• Tidak ada hasil yang ditemukan

AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN DAN KAJIAN KHAS

JABATAN PERIKANAN NEGERI SABAH PROJEK PENTERNAKAN RUMPAI LAUT

24. OBJEKTIF PENGAUDITAN

26.2.8 Pencapaian Projek Dan Penyertaan

Projek Penternakan Rumpai Laut mula diperkenalkan di Pulau Omadal, Semporna pada tahun 1999. Semenjak itu, projek ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para nelayan pesisir pantai. Mengikut rekod Jabatan, kebanyakan penternak yang mendapat bantuan dapat meneruskan projek ini. Lawatan Audit ke tapak penternakan di Pulau Omadal dan Pulau Selakan mendapati beberapa penternak telah berjaya melaksanakan projek ini. Bagaimanapun, ada sebilangan penternak yang diberi bantuan dan bimbingan oleh Jabatan gagal meneruskan projek. Antara sebabnya ialah penternak tidak begitu yakin terhadap projek dan terlalu bergantung kepada bantuan atau subsidi. Selain itu, kawasan mereka diserang penyakit dan perosak rumpai laut seperti penyu dan ikan belais. Secara khususnya, pencapaian projek dapat dilihat dari segi berikut:

a) Bilangan Peserta Mengikut Kawasan

Seramai 150 peserta dicadangkan untuk projek ini pada peringkat awal perancangan. Bagaimanapun seramai 140 peserta sahaja yang berdaftar. Daripada jumlah tersebut, seramai 83 peserta adalah aktif dan 57 peserta tidak aktif atau bermusim. Keadaan ini terjadi adalah disebabkan pelbagai masalah seperti peserta telah meninggal dunia, berpindah, kawasan diserang ikan belais dan musim tidak sesuai untuk penternakan. Bagi mencapai sasaran penternakan seperti yang dicadangkan, Jabatan sedang berusaha dan memperhebatkan lagi promosi dan galakan bagi menambahkan lagi bilangan penternak. Butiran lengkap mengenainya adalah seperti di Jadual 29.

Jadual 29

Bilangan Peserta Mengikut Kawasan

Kawasan Bil. Peserta Dicadang Bil. Peserta Berdaftar Bil. Peserta Yang Aktif Bil. Peserta Yang Tidak Aktif / Bermusim Pulau Omadal 81 45 36 Menampilik 24 18 6 Melanta Kobal 11 0 11 Selakan 18 15 3 Lain – Lain 50 peserta bagi Fasa 1 dan 100 peserta bagi Fasa 2 6 5 1 Jumlah 150 140 83 57

Sumber: Rekod Unit Penternakan Rumpai Laut, Semporna

Pada pendapat Audit, Jabatan perlu berusaha dengan gigih untuk menarik golongan sasaran menyertai projek.

b) Keluasan Kawasan Ternakan/Projek

Mengikut rekod Jabatan, keluasan kawasan yang dicadangkan untuk projek ini ialah 60 hektar iaitu 20 hektar di Pulau Omadal dan 40 hektar di Pulau Balambangan. Bagaimanapun, kawasan yang diusahakan telah melepasi keluasan yang dirancang iaitu 113 hektar. Usaha masih diteruskan untuk memperluaskan lagi kawasan ternakan ini memandangkan perairan laut Sabah mempunyai kawasan sesuai yang masih luas. Butiran lengkap mengenai kawasan ternakan adalah seperti di Jadual 30.

Jadual 30

Keluasan Kawasan Ternakan Di Daerah Semporna

Kawasan Keluasan Kawasan Yang Dicadang (Hektar) Keluasan Kawasan Diperuntukkan (Hektar) Keluasan Kawasan Yang Diusahakan (Hektar) Pulau Omadal 202 61 Menampilik 122 20 Melanta Kobal 81 10 Selakan

20 hektar untuk Fasa 1 dan 40 hektar untuk

Fasa 2

121 22

Jumlah 60 526 113

Sumber: Rekod Unit Penternakan Rumpai Laut, Semporna

Pada pendapat Audit, Jabatan telah berjaya memperluaskan kawasan ternakan rumpai laut. Hasil daripada kemahiran dan kecekapan pegawainya, projek ini telah diperkenalkan ke pulau lain di daerah Semporna.

c) Pengeluaran Rumpai Laut

Mengikut perancangan, setiap satu hektar kawasan ladang ternakan mampu mengeluarkan 3,533 kilogram rumpai laut kering. Bagaimanapun, mengikut rekod Jabatan menunjukkan bahawa prestasi pengeluaran rumpai laut kering tidak mencapai sasaran yang ditetapkan seperti mana ditunjukkan di Jadual 31.

99

Jadual 31

Prestasi Pengeluaran Rumpai Laut Di Daerah Semporna

Tahun Keluasan Ladang Dicapai (Hektar) Anggaran Pengeluaran Dijangka (kg) Pengeluaran Sebenar (kg) Lebihan / (Kekurangan) (kg) Peratusan Kelebihan/ (kekurangan) 1999 12 42,900 1,381 (41,519) (96.8) 2000 22 78,650 37,910 (40,740) (51.8) 2001 24 85,800 26,440 (59,360) (69.2) 2002 40 143,000 69,578 (73,422) (51.4) 2003 61 214,400 67,672 (146,728) (68.4) Jun 2004 113 400,200 17,930 (382,270) (95.5)

Sumber: Rekod Unit Penternakan Rumpai Laut, Semporna

Antara sebab pengeluaran rumpai laut kering ini tidak menepati sasaran adalah seperti berikut:

i) Hanya 70% daripada jumlah bibit yang diternak menjadi matang dan boleh

dituai. Selebihnya (30%) telah mati. Dengan ini bermakna bagi setiap 3,533 kilogram rumpai laut yang dijangka dituai, sebanyak 2,473 kilogram sahaja yang hidup hingga matang.

ii) Kegagalan penternak mematuhi prosedur yang ditetapkan semasa mengangkut

rumpai laut dari ladang ke tempat penjemuran menyebabkan kerosakan kepada hasil tuaian.

iii) Rumpai laut telah diserang oleh penyakit seperti Ais-Ais dan Epiphytes

menyebabkan ia menjadi rosak. Keadaan ini berlaku pada musim perantaraan angin Utara dan Selatan iaitu pada bulan April hingga Jun setiap tahun.

iv) Kaedah penternakan rumpai laut yang tidak sesuai iaitu secara pancang telah

memudahkan serangan ikan belais, ikan dengkis dan penyu.

v) Kehadiran lumut hijau telah membantutkan tumbesaran rumpai laut.

Pada pendapat Audit, pengeluaran rumpai laut ini boleh dipertingkatkan sekiranya penternak mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Selain itu, kaedah pengkulturan secara pancang hendaklah diperbaiki supaya dapat mengelakkan serangan perosak dan penyakit rumpai laut dan jika kaedah ini sudah tidak sesuai lagi, model atau alternatif lain perlu diperkenalkan.

d) Purata Pendapatan Peserta

Mengikut rekod Jabatan, pendapatan purata bulanan bagi peserta adalah antara RM100 hingga melebihi RM1000 seperti di Jadual 32.

Jadual 32

Pendapatan Purata Peserta (Bulanan)

Tahun RM100 – RM200 RM200 – RM500 RM500 -RM1000 >RM1000 2000 7 35 5 1 2001 12 25 4 7 2002 69 5 1 3 2003 85 20 14 6 Jun 2004 72 45 19 4

Sumber: Rekod Unit Penternakan Rumpai Laut, Semporna

Analisis Audit menunjukkan bahawa perbezaan pendapatan adalah disebabkan tapak ternakan berlainan dan ada penternak tidak ada kesungguhan mengusahakan projek mereka. Keadaan cuaca dan serangan penyakit juga menyumbang kepada penurunan hasil tuaian di samping kekurangan bekalan bibit yang menyebabkan penternak tidak dapat mengusahakan projek sepenuhnya.

Pada pendapat Audit, Jabatan perlu mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi oleh penternak dan memperkenalkan langkah pencegahan untuk mengatasinya. 26.2.9 Guna Tenaga Dan Latihan

Unit Perintis Penternakan Rampai Laut adalah bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus projek ini. Unit ini diketuai oleh seorang pengurus, seorang penolong pengurus dan dibantu oleh 10 orang pegawai. Bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, pegawai di unit ini telah menghadiri beberapa kursus yang dianjurkan oleh Jabatan dan LKIM seperti pengurusan dan teknikal rampai laut, penyelenggaraan enjin sangkut dan pengendalian kewangan dan Akaun.

26.2.10 Keperluan Kewangan

Sehingga akhir bulan Disember 2004, KPLB telah meluluskan peruntukan berjumlah RM7.74 juta kepada LKIM, Kuala Lumpur untuk disalurkan kepada LKIM, Sabah. Peruntukan yang diluluskan ini masing-masingnya berjumlah RM3.66 juta dan RM4.08 juta pada tahun 1999 dan tahun 2003. Bagi tempoh yang sama, LKIM, Sabah telah menerima peruntukan berjumlah RM4.29 juta dari LKIM, Kuala Lumpur dan bakinya berjumlah RM3.48 juta masih dipegang olehnya.

Dalam pada itu LKIM, Sabah telah memperuntukkan sejumlah RM2.80 juta kepada projek ternakan di Semporna, RM2.88 juta kepada Pulau Balambangan, RM1.86 juta kepada UMS dan RM0.2 juta kepada LKIM, Sabah. Sehingga akhir bulan Disember 2004, jumlah peruntukan yang diterima dan telah dibelanjakan adalah berjumlah RM4.29 juta.

101

Pada pendapat Audit, peruntukan yang diterima telah diurus dengan cekap, diagihkan mengikut jumlah yang dipohon oleh Agensi dan pembayaran yang dibuat adalah mengikut maksud yang dirancang.