• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAPATAN KAJIAN

4.3 Profil Peserta Kajian

(a) Latar Belakang Peserta Kajian P01

Peserta kajian pertama seorang perempuan yang berumur 35 tahun. Beliau mempunyai kelayakan akademik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Diploma Pendidikan. Memperoleh Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Terbuka Malaysia dengan pengkhususan dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Beliau seorang guru Pemulihan Khas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Mempunyai pengalaman mengajar Pemulihan Khas selama lapan tahun. Sekolah terkini merupakan tempat bertugas yang ketiga. Selain daripada guru mata pelajaran pemulihan Bahasa Melayu dan Matematik, juga ditugaskan sebagai Setiausaha Kokurikulum, Setiausaha Sekolah Selamat Untuk Denggi, guru rumah sukan, pengurus pasukan bola baling sekolah, guru penasihat Pertubuhan Pengakap dan guru penasihat Kelab Pencegahan Jenayah.

Sepanjang penyelidik berada di set lapangan, didapati peserta P01 menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan sangat berdedikasi. Sentiasa bersedia membantu murid-muridnya, meluangkan masa melayan dan membimbing bekas

173

murid yang berada dalam Tahun Empat dan Tahun Enam. Juga sentiasa menegur dan membetulkan kesalahan murid, mengambil berat tentang murid, mesra, sering memberi nasihat, memberi bimbingan, sentiasa berpakaian kemas dan menepati masa. Selain itu, beliau juga sentiasa mengemas kini sudut pembelajaran di dalam bilik darjah, mengemas kini dokumen atau fail yang berkaitan. Dalam bidang kokurikulum Peserta P01 ialah Jurulatih Utama (JU) Program Pemulihan Khas bagi Negeri Perlis. Beliau telah dianugerahkan Guru Cemerlang (GC) DG32 pada tahun 2009.

(b) Latar Belakang Peserta Kajian P02

Guru yang menjadi peserta kajian kedua seorang perempuan berumur 58 tahun. Mempunyai kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia dan kelayakan ikhtisas iaitu Sijil Perguruan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (AM). Mula berkhidmat sebagai pendidik pada tahun 1976. Sekolah terkini merupakan sekolah yang keempat dalam perkhidmatannya. Berpengalaman mengajar murid Pemulihan Khas selama 20 tahun. Antara tugas yang dipertanggungjawabkan kepada beliau selain sebagai tenaga pengajar dan pelaksana Program Pemulihan Khas ialah Setiausaha Unit Pemulihan Khas, dan ahli jawatankuasa Ke Arah Sekolah Kluster & Program Kecemerlangan. Sementara bagi meningkatkan kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pemulihan Khas, beliau telah mengikuti banyak kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh pihak kementerian pelajaran. Antaranya, Kursus Pembinaan Modul Ujian Diagnostik Pemulihan Khas. Beliau juga mengambil inisiatif sendiri bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan menghasilkan sebuah buku iaitu “Bijak Membaca,” bagi kegunaan murid Pemulihan Khas. Selain itu, bagi meningkatkan motivasi muridnya, beliau menamakan bilik

174

Pemulihan Khas dengan nama “Anjung Balkis.” Hasil keringat dan usahanya, pihak sekolah telah menganugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada beliau pada tahun 2011.

(c) Latar Belakang Peserta Kajian P03

Peserta kajian ketiga seorang perempuan, berumur 37 tahun. Mempunyai kelayakan akademik sarjana muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan. Kelayakan ikhtisas iaitu Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dengan pengkhususan Pemulihan Khas. Sekolah kini merupakan sekolah yang kedua bagi beliau. Mula bertugas pada tahun 2008. Antara tugas yang diamanahkan kepada beliau di sekolah terkini ialah setiausaha kurikulum sekolah, setiausaha Unit Pemulihan Khas, ahli jawatankuasa LINUS, panitia Bahasa Melayu, ahli jawatankuasa Pengurusan Sekolah, Perancangan dan Strategik, ahli jawatankuasa Standard Kualiti Pelajaran Malaysia, ahli jawatankuasa Aset Sekolah, dan ahli jawatankuasa Sarana Sekolah. Beliau juga diamanahkan menjalankan tugas sebagai JU Pemulihan Khas bagi peringkat kebangsaan bermula pada 2013, dan JU Pemulihan Khas peringkat Negeri Perlis dari tahun 2010 hingga kini. Hasil perbualan penyelidik dengan guru besar, peserta P03 ialah seorang guru yang cemerlang dan komited dengan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

(d) Latar Belakang Peserta Kajian P04

Peserta kajian keempat seorang lelaki berumur 58 tahun. Mempunyai kelayakan akademik Siji Pelajaran Malaysia. Mempunyai kelulusan ikhtisas Sijil Perguruan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (AM). Berpengalaman mengajar kumpulan murid Pemulihan selama 25 tahun. Beliau merupakan GC dan memperolehi APC sebanyak

175

dua kali iaitu pada tahun 1997 dan 2006. Sangat berminat dengan pembangunan kelas dan pedagogi Pemulihan Khas. Dibuktikan dengan penglibatan sebagai penceramah dalam 14 siri kursus Pedagogi Pemulihan Khas kepada guru-guru Pemulihan Khas yang baharu berkhidmat di seluruh negara anjuran Bahagian Pendidikan Guru dan Bahagian Pendidikan Khas, KPM. Mengecapi keseronokan dan kepuasan bekerja apabila memaklumkan muridnya ada yang telah berjaya, ramai yang menjadi guru, dan seorang muridnya menjadi pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi di Pulau Pinang.

(e) Latar Belakang Peserta Kajian P05

Peserta kajian yang kelima seorang perempuan, berumur 42 tahun. Mempunyai kelayakan akademik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Kelayakan ikhtisas iaitu Sijil Perguruan Asas. Memulakan perkhidmatan perguruan pada 1997. Sekolah terkini merupakan sekolah yang ketiga bagi beliau. Antara tugas yang diamanahkan kepada beliau selain tenaga pengajar Program Pemulihan Khas ialah Guru Penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks, Setiausaha Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG), Penolong Setiausaha Peperiksaan, ahli jawatankuasa Prasekolah, ahli jawatankuasa Pengurusan Aset Sekolah, ahli jawatankuasa Kebajikan Murid dan Jawatankuasa Program Khas. Manakala dalam bidang kokurikulum beliau menjalankan tugas sebagai guru rumah sukan, jurulatih pasukan bola tampar, penasihat Persatuan Bahasa Melayu dan penasihat Pertubuhan Pengakap. Demi meningkatkan profesionalisme perguruan, beliau mengikuti pengajian secara separuh masa di Universiti Terbuka Malaysia untuk memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu. Peserta kelima ini menerima APC pada tahun 2010.

176 (f) Latar Belakang Peserta Kajian P06

Guru yang menjadi peserta kajian yang keenam seorang perempuan, berumur 45 tahun. Mempunyai kelayakan akademik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Kelayakan ikhtisas iaitu Sijil Perguruan Asas (1989/1991) dengan pengkhususan Pengajian Sekolah Rendah/Pengajian Melayu. Selanjutnya memperoleh sarjana muda dalam bidang Pendidikan dengan pengkhususan Pendidikan Khas daripada Universiti Terbuka Malaysia. Memulakan perkhidmatan sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu selama 10 tahun. Bermula dari 2002 hingga kini bertugas mengajar Pemulihan Khas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Selain menunaikan tanggungjawab sebagai tenaga pelaksana Program Pemulihan Khas, beliau juga diberi tanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut iaitu setiausaha kokurikulum sekolah, penyelaras unit beruniform, penasihat & jurulatih pasukan bola jaring dan bola baling sekolah. Manakala dalam pengurusan dan pentadbiran beliau menjalankan tugas sebagai penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks, ahli jawatankuasa Pengurusan dan Pemikir Sekolah, ahli jawatankuasa Induk Kurikulum, ahli jawatankuasa Bimbingan Pelajar, ahli jawatankuasa Unit Disiplin, ahli jawatankuasa Bilik-Bilik Khas, dan ahli jawatankuasa Stok & Inventori. Sementara tugas-tugas luar pula, beliau menjalankan tugas sebagai JU Pemulihan Khas peringkat negeri sejak 2006 hingga kini, dan JU Pemulihan Khas peringkat kebangsaan dari 2006 hingga tahun 2012. Beliau memperoleh APC sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2002 dan 2012.

177

4.4 Soalan kajian 1: Bagaimanakah Amalan Pengajaran Guru Terhadap