SOROTAN LITERATUR
2.5 Rumusan mengenai proses pertautan dalam perhubungan jarak jauh
Meskipun dalam tempoh dewasa, sistem pertautan dilihat bersifat mempengaruhi. Sebagai contoh, individu terdorong untuk mengawal selia jarak pasangan, dengan ini akan menyediakan pilihan untuk memelihara fungsi pemberian kasih sayang apabila diperlukan. Misalnya, jika ransangan dalaman atau luaran akan menimbulkan ketakutan (Bowlby, 1979). Walaupun orang dewasa tidak selalunya memerlukan kedekatan fizikal seperti yang diperlukan dalam peringkat kanak-kanak, persepsi terhadap kebolehcapaian fizikal merupakan aspek yang paling asas kepada kesediaan dalam diri individu yang terlibat dalam pertautan (Kobak, 1999). Perpisahan dan jarak geografi yang menjadi ciri-ciri perhubungan jarak jauh boleh menjadi sesuatu yang mengancam dan menjana komunikasi secara berkompromi antara pasangan. Lazimnya, komunikasi menjadi rumit atau terrhalang, menyebabkan perjalanan dan masa diperlukan untuk menjamin hubungan fizikal antara individu. Justeru, meskipun perpisahan menjadi satu pilihan yang memberi manfaat kepada usaha memenuhi matlamat pendidikan atau kerjaya, perhubungan jarak jauh turut terdedah kepada ancaman pertautan, iaitu mengekalkan kebolehcapaian pasangan dan proses memantau pasangan yang berjauhan menjadi lebih mencabar.
Tidak dapat dinafikan bahawa di sepanjang kitaran kehidupan,
ketidakbolehcapaian insan yang dijadikan tempat bertaut akan mencetuskan reaksi emosi yang sama (Bowlby, 1979; Kobak, 1999). Meskipun secara kognitifnya pasangan
University
41
menyedari bahawa perpisahan yang berlaku adalah bersifat sementara, pasangan yang terlibat dalam perhubungan jarak jauh akan bertindakbalas dengan mengaktifkan sistem pertautan dan tingkahlaku untuk merapatkan kejauhan yang dialami oleh pasangan. Bantahan akibat perpisahan samada sebelum, semasa mahupun selepas ditinggalkan adalah manifestasi tindakan seseorang individu untuk mencari pasangan, percubaan untuk mendapatkan semula perhubungan dan membuat pengesahan bahawa pasangan tidak kembali. Jika individu tersebut menerima serta mengakui secara emosi bahawa kebolehcapaian secara fizikal tidak berulang, lazimnya individu akan mengalami kesedihan, merindui pasangan dan berasa kesunyian.
Bagi menyesuaikan jarak geografi dan perpisahan dalam perhubungan jarak jauh yang dialami oleh individu yang berkahwin, pasangan mesti mempertimbangkan matlamat perhubungan. Pada mulanya, matlamat setiap pasangan adalah untuk memiliki perjumpaan yang lebih kerap dengan kedekatan jarak fizikal secara harian. Namun, dalam perhubungan seperti ini, pasangan akan mengubahsuai matlamat dan menyesuaikan diri untuk berubah dengan menggunakan saluran komunikasi. Disebabkan matlamat yang telah diubahsuai, ancaman pertautan boleh dikurangkan dengan tanggapan bahawa jarak yang dekat masih boleh diwujudkan walaupun hanya seketika.
2.6 Perkahwinan jarak jauh dari perspektif Teori Struktural keluarga
Premis utama dalam perspektif struktural keluarga adalah konsep holistik. Pendekatan ini mendedahkan bahawa untuk memahami sistem keluarga, kita perlu melihat keluarga sebagai sesuatu yang menyeluruh. Melalui tindakan ini, secara kontrasnya, pendekatan teori yang tidak berfokus kepada dengan melihat ahli-ahli keluarga secara berasingan. Tindakan ini akan menyebabkan keunikan sesebuah komunikasi, interaksi akan hilang.
University
42
Konsep holism dan hierarki dikaitkan dengan sempadan di mana keluarga menghasilkan sempadan antara pergerakan individu dan maklumat yang keluar masuk dalam keluarga. Konsep saling bergantungan menjadi sifat semulajadi dalam sistem keluarga.(Bertalanffy, 1997; Whitchurch dan Constantin, 1993). Konsep asas yang mendasari perspektif sistem membantu pengamal kaunseling memahami kesan sistem keluarga bagi setiap perancangan intervensi yang ingin dilaksanakan.
Premis kedua yang mendasari teori struktural keluarga adalah dinamik dalam peraturan-peraturan dan strategi yang mentadbir cara mereka berinteraksi. Dinamik keluarga membantu ahli menghadapi cabaran berkaitan dengan kehidupan seharian dan peringkat perkembangan setiap ahli dalam keluarga. Konsep equilibrium menerangkan bagaimana keluarga berusaha untuk memperolehi keseimbangan antara cabaran yang dihadapi dan sumber-sumber yang dimiliki oleh keluarga. Keluarga membuat penyesuaian perubahan atau tindakbalas terhadap aktiviti seharian.
Keseimbangan yang dipanggil homeostasis menjadi keutamaan dalam teori struktural keluarga dimana ketidakupayaan mengekalkan keseimbangan menyebabkan peraturan atau dinamik keluarga perlu diubahsuai untuk mencapai keseimbangan. Konsep morphostasis merujuk kepada keupayaan sistem keluarga mengekalkan konsistensi dalam ciri-ciri organisasi kekeluargaan walaupun cabaran kian bertambah saban waktu (Steinglass, 1987). Jenis interaksi yang muncul dalam keluarga yang menghalang permintaan untuk berubah. Sebaliknya, konsep morfogenesis merujuk kepada keupayaan sistem untuk berkembang secara sistematik merentasi masa untuk membuat penyesuaian kepada perubahan keperluan dalam sesebuah keluarga. Dalam keluarga, ia merupakan satu tekanan dinamik yang berterusan dalam usaha untuk mengekalkan kestabilan dan membuat perubahan.
University
43
Secara amnya, perspektif struktural keluarga yang umum mengkaji bagaimana komponen dalam sistem berinteraksi antara satu sama lain untuk melaksanakan sesuatu secara keseluruhan. Perspektif ini mendorong individu untuk melihat bagaimana perubahan satu komponen di dalam satu sistem akan memberi kesan kepada komponen yang lain. Aplikasi dalam perspektif teori struktural mempunyai kerelevenan untuk kajian yang menjurus terhadap keluarga memandangkan keluarga diikat oleh individu atau ahli yang berkongsi sejarah, memiliki darjah ikatan emosi yang sama dan membangunkan strategi untuk memenuhi keperluan individu atau ahli sebagai satu kumpulan dalam sistem keluarga (Anderson & Sabatelli, 1999 ). Ini bermakna, teori struktur keluarga memberi ruang kepada pembentukan pemahaman mengenai kompleksiti keluarga melalui jenis interaktif yang wujud yang membimbing sesebuah keluarga dalam interaksi mereka.
Konsep hierarki yang turut ditekankan dalam teori ini menjelaskan bagaimana sesebuah keluarga mentadbir ahli-ahlinya kedalam unit yang lebih kecil atau subsistem yang bersama-sama membangunkan sistem keluarga yang lebih besar (Minuchin, 1974) subsistem terdiri daripada tiga elemen utama iaitu pasangan, ibubapa, adik-beradik. Setiap sistem dibezakan oleh ahli yang terdiri daripada subsistem yang menjalankan tugas untuk memenuhi matlamat dalam keluarga. Apabila ahli atau tugasan yang dikaitkan dengan setiap subsistem menjadi kabur dengan subsistem yang lain, keluarga dilihat mempunyai situasi kesukaran sebagai merujuk kepada fenomena yang sedang dikaji, apabila anak terlibat dalam isu subsistem yang melibatkan pasangan, kesukaran seringkali timbul dalam sistem keluarga yang memerlukan intervensi.
Semua ahli dalam keluarga memiliki pegangan tersendiri dalam mengekalkan keseimbangan dalam jenis perhubungan. Tindakan yang dihasilkan oleh seorang ahli akan memberi kesan terhadap ahli keluarga yang lain. Ianya dapat dilihat pada masa perubahan apabila keseimbangan yang terbentuk mengalami ancaman. Perubahan dalam
University
44
situasi keluarga bermakna penyesuaian sistem keseluruhan dan boleh menimbulkan masalah dan cabaran kepada setiap ahli dalam keluarga. Semasa sistem keluarga cenderung untuk mengekalkan kestabilan, mereka tidak dan akan berubah-ubah. Sebuah keluarga mesti bersedia untuk bertindak balas terhadap perubahan keperluan dan keadaan yang tidak terjangka.
Justeru, dalam usaha untuk memahami sesebuah keluarga khususnya bagi
mereka yang sedang melalui pengalaman dalam perkahwinan jarak jauh, adalah penting untuk mengenalpasti kepelbagaian ciri-ciri yang terkandung dalam sistem keluarga. Perincian mengenai ciri-ciri yang terkandung dalam struktur keluarga melalui Rajah 2.1 adalah seperti berikut:
Rajah 2 .1: Komponen dalam Teori Struktural Keluarga