Rajah 3.1: Komponen dan Proses utama pendekatan Fenomenologi INTIPATI/KONSEP DAN PROSES DALAM FENOMENOLOGI
3.5.1 Pungutan Data Fasa 1
Dalam proses pungutan data pada peringkat atau fasa 1, penyelidik membuat perincian laporan mengenai proses persampelan dan pemilihan peserta kajian. Merujuk kepada proses persampelan, penyelidik akan menjelaskan mengenai dua tahap persampelan yang terlibat dalam pemilihan peserta kajian khusus dalam konteks kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Persampelan tahap I adalah untuk mengenalpasti tempat atau sumber untuk mendapatkan peserta kajian manakala persampelan tahap II adalah untuk mengenalpasti kaedah persampelan yang sesuai. Kemudian, dalam bahagian pemilihan sampel kajian, penyelidik kemudiannya akan menjelaskan kriteria pemilihan peserta kajian yang telah ditetapkan dalam penyelidikan yang dijalankan.
(a) Persampelan Tahap I
Merujuk kepada proses persampelan tahap I, penyelidik menggunakan beberapa strategi untuk mendapatkan penyertaan dari peserta kajian untuk bekerjasama melibatkan diri secara sukarela dalam penyelidikan yang sedang dijalankan oleh penyelidik. Antara strategi yang dijalankan oleh penyelidik termasuklah menggunakan jaringan sosial seperti Facebook, dan sebagainya.
Namun begitu, penyertaan daripada peserta kajian tidak begitu
memuaskan. Respon yang diterima agak lambat dan ada di antara individu yang menarik diri secara tiba-tiba sebelum sesi temubual secara formal dimulakan. Menyedari akan kekangan seperti ini, penyelidik menukar strategi dengan menggunakan E-mail dengan menyebarkan maklumat kajian melalui E-mail kepada rakan-rakan.
University
84
Tidak ketinggalan, penyelidik turut mengambil peluang
berkongsi maklumat penyelidik kepada individu yang ditemui bertujuan untuk mendapatkan penglibatan peserta kajian yang boleh memenuhi kriteria pemilihan yang telah ditetapkan dalam konteks penyelidikan yang dijalankan. Akhirnya, penyelidik mendapat maklumat dan kerjasama dari kenalan yang sudi memberi kerjasama secara sukarela memperkenalkan rakannya yang merupakan individu yang terlibat dalam perkahwinan jarak jauh.
(b) Persampelan Tahap II
Pada tahap ini, penyelidik memberi penekanan kepada kaedah persampelan yang akan digunakan dalam kajian ini. Secara amnya, penyelidik menggunakan persampelan bertujuan untuk mengumpul data dalam kajian kualitatif. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Cresswell (2008), pemilihan peserta kajian dalam persampelan bertujuan adalah berdasarkan kriteria yang dapat dipenuhi oleh seseorang individu dalam proses membantu penyelidik untuk memahami dengan mendalam tentang fenomena yang dikaji.
Maka, dengan merujuk kepada konsep yang diketengahkan dalam persampelan bertujuan, peserta kajian yang dipilih dalam kajian ini perlulah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan bagi memastikan ianya mencapai tujuan kajian yang telah disasarkan oleh penyelidik. Dalam menjalankan kajian mengenai perkahwinan jarak jauh, kriteria yang dikenalpasti adalah:
(a) Individu yang menjadi perserta kajian mestilah tinggal berasingan dengan pasangan yang menyukarkan pasangan untuk bersemuka antara satu sama lain setiap hari.
University
85
(b) Individu yang terlibat dalam perkahwinan jarak perkahwinan jarak jauh ini telah memiliki anak.
(c) Pasangan perkahwinan jarak jauh sudah melepasi tempoh perkahwinan selama dua tahun ke atas.
Kriteria pertama yang merujuk kepada lokasi atau jarak fizikal individu yang terlibat dalam perkahwinan jarak jauh di mana penyelidik menetapkan kriteria pemilihan adalah individu yang menjadi peserta kajian mestilah tinggal berasingan dengan pasangan yang menyukarkan pasangan untuk bertemu dan bersemuka secara langsung antara satu sama lain setiap hari. Penetapan kriteria seperti ini adalah selaras dengan konsep perkahwinan jarak jauh yang dikemukakan oleh Stafford (2005) yang telah mencadangkan beberapa perkara utama bagi penentuan konsep perkahwinan jarak jauh iaitu kekerapan komunikasi secara bersemuka setiap hari adalah sangat terhad dan kurang. Tidak ketinggalan, penyelidik turut mempertimbangkan pendefinisian operasional bagi perkahwinan jarak jauh yang mengklasifikasikan jumlah jarak fizikal dalam perkahwinan jarak jauh adalah daripada 45 batu atau lebih menurut konsep yang telah diketengahkan oleh pengkaji-pengkaji yang terdahulu.
Seterusnya, kriteria yang kedua merujuk kepada individu atau pasangan perkahwinan jarak jauh yang memiliki anak. Pemilihan kriteris ini ditetapkan berdasarkan kepada jurang penyelidikan yang lalu di mana penyelidik cuba untuk menutup kelompangan dengan membuat penerokaan terhadap individu yang telah memiliki anak. Hal ini diambil perhatian oleh penyelidik memandangkan penyelidikan terdahulu tidak membuat penerokaan terhadap peserta kajian yang telah memiliki anak dalam proses kehidupan mereka sebagai individu yang terlibat dalam perkahwinan jarak jauh.
University
86
Kriteria yang ketiga yang menjadi asas penyelidik adalah tempoh perkahwinan jark jauh yang dialami oleh individu yang menjadi peserta kajian. Merujuk kepada kriteria ini, penyelidik menetapkan bahawa pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan tempoh perkahwinan jarak jauh berusia dua tahun ke atas. Ini kerana penyelidik telah membuat pertimbangan ke atas kajian lampau yang telah menyatakan bahawa kadar penceraian adalah berkurangan apabila mencapai tempoh satu tahun ke atas sebagaimana yang telah dibincangkan dalam bab satu sebelum ini. Justeru, penerokaan mengenai kelangsungan hidup individu pada tahap ini dilihat bersesuaian.
Secara keseluruhannya, dalam proses pungutan data, penyelidik tidak terlalu rigid dalam menetapkan kriteria pemilihan peserta kajian. Walaupun penyelidik pada awalnya meletakkan kriteria seperti jarak fizikal yang terlibat antara pasangan yang tinggal berjauhan, penyelidik tidak menghadkan kriteria lokasi ke pasangan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Begitu juga dengan jumlah bilangan mahupun umur anak dalam keluarga. Hal ini kerana, penyelidik akan memberi peluang kepada peserta kajian menterjemahkan pengalaman dalam perkahwinan jarak jauh mengikut konteks peserta kajian sendiri.
Memandangkan perkahwinan jarak jauh ini mungkin melibatkan pelbagai isu termasuk soal keintiman yang agak sensitif dan mungkin tidak dapat didedahkan secara terbuka dalam prospek budaya Malaysia, maka penyelidik merasakan agak sukar untuk mendapatkan peserta kajian secara terbuka.Tambahan pula, penyelidik yang telah menjalankan kajian rintis mengenai fenomena ini menyedari dan mengakui bahawa agak sukar untuk mengupas isu sensitif seperti keintiman pasangan. Justeru, penyelidik berpendapat bahawa dengan menggunakan persampelan bertujuan, penyelidik boleh mendapatkan peserta kajian seterusnya yang telah dikenalpasti oleh peserta kajian lain.
University
87
Menjurus kepada jantina peserta kajian, pada permulaan penyelidikan, penyelidik dapat memilih peserta kajian yang terdiri daripada individu lelaki dan perempuan. Namun, peserta lelaki tidak lagi dapat memenuhi kriteria pemilihan peserta kajian memandangkan individu tersebut telah pun kembali tinggal serumah dengan pasangan masing-masing dan tidak lagi terlibat dalam kehidupan perkahwinan jarak jauh. Manakala, dari sudut jumlah anak, peserta kajian memiliki anak seramai seorang hingga lima orang dalam tempoh perkahwinan mereka.
Tidak ketinggalan, pemilihan semua peserta kajian yang terdiri daripada wanita Islam yang menjadi subjek kajian adalah disebabkan terdapat seorang peserta kajian berbangsa Cina yang telah menarik diri secara tiba-tiba pada saat-saat akhir. Tambahan pula, dapatan kajian yang bakal diperoleh oleh peserta kajian berbangsa Melayu dilihat membantu untuk pembentukan cadangan modul pra perkahwinan yang bakal digunakan oleh pasangan Muslim yang bakal mendirikan rumah tangga.
Bagi penentuan bilangan subjek dan peserta kajian, penyelidik tidak meletakkan bilangan peserta secara tetap dan muktamad. Ini kerana Merriam (2002) menyatakan bahawa tiada penetapan secara khusus dan tetap terhadap bilangan keseluruhan peserta kajian bagi kajian secara kualitatif. Begitu juga Creswell (1998) yang telah menjelaskan bahawa tiada penetapan khusus yang dinyatakan bagi kajian kualitatif yang dijalankan dengan menggunakan pendekatan fenomenologi ini. Sesetengahnya seperti Dukes (1984) mencadangkan tiga hingga sepuluh orang subjek, Riemen (1986) mencadangkan sehingga sepuluh orang subjek (Creswell,1998). Apa yang penting jumlah saiz sampel yang diambil dapat menggambarkan maksud bagi sejumlah kecil individu yang pernah mengalami fenomena yang hendak dikaji (Creswell, 1998). Maka, penyelidik membuat keputusan untuk memilih sepuluh orang individu yang terlibat dalam perkahwinan jarak jauh untuk dijadikan peserta kajian. Namun begitu, bilangan ini akan berubah-berubah
University
88
sehingga pemerolehan data yang tepu (data saturation) dicapai dalam proses pengumpulan data.
Secara keseluruhannya, penglibatan peserta kajian yang terdiri daripada individu yang telah menjalankan kehidupan sebagai pasangan yang terlibat dalam perkahwinan jarak jauh secara suka rela telah dinyatakan dan diperoleh melalui borang persetujuan termaklum (Lampiran B). Bagi menjaga hak peserta kajian yang termaktub dalam pertimbangan etika, penyelidik telah melabelkan peserta kajian dengan menggunakan indeks PK01, PK02, PK03, PK04, PK05, PK06, dan PK07. Langkah ini membolehkan identiti sebenar peserta kajian dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Secara umum, demografi peserta kajian yang terlibat dalam perkahwinan jarak jauh dapat dilihat dalam paparan Jadual 3.1.