• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sub struktur dan Super struktur yang ses

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sub struktur dan Super struktur yang ses"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK

JALAN GENTING KLANG 53300 KUALA LUMPUR

TUGASAN DVM WTP 702

MANAGEMENT OF CONSTRUCTION WORK

_____________________________________________________________________________

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA , TAHUN 2

TAJUK TUGASAN : TUGASAN 1

NAMA PELAJAR SHAREEL ALIF BIN SHARAN

NO KAD PENGENALAN 970212-06-5541

NO MATRIKS K33IBWTP025

NAMA PENSYARAH : ENCIK TALIB BIN ABU TARIKH SERAH :

MARKAH

(2)

Bil. ISI KANDUNGAN MUKASURAT

Apa itu Sub-struktur dan Super-Struktur? Sub-Struktur

Super-struktur

4.0 Soalan Tugasan 1

4.1 Sub-struktur

4.1.1 Asas

(3)

Struktur bangunan boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya untuk menanggung beban yang dijangkakan. Sebelum sesuatu bangunan itu dibina satu kajian menyeluruh akan dibuat oleh perekabentuk untuk memastikan struktur bangunan itu mampu menanggung beban yang akan dikenakan keatasnya.

Kajian ini adalah penting dalam proses membina sebuah bangunan kerana ia akan menentukan keselamatan dan ketahanan sesuatu struktur tersebut. Beban yang dikenakan sentiasa berbeza dari satu bangunan dengan satu bangunan yang lain kerana kegunaannya yang berbeza dan memerlukan kajian struktur yang menyeluruh untuk setiap bangunan yang hendak dibina.

Struktur boleh diketegorikan kepada 2 bahagian iaitu sub-struktur dan super-struktur.

3.1 APA ITU SUB-STRUKTUR DAN SUPER-STRUKTUR ?

Struktur bangunan pada umumnya terdiri dari struktur bawah (lower structure) dan struktur atas (upper structure). Struktur bawah (sub-structure) yang dimaksud adalah asas dan struktur bangunan yang berada di bawah permukaan tanah, sedangkan yang dimaksud dengan struktur atas (super-structure) adalah struktur bangunan yang berada di atas permukaan tanah seperti tiang, rasuk, dan bumbung. Setiap komponen tersebut memiliki fungsi yang tersendiri di dalam sebuah struktur.

Suatu bangunan yang berkonkrit bertulang yang berlantai boleh berlaku kecacatan terhadap strukturnya jika tidak diuruskan dengan baik. Oleh kerana itu, pengurusan sesuatu struktur yang tepat dan teliti perlu dilakukan agar dapat memenuhi kriteria kekuatan (strenght), kenyamanan (serviceability), keselamatan (safety), dan ketahanan bangunan (durability).

Beban-beban yang bekerja pada struktur seperti beban mati (dead load), beban hidup (live load), beban gempa (earthquake), dan beban angin (wind load) adalah sesuatu yang perlu dianalisa lebih awal dalam pembinaan struktur. Perancangan struktur atas harus mengacu pada peraturan atau garis panduan standard yang mengatur perancangan dan pelaksanaan bangunan konkrit.

(4)

Sub-struktur ialah bahagian bawah bangunan itu, biasanya terletak di bawah paras tanah, yang menghantar beban daripada super-struktur ke tanah dengan tujuan memberi sokongan. Oleh itu, asas adalah bahawa sebahagian daripada struktur yang berada dalam hubungan secara langsung dengan tanah dimana beban disebarkan.

3.1.2 SUPER-STRUKTUR

(5)
(6)

TUGASAN 1

4.0 SOALAN TUGASAN :

(7)

Untuk mengetahui struktur dalam sesebuah rumah, langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah mengkaji pelan rumah tersebut.

Rajah 2 (I)(II): Pelan Rumah Kediaman Dua Tingkat

(8)

Setelah membuat analisis pada pelan tersebut,saya dapati bahawa struktur yang perlu dibina pada rumah kediaman dua tingkat tersebut adalah seperti berikut :

Sub-Struktur Super-Struktur

Asas

Tunggul Tiang Rasuk Bumi

(9)

4.1 Sub-Struktur

4.1.1 Asas

 Asas bangunan merupakan struktur yang menerima beban dari tiang, rasuk, lantai dan sebagainya dan menyebarkan ke tanah dengan selamat.

 Fungsi asas bangunan :

a) Mengelak berlakunya pemendapan

b) Memindahkan beban struktur kepada tanah dengan selamat. c) Menstabilkan super-struktur

d) Menyediakan permukaan yang rata untuk kerja binan.

Faktor pemilihan asas bangunan

 Pemilihan asas bergantung pada beberapa faktor:

i. Jenis tanah

- keupayaan galas tanah akan menentukan jenis asas yang hendak dibina. ii. Saiz dan bentuk beban

- saiz dan reka bentuk bangunan yang hendak dibina, aguhan beban daripada super-struktur dan jumlah beban bangunan keseluruhannya mempengaruhi reka bentuk asas bangunan.

iii. Kandungan lembapan

- kandungan lembapan mempengaruhi keupayaan galas tanah dan seterusnya asas bangunan.

Faktor kegagalan asas bangunan

 Kegagalan asas bangunan disebabkan:

 Berlakunya kegagalan ricih pada bahagian asas bangunan yang mengakibatkan enapan

 Enapan berlebihan

 Beban berlebihan dikenakan ke atas asas bangunan

(10)

i) Asas Cetek

tidak melebihi 3m kedalaman dan mengagihkan beban kepada tanah secara melebar dan berdekatan dengan permukaan tanah. Tedapat tiga jenis asas cetek :

o Asas pad

- Asas ini selalunya dijadikan alas kepada pembinaan tiang. Tujuannya untuk menerima segala beban yang ditanggung oleh tiang dan seterusnya mengagihkannya kepada tanah. Tebal asas pad tidak kurang daripada 150 mm dan lebarnya bergantung pada beban yang ditanggung oleh tiang dan sifat tanah di bawahnya.

o Asas jalur biasa

- Asas konkrit yang dibina selari sepanjang tembok bagi menanggung dinding galas beban. Asas ini juga dibina apabila kedudukan tiang terlalu rapat dan pembinaan asas padnya bersentuhan antara satu sama lain. Lebar jalur bergantung pada kekuatan galas tanah dan beban di atasnya. Lebar minimum untuk satu asas jalur ialah 450 mm yang biasanya sudah cukup untuk kebanyakan bangunan kediaman dua tingkat. Tebal minimum pula ialah 150 mm, iaitu sama dengan ukuran unjuan pada setiap tepi dinding.

o Asas rakit

- asas ini digunakan di kawasan tanah yang mempunyai keupayaan galas yang mempunyai keupayaan galas yang rendah dan berkemungkinan berlakunya enapan tidak sekata seperti tanah lombong, batu kapur dan paya. Asas ini akan memenuhi keseluruhan kawasan lantai bawah. Asas ini juga merupakan asas konkrit ang mengandungi tetulang atas dan tetulang bawah.

ii) Asas Dalam

(11)

i. Asas cerucuk

Asas cerucuk digunakan apabila strata tanah yan mempunyai keupayaan galas yang tinggi berada jauh ke dalam tanah. Asas ini membawa beban dari bangunan dan disebarkan ke bawah melalui tiang cerucuk dan seterusnya ke tanah. Bahagian atas tian cerucuk akan dibina tukup tiang supaya beban dapat diagihkan. Terdapat dua ketegeri cerucuk :

a. asas cerucuk galas hujung

- Tiang dibina sehinga ke lapisan tanah keras. Cerucuk ini biasanya lebih panjang.

b. asas cerucuk geseran

- Cerucuk ini ditanam tidak sampai ke tanah yang keras. Keupayaan

(12)

Rajah 3 :Contoh Perician Bagi Asas Rakit

Setelah mengkaji semua jenis asas dan faktor-faktor yang perlu diperhatikan dalam pembinaan asas, saya merasakan adalah lebih baik untuk memilih asas rakit bagi pembinaan rumah kediaman dua tingkat ini.

Ini adalah kerana rumah yang akan dibina ini tidak terlalu tinggi dan jenis asas ini adalah jenis asas cetek. Keupayaan galas beban bagi rumah ini juga rendah, jadi, pembinaan asas ini amatlah sesuai kerana ia akan memenuhi keseluruhan kawasan lantai bawah dan mengurangkan risiko rumah tersebut tenggelam.

(13)

 Tunggul adalah kedudukan yang paling mudah dan yang paling biasa digunakan untuk sokongan menegak dan pemindahan beban bangunan ke asas. Tunggul mesti mempunyai konkrit atau kayu asas yang diletakkan di bawah pangkal tunggul. Ini adalah untuk menyebarkan beban dipindahkan ke tunggul dari bangunan itu. Sokongan ini di bawah tunggul dipanggil 'pad' atau 'plat tapak. Biasanya tunggul konkrit disediakan dengan pad konkrit disediakan secara ‘cast in-situ’ pada tapak binaan tersebut. Tunggul kayu disediakan dengan plat kayu tunggal.

 Tiga jenis bahan-bahan yang biasa digunakan untuk tunggul: a. Kayu

b. Konkrit c. Keluli.

(14)

4.1.3 Rasuk bumi

 Rasuk merupakan komponen struktur yang dibina secara melintang dan dapat

menanggung beban bumbung, dinding dan papak. Rasuk adalah elemen struktur yang menanggung beban sisi. Kebiasaanya ia mengalami lenturan ricih dalaman serta pesongan apabila beban dikenakan. Antara kegunaan rasuk yang utama adalah :

I. Mengambil beban dari papak ( Papak Lantai ) II. Mengambil beban dari tiang.

III. Mengambil beban dari bumbung.

 Agihan beban kepada rasuk bergantung kepada jenis papak. Antaranya adalah : i. Papak sehala ialah papak dengan nisbah panjang / lebar = >2.0

ii. Papak dua hala ialah papak dengan panjang / lebar = <2.0

 Kedudukan rasuk juga terdapat di beberapa bahagian bangunan. Antaranya adalah:

i. Rasuk bumi (ground beam) ii. Rasuk tingkat atas

iii. Rasuk bumbung (roof beam)

 Rasuk konkrit bertetulang

(15)

Rajah 5 : Lakaran Bagi Rasuk Bumi

Rajah 6 : Pembinaan Bagi Rasuk Bumi Sedang Dilakukan

(16)

4.2.1 Lantai

Fungsi lantai adalah untuk menerima segala beban yang dikenakan ke atasnya. Pembinaannya mesti menjamin keselamatan serta keselesaan penghuni.

Antara ciri-ciri utama lantai :

1. Kestabilan

- Lantai yang kukuh akan menjamin kestabilannya bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan.

2. Kekuatan

- Keupayaan menanggung beban mati dan hidup. 3. Kalis Lembapan

- Lantai berupaya menentang resapan air. 4. Ketahanlasakan

- Keupayaan menentang agen persekitaran supaya tahan lama dan kukuh.

Terdapat tiga jenis lantai yang biasa digunakan :

i. Lantai Bawah Padu

- Dibina di atas tanah yang terdiri daripada lapisan asas, konkrit dan lapisan kemasan.

 Lapisan asas

- Dibina selepas tanah tapak bangunan diratakan. Lapisan ini terdiri daripada batu sederhana kasar, disebarkan setebal 100 mm hingga 150 mm. Lapisan ini hendaklah dipadatkan.

 Lapisan kedap

- Lapisan ini dibina seleas siap lapisan asas. Ia terdiri daripada lapisan pasir setebal 50 mm bagi menutup ruang dan meratakan lapisan asas.

 Lapisan tapak konkrit

- Dibina selepas lapisan asas siap diratakan serta dipadatkan. Tebal tapak konkrit biasanya antara 100 hingga 150 mm bergantung pada kegunaannya serta jenis tanah yang menanggungnya. Nisbah bancuhan konkrit bergantung pada beban yang ditanggung. Tetulang besi atau jejaring dawai boleh digunakan dalam pembinaan lantai konkrit.

 Lapisan kalis lembab

- Lapisan ini bertindak sebagai langkah pencegah resapan air atau pelindung

permukaan lantai. Bahan yang biasa digunakan ialah minyak bitumen yang berbentuk cecair atau kepingan.

 Lapisan Kemasan

(17)

ii. Lantai Bawah Gantung

- Pembinaan lantai ini dapat mengelakkan kayu binaan lantai daripada rosak disebabkan oleh kelembapan ataupun resapan air bumi. Binaannya bermula dengan mendirikan tembok landas berliang di atas tapak konkrit untuk menyokong gelegar lantai kayu atau lantai konkrit. Lapisan kalis lembap diletakkan di atas tembok sebelum diletakkan plat tembok. Plat tembok berfungsi mengagihkan beban kepada tembok landas. Gelegar lantai bertujuan untuk meletakkan papan lantai.

iii. Lantai Atas

- Lantai atas terdiri daripada lantai kayu dan lantai konkrit bertetulang.

Pembinaan struktur lantai haruslah dibuat dengan cermat agar ia memenuhi ciri-ciri utama pembinaan lantai. Dalam pembinaan struktur ini, perkara yang perlu diambil perhatian adalah jenis lantai yang digunakan dan kemasan lantai tersebut.

Untuk rumah kediaman dua tingkat ini, saya mencadangkan untuk meggunakan ‘lantai bawah padu’ dan lantai konkrit bertetulang bagi lantai atas. Tujuan saya memilih jenis lantai bawah padu ini adalah kerana ia terus dibina dari tanah. Jenis lantai ini tahan lasak dan mampu bertahan untuk masa yang panjang. Selain itu, permukaan lantai akan ditutup dengan kemasan mozek di dalam rumah dan jubin di luar rumah.

4.2.2 Rasuk Atas

(18)

Kotak bentuk rasuk tersebut akan ditopangkan dari lantai dengan menggunakan topang ‘T’ dan kemudian disambungkan pada atas tiang. Konkrit yang dituang hendaklah mengikut spesifikasi yang betul, kemudian dipadatkan dengan menggunakan alat pemadat agar ia tidak berlaku kecacatan seperti ‘honey comb’.

Rajah 7 : Pembinaan Rasuk Atas

4.2.3 Tiang

(19)

itu, dalam rekabentuk bangunan kedudukan tiang mestilah sesuai untuk menanggung beban struktur atasnya.

 Beban struktur ini dipindahkan ke tiang melalui rasuk-rasuk bangunan. Selain daripada itu, tiang juga mengambil momen lentur rasuk, kerana hujung rasuk yang terikat kepadanya. Oleh itu, dalam merekabentuk tiang, tegasan kerja yang perlu diperhatikan ialah tegasan mampatan terus dan momen lentur yang disebabkan oleh ikatan rasuk atau beban sipi. Rekabentuk tiang itu, juga mestilah dibuat dengan teliti, untuk memastikan ia mampu menanggung bebannya dan memindakan (mengagihkan) beban tersebut kepada asas binaan (bangunan) dengan selamat.

 Dari segi struktur, tiang boleh dibahagikan kepada dua kelas, iaitu tiang pendek dan tiang panjang. Pembahagian ini adalah berdasarkan nisbah kelangsingannya. Beban yang boleh ditanggung oleh tiang panjang adalah kurang daripada beban yang boleh ditanggung oleh tiang pendek, walaupun luas keratan kedua-duanya adalah sama.

(20)

Rajah 8 : Tiang Berfungsi Untuk Menanggung Beban Dari Bangunan

Untuk pembinaan rumah kediaman ini, cadangan untuk struktur tiang adalah tiang konkrit bertetulang yang berbentuk segi empat dan menggunakan kaedah ‘cast-in-situ’. Ini adalah kerana pembinaannya adalah mudah dan tidak

(21)

4.2.4 Rasuk bumbung

 Rasuk bumbung adalah struktur yang mendatar yang menanggung beban dari bumbung.( keterangan lanjut tentang rasuk boleh dirujuk pada 4.1.3 rasuk bumi m/s 14) Material rasuk bumbung dibuat berdasarkan kesesuaian atau mengikut spesifikasi sesuatu bangunan. Rasuk bumbung biasanya dibina dengan menggunakan kayu, keluli atau konkrit bertetulang. Untuk rumah kediaman yang akan dibina ini, rasuk bumbung yang sesuai adalah rasuk bertetulang. Ini kerana pembinaannya lebih kukuh dan mampu menanggung beban dari struktur bumbung. Penggunaan rasuk bumbung konkrit bertetulang juga digunakan secara meluas dan sesuai pada zaman yang moden ini.

(22)

4.2.5 Bumbung

 Bumbung ialah bahagian yang paling atas untuk sesebuah bangunan. Di antara fungsinya ialah untuk melindungi bahagian bawahnya daripada hujan dan cahaya matahari yang berlebihan. Bumbung juga memberikan rupa yang menarik dan menjadi penebat kepada bangunan itu.

 Walaupun dalam bidang senibina moden telah banyak terdapat rekabetuk bumbung yang berbagai-bagai jenis dan bentuk, tetapi secara umum, bumbung boleh

dikumpulkan kepada dua kelas, iaitu bumbung cerun dan bumbung datar. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa bumbung cerun lebih lasak dan pada bangunan-bangunan kecil, bumbung jenis ini lebih ekonomi. Untuk bangunan-bangunan-bangunan-bangunan yang besar, dan lebar ukuran rentangnya, pembinaan bumbung datar adalah lebih murah, dan ada pula kelebihannya, iaitu terdapat ruang terbuka yang luas di bahagian atas bangunan itu. Tetapi bumbung datar mudah bocor kerana air hujan tidak dapat mengalir dengan baik. Oleh itu, bumbung jenis ini tidak begitu sesuai untuk kawasan tropika. Bumbung datar juga memerlukan pengawasan pembinaan yang rapi.

 Fungsi bumbung

- Fungsi bumbung adalah seperti yang berikut :

i. Melindungi bangunan daripada dimasuki hujan, panas, angin dan habuk. ii. Menstabilkan suhu dalam bangunan

 Faktor-faktor yang mempengaruhi reka bentuk bumbung adalah seperti yang berikut :

i. Saiz Bangunan ii. Nilai estetika iii. Keadaan iklim

iv. Betuk bangunan v. Kos

(23)

a) Perintang cuaca

- Biasanya bumbung direka dan dibina mencuram. Ia reka sebegitu rupa supaya dapat melindungi bahagian-bahagian bangunan di bawahnya daripada terdedah kepada cuaca seperti hujan, terik matahari angina dan sebagainya.

b) Kekuatan

- Sesuatu binaan bumbung hendaklah mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menyokong beban sendiri dan beban tindihan daripada penutupnya. Selain daripada itu, faktor-faktor lain seperti tekanan angin dan beban-beban sampingan yang mungkin timbul hendaklah diambil kira apabila merancang reka bentuk sesuatu binaan bumbung.

c) Ketahanan

- Apabila membina bumbung hendaklah ditentukan binaan itu boleh tahan lama. Rangkanya hendaklah dibina daripada bahan-ahan yang baik dan terjamin supaya boleh digunakan bertahun-tahun tanpa perlu membuat sebarang gentian. Penutup-penutup bumbung juga hendaklah dipilih daripada bahan-bahan yang tahan lasak supaya tidak mudah dirosakkan oleh pencemaran udara.

d) Bahan penebat

- Keupayaan sesuatu bumbung sebagai bahan penebat hendaklah dikaji apabila mereka bentuk sesuatu bumbung. Ia hendalah berkeupayaan menahan haba berlebihan daripada menembusi bahagian dalam bangunan. Tetapi sebaliknua ia hendaklah berupaya mengekalkan haba yang normal untuk memberi keselesaan udara di dalam bangunan.

e) Perintang api

- Pada sesetengah bumbung terutama sekali bumbung rumah-rumah teres dan rumah-rumah berbandung, struktur binaannya hendaklah disertakan dengan langkah-langkah perintang api.

f) Rupa Bentuk

- Jalinan sesuatu rekabentuk bumbung membawa pengaruh yang besar kepada bangunan. Hal ini termasuklah faktor-faktor seperti curam bumbung, jenis penutup yang digunakan dan juga tekstur serta warna bahan penutup bumbung.

 Penentuan Jenis Bumbung

(24)

a. Saiz dan bentuk Bangunan – bangunan yang mempunyai bentuk sederhana adalah sesuai dengan binaan bumbung curaam.

b. Bumbung rata yang kecerunannya tidak melebihi 10º pula adalah sesuai untuk bangunan yang berbentuk tidak teratur. Selain daripada itu, saiz sesebuah bangunan juga haris diambil kira apabila menentukan jenis bumbung yang sesuai untuk bangunan tersebut.

c. Rupabentuk – nilai-nilai semula jadi menentukan bahawa bumbung curam adalah lebih sesuai untuk bangunan-bangunan kecil, sementara bumbung rata pula lebih sesuai untuk bangunan-bangunan besar.

d. Ekonomi – Langkah-langkah ekonomi sama ada ketika pembinaan atau belanja penyelenggaraan dari masa ke semasa hendaklah difikirkan apabila menentukan jenis bumbung.

(25)

Rajah 10 : Jenis-Jenis Bumbung

Dalam pembinaan projek ini, struktur bumbung yang sesuai adalah bumbung ‘cross-gable’. Pembinaan bumbung haruslah dibina mengikut reka bentuk rumah dan jenis bumbung yang sesuai dengan fungsi yang dikehendaki.

Setelah memerhati dan mengkaji pelan rumah kediaman tersebut, saya pasti bumbung ‘cross-gable’ memenuhi spesifikasi reka bentuk rumah kediaman tersebut.

(26)

Berdasarkan tugasan ini, saya mempelajari banyak jenis-jenis struktur binaan mengikut kategori-ketegorinya. Struktur binaan adalah sangat penting dalam pembinaan suatu bangunan kerana ia menampung beban disamping mengukuhkan sesuatu bangunan tersebut.

Dalam pembinaan struktur bangunan, terdapat sub-struktur dan super-struktur. Sub-struktur adalah struktur yang berada di bawah paras tanah manakala super-struktur pula adalah struktur yang berada di atas tanah. Sub-struktur terdiri daripada asas, Tunggul tiang /

‘stump’, dan rasuk bumi. Super-struktur pula terdiri daripada lantai, tiang, rasuk atas, rasuk bumbung dan bumbung. Pembinaan struktur dalam sesebuah bangunan amat penting, jika ia tidak dibina maka bangunan yang dibina tersebut tidak akan kukuh.

(27)
(28)

Lampiran 2 : ILUSTRASI LALUAN BEBAN MENEGAK PADA BEBAN GRAVITI

(29)

7.0 RUJUKAN

Internet

1. Designing Buildings Wiki / The Construction Industry Knowledge Base / Sub-Structure

- http://www.designingbuildings.co.uk/wiki/Substructure

2. Designing Buildings Wiki / The Construction Industry Knowledge Base / Super-Structure

- http://www.designingbuildings.co.uk/wiki/Superstructure

3. DocSlide / Penjelasan Sub-Struktur Bangunan / SUBSTRUKTUR FIXXX YEAHHH!!! –by usaginotamago

- http://dokumen.tips/documents/substruktur-fixxx-yeahhh.html 4. Kontrusi Bangunan / Struktur Bangunan –by Dedi Mulyono

- http://planetsipildankontruksinya.blogspot.my/2014/03/struktur-bangunan_5392.html

5. Build Right / Footings – Stump Pad Footings -

https://www.dlsweb.rmit.edu.au/toolbox/buildright/content/bcgbc4010a/09_footi ng_systems/03_stump_pad/page_001.htm

6. Scribd. / Bab 6 Rasuk – by nur.aira.ashirah

- https://www.scribd.com/doc/61794250/BAB-6-RASUK

7. RekaRumah.com / Design Rumah D2-16 (5 bilik/5 bilik air -33’x67’ – 2948 kaki persegi)

- http://www.rekabentukrumah.com/photo-items/design-rumah-d2-16-5b5ba-33x67-2948-kaki-persegi/

Buku Rujukan

1. Mat Lazim Zakaria. 2010. Bahan Dan Binaan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka

Referensi

Dokumen terkait

Analisis non-linier (pushover) dengan porgram SAP2000 dilakukan untuk mendapatkan kurva kapasitas dari sistem struktur yang menerima beban gempa yang kemudian diolah lebih lanjut

Suatu perusahaan yang mempunyai struktur modal yang tidak baik, dimana mempunyai hutang yang sangat besar akan memberikan beban yang berat kepada perusahaan yang

Dari hasil analisa struktur alat dan tuas penekan alat pencetak nasi maka kekuatan material bahan yang digunakan dinyatakan aman atas beban yang terjadi. Bahan

Analisis non-linier (pushover) dengan porgram SAP2000 dilakukan untuk mendapatkan kurva kapasitas dari sistem struktur yang menerima beban gempa yang kemudian diolah lebih lanjut

Dalam ilmu adalah suatu kegagalan struktur yang terjadi ketika material mengalami beban siklik fatigue adalah adanya fatigue akan sangat dapat bergetar akibat

3.12 Mendiskripsikan Struktur Bumi untuk menjelaskan fenomena gempa bumi dan gunung api, serta tindakan yang diperlukan untuk mengurangi resiko

Pondasi merupakan bagian struktur bangunan yang berada di bawah permukaan tanah berfungsi untuk memikul bangunan diatasnya dan mendistribusikan beban tersebut

Suatu perusahaan yang mempunyai struktur modal yang tidak baik, dimana mempunyai hutang yang sangat besar akan memberikan beban yang berat kepada perusahaan yang