Model The Big6 adalah model pembelajaran berasaskan sumber dan penyelesaian oleh Eisenberg dan Berkowitz (1988). Model ini adalah satu model yang sesuai untuk pendekatan penyelesaian masalah (Mohammed & Azian, 2000). Menurut Eisenberg dan Berkowitz (1988), keupayaan untuk menyelesaikan masalah adalah penting kepada pelajar. Mereka mengemukakan enam peringkat untuk menyelesaikan masalah secara sistematik iaitu peringkat Definisi Tugasan (Menentu), Mencari Maklumat (Mencari), Lokasi dan Akses Maklumat (Memilih), Mengguna Maklumat (Mengguna), Sintesis Maklumat (Merumus) dan Menilai Maklumat (Menilai).
Menurut Mohammed dan Azian (2000) Iagi, pendekatan The Big6 mendapat tempat dalam kalangan pakar-pakar dalam bidang Literasi Maklumat. Menurut Lowe (2004) pendekatan penyelesaian masalah seperti The Big6 merupakan komponen penting dalam Literasi Maklumat di mana pelajar berkemahiran menentukan, mengguna dan menapis maklumat yang tidak diperlukan selaras dengan ledakan maklumat kini.
Pendekatan The Big6 menjadi popular dalam kalangan pendidik di Amerika Syarikat sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1988. Kajian tindakan Eisenberg (1998) mendapati bahawa terdapatnya pencapaian yang mendadak dalam mata pelajaran Sejarah Amerika dari 53% ke 91% sete1ah menggunakan kaedah The Big6. Eisenberg dan
Berkowitz (1988) juga menyatakan cara terbaik mengajar kemahiran Literasi Maklumat dalarn konteks The Big6 adalah melalui kolaborasi dengan guru mata pelajaran dan Guru Perpustakaan. Pendapat ini juga disokong oleh Brievik (1998) kerana keadaan yang sarna berlaku kepada pelajar di pusat pengajian tinggi; kursus secara integrasi yang direka oleh fakulti bersama dengan pustakawan memberi impak yang besar ke atas kejayaan pelajar.
Pernyataan di atas juga disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Lim dan Zarina (2002), Curry (2001) dan Carol (1996), yang menggunakan pendekatan The Big6 yang memberikan sumbangan yang positif da1am usaha meningkatkan kefahaman pelajar.
Eisenberg (2003) telah menyatakan dalam kehidupan seharian, model The Big6 boleh membantu apabi1a seseorang berdepan dengan penyelesaian masalah maklumat dan juga semasa membuat keputusan yang berasaskan keperluan pencarian maklumat. The Big6 boleh membantu sesiapa sahaja dan juga sebagai panduan yang bersistematik terutama kepada pelajar yang terlibat dengan tugasan dan projek.
The Big6 menurut Eisenberg lagi dapat membantu proses pengaJaran dan pembelajaran lebih bersistematik iaitu model ini boleh diguna pakai kepada semua mata pelajaran merentas umur murid dan mengikut tahap murid tersebut. Ia tiada had dan batasan umur. Penyelesaian masalah maklumat mengikut model ini boleh diubah suai mengikut kesesuaian dan adapatasi kepada persekitaran yang pelbagai. Walaupun model The Big6 mempunyai enam langkah asas tetapi tidak semestinya ke enam-enam langkah tersebut dituruti, ada kalanya langkah 2 (Guna Maklumat) boleh bermula dahulu dan langkah yang lain akan menurutinya kemudian.
Selain itu, The Big6 juga mengintegerasi kemahiran lCT dalam penyelesaian masalah maklumat. Kemahiran leT seperti pemprosesan perkataan, multimedia, melayari laman web adalah sebahagian daripada as as pencarian maklumat. Guru boleh
menggunakan model The Big6 sebagai panduan dan membantu guru mengajar secara . bersistematik dalam penyelesaian masalah maklumat. Faisal (2006) telah menggunakan pendekatan yang sarna kepada guru-guru yang mengintegrasikan Literasi Maklumat dalam pengajaran dan tanggapan guru adalah positif terhadap penerapan kemahiran ini merentas kurikulum. Pendekatan penyelesaian masalah dalam model ini dibahagikan kepada enam peringkat utama,
iaitu:-2.6.1 Definisi Tugasan (Task Definition)
Pelajar akan menentukan bentuk tugasan dan mengenal pasti keperluan maklumat
,
dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam konteks ini, objektif yang ingin dicapai adalah menggarnbarkan dengan tepat skop sesuatu topik, mengingati isi penting mengenai perkara yang berkaitai1 dengan topik, membuat gambar rajah, mengumpul maklumat dan membuat peta minda. Di sarnping itu mengenal pasti maklumat yang penting, menyatakan jenis dan bentuk maklumat yang ada pada sumber berlainan serta mengaitkan maklumat dengan sumber-sumber yang ada.
2.6.2 Strategi Mencari Maklumat (Information Seeking Strategies)
Pada langkah ini, pelajar akan menentukan sumber-sumber maklumat terbaik, memilih serta tahu punca dan kaedah sumber diperoleh dan digunakan. Surnber-sumber yang diperoleh adalah dalam bentuk konvensional (buku dan bukan buku) dan sumber digital. Pelajar juga tahu memilih sumber yang sesuai dan tahu kelebihan dan kekurangan sumber dan membina strategi serta membuat keputusan sumber yang sesuai digunakan.
2.6.3 Lokasi dan Akses (Location and Access)
Pelajar akan mencari lokasi sumber dan mengakses sumber tersebut. Di sini matlamat utama pe1ajar adalah memilih dan menggunakan strategi atau teknologi yang sesuai untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan~ Teknik-teknik dalam Kemahiran
Belajar seperti "scanning", "skimming", "survey, question, read, recite, and review"
(SQ3R) dan kata kunci boleh digunakan. Selain itu, ciri-ciri dalam Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif boleh digunakan untuk memproses maklumat dengan cara meramal, membuat hipotesis, bandingan dan analisis.
2.6.4 Guna Maklumat (Use of Information)
Pelajar akan membaca, mendengar, menonton, mencatat maklumat yang diperoleh dan memastikan kesesuaian maklumat. Maklumat yang sesuai akan digunakan secara terbaik. Selain itu, pelajar akan berkemahiran untuk memilih cara membuat nota , mengikut keperluan kajian dengan mengenal pasti isi penting menggunakan perkataan sendiri. Mengumpul dan menyusun maklumat untuk persembahan serta menggunakan kemahiran menulis, melukis dan menghasilkan nota yang sistematik dan berkesan.
2.6.5 Sintesis (Synthesis)
Pada peringkat ini, pelajar akan menyusun maklumat secara teratur dan bersistem dan mengurus maklumat daripada pelbagai sumber yang diperoleh tadi. Basil daripada susunan maklumat tersebut, pelajar akan mempersembahkan hasil mereka. Pelajar juga dikehendaki berkomunikasi dengan tepat dengan mengambil kira media, mesej dan penonton. Di sini elemen utama adalah Kemahiran Komunikasi. Selain itu, pelajar akan menyedari diri sebagai pengkaji yang boleh menilai strategi dan kemahiran di setiap peringkat kajian.
2.6.6 Penilaian (Evaluation)
Di peringkat akhir ini, pelajar akan membuat penilaian mengenai tugasan yang telah mereka jalankan. Penilaian merangkumi semua aktiviti daripada langkah satu hingga langkah enam. Pelajar juga boleh mengimbas kembali proses kajian dan menyatakan pengalaman dan kepuasan menjalankan kajian. Penilaian boleh dijalankan
ke atas proses dan hasilan tugasan untuk melihat kajian yang dijalankan efisien dan berkesan. Hasil daripada penilaian tersebut, proses penambahbaikan boleh dijalankan.
Kesimpulannya pendekatan Literasi Maklumat telah lama diperkenalkan di merata dunia, ini dapat dilihat dari segi sejarah perkembangan Literasi Maklumat menjelang tabun-tabun 1990an semasa era Internet dan pencarian maklumat begitu meluas diperkatakan. Sungguhpun begitu, perkembangan Literasi Maklumat boleh diperkembangkan lagi melalui model The Big6. Hal ini kerana dalam model The Big6, kesemua elemen dalam Literasi Maklumat seperti Kemahiran Perpustakaan, Kemahiran
,
Berfikir Kritis dan Kreatif, Kemahiran lCT, Kemahiran Belajar dan Kemahiran Komunikasi boleh disepadukan untuk menjadi seorang yang berliterasi maklumat.
Sepelti juga pembinaan modul pembelajaran kendiri, Modul Literasi Maklumat berasaskan The Big6 ini juga dipengaruhi oleh beberapa elemen penting dalam proses reka bentuk pengajaran.