• Tidak ada hasil yang ditemukan

Artikel diterima: 17 Okt 2019 Selepas Pembetulan: 18 Nov 2019 Diterima untuk terbit: 22 Nov 2019

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Artikel diterima: 17 Okt 2019 Selepas Pembetulan: 18 Nov 2019 Diterima untuk terbit: 22 Nov 2019"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 80 Jurnal Pengajian Islam

ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98

Pengkisahan dalam Al-Quran : Kolerasi Antara Kisah Nabi Musa A.S

dengan Novel ‘Sunan Musafir’ Karya Ramlee Awang Mursyid

Storytelling in Al-Quran : Correlation Between Story of Prophet Musa A.S

and Novel ‘Sunan Musafir’ by Ramlee Awang Mursyid

Syafawati Binti Salihan (Syafawati@uniten.edu.my)

Muhammad Hafizan Bin Abd. Hamid (MHafizan@uniten.edu.my)

Jabatan Bahasa dan Sains Sosial Kolej Pengajian Asas dan Diploma Universiti Tenaga Nasional

Artikel diterima: 17 Okt 2019 Selepas Pembetulan: 18 Nov 2019 Diterima untuk terbit: 22 Nov 2019

Abstrak

Memahami isi kandungan al-Quran merupakan tanggungjawab utama yang perlu dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Pelbagai kaedah dan medium penyampaian telah digunakan dalam usaha mengetengahkan isi kandungan al-Quran secara aplikasi dalam kehidupan seharian. Kajian ini akan menonjolkan kolerasi yang terdapat antara kisah Nabi Musa a.s dalam al-Quran dengan watak utama dalam Novel Sunan Musafir karangan Ramlee Awang Mursyid. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode analisa tematik pada bahan kajian. Hasil kajian mendapati, terdapat tujuh persamaan antara kisah Nabi Musa a.s dengan watak utama dalam novel Sunan Musafir. Penelitian terhadap persamaan elemen pengkisahan ini merupakan satu tinjauan awal yang penting, bagi membuktikan bahawa adaptasi kisah serta pengajaran al-Quran dalam konteks semasa mampu dilakukan dengan lebih luas dan menarik, selaras dengan perkembangan intelektual manusia dan kemajuan media semasa. Pemahaman kisah-kisah al-Quran dalam dimensi yang lebih luas membantu untuk mengetengahkan al-Quran ke dalam masyarakat dengan cara fikir dan terjemah yang lebih kreatif, selain memberi manfaat kepada seluruh umat Islam dalam usaha memenuhi tanggungjawab untuk memahami isi kandungan al-Quran.

Kata kunci

Kolerasi. Kisah Nabi Musa. Novel Sunan Musafir

Abstract

Understanding the contents of the Quran is a major responsibility that all Muslims must fulfill. Various methods and mediums of presentation have been used in an effort to highlight the content of the Quran in the application of everyday life. This study will highlight the correlation between the story of Moses in the Quran and the main character in Ramlee Awang Mursyid's novel title ‘Sunan Musafir’. This study is

(2)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 81 a qualitative study using the thematic analysis method in the study material. The results show that there are seven similarities between the story of Moses and the main character in ‘Sunan Musafir'. The study on similarities is an important early finding, to prove that the adaptation of the story and teaching of the Quran in the current context can be done more broadly and interestingly, in line with human intellectual development and current media development. Understanding Quranic stories in a broader dimension helps to present the Quran to the community in a more creative way of thinking and translating, while also benefiting the entire Muslim community in fulfilling the responsibility to understand the contents of the Quran. Keywords

Colleration. Prophet Musa. Sunan Musafir

1. Pengenalan

Kisah-kisah yang terdapat dalam al-Quran merangkumi perihal nabi-nabi terdahulu, umat-umat terdahulu serta peristiwa yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Nuh Faqir, 2003, 205). Allah SWT menceritakan kisah-kisah para nabi, tokoh-tokoh, dan umat terdahulu agar dapat menjadi teladan (uswah Íasanah) dan pelajaran

(‘ibrah) bagi kita semua. (Surah YËsuf, 12:111). Abdul Mustaqim (2011)

menjelaskan, hal ini sejalan dengan kondisi psikologi manusia yang memang menyukai cerita. Bahkan yang menarik adalah bahawa ayat-ayat al-Qur’an berisi tentang kisah ternyata lebih banyak dibanding ayat-ayat hukum. ‘Amru Khalid (2014) menegaskan, kisah nabi-nabi dalam al-Quran seharusnya menjadi panduan utama kepada pendakwah, terutama berkenaan kaedah menyampaikan ajaran Islam kepada sasaran selain isi kandungan dakwah tersebut.

Kisah Nabi Musa merupakan kisah yang paling banyak dimuat dalam al-Qur’an. Kisah ini termaktub dalam lebih dari tiga puluh surah, dengan nilai-nilai tauhid dan moral sebagai tumpuan utama pengajaran dari kisah-kisah baginda. (M. Faisol, 2017). Kajian-kajian yang telah dijalankan berkenaan kisah nabi-nabi dalam al-Quran membuktikan bahawa elemen yang wujud dalam kisah-kisah tersebut memiliki kepelbagaian manfaat untuk dipelajari dan diteliti. Perkara ini dapat dirumuskan dalam empat ciri utama iaitu peribadi nabi, individu atau kumpulan yang terlibat dalam komunikasi, atau mesej serta metode penyampaian mesej tersebut. Rumusan ini dilihat ini selari dengan elemen yang terdapat dalam rukun dakwah.

2. Mesej Al-Quran Dalam Penulisan Kreatif

Persembahan kisah nabi-nabi serta pengajarannya dalam medium-medium masa kini dapat dilihat, sama ada melalui media cetak atau bahan bacaan, serta media elektronik. Antara medium cetak yang menjadi saluran penyampaian mesej ini adalah novel. Penulisan novel Islamik merupakan salah satu inisiatif yang dipraktikkan pada masa kini. Menggunakan penulisan novel Islamik sebagai satu medium dakwah merupakan satu usaha yang lebih dekat dengan jiwa generasi muda pada masa kini. Kesusasteraan Islam (novel) merupakan karya umat Islam

(3)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 82 yang diniatkan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dan berkhidmat kepada manusia sejagat. (Nor Syuhada, 2012). Para pengarang seperti Habiburrahman El-Shirazy memunculkan karya Islam pada waktu yang tepat dan kerjasama penerbit mengimejkan bentuk novel popular Islam meluaskan lagi pengedarannya. Berbeza dengan Indonesia, pasaran novel-novel popular Islam di Malaysia melalui batasan autoriti kerajaan. Tema keislaman yang dibenarkan adalah tidak menyinggung dasar-dasar kerajaan. (Koh Young Hun, Ummi Hani Abu Hasan, 2015)

Selain novel-novel berunsur Islam secara langsung, mesej Islam dalam penulisan novel bukan berunsur Islam juga mula mendapat tempat. Novelis Ramlee Awang Mursyid telah menggarap elemen Islam yang jelas dalam novel-novel karangan beliau. Walaupun genre penulisan beliau adalah bersifat aksi atau seram, namun kekuatan watak utama yang selari dengan elemen dalam al-Quran merupakan unsur dominan yang menguasai perjalanan pengkisahan tersebut. Perkara ini selari dengan prinsip beliau sendiri dalam penulisan, iaitu mencari keberkatan Allah SWT. (Sinar Harian, 2014). Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak diketengahkan. Terdapat satu kajian yang ditemui berkaitan pengaruh Ramlee Awang Mursyid dikalangan pembaca tegar novel-novel berunsur seram dan aksi (thriller). (Suhaimi Abdul Aziz, 2010). Maka, membuktikan kolerasi novel beliau dengan mesej al-Quran serta mengetengahkan beliau sebagai novelis dengan mesej dakwah menjadi fokus utama kajian ini.

3. Kisah Nabi Musa a.s Dalam Al-Quran

Nabi Musa a.s merupakan salah seorang dari rasul ulul ‘aÐmi, yang diutuskan kepada Bani Israil. Baginda dikurniakan Taurat sebagai panduan buat umat manusia pada ketika itu. Kisah Nabi Musa a.s merupakan kisah yang paling banyak diceritakan di dalam al-Quran. Ini kerana signifikan perjalanan kehidupan dan perjuangan Nabi Musa a.s dengan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Musa a.s disebut sebanyak 136 kali, dalam 34 surah yang berbeza. (Dr. Shauqi Abu Khalil, 2006, 83). Antaranya surah Baqarah, A’rÉf, ÙÉhÉ, a-AnbiyÉ’, QaÎaÎ dan al-Syu’arÉ’.

Kisah baginda bermula dengan cabaran sewaktu bayi (28:7-13), kehidupan di istana Firaun (28:9), pembunuhan lelaki bangsa Qibti (28:15), pertemuan dengan dua wanita Madyan (28:23-28), berbicara dengan Allah SWT dan menerima wahyu serta arahan kembali kepada Firaun dan kaumnya untuk tujuan seruan kepada menyembah Allah SWT (28:30-32)(20:11-24), perdebatan sihir dengan ahli sihir Firaun dan pengislaman ahli sihir (20:65-76), kisah laut yang terbelah serta cabaran kemunafikan Bani Israil pada fasa selepas laut terbelah. Kebenaran kisah laut terbelah ketika zaman Nabi Musa a.s dibuktikan melalui kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil. (Akhbar Kosmo, 2010). M.Faisol (2017) meringkaskan kehidupan Nabi Musa a.s kepada enam fasa utama, iaitu kelahiran dan kehidupan Musa di istana raja Firaun di Mesir, Musa membunuh salah seorang penduduk Mesir dan melarikan diri menuju Madyan, Musa kembali ke Mesir dan diutus menjadi Rasul untuk membebaskan Bani Israil

(4)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 83 dari kezaliman Firaun, Musa meninggalkan Mesir menuju Palestin, Musa bertemu dengan Tuhan untuk kedua kalinya dan Musa dengan kaumnya semula.

Terdapat beberapa nilai utama serta pengajaran yang dapat dikeluarkan hasil penelitian terhadap kisah kehidupan Nabi Musa a.s dalam al-Quran :-

i. Tawakkal kepada Allah SWT.

Pendakwah yang mengajak manusia kepada Allah SWT tidak mempunyai tempat perlindungan selain dari Allah SWT, itulah tempat perlindungan yang aman, kukuh dan kuat. (Syed Qutb, TafsÊr fÊ ÚilÉl). Nilai tawakal Nabi Musa a.s dapat dilihat dalam setiap keadaan yang dihadapi oleh baginda. Nilai ini juga menjadi salah satu titik persamaan kisah nabi-nabi yang terdapat dalam al-Quran. Sebagai contoh, ketika Firaun mengugut untuk mencederakan Nabi Musa a.s dan pengikutnya, Nabi Musa a.s lantas mengingatkan kaumnya agar memohon pertolongan Allah SWT dan bersabar atas keadaan yang sedang dihadapi. (7:128).

Nilai tawakkal ini juga terserlah, tatkala Nabi Musa a.s menuju ke Madyan, setelah baginda lari meninggalkan tempat tinggalnya akibat peristiwa pembunuhan lelaki Qibti. (28:22). Nabi Musa a.s juga menzahirkan keyakinan kepada Allah SWT ketika tentera Firaun menghampiri kedudukan mereka, dan kaumnya pula berputus asa. (20:61-62)

ii. Taat kepada perintah Allah SWT.

Ketika menerima perintah untuk kembali kepada Firaun dan kaumnya, Nabi Musa a.s menurut arahan Allah SWT. (20:47). Malah Nabi Musa a.s juga menurut perintah Allah SWT ketika diarahkan untuk melemparkan tongkatnya lalu menjadi ular, dan diarahkan untuk memegang ular tersebut dengan jaminan ia akan kembali ke bentuk asal. (20:19-21). Laut yang terbelah juga adalah tanda ketaatan Nabi Musa a.s kepada perintah Allah SWT yang mengarahkan baginda untuk memukul tongkat di permukaan laut. (26:63).

iii. Kesabaran yang tinggi.

Dalam surah al-Baqarah, ketika Nabi Musa a.s berhadapan dengan karenah soalan-soalan Bani Israil berkaitan perihal sapi betina yang perlu dikorbankan, Nabi Musa. a.s menjawab segala pertanyaan mereka sehingga akhirnya mereka menemui sapi betina yang diperlukan (2:67-73). Nabi Musa a.s turut bersabar ketika Bani Israil meminta bermacam-macam permintaan (2:60-61), malah Nabi Musa a.s turut bersabar ketika mereka enggan menurut perintah memasuki Tanah Suci yang dijanjikan (Palestin). (5:21-22).

(5)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 84 Ketika berhadapan dengan Firaun, Nabi Musa a.s tetap teguh menyampaikan pesanan agama dengan mengajak mereka beriman kepada Allah SWT dan menjawab segala pertanyaan Firaun dengan yakin. (20:47-55). Nabi Musa a.s memperincikan dakwahnya tentang siapa yang berhak disebutkan menjadi Tuhan, di mana kekuasaan Firaun tidak akan sekali-kali mampu menandinginya. (Hamka, 2015, Jil. 5). Malah, ketika diajak untuk bertarung ilmu sihir dengan ahli sihir Firaun, Nabi Musa a.s tidak gentar dan menerima tawaran tersebut. (20:64-69).

v. Lemah lembut dalam berdakwah

Allah SWT berpesan kepada Nabi Musa a.s agar berlemah lembut ketika berbicara dengan Firaun, agar mereka ingat kepada Allah SWT atau lahir rasa takut kepada Allah SWT. (20:44). Ibn Kathir (2003, Jil. 5) memberikan kesimpulan pendapat ulama tafsir berkenaan ayat ini, dengan menjelaskan bahawa seruan kepada Firaun disampaikan dengan lemah lembut, agar perkara itu dapat menyentuh jiwa, lebih mendalam dan mengenai sasaran.

vi. Mengakui kelemahan diri.

Ketika menerima wahyu dari Allah SWT untuk kembali kepada Firaun dan kaumnya dengan misi dakwah, Nabi Musa a.s menzahirkan rasa takut baginda utuk berhadapan dengan Firaun, disebabkan kesalahan yang pernah baginda lakukan (28:33) (20:45-46). Selain itu, Nabi Musa a.s turut memohon agar Harun a.s turut sama dalam misi dakwah itu, kerana kefasihan Harun a.s. (28:34).

vii. Membantu mereka yang memerlukan.

Ketika melihat dua orang wanita Madyan ingin mengambil air, Nabi Musa a.s menawarkan bantuan kepada mereka untuk mendapatkan air yang diperlukan. (28:23-24)

Nabi Musa a.s juga dipertemukan dengan pelbagai watak manusia seperti mana yang dikisahkan dalam al-Quran. Abdul Mun’im (2000) menjelaskan, terdapat lebih dari 10 peribadi berbeza yang dikaitkan dengan kisah Nabi Musa a.s. Antara mereka yang disebutkan adalah ibu Nabi Musa a.s (28:7), kakak Nabi Musa a.s (28:11), orang lelaki beriman yang membela Nabi Musa a.s (40:28), isteri Firaun (66:11), Firaun, HamÉn (28:38), QÉrËn (28:76), SÉmiri (20:95), pembesar-pembesar Firaun (7:127) dan hamba Allah yang memiliki ketinggian ilmu dan hikmah (18:60-82). 4. Kolerasi Kisah Nabi Musa a.s Dengan Novel Sunan Musafir

Ramlee Awang Mursyid merupakan seorang novelis terkenal di Malaysia dengan gaya penulisan yang mencabar minda, jalan cerita yang penuh dengan aksi serta gaya bahasa dalam novel yang tersusun. Antara novel yang terkenal karangan beliau adalah koleksi kisah berkenaan Laksamana Sunan, yang menjangkau 6 buah novel. Novel-novel tersebut adalah Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang

(6)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 85 Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan yang terakhir Sunan Musafir, yang menjadi fokus kepada kajian ini.

Karya bersiri ini mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Saifudin Jalis, yang mendapat gelaran Laksamana Sunan. Perjuangan utama Laksamana Sunan adalah menegakkan agama Allah SWT di tempat beliau berada, menentang kezaliman dan kuasa jahat yang cuba bertapak di tempat-tempat tersebut. Perjuangan ini bersulam dengan pengembaraan beliau yang digambarkan merentasi relung masa dan bertemu dengan pelbagai jenis musuh. Novel Sunan Musafir mengisahkan pengembaraan Laksamana Sunan mencari isterinya yang digambarkan telah mati dalam novel sebelum ini, namun dikhabarkan masih hidup dan memerlukan pertolongan Laksamana Sunan untuk pulih.

Kekuatan pada watak utama dalam karya bersiri ini, iaitu Laksamana Sunan menyerupai unsur yang dapat dipelajari dari kisah Nabi Musa a.s. Perkara ini dominan pada setiap babak yang menampilkan kemunculan watak utama, namun unsur ini tidak pernah diketengahkan kepada masyarakat. Perincian bagi perkara ini dapat difahami melalui jadual di bawah. Huraian dibuat dengan membawa unsur pengajaran dari kisah Nabi Musa a.s bersama dengan beberapa petikan dari novel Sunan Musafir.

i. Tawakkal kepada Allah SWT

Nilai tawakkal Laksamana Sunan turut terlihat tatkala dia menyedari kepincangan tingkah laku anaknya yang lalai dalam ibadah sunat. (Halaman 33)

(7)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 86 Laksamana Sunan

menyedari kehadiran dua ekor harimau berhampiran rumahnya. Namun, apa yang dilafazkan adalah seruan agar mereka takut kepada Allah SWT serta membaca ayat pelindung, tanda melindungi diri dengan Allah SWT. (Halaman 12)

Ketika berhadapan dengan makhluk jahat, Laksamana Sunan masih kekal menzahirkan pendiriannya berkaitan tauhid, serta berusaha dengan

menzahirkan pergantungan kepada Allah SWT melalui bacaan ayat-ayat al-Quran.

(8)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 87 ii. Taat kepada perintah Allah SWT

Kekuatan utama seorang pendekar adalah ketaatan kepada Allah SWT. Inilah yang diajarkan oleh Laksamana Sunan kepada anaknya.

(Halaman 25)

Walaupun dalam permusafiran yang

panjang, Laksamana Sunan mengutamakan waktu solat untuk berhenti,

terutamanya solat malam. (Halaman 95)

(9)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 88 Laksamana Sunan

mendahulukan urusan Allah SWT (solat), walaupun ketika itu dia baru mendapat

perkhabaran bahawa anak tunggalnya telah ditangkap oleh musuh yang kejam. (Halaman 63)

Laksaman Sunan turut konsisten menasihat anaknya agar taat beribadah kepada Allah SWT, dan mendahulukan urusan dengan Allah SWT dalam apa juga topik yang dibincangkan.

(Halaman 13) (Halaman 119)

(10)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 89 iii. Kesabaran yang tinggi

Walaupun berhadapan dengan musuh yang menggertak dengan kasar, Laksamana Sunan mempamerkan kesabaran yang tinggi dan sentiasa tenang, jelas dengan kunci zikrullah.

(11)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 90 Laksamana Sunan bukan hanya mempamerkan tahap kesabaran yang tinggi, malah mampu menasihati sahabat-sahabat

seperjuangannya yang hampir bertelagah antara satu sama lain, dengan pesan dakwah berunsur tauhid berkaitan kepentingan sabar dan membesarkan Allah SWT. (Halaman 362)

Situasi ini mengisahkan keadaan Laksamana Sunan setelah berjaya melepaskan anaknya yang cedera dari terus ditawan oleh musuh. Beliau dilihat tenang menghadapi keadaan dengan berzikir. Pada hakikatnya, beliau sedang mengawal kemarahannya kerana perbuatan yang dilakukan oleh penjahat kepada anaknya. (Halaman 69,70,71)

(12)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 91 iv. Yakin dalam menyampaikan kebenaran

Ketika berhadapan dengan penjahat yang menawan anaknya, Laksamana Sunan menawarkan al-Quran dan menyampaikan pesanan keimanan, tanpa rasa gentar dengan musuh yang kejam.

(13)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 92 Tawaran dari pihak musuh, dibalas dengan tawaran beriman dan kembali kepada Allah SWT sebagai syarat sekiranya beliau memenangi pertarungan tersebut.

(Halaman 122)

Tidak kira manusia atau makluk halus yang dihadapi, Laksamana Sunan kekal berhujah mengajak kepada Allah SWT sebagai keutamaan dalam berbicara. (Halaman 96)

(14)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 93 v. Lemah lembut dalam berdakwah

Ketika anaknya meminta izin untuk berdagang di tempat lain, Laksamana Sunan menasihati anaknya dengan baik, dan

mengingatkan kembali tentang perihal ketaatan pada Allah SWT sebagai perkara utama.

(Halaman 32)

Ketika musuh yang kejam telah kecundang,

Laksamana Sunan kekal berlemah lembut terhadapnya, berbicara perihal agama dan keyakinan kepada Allah SWT.

(15)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 94 vi. Rendah diri

Laksamana Sunan yang tidak takut kepada harimau yang pernah dilihatnya, tidak berbangga dengan kelebihan tersebut, malah menyingkirkan rasa negatif itu dari diri saat berbicara dengan orang lain. (Halaman 61) (Halaman 111)

Walaupun berhadapan dengan entiti yang digeruni dan diketahui tidak berniat baik, Laksamana Sunan masih mengekalkan rendah diri dan bersopan ketika berbicara.

(16)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 95 Laksamana Sunan turut melafazkan ucapan terima kasih kepada entiti tersebut yang membantu

mengembalikannya ke tempat asal. Selain itu, Laksamana Sunan juga melarang rakan-rakannya mencederakan entiti tersebut.

(Halaman 206,207)

vii. Membantu mereka yang memerlukan

Laksamana Sunan menyantuni tetamu yang datang dengan mempelawa beliau menetap di

rumahnya, saat mengetahui lelaki itu tiada tempat menetap.

(17)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 96 5. Kesimpulan

Dakwah mempunyai definasi yang luas. al-BayanËniyy (2010) mendefinasikan dakwah sebagai sejumlah kaedah dan ajaran yang dapat menyampaikan Islam kepada manusia, mengajar dan mempraktikkannya. Menurut Abd Aziz Mohd. Zin (1997), dakwah pada abad ke-21 hendaklah dilakukan dengan pendekatan yang agak berbeza dengan apa yang dilakukan sekarang, kerana abad tersebut mempunyai cirinya yang tersendiri. Ada juga yang mendefinisikan dakwah sebagai suatu misi, propaganda atau proses penyebaran agama Islam (Badlisham Mohd Nasir, 2003). Justeru, dapat disimpulkan bahawa dakwah merupakan satu proses dengan disiplin dan rukunnya yang tersendiri. Ia bukan sekadar membicarakan isu pendakwah, malah dakwah juga berkisar tentang kaedah dakwah dan topik atau tajuk dakwah yang disampaikan.

Watak utama di dalam kajian ini iaitu Laksamana Sunan menepati ciri-ciri seorang pendakwah. Wataknya yang hidup dan penuh dengan mesej positif bukan sekadar membangkitkan keghairahan dalam pembacaan, malah wataknya menjadi contoh yang baik kepada seorang pendakwah. Ini dapat dilihat dalam contoh yang dikemukakan apabila beliau bukan sekadar seorang yang taat pada perintah Allah, malah beliau menitik beratkan nilai ibadah sebagai perkara utama dalam kehidupan seharian. Beliau juga memiliki kesabaran yang tinggi serta rendah diri dalam setiap perkataan dan perbuatannya.

Di samping watak pendakwah yang ingin ditonjolkan, kaedah atau metode merupakan satu lagi elemen terpenting dalam kajian ini. Pendakwah yang berkesan akan mengenal sasaran dakwah atau orang yang akan menerima dakwah terlebih dahulu sebelum dakwah disampaikan. Dengan cara ini, dakwah akan disampaikan dengan lebih berkesan dan efektif. Begitu juga teknik yang dipraktikkan oleh Laksamana Sunan. Beliau merupakan seorang yang tegas dan berprinsip di hadapan musuh. Tetapi beliau seperti teman sejati apabila berhadapan dengan anaknya.

Justeru itu, kajian kolerasi di antara kisah Nabi Musa a.s dengan Novel Sunan Musafir ini dapat mengajar kita melihat sesuatu perkara dalam dimensi yang lebih luas. Dakwah tidak sekadar kuliah di masjid dan surau, ia juga boleh boleh berlaku dalam bidang sukan, seni muzik dan penulisan seperti yang diketengahkan oleh novel ini.

Rujukan

Al-QurÉn Al-KarÊm

Ab Aziz Mohd Zin. (1997). Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Abdul Karim Zaydan, (2011). Hikmah Kisah-kisah Dalam Al-Quran. Jakarta : Darus Sunnah Press.

(18)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 97 ‘Abd al-Mun’im Daud ‘Abd al-Qadir, (2000). Al-UslËb Al-QaÎaÎi fi al-QurÉn al-KarÊm : DirÉsah MauÌu’iyyah li QiÎÎah Nabi Allah MËsÉ ‘alaih al-SalÉm. Disertasi Sarjana,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Abdul Mustaqim, (2011). Al-Quran : Hakikat, Makna dan Nilai-nilai Pendidikannya. Jurnal Ulumuna, Vol. 9, No. 2, 265-290.

Al-Bayanuniyy, Muhammad Abu al-Fath. (2010). al-Madkhal Ila Ilmi Ad-Da’wah. Beirut, Lubnan: Darul Risalah al-Alamiyah.

Amru Khalid, (2014). Riwayat Lengkap dan Untaian Kisah Para Nabi & Rasul. Selangor : Jasmin Publication.

Badlisham Mohd Nasir (2003), Da`wah And The Malaysia Islamic Moverments. Selangor: Synergymate Sdn. Bhd

Hamka, (2015). Tafsir al-Azhar. Jakarta : Gema Insani.

Ibn KathÊr, (2003). Tafsir Ibnu Katsir. Medan : Pustaka Imam Asy-Syafi’i.

Koh Young Hun, Ummi Hani Abu Hasan, (2015). Fenomena Novel Popular Islam di

Malaysia dan Indonesia : Bacaan Khusus Terhadap Novel ‘Ayat-ayat Cinta’ dan ‘Salju Sakinah, Jurnal Melayu, Vol. 14, No.1, 92-102.

M.Faisol, (2017), Interpretasi Kisah Nabi Musa Perspektif Naratologi Al-Quran, ISLAMICA: Jurnal Studi Keislaman, Vol. 11, No. 2, 365-392.

Nor Syuhada binti Mohd Basir, (2012). Penulisan Islamik Sebagai Medium Pendekatan

Dakwah, Disertasi Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Nuh Faqir, (2013), ‘Abaq al-RaiÍÉn fi ‘UlËm al-QurÉn. ‘Amman : Maktabah Dandis. 205.

Ramlee Awang Mursyid, (2012). Sunan Musafir. Shah Alam : Grup Buku Karangkraf. Suhaimi Abdul Aziz, (2010), The Development of the Popular Malay Cult Novel, Kunapipi: Journal of Postcolonial Writing and Culture, Vol. 32, No. 7, 61-66.

Syauqi Abu Khalil, (2006), Atlas Al-Quran. Jakarta : Penerbit Al-Mahira. Syed Qutb, TafsÊr fÊ ÚilÉl.

(19)

Jurnal Pengajian Islam, 2019, Bilangan 12, Isu II, Halaman 80-98 98 Akhbar Sinar Harian (akses pada 15 Februari 2018).

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/prinsip-ramlee-awang-murshid1.276725 Akhbar Kosmo (akses pada 15 Februari 2018).

http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0923&pub=kosmo&sec=du nia&pg=du_05.htm

Referensi

Dokumen terkait

Mata pelajaran Aqidah-Akhlak di Madrasah Ibtidaiyah berisi pelajaran yang dapat mengarahkan kepada pencapaian kemampuan dasar peserta didik untuk dapat memahami rukun iman

Keterampilan menulis sebagai salah satu dari empat keterampilan berbahasa, Dengan memiliki keterampilan menulis seseorang dapat mengungkapkan buah dari pikiran

Buku suplemen ini memiliki hasil akhir dengan format penyusunan sebagai berikut : 1) sampul buku, 2) kata pengantar, 3) kemampuan yang akan dicapai (KD dan Indikator), 4)

Nor, dan Nor +. Terdapat beberapa pepohonan pada daerah Line 1 yang pada jam tertentu akan memberi naungan pada lokasi Line 1. Intensitas cahaya tersebut tidak

tersebut maka perawat yang memiliki pengetahuan tentang pencegahan infeksi yang baik seharusnya memiliki perilaku yang baik pula,ini dibuktikan dengan setiap mau

Perwakilan BPKP Provinsi Sulawesi Selatan melaksanakan penugasan audit sebanyak 312 PP atau 44% dari total realisasi penugasan sebanyak 710 PP dengan penugasan Audit

Koefisien ini signifikan pada taraf signifikansi 5% dan lebih besar daripada total efek langsung hubungan kedua variabel itu yang hanya 0,035 sehingga terdapat hubungan tidak

Penelitian yang dilakukan oleh [3] dengan Judul Electronic Customer Relationship Management (E-CRM) Pada Rsu Assalam Gemolong menunjukkan bahwa aplikasi e-CRM dapat