• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dokumen - INTRA_JABATAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Dokumen - INTRA_JABATAN"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

Disediakan Oleh:

PUSAT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

(2)

KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan 2

Definisi 2

Tujuan 4

Punca Kuasa 4

Prosedur Kerja Program Kerjasama IPG KPM 7

Carta Alir

Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM

Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM yang Berkaitan dengan Persidangan Antarabangsa

Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM yang Melibatkan Memorandum Persefahaman / Perjanjian

Permohonan Lawatan Rasmi Ke Luar Negara Bagi Tujuan Pembentangan Kertas Ilmiah Peringkat Antarabangsa

Permohonan Lawatan Rasmi Ke Luar Negara Secara Berkumpulan

20

21

22

23

24

Surat Arahan, Surat Edaran, Surat Pekeliling dan Prosedur Lain

yang Berkaitan yang Boleh Dijadikan Rujukan 25

(3)

1.0 PENGENALAN

Pelaksanaan program kerjasama yang melibatkan kementerian, agensi

atau institusi dalam dan luar negara bukan sahaja memberi impak kepada

imej Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan

Guru Kampus (IPGK) tetapi juga kepada Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM). Justeru, semua program kerjasama IPG KPM perlu

dirancang rapi dan dilaksanakan dengan lebih profesional agar ianya

memberi hasil yang berkualiti dan impak yang positif kepada IPG KPM.

2.0 DEFINISI

2.1 Program Kerjasama IPG KPM

2.1.1 Program kerjasama IPG KPM yang melibatkan kementerian,

agensi, institusi, Universiti Awam dan Universiti Swasta di

dalam dan luar negara.

2.1.2 Program kerjasama IPG KPM yang melibatkan sebarang

proses menandatangani dokumen kerjasama seperti

pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum

Perjanjian (MoA), Surat Hasrat (Letter of Intent) dan sebagainya.

2.1.3 Program kerjasama IPG KPM yang melibatkan

Bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.1.4 Program kerjasama yang melibatkan penyertaan dan

sumbangan IPG KPM yang berkesan kepada pertubuhan dalam

(4)

2.1.5 Program yang melibatkan jaringan dan kolaborasi dalam bidang

latihan guru dengan agensi dan institusi latihan dalam dan luar

negara.

2.1.6 Contoh program kerjasama adalah kursus pengajian, program

latihan, penyelidikan, seminar, persidangan, lawatan, Training of

Trainers(TOT), program pertukaran pelajar, program kerjasama

melalui Mesyuarat Joint Working Group (JWG) dalam Bidang

Pendidikan, dan sebagainya.

2.1.7 Program kerjasama tersebut mempunyai kriteria seperti

berimpak tinggi (outcome-based), mempunyai kebolehcapaian

(doable), mempunyai peruntukan yang mencukupi (budgetary

readiness) dan mempunyai nilai timbal balik yang setara (return

on investment).

2.2 Penyelaras Program Kerjasama IPGK

2.2.1 Penyelaras tersebut bertindak sebagai pegawai penghubung

antara IPGK dan IPGM apabila terdapat sebarang urusan

berkaitan program kerjasama yang melibatkan mana-mana pihak

dari kementerian, agensi atau institusi dalam dan luar negara.

2.2.2 Turut berperanan sebagai focal point bagi tujuan mengumpulkan

maklumat berkaitan semua program kerjasama yang melibatkan

semua jabatan dan unit di IPGK.

2.2.3 Surat pelantikan dikeluarkan oleh IPGM dan ditandatangani oleh

(5)

3.0 TUJUAN

Garis Panduan Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM ini bertujuan

untuk:

3.1 memaklumkan ketetapan IPGM tentang dasar sesuatu program

kerjasama dilaksanakan di peringkat IPG KPM;

3.2 menyediakan panduan mengenai prosedur pelaksanaan sebarang

program kerjasama di peringkat IPG KPM;

3.3 menyediakan maklumat tentang perkara-perkara yang perlu

dipertimbangkan dan prosedur yang perlu dipatuhi apabila

merancang sebarang program kerjasama IPG KPM.

4.0 PUNCA KUASA

4.1 Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 April 2004 -

perenggan 4.1.4 iaitu cadangan kementerian/agensi Kerajaan

mengadakan persidangan antarabangsa dan juga persidangan,

seminar, bengkel serta mesyuarat yang melibatkan peserta luar

negara memerlukan pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri.

4.2 Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mei 2006

perenggan 4.1.1 bilangan (7) iaitu cadangan Kerajaan

menandatangani perjanjian atau memorandum persefahaman

(6)

perlulah dikemukakan untuk pertimbangan dan persetujuan Jemaah

Menteri.

4.3 Berdasarkan Cabutan Minit Mesyuarat Ketua Bahagian

Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 9/2015 pada 1 Julai 2015

yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM:

(i) keterangan YBhg. Tan Sri Dr. Pengerusi bahawa secara

umumnya, program pengantarabangsaan yang dilaksanakan

oleh pelbagai bahagian, institusi pendidikan dan sekolah telah

memberi impak yang amat baik dan positif terhadap sistem

pendidikan negara;

(ii) saranan YBhg. Tan Sri Dr. Pengerusi bahawa semua pihak

perlu sentiasa mematuhi tatacara dan prosedur yang telah

ditetapkan terutamanya melibatkan peraturan dan pekeliling

yang sedang berkuat kuasa seperti berikut:

a. setiap bahagian mesti bertanggungjawab untuk

memaklumkan kepada semua agensi, institusi dan sekolah

di bawah seliaan masing-masing berkenaan peraturan dan

prosedur yang berkuatkuasa berkenaan program

pengantarabangsaan;

b. bahagian, agensi, institusi dan sekolah tidak boleh

menandatangani sebarang dokumen komitmen seperti

Memorandum of Understanding (MOU), Memorandum of

(7)

tersebut dengan mana-mana pihak luar adalah tertakluk

kepada kelulusan kabinet dalam Mesyuarat Jemaah

Menteri;

c. bahagian, agensi, institusi dan sekolah adalah

bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Bahagian

Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA), Sektor

Pelajaran (SP) dan Bahagian Hubungan Antarabangsa

(BHA), Sektor Pendidikan Tinggi (SPT) berkenaan semua

program kerjasama antarabangsa yang dilaksanakan

termasuk program yang dikendalikan oleh kedutaan asing;

d. bagi penganjuran seminar antarabangsa atau jemputan

penceramah luar negara, Arahan Setiausaha Jemaah

Menteri Bilangan 1 Tahun 2008 telah menjelaskan bahawa

semua penganjuran seminar antarabangsa perlu

mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri manakala

jemputan penceramah luar pula perlu mendapatkan nasihat

daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian

Dalam Negeri (KDN) serta agensi lain yang berkaitan; dan

e. prosedur dan dasar lawatan antarabangsa ke luar negara

perlu diteliti sebaik-baiknya terutamanya melibatkan negara

destinasi yang memberikan ancaman kepada pelajar seperti

penularan fahaman ekstrimis serta wabak penyakit

(8)

4.4 Berdasarkan Minit Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan

Malaysia (MPKPM) Bil.04/2016, YBhg. Dato’ Sri Dr. KPPM selaku

Pengerusi Mesyuarat telah memutuskan di bawah perkara Perutusan

Pengerusi seperti berikut:

“semua undangan rasmi kepada menteri ke program yang dianjurkan oleh

bahagian/JPN hendaklah melalui pejabat KPPM terlebih dahulu, juga

hendaklah melalui SUSK/SUS seperti yang diputuskan dalam MPKPM

Bil.03/2016”.

“Laluan perintah (line of command) ini juga termasuk hal-hal lain seperti pengisian jawatan, penempatan murid di sekolah berasrama penuh, juga

daripada pihak luar berkaitan mempromosi produk dan sebagainya”.

5.0 PROSEDUR KERJA

5.1 Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM memerlukan perancangan

yang teliti. Perancangan awal harus mengambil kira jangkamasa yang

diperlukan untuk pembentangan kertas cadangan di peringkat

Mesyuarat IPGM, KPM mahu pun Jemaah Menteri.

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

1

secara bertulis daripada Rektor

IPGM untuk pelaksanaan

program kerjasama IPG KPM

dengan menyertakan maklumat

berkenaan program berkenaan.

(9)

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

b) Mengenalpasti sumber

kewangan untuk melaksanakan

program kerjasama IPG KPM.

Rujuk Lampiran 1

kertas cadangan bagi tujuan

mendapatkan kebenaran

melaksanakan program

kerjasama IPG KPM.

b) Bagi IPGK, kertas cadangan

tersebut perlu dibentangkan

dan mendapat kelulusan

pengarah IPGK terlebih dahulu

di Mesyuarat Majlis Profesional,

Pengurusan dan Pentadbiran

(M3P) di peringkat kampus.

Rujuk Lampiran 9

bagi Format dan

Contoh Kertas

a) Kertas cadangan pelaksanaan

program kerjasama IPG KPM

berkenaan dihantar ke IPGM

untuk semakan.

(10)

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

b) Kertas cadangan dibentangkan

untuk kelulusan di mesyuarat

peringkat IPGM (Mesyuarat

Profesional IPGM/ Mesyuarat

Pengurusan Pentadbiran IPGM/

Mesyuarat Pengurusan

Pendidikan Guru atau

mana-mana mesyuarat IPGM yang

sesuai)

c) Sekiranya kertas cadangan

tersebut perlu mendapatkan

kelulusan pihak Pengurusan

Tertinggi KPM mahu pun

sehingga peringkat Jemaah

Menteri, prosedur

pembentangan dan kelulusan

kertas cadangan berkenaan

akan diuruskan oleh Pusat

Penyelidikan, Pembangunan

dan Inovasi (PPPI) IPGM.

Pengarah Pusat/

Sektor/ Jabatan/

Unit IPGM atau

wakil

Pengarah IPGK

atau wakil IPGK

Pegawai Meja

(11)

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

4

a) Penyelaras Program Kerjasama

IPGK akan memastikan proses

persediaan dan pelaksanaan

program kerjasama di IPGK

berjalan lancar.

b) Pegawai IPGM akan ditugaskan

untuk memantau dan

membantu, proses persediaan

dan pelaksanaan program

kerjasama di IPGK.

c) Semua pihak yang terlibat perlu

memastikan program

kerjasama IPG KPM berjalan

lancar dan segala isu berkaitan

diatasi dengan segera.

Penyelaras

Program Kerjasama

IPGK

IPGM

Semua pihak yang

(12)

5.2 Terdapat juga Program Kerjasama IPG KPM yang memerlukan

pensyarah atau pegawai IPGK bertugas di luar seperti menjalankan

latihan kepada guru-guru atau pegawai-pegawai dari agensi atau institusi

dalam negara. Pensyarah atau pegawai IPGK berkenaan boleh

dipertimbangkan bertugas di luar selagi ianya tidak menjejaskan tugas

dan tanggungjawab hakiki. Kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada

kebenaran Pengarah IPGK. Selain daripada itu, perlu juga dipastikan

bahawa program tersebut tidak melibatkan sebarang implikasi kos

terhadap IPG KPM. Sekiranya program itu melibatkan pembayaran

saguhati kepada penceramah atau bayaran lain, ianya adalah tertakluk

kepada Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.

5.3 Prosedur berkaitan jemputan yang melibatkan tetamu kenamaan dalam

dan luar negara serta pelibatan penceramah dan peserta luar negara

harus dititikberatkan. Selain daripada itu, pelaksanaan Program

Kerjasama IPG KPM yang melibatkan pembentangan kertas kajian/

kertas kerja/ kerja ilmiah di dalam atau luar negara perlu mematuhi

garis panduan yang ditetapkan oleh KPM.

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

1

Permohonan Kelulusan Penceramah Luar Negara

a) Kelulusan Tapisan Keselamatan

oleh Kementerian Luar Negeri

(KLN) dan Kementerian Dalam

Negeri (KDN) diperlukan bagi

penceramah luar negara.

(13)

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

b) Permohonan perlu dikemukakan

kepada KLN dan KDN tidak

kurang daripada 30 hari bekerja

sebelum program berlangsung.

c) Dokumen yang diperlukan untuk

dikemukakan kepada

Kementerian Luar Negeri dan

Kementerian Dalam Negeri :

i) Surat permohonan kelulusan (cover letter)

ii) Surat jemputan kepada penceramah

iii) Salinan passport

iv) Curriculum Vitae /

Resume Penceramah

v) Atur cara program

Surat

permohonan

kelulusan dan

surat jemputan

kepada

penceramah

ditandatangani

oleh Rektor

(14)

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

2

a) Kelulusan untuk menandatangani

dokumen MOU/ MOA dengan

mana-mana pihak luar adalah

tertakluk kepada kelulusan

kabinet dalam Mesyuarat Jemaah

Menteri.

b) Sebarang perjanjian bertulis

(Letter of Intent/ Letter of

Cooperation/ Letter of Exchange

dan sebagainya) dengan

mana-mana pihak dalam negara perlu

dirujuk kepada Penasihat

Undang-undang (PUU) KPM

manakala bagi urusan dengan

mana-mana pihak luar negara

perlu dirujuk kepada BDHA.

c) IPGM perlu merujuk terlebih

dahulu kepada PUU KPM dan

BDHA bagi memastikan perkara

dasar dan hubungan dua hala

antara Malaysia dan negara luar

tidak menjejaskan imej KPM dan

(15)

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

3

a) Penilaian dan kelulusan perlu

diperoleh daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan (BPPDP)

sebelum dikemukakan oleh IPGM

kepada Bahagian Kewangan.

b) Kertas ilmiah perlu dikemukakan

kepada Jawatankuasa Kawalan

Kualiti Kertas Ilmiah (JKKKI) di

BPPDP bagi mendapatkan

kelulusan sekurang-kurangnya

30 hari bekerja sebelum tarikh

persidangan.

c) Semua permohonan perjalanan

tugas rasmi ke luar negara yang

lengkap, mesti dikemukakan ke

IPGM tidak kurang daripada 30

hari bekerja sebelum tarikh

perjalanan. IPGM akan

mengemukakan borang tersebut

ke Bahagian Kewangan untuk

kelulusan Pegawai Pengawal

tidak kurang daripada 21 hari

bekerja sebelum tarikh perjalanan.

Rujuk

(16)

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

d) bagi permohonan yang

memerlukan kelulusan khas

Kementerian Kewangan, borang

berkenaan perlu dikemukakan ke

IPGM tidak kurang daripada 45

hari bekerja.

e) Semua pegawai yang layak,

diberikan kebenaran sebagai

menjalankan tugas rasmi bagi

menghadiri pembentangan kertas

ilmiah di luar negara jika

mendapat kelulusan Ketua

Jabatan, Ketua Perkhidmatan

dan Pegawai Pengawal

(17)

5.4 Terdapat juga permohonan program kerjasama IPG KPM yang

memerlukan kelulusan Ketua Jabatan, Ketua Perkhidmatan dan Pegawai

Pengawal, terutamanya yang melibatkan perjalanan ke luar negara.

Perjalanan yang dilakukan tanpa kelulusan Pegawai Pengawal boleh

dikenakan tindakan tatatertib.

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

1

Lawatan

Rasmi Ke Luar Negara

a) Semua tugasan/lawatan rasmi yang

melibatkan Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan, perakuan/sokongan Ketua

Pengarah masing-masing hendaklah

diperoleh terlebih dahulu.

b) Bagi pegawai dan kakitangan bukan

guru perlu mendapat perakuan Ketua

Jabatan sebelum dikemukakan kepada

Pegawai Pengawal untuk kelulusan.

c) Laporan Keberkesanan Program

melalui Sistem e-Lawatan

Antarabangsa (e-LA) di alamat

http:apps.moe.gov.my/ebdha/

hendaklah dikemukakan selepas

menghadiri program tersebut kepada

Bahagian Dasar dan Hubungan

Antarabangsa (BDHA) dalam masa 14

hari bekerja selepas perjalanan dibuat.

(18)

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

a) Permohonan peruntukan Program

Khusus Bertugas Rasmi di Luar

Negara bagi semua Jabatan/Bahagian

di KPM hendaklah dikemukakan kepada

Bahagian-bahagian yang dilantik

sebagai penyelaras mengikut jenis

program.

b) Semua permohonan Program Khusus

Bertugas Rasmi ke Luar Negara yang

lengkap mesti dikemukakan oleh IPGM

ke Bahagian Kewangan untuk kelulusan

Pegawai Pengawal tidak kurang

daripada 21 hari bekerja sebelum

tarikh perjalanan dan tidak kurang

daripada 35 hari bekerja bagi

permohonan yang memerlukan

kelulusan khas Kementerian Kewangan.

c) Semua permohonan Program Khusus

Bertugas Rasmi ke Luar Negara yang

menggunakan peruntukan Akaun

Amanah/ Kumpulan Wang Amanah

mesti dikemukakan ke Bahagian

Kewangan tidak kurang daripada 51

hari bekerja sebelum tarikh perjalanan

(19)

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

untuk mendapatkan persetujuan

Pegawai Pengawal sebelum diangkat

untuk kelulusan Perbendaharaan.

d) Permohonan seperti lawatan penanda

aras, program latihan dan sebagainya

(yang melibatkan peruntukan KPM),

memerlukan pembentangan kertas

cadangan di peringkat IPGM dan KPM

bagi mendapatkan kelulusan Pegawai

Pengawal.

a) Permohonan kelulusan dikecualikan

daripada kelulusan khas Kementerian

Kewangan tetapi hendaklah mendapat

kelulusan Pegawai Pengawal.

b) Contoh permohonan ini adalah seperti

program lawatan penanda aras secara

berkumpulan yang menggunakan

peruntukan sendiri.

Rujuk

Lampiran

(20)

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

4.

Program Kerjasama IPG KPM yang melibatkan guru pelatih ke luar negara

Permohonan mengadakan lawatan ke luar

negara secara persendirian atau

berkumpulan oleh guru pelatih perlu

mengikut prosedur yang ditetapkan oleh

Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan

Luar (SHEPHL), IPGM.

Rujuk

Lampiran 1

(21)

6.0 CARTA ALIR

6.1 PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

Ya

IPG KPM perlu menyediakan kertas cadangan bagi tujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan program kerjasama IPG KPM

IPG KPM memohon kebenaran secara bertulis daripada Rektor IPGM untuk melaksanakan program kerjasama IPG KPM dengan menyertakan maklumat berkenaan program kerjasama berkenaan.

Kertas cadangan dihantar ke IPGM untuk semakan.

Sekiranya kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi KPM/ Jemaah Menteri diperlukan:

 Prosedur pembentangan dan

kelulusan kertas cadangan berkenaan akan diuruskan oleh Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (PPPI) IPGM.

Mula

Perancangan Pelaksanaan Program Kerjasama

IPG KPM

Kertas cadangan IPGK perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan Pengarah IPGK terlebih dahulu di Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (M3P) di peringkat kampus.

Pembentangan kertas cadangan untuk kelulusan di mesyuarat peringkat IPGM

Persiapan Pelaksanaan Program Kerjasama

IPG KPM

Tidak TAMAT

Pelaksanaan Program Kerjasama

IPG KPM

Pegawai IPGM akan ditugaskan untuk memantau dan membantu, proses persediaan dan pelaksanaan program kerjasama di IPGK

Laporan dihantar ke IPGM (sekiranya berkaitan) sebagai rekod dan rujukan untuk pelaksanaan di masa akan datang.

Pelaporan Program Kerjasama

(22)

6.2 PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM YANG BERKAITAN DENGAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA

Sekurang-kurangnya setahun sebelum tarikh pelaksanaan

Mula

Kertas cadangan pelaksanaan dibentangkan dan diluluskan di dalam

Mesyuarat di Peringkat IPGM

Dibentangkan di dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Pemantapan Kualiti Urus Setia : BPPDP

Mesyuarat Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan penganjuran

persidangan dan menggunakan peruntukan sedia ada

Urus Setia : BPPDP Dibentangkan di dalam

Mesyuarat Profesional KPM

Dibentangkan di dalam

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi atau Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian KPM

Memohon kelulusan khas bagi pembiayaan pembentang dan peserta

luar negara kepada Kementerian Kewangan melalui Bahagian Kewangan.

Urus Setia : BDHA

Urus Setia : BDHA

Memohon kelulusan pakej daripada Bahagian Kewangan.

(23)

6.3 PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM YANG MELIBATKAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN/ PERJANJIAN

Mula

Menerima arahan untuk merancang dan menyelaras Memorandum Persefahaman/ perjanjian dengan mana-mana kementerian, agensi atau institusi di dalam dan luar negara

Berbincang di peringkat unit dan Bahagian untuk penyediaan draf Memorandum Persefahaman/ perjanjian

Berbincang dengan pihak berkenaan untuk penyediaan Memorandum Persefahaman/ perjanjian.

Menyediakan deraf Memorandum Persefahaman/ perjanjian dengan kerjasama pihak berkenaan.

Mendapatkan ulasan dan membincangkan draf Memorandum Persefahaman/ perjanjian di peringkat Bahagian

Menyediakan kertas cadangan mengenai Memorandum Persefahaman/ perjanjian program berkenaan untuk dibentangkan dan diluluskan oleh Mesyuarat di peringkat IPGM, Pengurusan Tertinggi KPM dan sekiranya perlu, di peringkat Jemaah Menteri.

Memantapkan Memorandum Persefahaman/ perjanjian untuk diserahkan kepada Penasihat Undang-Undang bagi tujuan semakan

Menyemak Memorandum Persefahaman/ perjanjian dengan kerjasama agensi berkenaan

Menyelaraskan mesyuarat bersama Bahagian KPM, Institut Pendidikan Guru dan agensi yang berkaitan.

Menguruskan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman/ perjanjian dan penyimpanan dokumen berkenaan

TAMAT

Ya Tidak

(24)

6.4 PERMOHONAN LAWATAN RASMI KE LUAR NEGARA BAGI TUJUAN PEMBENTANGAN KERTAS ILMIAH PERINGKAT ANTARABANGSA

Mula

Mendapatkan kelulusan pembentangan kertas ilmiah peringkat antarabangsa daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) ( Rujuk Lampiran 4).

Semua permohonan perjalanan tugas rasmi ke luar negara yang lengkap berserta dengan surat kelulusan pembentangan daripada BPPDP, mesti dikemukakan ke IPGM tidak kurang daripada 30 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan.

IPGM akan mengemukakan borang tersebut ke Bahagian Kewangan untuk kelulusan Pegawai Pengawal tidak kurang daripada 21 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan.

(25)

6.5 PERMOHONAN LAWATAN RASMI KE LUAR NEGARA SECARA BERKUMPULAN BAGI PENSYARAH

(CONTOH: LAWATAN PENANDA ARAS)

Mula

Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Lawatan Rasmi ke Luar Negara.

Semua permohonan perjalanan tugas rasmi ke luar negara yang lengkap dikemukakan ke IPGM tidak kurang daripada 30 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan.

IPGM akan mengemukakan borang tersebut ke Bahagian Kewangan untuk kelulusan Pegawai Pengawal tidak kurang daripada 21 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan.

TAMAT

(26)

7.0 SURAT ARAHAN, SURAT EDARAN, SURAT PEKELILING DAN PROSEDUR LAIN YANG BERKAITAN YANG BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN

7.1 Surat Arahan Pegawai Pengawal Kementerian Pendidikan

Malaysia

-Bagi tahun semasa, boleh dimuat turun di laman sesawang KPM

7.2 Lampiran 1

Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2014 bertarikh 6 Jun

2014 berkaitan Tatacara Penyediaan Kemudahan Pakej Majlis/

Acara Rasmi Kerajaan dan Latihan Serta Aktiviti Murid/ Pelajar

di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

7.3 Lampiran 2

Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2014 bertarikh 8 Januari

2014 berkaitan Pindaan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun

2012 Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas

Urusan Persendirian

7.4 Lampiran 3

Surat Edaran Bahagian Kewangan bertarikh 10 Julai 2013 berkaitan

Perubahan Tatacara Pengurusan Permohonan Bertugas Rasmi

Ke Luar Negara Bagi Semua Pegawai Awam di Kementerian

(27)

7.5 Lampiran 4

Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun

2013 bertarikh 12 Jun 2013 berkaitan Garis Panduan

Pembentangan Kertas Ilmiah Peringkat Antarabangsa di Dalam

atau Luar Negara

7.6 Lampiran 5

Pekeliling Perbendaharaan 1PP/ P.B 3.1/2013 mengenai Garis

Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal

Perbelanjaan Awam

7.7 Lampiran 6

Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 bertarikh 1 Oktober

2012 berkaitan Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar

Negara Atas Urusan Persendirian

7.8 Lampiran 7

Pelaporan Maklum Balas Berkaitan Program Hubungan

Antarabangsa Secara Atas Talian bertarikh 15 Mei 2012

7.9 Lampiran 8

Surat Edaran Bahagian Kewangan bertarikh 13 April 2012 berkaitan

Garis Panduan Permohonan Bertugas Rasmi di Luar Negara

Bagi Semua Penjawat Awam di KPM

7.10 Lampiran 9

Panduan Penyediaan Kertas Cadangan dan Kertas Makluman

Serta Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat Profesional

(28)

7.11 Lampiran 10

Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2010 Pindaan kepada

SPK Bil. 4 Tahun 2009 bertarikh 14 April 2010 berkaitan Peraturan

Perjalanan Tugas Rasmi ke Luar Negara Kementerian Pelajaran

Malaysia

7.12 Lampiran 11

Surat Pekeliling Am Bil 1 Tahun 1984 bertarikh 1 Mac 1984

berkaitan Menghadiri Persidangan/ Kursus/ Lawatan Rasmi/

Lawatan Persendirian Ke Luar Negeri Badan-badan Berkanun

(29)

8.0 RUMUSAN

8.1 Garis panduan ini perlu dibaca bersama-sama dengan Surat

Pekeliling dan Surat Arahan yang berkaitan

8.2 Adalah diharapkan Garis Panduan ini dapat memberi panduan

kepada semua warga IPG KPM terutamanya dalam proses

mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal di samping

Referensi

Dokumen terkait

Salah satu cara untuk menekan emisi GRK dan meningkatkan produksi padi di tanah gambut adalah dengan penambahan bahan amelioran.. Hal ini dise- babkan karena amelioran

Abstrak: Tujuan penelitian ini adalah meningkatkan akhlak mulia pada anak saat makan melalui metode bercerita pada anak usia 5-6 tahun di Taman Kanak-Kanak

a. Perbedaan pertama, yaitu tentang waktu kelahiran Nabi Isa As. Quraish Shihab tidak menyebutkan waktu kelahiran Isa secara spesifik. Namun, ia hanya menyebutkan

Map the Flow Model process operator commands command input controller read command validate command produce error message determine type fixture status controller report

Kapasitas yang diharapkan (1.400 kg/jam) tidak dapat tercapai sepenuhnya, hanya 945,47 kg/jam, karena laju pengumpanan yang lebih rendah dari laju pemindahan,

Zona hambat bakteri disebabkan oleh adanya antibiotik penisilin yang dihasilkan oleh Penicillium chrysogenum yang dapat menghambat sintesis dinding sel

Menyatakan dengan sebenarnya bahwa Projek Akhir Arsitektur tahap Landasan Teori Program dengan Judul : Bangunan Multi Fungsi Unika Soegijapranata ini benar-benar merupakan hasil

Tujuan dari penilitian ini adalah untuk mengetahui jumlah jalur distribusi kubis ( Brassica Oleracea Var Capitata ), jenis jalur distribusi dan penanganan