• Tidak ada hasil yang ditemukan

Program Doktor Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 1. Syarat Kemasukan Entry requirement

1.1 Kelayakan minimum bagi permohonan mengikuti program Doktor Pendidikan Tinggi ialah:

1.1.1 Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dan 10 tahun pengalaman bekerja dalam institusi pendidikan pengajian tinggi atau industri berkaitan;

ATAU

1.1.2 Ijazah Sarjana dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dan pengalaman bekerja dalam institusi pendidikan pengajian tinggi atau industri berkaitan;

ATAU

yang diiktiraf oleh Senat;

DAN Lulus temuduga di peringkat Fakulti.

2. Proses Permohonan

2.1 Kemasukan calon Sarjana adalah pada tiap-tiap semester tahun akademik dan permohonan hendaklah dibuat tidak lewat daripada tiga bulan sebelum permulaan semester tersebut.

2.2 Permohonan hendaklah dibuat melalui borang atas talian dari system http://guest.ukm.my/ yang telah ditetapkan dan disampaikan kepada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik. Di samping maklumat tentang latar diri, cadangan bidang kajian dan jenis program pengajian yang ingin diikuti perlu dinyatakan.

2.3 Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti Pendidikan akan membuat keputusan tentang penerimaan calon dan kemudian akan disampaikan kepada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik untuk tindakan selanjutnya

3. Tempoh Pengajian Duration of study

3.1 Program Doktor Pendidikan Tinggi (Doctor of Education Programme) 3.1.1 Sepenuh masa: 6 hingga 12 semester (3-6 tahun) Full time: 6 – 12

semesters (3 – 6 years)

3.1.2 Separuh masa: 8 hingga 14 semester (4-7 tahun) Part time: 8 to 14 semeters (4 – 7 years)

4. Tambah masa pengajian

4.1 Seseorang calon boleh membuat permohonan tambah masa pengajian selepas tempoh maksimum secara bertulis kepada Dekan/Pengarah tertakluk kepada maksimum empat (4) semester.

4.2 Calon yang tempoh pengajiannya melebihi bilangan tahun maksimum termasuk tambahan masa yang disebut dalam subperaturan 8(1) boleh diberhentikan.

4.3 Walau apapun tempoh yang ditetapkan di bawah subperaturan 8(2), calon boleh memohon tambahan masa satu (1) semester sahaja tertakluk kepada keputusan Senat.

5. Penangguhan Pengajian

5.1 Penangguhan pendaftaran masuk pelajar baharu

(a) Calon yang telah diterima masuk tetapi belum mendaftar boleh memohon untuk menangguh pendaftaran masuk untuk tempoh tidak kurang daripada satu (1) semester dan tidak melebihi dua (2) semester

(b) Semua permohonan penangguhan pendaftaran masuk hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pusat Pengurusan Akademik sehingga tempoh empat (4) minggu daripada tarikh pendaftaran masuk.

72

(c) Calon yang gagal mematuhi tempoh yang ditetapkan di bawah subperaturan 5.1 (b) adalah dianggap menolak tawaran dan tawaran akan terbatal.

5.2 Pendaftaran pelajar sedia ada

(a) Calon sedia ada hendaklah mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan pada setiap semester/sesi bermula.

(b) Calon sedia ada yang tidak mendaftar dalam tempoh empat (4) minggu selepas semester/sesi bermula tanpa mendapatkan kebenaran secara bertulis untuk menangguhkan pengajian daripada Dekan/Pengarah akan diberikan status “Diberhentikan Sebab Tidak Mendaftar”.

(c) Calon yang telah diberhentikan di bawah subperaturan 18(2) boleh membuat rayuan secara bertulis kepada Dekan/Pengarah untuk meneruskan semula pengajian dengan syarat tidak melebihi dua (2) semester berturut-turut dan dikenakan bayaran proses permohonan dan bayaran denda lewat mendaftar seperti yang ditetapkan oleh Universiti.

(d) Tempoh tidak mendaftar tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada keperluan maksimum yang dibenarkan bagi melayakkan diri untuk suatu ijazah

5.3 Penangguhan pengajian pelajar sedia ada

(a) Calon boleh memohon untuk menangguhkan pengajian berdasarkan sebab yang munasabah dan tempoh penangguhan ini tidak akan diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh pengajian yang ditetapkan.

(b) Penangguhan pengajian boleh dibenarkan untuk tempoh minimum satu (1) semester dan tidak melebihi empat (4) semester di sepanjang tempoh pengajian.

(c) Walau apapun tempoh yang ditetapkan di bawah subperaturan 19(2), calon boleh memohon tambahan satu (1) semester sahaja untuk penangguhan pengajian tertakluk kepada kelulusan Senat. (d) Calon yang diluluskan penangguhan pengajian tidak dianggap

sebagai pelajar yang berdaftar dan tidak layak menggunakan sebarang kemudahan yang disediakan Universiti.

(e) Calon yang mengikuti program Sarjana Kerja Kursus Secara Bermodul tidak dibenarkan untuk menangguhkan pengajian. (f) Semua permohonan untuk menangguhkan pengajian hendaklah

dibuat secara bertulis kepada Dekan/Pengarah selewat lewatnya sehingga tempoh empat (4) minggu daripada tarikh semester/sesi bermula.

(g) Calon yang gagal mematuhi tempoh yang ditetapkan di bawah subperaturan 19(6) boleh diberhentikan dan subperaturan 18(3) adalah terpakai secara bersama.

6. Pendaftaran

6.1 Pendaftaran pelajar baharu

(a) Calon yang diterima masuk hendaklah mendaftar diri dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti.

(b) Calon tidak dibenarkan mendaftar selepas empat (4) minggu semester/sesi bermula kecuali bagi calon pengajian mod penyelidikan sahaja.

(c) Walau apapun tempoh yang ditetapkan di bawah subperaturan 6(a) dan 6(b), calon boleh memohon untuk menangguhkan pendaftaran seperti di bawah Peraturan 5.

6.2 Pendaftaran bagi calon sedia ada yang telah menyerahkan tesis Calon sedia ada yang telah menyerahkan tesis untuk pemeriksaan dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah terus mendaftar dan diberi status “Serah Tesis Untuk Pemeriksaan” sehingga peperiksaan lisan tesisnya selesai tanpa dikenakan yuran pengajian

7. Pendaftaran Kursus

Calon hendaklah mendaftar kursus yang ditetapkan oleh program seperti berikut:

7.1 Pendaftaran kursus boleh dilakukan melalui sistem espel.

7.2 Calon boleh mendaftar Blok 6 apabila calon telah lulus, 14 kursus pra-syarat dalam Blok 1, Blok 2 dan Blok 3. Kursus-kursus pra-syarat tersebut adalah:

7.2.1. Pengenalan kepada Pendidikan Tinggi 7.2.2. Hala Tuju Kerjaya Ahli Akademik 7.2.3. Rekabentuk Pengajaran dan Pembelajaran 7.2.4. Kaedah Penyelidikan

7.2.5. Penyelidikan dan Penerbitan 7.2.6. Seminar Pendidikan Tinggi 7.2.7. Pengurusan Hasil Penyelidikan 7.2.8. Metodologi Penyelidikan Kualitatif 7.2.9. Pemantapan Penyelidikan dan Penerbitan 7.2.10. Metodologi Penyelidikan Kuantitatif 7.2.11. Pengenalan Kajian Tindakan

7.2.12. Model Pengukuran 7.2.13. E-Pembelajaran

7.2.14. Penulisan Makalah Jurnal Berimpak dan Berindeks

8. Beban Kerja

8.1 Syarat Penulisan

8.1.1 Syarat penulisan bagi disertasi konvensional ialah:

i. 2 Jurnal Berindeks (SCOPUS/ISI/ERA yang diiktiraf oleh Fakulti Pendidikan) dan 1 pasca-sidang di peringkat Antarabangsa atau Kebangsaan

74

ii. Telah diterima untuk penerbitan 8.1.2 Syarat penulisan bagi disertasi secara kompilasi

i. 3 (Tiga) artikel dalam jurnal berimpak tinggi ii. Telah diterima untuk penerbitan

Semua penerbitan wajib ditulis bersama penyelia 8.2 Pemilihan Kursus

Calon boleh membuat pemilihan kursus-kursus yang hendak diambil berdasarkan kepada kursus-kursus yang ditawarkan di dalam espel. Sekiranya calon tidak mengambil atau terlepas mengambil kursus yang ditawarkan, calon perlu menunggu kursus tersebut ditawarkan semula pada kitaran yang seterusnya.

8.3 Pendaftaran Kursus

Kursus-kursus yang perlu diikuti bagi sesuatu program pengajian hendaklah didaftarkan dalam masa 4 minggu daripada tarikah panawaran sesuatu kursus.

9. Keperluan Menghadiri Kuliah

9.1 Calon yang telah mendaftar sesuatu kursus tetapi tidak mengikutinya akan diberikan status Gagal bagi kursus berkenaan.

9.2 Calon perlu hadir sekurang-kurang 70% daripada masa kursus.

9.3 Permohonan untuk tidak hadir ke kelas atas sebab-sebab kesihatan hendaklah disertakan dengan pengesahan salah seorang doktor yang merawat calon berkenaan yang terdiri daripada doctor kerajaan, pegawai perubatan university dan doktor panel Universiti sahaja. Permohonan atas sebab-sebab lain boleh dipertimbangkan atas budi bicara Fakulti. Peperiksaan gentian boleh diatur berdasarkan kepada merit kes-kes tersebut.

10. Gugur Kursus atau Tarik Diri

10.1 Calon dibenar menarik diri dari kursus yang didaftarkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum kursus ditawarkan.

10.2 Calon yang gagal menarik diri seperti yang dinyatakan dalam subperaturan (10.1) perlu menjelaskan semula bayaran yuran bagi kursus yang berkenaan.

11. Pemindahan Kredit

11.1 Calon yang berpindah dari universiti luar yang diiktiraf oleh senat dan telah mengikuti kursus tertentu boleh memohon untuk menyetarakan dengan kursus yang setara yang perlu diikuti.

11.2 Kursus setara yang telah diambil itu hendaklah tidak melebihi tempoh lima (5) tahun dari tarikh pendaftaran masuk ke universiti.

11.3 Jumlah kredit maksimum yang boleh dipindahkan ialah sebanyak dua belas (12) kredit atau tiga (3) kursus dengan sekurang-kurangnya gred B atau setara dan tertakluk kepada bayaran pemprosesan.

11.4 Permohonan untuk pemindahan kredit hendaklah dibuat secara bertulis kepada Dekan/Timbalan Dekan Akademik Fakulti berserta resit bayaran.

12. Tesis

12.1 Penulisan tesis mestilah asli, iaitu tesis tersebut tidak diserahkan kepada university lain. Jika sebahagian dari karya itu ingin diambil, penulis mestilah memasukkan sumber rujukan dengan jelas.

12.2 Jika dipersetujui oleh penyelia atau Jawatankuasa Penyeliaan, calon boleh menerbitkan kertas-kertas tentang karyanya dalam masa beliau sedang menjalani program dengan syarat bahawa kertas-kertas itu hendaklah mengandungi penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada universiti. 12.3 Disertasi Doktor Pendidikan Tinggi hendaklah adalah diantara 60,000 – 80

000 perkataan. Jumlah perkataan tidak termasuk catatan bawah, petikan, formula, jadual, gambar rajah dan sebagainya.

12.4 Kebenaran menulis tesis melebihi had panjang yang telah ditetapkan boleh diperolehi dengan memohon kepada Dekan/Timbalan Dekan Akademik Fakulti sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum mengemukakan tesis untuk diperiksa.

12.5 Tesis mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia dan hendaklah didahului dengan abstrak dalam Bahasa Malaysia dan diikuti terjemahan abstrak dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. Dalam keadaan tertentu, tesis boleh ditulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab dan terjemahan abstraknya dalam Bahasa Malaysia. Permohonan untuk menulis dalam bahasa lain (Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab sahaja) hendaklah mendapat kelulusan daripada Dekan/Timbalan Dekan Akademik Fakulti. Permohonan perlu dibuat secara bertulis selewat-lewatnya pada semester kedua.

12.6 Peraturan-peraturan tentang penyediaan tesis adalah seperti yang terdapat di dalam buku Panduan Menulis Tesis Gaya UKM. Calon adalah dinasihatkan untuk mendapatkan buku panduan itu dan mengikuti peraturan-peraturan yang ada sepenuhnya.

12.7 Seseorang calon yang akan menyerahkan tesis hendaklah:

12.7.1 Memberi notis secara bertulis kepada Dekan/Timbalan Dekan Akademik Fakulti 3 bulan sebelum menyerahkan tesis untuk pemeriksaan.

12.7.2 Mendapat pengesahan bertulis daripada penyelia, penyelia utama dan penyelia bersama atau Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan terlebih dahulu.

12.7.3 Sertakan abstrak tesis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang tidak melebihi 300 patah perkataan

12.8 Tesis boleh diterbitkan setelah mendapat kebenaran dari Universiti. .

76

13. Penyelia atau Jawatankuasa Penyeliaan

13.1 Penyelia atau Jawatankuasa Pengajian Siswazah

13.1.1 Calon yang menjalankan penyelidikan dan penulisan disertasi di Blok 6 akan dibimbing oleh Penyelia dan Penyelia Bersama atau Jawatankuasa Pengajian Siswazah yang akan dilantik oleh Fakulti Pendidikan berpandukan cadangan daripada Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti Pendidikan.

13.1.2 Lantikan Penyelia Utama dan Penyelia Bersama boleh terdiri daripada ahli akademik di Fakulti Pendidikan atau dari Fakulti lain di Universiti Kebangsaan Malaysia.

13.1.3 Penyelia Utama memikul tugas dan tanggungjawab yang lebih, manakala Penyelia Bersama menjadi pembantu kepada Penyelia Utama

13.1.4 Jawatankuasa Pengajian Siswazah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga orang ahli akademik termasuk seorang Pengerusi. Bagi penilaian tesis, seorang ahli tambahan hendaklah dilantik dari luar jabatan tetapi bidang pengkhususannya berkaitan dengan pengajian calon.

14. Penilaian

14.1 Calon Doktor Pendidikan Tinggi yang menulis disertasi perlu:

14.1.1 Pembentangan Usulan Penyelidikan yang mengandungi Bab1, Bab2 dan Bab 3. Calon boleh membentang apabila usulan penyelidikan lengkap dan mendapat persetujuan daripada penyelia utama. Seorang pemeriksa yang terdiri daripada ahli akademik di Fakulti Pendidikan atau Fakulti lain di UKM akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Akademik bagi menilai usulan penyelidikan.

14.1.2 Pembentangan Kemajuan, selepas calon telah mengumpul data.

14.1.3 Pembentangan Pemantapan selepas calon telah menyiapkan draf lengkap disertasi. Pada peringkat ini seorang pemeriksa yang terdiri daripada ahli akademik di Fakulti Pendidikan atau Fakulti lain di UKM akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Akademik bagi menilai draf disertasi calon. 14.1.4 Disertasi akan diperiksa oleh Pemeriksa Dalam dan Pemeriksa

Luar

14.1.5 Peperiksaan Lisan bagi mempertahankan disertasi 14.2 Jawatankuasa Peperiksaan Lisan Disertasi

14.2.1 Seorang Seorang Profesor/Profesor Madya Fakulti Pendidikan sebagai Pengerusi

14.2.2 Dekan Fakulti/Pengarah Institut atau wakilnya

14.2.3 Ketua Jabatan/Pengerusi Pusat Pengajian atau wakilnya 14.2.4 Pemeriksa Luar; dan

14.2.5 Pemeriksa Dalam

sesi peperiksaan lisan calon di bawah seliannya. 14.3 Taraf “Gagal dan Diberhentikan”

Calon yang mengikuti pengajian boleh diberikan taraf “Gagal dan Diberhentikan Sebab Prestasi Akademik” jika calon memperoleh laporan kemajuan seperti berikut:

14.3.1 “dengan Ingatan sebanyak empat kali sepanjang tempoh pengajian; atau

14.3.2 “dengan Amaran” sebanyak dua kali sepanjang tempoh pengajian; atau

14.3.3 Gabungan dua “dengan Ingatan” dan satu “dengan Amaran” sepanjang tempoh pengajian; atau

14.3.4 “Gagal dan Diberhentikan” pada mana-mana semester.

14.4 Tempoh Pembetulan Tesis

14.4.1 Tempoh maksimum pembetulan kali pertama adalah selama dua belas (12) bulan dan tempoh maksimum pembetulan kali kedua adalah tiga (3) bulan.

14.4.2 Bagi calon yang diberi tempoh pembetulan dua belas (12) bulan pada pemeriksaan kali pertama, dikehendaki menyerah tesis yang telah diperbaiki untuk tujuan pemeriksaan ulangan dan perlu melalui peperiksaan lisan ulangan.

14.4.3 Calon yang gagal menyerah tesis dalam tempoh maksimum adalah dianggap gagal dan akan diberi status “Gagal dan Diberhentikan Sebab Kandas”.

15. Penilaian Kerja Kursus

15.1 Gred dan Nilai Gred

Gred dan Nilai Gred untuk kerja kursus akan diberikan penilaian seperti berikut:

Markah Gred Nilai Gred Taraf

80 - 100 A 4.00 Lulus 75 - 79 AM 3.67 Lulus 70 - 74 BP 3.33 Lulus 65 - 69 B 3.00 Lulus 60 - 64 BM 2.67 Gagal 55 - 59 CP 2.33 Gagal 50 - 54 C 2.00 Gagal 45 - 49 CM 1.67 Gagal 40 - 44 D 1.00 Gagal 0 - 39 E 0.00 Gagal

78

SM 0.00 Sedang Maju

L/K

Lulus/Kandas

(Bagi kursus tanpa gred)

TL Tidak Lengkap

AU Audit

TD Tarik Diri DK Dikecualikan

15.2 Gred Tanpa Nilai

15.2.1 L/K (Lulus/Kandas) adalah gred yang akan diberikan kepada calon untuk kerja kursus. Gred lulus adalah 65% (Gred B) keatas.

15.2.2 TL (Tidak Lengkap) iaitu gred yang diberikan kepada calon yang tidak dapat menlengkapkan keperluan kursus atas alasan yang munasabah. Calon perlu melengkapkan keperluan tersebut sekurang-kurangnya dalam tempoh dua (2) minggu selepas pendaftaran semester berikutnya untuk mendapatkan penilaian penuh.

15.2.3 SM (Sedang Maju) iaitu gred yang digunakan bagi suatu kerja atau projek yang melebihi satu semester untuk disiapkan. Ia tidak diberi mata nilaian tetapi unit baginya hanya dikira untuk penentuan unit umum bagi sesuatu semester dan bukan untuk keperluan penilaian untuk mendapatkan ijazah. Unit dan nilai gred bagi kerja atau projek tersebut hanya diambil kira bagi maksud pengiraan jumlah unit untuk keperluan ijazah dan purata nilaian apabila simbol SM digantikan dengan gred;

15.3 Syarat-syarat untuk Mengulangi Kerja Kursus

15.3.1 Calon yang kandas dalam kursus yang didaftarkan diwajibkan mengulang kursus berkenaan pada semester yang berikutnya. Bagi kursus yang diulang, calon perlu membayar yuran kursus yang berkenaan.

16. Rayuan Untuk Meneruskan Semula Pengajian

16.1 Calon yang gagal memenuhi syarat untuk meneruskan pengajian dan diberi status “Gagal dan Diberhentikan Sebab Prestasi Akademik” dibenarkan merayu untuk meneruskan pengajian tertakluk kepada persetujuan penyelia dan perakuan Fakulti.

16.2 Setiap rayuan hendaklah dikemukan kepada Dekan Fakulti/Timbalan Pusat Pengurusan Akademik dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh surat dikeluarkan atau selepas pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.

Setiap rayuan hendakla disertakan dengan bayaran RM50.00 yang ditetapkan. Bayaran ini tidak boleh dituntut balik. Sebarang rayuan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

16.3 Apabila diterima permohonan rayuan, Dekan Fakulti/Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik akan memajukan permohonan kepada Ketua Jabatan/Pengerusi Program untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah berkenaan.Tertakluk perakuan Senat, Jawatankuasa Pengajian Siswazah berhak untuk:

a. menerima atau menolak sesuatu rayuan;

b. membua keputusan terhadap semuan rayuan yang dipertimbangkan;

Setiap keputusan yang dibuat oleh Fakulti/Pusat Pengurusan Akademik adalah muktamad dan sebarang rayuan selanjutnya tidak akan dipertimbangkan.

17. Pengurniaan Ijazah

Ijazah Doktor Pendidikan Tinggi boleh dianugerahkan kepada calon yang telah: 17.1 Memenuhi segala kehendak Akta Pengajian Siswazah Universiti

Kebangsaan Malaysia;

17.2 Memenuhi semua kehendak Akta Pengajian Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia;

17.3 Memenuhi semua kehendak jadual kepada Akta Pengajian Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia;

17.4 Memenuhi semua peraturan pengajian Ijazah Lanjutan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

17.5 Diperakui supaya diberi ijazah oleh Lembaga Peperiksaan Siswazah dan diluluskan oleh Senat;

17.6 Menjelaskan segera apa-apa yuran yang telah ditetapkan.

18. Pemberhentian Calon

Seseorang calon yang mengikuti program Pengajian Siswazah boleh diberhentikan dengan persetujuan Senat pada bila-bila masa jika kemajuan calon itu tidak memuaskan.

19. Umum

19.1 Tiap-tiap permohonan dan rayuan yang berkaitan dengan peraturan-peraturan ini daripada calon yang berdaftar hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Siswazah melalui penyelia atau penasihat akademik masing-masing. Sekiranya perkara tersebut dianggap perlu, hal berkenaan akan diajukan berkenaan kepada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik.

80

19.2 Senat berhak mengambil sesuatu tindakan yang wajar jika seseorang calon itu didapati memberi maklumat yang tidak benar berkenaan dengan pencalonannya.

19.3 Senat boleh membenarkan sebarang pengecualian yang difikirkan sesuai daripada kehendak-kehendak peraturan ini.

Senarai Tugas Jawatankuasa Ujian Lisan

1. Menyedia dan melaksanakan ujian lisan ke atas calon yang berkenaan.

2. Mendapat penjelasan yang lebih lanjut tentang apa yang dipersembahkan dalam tesis calon dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

3. Menimbangkan sama ada tesis memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk penganugerahan Ijazah Doktor Pendidikan Tinggi.

4. Menilai kesahan, kematangan dan penguasaan calon tentang bidang yang dikaji. 5. Memberi laporan kepada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik dan

disalinkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti Pendidikan tentang prestasi calon berkenaan dalam peperiksaan tersebut untuk dikemukakan kepada Lembaga Pemeriksa Siswazah.