SOROTAN LITERATUR
2.4 Teori Pertautan dalam Golongan Orang Dewasa
Pertautan merujuk kepada sistem sepanjang hayat, tingkah laku organik yang melibatkan ikatan, keselamatan, perasaan, dan tingkah laku dalam perhubungan emosi yang penting (Bowlby, 1988; Mikulincer & Shaver, 2003, 2007). Menurut Bowlby (1979), pembentukan ikatan digambarkan sebagai proses jatuh cinta, di mana ianya menyebabkan individu mengekalkan ikatan sebagai seseorang yang penyayang. Proses pertautan seperti bantahan ke atas perpisahan (separation protest) berlaku sepanjang hayat dalam hubungan yang spesifik. Dalam hubungan cinta, pasangan akan berkongsi sistem pertautan dan ikatan pemberian kasih sayang (caregiving bonds) (Bowlby, 1969, 1988; Kunce & Shaver, 1994). Ikatan antara pertautan-pemberi kasih sayang ternyata menjadi matlamat perkongsian antara pasangan di mana pasangan bertindak untuk menyelaras dan menyesuaikan tingkah laku untuk mencapai matlamat motivasi dalam
University
35
perhubungan. Apabila satu pasangan mempamerkan isyarat pertautan atau kedekatan, pasangan yang lain didorong menjalankan fungsi sebagai pemberi kasih sayang.
John Bolwby (1969, 1973, 1980, 1988) mencadangkan bahawa ikatan pertautan melibatkan sistem tingkahlaku iaitu sistem pertautan (attachment) dan sistem pemberian kasih sayang (caregiving). Pertamanya, individu lahir ke dunia dilengkapi dengan sistem tingkahlaku pertautan yang mudah apabila mereka di tekankan dan menyediakan fungsi evolusi dalam perlindungan dan survival (Bowlby,1969; Bretherton 1987). Sistem pertautan merupakan satu sistem yang mengawal keselamatan yang mengikat mengekalkan ikatan emosi antara individu yang menyumbang ke arah kejayaan dalam proses pembiakan atau produktif.
Perkahwinan jarak jauh melibatkan kitaran perpisahan-pertemuan (separation-reounion) yang menjadi ciri dalam perhubungan jarak jauh dalam kalangan suami isteri mahupun anak-anak. Pada dasarnya, Robertson & Bowlby (1952) telah menetapkan beberapa elemen yang menjadi tunjang kepada kerangka teoritikal berkenaan teori pertautan dalam perkahwinana jarak jauh ini. Justeru, dari sudut teoritikalnya, kitaran perpisahan-pertemuan yang berlaku dapat dibezakan dalam pengalaman perpisahan orang dewasa dan kanak-kanak dalam keseluruhan perhubungan. Perpisahan secara sementara dilihat sebagai persamaan yang unik terhadap perpisahan antara ibu dan anak yang telah dikaji dan disiasat oleh Bowlby di mana terdapat beberapa elemen yang dikenalpasti. Antara elemen tersebut termasuklah;
1. Dalam kedua-dua kes iaitu perpisahan dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak, wujudnya ikatan emosi antara kedua-dua individu yang boleh dikenalpasti sebagai ‘attachment’.
2. Timbulnya perpisahan secara fizikal, yang kadangkala disebabkan oleh keadaan luaran berbanding dengan masalah perhubungan.
University
36
3. Perpisahan adalah bersifat sementara, supaya pengalaman semasa pertemuan kembali dapat dibandingkan dalam kitaran antara ibu dan anak.
Namun begitu, seandainya sistem pertautan terlibat dalam perhubungan romantik yang melibatkan golongan dewasa, beberapa jangkaan boleh dibuat berkenaan reaksi pasangan terhadap perpisahan yang bersifat sementara. Dalam menjelaskan kitaran perpisahan-pertemuan, Bolwby (1998) memperkenalkan beberapa komponen yang mendasari Teori Pertautan. Antara elemen-elemen tersebut termasuklah :
1. Ikatan pertautan (attachment bond) di mana individu yang menyediakan sumber keselesaan dan keselamatan kepada individu yang bertaut dengannya. 2. Pengekalan untuk menjamin kedekatan (proximity maintenance) di mana
individu menginginkan keadaan yang berdekatan dengan individu yang signifikan dengannya.
3. Asas keselamatan (secure base) iaitu individu yang memberi menyediakan tapak asas atau sumber keselamatan dan keselesaan yang membolehkan individu yang bertaut dengannya dapat meneroka dunia dan persekitaran fizikal dan sosial.
4. Kesukaran akibat perpisahan (distress of separation) dan kegembiraan dalam pertemuan (joy of reunion) seperti keresahan dan kerisauan ketika berjauhan dan keterujaan atas kehadiran insan yang signifikan setelah tidak dapat diakses dalam tempoh tertentu.
2.4.1 Pengekalan untuk menjamin kedekatan (proximity maintainance)
Pemusatan kepada pertautan adalah kecenderungan untuk mengekalkan kedekatan dengan pasangan kongsi dan oleh kerana itu tindakan untuk tidak mengaktifkan sistem pertautan akan menjejaskan pengawalan hubungan (Bowlby, 1988). Lebih khusus lagi, individu akan memantau di mana pasangannya berada untuk mengekalkan julat
University
37
kedekatan yang mengikat pasangan dan pemberi kasih sayang untuk mencapai kefungsian yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, kedekatan secara maksimum yang menjadi objektif perhubungan menghasilkan perasaan selamat yang dapat dicapai melalui tindakan lisan mahupun komunikasi emosi.
Dalam perhubungan jarak jauh yang dialami oleh pasangan berkahwin, pasangan boleh mengekalkan jarak geografi dengan mengakses imaginasi mental atau berkomunikasi melalui kad, panggilan telefon, emel, atau webcam. Aktiviti penyelenggaraan untuk menjamin kedekatan kedekatan banyak diakses dalam penyelidikan. Contohnya, pasangan yang berkahwin menyatakan mereka kehilangan perbualan setiap hari dan perkongsian antara pasangan (Gerstel & Gross, 1984; Govaerts & Dixon, 1988), ketidakhadiran pasangan (Gerstel & Gross, 1982), kehilangan peneman seharian (Magnuson & Norem, 1999 ), malah tautan hubungan yang kecil yang menghubungkan kehidupan harian (Johnson, 1987).
2.4.2 Bantahan akibat perpisahan (separation protest)
Bantahan akibat pemisahan yang merupakan ciri teori pertautan (Hazan et al, 2004) berlaku apabila sistem ini diaktifkan di mana (a) individu menjadi sakit, letih, tertekan, tidak pasti akan lokasi pasangan atau takut; (b) matlamat yang ditetapkan oleh individu (seperti julat keselesaan untuk berada dekat dengan pasangan) menjadi berlebih-lebih; (c)pasangan tidak boleh diakses atau (d) individu akan berada di dalam keadaan yang tidak dikenali (Bowlby, 1969). Di samping itu, ancaman pertautan itu menimbulkan bantahan pemisahan meskipun pemisahan itu berlaku secara sukarela dan dijangkakan (Bowlby, 1973). Sebaik sahaja sistem pertautan diaktifkan, pasangan akan mempamerkan tingkah laku yang direka untuk mengembalikan kedekatan jarak dan keselamatan. Reaksi normatif termasuk kesedihan, menangis, kesepian, kemarahan, rasa bersalah, kegelisahan, tindakan mencari, berpaut dan kerinduan atau menghubungi
University
38
pasangan (Bowlby, 1973, 1979; Fraley & Shaver, 1998). Kedekatan jarak yang menyahaktifkan sistem pertautan, boleh dipulihkan secara fizikal (contohnya, kehadiran pasagan secara nyata) mahupun secara psikologi (contohnya, representasi dalaman, kenangan), atau simbolik seperti gambar, panggilan telefon (Bowlby, 1979; Mikulincer & Shaver, 2003 ).
Kitaran pemisahan-perjumpaan dalam perhubungan jarak jauh akan mengaktifkan sistem pertautan dan mengakibatkan bantahan akibat pemisahan yang berlaku antara pasangan, kerana pemisahan menandakan wujudnya risiko yang lebih besar di mana kehadiran pasangan tidak dapat dicapai jika diperlukan pada sesuatu ketika (Bowlby, 1973). Malah, protes akibat pemisahan adalah tema yang konsisten dalam perhubungan jarak jauh berdasarkan laporan penyelidikan.
Menurut kajian lampau, pasangan yang sudah berkahwin secara spontan mengutarakan tentang bantahan pemisahan mereka termasuklah perasaan sedih pada setiap hari Isnin (Magnuson &Norem, 1999), menganggap pengalaman paling sukar apabila terpaksa melambai-lambai dan mengucapkan selamat tinggal di lapangan terbang (Cheers, 1996); dan perasaan yang tidak pernah mudah walaupun tidak kira berapa kali berpisah (Shanor, 1987). Malah, pasangan yang telah berkahwin menganggap pemisahan sebagai tekanan (Johnson, 1987) dan peserta kajian turut menyatakan bahawa mereka merindui pasangan mereka (Rabe, 2001). Ternyata, kesepian menjadi isyarat kepada bantahan akibat pemisahan yang berlaku di mana dapatan yang selaras telah ditemui berdasarkan temubual yang dijalankan ke atas individu warga Afrika Amerika yang telah berkahwin (Jackson, Brown & Patterson-Stewart , 2000). Tidak ketinggalan, dalam satu lagi kajian yang melibatkan pelajar kolej, Sahlstein (2004) dalam kajiannya ke atas 20 orang responden, pasangan melaporkan bahawa perpisahan itu telah diterjemahkan dengan perasaan rindu, rasa kehilangan, sedih dan kecewa. Justeru, Sahlstein membuat kesimpulan bahawa masa
University
39
bersama akan membentuk 'rasa rindu' kepada pasangan yang berlaku sejurus selepas mereka menghabiskan masa bersama dan ianya selaras dengan bantahan pemisahan dalam teori pertautan seperti yang dibincangkan oleh penyelidik.
2.4.3 Hubungkait dengan Sistem Tingkahlaku yang lain
Sistem pertautan juga berkait dengan sistem lain tingkah laku, khususnya pemberian kasih sayang (caregiving) dan sistem penerokaan (exploratory system). Seperti pertautan, caregiving memenuhi fungsi perlindungan (Bowlby, 1969; Marvin & Britner, 1999). Walau bagaimanapun, fungsi biologi sistem penerokaan adalah untuk mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk hidup lebih berdikari dari segi kemahiran individu dan integrasi ke dalam kumpulan sosial (Marvin & Britner, 1999). Sistem penerokaan diaktifkan oleh rangsangan yang kompleks (Bowlby, 1969) dan ianya termasuk dalam proses pembelajaran (Kobak, 1999), kerja, permainan, kreativiti, perjalanan, hobi, dan usaha untuk mencapai matlamat peribadi yang penting (Feeney & Collins, 2004). Berdasarkan cara kitaran ini, sesuatu tugas baru atau penerokaan yang berpanjangan boleh mengaktifkan sistem pertautan yang kemudiannya menghalang aktiviti penerokaan dan mengutamakan tingkah laku pertautan untuk mendapatkan kedekatan kepada pasangan.
Kehilangan kefungsian rasa selamat ditunjukkan melalui respon seperti ketiadaan sumber pendengar yang boleh memberi simpati dan tiada sumber untuk meluahkan emosi (Gross, 1980), ketiadaan pasangan apabila diperlukan (Johnson,1987) dan perasaan bersalah apabila tidak berada di sisi pasangan. Ternyata, pemberian kasih sayang yang selamat dan efektif akan mengurangkan kesunyian individu dan memberikan perasaan selamat melalui perbualan di telefon (Gestel & Gross, 1982).
Secara kesuluruhannya, hubungkait atara sistem penerokaan, pertautan dan sistem pemberian kasih sayang menjadi sesuatu yang penting. Walaupun penerokaan
University
40
dalam kalangan golongan dewasa adalah lebih lama dan panjang berbanding kanak-kanak , pada masa yang sama pemberian kasih sayang yang banyak kepada individu tidak lagi berkesan kerana matlamat untuk merncapai julat kedekatan yang selesa dilihat sudahpun terlebih. Individu akan menjadi cemas di mana tindakan ini akan mencetuskan sistem pertautan dalam keadaan prasedar.