• Tidak ada hasil yang ditemukan

- 8 Langkah (Moustakas) TEORI STRUKTUR KELUARGA

- Homeostasis/equilibrium - Sempadan dalaman dan luaran - Peranan -Penyebaran kuasa -Peraturan -Komunikasi

University

of Malaya

23

Bersadarkan Rajah 1.3, penyelidik menggunakan pendekatan fenomenologi dalam usaha untuk memberikan tumpuan kepada fenomena perkahwinan jarak jauh. Penerokaan yang mendalam dalam mencari makna dan inti pati (essence) terhadap pengalaman mereka tertumpu pada pengalaman hidup mereka semasa kitaran perpisahan antara pasangan sebelum bertemu kembali dengan pasangan pada waktu tertentu. Dengan erti kata lain, pengalaman yang menyelubungi peserta kajian merangkumi reaksi yang terlibat dalam mendepani perpisahan fizikal antara pasangan dalam perkahwinan jarak jauh tersebut. Di samping itu, kajian ini juga telah memberikan fokus kepada pengalaman pasangan suami isteri yang terlibat dalam perhubungan jarak jauh dalam mencari makna terhadap fenomena pengalaman mereka semasa proses pertemuan buat seketika sebelum kembali berjauhan dengan pasangan dan anak. Seterusnya, pengalaman-pengalaman ini telah dianalisis mengikut tema-tema bagi membentuk satu model pengalaman seperti mana yang digambarkan dalam Rajah 1.3.

1.9 Definisi Operasi 1.9.1 Kelangsungan hidup

Dalam konteks penyelidikan yang ingin dijalankan oleh penyelidik, frasa kelangsungan hidup digunakan sebagai satu satu proses semulajadi yang menyebabkan evolusi organisma atau kelompok untuk terus mengekalkan kemandirian masing-masing. Justeru, dalam konteks perkahwinan jarak jauh yang menjadi elemen utama kajian, penggunaan kelangsungan hidup yang dipilih oleh penyelidik adalah melibatkan proses mahupun tindakan yang dihasilkan untuk menjamin sesuatu yang kekal dan sentiasa berkesinambungan. Dengan erti kata yang lebih jelas, proses kelangsungan hubungan suami isteri yang terlibat dalam perkahwinan jarak jauh dinilai dan diteroka dalam usaha memastikan hubungan kekeluargaan yang dipisahkan oleh jarak fizikal masih

University

24

mampu dipertahankan oleh pasangan sebagaimana pasangan suami isteri yang tinggal berdekatan antara satu sama lain.

1.9.2 Perkahwinan jarak jauh

Dalam kajian yang ingin dijalankan ini, penyelidik telah menggunakan panduan yang telah dinyatakan oleh Stafford (2005) di mana satu perhubungan samada pasangan yang belum berkahwin mahupun yang telah berumahtangga termasuk dalam perhubungan jarak jauh apabila peluang komunikasi secara langsung atau bersemuka adalah terhad kerana parameter geografi dan individu- individu dalam perhubungan tersebut mempunyai jangkaan terhadap satu ikatan yang bersifat dekat. Justeru, panduan ini telah menggariskan dan mengetengahkan dua perkara utama.

1. Kekerapan komunikasi secara bersemuka setiap hari adalah sangat terhad dan kurang dalam perhubungan bagi perkahwinan jarak jauh. Maka, saluran perantaraan yang digunakan atau diperlukan untuk memecahkan halangan atau sekatan dalam peluang komunikasi. Contohnya, penggunaan telefon, email, skype dan lain-lain alat komunikasi.

2. Apa yang dijangkakan oleh individu daripada perhubungan tersebut sentiasa diperhatikan, dan jika jangkaan tersebut tidak dapat dipenuhi, hubungan tersebut mungkin menjadi bermasalah.

1.10 Delimitasi Kajian

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik memberi fokus kepada pasangan yang berkahwin namun tinggal berasingan akibat tuntutan kerjaya mahupun memenuhi matlamat pendidikan yang lebih baik. Pengalaman yang diteroka melibatkan kelangsungan hidup semasa ketiadaan dan pertemuan kembali antara dalam perkahwinan jarak jauh yang memilik anak turut dijadikan kriteria utama bagi memenuhi tujuan kajian secara maksimum. Pada masa yang sama, penyelidikan

University

25

mengenai fenomena perkahwinan jarak jauh ini juga tertumpu kepada pasangan yang sudah melalui proses perpisahan sejak awal perkahwinan. Ini bermakna peserta kajian sudah termaklum mengenai perpisahan fizikal samada realiti itu diterima secara sukarela atau sebaliknya. Tidak ketinggalan, kajian ini tidak memberi pengkhususan kepada jenis-jenis perkahwinan jarak jauh, sebaliknya memberi peluang kepada peserta kajian memberi makna terhadap pengalaman berjauhan dan proses kelangsungan hidup yang dialami oleh pasangan tersebut. Walaubagaimanapun, dalam menyelami makna pengalaman kelangsungan hidup oleh peserta kajian, usia perkahwinan yang menjangkau dua tahun ke atas menjadi asas dalam memahami konteks perkahwinan jarak jauh dengan lebih selepas mempertimbangkannya melalui dapatan kajian terdahulu.

1.1 Limitasi Kajian

Kajian kualitatif yang dijalankan oleh penyelidik melibatkan penggunaan sampel atau peserta kajian yang sedikit. Proses pemahaman yang mendalam mengenai makna dalam pengalaman individu atau pasangan yang terlibat dalam perkahwinan jarak jauh menyebabkan penyelidik perlu menghadkan kepada bilangan sampel kajian seramai tujuh ke 10 orang dan bergantung kepada ketepuan data (data saturation) . Meneliti kepada bilangan sampel yang kecil, maka adalah sukar untuk membuat generalisasi kepada populasi yang lebih besar berbanding menggunakan pendekatan kuantitatif yang boleh melibatkan sampel yang lebih besar. Namun begitu, pendekatan femomenologi bukanlah bertujuan untuk membuat generalisasi sebaliknya memberi fokus kepada pemahaman mengenai pengalaman yang dialami dan makna yang dianggap dalam konteks individu itu sendiri.

University

26

1.12 Kesimpulan

Perkahwinan jarak jauh yang semakin berkembang memerlukan pemahaman dan penelitian khususnya dalam meneroka dinamik perhubungan yang kompleks dalam pasangan yang terpaksa menjalani kehidupan suami isteri dan anak-anak secara berasingan. Perubahan daripada bentuk keluarga yang tradisional ke arah bentuk keluarga yang lebih kontemporari sememangnya memberi impak kepada kefungsiaan dan struktur keluarga itu sendiri. Justeru, perhatian terhadap pasangan perkahwinan jarak jauh dan gambaran sebenar pada makna interaksi mereka akan dapat membantu pemerolehan data secara empirikal yang menyeluruh terhadap fenomena ini. Tujuan kajian yang mahu memahami pengalaman melalui makna yang diterjemahkan oleh peserta kajian kelak akan dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya kepada pengamal kaunseling keluarga, pihak kerajaan mahupun Jabatan Agama Islam dalam merancang intervensi dan modul yang sesuai melalui tema yang akan timbul kelak. Tidak ketinggalan, pendedahan mengenai teori pertautan dan kerangka konseptual berupaya menjadi panduan kepada penyelidik dalam mencapai objektif kajian yang telah disasarkan. Tidak ketinggalan, perbincangan mengenai limitasi dan delimitasi kajian membantu pembaca untuk menilai dan mengetahui secara keseluruhan mengenai skop yang menjadi fokus penyelidik dalam fenomena perkahwinan jarak jauh yang ingin dijalankan.

University

27

BAB 2: