• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 1.1: Statistik Kegagalan Perhubungan Sumber : Centre for the Study of Long Distance Relationship (LDR)

1.3 Penyataan Masalah

Kemunculan ekonomi global yang kian meningkat merentasi masa dan jarak menggalakkan perubahan struktur keluarga dan kehidupan kerja yang berubah dengan drastik khususnya dalam perhubungan perkahwinan jarak jauh. Hambatan masa lapang, yang jelas kelihatan dalam kalangan wanita telah muncul hasil dari desakan kerjaya, orientasi jantina, dan peringkat kehidupan pasangan dan keluarga (Moen & Sweet, 2003). Meskipun kemunculan forma keluarga dalam perkahwinan jarak jauh menjadi sesuatu yang semakin biasa dalam masyakarat di Malaysia, struktur dan dinamik

University

7

keluarga sedemikian dilihat sebagai sesuatu yang sangat berbeza dengan model keluarga konvensional yang mempraktikkan peranan suami secara dominan manakal ibu bertindak sebagai pengurus rumahtangga dan tinggal di bawah satu bumbung dalam keluarga nuklear ( Abd. Rahim et al, 2006).

Ternyata, proses mengubah cara tradisional dalam perhubungan perkahwinan khususnya bagi perhubungan jarak jauh dilihat sesuatu yang sukar kerana situasi ini melibatkan tekanan, kerisauan dan kualiti hubungan antara individu yang terlibat (Kirschner & Walum, 1978; Kiefer, 2000). Tidak kurang juga kos yang terlibat dalam rutin komunikasi, perjalanan dan pengekalan untuk dua buah isi rumah juga mungkin menjadi isu yang besar dalam perhubungan ini (Weisser, 2006). Pasangan dalam perhubungan jarak jauh turut mendapati bahawa keadaan mereka kurang mengalami tekanan jika kedua-dua pasangan memiliki orientasi kerjaya yang tinggi, suami yang menyokong kerjaya isteri dan jika mereka tidak memiliki cahaya mata, seterusnya jika mereka tidak terlalu jauh terpisah dari sudut geografinya (Green, 1997). Tidak ketinggalan, Sahlstein (2006) menyatakan bahawa individu yang terlibat dalam perhubungan jarak jauh terdedah kepada kesulitan perhubungan lantaran perhubungan ini dilihat sukar untuk dikekalkan dan terdedah kepada banyak halangan.

Kajian lalu mendedahkan bahawa individu yang terlibat dalam perkahwinan jarak jauh mentafsirkan perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang tidak normal (Bergen, 2006) sekaligus mencabar norma kebiasaan dalam perkahwinan tradisi dan nilai kolektif tradisional. Ini kerana apabila pasangan tinggal berasingan, penilaian umum menjangkakan perhubungan ini akan menjerumuskan pasangan kepada kesukaran dalam perkahwinan yang akan membawa kepada penceraian (Stafford, 2005).

Secara teoritikalnya, perkahwinan jarak jauh yang semakin mempelopori formasi keluarga abad ini turut memberi pengaruh kepada interaksi dalam subsistem

University

8

keluarga seperti anak-anak. Ini jika anak-anak terlibat dalam perhubungan jarak jauh dalam kalangan pasangan yang berkahwin, kualiti penjagaan dan pengurusan anak-anak turut menjadi isu utama. Ini kerana Holmes (2004, 2006) menyatakan bahawa jarak yang terpisah antara kedua-dua kediaman akan menimbulkan suasana sosial yang baru yang mungkin akan mempengaruhi perkembangan anak-anak.

Tidak ketinggalan, Jackson (2000) mendedahkan bahawa keperitan emosi dalam kalangan ibubapa, rasa bersalah dan kerisauan disebabkan kekurangan penglibatan ibubapa ke dalam kehidupan anak-anak dan perhubungan jarak jauh yang dialami oleh keluarga mendorong perasaan yang tertekan dalam kalangan anak-anak. Malah, Kobak (1999) menunjukkan bahawa potensi pertautan dalam perhubungan jarak jauh dengan mudahnya akan mengecam perasaan tidak selamat dalam diri anak-anak dan bersangkut-paut dengan patologi pada kehidupan akan datang.

Menyentuh isu pasangan yang memiliki anak dalam keluarga, kajian mengenai isu ini tidak diselami secara menyeluruh oleh penyelidik terdahulu. Ini kerana Samsilah (2013) mendedahkan bahawa meskipun perkahwinan jarak jauh ini kian berkembang di Malaysia, namun kesan keluarga yang terlibat dalam formasi perhubungan jarak jauh untuk mengekalkan keharmonian dan keseimbangan tidak dapat diperdebatkan dengan mendalam kerana kajian mengenai fenomena ini masih kurang dijalankan dalam konteks Malaysia. Malah, Norlila (2011) turut mengupas isu yang sama di mana kajian pertama yang telah dijalankan oleh beliau di Malaysia tentang kesan kehidupan dalam keluarga yang terlibat dalam perkahwinan jarak jauh ke atas psikososial dan penjagaan anak. Ternyata, isu yang menjadi pergelutan termasuklah tekanan, tindakan agresif, somatik dalam kalangan anak-anak (Siaw Yan Li, 2014)

Lebih membimbangkan, pemisahan antara pasangan boleh mencipta satu halangan besar untuk membina keluarga yang berdaya tahan, berjati diri dan kukuh

University

9

lantaran kekangan terhadap masa yang perlu dihabiskan bersama pasangan dan keluarga (Zvonkovic, 2000) di mana pembinaan hubungan yang sejahtera menjadi sukar apabila keluarga tinggal berasingan malah hubungan intim dan mesra antara suami-isteri dilihat menjadi satu halangan yang hebat dan pasangan perlu memiliki identiti yang kuat, menerima ketiadaan pasangan dan menumpukan masa untuk membina keintiman sewaktu proses pertemuan berlaku dalam perhubungan perkahwinan jarak jauh (Zvonkovic, 2000).

Menyedari akan kepentingan pembinaan perhubungan keluarga yang sihat, sejahtera dan berjati diri khususnya kepada mereka yang tinggal berasingan akibat perhubungan jarak jauh, individu menghabiskan lebih banyak masa untuk mengekalkan sesuatu perhubungan daripada memulakan atau menamatkan perhubungan itu. Selaras dengan kesedaran tersebut, Dindia dan Sommer (2006) menyatakan bahawa kajian mengenai penyelenggaraan hubungan telah mengetengahkan isu-isu mengenai apa yang individu lakukan atau apa yang perlu dilakukan dalam usaha untuk mengekalkan hubungan.

Berikutan dengan permasalahan ini, kepelbagaian jenis perhubungan yang timbul khususnya perhubungan romantik antara pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan telah menerima perhatian yang lebih oleh para penyelidik dalam penerokaan mengenai pengekalan perhubungan yang dialami oleh pasangan. Namun begitu, kajian mengenai perhubungan yang melibatkan jarak antara pasangan banyak memberi penekanan kepada tingkahlaku mengekalkan hubungan dan kualiti perhubungan secara kuantitatif seperti komitmen, kepuasan dan keintiman dalam perhubungan romantik antara pasangan (Shim, 2010). Beberapa kajian telah menyelidik persoalan mengenai aspek komunikasi dan halangan komunikasi dalam perhubungan dan perkahwinan jarak jauh (Scott, 2002) dan Farrell (2010) yang menguji tahap komunikasi dengan kepuasan perkahwinan. Kajian lain juga telah melihat perbezaan antara pasangan jarak jauh dan

University

10

pasangan yang tinggal berdekatan dari aspek komitmen,‘attachment’ dan bersifat menguji hipotesis terhadap pembolehubah tersebut ke atas kepuasan hubungan. (Carole, 2010) dan (Melissa Kauufftan, 2000).

Walaupun timbul kesedaran untuk mengkaji aspek pengekalan perhubungan yang merangkumi sebahagian kecil kelangsungan hidup pasangan perhubungan jarak jauh, majoriti kajian berkenaan hal ini banyak dilaksanakan di negara barat kususnya di Amerika di mana ianya diklasifikasikan sebagai negara yang mengamalkan budaya individualistik yang memberi penekanan hubungan romantik antara pasangan sebagai keterujaan yang romantik, mengamalkan komunikasi yang terbuka dan kesamarataan (egalitarianism). Ketika banyak kajian dilakukan di negara yang diklasifikasikan sebagai negara yang berbudaya individualistik, perbezaan budaya antara individualistik-kolektivistisme mencadangkan bahawa perhubungan peribadi dikendalikan oleh satu set peraturan di mana perspektif kolektivisme terdorong untuk memahami diri sendiri, orang lain dan dunia dari sudut kolektif berbanding individu yang bersifat individualism yang cenderung memahami diri sendiri, orang lain dan dunianya dari perspektif individualistik. Sebagai contoh, pasangan dalam budaya individualistik cenderung kepada kepercayaan terbuka, secara langsung dan ekspresi merupakan elemen penting dalam mengekalkan perkahwinan yang sihat dan bertahan lama. Manakala, pasangan dalam budaya kolektif agak menekankan komunikasi tersirat untuk menjaga keharmonian perkahwinan (Gudykunst & Matsumoto, 1996). Justeru, perbezaan budaya mencadangkan kemungkinan pasangan mempamerkan kepercayaan dan tingkahlaku yang berbeza mengikut acuan budaya masing-masing.

Malah, kajian sedia ada mendedahkan bahawa perhatian yang minimum dan terhad telah ditumpukan terhadap konteks penerokaan fenomenologi pasangan suami isteri yang terlibat dalam perkahwinan jarak jauh dan penerokaan mengenai kehidupan secara berasingan dalam kalangan individu yang telah berumahtangga adalah sukar

University

11

untuk diukur secara kuantitatif. Dapatan dari sorotan kajian sebelum ini melalui kajian kuantitatif berskala besar dilihat kurang berjaya untuk melambangkan perhubungan yang kompleks dalam kalangan ahli keluarga dan pasangan yang terlibat dalam perkahwinan jarak jauh. Kebanyakan daripada penyelidikan mengenai perhubungan jarak jauh dalam kalangan pasangan yang belum dan sudah berkahwin mendedahkan bahawa data yang diperoleh adalah dari laporan kendiri (Stafford, 2005) dan metodologi pungutan data dalam kajian yang melibatkan kajian berbentuk survey atau soal selidik kepada responden kajian (Camerlon & Ross, 2007).

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa kajian lampau banyak memberi tumpuan kepada kaedah kuantitatif yang bertindak sebagai alat untuk menguji hipotesis yang dijangkakan oleh penyelidik terdahulu dalam kajian mereka. Kajian berbentuk kualitatif bagaimanapun memberi pandangan terperinci pasangan perkahwinan jarak jauh dalam konteks atau fenomenologikal mereka sendiri yang membolehkan analisis secara kompleks terhadap pelbagai aspek dalam konteks pasangan perkahwinan yang berlainan yang akhirnya membentuk pengalaman dalam perkahwinan jarak jauh.

Konsensusnya, pengalaman pasangan terhadap ‘apa’ dan ‘bagaimana’ mereka melihat isu-isu tersebut harus diterokai secara mendalam. Persepsi, perlakuan dan perasaan mereka harus difahami agar apa-apa yang tersirat dan tersurat di dalam diri mereka dapat dibongkar dan diketahui. Hal ini kerana pemahaman mengenai makna pengalaman yang dilalui oleh pasangan perkahwinan jarak jauh adalah berbeza mengikut konteks masing –masing dan tidak dapat diterjemah melalui aspek kuantitatif semata-mata, sebaliknya memerlukan penerokaan mendalam khususnya menyentuh aspek-aspek sensitif menurut budaya dan kaca mata Malaysia dan memerlukan pemahaman yang tidak bersifat prejudis yang selalu bermain di minda masyarakat bahawa perkahwinan jarak jauh sesuatu yang bermasalah dan tidak akan menemui jalan kebahagian yang hakiki.

University