• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menuju ke arah kesusasteraan kebangsaan Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright Muhammad Ariff bin Ahmad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Menuju ke arah kesusasteraan kebangsaan Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright Muhammad Ariff bin Ahmad"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Title Menuju ke arah kesusasteraan kebangsaan Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad

Copyright © Muhammad Ariff bin Ahmad

(2)

MENUJU KE ARAH

KESUSASTERAAN KEBANGSAAN

- MUHAMMAD ARIFF AHMAD

Dalam membicarakan tajuk “Menuju Ke Arah Kesusasteraan Kebangsaan”, ada dua perkara yang perlu dihuraikan terlebih dulu. Pertama ialah kesusasteraan dan yang kedua ialah kebangsaan/nasional. Dan, yang dimaksudkan dengan kebangsaan/national itu ialah Singapura.

Kesusasteraan ialah suatu karya kreatif yang disuguhkan kepada masyarakat menerusi suatu karangan yang menggunakan bahasa sebagai alat. Tercakup dalam kesusasteraan itu ialah falasafah dan cara hidup manusia (termasuk ugama, kebudayaan, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya). Dan kebangsaan/nasional adalah hal-hal yang berkenaan dengan bangsa dan negara; sedang bangsa dan negara adalah pokok bagi segala halehwal politik.

Jadi, membincangkan Kesusasteraan Kebangsaan adalah membincangkan kesusasteraan yang bersifat politik; kita mahu atau tidak mahu harus banyak mempelajari ciri-ciri bangsa dan kebangsaan yang berkaitan dengan kesusasteraan tadi; terutama tentang bahasa yang menjadi alat pengantar kesusasteraan itu.

Tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Kebangsaan memainkan peranan penting dalam penyuguhan Kesusasteraan Kebangsaan. Malah setengah-setengah pendapat mengatakan bahawa sesuatu karya sastera tidak termasuk Kesusasteraan Kebangsaan kalau ia tidak disalurkan menerusi Bahasa Kebangsaan. Dan, memang ada benarnya pendapat itu jika kita berpegang kepada ajaran “bahasa menunjukkan bangsa” atau mendukung slogan “bahasa jiwa bangsa”. Keterangan ini jelas sekali; kerana sesebuah tulisan yang tidak punya jiwa tidak dapat dianggap kesusasteraan.

Menurut monograf Unesco on Fundamental Education bahawa persidangan pakar- pakar Unesco di Paris pada akhir 1951 mentaktifkan: Bahasa Kebangsaan ialah bahasa kesatuan yang digunakan bagi kegiatan-kegiatan politik, masyarakat dan kebudayaan sesuatu bangsa/negera. Negara-negara yang mengongsepkan Bahasa Kebangsaannya demikian itu pastilah menganggap bahawa BAHASA KEBANGSAAN adalah ciri terpenting buat Kesusasteraan Kebangsaannya. Tetapi bagi negara-negara yang mengamalkan berbilang bahasa dan Bahasa Kebangsaannya tidak setakrif dengan takrif Unesco itu, amatlah sukar untuk menerapkan bahawa Bahasa Kebangsaan itu adalah ciri utama buat Kesusasteraan Kebangsaan mereka.

(3)

Angkata Sasterawan (Asas) 50, dalam rangka usahanya buat tahun-tahun kongres 1952, 1953-1954 dan 1956, memaktubkan bahawa: bahasa dan kesusasteraan adalah alat untuk perpaduan kebangsaan dalam perjuangan mencapai kemerdekaan; dan bahawa bahasa dan kesusasteraan adalah juga alat untuk memajukan fikiran rakyat, sesuai dengan cita-cita keadilan dan kemakmuran masyarakat, keamanan dan perdamaian hidup manusia.

= (memoranda asas 50; O.U.P. 1962).

Menerusi salah satu tulisan saya dalam 1953, pernah saya mengatakan bahawa kalau sastera lama dianggap sebagai pancaran masyarakat lama, dan sastera baru sebagai pancaran masyarakat baru, maka saya berpendapat bahawa sastera moden (yang bermula sejak 1948) haruslah memancarkan satu masyarakat moden. Dan, pendapat saya itu telah dianggap oleh golongan penulis yang menganut faham seni untuk seni (pada masa itu) sebagai jelas menunjukkan bahawa saya dan kawan-kawan yang percaya kepada gagasan seni untuk masyarakat sedang meng-gunakan kesusasteraan sebagai alat propaganda.

Bagaimanapun, pendapat saya itu bukan saja bertentangan dengan konsep Asas 50 yang dinyatakan dalam memorandanya, malah telah memperkhususkan matlamat itu.

Apakala kemerdekaan Malaya diperolehi (31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu merderka, Singapura masih koloni; 16 September 1963 Singapura bersama-sama P.T.M.

membentuk Malaysia; 9 Ogos 1965 Singapura merdeka dari Malaysia) setengah-setengah orang menganggap bahawa tugas Asas 50 sudah selesai; tetapi ternyata hingga kini Asas 50 masih wujud. Penulis-penulis enampuluhan dan tujuhpuluhan ramai yang sudi

menganggotai dan terus mendukung Asas 50, dan orang-orang lamanya pun masih menulis juga.

Hal ini berlaku kerana pencapaian tujuan pertama, iaitu kemerdekaan mungkin sudahlah tercapai walaupun gagasan kemerdekaan yang difikirkan pada tahun-tahun limapuluhan dulu agak berbeza dengan gagasan merdeka yang sudah berubah-ubah sekurang-kurangnya empat kali (Malayan Union – Persekutan Tanah Melayu – Malaysia – Singapura merdeka); tetapi pencapain tujuan kedua, iaitu memajukan fikiran rakyat, sesuai dengan cita-cita keadilan dan kemakmuran masyarakat, keamanan dan perdamaian hidup manusia itu adalah masih dalam proses; masih belum selesai. Sebab itu orang-orang lama dan baru dalam Asas 50 masih terus menulis, dan untuk mencapai cita-cita itu Asas 50 telah mengubah motonya itu dengan frasa “Sastera Bina Manusia”.

Moto baru ini kelihatan lebih singkat daripada yang dinyatakan pada tahun limapuluhan dulu, tetapi ia nyata lebih kemas, tegas dan lantang dijadikan pegangan menulis untuk mencapai cita-cita yang masih dalam proses itu.

(4)

Kini mari lihat apakah fungsi kesusasteraan itu. Antaranya ialah merangsang semangat masyarakat: supaya mencintai manusia dan perdamaian, supaya suka

mempelajari keadaan dan kehidupan masyarakat serta falasafahnya, supaya gemar memikir dan membahaskan pemikiran dan anasir-anasir yang mempengaruhi kehidupan manusia, dan menggalakkan manusia supaya bersikap kritis dan berjiwa kreatif.

Dan, saya pasti bahawa fungsi Kesusasteraan Kebangsaan adalah sama dengan fungsi kesusasteraan umum itu, bezanya hanyalah bahawa pada Kesusasteraan

Kebangsaan ini lebih menonjolkan ciri-ciri politik kebangsaannya, dan lumrahlah bahawa sesuatu yang unik buat politik kebangsaan A tidaklah harus unik pula buat politik

kebangsaan-kebangsaan B, C, D and seterus-nya walaupun kadang-kadang, sekali sekala kita ketemukan juga kebetulan-kebetulan kemestaan dalam kesusasteraan-kesusasteraan kebangsaan itu.

Dengan pengetahuan-pengetahuan di atas tadi, tibalah masanya sekarang kita melihat ke diri kita sendiri, ke negara kita – Singapura. Bahasa Kebangsaan kita tidak setakrif dengan bahasa kebangsaan yang ditakrifkan Unesco. Untuk mewujudkan

Kesusasteraan Kebangsaan kita, kita tidak dapat bergantung kepada Bahasa Kebangsaan itu. Negara kita adalah negara berbilang bahasa,berbilang budaya dan berbilang ugama;

dan kebilangan-kebilangan ini dengan sendirinya menjadi kewajahan dan ciri-ciri kebangsaan kita, bangsa Singapura.

Bagaimanapun, kita mempunyai prinsip-prinsip hidup yang tertentu, iaitu demokrasi, keamanan, kemajuan, keadilan dan persamaan (seperti yang terlambang dengan lima bintang dibendera kita). Prinsip-prinsip inilah yang menjadi matlamat yang hendak kita capai dalam kehidupan kebangsaan kita. Dan, dengan kepercayaan kepada demokrasi,

keamanan, kemajuan, keadilan dan persamaan itu, maka dapatlah diyakinkan bahawa kita masih dapat mewujudkan Kesusasteraan Kebangsaan kita, Kesusasteraan Kebangsaan Singapura.

Di Berita Harian 2 Mac 1977 ada disiarkan pengakuan Menteri Negara bagi

Kementerian Pelajaran kita dan saya tukil pengakuan itu: adalah diakui bahawa pemindahan budaya, tradisi, nilai-nilai dan sikap adalah yang terbaik dilakukan menerusi bahasa ibunda.

Apa yang dimaksudkan oleh Menteri Negara itu dengan bahasa ibunda bagi rakyat Negara ini ialah bahasa-bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris yang diakui sebagai bahasa rasmi Singapura dan yang diajarkan di sekolah-sekolah sebagai bahasa kedua.

Jadi, walaupun Bahasa Kebangsaan kita tidak berfungsi sebagai “bahasa jiwa bangsa” atau “bahasa menunjukkan bangsa”, tetapi berdasarkan keadaan yang diakui oleh Menteri Negara tadi, saya percaya kita masih dapat melahirkan Kesusasteraan Kebangsaan

(5)

kita menerusi bahasa-bahasa rasmi itu asal saja ciri-ciri kebangsaan yang terterap dalam lima prinsip yang menjadi matlamat hidup kita itu jelas kelihatan dalam Kesusasteraan Kebangsaan kita.

Radio dan Televisyen Singapura boleh dikatakan tiap kali menyambut Hari Kebangsaan Singapura telah mengadakan peraduan menulis senikata lagu Singapura dengan menggunakan salah satu daripada keempat bahasa rasmi itu. Menyambut Tahun Buku 1976 dulu, Perpustakaan Negera kita telah menganjurkan Peraduan Menulis Sajak dalam keempat bahasa rasmi. Dan, Kementerian Kebudayaan kita baru saja menutup Peraduan Menulis Sajaknya bagi penulis-penulis Singapura pada 28 Februari 1977.

Sejumlah 321 sajak berbahasa Melayu, 147 sajak berbahasa China 36 sajak berbahasa Tamil dan 859 sajak berbahasa Inggeris telah diterima untuk dipertandingkan.

Keadaan-keadaan ini adalah menunjukkan bahawa usaha-usaha ke Arah Kewujudan Kesusasteraan Kebangsaan Singapura sedang dilakukan dan perkembangan

Kesusasteraan Kebangsaan itu dapat dipermaju dengan menggunakan keempat bahasa rasmi kita itu. Dan ini menjadikan bahawa lima prinsip hidup kita (demokrasi, keamanan, kemajuan, keadilan dan persamaan) itu adalah ciri terpenting dalam perkembangan Kesusasteraan Kebangsaan kita, sedang bahasa adalah kenderaan bagi penyampaian kesusasteraan itu.

Masyarakat Penulis Singapura (The Spciety of Singapore Writers) yang dianggotai oleh penulis-penulis kempat-empat bahasa rasmi di sini sedang berusaha untuk memajukan Kesusasteraan Singapura yang ditulis dalam keempat-empat aliran bahasa rasmi itu.

Mereka sedang mencipta sambil mengumpul dan menterjemahkan karya yang telah tersiar menerusi bahasa-bahasa ibunda ke lain-lain bahasa rasmi untuk bacaan golongan

masyuarakat yang tidak memahami tulisan dalam bahasa asal karya itu.

Pada 25 Januati 1977, saya telah menerima trunk call dari Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur. Encik Shamsuddin Jaafar, pengawai sastera Dewan itu memberitahu saya bahwa DBP sedang berusaha mengumpulkan cerpen-cerpen dari negara-negara Asean untuk diantolojikan. Encik Shamsuddin telah meminta jasa baik saya mendapatkan cerpen-cerpen Singapura yang tertulis dalam bahasa-bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Say telah merujukkan hal itu kepada Angkata Sasterawan Singapura dan kepada Masyarakat Penulis Singapura. Saya telah meminta ASAS 50 supaya mendapatkan cerpen dalam bahasa Melayu, dan meminta Masyarakat Penulis Singapura mendapatkan yang lain- lain; kemudian mengirimkan cerpen-cerpen itu kepada Encik Shamsuddin di DBP di Kuala Lumpur.

(6)

Keadaan ini meyakinkan saya bahwa bukanlah saya seorang saja; malah DBP di luar Singapura itupun menganggap adalah wajar bahwa Ke-susasteraan Kebangsaan Singapura ini dinyatakan menerusi bahasa-bahasa rasmi kita.

Sekian pandangan saya tentang Kesusasteraan Kebangsaan kita.

Referensi

Dokumen terkait

mudahan, berkat kesabaran para pendengar mengikuti bincang bicara kita dengan· minat yang penuh maka akan dapatlah pendengar memenfaatkan persembahan MESTIKA PUSAKA

Bagi rakyat yang berbangsa Melayu minggu ini ada-lah menjadikan kegembiraan yang payah hendak di-lupakan kerana ia me-mulai dengan hakikat yang sa-benar2-nya bahawa bahasa

atau dengan pola: siapa luka siapa menyiuk; siapa sakit siapa mengaduh tadi .• tetapi, peribahasa: siapa berkotek siapa bertelur itu membawa makna yang lain

a. Di-peranakan tahun A.D 1795 di-negeri Melaka zaman pemerentahan Belanda. Keturunan-nya: bapa-nya ia-itu orang Arab champor India dan emak-nya orang India. Di-pelihara oleh

Adapun orang yang berhak menjadi wali hakim itu ialah pe■erintah tertinggi [sultan, raja, presiden atau yang sebagainya] yang beragama Isla■; atau sesiapa lelaki

terungkap da lam perurnpamaan. i,,anaka la peribahasa: terlangsung perahu boleh dibalik; terdorong kata apakan daya ... sekata •• tanµa banya:, bicara •• tidak

Buku Melawat ke -Eropah tengah itu telah dipinjam seorang guru pelatih, Encik Arshad Mohd Amin (almarhum: beliau meninggal sebagai mangsa peluru meriam tentera Jepun 1942)

Datuk Haji Mohd Said memperinci bahawa yang termasuk dalam kiasa11 bahasa itu ialah kiasa11, tamsi/, ibarat, pepatah, bidal, peri umpamaan, perbilangan, kata arif (/idah