• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan kajian 1: Bagaimanakah Amalan Pengajaran Guru Terhadap Pembelajaran Murid dalam Program Pemulihan Khas?

DAPATAN KAJIAN

4.4 Soalan kajian 1: Bagaimanakah Amalan Pengajaran Guru Terhadap Pembelajaran Murid dalam Program Pemulihan Khas?

Bagi menjawab soalan kajian pertama, penyelidik mengklasifikasikan kepada tiga peringkat dengan mengambil kira pandangan Sharifah Alwiah (1986) dan Abdull Sukor (2011) bahawa pengajaran melibatkan proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Pada kategori perancangan, penyelidikan ini menganalisis bentuk-bentuk berkaitan organisasi perancangan melalui kategori pemilihan sukatan pelajaran, dan kategori rancangan pengajaran harian. Pada peringkat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan ini menganalisis kategori permulaan pengajaran, kategori set induksi, kategori kaedah/teknik pengajaran dan pembelajaran, dan seterusnya kategori penilaian.

4.4.1 Organisasi Perancangan

Pemilihan sukatan pelajaran bagi perancangan pengajaran merupakan langkah pertama bagi seseorang guru sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan diperlukan bagi memastikan objektif yang hendak dicapai dan bagaimana untuk mencapainya. Sehubungan dengan itu, penyelidikan ini melihat bagaimana guru menggunakan sukatan pelajaran untuk persediaan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu terhadap murid Program Pemulihan Khas.

4.4.1.1 Pemilihan Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran yang digunakan dalam pelaksanaan Program Pemulihan Khas berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas KBSR dan Sukatan Pelajaran LINUS (LINUS Tegar). Sepanjang penelitian yang dijalankan didapati

178

amalan perancangan guru Pemulihan Khas dalam pemilihan penggunaan sukatan pelajaran merangkumi: (a) menggunakan Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas KBSR. (b) menggabung Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas KBSR & Sukatan LINUS. (c) mengubah suai sukatan. (d) tidak mengikut sukatan pelajaran. Rumusan amalan pada permulaan pengajaran adalah seperti jadual 4.1 berikut:

Jadual 4.1

Rumusan Amalan Pemilihan Penggunaan Sukatan Pelajaran

Sukatan Pelajaran (SP) P01 P02 P03 P04 P05 P06

Menggunakan SP Pemulihan Khas x x

Menggunakan SP Pemulihan Khas & Sukatan LINUS

x x x

Mengubah suai SP x x x

Tidak mengikut SP x

Keterangan „x‟ bermakna mewakili data. P01 hingga P06 – peserta 1 hingga peserta 6.

Terdapat sebahagian guru Pemulihan Khas agak keliru tentang pemilihan sukatan pelajaran untuk dirujuk dalam perancangan dan pelaksanaan bagi pengajaran murid Pemulihan Khas. Contoh data temu bual peserta P01 tentang pemilihan sukatan pelajaran.

… sebab banyak guru-guru keliru. Sebab diberi arahan tetapi tidak ada hitam putih. Tu yang diberitahu fasilinus. Kata, cikgu kena guna sukatan LINUS. Kami pertikaikan sebab pencapaian murid yang masuk tu kalau tak boleh baca /a/, /b/, /c/, macam mana nak guna sukatan LINUS, sebab sukatan LINUS yang pertama penguasaan perkataan kvkv. Tu tinggi tu. Itu kemahiran yang kelima dalam Sukatan Pemulihan. Jadi kita terpaksa guna sukatan Pemulihan dulu. Bagi betul-betul dia kuasai huruf, suku kata, baru boleh masuk kepada sukatan LINUS.

179

Menurut P01, arahan pemilihan penggunaan sukatan pelajaran tidak jelas sama ada penggunaan sukatan pelajaran Pemulihan KBSR atau Sukatan LINUS. Peserta P01 menyatakan bahawa aras paling rendah dalam Sukatan Pelajaran LINUS ialah penguasaan suku kata terbuka iaitu kvkv. Penguasaan kemahiran suku kata terbuka kvkv merupakan kemahiran yang kelima dalam Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas. Sedangkan murid Pemulihan Khas yang tidak melepasi ujian diagnostik tidak dapat menguasai kemahiran mengenal huruf. Oleh itu, P01 terpaksa menggunakan Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas terlebih dahulu sebelum menggunakan Sukatan Pelajaran Linus.

Contoh data temu bual menggabung Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas KBSR dan Sukatan Pelajaran LINUS oleh peserta P01. “... kalau ikut 60% guna Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas KBSR, 40% sahaja LINUS untuk Tahun 2 (TBP01: 14-15). Menurut peserta P01, terdapat murid Pemulihan Khas Tahun Dua dan Tahun Tiga tidak boleh mengenal huruf. Oleh itu, beliau menggunakan Sukatan Pemulihan Khas terlebih dahulu kerana penguasaan kemahiran bahasa murid Pemulihan Khas terlalu rendah. Sehubungan dengan itu, beliau perlu memastikan murid Pemulihan Khas mengenal huruf terlebih dahulu. Sedangkan LINUS memulakan konstruk pertama dengan membaca suku kata kvkv. P01 menyatakan peringkat tersebut merupakan aras tinggi bagi murid Pemulihan Khas. Contoh data temu bual pernyataan tentang aras sukatan pelajaran oleh peserta P01.

Macam mana nak guna sukatan LINUS, sebab sukatan LINUS yang pertama penguasaan perkataan kvkv. Tu tinggi tu. Itu kemahiran yang kelima dalam sukatan Pemulihan. Jadi kita terpaksa guna sukatan Pemulihan dulu. Bagi betul-betul dia kuasai huruf, suku kata, baru boleh masuk kepada sukatan LINUS.

180

Pendapat peserta P01 tersebut dikukuhkan dengan pandangan peserta P05 berkaitan dengan aras penguasaan kemahiran bahasa dalam kalangan murid Pemulihan Khas. Contoh data temu bual P05 berkaitan aras kemahiran dalam pemilihan sukatan pelajaran. “Lebih suka ajar mengikut kemahiran Pemulihan. Macam LINUS, dia punya aras lebih tinggi” (TBP05: 22-23).

Peserta P05 menggunakan Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas (KBSR) sepenuhnya dalam membuat pemilihan untuk rancangan pengajaran harian (RPH). Contoh data temu bual penggunaan Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas (KBSR) oleh peserta P05: “Ikut Sukatan Pemulihan lagi. Untuk tahun dua dan juga tahun tiga” (TBP05: 15). “…ikut betul-betul apa yang diberikan. Ikut kemahiranlah. Mula dengan abjad sampai habis kemahiran 32 ni bacaan dan kefahaman” (TBP05: 46-47).

Peserta P06 turut menggunakan Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas (KBSR) sepenuhnya bagi merancang pengajaran harian dalam pengajaran murid Pemulihan Khas. Contoh data temu bual penggunaan sukatan pelajaran oleh peserta P06: “Saya guna Sukatan Pemulihan. Sebab saya nampak budak saya, budak Pemulihan bukan budak LINUS (TBP06: 15-16). Manakala peserta P01, P03 dan P04 telah menggunakan kedua-dua sukatan pelajaran iaitu Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas (KBSR) dan Sukatan Pelajaran LINUS. Contoh data temu bual pemilihan dan penggunaan sukatan pelajaran oleh peserta kajian P01.

... kalau ikut 60% guna sukatan pelajaran Pemulihan Khas KBSR, 40% sahaja LINUS untuk Tahun Dua. Sebab yang guna 40 % LINUS tu murid yang masuk kat Program Pemulihan ni kalau ikut apa orang kata pencapaian kemahiran dia tu terlalu rendah kalau dibandingkan dengan sukatan LINUS tu. Jadi saya terpaksa kena guna sukatan pemulihan KBSR.

181

Berdasarkan data temu bual P01 di atas, beliau lebih banyak menggunakan Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas. Alasan yang dinyatakan kerana murid yang ditempatkan ke dalam Program Pemulihan Khas dibawah capaian Program LINUS. Penguasaan kemahiran LINUS iaitu aras yang paling rendah ialah membaca atau membatang suku kata kvkv (konstruk satu). Secara perbandingan, membatang suku kata kvkv merupakan kemahiran peringkat kelima dalam Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas Menurut peserta P01 “…sukatan LINUS yang pertama, penguasaan perkataan kvkv. Tu tinggi tu. Itu kemahiran yang kelima dalam Sukatan Pemulihan. Jadi kita terpaksa guna Sukatan Pemulihan dulu” (TBP01: 33-35). Sedangkan murid dalam kategori Pemulihan Khas tidak mengenal huruf dan juga tidak boleh membatang suku kata. Sehubungan dengan itu. P01 berpendapat “Bagi betul-betul dia kuasai huruf, suku kata, baru boleh masuk kepada Sukatan LINUS” (TBP01: 35-36).

Pandangan P01 di atas, selari dengan pandangan P04 iaitu menggunakan kedua-dua sukatan pelajaran iaitu Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas (KBSR) dan Sukatan Pelajaran LINUS. Pada peringkat awal, Peserta P01 dan P04 memulakan pengajaran murid Pemulihan Khas dengan menggunakan Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas. Setelah murid boleh mengenal huruf dan menguasai kemahiran membatang suku kata baharulah peserta P01 dan P04 beralih menggunakan Sukatan Pelajaran LINUS. Contoh data temu bual pemilihan dan penggunaan sukatan pelajaran oleh peserta kajian P04.

Kedua-dua guna (Sukatan LINUS & Sukatan Pemulihan). Mula-mula guna Pemulihan dulu. Lepas tu bila dah nampak budak tu, nampak peningkatan, baru saya masuk LINUS. Guna modul dia. Kalau terus guna Modul LINUS, saya nampak budak tu payah. Sebab budak-budak tu LINUS tapi dia

182

Pemulihan. Jadi dengan strategi pemulihan ini kita nampak lebih kesan kepada budak.

(TBP04: 510-515)

Berlainan dengan peserta P03, walaupun menggunakan kedua-dua sukatan pelajaran iaitu Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas (KBSR) dan Sukatan Pelajaran LINUS, namun beliau mengkategorikan murid mengikut kebolehan dan penguasaan kemahiran bahasa bagi aplikasi penggunaan sukatan pelajaran. Contoh data temu bual pemilihan dan penggunaan sukatan pelajaran oleh peserta kajian P03.

Untuk p&p murid pemulihan saya pakai kedua-dua sekali. Untuk murid yang boleh capai sikit kena guna aras tinggi sikitlah, saya guna LINUS. Yang lemah, yang tak kuasai suku kata kv, yang belum kenal huruf lagikan, saya guna Sukatan Pemulihan KBSR.

(TBP03: 16-19)

Berdasarkan data temu bual di atas, peserta P03 menggunakan Sukatan Pelajaran LINUS untuk merancang pengajaran bagi murid Pemulihan Khas yang dikategori sebagai “maju.” Manakala Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas (KBSR) untuk merancang pengajaran bagi murid Pemulihan Khas yang dikategori sebagai “sederhana” dan “lemah.” Sementara dalam aspek mengubah suai sukatan pelajaran, peserta P01 menyatakan “Kita kena sesuaikan dengan pencapaian murid yang masuk tu,” (TBP01: 26-27). Peserta P03 pula mengubah suai cadangan dalam sukatan pelajaran mengikut isu atau tema semasa. Contoh data temu bual mengubah suai sukatan pelajaran oleh peserta P03.