@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah
Edubest
Tahap SM4
Modul 402B-1
Sistem & Aplikasi Bahasa
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir
(3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan
Program
Bahasa
Melayu
A. Morfologi
Kata Kerja Transitif Berapitan
Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata kerja transitif
berapitan meN-...kan dan dua kata kerja transitif berapitan meN-…i. Kemudian,
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Setelah menerima panggilan kecemasan, jentera bomba dan anggotanya terus ke bangunan lima tingkat yang mengalami kebakaran itu. Apabila sampai di tempat kejadian, anggota bomba mendekatkan jenteranya ke bangunan yang terbakar. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tidak dibenarkan mendekati bangunan tersebut. Oleh sebab kebakaran berlaku di tingkat tiga, anggota bomba menaikkan tangga ke tingkat atas. Selepas itu, beberapa orang anggota bomba menaiki tangga tersebut dengan membawa pelbagai peralatan untuk memadamkan api. Mereka menyiramkan air ke arah bahagian yang terbakar, Selepas menyirami bahagian yang terbakar tersebut kira-kira 5 minit, api pun dapat dipadamkan sepenuhnya. Ketangkasan anggota bomba bertindak telah menyebabkan kebakaran besar dapat dielakkan.
(Dipelik dan diubah suai daripada Fail Pengarang)
Dua kata kerja transitif berapitan meN-..kan :
Dua kata kerja transitif berapitan meN-..i :
Program
Bahasa
Melayu
Ayat daripada kata kerja transitif berapitan meN-..kan:
i. _________________________________________________________________ ii. _________________________________________________________________
Ayat daripada kata kerja transitif berapitan meN-..i:
i. _________________________________________________________________ ii. _________________________________________________________________
[6 markah]
B. Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kenal pasti ayat dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek : _________________________________________________________ Predikat : _________________________________________________________ (1) Jantung menanggung beban yang berat akibat tabiat makan yang mungkin tidak seimbang dan kurang sihat serta gaya hidup yang kurang aktif. Kajian Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan bahawa (2) penyakit jantung iskemik kekal punca utama kematian di Malaysia sepanjang 13 tahun kebelakangan ini. (3) Faktor utama yang menyumbang kepada situasi ini ialah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti. Realitinya, (4)satu daripada dua orang rakyat dewasa Malaysia mengalami masalah kolesterol tinggi. Namun, yang lebih membimbangkan ialah (5) hampir 40 peratus danpadanya tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka adalah tinggi.
(Dipetik dan diubah suai daripada Berubah ke arah gaya hidup sihat Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib My Metro 28 Ogos 2019) [6 markah]
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
1. Subjek : _________________________________________________________ Predikat : _________________________________________________________ 2. Subjek : _________________________________________________________ Predikat : _________________________________________________________ 3. Subjek : _________________________________________________________ Predikat : _________________________________________________________ 4. Subjek : _________________________________________________________ Predikat : _________________________________________________________ 5. Subjek : _________________________________________________________ Predikat : _________________________________________________________
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
C. Penyuntingan Bahasa
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat
empat kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikannya lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan istilah penjarakan sosial yang digunapakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 kini ditukar kepada penjarakan fizikal. Penggunaan istilah penjarakan fizikal merujuk kepada pengamalan jarak sekurang-kurangnya satu meter oleh ramai orang. Penjarakan fizikal perlu dipatuhi dalam kebiasaan baru.
Selain itu, syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) perlu orang ramai patuhi. Mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan
orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani peperiksaan kesihatan.
(Dipetik dan diubah suai daripada Guna Istilah Penjarakan Fizikal untuk Covid-19 BH Online 31 Julai 2020)
Program
Bahasa
Melayu
No. Kesalahan Pembetulan 1 2 3 4 5 6 [6markah] Petikan 2
"lni adik saya, cikgu. Namanya Min- Muhammad NurAzrnin," ujar seorang remaja lelaki berusia awal 17 tahun selepas mengucap salam dengan ungkapan penuh kepada Cikgu Shamsul Amir Ismail. Salamnya juga berbalas penuh. Remaja yang berambut ikal pendek itu, Suhaiman. Dia dan adiknya baharu sahaja tiba di kelas tingkatan 5 Arif. Mereka cepat salam-bersalam dengan Cikgu Shamsul Amir Ismail yang ketika itu berada di sudut belakang kelas tingkat bawah Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkalan Gawi.
"Baguslah, Suhaiman datang awal dan menepati waktu; bawa adik pula tu. langkah Suhaiman ini amat bagus. Perbuatan Suhaiman ini kalau menurut orang tua-orang tua kita, umpama melentur buluh dari rebung," balas Cikgu Shamsul Amir Ismail dengan gembiranya. Daripada memandang Suhaiman, dia meleretkan matanya kepada Muhammad Nur Azmin pula.
(Dipetik dan diubah sui daripada Sampah nan Segumpal O/eh Nur Akmaliah Petita Bahasa, April2017 Dewan Bahasa April 2019)
Program
Bahasa
Melayu
[6 markah]
No. Kesalahan Pembetulan
1 2 3 4 [6 markah] D. Alih Bahasa Nota :
Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit
ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang
iii. Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun banyak digunakan. v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan.
vi. Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalam pelbagai bidang Bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata umum.
viii. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab.
Program
Bahasa
Melayu
Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard a. Baca dan fahami petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud
secara keseluruhan.
b. Kenai pasti watak dan peranannya.
c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden.
d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap, mangkat, bersiram, gering dan sebagainya hendaklah dikekalkan.
e. Kata ganti nama diri seperti baginda, bonda, anakanda, permaisuri, kekanda dan lain-lain juga dikekalkan.
f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks bahasa standard.
h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana anda akan menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan isi terpesong.
i. Keseluruhan leks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan mana-mana ayat atau bahagian teks.
j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan tidak mengubah maksud asal kata tersebut.
k. Setiap ayat yang dibuat perlu memperlihatkan kohesi dan koheren sehingga menghasilkan alih bahasa yang tepat.
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam pergi mengenal segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang, "Ini harta patik, tuanku."
Maka seorang, "Ini pun ia harta patik, tuanku." Maka kata seorang, "Ini tuanku benda patik." Kata seorang, "Ini bantal patik, tuanku."
Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, "Hai segala kamu sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana."
(Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan’(Hal.38) dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Program
Bahasa
Melayu
____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ (6 markah) E. Peribahasa
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Aiman : Aku berasa amat malu.
Ramli : Bukankah sudah aku ingatkan, jangat ambil tahu tentang perselisihan antara Azlan dengan sepupunya itu. Sekarang mereka sudah berbaik- baik semula. Sudahlah. Lupakan sahaja segala-galanya. Mari belanja aku makan. Bukankah engkau baru mendapat gaji ?
Aiman : Ah, bayarlah sendiri! Semalam, apabila aku minta engkau belanja makan di kantin, engkau buat selamba sahaja.
Ramli : Oh, balas dendam rupanya! Kedekut betul engkau. Nasi lemak harga satu ringgit pun engkau hendak berkira-kira.
Aiman : Janganlah marah. Aku hanya bergurau . Bukankah kita bersahabat baik ? Sudah bertahun-tahun kita berkawan. Kita selalu bersama-sama ke mana-mana sahaja. Setakat secawan kopi dan sebungkus nasi lemak, tidak menjadi masalah. Marilah kita pergi ke arung Pak Cik Leman.
Peribahasa 1 : ____________________________________________________ Peribahasa 2 : ____________________________________________________ Peribahasa 3 : ____________________________________________________ [6 markah]
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650