Title M29
Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad Copyright © 1988 Muhammad Ariff bin Ahmad
SBC - RADIO 2: RECORDING ON •••••••••.•• . mpm29 [ 202] PROGRN+1E MESTIKA PUSAKA [M29]
PRODUCER , . : NORDIN KASS IM SCRIPTWRITER
PRESENTER 1 HAJI MUHAMMAD ARIFF AHMAD
... ...
PRESENTER 2 : .•...•...•... ...•... DATE OF BROADCAST: � ••••Q.c;[..t:t ... .
.
oe,r �
DATE OF REPEAT • ••••• •••••••••••••••••• 0kt 20, 1988
======================================================================
GRAM SIGNATURE TUNE [THEME SONG] •• UNDER ••
ANNC Salam sejahtera dan salam ukhuwah •.
Saudara pendengar yang berbahagia lagi bertuah!
Syukurlah bahawa kita berada dalam keadaan sihat dan.afiat: Maka dengan izin Allah yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa •. dapatlah kita bertemu semula dalam kesempatan berbeka bi cara menerusi ruangan kesayangan kita: MESTIKA PUSAKA .• Sebagai tanda kesyukuran itu, marilah kita menfaatkan saat sejahtera ini dengan mengikuti satu 1agi beka bicara yang mengenai beberapa peribahasa, warisan yang terpusaka .• Dengan demikian, mudah-mudahan .• sambil menikmati periba hasa-peribahasa pusaka itu akan bertembah pula kebijaksa naan kita, sehingga dapat kita menfaatkan kebijaksanaan itu sebagai pembimbing kita mendaki kehidupan yang penuh dengan liku dan ranjau ••
GRAM THEME SONG.. LINK MUSIC •• PRES 1
PRES 2
Para pendengar yang cendekia lagi bijaksana!
Ada t ma nus i a hi dup i al ah berke l uarga. • berke l ompok, ber-1 i ngk ungan dan bermasyarakat juga. Maka sempurna kehidupan bermasyarakat itu adalah dengan bekerjasama bagai aur de ngan tebing •• bergotong-royong, tolong-menolong: bagai aur bergantung ke tebing; bagai tebing bergantung ke aur •• sa ling hormat-menghormati •. saling harga-menghargai .• dengan penuh rasa simpati .•
Untuk meme l ihara kesejahteraan d isip l in orang tJermasyara kat •• kerana masyarakat itu tidak wajar hidup menyendiri: bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing •• maka termaktublah dalam perbilangan adat ••
Sepertama Kalam Allah,
PRES 2 (contd) PRES 1 PRES li'.� PRES l . mpm29 [203]
.
.
. Kedua kalam Nabi,Ketiga kalam Yang Tua:
Bak apalah kalam Yang Tua?
Alam beraja •• luak berpenghulu ••
lingkungan berlembaga •• buapak beranak buah! Demikianlah ditetapkan adat •• manusia disuruh takwa ke ha derat Allah •• disuruh taat terhadap .Nabi •• dan, disuruh patuh kepada para ketua. Kalam Allah itu ialah kitabullah; kalam Nabi ialah sabda Rasul; dan .. kalam Yang Tua ialah nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar para ketua ••
Siapakan Yang Tua •• atau, para ketua itu? Adat menegaskan:. raja bagi alam [negeri atau negara] •• penghulu bagi luak [kampung a tau daerah].. lembaga bagi l ingkungan [komunit i atau kumpulan orang yang senasib atau sekegiatan] •. dan, buapak [ibu bapa] bagi anak buah [sanak keluarga].
Da lam. susunan kehidupan masyarakat modern sekarang ini, a lam
fa
lah negara.. luak ia lah kawasanundi pi l ihanraya .• l ingkungan ia lah masyarakat sebudaya.. anak buah ia l ah anggota keluarga.Maka ke�e 1 amatan, kesejahteraan dan kemakmuran go l ongan go longan tadi bergantung kepada para pemimpin yang bijak sama •• yang disebut dengan kata "Yang Tua"; dan juga ber gantung kepada keterimaan serta kerelaan kepimpin •• iaitu rakyat biasa yang taat setia ••
Baga imanapun, kekuatan_ sesuatu masyarakat itu bergantung juga kepada pelaksanaan peribahasa yang berkata: kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar •• Dalam pada itu Yang Tua haruslah sentiasa menyesuaikan pimpinannya •• ber dasarkan Kalam Allah dan kalam Nabi •• yang tersebut tadi.
Peribahasa: kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar itu menyerlahkan kebijaksanaan bahawa kelebihan dan kekuatan sesuatu masyarakat itu kerana muafakat antara pe mimpin dengan kepirnpinnya •. dan kekuatan sesebuah persatu an itu terletak pada muafakat antara anggota masyarakat itu sama sendiri ••
Jika ada anggota lingkungan yang bersikap: talam dua muka; atau ramai pula yang bertindak: bagai enau dalam belukar, [204] PRES l contd: mepeskan ••
PRES l (contd) PRES 2 PRES l PRES 2 PRES l . rnpm29 [ 204]
: melepaskan pucuk masing-masing •• atau jika para pemimpin nya selalu kehilangan punca •• maka alamatlah masyarakat itu akan porak-peranda .. hina lagi tercelah .• pada mata manusia semesta ••
Peribahasa: talam dua muka itu menyindir seseorang yang pura-pura berbuat baik kepada dua pihak yang sedang ber sengketa - cucuk sebelah sini; cucuk s�belah sana - semata -mata untuk kepentingan dirinya sendiri sahaja •. bukan un tuk kep'entingan bersama .. malah, malah kedua pihak yang berkenaan tadi •• semakin saling membenci; kerana kebaikan
yang dilakukan si ta lam dua muka itu bukan sahaja. tidak •
bermenfaat •• malah, mendatangkan mudharat!
Akan peribahasa: baga-i_ enau dalam belukar, melepaskan pu
cuk masing-masing itu hanyalah menunjukkan ketidaksepakat an antara anggota lingkungan tertentu .• masing-masing ang gota sibuk atas-mengatasi sama sendiri.. tiada semangat kerja berkumpulan •• dan tiada juga keinginan bekerjasama .• namun, tidaklah sampai ke tahap khianat-mengkhianati .. se perti orang yang disindir dengan perii:>ahasa: talam dua muka tadi ••
kehilangan punca mengungkap "kehilangan pegangan" .• kehi langan panduan! Kalau seseorang pemimpin sudah kehilangan pegangan •• maka kejayaan pimpinannya diharap jangan •• ke rana dengan demikian: hilanglah kepercayaan kepimpin ter hadap pimpinan pemimpinnya .• lalu kocar-kacirlah masyara kat lingkungan itu •• dan, berlakulah apa yang semua orang tidak mahu •.
Ada pula peribahasa yang berkata: menahan lukah di tempat genting •• atau: memasang lukah di pergentingan •• Di daerah lain ada juga orang yang menyebut peribahasa itu sebagai: memancing di air keruh •• atau: menangguk dalam air keruh. Peribahasa-peribahasa itu menyindir orang-orang yang cu rang. • yang sent i asa mengamb i l kesempatan. . mencar i ke untungan yang lumayan, daripada orang-orang yang sedang menderita kesusahan .. Kononnya: hendak memberi pertolongan padahal dia mengambil peluang mengenakan tekanan •• atas
PRES 1 (contd) PRES 2 PRES 1 PRES 2 GRAM PRES 1 . mpm29 [ 205]
�rang yang kesusahan •• sehingga dia dapat meraih keuntung an yang berlebihan .•
Orang begini bukan budiman •• kerana dia tiada ihsan •• ter hadap sesama insan!
Orang-orang yang seperti talam dua muka dan yang memasang lukah di pergentingan itu hampir-hampir serupa: hampir se tali tiga wang •• iaitu hampir sama-sar.ta bersikap curang •• yang satu khianat kepada orang .• biar orang lain menderita asalkan dia senang •• manakala yang lainnya petualang; yang tidak berperikemanusiaan •• menolong sedikit tetapi meraih banyak keuntungan: Pengkhianat dan petualang berada di raa-. na-mana •• menanti peluang dan kemungkinan yang terbuka ••
Kedua macam orang i tu harus di jauh i . . ka 1 au sungguh: ma
syarakat mahu dibaiki! Sebab .. kedua macam manusia ini.. tak pernah menguntung malah merugi!
Orang khianat pandai mencucuk .• petu�lang pula pandai me mujuk. Mulut mereka manis bak madu •. mukanya tarpal tak tahu malu! Kata nista orang dia tak kira .• baginya, yang penting ialah jeratnya mengena!
Untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa: pengkhia nat dan petualang yang demikian rupa •• petiakanlah pantun pusaka yang berkata:
Limau manis dua serangkai, Dipetik mari si anak Cina; Mulutnya manis jangan dipakai,
-Banyak orang sudah terkena!
LINK MUSIC ••
Para pendengar yang jauhari lagi bistari!
Hidup sejahtera orang muafakat .• dilakukan dengan tunjuk ajar dan nasihat •• na�un, nasihat tidak meninggalkan kesan jika semua nasihat yang diberi.. disambut dingain oleh yang dinasihati •• masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ada juga orang rnenyebut per i bahasa i tu sebaga i: rnasuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.
Nasihat yang diberi kepada orang yang tak mahu menerima nasihat, diterangkan peribahasa dengan kata: bagai hujan jatuh ke pasir ••
PRES 2
PRES l
PRES 2
P�.ES l
. mµm29 [206]
: .Selain daripada memberikan makna yang sar.1a dengan makna peribahasa: bagai hujan jatuh ke pasir •• peribahasa: masuk telinga kanan keluar telinga kiri itu menasihati manusia supaya jangan prihatin akan percakapan, perkhabaran atau ajaran yang jahat.. maksudnya: jangan diterima •• jangan disimpan dalam ingatan .• apa-apa khabar yang tiada benar; apa-apa ajaran jahat yang merosakkan ••.
Dengan yang demikian, kebijaksanaan peribahasa: masuk te linga kanan keluar telinga kiri itu mengandungi dua wajah: wajah perintah dan wajah tegah.
Yang wajah perintah ialah mencela sikap orang yang tiada mendengar nasihat .• manakala yang tegah pula: melarang orang mendengar sesuatu yang mendatangkan maksiat!
Tidak mendengar nasihat juga mempunyai dua wajah .• pertama mutlak tidak menurut perintah .. kedua ialah ingkar perin tah •• sambil membantah. Kelakuan orang yang ingkar perin tah sambil membantah •• dinyatakan dalam peribahasa yang berkata: bagai meludah ke langit •• yang juga diungkap de ngan peribahasa: meludah ke langit, muka juga yang basah •• Peribahasa: meludah ke langit mengungkap seseorang yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik akan rnenyusahkan diri sendiri •• sama seperti maksud peribahasa: rosak ba wang ditimpa jambaknya ••
Akan peribahasa: meludah ke langit, muka juga yang basah itu menerjemahkan kebijaksanaan bahawa seseorang yang mem bantah atau melawan orang yang berkuasa.. akhirnya dia sendiri yang mendapat susah.
Peribahasa itu mengungkap juga bahawa barangsiapa durhaka akan kena murka •• barangsiapa berdosa akan kena siksa! Orang sekarang mengungkap keadaan i tu dengan wacana:
me-1 awan tauke.. barangs iapa yang me lawan tauke, ak ibatnya, pasti serupa dengan yang disindir peribahasa: meludah ke langit, muka juga yang basah!
Lainlah halnya, jika bantah itu senilai dengan 11bantah11
yang dinyatakan dalam syair lama •• yang masih tersemat dalam ingatan kita:
PRES 2 GRAM PRES l PRES 2 PRES l PRES 2
Asal Tok Janggut orang Kelantan, gagah berani seorang yang jantan, dia bantah tapi aturan ••
jadi ikutan anak-anak watan! : LINK MUSIC ••
Para pendengar yang mulia lagi bahagia!
_ mpm29 [207]
Peribahasa: keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga itu kerap dihubungka� dengan hati seseorang wanita. Ba
rangkali benar juga ·sifat umum kebanyakan wanita itu
ekstrim •. kalau lemah lembut.. terlalu lembut hingga sukar dibentuk .• kalau keras: kaku beku tidak mudah ditakluk •. Orang selalu membanding wanita dengan tulang rusuk .• yang kalau dikasari dia merajuk.. maka keras kerak nasi itu mengungkap kerasnya hati wanita •. dan air itu ialah unsur
yang sesua i . untuk me le1,1butkan "keras" yang kejur · tetapi
dapat dilayur ••
Peribahasa: keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga mengungkap orang yang keras hati •• akan segera lembut juga hatinya •. apabila mendengar perkataan yang lunak dan me nyedapkan rasa ..
Peribahasa itu mener jemahkan juga bahawa kemarahan itu t idak lah seberapa.. wa laupun pada mu lanya begitu ga lak menyala •. tetapi segera kemarahan itu reda .. jika dilayan dengan sopan dan berbudi bahasa!
Dalam pada itu, peribahasa: keras-keras kerak nasi tadi menyindir juga orang yang melakukan sesuatu kerja •. yang bersungguh-sungguh pada permulaannya sahaja •. tetapi apa bila sudah tukup masa; kerjanya belum selesai juga .. maka pekerja itu menjadi hampa .. selera bekerjanya menjadi le mah dan jera .. ibarat jentera yang sudah tua •• semakin lama semakin tidak bermaya!
Peribahas.a: keras bagai batu, tinggi bagai langit ialah akas peribahasa: keras-keras kerak nasi tadi.
Peribahasa: keras bagai batu itu mengungkap sikap seseo rang yang degil lagi ungkal .• tidak rnahu menurut perintah; kehendaknya sukar disangkal .• tidak suka mendengar nasihat
PRES 2 (contd)
PRES l
PRES 2
. rapm29 [208]
:.Dia menganggap dirinya sahaja yang betul .• dia menarafkan dirinya mengatasi orang lain •.
Orang begini tidak dapat ditunduk dengan pujuk •. tidak dapat diperintah dengan mudah •• melayan orang yang de@iki an kenalah kita menurut rentak mallunya •• bagaimana gendang begitulah tarinya; bagaimana bolong begitulah tingkahnya!
11gendang11 i al ah tambur yang raenguasa i .rentak orang menar i;
manakala "bolong11 ialah gendang panjang berr.1uka dua yang digunakan bagi bersilat.
Maka peribahasa: bagaimana gendang begitulah tarinya; ba gaimana bolong begitulah tingkahnya tadi mengungkap bahawa. tiap reaksi harus sesuai dengan aksinya!
Ini bererti: jika kita rnahu melentur orang yang degil, maka k ita pun harus degil juga •. barulah bertemu buku de ngan ruas. • maka baru l ah sah fa l saf ah bahawa yang keras harus ditantang dengan keras pula.
Demikianlah pula maksud peribahasa: keras ditakik, lembut disudu •• 11takik11 ialah lukakan batang kayu dengan parang atau dengan benda yang tajam.
Maka keras ditak ik itu mengungkap bahawa sesuatu yang ke ras itu harus dipecahkan dengan "takik", iaitu dengan paksa atau dengan kuasa!
Tegasnya, peribahasa itu mengajar kita bahawa segala se suatu haruslah dilakukan dengan bijaksana •• kerana tidak ada suatu pun kaedah yang sesuai untuk semua •. tiap satu ada kaedahnya yang tertentu •• raaka haruslah ia ditangani dengan cara yang tertentu!
GRAM : LINK MUSIC .•
ANNC. CLOSING NOTES ••
GRAM : SIGNATURE TUNE.. FADE.. OFF