• Tidak ada hasil yang ditemukan

MPU3123 Tamadun Islam & Tamadun Asia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MPU3123 Tamadun Islam & Tamadun Asia"

Copied!
228
0
0

Teks penuh

(1)MPU3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Dr Ghazali Darusalam. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(2) Pengarah Projek:. Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Dr Rozeman Abu Hassan Open University Malaysia. Penulis Modul:. Dr Ghazali Darusalam Universiti Malaya. Penyederhana:. Dr Azhar Mad Aros Universiti Malaya Mohd Jamaludin Muhammad Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi Open University Malaysia. Dibangunkan oleh:. Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia. Dicetak oleh:. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9, Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Edisi Pertama, April 2014 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2014, MPU3123 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(3) Isi Kandungan Panduan Kursus Topik 1. Topik 2. xi - xvi. Pengenalan Ilmu 1.1 Konsep Tamadun 1.2 Ciri-ciri Tamadun 1.2.1 Pertumbuhan, Pembinaan dan Perkembangan Kota (Urbanisasi) 1.2.2 Pembahagian Kerja secara Kolektif 1.2.3 Stratifikasi dan Organisasi Sosial 1.2.4 Tulisan dan Komunikasi 1.2.5 Sistem Agama dan Kepercayaan 1.2.6 Penggantian Kehidupan Nomad kepada Kehidupan Moden melalui Kemajuan Sains dan Teknologi 1.2.7 Kesenian dan Estetika 1.3 Prinsip Tamadun 1.4 Matlamat Tamadun 1.5 Sumber Tamadun 1.6 Perbezaan dan Hubungan Tamadun dengan Kebudayaan 1.7 Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun Rumusan Kata Kunci Rujukan. 8 9 11 12 13 14 17 18 18. Tamadun Islam 2.1 Definisi Tamadun Islam 2.2 Konsep Tamadun Islam 2.3 Asas Tamadun Islam 2.4 Keistimewaan Tamadun Islam 2.5 Sumber Pembinaan Tamadun Islam 2.6 Matlamat Tamadun Islam Rumusan Kata Kunci Rujukan. 20 21 24 25 28 29 33 36 37 37. Copyright © Open University Malaysia (OUM). 1 2 4 5 5 6 6 7 8.

(4) iv. . Topik 3. Topik 4. ISI KANDUNGAN. Sumbangan Tamadun Islam terhadap Kesejahteraan Hidup Insan Sejagat 3.1 Sumbangan dalam Bidang Sosial 3.2 Sumbangan dalam Bidang Ekonomi 3.3 Sumbangan dalam Bidang Perubatan 3.4 Sumbangan dalam Bidang Matematik 3.5 Sumbangan dalam Bidang Astronomi 3.6 Sumbangan dalam Bidang Seni Muzik 3.7 Sumbangan dalam Bidang Seni Bina 3.8 Sumbangan dalam Bidang Seni Kaligrafi 3.9 Sumbangan dalam Bidang Seni Sastera 3.10 Sumbangan dalam Bidang Politik 3.11 Sumbangan dalam Bidang Sejarah 3.12 Sumbangan dalam Bidang Geografi 3.13 Sumbangan dalam Bidang Industri 3.14 Sumbangan dalam Bidang Pertanian 3.15 Sumbangan dalam Bidang Zoologi 3.16 Sumbangan dalam Bidang Fizik dan Falsafah Rumusan Kata Kunci Rujukan. 43 43 44 45 46 47 49 52 53 54 55 56 57 57 58 59 60 61 61. Tamadun Melayu 4.1 Konsep Tamadun Melayu 4.2 Pembentukan Tamadun Melayu 4.3 Ciri-ciri Tamadun Melayu 4.4 Hubungan Tamadun Melayu dengan Islam 4.5 Tamadun Melayu Asas Tamadun Malaysia 4.5.1 Pengamalan Agama Islam 4.5.2 Penerapan Nilai Jati Diri 4.5.3 Pemupukan Nilai Estetika dan Budaya 4.5.4 Pembinaan Nilai Politik dan Perundangan 4.5.5 Pembinaan Pembangunan Ekonomi 4.5.6 Pembinaan Institusi Pendidikan 4.6 Tamadun Melayu di Alam Nusantara Rumusan Kata Kunci Rujukan. 63 64 65 68 69 70 71 71 72 72 73 74 75 77 78 78. Copyright © Open University Malaysia (OUM). 41.

(5) ISI KANDUNGAN. Topik 5. Topik 6. Topik 7. . Sumbangan dan Hasil Pencapaian Tamadun Melayu terhadap Peradaban Dunia 5.1 Pencapaian Tamadun Melayu 5.1.1 Sumbangan dalam Pembentukan Kerajaan dan Sistem Pemerintahan 5.1.2 Sumbangan dalam Bidang Ekonomi 5.1.3 Sumbangan dalam Bidang Pendidikan 5.1.4 Hasil Pencapaian dalam Bidang Perundangan 5.1.5 Hasil Pencapaian dalam Fahaman Beragama dan Adat Istiadat 5.1.6 Hasil Pencapaian dalam Bidang Komunikasi 5.1.7 Hasil Pencapaian dalam Bidang Bahasa, Tulisan, Persuratan dan Sastera 5.1.8 Hasil Pencapaian dalam Bidang Kemahiran Pembuatan 5.1.9 Hasil Pencapaian dalam Bidang Kesenian 5.1.10 Hasil Pencapaian dalam Sains dan Teknologi Rumusan Kata Kunci Rujukan. v. 80 81 82 84 85 87 88 89 90 92 93 94 95 96 96. Tamadun China 6.1 Kemunculan Tamadun China 6.2 Pembentukan Tamadun China 6.3 Zaman Pembentukan Tamadun China 6.4 Unsur Tamadun China 6.5 Hubungan Tamadun China dan Kebudayaan 6.6 Hubungan Tamadun China dengan Tamadun Melayu 6.7 Peranan Tamadun China dalam Pembinaan Budaya Malaysia Rumusan Kata Kunci Rujukan. 98 99 100 102 104 110 112 114. Tamadun China dan Sumbangannya terhadap Peradaban Dunia 7.1 Sumbangan dalam Bidang Ekonomi 7.2 Sumbangan dalam Bidang Ketenteraan 7.3 Sumbangan dalam Bidang Pertanian 7.4 Sumbangan dalam Bidang Perusahaan 7.5 Sumbangan dalam Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran 7.6 Sumbangan dalam Bidang Kebudayaan dan Perayaan 7.7 Sumbangan dalam Bidang Kemasyarakatan. 121. Copyright © Open University Malaysia (OUM). 118 119 119. 122 123 124 125 126 127 129.

(6) vi. . ISI KANDUNGAN. 7.8 7.9. Sumbangan dalam Bidang Sains dan Teknologi Sumbangan dalam Bidang Kesusasteraan dan Penciptaan Kalendar 7.10 Sumbangan dalam Bidang Perundangan 7.11 Sumbangan dalam Bidang Politik 7.12 Sumbangan dalam Bidang Pendidikan 7.13 Sumbangan dalam Bidang Perubatan 7.14 Sumbangan dalam Bidang Astronomi 7.15 Sumbangan dalam Bidang Matematik 7.16 Sumbangan dalam Bidang Falsafah, Agama dan Kepercayaan 7.17 Sumbangan dalam Sistem Tulisan 7.18 Sumbangan dalam Bidang Kesenian Rumusan Kata Kunci Rujukan Topik 8. Topik 9. 129 131 132 132 133 134 135 135 136 140 142 146 146 147. Tamadun India 8.1 Pembentukan Tamadun India 8.1.1 Zaman Lembah Indus (1500 SM) 8.1.2 Zaman Pertengahan atau Zaman Kerajaan Islam (dari 1000 M hingga 1756 M) 8.1.3 Zaman Tamadun India Moden (dari 1750 M hingga 1947 M) 8.2 Nilai Tamadun India 8.3 Ciri-ciri Utama Tamadun India 8.4 Keistimewaan Tamadun India 8.5 Hubungan Tamadun India dengan Tamadun Negara Lain 8.6 Hubungan Tamadun India dengan Kebudayaan Rumusan Kata Kunci Rujukan. 148 149 149 156. Sumbangan Tamadun India terhadap Peradaban Dunia 9.1 Sumbangan dalam Sistem Sosial dan Kekeluargaan 9.2 Sumbangan dalam Bidang Sastera 9.3 Sumbangan dalam Bidang Falsafah 9.4 Sumbangan dalam Bidang Bahasa 9.5 Sumbangan dalam Bidang Sains 9.6 Sumbangan dalam Bidang Ilmu Perubatan 9.7 Sumbangan dalam Pelbagai Cabang Seni 9.8 Sumbangan dalam Kepercayaan Beragama. 172 173 176 180 182 183 186 186 189. Copyright © Open University Malaysia (OUM). 158 160 164 167 167 167 169 170 171.

(7) ISI KANDUNGAN. Topik 10. . vii. Rumusan Kata Kunci Rujukan. 190 191 119. Isu Semasa dan Masa Hadapan Berkaitan dengan Tamadun 10.1 Persamaan dan Perbezaan Tamadun Melayu, China dan India 10.2 Keilmuan Asas Kesinambungan Peradaban Manusia 10.3 Sistem Nilai dan Jatuh Bangunnya Tamadun 10.4 Pertembungan Tamadun Barat dan Timur serta Impaknya terhadap Pascamodenisme 10.5 Realiti Globalisasi dan Cabaran Abad Ke-21 10.6 Pengaruh Isme Barat Terhadap Tamadun Asia 10.7 Persefahaman antara Pelbagai Tamadun Menjana Kesatuan Rumusan Kata Kunci Rujukan. 193 194. Copyright © Open University Malaysia (OUM). 196 198 204 206 207 208 209 210 210.

(8) viii . ISI KANDUNGAN. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(9) PANDUAN KURSUS. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(10) Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(11) PANDUAN KURSUS. . xi. DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.. PENGENALAN MPU3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini adalah wajib kepada semua pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda di Open University Malaysia. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan masa sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus yang bernilai 3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(12) xii . PANDUAN KURSUS. Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran. Jam Pembelajaran. Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal. 3. Membaca modul. 60. Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial. 10. Perbincangan atas talian. 12. Ulang kaji. 15. Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan. 20. JUMLAH MASA PEMBELAJARAN. 120. OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1.. Menjelaskan konsep, ciri dan keistimewaan sesebuah tamadun;. 2.. Mengaitkan sesebuah tamadun dengan hasil pencapaiannya;. 3.. Menyelesaikan masalah dan isu semasa yang berkaitan pertembungan antara tamadun Melayu, China dan India;. 4.. Merancang strategi meningkatkan amalan peradaban ketamadunan dalam konteks perguruan; dan. 5.. Membina watak sebagai individu dan bangsa yang bertamadun.. dengan. SINOPSIS KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 memulakan perbincangan ke atas rentetan sejarah kewujudan manusia di dunia ini sejak 10,000 tahun Sebelum Masihi turut membawa kepada penemuan yang mengagumkan daripada pelbagai hasil man-made yang datangnya daripada sesuatu bangsa.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(13) PANDUAN KURSUS. . xiii. Topik 2 memperkenalkan terminologi tamadun Islam amat sinonim dengan konsep madaniyyat, hadharah, thaqafah dan umran. Keempat-empat istilah inilah yang membezakan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia ini khususnya dari segi konsep asas, keistimewaan dan sumber tamadunnya. Topik 3 membincangkan keagungan empayar Islam satu masa dahulu telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia. Topik 4 menerangkan pembentukan tamadun Melayu yang berteraskan kepada agama Islam, adat dan budaya, sama ada berlangsung secara defusi dan integrasi antara lingkungan etnik dan geografi di nusantara. Topik 5 menyenaraikan sumbangan dan hasil pencapaian tamadun Melayu terhadap peradaban dunia seperti melalui bahasa dan seni sastera, budaya, sains dan teknologi, seni bina, artifak dan sebagainya yang boleh dilihat sehingga hari ini. Topik 6 menerangkan pembentukan tamadun China banyak dipengaruhi oleh kebudayaan dalamannya bermula daripada kepelbagaian etnik, perkahwinan, upacara keagamaan, bahasa dan sebagainya. Topik 7 menghuraikan kegemilangan tamadun China dalam beberapa bidang seperti kepercayaan (agama), seni dan kebudayaan, politik, pentadbiran, sains dan teknologi, sosial, falsafah, kesusasteraan, perundangan, perubatan, matematik dan perekonomian. Topik 8 membincangkan perkembangan awal tamadun India dikatakan bermula di sekitar Mohenjodaro di Harrapa sekitar lembah Sungai Indus yang berkembang sejak 2500 SM. Topik 9 menyenaraikan sumbangan dan hasil pencapaian tamadun India yang dilihat dari pelbagai sudut seperti kemasyarakatan, kebudayaan, pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan kepercayaan, pendidikan dan keilmuan, sains dan teknologi, kesenian, falsafah dan seni bina. Topik 10 membincangkan isu semasa seperti realiti dan impak daripada arus globalisasi dan jajahan isme atau ideologi barat zaman post-modernism kepada masa hadapan sesuatu tamadun.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(14) xiv . PANDUAN KURSUS. PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(15) PANDUAN KURSUS. . xv. pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.. PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan. Tidak ada prasyarat yang khusus bagi kursus kerana ia kursus berstatus wajib MQA.. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myVLE.. RUJUKAN Abdul Alim Abdul Rahim., & Syed Idrus Syed Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti. Azhar Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor., & Zulkanain Abdul Rahman. (2002). Tamadun Islam dan tamadun Asia (Ed. ke-2). Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti. Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizan Baharudin. (1986). Pengenalan tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahree, P. (1977). The Hindu world. Kuala Lumpur, Malaysia: KL Silver Burdett. Basham, A. L. (1967). The wonder that was India (3rd ed.). London, England: Sidgwick and Jackson. Canby, C. (1980). Archeology of the world. London, England: Chancelor Press. Ghazali Darusalam. (2001). Sumbangan sarjana dalam tamadun Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications and Distributors. Mahayudin Yassin. (2004).Tamadun Islam. Shah Alam, Malaysia: Fajar Bakti. Murugesu Patmanathan. (1985). Isu-isu hal ehwal antarabangsa. Petaling Jaya, Malaysia: Pelanduk. Rajakrishnan Ramasamy., & Rajantheran Muniandy. (1994). Pengantar tamadun India. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(16) xvi . PANDUAN KURSUS. Stutley, M. (1985). Hinduisme: The eternal law an introduction to the literature, cosmology and cults of the Hindu religion. Wellingborough, England: Aquarian Press. Wan Fuad Wan Hassan, (1990). Ringkasan sejarah sains. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.. PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(17) Topik  Pengenalan. 1. Ilmu. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.. Menjelaskan maksud tamadun;. 2.. Menghuraikan konsep, ciri, prinsip, matlamat dan sumber tamadun;. 3.. Menganalisis perbezaan kebudayaan; dan. 4.. Menilai persamaan dan perbezaan antara tamadun.. dan. hubungan. tamadun. dengan.  PENGENALAN Seorang sarjana bernama Courtland Canby (1980) telah menyenaraikan rentetan tamadun manusia yang bermula sejak 10,000 SM. Ia bermula di Timur Tengah pada zaman Hassuna Ware hingga ke tamadun yang lebih maju seperti tamadun Mesir (SabaÊ dan SamarraÊ), Babylon, Yunan, Romawi, Byzantium dan Parsi, China, India dan Semenanjung Arab. Pembinaan tamadun dan peradaban oleh bangsa dan negara berkenaan berlaku secara evolusi yang didukung oleh para sarjananya yang memiliki keilmuan yang tinggi sehingga dapat menyumbangkan hasil kesarjanaan mereka kepada keperluan bangsa dan negaranya. Sejarah kewujudan manusia di dunia ini juga turut membawa kepada penemuan yang mengagumkan daripada pelbagai hasil man-made yang datangnya daripada sesuatu bangsa. Setiap negara dan bangsa memiliki tamadunnya tersendiri yang berbeza-beza mengikut sumbangan para sarjana mereka. Pembentukan tamadun berasaskan kepada ilmu dan kesarjanaan. Sejarah juga telah membuktikan kepada kita bahawa sewaktu memuncaknya sesuatu tamadun, ia sentiasa diiringi dengan kehadiran begitu ramai para cendekiawan dalam pelbagai bidang kesarjanaan yang dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan tamadun tersebut.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(18) 2. . TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. Tamadun Barat moden yang sedang kita saksikan sekarang merupakan peradaban baru yang begitu dikagumi oleh seluruh penghuni dunia. Ia juga tidak terlepas daripada pembangunan keilmuan dan budaya yang ingin diterapkan oleh tamadun tersebut. Namun malangnya tamadun moden kini, sama ada yang muncul di dunia Barat mahu pun di sebelah Timur, rata-rata tidak bertunjangkan kepada sistem nilai moral dan agama. Akhirnya kita menyaksikan dua aspek yang terpecah dan terpisah, di mana pembangunan material nampaknya begitu hebat pada satu sisi, manakala pada sisi yang lain pembangunan rohaninya kelihatan terabai. Ketidakseimbangan ini menyebabkan sesuatu tamadun yang dimiliki oleh sesebuah bangsa dan negara lambat launnya akan hancur. Peperangan, perbalahan etnik dan agama, ketamakan kuasa politik dan perebutan sumber ekonomi menjadi punca runtuhnya sesebuah tamadun yang telah dibina sekian lama.. 1.1. KONSEP TAMADUN. Perkataan tamadun pertama kali diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis Kristian yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan Sastera Arab. Sesetengah sarjana pula berpendapat Ibn Khaldunlah yang mula-mula memperkenalkan istilah „tamadun‰ yang diambil daripada Bahasa Arab. Dari sudut etimologi dalam bahasa Inggeris, tamadun selari dengan perkataan civilisation. Perkataan ini diambil daripada bahasa Latin civitas yang bererti bandar (city ) atau proses urbanisasi, dengan alasan bahawa setiap perubahan bermula di bandar dan ciri asas peradaban manusia lebih mudah ditemui di bandar. Civilisation juga bermaksud tamadun manusiawi yang merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat negara. Penggunaan perkataan ini mula digunakan dan terjelma dalam buku Inggeris pada kurun ke-19 Masihi. Mengikut Kamus Dewan (1991), perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Satu lagi perkataan bahasa Melayu yang hampir sama pengertiannya dengan perkataan tamadun ialah perkataan „peradaban‰ yang membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan (jasmani dan rohani). Tamadun secara umumnya diertikan sebagai pembangunan, perubahan, kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Istilah tamadun juga ditakrifkan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi peradabannya. Tokoh Barat (Eropah) seperti Max Weber, Dancy Ribeiro, Arnold Toynbee, Clicve Bell dan David Rodnick (sarjana Sains Kemasyarakatan) melihat konsep tamadun dari perspektif material (kebendaan) semata-mata dengan mengaitkan tamadun dengan kebudayaan, di mana Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(19) TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. . 3. kebudayaan mencakupi aspek bahasa, cara berfikir, agama, adat resam, kepercayaan dan kesenian. Kesemuanya merupakan aktiviti akal fikiran (lihat Rajah 1.1). Pendapat tokoh-tokoh Timur (Islam) seperti Ibn Khaldun, Muhammad al-Bahi, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Beg M. A. J pula mengatakan bahawa tamadun bukan berdasarkan kepada aspek material semata-mata atau akal fikiran sahaja, sebaliknya tamadun perlu berlandaskan kepada aspek kerohanian (agama) iaitu wahyu dan sunnah. Sesuatu bentuk tamadun dan kebudayaan yang bertentangan dengan al-Quran dan hadis adalah bukan tamadun dan kebudayaan Islam. Menurut mereka, tamadun merupakan kesepaduan pencapaian manusia dalam aspek kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, perundangan dan politik. Tamadun menurut mereka adalah beberapa situasi dan kondisi yang melebihi daripada apa yang ada dalam konteks kemajuan. Dengan itu tamadun membawa makna segala kemajuan dan perkembangan yang mencakupi kegiatan manusia yang meliputi semua aspek kebudayaan, keilmuan dan agama manusia.. Rajah 1.1: Tamadun Mesir purba dari perspektif material Sumber: http://s4g09hhloh-ppc.blogs.smjk.edu.my/category/tamadun-mesir-purba/. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(20) 4. . TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. SEMAK KENDIRI 1.1 1.. Jelaskan perbezaan konsep tamadun dari sudut pandangan Jurji Zaidan dan Ibnu Khaldun.. 2.. Bagaimanakah anda memahami maksud tamadun dari perspektif Barat dan Timur?. 1.2. CIRI-CIRI TAMADUN. Dari dekad ke abad, manusia menjadi lebih inovatif dan kreatif untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam persekitaran. Perubahan ini bergantung pada pencapaian keilmuan dan kekuatan rohaniah mereka. Proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini. Perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan dapat dilihat dalam sebuah negara yang bertamadun. Rajah 1.2 menunjukkan ciri-ciri tamadun yang dapat dilihat dalam sesebuah negara. Setiap ciri tersebut akan diikuti dengan penjelasan dalam subtopik yang seterusnya.. Rajah 1.2: Ciri-ciri sesebuah tamadun. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(21) TOPIK 1. 1.2.1. PENGENALAN ILMU. . 5. Pertumbuhan, Pembinaan dan Perkembangan Kota (Urbanisasi). Ciri utama kelahiran tamadun ialah kehidupan manusia ketika itu yang hidup lebih teratur dan bersistematik. Mereka ingin memastikan bekalan makanan mereka mencukupi dan berterusan. Pada masa ini, manusia menetap di suatu tempat. Mereka memilih persisiran sungai sebagai penempatan kerana lembah sungai yang subur amat sesuai untuk aktiviti pertanian bagi pengeluaran makanan. Selain itu, sungai juga amat kaya dengan sumber bekalan makanan. Manusia juga boleh menggunakan sungai sebagai salah satu jalan pengangkutan. Dengan adanya bekalan air yang mencukupi, ia memainkan peranan yang penting dalam menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan, perikanan dan perdagangan. Daripada perusahaan pertanian mereka berkembang dari segi penanaman, penyimpanan bahan makanan dan penternakan binatang. Masyarakat ketika ini, lebih maju dan berdaya saing dalam mencipta peralatan baru seperti cangkul untuk memudahkan aktiviti pertanian. Mereka juga turut membina empangan dengan menggunakan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan untuk menampung keperluan asas kehidupan. Contohnya, penempatan awal bermula di Mesir sejak tahun 7000 Sebelum Masihi lagi. Kesinambungan daripada berlakunya Revolusi Pertanian, akhirnya membawa kepada kemunculan banyak bandar baru. Antara bandar yang muncul ketika ini ialah Memphis, Dhilkah dan Thebes.. 1.2.2. Pembahagian Kerja secara Kolektif. Kesan daripada peningkatan produktiviti manusia, setiap anggota masyarakat mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Oleh itu, pengkhususan pekerjaan berdasarkan kepada pembahagian pekerjaan dan kepakaran menjadi amalan mereka. Kewujudan pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, penternak dan nelayan menjadikan kehidupan masyarakat ketika ini seimbang dan saling bergantungan antara satu sama lain. Barangan atau produk dihasilkan oleh ahli komuniti ini secara tidak langsung membawa kepada proses pertukaran antara barang dengan barang sesama mereka bagi memenuhi tuntutan keperluan seharian. Proses pertukaran barang dengan barang ini dikenali sebagai sistem barter. Ketika itu, penggunaan mata wang masih belum berkembang. Sistem barter inilah yang menjadi asas kepada aktiviti perdagangan yang berlaku pada zaman tersebut. Sebagai contoh, tamadun China mengkhusus dalam pengeluaran kain sutera. Hasil daripada kepelbagaian pengkhususan pekerjaan ini akan Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(22) 6. . TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun. Kesannya, hubungan dengan tamadun luar akan berlaku dan menyebabkan penyebaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya antara masyarakat.. 1.2.3. Stratifikasi dan Organisasi Sosial. Penambahan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang mencakupi pelbagai aspek seperti aspek sosial, ekonomi dan politik. Bermula daripada sebuah keluarga kecil kemudiannya ia menjadi sebuah masyarakat yang kompleks. Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid adalah secara stratifikasi (bersusun lapis). Pemimpin atau raja menggunakan unsur religi (agama) dan magis atau mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat pengiktirafan sebagai pemerintah. Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur. Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir. Golongan teknokratik menjadi pemimpin diikuti oleh pembesar istana dan seterusnya ahli agama, golongan pendeta dan paling rendah adalah golongan rakyat. Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan dan penghakiman untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa serta harta benda. Contoh kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi.. 1.2.4. Tulisan dan Komunikasi. Kewujudan bahasa dan sistem tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukan tamadun. Hasilnya dapat dilihat sehingga ke hari ini. Pada awalnya tulisan dipahat dalam bentuk gambar, simbol atau berbentuk pepaku. Tulisan ini digunakan untuk menceritakan kisah dan peristiwa sesuatu perkara. Lambang bertulis merupakan alat bagi melahirkan idea secara kronologi seperti perundangan, pengetahuan serta memudahkan pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan pada zaman itu. Bahasa amat penting untuk tujuan komunikasi dan penyebaran ilmu pengetahuan dalam sesebuah masyarakat dan juga menjadi medium antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Tulisan pula amat penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal keagamaan. Oleh sebab itu, bahasa dan tulisan Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(23) TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. . 7. merupakan instrumen paling penting untuk menyampai, memperkembang serta mencatatkan idea pemikiran manusia. Sistem bahasa dan tulisan adalah alat bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan Sanskrit. Contoh tulisan awal ialah tulisan Heiroglyphic iaitu tulisan orang Mesir Purba yang dipahat dengan cantik, halus dan penuh kesenian pada makam dan batu. Tulisan Cuneiform pula tulisan bergambar yang dipermudahkan dengan bentuk simbol yang ditulis pada kepingan tanah liat oleh masyarakat Mesopotamia untuk merekodkan tentang kegiatan perdagangan. Sistem tulisan berbentuk pepaku pula dihasilkan oleh orang Sumeria. Tulisan Piktograf (huruf berbentuk gambar) pula telah dicipta oleh masyarakat Indus yang masih belum dapat ditafsirkan lagi. Tulisan Histogram merupakan tulisan yang berbentuk simbol terkenal dalam masyarakat Cina.. 1.2.5. Sistem Agama dan Kepercayaan. Menganuti sesuatu agama adalah fitrah manusia. Manusia memerlukan agama supaya ia mengetahui matlamat hidup agar tidak tersasar daripada destinasi yang ingin ditujuinya. Kehidupan yang berakhlak dan bermoral tinggi merupakan perkara yang dititikberatkan dalam kehidupan bertamadun. Pada awal ketamadunan, masyarakat mengamalkan kepercayaan secara berevolusi bermula daripada naturalisme atau penyembahan alam semula jadi seperti pokok, batu dan sebagainya, berunsur kepada kepercayaan animisme iaitu percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling seperti roh, kemudiannya dinamisme iaitu penyembahan kepada unsur ghaib (supernatural ) seperti matahari, api, angin dan petir yang dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup. Dari semasa ke semasa, secara evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama yang menjadi pegangan hidup mereka (lihat Rajah 1.3).. Rajah 1.3: Evolusi agama dan kepercayaan tamadun awal. Selain itu, terdapat amalan politeisme iaitu penyembahan banyak Tuhan seperti menyembah dewa-dewi yang dewa-dewi juga dipercayai mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Mereka mempercayai jika tidak disembah, dewa-dewi ini akan marah dan boleh mendatangkan malapetaka seperti banjir serta kemarau. Amalan Politeisme ini diamalkan ketika zaman tamadun Indus yang mana mereka Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(24) 8. . TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. menyembah dewi bermuka tiga. Masyarakat tamadun Mesopotamia juga mempunyai kepercayaan bahawa terdapat penyembahan dewa dewi. Ia banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat oleh masyarakat Zeus.. 1.2.6. Penggantian Kehidupan Nomad kepada Kehidupan Moden melalui Kemajuan Sains dan Teknologi. Penaakulan pemikiran dan keilmuan yang tinggi melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal. Kreativiti dan peningkatan inovatif dalam penciptaan teknologi dan pembinaan dibuat bertujuan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan manusia. Masyarakat awal adalah golongan nomad yang sentiasa berpindah randah dengan membuka kawasan pertanian dan penternakan baru. Pada zaman itu mereka sudah pandai mencipta peralatan pertanian seperti parang, bajak dan cangkul yang kemudiannya maju setapak dengan mencipta kincir air, roda, kapal, empangan, terusan dan peralatan peperangan. Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Tidak dapat dinafikan sejarah sesebuah tamadun amat bergantung kepada ketinggian sains dan teknologi. Kehidupan nomadik beralih kepada kehidupan yang lebih moden dengan penciptaan yang lebih hebat seperti robotik, komputer, telefon dan sebagainya.. 1.2.7. Kesenian dan Estetika. Setiap unsur kesenian memiliki nilai estetika (lihat Rajah 1.4). Nilai estetika merupakan perasaan indah yang dapat dirasakan jauh ke dalam jiwa manusia. Hal ini dapat dilihat dari segi seni lagu, seni tari, seni bina, seni ukir, lukisan, kraf dan sastera. Contohnya, dalam tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang menceritakan keperwiraan bangsanya iaitu Illiad dan Odyssey. Homer juga banyak menceritakan tentang kejayaan dan pengembaraan orang Yunani. Keindahan seni lukisan Leonardo da Vinci, keindahan seni muzik oleh Mozart dan kelunakan taranum al-Quran adalah contoh kesenian estetika yang melambangkan ketinggian sesebuah tamadun yang dicipta.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(25) TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. . 9. Rajah 1.4: Keindahan seni bina masjid kini akan menjadi nilai estetika untuk rujukan di tamadun akan datang Sumber: http://www.panoramio.com/photo/31442368. AKTIVITI 1.1 Dengan merujuk kepada satu tamadun tertentu dan secara berkumpulan, bincangkan ciri-ciri tamadun yang boleh didapati dan bentangkannya di dalam kelas.. 1.3. PRINSIP TAMADUN. Subtopik ini akan membincangkan prinsip tamadun yang mencakupi pelbagai aspek seperti yang diringkaskan dalam Rajah 1.5. Setiap prinsip tersebut akan dijelaskan lagi dalam perenggan berikutnya.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(26) 10 . TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. Rajah 1.5: Prinsip tamadun. (a). Sosioekonomi Sosioekonomi merupakan prinsip paling asas dalam mewujudkan sebuah tamadun. Ini supaya manusia boleh menjalani kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Sosioekonomi menggambarkan bagaimana sesebuah masyarakat melaksanakan aktiviti perekonomian berdasarkan sesuatu etnik dan kaum. Pada asalnya sesuatu kaum melambangkan kegiatan penguasaan perekonomiannya seperti kaum Cina dengan perniagaannya, masyarakat India dengan perladangan estetnya dan kaum Melayu sinonim dengan pertanian. Pendidikan dan keilmuan telah mengubah persepsi ini yang pada zaman pasca modernisme tiada lagi berlaku penguasaan ekonomi berasaskan kaum, sebaliknya semua kaum bebas menjalankan kegiatan perekonomian mengikut kebolehan dan minat mereka. Kebijaksanaan sesuatu kaum dalam menguasai dan memonopolikan perekonomian melambangkan ketinggian keilmuan dan kemahiran dalam mencipta ketamadunan bangsa.. (b). Interaksi Manusia dengan Alam Manusia perlu berinteraksi antara satu sama lain untuk terus hidup. Interaksi dengan alam pula hendaklah dibudayakan secara kolektif. Pembudayaan idea, tenaga, usaha dan pengalaman akan terhasil daripada interaksi antara manusia dengan alam. Bermula dengan memahami dan menerokai alam, manusia dapat mengeluarkan isi alam untuk dimanfaatkan bagi mengisi keperluan kehidupan manusia. Penciptaan peralatan yang digunakan untuk mengeluarkan hasil mahsul bumi menunjukkan kebijaksanaan manusia dalam menggunakan teknologi yang menjadi salah satu prinsip tamadun.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(27) TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. . 11. (c). Daya Kreativiti Manusia Manusia diberi akal dan pancaindera untuk berfikir serta mencari jalan penyelesaian. Daya cipta manusia yang tinggi melambangkan tamadun sesebuah bangsa. Bangsa Mesir, contohnya, telah membina piramid yang begitu unik sekali yang tidak dapat ditandingi dengan teknologi moden masa kini. Tiada satu bangsa pun di dunia ini yang dapat menandingi ketinggian tamadun mereka yang hebat pada zaman itu.. (d). Persaingan Manusia Setiap manusia mempunyai kehendak masing-masing. Manusia perlu berhadapan dengan dua batasan bagi memenuhi kehendaknya, iaitu keupayaan diri sendiri dan batasan sumber yang diperlukan. Ini menyebabkan manusia terpaksa bersaing antara satu sama lain. Dalam persaingan manusia sudah tentunya mereka saling berlumba-lumba untuk menghasilkan sesuatu idea dan penciptaan akhirnya memberi manfaat kepada individu lain. Penciptaan dan inovasi baru inilah salah satu prinsip tamadun.. (e). Peminjaman Kepakaran Manusia mempunyai keupayaan diri masing-masing dan kemungkinan berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, pertukaran kerjasama dan bantuan diperlukan. Perkongsian idea atau kepakaran akan membantu menjimatkan tenaga, jarak dan masa.. SEMAK KENDIRI 1.2 Apakah perbezaan antara ciri-ciri dan prinsip sesuatu tamadun? Senaraikan.. 1.4. MATLAMAT TAMADUN. Tamadun mempunyai pelbagai matlamat dan setiap matlamat ini membezakan suatu tamadun dengan tamadun yang lain. Jadual 1.1 menjelaskan beberapa matlamat tamadun dengan lebih terperinci.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(28) 12 . TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. Jadual 1.1: Matlamat Sesuatu Tamadun Matlamat Tamadun. Penjelasan. Ilmu pengetahuan. Ilmu merupakan kekuatan ekstrinsik dan intrinsik sesuatu bangsa. Bangsa Yunan yang hidup 2,000 tahun yang lalu sangat cintakan ilmu pengetahuan sehingga daripada kalangan mereka inilah lahirnya ahli falsafah yang terkemuka seperti Plato, Socrates, Hippocratic yang telah mempengaruhi bangsa lain di Eropah dan dunia Arab.. Pencapaian material. Tamadun yang dibangunkan daripada pencapaian kebendaan melalui pelbagai sektor ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perkapalan, penternakan dan sebagainya boleh memberikan kehidupan yang sempurna kepada manusia.. Pengamalan agama, moral dan akhlak. Tamadun yang tinggi juga terbina daripada individu yang konsisten mengamalkan agama dan nilai moral serta akhlak. Setiap tamadun menghendaki setiap insan atau bangsa bukan sahaja perlu memiliki agama bahkan diwajibkan untuk melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala tegahan sesuai dengan taraf manusia sebagai khalifah (pemimpin) di dunia ini.. Kesejahteraan hidup. Segala penciptaan terbaru hasil daripada kreativiti dan inovasi sesuatu bangsa telah memberikan kesejahteraan kepada kehidupan manusia sejagat. Penciptaan komputer dan alat terbaharu, contohnya, memudahkan manusia melakukan tugas dengan cepat dan dapat berkomunikasi tanpa sempadan ruang dan masa.. AKTIVITI 1.2 Merujuk kepada prinsip dan matlamat tamadun yang telah dibincangkan, berikan contoh sesuai yang diambil dari tamadun tertentu. Bincang dan bentangkan di kelas bersama tutor dan rakan.. 1.5. SUMBER TAMADUN. Semua bangsa di dunia ini mempunyai tamadunnya yang tersendiri. Jadual 1.2 menunjukkan sumber asas sesuatu tamadun.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(29) TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. . 13. Jadual 1.2: Sumber Tamadun Sumber Tamadun. Penjelasan. Ilmu. Manusia dianugerahkan oleh Tuhan dengan ilmu pengetahuan yang mengangkat darjat ketinggian manusia berbanding dengan maklukNya yang lain. Dengan ilmulah manusia membina tamadun dan peradaban melalui pelbagai penciptaan yang sangat maju.. Pemikiran. Tamadun awal manusia seperti tamadun Yunan, Babylonia, SumeroAssyro-Mesopotamia dan Mesir berkembang seiring dengan perkembangan pemikiran, peradaban, kebudayaan dan pembangunan bangsa mereka. Melalui pemikiran yang tinggi, mereka dapat membina monumen yang dikagumi sehingga hari ini.. Material. Kebendaan ialah asas bagi pembinaan sesebuah negara. Tanpa sumber dan hasil bumi yang ada manusia tidak dapat membangunkan negara. Semakin kaya hasil bumi sesebuah negara, maka semakin tinggi kualiti tamadun yang dicipta.. Agama. Agama dapat membentuk peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat, negara atau bangsa.. SEMAK KENDIRI 1.3 Berikan contoh terperinci tamadun yang dibangunkan dengan sumber yang telah dibincangkan.. 1.6. PERBEZAAN DAN HUBUNGAN TAMADUN DENGAN KEBUDAYAAN. Kebiasaannya tamadun merujuk kepada pembangunan atau perubahan daripada sesuatu yang bersifat tradisional kepada pembangunan yang lebih sempurna. Kebolehan manusia dalam mencipta dan melahirkan sesuatu yang baru juga disebutkan sebagai tamadun. Dengan kata lain, tamadun sering digunakan bagi menunjukkan elite sesuatu masyarakat atau negara. Menurut Kamus Dewan (1970), perkataan tamadun bermaksud kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Dari segi penggunaan, peradaban sinonim dengan tamadun. Beradab bererti bersopan dan hidup diatur oleh hukum dan mempunyai tingkat kebudayaan yang lebih tinggi. Dari segi penguasaan makna, maksud tamadun adalah lebih meluas berbanding peradaban dalam konteks penggunaannya. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(30) 14 . TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. Dalam kehidupan bertamadun, masyarakat manusia dicirikan sebagai masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitarannya (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Berbudaya tinggi dan terpuji pula merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang dipaparkan dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, tamadun berbeza daripada budaya apabila dilihat daripada dua keadaan berikut: (a). Pengaruh tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh budaya. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka kini jauh berbeza dari dahulu. Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan pengaruh budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.. (b) Tamadun lebih bersifat universal merentasi sempadan geografi dan budaya. Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam. Budaya sesesuatu tamadun biasanya terikat dengan kedudukan geografi.. 1.7. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN. Terdapat banyak perbezaan dan persamaan antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dari sudut teologi, epistemologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(31) TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. . 15. Dalam konteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan: (a) Alam sekitar Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh kesemua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Namun, dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan pandangan ini, namun tamadun tradisional secara umumnya tidak memusnahkan alam sekitar. (b). Keluarga Tamadun tradisional begitu menghayati prinsip keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat. Dalam sesebuah keluarga, telah menjadi warisan turun-temurun amalan menentukan kedudukan antara kaum lelaki dan kaum perempuan melalui hierarki kuasa. Menurut Konfusianisme, kesetiaan dan pertalian yang erat melalui konsep kekeluargaan sebegini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati.. (c). Komuniti Komuniti sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai dan norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggotanya. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.. (d). Kerajaan Falsafah tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun silam. Dalam tamadun Cina, tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam tamadun India, Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil. Manakala dalam tamadun Islam, al-Farabi, al-Mawardi, Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(32) 16 . TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. al-Ghazali dan Ibn Khaldun turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun tradisional. (e). Ekonomi Dalam tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks „Moral Semesta‰ (Moral Universe). Dalam ajaran Buddhisme, wujud konsep hak kehidupan sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada eightfold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep „wang‰, „keuntungan‰, „ganjaran‰ dan „pasaran‰ sangat dipengaruhi oleh pertimbangan moral. Walau bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk penyelewengan yang lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden.. (f). Pendidikan Dalam tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah untuk pembinaan sifat mulia seseorang (character-building) melalui proses pengajaran ilmu. Menyedari akan perkara tersebut, dimensi inner being diberi penekanan penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama lain. Manusia perlu mengetahui dan menguasai dirinya dahulu sebelum mampu menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.. (g). Kesihatan Sepertimana bidang-bidang dalam masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun tradisional tidak terpisah daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat yang penting dalam konsep kesihatan tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas, lebih menyeluruh dan saling berhubungan. Menurut konsep holistik, mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan dengan melalui proses ini, keharmonian dapat dipulihkan dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya mencapai keseimbangan dalam kehidupannya. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(33) TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. . 17. Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras kepada konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.. SEMAK KENDIRI 1.4 Melalui aktiviti berkumpulan jelaskan: (a). Perbezaan dan hubungan antara peradaban dan tamadun; dan. (b). Cari persamaan dan perbezaan ciri-ciri tamadun yang dimiliki oleh sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain.. •. Perbezaan pendapat mengenai definisi tamaduan antara sarjana Barat dan Timur dilihat dari sudut etimologi. Barat lebih memfokuskan kepada maksud kebendaan dengan pembentukan bandar sebagai kayu ukur pemodenan, kemajuan, peradaban dan perubahan, manakala sarjana Timur pula mentakrifkan tamadun dari sudut pandangan kerohanian dengan impak akhlak, moral, keimanan, hidup dalam peraturan dan perundangan syariat di samping tidak menolak aspek materi.. •. Dari segi ciri-ciri tamadun, ia mencakupi aspek urbanisasi, sosial, pekerjaan, bahasa, komunikasi, agama dan kepercayaan, sains dan teknologi dan seni estetika sebagai manifestasi kandungan tamadun yang perlu ditunjukkan oleh sesuatu bangsa.. •. Interaksi antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan ketinggian keilmuan mengisi prinsip tamadun itu sendiri.. •. Matlamat tamadun adalah untuk memperlihatkan kehebatan hasil penciptaan manusia dalam pelbagai aspek kebendaan di samping pengamalan terhadap agama bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(34) 18 . TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. •. Sumber tamadun diambil daripada ilmu, pemikiran, material dan agama.. •. Perbezaan antara tamadun dengan kebudayaan amat ketara jika dilihat dari segi maksud antara dua etimologinya. Tamadun memberi pengaruh yang berkekalan sepanjang zaman, bersifat universal dan merentasi sempadan geografi, manakala kebudayaan lebih bersifat sementara dan sentiasa berubah mengikut perubahan sesuatu kaum.. •. Setiap bangsa dan negara memiliki tamadunnya yang tersendiri dan senantiasa dikongsi bersama secara sejagat.. Animisme. Perubahan. Dinamisme. Politeisme. Estetika. Sosioekonomi. Falsafah. Stratifikasi. Kemajuan. Tamadun. Naturalisme. Transformasi. Pemodenan. Urbanisasi. Peradaban. Bell, C. (1973). Civilization and old friends. Chicago, IL: The University of Chicago Press. Ibn Khaldun., & Abd. Rahman Ibn Khaldun. (1960). Muqaddimah Ibn Khaldun, Qaherah, Mesir: Dar al-Kutub al-Arabiyah. Kamus Dewan. (1991). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Taba. (1994). Pengenalan tamadun Islam, al-Quran dan ideologi masa kini. Bangi, Malaysia: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Abdul Jabar Beg. (1980). Islam and Western concept of civilization. Kuala Lumpur, Malaysia: The Universiti of Malaya Press. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(35) TOPIK 1. PENGENALAN ILMU. . 19. Renfew, C. (1972). Before civilization. London, England: The Chaucer Press. Ribeiro, D. (1968). The civilization process. Washington, WA: Smithsonian Institution Press. Syed Muhammad al-Naquib al-Attas. (1977). Islam: Fahaman agama dan asas akhlak. Kuala Lumpur, Malaysia: ABIM. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(36) Topik  Tamadun Islam. 2. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.. Menjelaskan konsep dan asas tamadun Islam;. 2.. Menilai keistimewaan tamadun Islam;. 3.. Menganalisis sumber tamadun Islam ; dan. 4.. Menyenaraikan hasil karya dan monumen yang terdapat dalam tamadun Islam..  PENGENALAN Islam telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan manusia berdasarkan kepada tamadun yang telah dicapai selama beberapa abad. Tamadun yang dibina adalah hasil dari sumbangan para sarjana yang telah menggarap ilmu yang tinggi hasil dari sistem pendidikan yang telah dilalui. Menurut Roziah Sidik (2011), kehebatan tamadun Islam sering dikaitkan dengan pelbagai faktor. Antaranya ialah peranan aktif semua pihak termasuk pemerintah dan orang perseorangan melalui kegiatan penterjemahan, seni bina, monumen dan perpustakaan, naungan yang diberikan kepada saintis, hubungan dengan negara luar, faktor bahasa Arab dan juga faktor ekonomi. Namun, pada hakikatnya banyak lagi faktor lain yang turut menyumbang kepada kehebatan tamadun tersebut. Kolaborasi antara muslim dan non-muslim, misalnya, turut memberikan sumbangan, lebih-lebih lagi apabila banyak nama besar yang menggerakkan aktiviti penterjemahan khususnya teks perubatan Greek yang dihasilkan oleh Hippocrates dan Galen ke dalam bahasa Syria dan bahasa Arab. Satu lagi perkara yang turut wajar diberi pertimbangan sebagai antara faktor yang menonjolkan lagi kehebatan tamadun Islam ialah aspek penguasaan ilmu. Islam bukan hanya terhad kepada penguasaan ilmu yang dimiliki oleh sarjana yang menggerakkan tamadun tersebut sahaja, bahkan turut meliputi penguasaan Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(37) TOPIK 2. TAMADUN ISLAM.  21. ilmu dari pelbagai aspek lain serta hubung kait penguasaan ilmu dari tamadun terdahulu yang ketara menerusi keupayaan menghasilkan karya asli dalam bidang yang diceburi. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa pembangunan tamadun didahului dengan pembangunan manusia. Selama berabad-abad tamadun Islam telah mencipta the golden age yang kemudiannya menerangi Barat yang pada waktu itu berada dalam the dark age of Europe sebegitu lama.. 2.1. DEFINISI TAMADUN ISLAM. Perkataan „tamadun‰ berasal daripada kata terbitan maddana yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Perkataan maddana juga membawa pengertian hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju (Mustafa et al., 1990). Menurut Mustapha Kamal, Ahmad Kassim dan Zahiah Haris @ Harith (2012), perkataan tamadun telah melahirkan beberapa perkataan lain yang dapat menjelaskan lagi maksud yang diungkapkan. Dalam dunia penulisan Arab, terdapat beberapa istilah yang pernah digunakan selain istilah tamadun itu sendiri, antaranya madaniyah, umran, hadharah, dan thaqafah (Abdul Rahim et al., 1995). Manakala Beg (1980) menjelaskan sebelum kemunculan perkataan tamadun, sudah ada tiga perkataan lain yang pernah digunakan iaitu madaniyah, umran dan hadharah. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun Islam. Antara istilah tersebut ialah Madaniyah, Tamadun, dan ÂHadharahÊ. Ibn Khaldun (2006) menjelaskan tamadun Islam sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai syumuliah. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972) juga telah memberikan takrifan tamadun Islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Ini bermakna, tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan umat dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid (mengesakan Allah SWT). Manakala golongan minoriti bukan beragama Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam dianggap sebagai penyumbang kepada pencapaian tamadun Islam. Antara sumbangan golongan minoriti bukan Islam ialah menterjemahkan buku daripada tamadun Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(38) 22 . TOPIK 2. TAMADUN ISLAM. sebelum Islam ke dalam bahasa Arab dan sumbangan dalam bidang pengkhususan tertentu yang dianggap tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Sekarang kita akan membincangkan lebih lanjut lagi tiga istilah yg dikaitkan dengan tamadun pada awal tadi, iaitu umran, hadharah dan madaniyah. (a). al-Umran Ibn Khaldun pada abad ke-14 adalah sarjana Islam yang mula-mula memperkenalkan etimologi umran dalam mentakrifkan tamadun. Perkataan ini terus digunakan sehingga abad ke-19. Ibn Khaldun (2006) menggunakan istilah umran yang bermaksud bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Menurut Ibn Khaldun (2006) lagi, umran merangkumi perkembangan dan pembangunan masyarakat yang memiliki pegangan agama yang kuat, sistem kenegaraan yang teratur, sistem perundangan yang tersusun rapi dan pencapaian ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai kepakaran. Umran dalam maksud yang lebih sempurna ialah suatu kawasan yang didiami dan diusahakan dan berkembang subur, aman makmur dan ditadbir secara baik dan sistematik. Perkataan umran juga dikaitkan dengan ibu kota atau bandar yang telah didirikan oleh raja pada zaman pemerintahan Islam. Dengan sebab itulah perkataan bunyan juga merujuk kepada maksud tamadun tetapi dalam maksud yang lebih spesifik kepada struktur dan kerja pembinaan sesuatu bangunan sahaja (Beg, 1980). Dengan kata lain, tamadun atau umran adalah suatu pencapaian yang tinggi merangkumi semua aspek kemajuan dalam masyarakat dan dapat dimanfaatkan untuk tujuan dunia dan akhirat.. (b). al-Hadharah Ibn Khaldun (2006) turut memperkenalkan perkataan hadharah dalam kitabnya, al-Muqaddimah. Perkataan ini bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian, atau suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan. Penggunaan perkataan hadharah mula diperkenalkan pada abad ke-14 dan penggunaannya menjadi popular pada abad ke-20. Pada masa itu, istilah Hadharah mengalami perubahan maksudnya dan penggunaannya dalam bentuk yang lebih meluas dengan merujuk kepada pembangunan wilayah, bandar dan kampung yang sudah mengalami perubahan dari segi penggunaan tanah, pemikiran masyarakat, akhlak atau moral dan kehidupan masyarakat adalah dalam bentuk yang lebih moden dan maju dan seiring dengan istilah tamadun (Beg, 1980).. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(39) TOPIK 2. TAMADUN ISLAM.  23. Mengikut Malik Bennabi (2003), hadharah mengandungi dua pengertian iaitu: (i). Pengertian yang objektif – Himpunan kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan, teknikal dan perundangan yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat; dan. (ii). Pengertian yang subjektif – Peringkat perkembangan kehidupan manusia yang lebih maju dan lebih bermoral atau digambarkan sebagai kehidupan yang ideal dan bergantung kepada kedudukan masa, tempat dan nilai yang dianuti.. Secara keseluruhannya, perkataan hadharah dalam konteks ini dimaksudkan kepada aspek kemajuan dalam bidang pemikiran, moral dan sosial dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Ia lebih ketara dalam bidang ilmu pengetahuan, kesusasteraan, kesenian, sistem pemerintahan, peraturan moral dan adat resam, budi pekerti dan kepercayaan agama atau dengan kata lain, perkembangan peradaban dalam masyarakat. (c). al-Madaniyah Perkataan madaniyah telah diperkenalkan oleh al-Farabi pada abad ke-11. Perkataan ini berasal daripada kata terbitan Madinah yang bermaksud kota. Madaniyah ialah kehidupan yang berasaskan akidah, syaraÊ dan akhlak (Beg, 1980). Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup di bandar dan kota dipanggil Mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun. Perkataan maddana membawa maksud pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran atau hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju (Mustafa et al., 1990). Muhammad Farid Wajdi dan Sheikh Muhammad Abduh menjelaskan perkataan madaniyah diambil daripada perkataan madinah atau city dan perkaitannya dengan tamadun adalah kerana kebiasaannya bandar adalah induk tamadun atau tamadun asalnya berkembang di bandar. Beg (1980) menjelaskan madaniyah sebagai gambaran ketinggian dalam kehidupan kebendaan dalam sesuatu masyarakat khususnya dalam aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur dan wujudnya pelbagai keperluan hidup yang asasi dan tidak asasi seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan hiburan. Keperluan ini mestilah mempunyai pelbagai keperluan kewangan serta kemampuan untuk berbelanja (Osman, 1989). Oleh itu, penekanan yang diberikan oleh al-madaniyah adalah lebih bersifat kebendaan dan keperluan lahiriah manusia. Ketamadunan sesuatu umat dalam konteks ini Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(40) TOPIK 2. 24 . TAMADUN ISLAM. adalah bergantung pada kemampuan kekayaan sumber hasil bumi dan pembangunannya (Mustapha, 2012).. SEMAK KENDIRI 2.1 Dengan membuat perbandingan, bezakan istilah yang merangkumi maksud tamadun Islam seperti madaniyah, hadharah dan umran.. AKTIVITI 2.1 Buat satu kumpulan kecil bagi membincangkan signifikan konsep ilmu yang menjadi asas pembentukan sesebuah tamadun. Kemudian bentangkan kepada rakan-rakan anda yang lain.. 2.2. KONSEP TAMADUN ISLAM. Konsep tamadun Islam merupakan pembangunan potensi diri dan kehidupan sesebuah masyarakat agar dapat menguasai pelbagai bidang kemajuan terutama dalam bidang kesenian dan seni bina. Konsep tamadun Islam tidak hanya terbatas dalam bidang kebendaan tetapi juga meliputi aspek akidah dan moral, berbanding dengan konsep tamadun Barat yang mementingkan pembangunan lahiriah iaitu kebendaan seperti undang-undang dan perbandaran. Tamadun Barat menolak tentang kemajuan rohaniah. Tamadun Islam berkonsepkan kepada wahyu Ilahi melalui sumber al-Quran dan sunnah. Sunnah merupakan hadis Nabi Muhammad SAW yang menjelaskan, menerangkan dan menegaskan serta menyokong isi kandungan al-Quran. Kandungan kedua-dua sumber Islam ini diamalkan oleh seluruh umat Islam di dunia ini tanpa membezakan ras, etnik, kaum, bangsa dan negara. Ini bermakna, tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan atau wilayah semata-mata. Al-Quran dan sunnah juga menjadi syariah dan perlu dipatuhi sepanjang masa walaupun zaman berganti zaman. Ia tetap kekal hingga ke hari kiamat. Oleh itu, tamadun Islam tetap kekal hingga ke hari ini kerana ianya mempunyai panduan dan pedoman yang lengkap dan diamalkan oleh umatnya di seluruh dunia. Tamadun Islam tidak pernah mengetepikan hak bangsa atau agama lain sebaliknya tetap mengambil kira akan hak mereka selagi mereka tidak menimbulkan ancaman atau bahaya yang boleh menjejaskan kesucian tamadun Islam dan agama Islam itu sendiri. Jadi jelaslah di sini, bahawa tamadun Islam Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(41) TOPIK 2. TAMADUN ISLAM.  25. boleh menjamin akan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan semua umat yang bernaung di bawahnya kerana Islam itu merupakan agama yang syumul tanpa menindas dan mengancam golongan bukan Islam. Tamadun Islam berbeza daripada tamadun lain di dunia ini kerana ia merupakan tamadun yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan berkekalan. Tamadun selain daripada tamadun Islam hanya lebih merupakan kepada kebudayaan yang mempunyai jangka hayat yang pendek serta sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan kerana biasanya ianya dimonopoli oleh golongan tertentu yang cuba menampilkan kebudayaan mereka sendiri yang akhirnya akan ditolak oleh golongan lain atau generasi yang berikutnya.. 2.3. ASAS TAMADUN ISLAM. Tamadun Islam menitikberatkan empat asas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Setiap asas itu akan dibincangkan dalam subtopik yang seterusnya.. Rajah 2.1: Asas Tamadun Islam. (a). Akidah Akidah merupakan asas kelahiran tamadun Islam yang ia berasaskan tauhid. Akidah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti kepercayaan atau keyakinan. Menurut etimologi bahasa Arab, aqidah terbitan daripada aqada (ikatan atau simpulan). Akidah merupakan prasyarat kepada pembentukan peradaban manusia (lihat Rajah 2.2). Istilah akidah ialah mengakui kekuasaan Allah SWT dan membenarkan keseluruhan ajaran Nabi Muhammad SAW dengan penuh keyakinan yang mutlak. Secara tidak langsung seseorang yang bergelar Muslim perlu mempercayai dengan hati tentang kewujudan Allah dan dibuktikan melalui pengamatan serta berfikir tentang kejadian alam. Secara Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(42) 26 . TOPIK 2. TAMADUN ISLAM. prinsipnya, sebagai Muslim, tidak ada perbezaan antara manusia sama ada bangsa, keturunan dan warna kulit di sisi Allah melainkan perbezaan daripada aspek iman. Akidah merupakan mekanisme yang menyatukan umat Islam di dunia ini. Akidah Islam ialah prasyarat yang mesti ada dalam tamadun Islam. Pendidikan pada era Rasulullah SAW ini agak berbeza dengan yang sebelumnya kerana ia bersumberkan wahyu. Aktiviti pembetulan akidah dan pembersihan kebudayaan yang dijalankan oleh Baginda di Mekah merupakan proses pertama ke arah pembentukan sebuah tamadun Islam yang syumul. Program peningkatan tamadun umat Islam ini diteruskan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah dengan memperbanyakkan lagi institusi pendidikan. Baginda telah menjadikan masjid di sekitar Madinah sebagai pusat pendidikan dan pembelajaran di samping kegiatan lain (Ismail, 1999). (b). Syariah Syariah membawa maksud undang-undang Allah SWT yang mengatur hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat. Umat yang bertamadun adalah umat yang hidup menurut hukum dan peraturan sama ada ia datang daripada peraturan Ilahi yang disebut sebagai syariah (syariat) atau apa sahaja perundangan yang datang daripada adat (daripada sesebuah kaum) atau perundangan daripada perlembagaan negara.. (c). Akhlak Perkataan akhlak berasal daripada Bahasa Arab khuluq. Ia membawa maksud budi pekerti, perangai, sikap, agama atau tabiat seseorang. Akhlak boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu akhlak baik (Mahmudah) seperti jujur, sabar, ikhlas, benar, pemurah dan akhlak buruk (Mazmumah) seperti hasad, riyak, takabbur dan ujub. Menurut Imam al-Ghazali (1939), akhlak ertinya kebiasaan manusia yang tetap yang wujud dalam diri manusia untuk menghasilkan tingkah laku yang baik. Menurut perspektif Islam, baik dan buruk adalah menurut ketentuan syarak. Akhlak Islam hendaklah berdasarkan kepada al-Quran, hadis dan pendapat ulama. Perkaitan akhlak dengan tamadun Islam adalah jelas – akhlak melambangkan keperibadian dan tatasusila sesuatu bangsa umat manusia dalam sesebuah peradaban. Nabi Muhammad SAW merupakan manusia yang paling sempurna dan ideal dari aspek akhlak yang perlu dicontohi oleh umat manusia. Sifat Baginda yang tinggi budi pekerti, adab yang mulia, berintegriti, pemalu dan sebagainya diakui oleh umat Islam bahkan diiktiraf oleh pihak lawan. Keperibadian Baginda yang mulia telah melemahkan musuh Islam apabila berdepan dengannya.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(43) TOPIK 2. (d). TAMADUN ISLAM.  27. Ilmu Ilmu merupakan elemen yang penting dalam membangunkan peradaban manusia. Kepentingan ilmu ini boleh dilihat dengan jelas dalam surah al-Alaq, ayat 1 yang bermaksud: „Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk).‰ Ayat ini memberi isyarat dan perintah yang amat jelas dalam bidang pendidikan. Perkataan iqraÊ (bacalah) yang disebutkan oleh malaikat Jibril a.s. berulang-ulang kali kepada Rasulullah SAW menegaskan supaya umat manusia belajar, mengkaji dan mencari ilmu. Jika diteliti secara lebih mendalam, ayat ini mendidik dan mengajak orang yang beriman supaya menjadi orang yang berilmu (Yusuf Ahmad, 2002). Berdasarkan ayat ini juga, ulama membuat kesimpulan bahawa belajar atau mencari ilmu itu adalah wajib, terutamanya ilmu yang berkaitan dengan agama Islam. Kejadian Allah SWT yang sangat luas memerlukan kajian yang mendalam, memerlukan manusia menggunakan akalnya dan memperoleh pengetahuan yang tinggi. Penguasaan ilmu adalah amat dituntut oleh Islam. Oleh itu, Islam mewajibkan setiap umatnya, lelaki atau perempuan untuk menuntut ilmu secara berterusan. Kewajipan ini juga bertujuan supaya umat Islam itu tergolong dalam umat yang cerdas dan terhindar daripada kejahilan. Inilah ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT dan ia merupakan rahmat Allah yang terbesar untuk umat manusia. Pemerhatian terhadap kebangkitan tamadun Islam pada masa lalu tidak menafikan pembangunan dalam bidang pendidikan sebagai asas terpenting kekuatan sesuatu tamadun. Tidak dinafikan juga bahawa ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa atau umat. Kehormatan dan kemuliaan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara juga terletak pada kekuatan ilmu setiap individu di dalam masyarakat. Ilmu yang bermanfaat akan menjadikan setiap individu Muslim itu maju, berdaya saing dan berkembang di atas landasan syariah seperti mana yang telah ditunjukkan pada zaman awal Islam (Zakaria Stapa et al., 2012).. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(44) TOPIK 2. 28 . TAMADUN ISLAM. Rajah 2.2: Institusi masjid adalah tempat pembinaan akidah dan akhlak muslim Sumber: http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Brunei__Masjid_Sultan_Omar_Ali_Saifuddin.jpg. AKTIVITI 2.2 Pada pendapat anda, asas tamadun Islam manakah paling utama? Bincangkan bersama rakan-rakan dengan memberikan contoh dan penjelasan yang sesuai.. 2.4. KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM. Keistimewaan tamadun Islam ialah ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan sesuai dengan sifat ajaran Islam. Ia tentunya berbeza dengan tamadun bangsa atau agama lain di dunia ini. Yang berikut ialah keistimewaan tamadun Islam: (a). Bersumberkan al-Quran dan sunnah;. (b). Diasaskan secara tegas dan tetap tanpa pengaruh kebendaan;. (c). Bersifat terbuka kepada semua jenis tamadun bangsa dan agama;. (d). Sesuai dengan fitrah dan tabiat semula jadi manusia; dan. (e). Bersifat syumul, sempurna, konsisten dan global.. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(45) TOPIK 2. TAMADUN ISLAM.  29. Kesyumulan atau sifat global tamadun Islam boleh diterangkan seperti yang berikut: „Islam ialah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya dapat mengatur segenap aspek kehidupan manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat.‰ Islam adalah addin bagi setiap zaman dan tempat. Risalah Islam merupakan risalah sejagat, untuk semua manusia seutuhnya, di mana ia mencakupi ke setiap peringkat kehidupan. Hanya tamadun Islam sahaja yang bersifat integrated dengan memadukan nilai duniawi dan ukhrawi atau memadukan unsur material dan spiritual. Tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang unik kerana mempunyai tiga dimensi hubungan yang sangat erat iaitu: (a). Menghubungkan manusia dengan Tuhan;. (b). Menghubungkan manusia dengan manusia; dan. (c). Menghubungkan manusia dengan alam.. 2.5. SUMBER PEMBINAAN TAMADUN ISLAM. Sumber bermaksud tempat pengambilan, tempat rujukan atau punca daripada mana datangnya sesuatu perkara. Terdapat sembilan sumber dalam tamadun Islam (rujuk Rajah 2.3). Setiap sumber ini akan dijelaskan lagi dalam subtopik yang selanjutnya.. Rajah 2.3: Sumber pembinaan tamadun Islam. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(46) 30 . (a). TOPIK 2. TAMADUN ISLAM. Al-Quran Al-Quran merupakan sumber utama kepada kelahiran tamadun Islam (lihat Rajah 2.4). Al-Quran ialah sumber hukum yang paling utama yang diberikan Allah SWT untuk manusia. Al-Quran juga ialah kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisah tauladan, sumber rujukan ilmu dan sebagainya. Kebenaran al-Quran adalah muktamad kerana ia bersumberkan Allah. Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya. Al-Quran juga adalah mukjizat terbesar Rasulullah SAW. Ia merupakan wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Al-Quran mengandungi syariah Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan, ketuhanan, ibadah, alam ghaib dan sebagainya. Al-Quran dan sunah merupakan sumber utama dalam pembinaan tamadun Islam. Ini kerana setiap tamadun yang berlaku memerlukan ilmu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap. Wahyu yang pertama dengan jelas dan nyata telah menyarankan agar manusia berusaha untuk membaca dan menulis bagi membasmi buta huruf, mencari dan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan umatnya. Al-Quran ialah kalam suci yang yang mengandungi nilai mukjizat yang tinggi sama ada dari sudut akidah, syariah, akhlak dan moral, bahasa, persejarahan, pemikiran dan intelektual, ketamadunan, rahsia alam semesta dan sebagainya. Kandungan al-Quran sangat sesuai diamalkan sepanjang zaman dan lengkap, sesuai dengan tahap manusia dan ketamadunan. Kandungannya menggalakkan manusia berfikir untuk mencapai kesejahteraan hidup, memberi dorongan dan semangat kepada mereka untuk meneroka di segenap bidang. Segala kegiatan dan kemajuan yang dicipta dikehendaki mengikuti lunas yang telah ditetapkan.. Rajah 2.4: Al-Quran ialah asas sumber tamadun Islam Sumber: https://www.google.com/search?q=emage&rlz=1C2RNRC_ enMY509MY509&source Copyright © Open University Malaysia (OUM).

(47) TOPIK 2. TAMADUN ISLAM.  31. (b). Sunnah Sunnah dianggap sebagai wahyu yang kedua selepas al-Quran yang juga merupakan sumber tamadun Islam yang penting. Ia berfungsi sebagai penjelas kepada al-Quran serta memperkukuhkan kedudukan dan peranan al-Quran. Sunnah ialah setiap perkara meliputi pengakuan, perkataan, perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW. Sunnah berperanan sebagai pentafsir al-Quran serta menjelaskan perkara yang terkandung dalam al-Quran. Ia merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka. Ringkasnya, semua sudut tamadun Islam dicorakkan di atas acuan alQuran dan sunnah. Daripada al-Quran dan sunnah dicerakinkan akidah, syariah dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia. Pelaksanaannya ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para ulama selepas Baginda.. (c). Akal atau Pemikiran Akal atau pemikiran pula adalah sumber pembinaan tamadun Islam yang kedua terpenting selepas al-Quran dan sunnah. Ini kerana ilmu pengetahuan yang dikuasai oleh seseorang melalui akal fikirannya dapat membentuk dan melahirkan sesuatu yang baharu dan menghasilkan tamadun. Manusia boleh membangun dan bergerak maju dengan menggunakan akal untuk melahirkan sesuatu tamadun. Namun sekiranya akal digunakan untuk mereka cipta sesuatu yang boleh merosakkan keselamatan agama, maruah, keturunan, tubuh badan dan harta benda, maka ia boleh merosak dan memusnahkan tamadun manusia.. (d). Ijmak Ijmak ialah persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan Baginda untuk mengeluarkan hukum atau fatwa bagi menyelesaikan masalah umat Islam. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat 59 yang bermaksud: „Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.‰. (e). Qias Qias bermaksud penetapan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang lain kerana persamaan kedua-keduanya dari segi Âilah. Copyright © Open University Malaysia (OUM).

Referensi

Dokumen terkait

Pertamanya, AS berhasrat melakukan langkah penyesuaian semula secara strategik bagi menghadapi kebangkitan kuasa China dan cabaran lain di rantau Asia Timur yang masih

Lagipun di antara kedua negara tesebut, terdapat banyak persamaan di antara mereka dari segi sosial, ekonomi, politik yang tidak memberi kesan negatif kepada

Letak Asia Tenggara sangat strategis dikarenakan: kedudukan Asia Tenggara di tengah perjalanan Timur Barat, dihubungkan dengan Selat Melaka dan Laut Cina Selatan, mewujudkan

Peristiwa ‘Arab Spring’ merupakan fenomena yang mengubah wilayah lahan dunia yang awalnya mengarah kepada perubahan politik di rantau Asia Barat dan seterusnya membawa

Kesan positif kedatangan Tamadun India ke Tanah Melayu dari segi penyebaran agama ialah agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang

Tamadun China menganggap astronomi sebagai ilmu sains negara.Masyarakat Cina mengamalkan konsep keseimbangan antara dua kuasa iaitu Yin (kuasa pasif) dan Yang

Melalui kedua-dua interaksi ini telah memberi beberapa kesan yang positif  terhadap kemajuan tamadun tersebut dengan memperkenalkan sutera, tembikar, terhadap kemajuan

masyarakat dan budaya tamadun India, kepercayaan dan nilai-nilai murni, pencapaiannya dalam pelbagai bidang, interaksi dengan tamadun lain serta.. relevensinya