• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2: BIODATA DAN KARYA IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH 2.1 PENGENALAN

2.3 SUASANA POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL

Suasana persekitaran yang melatari kehidupan Ibn Qayyim mencakupi aspek politik, ekonomi dan sosial turut mempengaruhi perkembangan keilmuan dan membentuk serta mencorakkan keperibadian beliau. Sebelum kelahiran beliau, telah berlaku dua peristiwa penting iaitu kejatuhan Kota Baghdad ke tangan tentera Mongol pada tahun 656H23 dan peperangan Salib yang berlarutan sehingga dua kurun iaitu dari tahun 490H sehingga 690H. Peperangan salib ini melibatkan pertempuran antara pihak Kristian Eropah dengan golongan Muslimin yang berakhir dengan kemenangan kepada golongan Muslimin. Setahun kemudian selepas kemenangan ini iaitu pada 691H, Ibn Qayyim dilahirkan.24

Suasana politik yang melatari Kota Damshiq sekitar tahun 648H/1250M sehingga 784H/1382M diterajui oleh pemerintahan Mamālik Bahriyyah.25

Sepanjang tempoh tersebut, perebutan kuasa sesama pembesar sering berlaku namun tidak melibatkan rakyat secara fizikal atau merebak menjadi perang saudara. Tentera salib dan Mongol musuh utama bagi pemerintahan Mamālik. Justeru, Sultan al-Zahir Bybars, telah mengukuhkan kedudukan Kerajaan Mamālik dengan bertindak ke atas tentera salib yang masih ada di

22

Ibn al-„Imād (1998), Shadharāt al-dhahab fi akhbār man dhahab, jld. 6, hlm. 48. Kealimannya dalam Ilmu Tasawwuf berdasarkan al-Quran dan Sunnah dapat dihujahkan dengan tulisan beliau Madārij al-Sālikin bayna Manāzil Iyyāka Na„budu wa Iyyāka Nasta„in.

23

Menurut Ibn Kathir, tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan telah membunuh Khalifah al-Mu„tasim billāh yang ketika itu berusia 46 tahun. Mereka juga telah membunuh dua orang puteranya iaitu Abu „Abbās Ahmad yang berusia 25 tahun dan Abu Fadl „Abd al-Rahmān yang berusia 23 tahun. Sementara itu, puteranya yang bongsu iaitu Mubarak dan 3 orang puterinya iaitu Fatimah, Khadijah dan Maryam dijadikan tawanan oleh Hulagu Khan. Menurut beliau lagi, anggaran korban nyawa akibat kejatuhan Kota Baghdad ke tangan tentera Monggol ialah di antara 800 ribu orang sehingga 2 juta orang . Lihat Ibn Kathir, (1994), (tahqiq) Ahmad „Abd al-Wahab Fatih, al-Bidayah wa al-Nihayah, jld.13-14, hlm. 229

24

„Abd. al-„Azim al-Salām Syarf al-Din (Dr.) (1967), Ibn Qayyim al-Jawziyyah Ara‟ahu wa Manhajuhu, hlm. 44. Menurut al-Ghunaimi bahawa ramai cendekiawan dan ulama yang dibunuh dan disembelih, dan peristiwa ini berlaku dalam masa hampir 30 hari. Lihat Muhammad Muslim al-Ghunaimi (1977), Hayāt al-Imām Ibn Qayyim al-Jawziyyah, hlm. 47 dan 98.

25

Poole, Stanley-Lane, (1969), The Mohammadan Dynasties, PAK Publishers Limited, Karachi, hlm. 74.

University

41

wilayah-wilayah Islam dengan melakukan tindakan pembersihan antaranya menawan Kota Qaysarah pada tahun 661H, Safd pada tahun 665H, Syaqif, Yafa, Tarabulus serta Antaqiyah pada tahun 666H26 dan di sepanjang pantai Syam pada tahun 690-691H 1290-1291M. Manakala tentera Mongol ditewaskan dalam peperangan Shaqhāb pada tahun 702H/1302M.27

Pemerintahan Sultan al-Nāsir Muhammad bin Qalāwun yang bermula dari tahun (709H/1309M) sehingga (741H/1340M) sebagai zaman kecemerlangan Kerajaan Mamālik Bahriyyah. Suasana dan kedudukan politik yang stabil di bawah teraju pemerintahan beliau menjadikan ekonomi negara bertambah kukuh. Beliau telah melakukan beberapa pembaharuan dalam sistem ekonomi dengan melancarkan pengagihan semula tanah secara komprehensif dan memperbaharui sistem percukaian.28 Berteraskan kestabilan politik yang diambil menjadikan kota Damshiq selamat daripada serangan luar terutamanya selepas tahun 702H/1302M). Sistem pentadbiran yang teratur dapat dilihat semasa Tankaz bin „Abd Allāh dilantik sebagai Nāib Dimashq (m.740H/ 1339M) dari tahun (712H/ 1312M) sehingga (740H/ 1339M). Ibn Qayyim yang ketika itu berusia sekitar 20-an turut menikmati suasana kecemerlangan tersebut.29 Beliau menimba ilmu secara berdampingan (mulāzamah) dengan gurunya Ibn Taimiyyah bermula dari tahun (712H/ 1312M) sehingga meninggalnya Ibn Taimiyyah dalam penjara di Damshiq pada tahun (728H/ 1328M).

Gambaran sosiobudaya masyarakat yang melingkungi kehidupan Ibn Qayyim dapat diperhatikan dengan sandaran kepada suasana keilmuan yang sangat menggalakkan pada

26

„Ali Ibrāhim Hassan (1967), Tārikh al-Mamālik, Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, Kaherah, cet. 3, hlm. 17-18.

27

Ibn Kathir, (1994), al-Bidāyah wa al-Nihāyah, jld. 13, hlm. 355-356, jld. 14, hlm. 25-29 dan Glubb, John Bagot, (1967), The Lost Centuries: from the Muslim Empires to the Renaissance of Europe 1145-1453, Hodder and Stoughton, London, hlm. 366.

28

Al-Maqrizi, Taqiy al-Din, Abu al-„Abbās Ahmad bin „Ali (1933), al-Khitat al-Maqriziyyah (al-Mawā„iz wa al-I„tibār fi Dhikr al-Khitat wa al-Āthār), Muassasah al-Halabi, Kaherah, jld. 1, hlm. 90.

29

Lingkungan umur tersebut ialah suatu tahap yang bergerak ke arah kematangan intelektual dan kemantapan sahsiah. Lihat Puteh bin Ishak, (1998), Pemikiran Ibn Qayyim Mengenai Pendidikan Kerohanian, hlm. 9.

University

42

zamannya. Beliau lahir dan membesar dalam suasana berlakunya perkembangan ilmu yang begitu pesat di samping dorongan suasana kekeluargaan yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan.30

Walaupun dengan tujuan untuk mempertahankan kepentingan politik sultan-sultan Mamālik mendampingi para ulama, namun peranan mereka begitu besar terhadap perkembangan, kemajuan dan kecemerlangan suasana keilmuan dan pencapaiannya yang wujud ketika itu. 31Antara usaha yang dapat dihujahkan terhadap kecemerlangan suasana keilmuan yang wujud ketika itu di bawah naungan pemerintah Mamālik Bahriyyah ialah : (1) Mewujudkan Qadi Qudah (Kadi Besar) dengan melantik wakil dari keempat-empat

mazhab (Syafi„i, Hanafi, Maliki dan Hanbali).32

(2) Pembinaan masjid-masjid baharu di samping memakmurkan masjid yang sedia ada. Terdapat kira-kira 52 buah masjid dan 89 buah masjid jamik33 antaranya masjid Jamik „Amru, Tankaz dan al-Karimi sementara Masjid Jamik al-Umawi adalah masjid yang tertua di Damshiq telah diperbaharui semasa pemerintahan Tankaz.34

30

Muhammad Muslim al-Ghunaimi, (1977), Hayāt al-Imām Ibn Qayyim al-Jawziyyah, hlm 111.

31

Perkembangan suasana keilmuan begitu rancak kesan ransangan yang dinaungi pemerintah Mamālik Bahriyyah ketika itu. Kecemerlangan tersebut dapat dibanggakan jika melihat kepada suasana ketika kejatuhan Kota Baghdad pada tahun 656 H yang menyebabkan ramai para ulama dan ilmuwan terbunuh dan khazanah ilmu pengetahuan telah dimusnahkan oleh tentera Mongol. Lihat Ibn Kathir (1994), jld.13-14, hlm 106. Ibn Qayyim al-Jawziyyah lahir dalam suasana masyarakat yang ketika itu memuliakan ulama. Mereka sering ditemui oleh masyarakat sama ada untuk meminta fatwa atau menuntut ilmu melalui pengajian di masjid atau pembelajaran di madrasah. Suasana ini menyebabkan sultan-sultan Mamalik sangat menghormati para ulama dan ketika sultan meminta sesuatu fatwa, maka ada ulama yang memberi fatwa mengikut selera sultan. Pernah suatu ketika, Sultan al-Zāhir Bybras meminta fatwa kepada ulama Mesir dan Syam berkenaan hukum menggunakan wang dan harta rakyat bagi tujuan melawan tentera Mongol. Majoriti ulama Mesir dan Syam memfatwakan boleh tetapi fatwa ini ditentang oleh Imam al-Nawawi kerana pada pandangan beliau, sultan masih mempunyai harta kekayaan iaitu emas yang diberikan kepada hamba-hamba perempuannya. Emas tersebut boleh digunakan untuk membiayai peperangan dengan tentera Mongol. Pendapat beliau menimbulkan kemarahan sultan dan akhirnya Imam al-Nawawi diusir dari Bandar Damsyik. Lihat „Abd. Al-„Azim al-Salām Syarf al-Din, hlm. 28.

32

„Ali Ibrāhim Hasan (1967), Tārikh al-Mamālik, cet. ke-3, hlm. 372.

33

Al-Maqrizi, Taqiy al-Din, Abu al-„Abbās Ahmad bin „Ali, (1933), al-Khitat al-Maqriziyyah (al-Mawā„iz wa al-I„tibār fi Dhikr al-Khitat wa al-Āthār), Muassasah al-Halabi, Kaherah, jld. 1, hlm. hlm. 244

34

Terdapat aktiviti-aktiviti pengajian ilmu-ilmu keislaman secara berkelompok dilakukan di dalam Masjid Jāmi„ al-Umawi yang dikendalikan oleh ulama tersohor antaranya Ibn Taimiyyah guru yang sering didampingi oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah. Tradisi keilmuan yang dilaksanakan di institusi masjid terus berkembang semasa pemerintahan Mamālik Bahriyyah di sebabkan para pemerintahnya mempunyai minat

University

43

Masjid dijadikan sebagai pusat penyebaran ilmu oleh ramai ahli fiqh dan ulama.35 Di samping aktiviti keilmuan terdapat juga sekumpulan manusia yang dikenali sebagai Jama„ah al-Kauthariyyah melaksanakan aktiviti secara berkumpulan membaca surah al-Kauthar sehingga surah al-Nās selepas solat Asar. Terdapat juga sekumpulan manusia yang sering berada di masjid untuk solat, membaca al-Quran dan berzikir. Keperluan makan dan minum serta pakaian mereka disedekahkan oleh penduduk Damsyik yang bersimpati.36

(3) Pembinaan madrasah-madrasah yang baharu di samping memajukan madrasah yang sedia ada. Madrasah yang terdapat pada masa tersebut berjumlah kira-kira 73 buah.37 Antara yang terkenal ialah Madrasah Salahiyah Nāsiriyyah yang telah diasaskan oleh Sultan al-Nāsir Solāh al-Din al-Ayyub, sultan pertama Kerajaan Ayyubiyyun pada tahun 572 H.38

Oleh yang demikian dapat dirumuskan menerusi suasana persekitaran yang melatari kehidupan Ibn Qayyim meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial telah mempengaruhi perkembangan keilmuan dan keperibadian Ibn Qayyim untuk menjadi seorang tokoh ilmuan tersohor pada zamannya. Di samping itu juga rangsangan budaya keilmuan yang dinaungi oleh para pemerintah ini menjadi dorongan kepada beliau untuk berkarya dan menghasilkan banyak penulisan kitab dalam pelbagai bidang keilmuan.

dan kecenderungan mendalam untuk membina bangunan-bangunan indah dan menarik. Lihat Puteh bin Ishak, (1998), Pemikiran Ibn Qayyim Mengenai Pendidikan Kerohanian, hlm. 16-18.

35

„Abd. Al-„Azim al-Salām Syarf al-Din (Dr.) (1967), Ibn Qayyim al-Jawziyyah Ara‟ahu wa Manhajuhu, jld. 2, hlm. 43.

36

Puteh bin Ishak, (1998), Pemikiran Ibn Qayyim Mengenai Pendidikan Kerohanian, hlm. 18-19.

37

Al-Maqrizi, (t.th.), al-Khutat al-Maqriziyyah, hlm. 362.

38

„Abd. al-„Azim al-Salām Syarf al-Din, (1967), Ibn Qayyim al-Jawziyyah Ara‟ahu wa Manhajuh, jld. 2, hlm. 47.

University

44