Mata Pelajaran Matematik
Pelajar akan diajar untuk melakukan pengiraan yang melibatkan gabungan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi nombor bulat untuk menyelesaikan masalah.
Hasil Pembelajaran Pelajar akan dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi nombor bulat.
Pengetahuan Sedia Ada
Pelajar tahu melakukan empat operasi asas. Catatan
Contoh Soalan CRQ :
Masa Kadar Bayaran Parkir Kereta(RM)
jam pertama 1.00
jam berikutnya 1.50
Jadual 1
Jadual 1 menunjukkan kadar bayaran meletak kereta di sebuah pasaraya. Berapakah bayaran yang perlu dibayar jika Kanang memarkir keretanya selama 3 jam? Sekiranya Kanang membayar dengan menggunakan wang RM20, berapakah baki wang yang diterima?
Panduan Permarkahan:
Skor 1 : Langkah pengiraan atau nilai di dalam formula adalah betul tetapi jawapan tidak lengkap.
Skor 0 : Lain-lain jawapan / Tidak menjawab
Contoh Jawapan :
Skor 2 :
jam pertama = RM1.00
2 jam berikutnya = 2 × RM1.50
= 5 × RM1.50
= RM7.50
Jumlah bayaran = RM1.00 + RM7.50 = RM8.50
Baki wang = RM20.00 – RM8.50 = RM11.50
Skor 1 :
jam pertama = RM1.00
2 jam berikutnya = 2 × RM1.50
= RM7.50
Jumlah bayaran = RM1.00 + RM7.50 = RM8.50 (Jawapan tidak lengkap)