. 17. Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah dipenjarakan di Damshiq pada tahun 726H/ 1326M sehingga tahun 728H/ 1328M. Ibn Qayyim al-Jawziyyah turut sama dipenjarakan kerana mempertahankan fatwa gurunya dan juga disebabkan sikap cemburu musuh-musuh mereka. Lihat Ibn Kathir, (1994), al-Bidayah wa al-Nihāyah, jld. 14, hlm. 135.

40

Ibid.

41

Lihat, Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1994), al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Da„if, tahkik dan takhrij oleh „Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Maktab al-Maṭbu„āh al-Islāmiyyah, Halb, hlm. 9. Menurut perkiraan tempoh yang lebih terperinci, Ibn Qayyim al-Jawziyyah berguru kepada Ibn Taimiyyah di luar penjara selama 13 tahun 9 bulan dan di dalam penjara selama 2 tahun 3 bulan. Dalam tempoh di penjara tersebut juga Ibn Qayyim Jawziyyah menghabiskan masanya dengan membaca, merenungi dan meneliti isi kandungan al-Quran, berzikir dan bertafakur sehingga beliau di anugerahkan Allah SWT rahsia ilmu dan “dhawq” ahli-ahli sufi. Beliau dibebaskan dari penjara selepas kematian gurunya Ibn Taimiyyah. Lihat Ibn Kathir, (1994), al-Bidāyah wa al-Nihāyah, jld. 14, hlm. 135-140, dan Ibn al-„Imād, (1931), Shadharāt al-dhahab fi akhbār man dhahab, jld. 6, hlm. 168-169.

University

45

sahsiahnya untuk berkhidmat kepada dunia Islam sebagai pengarang dan ulama yang cemerlang.42

Hubungan antara Ibn Qayyim dengan Ibn Taimiyyah sebagai gurunya bukanlah bersifat seorang murid yang hanya patuh kepada gurunya secara membuta tuli, sebalik perhubungan antara kedua-duanya terjalin dan diikat kukuh dengan cita-cita untuk memurnikan “tasawwur Islam” yang telah dicemari oleh pengaruh nila-nilai asing yang secara sedar atau tidak telah merosakkan kesucian dan kemurnian Islam. Kedua-dua tokoh ini menyedari pada ketika itu “tasawwur Islam” ini telah dicemari dan diselubungi oleh: (1) Nilai-nilai falsafah Yunani dan golongan Muktazilah yang meletakkan kedudukan

akal manusia sebagai sumber epistemologi teratas, sementara Quran dan al-Sunnah diletakkan di bawah ta‟wil akal manusia.43

(2) Nilai-nilai taksub mazhab (fiqh) yang melemahkan ruang-ruang berijtihad.44

(3) Nilai-nilai ajaran tasawwuf yang menyeleweng dan menyesatkan seperti ajaran “wahdat al-wujud”45

Kesan dari mulazamahnya yang agak lama dengan Ibn Taimiyyah, beliau dapat mengambil banyak faedah. Antaranya yang penting ialah dakwahnya mengajak masyarakat supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang sahih, dan berpegang kepada keduanya; memahami keduanya selaras dengan apa yang telah difahami oleh generasi al-Salaf al-Sālih; menghindari daripada perkara-perkara yang bertentangan dengan

42

Puteh bin Ishak, (1998), Pemikiran Ibn Qayyim Mengenai Pendidikan Kerohanian, hlm. 20.

43

Muhammad Husni al-Zayn, (1979), Mantiq Ibn Taimiyyah, al-Maktab al-Islāmi, Beirut, hlm. 184-185 dan 201-202, dan Muhammad Abu Zahrah, (t.th), Ibn Taimiyyah Hayātuhu wa „Asruhu - Āra‟uhu wa Fiqhuhu, Dār al-Fikr al-„Arabi, Kaherah, hlm. 240-243, dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (1981), Ighāthah al-Lahfān min Maṣāyid al-Syaiṭān, 2 juzuk, tahkik Muhammad Sayyid Kaylāni, Syarikat Maktabah wa Maṭba„ah Muṣṭaffā al-Bābi al-Ḥalabi wa Awlāduh, Kaherah, jld.1, hlm. 57.

44

Muhammad Abu Zahrah, (t.th), Ibn Taimiyyah Hayātuhu wa „Asruhu - Āra‟uhu wa Fiqhuhu, hlm. 208, dan Ibn Qayyim, (t.th), I„lām al-Mawqi„in „an Rabb al-„Ālamin, 4 juzuk, tahkik Abd al-Rahmān al-Wakil, Dār al-Kutub al-Hadithah, Kaherah, jld.1, hlm. 7-8.

45 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (1981), Ighāthah al-Lahfān min Maṣāyid al-Syaiṭān, jld.1, hlm. 112 dan 146, dan Puteh bin Ishak, (1998), Pemikiran Ibn Qayyim Mengenai Pendidikan Kerohanian, hlm. 21-22.

University

46

dasar-dasar dan manhaj-manhaj keduanya, serta memperbaharui segala petunjuk al-Din yang pernah dipelajarinya secara benar dan membersihkannya dari segenap bid„ah yang sengaja diada-adakan oleh para mubtadi„in (ahli bidaah) berupa manhaj-manhaj kotor sebagai cetusan dari hawa nafsu mereka yang sudah mulai berkembang sejak abad-abad sebelumnya, iaitu abad kemunduran, jumud dan taklid buta.

Bagaimanapun dalam manhaj berfikir, Ibn Qayyim sedikit berbeza dengan gurunya. Uslub yang digunakan beliau disifatkan sebagai raqiq al-uslub (lemah lembut). Meskipun

begitu beliau bersama-sama gurunya mendukung pemikiran membebaskan diri dari sifat taklid dan menentang amalan bid„ah sambil mengajak masyarakat kembali kepada manhaj al-salaf al-sālih.46 Perbezaan lain yang dapat dilihat bahawa kecenderungan penulisan Ibn Qayyim memberi lebih tumpuan kepada bidang kerohanian berbanding gurunya. Kenyataan ini dapat dihujahkan dengan sejumlah karya penulisan beliau yang menjurus kepada perbincangan berkaitan persoalan kerohanian ini.47 Penerapan nilai kerohanian ini juga sangat jelas mempengaruhi penulisan beliau dalam bidang rawatan dan perubatan. Pengkaji mendapati menerusi beberapa kenyataan yang diperolehi dalam beberapa hasil penulisan Ibn Qayyim membuktikan bahawa disiplin ilmu perubatan khususnya rawatan kerohanian turut dipelajari menerusi gurunya Ibn Taimiyyah. Bahkan beliau menghujahkan panduan rawatan penyakit kerasukkan oleh unsur-unsur ghaib yang dilihat sendiri berjaya dipulihkan oleh gurunya.48

46 Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1993), Ḥādi al-Arwāḥ ilā bilād al-Afrāḥ aw Waṣf al-Jannah, tahkik dan takhrij oleh Yusuf „Ali Badiwi dan Muhyi al-Din Mustū, hlm. 18.

47

Antara karya penulisan yang cenderung kepada memerihalkan persoalan berkaitan kerohanian ialah : Ighāthat al-Lahfān min Mashāyid al-Syaitān, Madārij al-Sālikin, Miftāh Dār al-Sa„ādah, al-Dā‟ wa al-Dawā‟ (Jawāb Kāfi), Rawdāt Muhibbin, Tibb Qulub, Fawāid, Badāi„ Fawāid, Wābil Sayyib, al-Ruh, Hādi al-Arwāh ilā Bilād al-āfrāh, Tariq al-Hijratayn wa Bāb al-Sa„ādatayn dan al-Kalim al-Toyyib wa al-„Amal al-Sālih.

48

Ibn Qayyim Jawziyyah, (1994), Dā‟ wa Dawā aw Jawāb Kāfi li man sa‟ala „an Dawā‟ al-Shāfi, hlm. 21. Lihat juga, (2005), Madārij al-Sālikin bayn Manāzil Iyyāka Na„budu wa Iyyāka Nasta„in, jld. 1, hlm. 54 dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (1992), Zād al-Ma„ād fi Hadyi Khair al-„Ibād, tahkik dan takhrij hadis oleh Syu„aib al-Arna‟ūṭ dan „Abd al-Qadir al-Arna‟ūṭ, Mu‟asasah al-Risālah, Beirut, jld. 4, hlm. 12, 40, 68, 71 dan 170. Antara kenyataan beliau berkenaan terapi rawatan ini, ujar beliau bahawa: “ Kami dan

University

47