• Tidak ada hasil yang ditemukan

2.7 Bidang Reka Bentuk Pengajaran

2.7.3 Model Rapid Prototyping

Walaupun asas model RP i~i digunakan oleh jurutera-jurutera komputer at au pun sivil dalam menghasilkan model, komponen-komponen mesin, sehinggalah kepada menghasilkan produk melalui reka bentuk berasaskan komputer (Zemke, 2002). Tetapi model RP adalah sesuai apabila persoalan masa, bajet dan kekangan persekitaran menjadi . isu (Jones & Richey, 2000).

Tessmer (1994) menyatakan bahawa model RP melibatkan pembangunan sesuatu produk yang akan membantu dalam menganalisis, mereka bentuk, membangun dan menilai sesuatu inovasi reka bentuk pengajaran. Menurut Tessmer lagi, RP adalah satu kaedah penilaian formatif yang sangat berkesan terhadap sesuatu produk dan digunakan berulang kali sepanjang sesuatu projek. Kaedah formatif ini memberikan maklum balas mengenai pembelajaran pelajar ketika pengajaran sedang beIjalan dan membenarkan pengajar untuk menyesuaikan kaedah-kaedah pengajaran sesuatu kursus.

Penilaian muktamad ke at as kriteria untuk penilaian dibuat di akhir sesi pengajaran dengan menggunakan soalan pelbagai pilihan, esei yang diberikan di bawah keadaan terkawal, atau suatu penilaian ke atas petikan yang digunakan dalam kertas penyelidikan atau satu semakan semula portfolio. Contoh dua yang terkemudian itu memerlukan pembangunan suatu taksiran 'rubrik'. Pengukuran perasaan pelajar tentang

pengajaran boleh dibuat melalui bentuk soal selidik atau kumpulan tumpuan. Kaedah ini tidak menilai pem~.elajaran tetapi sering disalahgunakan untuk tujuan tersebut.

Tripp dan Bichelmeyer (1990) menyatakan bahawa melalui kaedah RP, pereka bentuk prototaip boleh mengenal pasti fo nn at produk yang paling berkesan dan mengurangkan kompleksiti arahan (pengajaran) dalam situasi sebenar. Model RP digunakan dalam kajian ini kerana telah terdapatnya program latihan berterusan yang diberikan kepada GPM oleh BTPN Pulau Pinang mengikut jadual yang tertentu dan satu prototaip mesti dibina untuk tujuan tersebut. Oleh itu satu prototaip telah dibina sebaik sahaja proses penentuan objektif dan analisis tugasan dil akuk an. Modul Versi Beta diberikan kepada 20 orang GPM yang menghadiri kursus latihan pertama dalam siri pendedahan kepada kemahiran Literasi Maklumat ini. Kesemua GPM memainkan peranan penting kerana prototaip setiap versi memerlukan penglibatan GPM untuk memberikan input supaya penambahbaikan dapat dilakukan dalam penghasilan produk (modul) ini. Gray dan Black (1994) menegaskan, kerjasama dan interaksi antara pereka bentuk dengan pengguna produk adalah aspek penting dalam pendekatan RP. Pemyataan ini diperkuatkan lagi oleh President Bloomington Indiana-based Workshop, Thiagarajan (2002) yang bersetuju bahawa RP mempunyai teknik dan proses yang sebenar secara tersirat. Menurut beliau lagi, konsep seperti RP ini adalah alat yang penting dalam mereka bentuk sistem pengajaran dan cepat serta lebih fleksibel dalam proses pembangunan sesuatu produk (modul). Lohr et al. (2003) dalam kajiannya mendapati terdapat peningkatan signifikan dalam keputusan peperiksaan semester dua dan tiga oleh guru-guru pra perkhidmatan yang menggunakan kaedah Aplikasi Pembangunan Rapid. Perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa kaedah RP boleh diguna pakai dalam situasi mereka bentuk dan membangun sesuatu modul dalam konteks kajian ini.

2.8 Kajian Reka Bentuk dan Pembangunau

Maksu~ sebenar konsep kajian reka bentuk dan pembangunan ini adalah berbeza daripada penyelidikan tradisional, iaitu Research & Development (R&D). Dalam R&D, faktor yang diambil kira adalah penyelidikan tentang sesuatu bahan dan kemudiannya pembangunan bahan atau produk tersebut. Disebaliknya, kajian reka bentuk dan pembangunan, menurut Cobb (1992) dan Collins (1992), melihat kepada proses pembangunan dan penyelidikan sebagai kitaran le1ar yang merangkumi reka bentuk, cubaan atau ujian, analisis dan reka bentuk semula. Sehubungan dengan itu perlu ada pendokumentasian terhadap sebarang aktiviti yang dilakukan dan penyimpanan rekod proses penyelidikan. Tujuan merekodkan setiap proses yang dijalankan adalah untuk . melihat dan menjalankan aktiviti penambahbaikan demi memantapkan sesuatu produk.

Dalam kajian reka bentuk dan pembangunan ini terdapat beberapa jenis penyelidikan yang mempunyai perbezaan dari segi dapatan kajian, iaitu sarna ada kesimpulan kajian boleh dibuat secara spesifik kepada konteks atau boleh digenera1isasikan (Richey, 1997). Bagi kesimpulan kajian secara spesifik, ia lebih menjurus kepada kajian kes sesuatu reka bentuk, pembangunan dan penilaian sesuatu bahan pengajaran bertujuan untuk penambahbaikan dan mengenal pasti kondisi yang kondusif bagi pembangunan bahan yang lebih efektif. Contoh kajian yang membuat kesimpulan secara spesifik adalah seperti kajian mengenai pembangunan sistem sokongan berkomputer untuk reka bentuk kurikulum (CASCADE) di selatan Afrika oleh Me Kenney dan Van den Akker (2005), kajian reka bentuk dan pembangunan dan penilaian portal pendidikan Conceicao, Shery dan Gibson (2004) dan penggunaan proses RP oleh Jones dan Richey (2000).

Manakala bagi generalisasi lebih menyeluruh pula, Richey (1997) melihat kepada kesahan dan keberkesanan sesuatu model, proses atau teknik yang sedia ada atau yang

baru dicipta. Contoh kajian reka bentuk dan pembangunan sebegini adalah kajian tentang proses reka " bentuk (Visscher-Voerrnan & Gustafson, 2004), kajian forrnatif penambahbaikan proses Heuristic Task Analysis (HTA) dalam tugasan kaunseling berkumpulan (Lee & Reigeluth, 2003), kajian kes (Yin, 1984) dan lebih merujuk kepada kajian berbentuk kuasi eksperimental atau kajian deskripsi seperti yang disarankan oleh . Gay dan Airasian (2003).

Kajian sebegini memberi penyelesaian kepada masalah-masalah praktikal dalam situasi berbeza. Bagi menyelesaik,an sesuatu masalah dalam situasi tertentu, sesuatu penyelidikan itu tidak harns membina pengetahuan umum malah lebih spesifik kepada konteks dan cara masalah itu boleh diatasi (Richey & Nelson, 1997). Seels dan Richey (1994) juga menegaskan bahawa penyelidikan reka bentuk dan pembangunan merupakan kajian sistematik mengenai reka bentuk, pembangunan dan penilaian bahan pengajaran, proses dan produk yang mesti memenuhi kriteria konsistensi dalaman dan keberkesanan.

Oleh yang demikian, kajian reka bentuk dan pembangunan berfungsi untuk mengenal pasti model dan prinsip yang terbaik untuk dijadikan panduan semasa mereka bentuk dan membangun dan menilai sesuatu produk (Richey, 1977). Hal ini termasuklah bahan-bahan koswer yang akan dihasilkan, modul serta program latihan.

Dalam usaha memantapkan lagi sesuatu produk, teori reka bentuk lebih melihat kepada "bagaimana" dan bukan "'apa". Edelson (2002) menyatakan bahawa penyelidikan reka bentuk merupakan penyelidikan yang berasaskan reka bentuk lelar (iterative) juga dikenal pasti sebagai reka bentuk eksperimen (Brown, 1992; Collins, 1992), penyelidikan pembangunan oleh Van den Akker (1999) dan penyelidikan formatif oleh Reigeluth dan Frick (1999). Dalam kajian ini, ungkapan 'kajian reka bentuk dan pembangunan' akan digunakan seperti saranan Nor Azilah Ngah (2005) kerana ianya meliputi proses reka

bentuk dan pembangunan dan seeara. tersiratnya proses penilaian bah an dilakukan semasa proses reka b~.ntuk dan pembangunan ini dilakukan.

Dalam konteks penyelidikan reka bentuk dan pembangunan, kajian adalah lebih berfokus kepada sesuatu aspek reka bentuk dan tidak kepada pembolehubah yang bersandar atau tidak bersandar atau kesan dan tidak berkesannya variabel kepada pembelajaran. Oleh itu, dalam kajian sebegini, satu kes atau situasi dibina untuk menjawab persoalan penyelidikan yang hendak dikaji. Reigeluth (1983) menekankan bahawa reka bentuk pengajaran adalah berkenaan pemahaman, penambahbaikkan dan pengaplikasian kaedah pengajaran yang berkesan. Oleh itu kaedah penyelidikan yang digunakan boleh berbentuk kualitatif, kuantitatif atau mod campuran. Bagi reka bentuk kualitatif, kajian adalah melihatkepada proses bertujuan untuk penambahbaikan. Bagi komponen kuantitatifbiasanya tujuan penilaian adalah melihat keberkesanan bahan. Bagi mod eampuran (penggunaan kedua-dua kaedah) satu garis sempadan perlu dinyatakan dengan jelas supaya nampak perbezaan di antara kedua-duanya.

Dalam pemilihan peserta, cara peserta dipilih perlu dibincangkan. Dalam pada itu, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan dalam pengutipan data termasuk cerapan, dokumentasi dan temu ramah. Dokumentasi yang sistematik serta analisis dan refleksi tentang proses reka bentuk, pembangunan dan penilaian adalah penting kerana dokumentasi ini kelak akan menjadi sumber rujukan dan replikasi dalam menghasilkan kajian yang lebih mantap dan menyeluruh serta memberi kredibiliti kepada kajian.

Antara lain masalah yang sering dihadapi penyelidik dalam menjalankan kajian . sebegini adalah untuk memisahkan kedudukannya sebagai ahli pasukan sesuatu projek dan penyelidik kajian, serta pemisahan variabel atau faktor-faktor kritikal daripada keseluruhan proses reka bentuk dan pembangunan dan generalisasi dapatan Van den Akker (1999). Oleh itu, penilaian dalam kajian reka bentuk dan pembangunan

mempunyai perbezaan yang nyata berbanding dengan penyelidikan tradisional.

Penyelidikan tradisional lebih melihat kepada kesahan dan konstruk dalaman. Namun begitu bagi kajian reka bentuk dan pembangunan, penilaian adalah lebih berbentuk preskriptif dan melihat kepada penilaian metodologi penyelidikan. Penilaian dalam kajian sebegini lebih menjurus kepada isu kelebihsukaan (Reigeluth & Frick, 1999). Isu kelebihsukaan ini mempunyai tiga dimensi utama iaitu keberkesanan, kecekapan serta tarikan sesuatu produk yang dihasilkan.

2.8.1 Model Reka Bentuk dan Pernbangunan Modul Kemahiran Literasi Maklumat Salah satu sebab terdapatnya banyak model dalam bidang Teknologi Pengajaran adalah kerana bidang ini melihat kepada pelbagai situasi, kaedah dan dapatan dalam proses pembangunan bahan pengajaran. Dalam hal ini, usaha untuk menghasilkan sesuatu model yang benar-benar ideal dan dapat menepati cita rasa pengguna model tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh ini biasanya pereka bentuk memulakan proses dengan melihat kepada model-model yang sedia ada yang boleh digunakan sebagai panduanasas pernbinaan. Namun begitu biasanya model-model tersebut terpaksa diubah mengikut situasi dan lokasi yang berbeza serta keadaan dan persekitaran pembelajaran yang berbeza. Contohnya, mengikut Andrews dan Goodson (1980), model-model reka pengajaran oleh Briggs (1977) dan Gagne dan Briggs (1974) banyak membantu dalam persekitaran pembelajaran yang berbeza dan boleh menepati cita rasa pengguna model dan praktikal untuk diamalkan. Sungguhpun begitu, menurut beliau lagi, pengguna model pengajaran dinasihat supaya melihat kesesuaian penggunaan model pengajaran serta membuat penilaian sebelum mengguna pakai sesuatu model pengajaran. Situasi perbezaan persekitaran pembelajaran dan model yang dihasilkan tidak mempunyat kesahan akan menyebabkan pengguna model pengajaran berasa keliru.

Untuk tujuan kajian ini, penyelidik telah menggabungkan model reka bentuk Morrison, Ro$S dan Kemp (2004) dan model RP untuk membina satu model yang diberi nama model Reka Bentuk dan Pembangunan Modul Kemahiran Literasi Maklumat Berasaskan The Big6. Lajur pertama pada ladual 2.1 menunjukkan ciri-ciri model Morrison, Ross dan Kemp (2004), lajur kedua memaparkan ciri-ciri model Rapid Prototyping Tripp & Bichelmeyer (1990) dan lajur ketiga menunjukkan ciri-ciri yang ada dalam model reka bentuk dan pembangunan modul Kemahiran Modul Literasi Maklumat

Illl.

ladua12.l

Ciri-ciri Model Kajian Morrison, Ross & Kemp (2004) dan Model Rapid Prototyping Tripp & Bichelmeyer (J 990)

Model Model Rapid Prototyping

I

Model Reka Bentuk dan Pembangunan Morrison, Ross & Kemp Tripp & Bichelmeyer I Modul Literasi Maklumat Berasaskan

(2004) (1990) The Big6

Taksiran Keperluan

Analisis keperluan

KenaI pasti masalah Menentukan ciri-

Tentukan Objektif

Menetapkan Matlamat

ciri pengguna

Bina prototaip

Menentukan ciri-ciri pengguna

Analisis Tugasan

Guna prototaip

Analisis tugasan

ObjektifPengajaran Cbuat kaji selidik)

Penyusunan Pengajaran

Penyusunan 0 Guna dan kekalkan

Strategi Pengajaran Pengajaran sistem yang dicipta

Penyampaian Mesej

Strategi Pengajaran

Penyediaan Alat Penilaian

Penyampaian Mesej

Prototaip Modul Versi Beta

Pembangunan

-

Penilaian

Pengajaran - Penambahbaikkan Prototaip

Penyediaan alat Modul Versi Beta

penilaian

Prototaip Modul Versi 1

Penilaian formatif,

-

Penilaian

sumatifdan

-

Penambahbaikkan Prototaip

komfirmatif Modul Versi 1

Pemilihan sumber

Prototaip Modul Versi 2

sokongan, - Penilaian

perancangan,

-

Penambahbaikkan Prototai p

implementasi dan Modul Versi 2

pengurusan projek

Prototaip Akhir Modul Versi 3

Implementasi - Penilaian

Modu] Sebenar

Gabungan model reka bentuk modul latihan kemahiran Literasi Maklurnat berasaskan ~9del The Big6 adalah seperti Rajah 2.3. Pada asasnya model ini mempunyai ciri-ciri proses reka bentuk yang umum iaitu analisis, reka bentuk, pembangunaan, implementasi dan penilaian (ADDIE). Komponen analisis merangkumi mengenal pasti masalah yang didapati dari taksiran keperluan, mendapatkan ciri-ciri pengguna, menetapkan matlamat kajian dan membuat analisis tugasan seperti yang ditetapkan oleh model Morrison et al. (2004). Komponen reka bentuk pula merangkumi penyusunan pengajaran, strategi pengajaran dan penyampaian mesej. Pada masa yang sarna penyediaan dan alat penilaian dan pemilihan sumber sokongan juga dibuat. Kandungan bahan pengajaran untuk modul ini adalah berasaskan model The Big6. Komponen reka bentuk ini digabungkan bersarna komponen pemb an gun an prototaip mengikut saranan model RP Tripp & Bichelmeyer (1990).

Penilaian dan penambahbaikan kepada modul ini akan menghasil modul sebenar.

Penambahbaikan kepada model reka bentuk dan pembangunan ini akan dibincangkan pada Bab 5 selepas penghasilan modul sebenar ini.

Analisls

I

Rekabentuk & Pembal1gun~n

I

Implementasi

1

( ~ '\

Analisis Prototaip Prototaip Prototaip Prototaip

Modul Versi Modul Versi 1 Modul Versi 2 Modul Versi 3

masalah

Penambahbaikan

Penambahbaikan

Penambahbaikan

Penambahbaikan

Menetapkan ~ Prototaip Modul ~ Prototaip Modul

i-l

Prototaip Modul

I

Penghasilan Modul Literasi Maklulllat

I

..

Pemilihan sumber sokongan, perancangan, pengurusan projek

44

2.8.2 Pembinaan Bahan Modul Berasaskan Model The Big6

Kandyngan modul adalah berasaskan Model The Big6. Pengubahasuaian kepada kandungan kursus dilakukan pada setiap versi selepas cadangan dan pandangan diberikan oleh peserta. Perbincangan lanjut dilakukan pada bab akan datang.

2.8.3 Penilaian Iteratif Berasaskan Latihan Berterusan

Komponen reka bentuk dan pembangunan menggunakan proses iteratif untuk , menghasilkan protaip modul Versi Beta hingga Versi 3. Modul Versi 3 ini diimplementasikan kepada kumpulan 20 orang GPM yang kedua. Perbincangan lanjut

,

mengenai proses ini diberikan dalam Bab 3.

2.8.4 Penghasilan Berasaskan Model The Big6

Modul terakhir kajian adalah hasil penilaian dan penambahbaikan Versi 3. Modul ini akan digunakan sebagai modul rasmi Pusat Sumber Negeri Pulau Pinang untuk latihan Kemahiran Literasi Maklumat bagi GPM di Pulau Pinang.

2.10 Rumusan

Bah ini telah memberi tinjauan literatur tentang isu penting dalam bidang Literasi Maklumat. Terdapat banyak definisi yang digunakan untuk konsep literasi. Kajian ini menggunakan gabungan model yang diketengahkan oleh Morrison, et al. (2004) dan RP oleh Tripp dan Bichelmeyer (1990) sebagai asas penghasilan modul Kemahiran Literasi Maklumat serta menggunakan Model Eisenberg dan Berkowittz (1988) iaitu Model The Big6 sebagai asas mendapatkan kemahiran Literasi Maklumat.

45

BAB3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Tujuan utama kajian adalah untuk membina satu modul Literasi Maklumat berasaskan kemahiran yang dikenal pasti oleh Model The Big6. Untuk tujuan tersebut, satu model reka bentuk dan pembangunan telah dibina hasil gabungan model Morrison et a1. (2004) dan model RP (Tripp & Bichelmeyer, 1990).

Dalam memilih metodologi kajian yang sesuai, satu perkara yang perlu diambil kira adalah persoalan kajian yang ingin dikaji dan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi dapatan kajian tersebut. Menurut Richey (1989), terdapat dua jenis penyelidikan reka bentuk dan pembangunan yang berbeza dari segi dapatan kajiannya;

sarna ada kesimpulan kajian boleh dibuat secara spesifik kepada konteks atau kesimpulan yang boleh digeneralisasikan kepada dapatan secara menyeluruh. Dalam kajian ini, fokus adalah kepada jenis pertama iaitu kajian kes terhadap proses reka bentuk, pembangunan dan penilaian satu bahan pengajaran bertujuan untuk penambahbaikkan produk bagi mengenal pasti keadaan yang kondusif untuk pembangunan dan penggunaan bahan tersebut supaya lebih efektif serta menarik.

3.2 Peserta Kajian

Kajian ini melibatkan peserta latihan berterusan yang dilakukan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (PSPN) untuk keseluruhan 383 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di Pulau Pinang. Biasanya, untuk setiap kursus yang dijalankan oleh pihak BTPN, seramai 20 orang peserta dari kalangan GPM ini akan mengambil bahagian. GPM ini telah dilantik oleh labatan Pelajaran Pulau Pinang melalui

Surat Pekeliling Bil 3 12005 dan jawatan tersebut adalah jawatan hakiki di sekolah. GPM ini diberikan .. waktu mengajar enam hingga lapan waktu seminggu dan selebihnya mengurus Pusat Sumber Sekolah. Tugas utama GPM adalah terlibat secara langsung dalam perancangan, pelaksanaan dan pelaporan semua aktiviti Pusat Sumber Sekolah yang merangkumi Pengurusan Pusat Sumber, Organisasi Bahan dan Galakan Membaca.

Daripada 383 orang GPM ini, 114 orang mempunyai ijazah dan mengajar di sekolah menengah dan selebihnya iaitu 265 mengajar di sekolah rendah. Kira-kira 85% daripada 183 GPM ini telah diberikan pendedahan asas pen gurus an Pusat Sumber Sekolah melalui Kursus 35 jam dan kursus-kursus serta bengkel anjuran PSPN Pulau Pinang atau Pusat Kegiatan Guru (PKG) setempat. Untuk kajian ini, kumpulan 20 GPM yang menghadiri kursus literasi maklumat adalah peserta kajian bagi sesi pertama sehinggalah ke akhir satu pusingan latihan kemahiran Literasi Malumat. Oleh sebab kursus dan latihan yang dianjurkan oleh pihak PSPN adalah berterusan, kumpulan 20 orang peserta ini merupakan kumpulan baru yang akan dilatih menggunakan Modul Versi 3 sebagai instrumen kajian.

Namun, pada dasarnya ciri-ciri setiap kumpulan adalah sarna seperti yang disehutkan di atas.

3.3 Kaedah Pengutipan Data

Oleh sebab kajian ini adalah kajian yang melihat kepada proses reka bentuk dan pembangunan, beberapa kaedah pengutipan data untuk tujuan triangulasi dan seterusnya memberi maklumat yang rnantap mengenai proses reka bentuk dan pembangunan bahan latihan tersebut. Kutipan data adalah selaras dengan soalan kajian yang terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu mengenai model Morrison et al. (2004), Model The Big6 dan Latihan Kemahiran Literasi Maklumat. Antara lain, kaedah-kaedah pengutipan data adalah seperti soal selidik, refleksi peserta, laporan penilaian,pencerapan dan temuduga.

47

, 3.3.1 Borang Soal Selidik

Dua ?,orang soa1 se1idik te1ah diberikan kepada peserta untuk mendapatkan maklumat tertentu daripada mereka. Borang soal selidik pertama adalah mengenat analisis ciri-ciri perserta dan sejauh mana mereka tahu mengenai Literasi Maklumat dan amalan Literasi Maklumat dalarn kehidupan sehaian rnereka sebagai pendidik. Borang ini mengandugi 12 soalan dan perserta hanya perlu mengisi ruang kosong yang terdapat.

Tujuan rnenyediakan soal selidik ini adalah untuk rnengana1isis sejauh mana pendedahan dan ama1an Literasi Mak1umat dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) bagi persediaan analisis tugasan keperluan latihan kemahiran Literasi Maklurnat tersebut.

Lampiran B ada1ah contoh soal selidik yang diberikan kepada GPM bagi menyediakan analisis tugasan

Manakala bagi soal selidik kedua, ia berbentuk Skala Likert 1 hingga 5 yang mempu.l1yai 19 soalan. Soal selidik ini terbahagi kepada 2 komponen dan peserta diminta untuk rnembulatkan jawapan dan jawapan bertulis. Hasil daripada ana1isis soal selidik ini, penyelidik dapat membuat penambahbaikan Versi Beta. Soa1 selidik ini diberikan semasa setiap kemahiran Literasi Maklumat yang dilalui bagi melihat sejauh mana pengguna dapat menguasai setiap kemahiran tersebut. Lampiran C adalah contoh soal selidik tersebut.

3.3.2 Refleksi Peserta

Peserta dikehendaki menulis refleksi mengenai bahan latihan yang diterima setiap kali selepas menghadiri latihan. Refleksi ini ditulis bertujuan untuk melihat sejauh mana maklumat dan pengetahuan yang didedahkan semasa kursus dapat diamati peserta kursus selepas setiap slot kernahiran didedahkan kepada mereka. Soalan refleksi yang sarna di berikan kepada peserta pada setiap sesi latihan yang dijalankan. Refleksi ini merupakan pemayataan bertulis peserta terhadap modul dan data ini dikumpul dan dianalisis untuk

48

ambahbaikan proses seterusnya. Terdapat 3 soalan dalam retleksi .Contoh soalan bagi refleksi terdap~t pada 1ampiran D.

3.3.3 Laporan Penilaian

Bagi setiap kursus yang dihadiri peserta, satu laporan penilaian telah diminta daripada peserta yang bertujuan sebagai mendokumentasi proses penambahbaikan bahan.

Data yang dikumpul dari laporan ini digunakan untuk melihat bagaimana kelemahan setiap prototaip dapat dijadikan bahan untuk penambahbaikan modul seterusnya.

Laporan penilaian Ill! mengandungi 16 soalan. Lampiran E adalah contoh penilaian peserta.

3.3.4 Pencerapan

Data juga diperoleh daripada pencerapan semasa latihan untuk melihat masalah sebenar yang dihadapi peserta 1atihan yang juga merupakan peserta kajian. Tiada borang tertentu digunakan. Penyelidik memerhati bagaimana reaksi peserta semasa latihan diadakan dan membuat analasis dari pemerhatian penyedidik.

3.3.5 Temuduga

Bagi mendapatkan data yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, penyelidik juga telah mengadakan temuduga kepada GPM yang telah melalui siri Latihan Kemahiran Literasi Maklumat. Soalan-soalan yang dikemukakan dapat membantu penyelidik untuk memperbaiki lagi modul mengikut versi-versi yang telah dihasilkan supaya modul yang benar-benar mantap dapat dihasilkan pada fasa implimentasi modul nanti. Soalan di dalam temuduga ini separa berstuktur dan peserta di minta untuk menjawab beberapa solan dan memberikan maklumbalas terhadap keberkesanan latihan melalui modul yang diberikan kepada mereka. Lanpiran soalan dan transkrip temuduga terdapat di Lampiran F.

49

3.4 Analisis Data

Analisis d~ta dilakukan setiap kali data dikutip dan dipersembahkan mengikut fasa-fasa masing-masing. Perkara ini adalah kerana untuk proses reka bentuk dan pembangunan, penilaian dibuat secara berterusan dan dapatan penilaian digunakan sebagai penambahbaikan modul. Bell (1993) memberikan definisi kekuatan kajian kes adalah memberi peluang kepada penyelidik memfokus kepada situasi tertentu yang spesifik untuk mengenal pasti proses interaksi yang berlaku. Tegas beliau lagi proses sedemikian tidak mampu dikenal pasti melalui kajian tinjauan yang mempunyai sampel

,

yangbesar. Dalam kajian ini apa yang in gin dilihat adalah proses-proses penambahbaikan yang boleh dilakukan pad a setiap versi prototaip modul.

3.4.1 Soal Selidik

Terdapat 2 soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini. Soal selidik pertama adalah Matrik Kompetensi Literasi Maklumat. Soal selidik ini diberikan kepada 20 orang guru bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana GPM mempunyai pengalaman dan pengetahuan di dalam Literasi Maklumat. Soal selidik ini mempunyai 2 Soalan utama iaitu Pencarian Maklumat Secara Konvensional dan 8 Sub soalan dan Pencarian

Terdapat 2 soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini. Soal selidik pertama adalah Matrik Kompetensi Literasi Maklumat. Soal selidik ini diberikan kepada 20 orang guru bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana GPM mempunyai pengalaman dan pengetahuan di dalam Literasi Maklumat. Soal selidik ini mempunyai 2 Soalan utama iaitu Pencarian Maklumat Secara Konvensional dan 8 Sub soalan dan Pencarian