• Tidak ada hasil yang ditemukan

100 Persoalan Puasa Saiz A5 Draf 2011

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "100 Persoalan Puasa Saiz A5 Draf 2011"

Copied!
93
0
0

Teks penuh

(1)

1

100

Persoalan

Puasa

Oleh

Ustaz Azhar Haji Yahya

Ustazah Fadilah Haji Yaacob

(2)

2

100 Persoalan Puasa

Us. Azhar Haji Yahya, Ust. Fadilah Haji Yaacob

Cetakan pertama 2000, 2000 naskhah Cetakan kedua 2003, 5000 naskhah Cetakan ketiga 2004, 1000 naskhah Cetakan keempat 2004, 5000 naskhah Cetakan kelima 2008, 4000 naskhah Cetakan keenam 2009, 3000 naskhah Cetakan ketujuh 2011, 2000 naskhah

© Hak Cipta Terpelihara

Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian dan isi kandungan buku ini dengan apa-apa cara untuk sebarang tujuan komersial tanpa mendapat keizinan bertulis daripada penulis. Namun untuk kepentingan dakwah dan ilmu yang tiada kepentingan komersial amat dialu-alukan.

ISBN 978-983-43746-3-1 Penerbit

Lakhauf Management Services SH 31, Jalan 7, Taman Greenwood, 68100, Batu Caves, Selangor Tel/fax 03 61896246

Hak Cipta

Faza Publications Enterprise 207-02-06, Sentul Utama,

Jalan Dato‟ Senu 26, 51000, Sentul, K. Lumpur www.kitab4u.com

[email protected]

(3)

3

Kandungan Muka surat

Muqaddimah………... 7

1 Pengertian puasa……… 9

2 Penamaan Ramadhan……….. 9

3 Kelebihan Ramadhan……… 9

4 Peristiwa penting bulan Ramadhan……… 11

5 Pensyariatan puasa………. 12

6 Pensyariatan berpuasa Rasul terdahulu………. 12

7 Puasa sebelum kefardhuan Ramadhan………… 13

8 Pembahagian puasa……….. 13

9 Siapakah yang diwajibkan berpuasa…………... 14

10 Tingkatan orang yang berpuasa ………... 14

11 Maksiat semasa berpuasa………... 15

12 Hukum melihat anak bulan……… 16

13 Doa melihat anak bulan……… 16

14 Sabit Ramadhan dengan saksi adil………. 17

15 Bulan tidak kelihatan sebelum 30 Ramadhan…. 18 16 Berpuasa 31 hari……….. 18

17 Bermusafir ke negeri yang belum berpuasa……... 19

18 Perbezaan berpuasa 29 hari dan 30 hari………. 20

19 Bermusafir hari ke 28, negeri dituju tlh b’hariraya 21 20 Niat berpuasa sebulan.……….. 22

21 Perbuatan yang dikira niat……… 23

22 Niat ketika solat……….. 23

23 Makan dan jimak selepas niat……… 24

24 Niat puasa sunat……….. 24

25 Pahala puasa bagi yang lewat berniat…………. 24

26 Muallaf sukar berniat………... 25

27 Pesakit meninggalkan niat……… 26

(4)

4

29 “ Insya Allah “ ketika berniat……… 26

30 Menganggap dirinya tidak berpuasa…………... 27

31 Tidur sepanjang hari ……… 28

32 Mati ketika berpuasa……… 28

33 Menyempurnakan puasa……… 28

34 Puasa-puasa sunat……… 29

35 Puasa terus menerus……….. 31

36 Puasa sepanjang tahun……….. 33

37 Maksud puasa sunat………. 34

38 Puasa hari Sabtu dan Ahad.. ……… 35

39 Perkara sunat ketika puasa……… 35

40 Puasa hari Jumaat……… 35

41 Puasa hari syak……… 36

42 Waktu sahur……… 37

43 Doa berbuka……… 38

44 Tidak pasti jenis puasa………. 38

45 Qada’ keatas muallaf...………. 39

46 Meninggal ketika Ramadhan………. 40

47 Ibu yang menyusukan anak………... 40

48 Perbezaan hukum bagi ibu yg menyusukan anak... 41

49 Membantu manusia atau binatang……….. 41

50 Melambatkan qada’……….. 42

51 Memfidyahkan puasa sunat………... 43

52 Isteri berpuasa ketika kewujudan suami. ……… 43

53 Arahan puasa Istisqa’………... 44

54 Qada’ pada hari Isnin dan Khamis. ……… 44

55 Hilang akal……….. 45

56 Gila sebentar……… 45

57 Hilang akal kerana mengambil benda yang haram. 46 58 Berhenti haid waktu puasa……… 46

(5)

5

60 Kanak-kanak haid kali pertama ketika puasa….. 47

61 Pengiraan dan pembayaran fidyah masakini……. 47

62 Pesakit mengeluarkan fidyah semasa hidup…….. 49

63 Orang lain menggantikan puasa……….. 50

64 Musafir berbuka………... 52

65 Musafir tetap berpuasa………. 52

66 Musafir tiba di destinasi………... 54

67 Keutamaan musafir di Mekah untuk berbuka…... 54

68 Tidak sengaja makan atau muntah……….. 55

69 Sisa makanan celah gigi………. 56

70 Pesakit berbuka kemudian kesihatannya pulih….. 56

71 Berbuka atau solat Maghrib lebih utama………. 57

72 Neraca seorang yang sakit……….. 58

73 Orang sakit sanggup berpuasa………... 58

74 Puasa atau berbuka lebih utama bagi pesakit.. …. 59

75 Berbekam………. 59

76 Menyuntik vitamin………... 60

77 Penggunaan inhaler atau nebulizer………. 60

78 Rawatan menggunakan oksigen……….. 62

79 Penyakit yang dikecualikan dari berpuasa…….... 62

80 Penggunaan ubat tahan haid……….. 63

81 Onani……….. 64

82 Bercumbuan antara suami isteri……….. 64

83 Suami isteri bersentuhan dan keluar mani. ……. 66

84 Membinasakan puasa dengan jimak……… 66

85 Tidak sedar waktu terbit fajar……… 67

86 Dipaksa bersetubuh………... 67

87 Jimak setelah batal puasa……….. 67

88 Lewat mandi setelah suci………... 68

89 Bercelak………... 68

(6)

6

91 Telan kahak………. 69

92 Hukum mengorek hidung………... 70

93 Selesema……….. 70

94 Telinga masuk air.………. 70

95 Menyelam…………. ………... 71

96 Tepung, abu, nyamuk dll masuk mulut………… 71

97 Makanan di dalam mulut ketika naik fajar…….. 72

98 Hukum mengingkari kewajipan puasa…………. 72

99 Menyegarkan badan ketika puasa………... 73

100 Pemeriksaan dubur dengan memasukkan jari…… 73

Kajian semasa isu-isu perubatan ketika puasa….. 74

Rujukan……….. 78

(7)

7

Muqaddimah Penulis

Segala puji dirafa‟kan ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW beserta kaum keluarga dan para sahabatnya.

Puasa merupakan ibadah yang penting dalam pembinaan sifat ”ehsan” kepada individu muslim. Sifat ”ehsan” adalah tangkal utama kepada umat Islam daripada melakukan maksiat, kerana mereka akan merasakan Allah sentiasa bersama dan memerhati mereka.

Lantaran itu, penulis cuba memaparkan pelbagai isu supaya masyarakat sedar dan dapat melayari puasa dengan kesedaran ilmu, kerana ibadah yang sempurna tidak sekadar memerlukan keikhlasan dalam beribadah tetapi turut perlu dipastikan ketepatannya dengan syariah.

Buku ini merupakan gabungan perkara-perkara furu‟ yang cuba dikeluarkan permasalahannya dalam bentuk soal jawab bagi menarik minat pembaca.

Penulis cuba mengambil pendapat sesuai untuk dilaksanakan dengan keutamaan kepada mazhab Syafie dan fatwa kontemporari di dalam masalah semasa. Namun, tidak dinafikan ada beberapa masalah yang mempunyai

(8)

8

pelbagai pendapat meskipun di dalam mazhab Syafie sendiri, penulis berharap ia menjadi ikhtilaf yang sihat dalam perkembangan ilmu.

Ar Raji Ila Afwi Rabbih

Abu dan Ummu Ashraf [email protected] 0193642314

ٍساَّبَع ِنِبا ِنَع

َلاَق َمَّلَسَو ِهِيَلَع ُهَّللا ىَّلَص َّيِبَّنلا َّنَأ

ِنيِّدلا يِف ُّهِّقَفُي اّرِيَخ ِهِب ُهَّللا ِدِرُي ِنَم

(9)

9

1. Apakah pengertian puasa dari segi bahasa dan istilah syarak?

Puasa atau ُمََيِّصالَ dari segi bahasa ialah menahan diri dan menahan dari sesuatu. Manakala puasa dari segi istilah ialah menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan dengan niat bagi orang yang diwajibkan berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

2. Asal dinamakan Ramadhan?

Asal dinamakan Ramadhan diambil dari perkataan ( ضَمَّرصال) yang bermakna bersangatan panas. Masyarakat Arab apabila mereka hendak menamakan nama sesuatu, disesuaikan bulan tersebut dengan keadaan yang berlaku pada bulan tersebut. Oleh kerana ketika hendak menamakan bulan Ramadhan itu keadaannya sangat panas, maka dinamakan bulan Ramadhan.

3. Antara kelebihan dan kemuliaan Ramadhan.

(10)

10

"

ِسِىُهُّؾٌا ُذَُِّع

َْبَعََِس ُشِهَؽ

,

ِخَؼُِّلجْا َُِىََ َِبَََّلأْا ُذَُِّع َو

"

نياّّطٌا ٖاوس

“Penghulu segala bulan ialah Ramadhan, dan penghulu segala hari ialah Jumaat” Hadis Riwayat At Thabrani

ii) Dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka.

"

ُْبَعََِس َءبَج اَرِا

ُةاَىِثَؤ ِذَذِّزُف

ِخََّٕلجْا

,

ُةاَىِثَؤ ِذَمٍُِّغَو

ِسبٌَّٕا

,

ََُّؾٌا ِذَفِذُصَو

بِط

ُِٓ

( "

ٍغِ و يسبخجٌا ٖاوس

ُ

)

“Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

iii) Diampunkan dosa-dosa kecil di antara dua Ramadhan

"

ُظَِّلخْا ُداَىٍََّصٌَا

,

ُُّلجْاَو

ُخَؼ

ُُّلجْا َلىِا

ِخَؼ

,

ُْبَعََِسَو

َْبَعََِس َلىِا

ْداَشِّفَىُِ

ِلدَب

ُزِجا اَرِا َُّٓهََُِٕث

ِٕ

ُشِئبَجَىٌْا ِذَج

("

ٍُغِ ٖاوس

)

“Solat lima waktu dan dari Jumaat ke Jumaat dan dari Ramadhan ke Ramadhan, menghapuskan dosa - dosa

diantaranya selagi tidak melakukan dosa-dosa besar”

(11)

11

iv) Barangsiapa berpuasa dengan penuh keimanan, diampunkan dosa yang lalu.

"

ِِٗجَِٔر ِِِٓ َََّذَمَر بَِ ٌَُٗ َشِفُغ بّثبَغِزِداَو بّٔبََِِّا َْبَعََِس َََبل َِِٓ

( "

كفزِ

ٍُٗػ

)

“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan Allah s.w.t. diampunkan untuknya dosa-dosa yang lepas.”

4. Apakah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Ramadhan ?

Antara peristiwa-peristiwa penting di bulan Ramadhan :

1.Peperangan Badar Kubro (17 Ramadhan, 2 Hijrah) 2.Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan, 8 Hijrah ) 3.Sebahagian daripada peristiwa Peperangan Tabuk

(tahun 9 Hijrah )

4.Tersebar luas Islam ke Yaman (tahun 10 Hijrah)

5.Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-Uzza (tahun 8 Hijrah )

6.Islamnya Bani Tsaqif dan menghancurkan berhala al-Laata yang mereka sembah ( tahun 9 Hijrah )

(12)

12

7.Peristiwa Ain Jalut iaitu tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Quthuz ( 15 Ramadhan, 658 Hijrah )

8.Pembukaan Andalus di bawah pimpinan Thoriq bin Ziyad ( 28 Ramadhan, 92 Hijrah )

5. Bilakah disyariatkan puasa berdasarkan syariat Nabi Muhammad kepada Baginda dan umatnya ?

Ibadah puasa telah disyariatkan pada 10 Sya‟aban tahun 2 hijrah.

6. Apakah puasa telah disyariatkan kepada Rasul-rasul dan umat terdahulu ?

Sememangnya puasa telah disyariatkan kepada umat-umat terdahulu seperti yang dapat dinukilkan daripada Surah al-Baqarah ayat 183:































” Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu

(13)

13

tergolong dalam orang-orang yang bertaqwa.”

7. Adakah Nabi s.a.w telah melakukan ibadah puasa sebelum difardhukan puasa Ramadhan ?

Sebelum difardhukan puasa Ramadhan, Rasulullah telah difardhukan berpuasa pada Ayyamulbayadh

) ْضمَََبْصال ُمَََّأ ( iaitu pada hari 13,14, dan 15 setiap bulan Qamari dan menurut pendapat yang lain hari „Asyura kemudian kedua-duanya dinasakhkan dengan kefardhuan puasa Ramadhan.

8. Berapakah pembahagian hukum puasa?

Pembahagian hukum puasa terbahagi kepada empat iaitu :

a. Wajib seperti puasa Ramadhan, nazar dan kifarah b. Sunat seperti puasa hari Isnin dan Khamis

c. Makruh seperti pada hari Jumaat sahaja tanpa di gandingkan sehari pada sebelum atau selepasnya. d. Haram seperti berpuasa ketika kedua-dua hariraya

(14)

14

9. Ke atas siapakah diwajibkan berpuasa Ramadhan ?

Puasa Ramadhan diwajibkan ke atas muslim, baligh dan berakal. Adapun bagi kanak-kanak dan orang gila tidak diwajibkan tetapi hendaklah ibubapa mengasuh anak-anak mereka ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka apabila tidak mahu berpuasa apabila berumur 10 tahun. Jika berpuasa, dikira sah puasanya.

10. Adakah ada darjat tingkatan bagi orang yang berpuasa?

Dalam perkara ini, Imam al-Ghazali membahagikan kepada 3 tingkatan:

1. Puasa awam : Ia meninggalkan syahwat perut dan kemaluan

2. Puasa khusus : Ia menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan segala perkara daripada terlibat dengan maksiat.

3. Puasa Khususul khusus : Hati yang berpuasa daripada kepentingan dunia dan memikirkan perkara duniawi dan meninggalkan segalanya serta segala- galanya ditumpukan kepada Allah.

(15)

15

11. Jika seorang yang berpuasa itu melakukan perkara-perkara maksiat semasa berpuasa, adakah memberi kesan kepada puasanya ?

Dari segi hukum sah puasanya, akan tetapi penerimaan puasanya di sisi Allah s.w.t. hanya Dia sahaja yang tahu, akan tetapi ada beberapa peringatan daripada Rasulullah s.a.w. antaranya :

َِٕٗػُ للها ًَِظَس َحَشََِشُ٘ ًِِثَا َِٓػ

:

ٍََُِِٗػُ للها ًٍََّص ِللها ُيِىُعَس َيَبل

ٍَََُّعَو

" :

ِوُّضٌا َيِىَل ِعَذََ ٌَُِ َِِٓ

ًَََّؼٌْاَو ِس

ٌِ َظٍََُِف ِِٗث

ٍَِّٗ

ٍِِف ًخَجبَد

َعَذََ َْْؤ

َُِٗبَؼَط

َُٗثاَشَؽ َو

("

ٍُغِ لاا خػبجم ٖاوس

)

Dari Abi Hurayrah r.a, bersabda Rasulullah s.a.w. : “sesiapa yang tidak menghentikan perkataan- perkataan dusta dan melakukan kedustaan itu, maka tidaklah Allah merasa perlu ia meninggalkan makan dan minumnya”

(Hadith riwayat Jamaah kecuali Muslim).

"

َِٓػ

ِظَس َحَشََِشُ٘ ًِِثَؤ

َِٕٗػُ للها ًَ

:

ُيِىُعَس َيَبل

ًٍََّص ِللها

ٍََُِِٗػ ُللها

ٍَََُّعَو

" :

ُس

َّة

ٍُِئبَص

َظٌَُِ

ٌَُٗ

َعِىُلجْا َّلاِا َِِِٗبُِص ِِِٓ

ُس َو

َّة

ٍُِئَبل

ٌَُٗ َظٌَُِ

َشِهَّغٌا َّلاِا ِِِٗبَُِل ِِِٓ

"

(16)

16

Dari Abi Hurayrah r.a, bersabda Rasulullah s.a.w. : “berapa ramai orang yang puasa, tetapi yang diterimanya hanyalah rasa lapar sahaja, dan berapa banyak orang bangun beribadat dan yang diterimanya tidak lebih daripada bersengkang mata.” (Hadith riwayat

an-Nasaei)

12. Apakah hukum melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal?

Hukumnya ialah fardhu kifayah dan begitu juga dengan bulan-bulan yang lain. Dengan bulan-bulan tersebut diiringkan hukum dan ibadat yang amat banyak.

13. Apakah yang sunat dibaca ketika melihat anak bulan? Sunat dibaca:

ُشَجْوَؤ ُللهَا

,

َِّ٘ؤ َُُّهٌٍََّا

ٍْ

َِْبَِِّلاْبِث َو َِِِٓبٌِْبث َبٍََُِٕػ ُٗ

,

َو ِخََِلاَّغٌاَو

َر َو ُّتِذُر بٌََّّ ِكُِِفِىَّزٌا َو ََِلاَّغٌا

ُللها َهُّثَس َو َبََّٕثَس ًَظِش

َيِىَد َلا

ُُِِِظَؼٌْا ًٍَِِّؼٌْا ِللهبِث َّلاِا َحَّىُل َلاَو

(17)

17

َُُّهٌٍََّا

َو ِسِذَمٌْا ِّشَؽ ِِِٓ َهِثُرِىُػَؤ َو ِشِهَّؾٌا اَزَ٘ َشَُِخ َهٍَُئِعَؤ ًِِِّٔا

ِشَؾِذَلدْا ِّشَؽ

(

1

×

)

ٌيَلاِ٘

ٍشَُِخ

ُس َو

ٍذِؽ

(

2

×

)

َهَمٍََخ ِيِزٌَّبِث ُذََِِٕؤ

(

3

×

)

ِشِهَؾِث َتََ٘ر ِيِزٌَّا ِللهِ ُذَِّذٌَْا

(....

بِلا ٌٓىث َبٔ

...)

ِشِهَؾِث َإَجَو

.

. .

(

وسبث ٌٓىث َبٔ

( ....)

1

×

.)

14. Apakah sabit Ramadhan dengan penyaksian seorang yang adil ?

Sabit Ramadhan dengan penyaksian seorang saksi yang adil berdasarkan Hadith dari Ibnu Umar:

ُطبٌَّٕا يَءاَشَر

َيِىُعَس ُدِشَجِخَبَف َيَلاِلذْا

ٍََّص ِللها

ٍَََُّعَو ٍََُِِٗػ ُللها ً

ٍِِِّٔؤ

ُزََِؤَس

َو ََبَصَف ُٗ

ِِِٗبَُِصِث َطبٌَّٕا َشََِؤ

("

دواد ىثؤ ٖاوس

)

Orang ramai telah melihat anak bulan bersama, maka saya sampaikan kepada Rasulullah bahawa saya telah

(18)

18

melihatnya maka Rasulullah berpuasa dan menyuruh

manusia berpuasa dengan puasanya Baginda.”

ini bermakna cukup sekadar kita mengikut keputusan pihak yang diamanahkan untuk melihat anak bulan di pusat pencerapan anak bulan.

15. Jika masyarakat telah berpuasa dengan penyaksian seorang saksi yang adil, setelah habis berlalu 30 hari Ramadhan tidak muncul lagi anak bulan Syawal pada hal cuaca baik dan langit cerah, adakah boleh disabitkan Syawal ?

Apabila telah cukup 30 hari Ramadhan, maka wajib berbuka puasa dan bermulanya bulan Syawal, kerana Ramadhan tidak lebih daripada 30 hari dan tidak kurang daripada 29 hari dan tidak perlu dipertikaikan dengan penyaksiannya.

16. Sekiranya Arab Saudi berpuasa sehari lebih awal daripada Malaysia, maka bagi sesiapa yang berumrah ketika itu telah berpuasa sehari awal. Jika mereka kembali ke tanahair, Malaysia pula pada tahun itu berpuasa penuh 30 hari. Maknanya mereka akan berpuasa sebanyak 31 hari, sedangkan paling

(19)

19

banyak Ramadhan adalah 30 hari. Adakah perlu berhari raya mengikut Arab Saudi ?

Menurut Syeikh Abu Bakar Jabir Al Jazairi, tidak boleh kita mengikut Arab Saudi kerana telah berada di Malaysia. Maka perlu kepada mereka berbuka secara tidak terang-terangan ( sirri – bagi mengelakkan fitnah ) kerana jumhur fuqahak tidak membenarkan berpuasa lebih daripada 30 hari.

17. Apabila seseorang telah melihat anak bulan dan ia berpuasa, kemudian ia bermusafir ke tempat yang jauh, apabila ia sampai didapati ahli negeri itu belum berpuasa, adakah ia perlu berbuka atau terus berpuasa?

Ada 2 pendapat di sini:

 Menurut Syeikh Ramli wajib ia mengikut ahli negeri tersebut iaitu berbuka walaupun ia telah melihat anak bulan kerana ia sudah menjadi seperti ahli negeri tersebut.

 Manakala menurut Imam Ibnu Hajar, ia tetap perlu berpuasa dan tidak boleh mengikut ahli negeri tersebut.

(20)

20

Jika digabung kedua-dua pendapat ini, maka bagi sesiapa yang telah sampai ke negeri lain dalam keadaan negeri tersebut belum berpuasa dan ia hendak menetap di situ sehingga Syawal hendaklah ia mengikut pendapat Syeikh Ramli iaitu berbuka kerana jika berlaku Ramadhan 30 hari di negeri tersebut kalau ia tidak berbuka ia akan berpuasa selama 31 hari. Sekiranya ia hendak menetap dalam tempoh tidak sampai ke Syawal maka bolehlah ia mengikut pendapat Ibnu Hajar iaitu perlu berpuasa.

18. Adakah puasa Ramadhan yang berjumlah 29 hari sama ganjarannya seperti puasa Ramadhan yang berjumlah 30 hari ?

Dari segi ganjaran yang dijanjikan ianya sama sahaja samada 29 atau 30 hari, cuma untuk puasa selama 30 hari ianya lebih dari segi perkara yang terdapat padanya seperti sahur, berbuka, tarawih dan lain-lain.

Sebagai tambahan, menurut pendapat yang kuat, sepanjang pensyariatan puasa disepanjang hayat Rasulullah hanya 2 kali sahaja Rasulullah berpuasa 30 hari, selebihnya 29 hari. Menurut Syeikh Damiri berlakunya 2 tahun puasa dalam keadaan genap dan

(21)

21

selebihnya 29 hari adalah supaya tenang dan tetap hati umatnya yang berpuasa 29 hari.

19. Apakah hukumnya apabila seseorang bermusafir ke tempat lain apabila ia sampai, negeri tersebut sedang berhari raya dan mereka hanya berpuasa 29 hari sahaja, manakala si musafir baru 28 hari, apakah dia wajib qada’ 2 hari atau sehari ?

Wajib si musafir tersebut berbuka berdasarkan hadith:

"

ِللها ُيِىُعَس ََّْؤَو

(

ؿ

)

َِِىََ ََِِٓزَ٘ َِبَُِص َِٓػ ًَهَٔ

ُِ

َُِىََ بََِّؤ ِٓ

ِفٌْا

ـ

َُِىَص بََِّؤَو ُُِىِِِىَص ِِِٓ ُُِوَشَطَفَف ِشْط

ِِِٓ اِىٍُُىَف ًَذِظَلأْا

ُُِىِىُغُٔ

( "

خؼثسلأاو ذحمؤ ٖاوس

)

“ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang berpuasa pada kedua-dua hari ini. Mengenai hari raya puasa, ianya merupakan saat berbuka kamu dari puasamu, dan manakala hari raya korban, agar kamu dapat memakan hasil korbanmu.” ( Diriwayatkan oleh Ahmad dan imam

hadith yang berempat)

Dan hanya perlu mengqada‟ sehari sahaja puasanya supaya cukup 29 hari. Jika dia sampai ke negeri tersebut dia telah berpuasa selama 29 hari maka ia

(22)

22

terus berhari raya dan tidak perlu mengqada‟ kerana sekurang-kurangnya Ramadhan itu 29 hari.

20. Wajibkah berniat pada setiap malam atau memadai berniat sekali sahaja pada awal Ramadhan untuk berpuasa sebulan ?

Mengikut mazhab Syafie, wajib berniat pada setiap malam:

ِغَِّجََ ٌَُِ َِِٓ

َا

ٌَُٗ ََبَُِص َلاَف ِشِجَفٌْا ًَِجَل ََبَُِّصٌ

(

ذحمؤ ٖاوس

)

“Barangsiapa yang tidak membulatkan puasa sebelum

fajar, maka tiadalah puasa untuknya.” (Hadith riwayat

Ahmad)

Tetapi bagi orang yang selalu lupa atau takut lupa berniat, ia boleh bertaklid kepada pendapat Imam Malik dengan berniat berpuasa sebulan pada malam awal bulan Ramadhan walaupun begitu sunat juga berniat pada tiap-tiap malam.

Niat puasa sebulan

ُذََِىَٔ

ٍَُّو َْبَعََِس ِشِهَؽ ََِىَص

ُٗ

(23)

23

“Sahaja aku berpuasa dibulan Ramadhan pada tahun ini sepenuhnya kerana Allah Taala”

21. Seperti yang diketahui niat tempatnya di hati dan bukannya dengan lidah. Bagaimana pula jika seseorang itu bersahur supaya mengelakkan dia lapar di siang hari atau seseorang itu menahan diri dari berjimak takut terlajak ke fajar, adakah ia dikira memadai sebagai niat ?

Wajib berniat setiap malam atau sekiranya telah niat puasa sebulan sunat juga berniat setiap malam, namun jika terlupa, perbuatan di atas telah memadai sebagai niat jika ada terlintas di hati individu tersebut untuk berpuasa pada esok hari.

22. Adakah diterima niat puasa seseorang yang puasa Ramadhan dalam keadaan ia sedang sembahyang ?

Diterima niatnya sekalipun dia sedang bersembahyang. Ini hanyalah sebagai contoh bahawa niat diterima bila-bila masa sebelum fajar, walau dalam keadaan sedang bersembahyang sekalipun.

(24)

24

23. Apabila seseorang telah berniat berpuasa esok hari selepas sembahyang tarawih kemudian dia makan dan berjimak, adakah niatnya yang sebelum itu terbatal?

Tidak perlu dia mengulangi niatnya kembali kerana makan, minum dan jimak tidak memutus dan membatalkan niatnya kecuali sekiranya dia murtad setelah berniat, kemudian bertaubat kembali Islam maka wajib ia mengulangi kembali niatnya.

24. Bagaimana pula dengan niat puasa sunat ?

Bagi puasa sunat pula, tidak semestinya dilakukan pada waktu malam. Boleh berniat sebelum gelincir matahari selagi tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa berdasarkan hadith riwayat Muslim :

ِذٌَبَل بَهَِٕػ ٌٍَُّٗا ٍَِظَس َنٌِِِِٕؤٌُّْا َُِّؤ َخَؾِئبَػ َِٓػ

ٌٍَِّٗا ُيىُعَس ٌٍِ َيبَل

ِذٌَبَل ٌءٍَِؽ ُُِوَذِِٕػ ًَْ٘ ُخَؾِئبَػ بََ ٍَِىََ َداَر ٍَََُّعَو ٍََُِِٗػ ٌٍَُّٗا ًٍََّص

ُِْئبَص ٍِِّٔئَف َيبَل ٌءٍَِؽ بََٔذِِٕػ بَِ ٌٍَِّٗا َيىُعَس بََ ُذٍُْمَف

(

ٍُغِ ٖاوس

)

(25)

25

Telah berkata Aisyah: “Nabi s.a.w. telah masuk

menemuiku pada suatu hari, maka Baginda bertanya: Adakah padamu sesuatu makanan? Jawab kami: Tidak, maka Baginda berkata: maka jika begitu saya

berpuasa.” (Hadis Riwayat Muslim)

25. Seperti yang dimaklumi, boleh berniat puasa pada waktu siang sebelum gelincir matahari untuk puasa sunat selagi tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Persoalannya adakah diberi pahala bermula daripada mula berniat ataupun terbit fajar ?

Diberi pahala puasa bermula dari terbit fajar.

26. Jika seorang mualaf diajar berniat puasa dengan lafaz:

لىبَؼَر ِللهِ ِخََّٕغٌا ِِٖزَ٘ َْبَعََِس ِشِهَؽ ِضِشَف ِءاَدَا َِٓػ ٍذَغ ََِىَص ُذََِىَٔ

Akan tetapi sukar untuk dia mengungkap dan melafazkannya, apakah yang memadai baginya?

Menyebut

ِضِشَف

,

ِءاَدَا

,

ٍذَغ

dan sandaran kepada

َلىبَؼَر ِلله

adalah sunat, memadai ia berniat

َْبَعََِس ََِىَص ُذََِىَٔ

(26)

26 sahaja.

27. Bolehkah seseorang yang sakit meninggalkan niat untuk berpuasa?

Dibolehkan sekiranya sakitnya itu berkekalan dan sukar untuk disembuhkan pada adatnya. Jika penyakitnya tidak berkekalan hendaklah dia berniat puasa dahulu, tatkala datang sakit barulah ia harus berbuka.

28. Apabila seseorang itu mencari nafkah dengan kerja berat contohnya seorang petani yang hendak mengetam atau membanting padi keesokan harinya, adakah harus dia meninggalkan niat puasanya?

Wajib ia berniat pada malamnya kemudian apabila dia kepenatan dan tidak dapat menahan, maka harus dia berbuka.

29. Sahkah berpuasa jika memasukkan

للها َءبَؽ ِْْا

di dalam niat puasa? Contohnya: sahaja aku berpuasa (Ramadhan atau sebagainya) esok hari

للها َءبَؽ ِْْا

(27)

27

Mengikut Imam Mawardi tidak sah puasanya kerana ada unsur penangguhan yang mengangkat hukum kerana tidak diketahui secara pasti hendak berpuasa atau tidak.

30. Seseorang yang sedang berpuasa kemudian menganggap dirinya telah meninggalkan puasa, bagaimana puasanya ?

Menurut Imam Mawardi ada 2 pendapat di sini:

Pertama: Dia masih dikira dalam keadaan berpuasa

selagi tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Kedua: Batal puasanya kerana dia menganggap dirinya

telah meninggalkan puasa sama seperti batalnya sembahyang sekiranya berniat keluar dari sembahyang.

Jika digabungkan kedua-dua pendapat ini adalah lebih baik dan selamat bagi orang yang berpuasa wajib membatalkan puasanya jika dia menganggap dirinya telah meninggalkan puasa, jika berpuasa sunat ia masih lagi dalam keadaan berpuasa selagi mana tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

(28)

28

31. Bagaimana jika seseorang yang berpuasa tidur sepanjang hari dari malam sebelum sahur sehingga malam selepas berbuka ?

Sah puasanya.

32. Jika seseorang mati ketika sedang berpuasa, apakah hukumnya ?

Batal puasanya seperti seseorang yang mati ketika solat, batal solatnya dan dikehendaki ke atas waris membayar fidyah puasa untuk hari tersebut.

33. Sekiranya seseorang berpuasa sunat, adakah wajib ke atasnya meneruskan puasa tersebut sehingga berbuka?

Terpulang kepadanya samada ingin meneruskan puasanya atau berbuka, tetapi berbeza dengan haji, wajib menyempurnakannya walaupun haji yang sunat.

ِْْا ِِِٗغْفَٔ ُشَُِِِؤ ُعِّىَطَزُلدْا ُُِئبَّصٌَا

ِْْا َو ََبَص َءبَؽ

َشَطْفَا َءبَؽ

(

ٖاوس

ذحمؤ

)

(29)

29

“Seseorang yang berpuasa sunat berkuasa ke atas

dirinya samaada untuk meneruskan atau berbuka “

Riwayat Ahmad

34. Antara puasa-puasa sunat yang dianjurkan ?

Antara puasa-puasa sunat yang dianjurkan adalah:

a. Puasa Sunat pada hari isnin dan khamis.

َلأْا ُضَشِؼُر

ٍََِّػ َضَشِؼَُ َْْا ُّتِدُإَف ِظَُِِّخٌْا َو َُِِْٕٓثِلاْا ََِىََ ُيبَِّػ

ًِ

ُِْئبَص بََٔؤَو

(

ِشزٌا ٖاوس

ٌز

)

“Diangkat segala amalan pada hari Isnin dan Khamis

maka daku amat menyukai amalanku diangkat dalam keadaan sedang berpuasa.” Hadis Riwayat Tirmizi

b. Puasa di hari Arafah (9 Zulhijjah)

ِجَل ًِِزٌَّا َخََّٕغٌا َشِّفَىَُ َْْؤ ِللها ًٍََػ ُتِغَزِدَؤ ٍِِّٔاِ َخَفَشَػ َِِىََ َُبَُِص

ٍَ

َبه

اَو

َ٘ذِؼَث ًِِزَّ ٌا َخََّٕغٌ

َب

(

ِشزٌا ٖاوس

ٌز

)

“Berpuasa di hari Arafah akan diganjari Allah s.w.t.

(30)

30

selepasnya.” Hadis Riwayat Tirmizi

c. Puasa di hari Asyura (10 Muharram)

ِّفَىَُ َْْؤ ِللها ًٍََػ ُتِغَزِدَؤ ٍِِِّٔا َءاَسِىُؽبَػ َِِىََ َُبَُِص

ًِِزٌَّا َخََّٕغٌا َش

هٍَِجَل

َب

(

ٌزِشزٌا ٖاوس

)

“Puasa di hari Asyura akan diganjari Allah s.w.t. selama

setahun sebelumnya.” Hadis Riwayat Tirmizi

d. Puasa hari Tasu’a (9 Muharram)

)

ٍُغِ ٖاوس

(

َغِعبَّزٌا ََِِّٓىُصَإٌَ ًٍِثبَل ًٌَِا ُذَُِمَث ِِٓئٌَ

“Sekiranya masih berbaki usiaku ditahun hadapan pasti

aku akan berpuasa pada hari Tasu’a.” Hadis Riwayat

Muslim

e. Ayyamul Bayad (3 hari dikala bulan penuh setiap

bulan dimulai 13, 14 dan 15 haribulan Islam melainkan 13 Zulhijjah).

f. Puasa 6 hari di bulan Syawal

ََْبو ٍياَّىَؽ ِِِٓ بِّزِع َُٗؼَجِرَؤ َُُّث َْبَعََِس ََبَص َِِٓ

َو

(31)

31

(

ٍُغِ ٖاوس

)

“Barangsiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan

kemudian dituruti selepasnya 6 hari di bulan Syawal

seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” Hadis

Riwayat Muslim

g. Berpuasa sehari dan berbuka sehari.

بِِّىََ ُشِطْفََُو بِِّىََ َُِىُصََ َْبَو َدِوُاَد ٍِِخَا َُِىَص َِِىَّصٌا ًَُعْفَؤ

َلبٌَ اَرِإ ُّشِفََ بٌََو

ً

(

دوؤد بيؤ ٖاوس

)

“Sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud a.s., adalah

Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari dan

Baginda tidak berganjak apabila bertemu musuh.” Hadis

Riwayat Abu Daud

35. Apakah hukum berpuasa secara terus-menerus tanpa berbuka puasa ) لاَصوِلا( ?

Hakikat sebenar orang yang berpuasa terus menerus ini telah berbuka walaupun dia tidak makan berdasarkan hadith:

(32)

32

َجْلَا اَرِاَو

ٌا ًَ

َثِدَؤ َو بَُٕ٘ بَ٘ ِِِٓ ًٍَُُِّ

ُُِئبَّصٌا َشَطْفَا ِذَمَف بَُٕ٘ بَ٘ ِِِٓ ُسبَهٌَّٕا َش

(

سببخ ٖاوس

ٌ

)

“ Apabila menjelang malam pada tahapnya dan muncul

siang pada tahapnya sesungguhnya telah berbukalah

seseorang yang berpuasa” Hadis Riwayat Bukhari

Hukum melakukannya haram kerana Rasulullah s.a.w. melakukan wisol (puasa terus-menerus) kemudian diikuti pula oleh sebahagian para sahabat, maka Rasulullah s.a.w. menegahnya:

"

َيبَمَف بٍََْٕصَىَف َذٍَْصاَو َنبَََِٕؤَس اِىٌُبَمَف ِيبَصىٌِْا َِٓػ ُُِىُزَُِهَٔ ٍِِِّٔا بََِّا

ًَمِعُؤ َو َُُؼْطُا ٍِِِّٔا ُُِىٍَْثِِ ُذِغٌَ ٍِِِّٔا

"

خػبّلجا ٖاوس

“Sesungguhnya aku menegah kamu daripada melakukan puasa terus-menerus(wisol) maka sahabat berkata: kami melihat Rasul melakukan wisol, maka kami pun berwisol, lalu Baginda berkata: sesungguhnya aku tidaklah seperti kamu, sesungguhnya aku telah

diberi makan dan minum (oleh Allah s.w.t.)"

Akan tetapi wajib ditunaikan sekiranya seseorang itu bernazar berpuasa terus-menerus.

(33)

33

36. Apakah hukum berpuasa setiap hari sepanjang tahun (رهدلا مايص.) melainkan hari yang diharamkan berpuasa?

Makruh hukumnya dan hukum makruh ini adalah kepada orang yang ditakuti memberi kemudaratan kepada dirinya jika berpuasa atau kepada orang yang akan mengabaikan hak-hak yang perlu ditunaikan dengan puasa tersebut. Sekiranya tidak memudaratkan dan mengabaikan hak-hak tersebut maka dibenarkan berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. kepada Abi Darda‟ yang telah mengabaikan isterinya Ummu Darda‟

"

بًّمَد َهٍََُِػ َهٍَِِ٘إٌٍَِْو بًّمَد َهٍََُِػ َهِّثَشٌِ َِّْا

بًّمَد َهٍََُِػ َنِذَغَجٌَِو

َؤ ِذْئاَو ََُِٔو ُُِلَو ِشِطْفَؤَو ُُِصَف

ٍّكَد ِيِر ًَُّو ِطِػاَو َهٍَِ٘

َُّٗمَد

"

خػبّلجا ٖاوس

“ Sesungguhnya untuk Tuhan kamu ke atas kamu ada

hakNya dan untuk ahli keluarga kamu ke atas kamu ada haknya dan untuk diri kamu ke atas kamu ada haknya, maka berpuasalah dan berbukalah, berjagalah dan tidurlah, datangilah ahli kamu dan berikanlah setiap

yang mempunyai hak akan haknya.” Hadis Riwayat

(34)

34

37. Apakah yang dimaksudkan dengan puasa sunat?

Puasa-puasa sunat ini dilakukan secara sukarela untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Ia merupakan

Ibadah Badaniah yang mendapat kedudukan yang

istimewa di sisi Allah s.w.t.

"

َُِِٓؼِجَع ِسبٌَّٕا َِٓػ َُٗهِجَو ُللها َذَّؼَث ِللها ًُِِِجَع ًِِف بِِّىََ ََبَص َِِٓ

بًفَِِشَخ

"

(

ٖاوس

ٌا

يسبخج

)

“Barangsiapa yang berpuasa dijalan Allah s.w.t. akan

dijauhkan oleh Allah s.w.t. wajahnya daripada api neraka sebanyak 70 tahun perjalanan.” Hadis Riwayat

Bukhari

َََدَآ ِِٓثا ًََِّػ ًُُّو

ٌَُٗ

ِِٗث ٌِِضِجَؤ بََٔا َو ًٌِِ َُِّٗٔبَف ََِىَّصٌا َّلاِا

(

ٖاوس

ٌا

ٍُغِ و يسبخج

)

“Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya

melainkan puasa, sesungguhnya puasa tersebut adalah

untukKu dan akulah yang akan memberi ganjarannya.”

(35)

35

38. Mengapa dimakruhkan berpuasa sunat Sabtu sahaja dan Ahad sahaja?

Dimakruhkan kerana ia menyerupai puasa orang Yahudi yang berpuasa di hari Sabtu dan orang Nasrani yang berpuasa di hari Ahad. Maka perlu dibezakan dengan mengiringkan bersama hari Sabtu atau Ahad hari yang lain sebelum atau selepas kedua-duanya tetapi dibolehkan berpuasa Sabtu sahaja atau Ahad sahaja pada puasa nazar qada‟ dan kifarah.

39. Apakah perkara-perkara yang sunat dilakukan ketika berpuasa?

1. Sahur serta melewatkannya. 2. Menyegerakan berbuka. 3. Beriktikaf.

4. Menjaga lidah.

40. Apakah hukumnya berpuasa pada hari Jumaat sahaja tanpa berpuasa sehari sebelum atau selepasnya?

(36)

36

Hukumnya adalah makruh berdasarkan hadith:

ًٍص للها يىعس ُذِؼَِس

:

يبل

,

ٕٗػ للها ًظس حشَش٘ بىؤ ٓػ

يىمَ ٍُعو ٍُٗػ للها

":

ِىُصََ َلا

ُُّجٌْا ََِىََ ُُِوُذَدَؤ ََِّٓ

بِِّىََ َّلاِا ِخَؼ

َُٖذِؼَث ِوَا ٍَُِٗجَل

( "

ْبخُؾٌا ٖاوس

)

“Daripada Abu Hurayrah r.a. berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Jangan sekali-kali di antara

kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan dia

berpuasa sehari sebelum atau selepasnya.” (Hadith

riwayat Bukhari dan Muslim)

41. Apakah yang dimaksudkan dengan hari Syak dan apakah hukum berpuasa pada hari tersebut ?

Yang dimaksudkan dengan hari syak itu ialah hari yang tidak diketahui samada hari itu adalah 30 Syaaban atau 1 Ramadhan kerana tiada ketetapan munculnya anak bulan Ramadhan. Hukum berpuasa pada hari tersebut adalah makruh melainkan jika ia bertepatan dengan hari yang biasa ia puasa, seperti puasa pada hari Isnin dan Khamis, berdasarkan hadith :

(37)

37

يبل ٕٗػ للها ًظس حشَش٘ بىؤ ٓػ

:

ٍُٗػ للها ًٍص للها يىعس يبل

ٍُعو

:

َلا

َِِىَصِث َْبَعََِس اِىُِِّذَمُر

َْبَو ًٌُجَس َّلاِا َُِِِِٓىََ َلاَو ٍَِىََ

َص َُِىُصََ

ُُِّٗصٍََُْف بِِّى

("

ٍُغِ ٖاوس

)

Daripada Abu Hurayrah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu mendahului Ramadhan

dengan berpuasa sehari mahupun dua hari melainkan seseorang yang biasa berpuasa (pada hari itu), maka

berpuasalah ia.” Hadis Riwayat Muslim

42. Bilakah yang dikatakan waktu sahur itu?

Waktu sahur itu bermula dari pertengahan malam sehingga terbit fajar dan sunat ditakhirkan (dilewatkan). Rasulullah mentakhirkan bersahur kira-kira 15 minit sebelum subuh berdasarkan hadis :

يبل ٕٗػ للها ًظس ذثبث ٓث ذَص ٓػ

" :

َغَِ بَِٔشَّذَغَر

َس

ِللها ِيِىُع

ٍَََُّعَو ٍََُِِٗػ ُللها ًٍََّص

ِحَلاَّصٌا ًٌَِا بَُِّٕل َُُّث

,

ُذٍُْل

:

ُسِذَل ََْبو َُِو

َيبَل ؟ بَُّهََُِٕث

:

ًخَآ َُِِٓغَِّخ

( "

ٖاوس

ٌا

ٍُغِ و ٌسبخج

)

(38)

38

Dari Zaid bin Thabit berkata : “ Kami bersahur bersama

Rasulullah s.a.w. lalu kami berdiri untuk menunaikan

solat, saya bertanya : Berapakah jarak antara

keduanya? Ujar Nabi s.a.w. : 50 ayat (lebih kurang 15

minit ).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada juga pendapat yang menjadikan hadis ini sebagai sandaran kepada waktu melakukan “imsak” ( menahan diri sebagai langkah waspada ketika menghampiri waktu

subuh)

43. Apakah doa semasa berbuka?

Diriwayatkan secara mursal bahawa Nabi s.a.w. selalu berdoa ketika berbuka dengan doa:

ُدِشَطْفَؤ َهِلِصِس ًٍََػَو ُذُِّص َهٌَ َُُّهٌٍَُّا

“ Ya Allah, keranaMu aku berpuasa dan dengan rezekiMu aku berbuka.” Abi Daud – Hadis ini dhaif tetapi

harus beramal atas dasar Fadhail A’mal.

44. Jika ada kes seseorang itu wajib qada’ puasa Ramadhan, puasa nazar dan juga puasa kifarah yang semuanya berjumlah 9 hari katakan, tetapi dia

(39)

39

lupa dan tidak pasti berapa harikah nazar, kifarah dan juga Ramadhannya, tetapi dia pasti semuanya berjumlah 9 hari, adakah memadai dia berniat umum atau wajib ditentukan juga?

Memadai ia niatkan umum:

َِٓػ ٍذَغ ََِىَص ُذََِىَٔ

ٍتِجاَو

ًٍَََّػ

“Sahaja aku berniat puasa esok hari yang diwajibkan ke

atasku.”

Tidak perlu ditentukan tetapi berlainan pula dengan niat sembahyang yang perlu ditentukan.

45. Apakah wajib qada’ ke atas seorang kafir asli apabila dia masuk Islam, kanak-kanak apabila baligh dan orang gila apabila ia siuman kembali serta orang-orang yang tidak dapat berpuasa dengan berbagai alasan yang syar’ie ?

 Tidak wajib qada‟ ke atas kafir asli, tetapi menurut Syeikh Ramli sunat dia mengqada‟kannya.

 Tidak wajib qada‟ ke atas kanak-kanak sehingga ia baligh.

 Tidak wajib qada‟ ke atas orang gila sehingga ia

(40)

40

 Manakala bagi orang yang uzur syar‟ie, sepert haid, sakit, musafir dan sebagainya wajib qada‟ dan tiada dosa ke atasnya jika meninggalkan puasa.

46. Jika seseorang meninggal dunia pada 15 Ramadhan dan sebelumnya dia tidak berpuasa selama 5 hari, pasti dia tidak dapat qada’ puasanya. Bagaimana penyelesaiannya ?

Sekiranya seseorang itu tiada kesempatan untuk mengqada‟ puasanya dengan keuzuran syar‟ie seperti contoh di atas tidaklah dia berdosa tetapi wajib dikeluarkan fidyah daripada pusakanya samada dengan izin warisnya atau pun tidak. Begitu juga wajib fidyah bagi yang ada kesempatan tetapi dia tidak mengqada‟.

47. Bagaimana pula bagi seorang ibu yang menyusukan anaknya yang khuatir akan memberi kemudharatan pada dirinya sahaja atau kepada dirinya dan anaknya?

Menurut Imam Syafie dan Ahmad, jika dia berbuka kerana kekhuatiran terhadap anaknya sahaja, maka dia wajib qada‟ dan membayar fidyah, tetapi jika yang

(41)

41

dikhuatirkan ialah keselamatan diri mereka sendiri atau keselamatan diri mereka dan juga anak, maka mereka hanya diwajibkan mengqada‟ sahaja.

48. Mengapakah dibezakan antara seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anak yang berbuka disebabkan khuatir mudharat pada dirinya sendiri atau dirinya bersama anaknya hanya dikenakan qada’ tanpa fidyah, manakala pada ibu yang mengandung atau menyusukan anaknya yang berbuka kerana takut mudarat pada anaknya dikenakan qada’ serta fidyah ?

Perbezaan berlaku kerana kes pertama (berbuka disebabkan khuatir mudharat pada dirinya sendiri atau dirinya bersama anaknya ) menyerupai seorang yang sakit maka kena qada‟ tanpa fidyah. Manakala bagi kes kedua si ibu berbuka bukan disebabkan dirinya tetapi disebabkan orang lain (iaitu bayinya) dikenakan qada‟

beserta fidyah .

49. Jika seseorang berbuka untuk membantu binatang atau manusia yang dalam bahaya, adakah ia wajib mengqada’ dan membayar fidyah ?

(42)

42

Ya, wajib ke atasnya qada‟ dan fidyah, kerana ia berbuka bukan disebabkan dirinya tetapi disebabkan pihak atau orang lain.

50. Jika seseorang sengaja melambat-lambatkan qada’ puasanya sehingga masuk ke tahun-tahun yang lainnya bagaimanakah fidyahnya? Adakah wajib berkali-kali mengikut tahun atau memadai satu fidyah ?

Haram sengaja melambat-lambatkan qada‟ sehingga melangkau tahun, dalam hal di atas wajib keatasnya mengqada‟ puasa mengikut bilangan yang ditinggalkan sahaja dan fidyahnya akan bertambah mengikut bertambahnya tahun ia meninggalkan qada‟. Contoh : jika melangkau setahun satu fidyah bersama dengan satu qada‟, melangkau dua tahun, dua fidyah tetapi qada‟nya tetap satu.

Ini adalah pendapat Mazhab Syafie dan penulis berpegang dengannya, namun sememangnya ada pendapat mazhab lain yang menyatakan tiada pertambahan fidyah dengan melangkau tahun, penulis

(43)

43

menghormati pendapat tersebut.

51. Jika seseorang itu tidak mampu berpuasa Ramadhan maka dia membayar fidyah, kemudian pada puasa 6 hari di bulan Syawal pun ia fidyahkan juga. Adakah ia mendapatkan ganjaran yang sama iaitu seolah-olah berpuasa setahun ?

Menurut Sultanul Ulama Izzuddin Abdussalam, ia tetap mendapat ganjaran yang sama.

Jika puasa yang wajibpun boleh difidyahkan apatah lagi yang sunat, yang pentingnya niat yang ikhlas untuk beribadat bagi mereka yang tidak mampu lagi berpuasa. Sebagai satu keringanan, rahmat dan peluang kepada mereka.

52. Apakah hukumnya seorang isteri berpuasa qada’ yang masih banyak waktunya lagi untuk diqada’ atau puasa sunat tanpa izin suaminya dan dalam keadaan suaminya ada disisi ?

Haram keatas isteri mengqada‟ puasa yang masih

banyak lagi ruang masa mengqada‟nya عَّس َوُم بِجا َو ( )atau berpuasa sunat tanpa keizinan suaminya ketika

(44)

44

suaminya berada di sisinya melainkan puasa Arafah dan Asyura diharuskan tanpa izin suami.

53. Apabila pemerintah mengarahkan berpuasa istisqa’ (puasa minta hujan) maka wajib rakyat melakukannya, tetapi ada antara rakyat yang terpaksa berbuka pada hari tersebut atas alasan yang syari’e seperti haid . Adakah wajib ia mengqada’ ?

Tidak wajib ia mengqada‟, kerana kewajipan itu bukannya wajib aini tetapi kewajipan itu adalah bersebab iaitu atas arahan pemerintah pada hari tertentu, apabila berlalu hari tersebut maka terhapuslah kewajipan tersebut.

54. Apakah boleh berpuasa qada’ pada hari isnin dan khamis ?

Ya, harus berpuasa qada‟ pada hari tersebut bahkan ia turut mendapat pahala puasa sunat hari isnin dan khamis sekaligus, begitu juga pada puasa qada‟ yang dilakukan pada hari – hari yang sunat berpuasa seperti puasa 6 hari di bulan Syawal.

(45)

45

Mengenai niatnya, hanya perlu berniat puasa qada‟ sahaja dan telah terangkum puasa lain yang lebih kecil daripadanya. Ianya sama seperti kita mandi wajib dan terhasil juga wudhuk sekiranya tiada perkara yang membatalkan wudhuk dilakukan semasa mandi wajib. Begitu jugalah solat tahiyyatul masjid tidak perlu dilakukan jika kita masuk ke dalam masjid kemudian terus solat qabliah atau lain-lain.

Namun terdapat juga pendapat yang tidak menerima gabungan puasa qada‟ dengan puasa sunat. Penulis turut menghormatinya.

55. Adakah batal puasa bagi orang yang gila sebentar sahaja?

Batal puasanya walaupun sebentar.

56. Apakah hukum bagi orang yang hilang akalnya disebabkan sakit atau dibius atau memakan ubat disebabkan keperluan kepada ubat tersebut ?

Bagi kes-kes di atas, batal puasanya dan hendaklah ia mengqada‟ puasanya dan tidak berdosa keatasnya.

(46)

46

57. Bagaimana jika hilang akal akibat mengambil benda-benda yang haram?

Siapa yang hilang akal akibat benda yang haram seperti arak , dadah dan lain-lain semestinya wajib qada‟ dan berdosa besar perbuatannya kerana mengambil benda tersebut dan meninggalkan puasa.

58. Jika berhenti haid di waktu tengahari Ramadhan, adakah ia perlu menahan diri untuk berpuasa?

Tidak perlu, hanya sunat sahaja ia menahan diri untuk berpuasa dan keesokan harinya barulah wajib berpuasa ke atasnya.

59. Bagaimanakah penyelesaian kepada budak lelaki yang baligh ketika sedang berpuasa?

Jika seorang kanak-kanak lelaki baligh ketika berpuasa contohnya dia keluar mani ketika tidur selepas sahur, maka jatuh wajib dia menyempurnakan puasanya kerana ketika itu telah tertaklif dengan kewajiban puasa

(47)

47

dan jika pada hari dia baligh itu dia tidak berpuasa maka wajib dia mengqada‟ puasanya.

60. Bagaimana pula jika kanak-kanak perempuan mula haid ketika sedang berpuasa?

Bermula daripada hari dia keluar haid itu telah diwajibkan segala syariat ke atasnya dan hendaklah dia memberhentikan puasanya kerana keluar haid dan bermula daripada hari dia berhenti itu sehingga dia suci kembali wajib ke atasnya qada‟ puasa tersebut.

61. Perbahasan mengenai pembayaran dan pengiraan fidyah masakini

Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin. Kewajipan fidyah puasa ini berdasarkan firman Allah :













(48)

48

Maka barangsiapa diantara kamu yang tidak

berkemampuan melakukan puasa Ramadan. Maka diwajibkan membayar fidyah, (iatu): memberi makan seorang miskin. Al Baqarah 184

Perlu diberi perhatian bahawa pesakit yang boleh meninggalkan puasa dan digantikan dengan fidyah ialah hanya kepada pesakit yang tiada kemungkinan sembuh dan tidak boleh berpuasa lagi, tetapi bagi pesakit yang mampu berpuasa maka

wajib mengqada‟ puasa tersebut selepas Ramadan. Contohnya : seorang pengamal dialisis tidak mampu berpuasa atau meneruskan puasanya ketika sedang mengambil rawatan tetapi dia masih boleh berpuasa pada hari-hari yang lain, maka pesakit tersebut perlu mengqada‟ puasanya selepas Ramadan dan tidak boleh membayar fidyah.

Pembayaran dan pengiraan fidyah masakini

Setiap satu hari puasa yang ditinggalkan hendaklah dibayar dengan satu fidyah bersamaan satu mudd (cupak) atau ¼ gantang.

Satu mudd menurut taksiran di dalam Kitab Al Fiqh Al

(49)

49

Makanan yang hendak dikeluarkan fidyah mestilah makanan asasi penduduk setempat dan harus menukar nilaiannya dengan wang.

Katakanlah satu kilogram beras RM 3.00, maka 600 gram beras ialah RM 1.80

Panggil orang ramai ke rumah dan buat majlis makan, adakah boleh dinamakan bayar fidyah ?

Tidak boleh, kerana fidyah mesti ditentukan mendapat hak milik harta yang difidyah kepada penerima secara jelas, jika buat majlis makan ianya masih hak tuan rumah

62. Adakah boleh seseorang yang uzur atau sakit yang tiada harapan diubati mengeluarkan fidyah dalam keadaan dia masih hidup?

Dibolehkan bahkan perlu ke atas seorang yang uzur seperti tua yang amat sangat atau sakit yang berkekalan membayar fidyah ketika waktu hidupnya.













...



(50)

50

“Dan ke atas orang-orang yang sulit melakukannya, hendaklah mereka membayar fidyah memberi makan

orang miskin.” Al Baqarah 184

Ibnu Abbas di dalam mentafsirkan ayat ini mengatakan ayat ini tidak dinasakhkan dan di tujukan kepada orang tua samada lelaki mahupun perempuan yang tidak sanggup berpuasa, hendaklah memberi makan seorang miskin.

63. Jika seseorang meninggal dunia dalam keadaan masih dibelenggu kewajiban qada’ puasa sedang dia ada kesempatan melakukannya semasa hayat, bolehkah jika walinya ingin berpuasa menggantikan orang yang meninggal tersebut ?

Imam Syafie di dalam Qaul Jadid tidak membenarkan wali menggantikan puasa, tetapi di dalam Qaul Qadim dibenarkan bagi wali menggantikan orang yang telah meninggal itu dan tidak perlu membayar fidyah, dan maksud wali ialah kesemua kerabatnya dan jika puasa itu dibuat oleh orang lain sah dengan izin wali. Jika tiada izin wali maka tidak sah. Ini berdasarkan hadis ;

(51)

51

بَهَِٕػ ٌٍَُّٗا ٍَِظَس َخَؾِئبَػ َِٓػ

ٍََُِػ ٌٍَُّٗا ًٍََّص ٌٍَِّٗا َيىُعَس ََّْؤ

َيبَل ٍَََُّعَو ِٗ

ٌَُُُِّٗو َُِٕٗػ ََبَص َْبَُِص ٍََُِِٗػَو َدبَِ َِِٓ

Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang meninggal sedangkan ia masih

mempunyai kewajiban berpuasa, hendaklah digantikan oleh

walinya.” ( Riwayat Bukhari

Dan hadith dari Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu bertanya: “Ya Rasulullah, ibu saya meninggal dunia padahal ia masih mempunyai hutang puasa sebulan, apakah boleh saya ganti mengqada‟kannya?

Maka sabda Rasulullah s.a.w.:

ُِِٗعْمَر َذُِٕوَؤ ََِْٓد بَهٍََُِػ َْبَو ِىٌَ َذََِؤَسَؤ

“Seandainya ibumu mempunyai hutang, apakah akan kamu bayar hutangnya?

Katanya: Ya, maka Rasulullah bersabda:

ِءبَفَىٌْبِث ُّكَدَؤ ًٌَبَؼَرَو َنَسبَجَر ٌٍَُّٗبَف

“Maka hutang kepada Allah lebih patut untuk dibayar”. (Hadith riwayat Ahmad)

(52)

52

64. Adakah seorang musafir boleh berbuka dan bagaimana pula seorang yang musafir tanpa henti?

Harus bagi seseorang yang bermusafir melebihi 2 marhalah berbuka dan bagi permasalahan musafir yang berterusan tiada henti atau berhenti seketika dan perhentiannya tidak memungkinkan ia mengqada‟ puasa yang ditinggalkan maka tidak boleh ia berbuka.

65. Sekiranya seorang yang sedang musafir memilih hendak berpuasa, apakah hukumnya?

Bagi sesiapa yang diberi keringanan dan ia merasa mampu untuk berpuasa dan tidak memberikan apa-apa mudharat maka harus ia memilih samaada berpuasa atau berbuka. Seorang sahabat Hamzah Aslami r.a. bertanya kepada Rasulullah yang beliau merasa kuat untuk berpuasa dalam permusafiran adakah salah dia berbuka, maka jawab Baginda s.a.w.

"

َْْا َّتَدََؤ ََِِٓو َْٓغَذَف بَهِث َزَخَؤ ََِّٓف َلىبَؼَر للها َِِٓ ٌخَصِخُس ًَِ٘

ٍََُِِٗػ َحبَُٕج َلاَف ََِىُصََ

"

“Ianya adalah keringanan daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya adalah baik dan sesiapa yang suka

(53)

53

meneruskan puasanya maka tiada salah ke atasnya.”

Hadis Riwayat An Nasaie

Bagi penulis, lebih baik bagi sesiapa yang musafir melihat kepada keadaan dirinya, jika dia seorang yang sukar melakukan puasa sunat, lebih baik dia terus berpuasa dan tidak mengambil rukhsah, tetapi jika dia sering melakukan puasa sunat ataupun tidak sukar untuk melakukan qada‟ selepas Ramadhan, maka lebih afdhal kepadanya mengambil anugerah dan keringanan Allah tersebut.

Namun ada juga pendapat yang menyatakan berpuasa lebih baik daripada mengambil keringanan untuk berbuka berdasarkan firman Allah di dalam surah Al Baqarah Ayat 184 yang memberi kebenaran untuk sesiapa yang sakit dan musafir untuk berbuka , akan tetapi diakhir ayat tersebut Allah s.w.t menyatakan :

















Maksudnya “dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu

mengetahui

Maka terserah kepada pembaca untuk menilai kemampuan dan kewajaran puasa pada diri mereka.

(54)

54

66. Apabila seorang musafir telah tiba ke destinasinya dalam keadaan telah berbuka, adakah dikenakan kifarah jika dia menjimak isterinya?

Tidak dikenakan kifarah ke atasnya kerana dia telah mengambil keringanan dengan berbuka. Tetapi sunat kepadanya menahan diri.

67. Seorang musafir telah sampai ke Mekah dalam keadaan berpuasa. Adakah lebih baik ia berbuka supaya menguatkan tubuh badannya untuk melakukan umrah?

Rasulullah sewaktu memasuki kota Mekah sewaktu peristiwa Pembukaan Mekah pada 20 Ramadhan, Baginda dalam keadaan berbuka, setelah selesai solat dua rakaat di Baitullah al-Haram, Baginda bersabda:

"

ْشَفَع َِْىَل بَِّٔئَف اِىُِّّرَا َخَّىَِ ًََِ٘ؤ أََ

"

“Wahai penduduk Mekah, sempurnakanlah puasa kalian sesungguhnya kami golongan yang musafir.”

Maka lebih afdhal bagi musafir berbuka apabila ia baru sampai supaya ia dapat menyegarkan badan untuk melakukan umrah dan kebiasaannya apabila musafir yang baru sampai berumrah tanpa berbuka, pasti

(55)

55

memenatkan dan bagi musafir peluang berumrah amat terhad hanya sewaktu di Mekah tetapi puasa boleh diqada‟ pada waktu-waktu lain dan ada keringanan berbuka.

68. Bagaimanakah hukumnya jika seseorang itu tidak sengaja atau dipaksa makan atau muntah?

Sah puasanya sekiranya tidak sengaja atau lupa atau dipaksa berdasarkan hadith :

ٕٗػ للها ًظس حشَش٘ بىا ٓػ

,

ٍُٗػ للها ًٍص للها يىعس يبل

ٍُعو

":

َص َىَُ٘و ٍَِغَٔ َِِٓ

ِئب

ََُّٗؼْطَؤ بََِّّٔئَف َُِِٗىَص َُِّزٍَُُْف َةِشَؽ ِوَؤ ًََوَإَف ُْ

ُٖبَمَعَو ُللها

( "

خػبّلجا ٖاوس

)

Daripada Abi Hurayrah r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w. : “Barangsiapa yang terlupa dalam keadaan ia

berpuasa kemudian ia termakan atau minum maka hendaklah ia meneruskan puasanya, sesungguhnya dia

seolah-olah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t.”

(56)

56

يبل حشَش٘ بىؤ ٓػ

,

يبل

ٍُٗػ للها ًٍص للها يىعس

ٍُعو

" :

َِِٓ

َُٗػَسَر

َعَل ٍََُِِٗػ َظٍََُِف ٌءًَِل

ٌءب

,

ِطْمٍََُْف اّذََّػ ًَمِعَؤ ََِِٓو

("

ٖاوس

دواد بيؤ و ذحمؤ

)

Daripada Abi Hurayrah r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w. “Siapa dipaksa muntah maka tiadalah atasnya

qada’ dan barangsiapa muntah dengan sengaja maka

batal puasanya.” (Hadith riwayat Ahmad dan Abi Daud)

Namun, jika ia termakan semasa berpuasa sunat, menurut mazhab Syafie batal puasanya. Hadith pertama di atas hanya untuk puasa wajib.

69. Bagaimana pula dengan sisa makanan yang ada terselit di celah gigi dan hanya disedari di waktu siang?

Tidak membatalkan puasa tetapi wajib membuang sisa tersebut dan batal jika ia sengaja menelannya.

70. Apakah hukumnya seorang musafir yang mengambil rukhsah (berbuka) telah sampai ke destinasi atau orang sakit yang telah berbuka

(57)

57

kemudian sihat kembali, adakah perlu kepada mereka menahan diri ?

Adalah sunat hukumnya kepada mereka menahan diri.

71. Yang manakah lebih utama berbuka dahulu atau sembahyang Maghrib?

يبل ٕٗػ للها ًظس ظٔؤ ٓػ

" :

للها يىعس ْبو

(

ؿ

)

ًٍََػ ُشِطْفَُ

ٍدبَجُطُس

ٍٍََِّصَُ َْْا ًَِجَل

.

ُِٓىَر ٌَُِ ِْْبَف ٍداَشََّر ًٍََؼَف ُِٓىَر ٌَُِ ِْْبَف

ٍءبَِ ِِِٓ ٍداَىَغَد بَغَد

( "

دواد ىثؤ ٖاوس

)

Dari Anas r.a.: “Adalah Rasulullah biasa berbuka

dengan beberapa kurma basah sebelum sembahyang. Jika tiada maka dengan kurma kering, jika tiada maka

diteguk beberapa teguk air.” (Hadith riwayat Abu Daud)

Dari hadith di atas menunjukkan sunat berbuka dahulu sebelum solat maghrib dengan tamar atau air kemudian solat. Jika selesai solat maka makan pula makanan yang lainnya jika ada, akan tetapi jika makanan berat telah terhidang maka lebih baik ia makan terlebih dahulu berdasarkan hadith Anas r.a.:

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk membuktikan ekstrak etanol kulit buah mahkota dewa memiliki efek antiinflamasi terhadap edema kaki tikus putih jantan yang diinduksi

Mineral kalsium sebagai pembentuk tulang dan mineral (Cu, Fe, Zn, dan Se) yang berfungsi sebagai antioksidan serta proksimat dari kerang darah ( Anadara granosa )

Ruang lingkup inovasi UNTERTRIP (Universal Intertrip Device) adalah implementasi UNTERTRIP yang telah terpasang pada Generator Transformer 1 dan 2 di PLTD Sewa

Diperlukan sdm berhubungan dengan kemampuan terhadap detail tugas dan tanggung jawab pada tingkat: (1) mempersiapkan deskripsi pekerjaan; (2) jumlah dan kualifikasi

Berdasarkan pada hasil pengamatan peranan petugas rekam medis tidak sesuai dengan protap yang sudah ditetapkan di RSUD Sunan Kalijaga Demak yang dimana dijelaskan

5.4.2.4 Hasil evaluasi, rencana tindak lanjut, dan tindak lanjut terhadap pelaksanaan koordinasi lintas program dan lintas sektor.. 5.5.1.1 SK Kepala Puskesmas dan

Berdasarkan paparan data dan kajian teori di atas dapat diketahui bahwa dalam tahap pelaksanaan supervisi pembelajaran Kepala Madrasah terhadap guru mata pelajaran

No. berdasarkan Surat Perintah Kepala Kantor Pelayanan Bea dan Cukai Tipe... Direktorat Jenderal Bea dan Cukai di... telah dilaksanakan pencampuran etil alkohol dengan