• Tidak ada hasil yang ditemukan

METODOLOGI KAJIAN

3.7 Kaedah Pengumpulan Data

3.8.2 Proses Penganalisisan Data

Penganalisisan data kualitatif yang menggunakan kaedah analisis perbandingan secara berterusan melibatkan kombinasi koleksi data dengan analisis. Kaedah ini bermaksud bahawa analisis awal data itu bermula sebaik sahaja penyelidik memulakan kerja lapangan. Melalui kaedah ini, pengumpulan dan penganalisisan data berjalan serentak. Misalnya, setelah penyelidik menjalankan temu bual, data yang diperoleh akan dianalisis dan disusuli dengan pembinaan pola-pola daripada data (Bryman, 2001).

158

Tahap yang penting dalam sesuatu kajian ialah penganalisisan data. Data dikumpulkan daripada pelbagai sumber iaitu melalui pemerhatian, penelitian serta analisis dokumen, dan temu bual. Oleh itu, penyelidik dalam kajian ini menguruskan jumlah data yang besar dan tidak tersusun yang diperoleh dari kerja lapangan melalui tiga peringkat iaitu (a) memahami data (b) menghasilkan kategori, dan (c) konsep analitikal. Data yang dikumpulkan secara kualitatif kaya dengan maklumat, natural, unik dan kompleks. Data-data tersebut menuntut penyelidik menanganinya dengan berhati-hati supaya kajian menjadi bermakna dan berguna (Miles dan Huberman, 1994). Untuk menguruskan data tersebut, penyelidik melaksanakan tugasan seperti berikut:

3.8.2.1 Memahami Data

Penyalinan semula dan pengindeksan semua transkrip temu bual, catatan pemerhatian dan penelitian dokumen berkaitan merupakan langkah awal dalam prosedur penganalisisan data. Langkah seterusnya ialah memahami data yang terkumpul dan diberikan kod. Dalam proses memahami data, persoalan seperti; (a) Apakah yang dinyatakan dalam data? dan (b) Bagaimanakah menjawab soalan penyelidikan? Adalah menjadi tumpuan penyelidikan (Gay, Mills, & Airasian, 2006).

3.8.2.2 Pengkodan

Kaedah analisis data dimulakan dengan pengekodan terbuka iaitu pembacaan teks secara reflektif dan mengenal pasti kategori berkaitan (Bryman, 2001; Creswell, 1998; Gibbs, 2002; Merriam, 1998). Pada peringkat pengekodan, penyelidik meneliti teks untuk mendapatkan kategori yang menonjol daripada nodes dengan membuat

159

perbandingan dan bertanyakan soalan. Kategori-kategori tersebut diberi nama atau dilabelkan. Teks sebenarnya merupakan contoh kepada fenomena umum dan tajuk

nodes sepatutnya menunjukkan idea yang lebih umum. Bagi memahami data,

penyelidik membaca transkripsi beberapa kali menerusi skrin komputer sebelum melabelkan ke dalam nodes. Seterusnya, penyelidik merujuk kepada soalan penyelidikan utama dan soalan subpenyelidikan apabila membaca setiap perenggan dalam set transkrip. Kemudian penyelidik meneliti setiap unit data dengan meneliti perenggan demi perenggan, ayat demi ayat bagi melihat idea dan teks untuk dikod dalam nodes terbuka.

Penyelidik juga mengenal pasti soalan kajian manakah yang dapat dikaitkan dengan ayat dan perenggan yang dibaca. Semasa membaca, penyelidik sentiasa bertanya soalan-soalan daripada teks seperti siapa, bila, mana, apa, bagaimana, banyak mana, kenapa dan sebagainya. Penyoalan sebegini penting supaya penyelidik peka terhadap isu teoritikal di sebalik teks dan juga berupaya memberikan sensitiviti penyelidik kepada tahap yang lebih mendalam. Kemudian penyelidik menandakan bahagian yang berkaitan dan memasukkan ke dalam nodes yang berkaitan. Penyelidik melakukan proses ini sehingga selesai set transkrip pemerhatian dan set transkrip temu bual tersebut.

Bahagian penting semasa pengkodan ialah mengenal pasti kepunyaan atau pemilikan dan ukuran nodes. Melalui pemilikan membawa pelbagai makna perspektif atau aspek nodes. Contohnya, nodes sikap ada empat jenis dan beberapa aspek. Dalam Nvivo mudah untuk menguruskan nodes ini. Penyelidik menggunakan treenodes dan meletakkan nodes kepunyaannya sebagai anak kepada nodes yang dirujuk.

160

Seterusnya penyelidik menjalankan proses membina treenodes. Penyelidik memasukkan nodes atau kategori yang telah dilabelkan di bawah kategori masing-masing. Melalui proses ini penyelidik dapat melihat pola-pola yang timbul daripada data. Semasa memahami data ini juga, penyelidik telah menulis beberapa memo melalui aplikasi yang disediakan dalam program Nvivo. Penyelidik juga melakukan rangkaian atau menghubungkan pada dokumen-dokumen yang berkaitan untuk menunjukkan dengan lebih jelas tentang sesuatu data yang dikaji.

Ringkasnya, proses memasukkan nodes ke dalam kategori yang sesuai memerlukan daya pengamatan dan ketelitian untuk memahami data yang dianalisis. Melalui penggunaan program Nvivo, data tersebut dapat diuruskan dengan lebih teratur dan memudahkan penyelidik menangani kategori-kategori secara sistematik.

3.8.2.3 Penghasilan Kategori Analitikal

Proses yang sering membandingkan kategori dan perhubungannya secara berulang kali membolehkan penyelidik melihat perbezaan perspektif daripada kategori peserta berlainan yang terlibat dalam kajian ini (Marohani, 2001; Merriam, 1998). Semasa proses memahami data, penyelidik sentiasa mencatatkan memo terhadap sesuatu kategori yang dianalisis. Penulisan memo penting dilakukan oleh penyelidik sebagai cara untuk membuat ulasan semasa pengkodan (Gibbs, 2002). Penulisan memo adalah tentang nodes atau pengkodan yang perlu diasingkan daripada dokumen asal. Memo ditulis secara berasingan dan penyelidik harus mencipta kategori-kategori dengan gaya induktif untuk menjelaskan perkara yang dikaji. Bagi menggambarkan pandangan atau pendapat ini, dalam Nvivo ada kategori khas yang dipanggil “memo” yang memisahkan catatan memo daripada dokumen asal. Memo dalam

161

Nvivo ialah dokumen lain, yakni memo juga boleh dikodkan, dicari, diasingkan ke dalam satu set dan dihubungkan oleh penyelidik untuk membuat sebarang keputusan (Bryman, 2001).

Penyelidik telah mengikut panduan menulis memo seperti yang disarankan oleh Gibbs (2002) supaya sentiasa memberi keutamaan untuk menulis memo apabila sesuatu idea terlintas di fikiran. Penyelidik menulis memo mulai data lapangan yang pertama dan diteruskan sehingga laporan ditulis. Penyelidik mengasingkan memo daripada dokumen yang sebenar dan menulisnya dengan gaya analitik. Penyelidik juga membincangkan tentang sesuatu perkara daripada dokumen memo iaitu mengenai nodes, konsep dan idea.

Penyelidik membuat memo pada tahap konseptual dan mengelakkan perbincangan tentang ciri-ciri individu kecuali contoh tentang konsep umum. Penyelidik juga memasukkan sebarang gerak hati, tekaan atau agakkan dan sebarang sokongan atau bukti daripada data melalui catatan pemerhati (cp). Pendekatan ini untuk memudahkan penyelidik kembali semula dan memikirkan tentang gerak hati yang disokong oleh bukti tadi. Semasa penganalisisan berlangsung, memo boleh diubah suai kerana memo bukan data utama. Penyelidik menyimpan teks yang asli dan hanya menambah ulasan. Tiada sebarang had dalam penulisan memo. Penyelidik menyenaraikan nodes untuk membantu penyelidik melakukan rujukan menyilang. Penyelidik juga mempertimbangkan untuk menggabungkan nodes jika memo memperlihatkan persamaan. Penyelidik juga (Gibbs, 2002) menghubungkan memo dan meletakkan dalam nota lapangan sebagai perbincangan dan analisis sesuatu kes.

162

Data yang telah dianalisis ini dipaparkan dalam bentuk naratif, jadual, rajah pokok dan carta (Miles & Huberman, 1994). Dalam kajian ini penyelidik memaparkan data dalam bentuk naratif, jadual dan carta iaitu dengan memperihalkan semula perkara yang diperkatakan oleh peserta kajian semasa pemerhatian, analisis dokumen, dan temu bual. Petikan perbualan secara verbatim yang diperoleh daripada perisian Nvivo digunakan untuk menyokong huraian dan kesimpulan penulisan. Paparan data dalam bentuk jadual dan carta digunakan untuk menunjukkan dengan jelas perbezaan dan persamaan tentang dapatan kajian.

Peringkat akhir menganalisis data ialah menghasilkan ketegori analitikal dan konsep. Penggunaan perisian Nvivo dalam penganalisisan data memudahkan pengurusan data terutamanya semasa menghasilkan kategori analitikal dan konsep. Seterusnya penyelidik melihat pola-pola daripada kategori dan konsep bagi menghasilkan pernyataan-pernyataan dapatan kajian tentang aplikasi SPB dalam kalangan murid Pemulihan Khas.