• Tidak ada hasil yang ditemukan

assignment aeu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "assignment aeu"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Soalan 1 Soalan 1

Pengajaran di sekolah-sekolah masih berpusatkan guru. Bincangkan secara kritis Pengajaran di sekolah-sekolah masih berpusatkan guru. Bincangkan secara kritis bagaimana “Pengajaran Berpusatkan murid” dapat diperluaskan. Jawapan anda bagaimana “Pengajaran Berpusatkan murid” dapat diperluaskan. Jawapan anda boleh dibahagikan seperti berikut:

boleh dibahagikan seperti berikut:

a). Apa itu pengajaran berpusatkan murid? a). Apa itu pengajaran berpusatkan murid?

b). Strategi dan kaedah yang melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran b). Strategi dan kaedah yang melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

dan pembelajaran.

c). Kaedah penilaian yang selaras pengajaran berpusatkan murid. c). Kaedah penilaian yang selaras pengajaran berpusatkan murid.

d). Isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran berpusatkan murid. d). Isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran berpusatkan murid.

(2)

1.0 Apakah itu pengajaran berpusatkan murid?

Aspek utama daripada fasa pengajaran dalam Model perancangan-pengajaran- penilaian ialah pelbagai strategi pengajaran yang digunakan oleh guru. Kepelbagaian strategi pengajaran Pembelajaran perlu dilakukan oleh guru untuk menjadikan proses  pengajaran pembelajaran menarik dan efektif. Pembelajaran berpusatkan guru adalah dimana guru mengawal keseluruhan proses pengajaran pembelajaran, murid pasif semasa guru mengendalikan pengajaran. Sementara pembelajaran berpusatkan murid pula, proses  pengajaran pembelajaran adalah daripada aktiviti yang telah dirancang dan dilakukan oleh

murid.

Pembelajaran berpusatkan murid atau pengajaran berpusatkan murid adalah satu  pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian  berfokuskan kepada murid itu sendiri. Murid merupakan tumpuan utama dalam model  pembelajaran berpusatkan murid. Bagi model pembelajaran berpusatkan murid, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan pensyarah ataupun guru  pula berubah daripada berperanan memberi kepada menjadi fasilitator ataupun  pembimbing. Tanggungjawab untuk belajar pula berpindah daripada guru kepada murid. Proses dan tujuan penilaian bukan hanya memberi gred tetapi termasuk memberi maklum  balas untuk penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran.

Selain itu, menurut (Borich & Tombari 1997) telah mendefinisikan pengajaran  berpusatkan murid sebagai satu pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang

kepada murid untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari. Pengajaran  berpusatkan burid merangkumi beberapa prinsip yang perlu dipatuhi. Antara prinsipnya ialah daya berfikir, minat dan perbezaan individu murid merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan murid secara aktif dimana guru hanya sebagai fasilitator dan

(3)

2.0 Strategi dan kaedah yang melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Melalui kaedah pengajaran berpusatkan murid, murid akan lebih bersungguh-sungguh dalam menguasai pelajaran mereka. Murid mempunyai peranan yang lebih penting dalam merangka dan merancang pembelajaran, membuat kajian, menilai hasil kerja serta  berinteraksi dengan guru dan sesama rakan semasa proses pembelajaran dilaksanakan. Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid, murid akan diberikan tugasan secara individu atau kumpulan mengikut tahap kebolehan mereka. Murid kemudiannya akan mencari dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyelesaikan tugasan yang diberi sebelum dibentangkan di dalam kelas. Ketika pembentangan di dalam kelas, murid-murid lain digalakkan memberi perhatian dan pendapat atau mengemukakan soalan kumpulan tersebut. Suasana ini menggalakkan pemikiran secara kritis di kalangan murid-murid.

Menurut Freiberg, 1996 dalam Giam Kah How, 2000 terdapat strategi yang  berpusatkan murid seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif. Berikut adalah

antara strategi pembelajaran berpusatkan murid antaranya ialah:

a) Kaedah Koperatif 

Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk   belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (Suhaida Abdul Kadir,

2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan murid boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja,semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk  menyelesaikan masalah tersebut, juga dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan murid.

(4)

Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk  mencapai sesuatu matlamat. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,,  bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga

hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahlikumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif.

b) Pendekatan Kumpulan

Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu murid mencapai objektif spesifik, tanggungjawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan,penglibatan murid secara aktif dalam kumpulan, kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab, Semangat  berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk.

c) Teknik Perbincangan

Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana murid berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciri pentingnya, murid  berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan

guru bersama murid akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan, murid akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru,perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah dan tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan murid mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat,menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009).

(5)

d) Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu  berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan langkah langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan,menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit. 9 aspek penting yang perlu diketahui ialah tujuan  penyelesaian masalah ialah iamembolehkan murid berfikir secara rasional, logik dan

objektif apabila menghadapi masalah, mempertingkatkan daya berfikir murid secara kreatif  dan kritis dan kelebihannya adalah mewujudkan proses pembelajaran yangberpusatkan murid dan mengakibatkan penglibatan aktif murid dalam pelajaran.

e) Kaedah Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing masing untuk  menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-ciri Pentingnya, ia merupakan satu  pembelajaran melalui pengalaman. peserta belajar daripada k esilapan dan berpeluang untuk 

meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya,dalam simulasi, peranan peserta agak  luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta- perserta bagi membuat keputusan, peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi, tujuan simulasi ialah ia membolehkan murid menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi murid peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan, kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan murid berbincang danberfikir secara kreatif, analisis dan kritis.

(6)

f) Kaedah Strategi Main Sambil Belajar

Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran  pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa, permainan manipulatif 

termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dancongak, permainan fizikal dalam  pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi,

kecekapan, dan kemahiran fizikal,permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran- pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti murid untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan  bermakna,10 kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada

keseronokkan bermain dan ia juga mengembangkan daya imaginasi untukmembantu kanak-kanak menyelesaikan masalah.

g) Kaedah Projek 

Projek adalah satu kaedah yang mana murid menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh murid didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui  proses menghasilkan sesuatu. Ciri-ciri pentingnya, tujuan kaedah projek ialah

memperkembangkan daya kreatif muriddan meluaskan pengalaman murid semasa menjalankan projek, ia juga membantu murid bekerjasama dan menanamkan sikap positif  dalam menghasilkan sesuatu projek, memperkembangkan pembelajaran melalui  pengalaman melaksanakan aktiviti, projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan

membawa manfaat kepada murid, bahan-bahan yang diperlukanuntuk projek hendaklah mudah diperolehi, projek yang sesuai dengan objektif muridan, kelebihan kaedah projek  ialah murid memperoleh kejayaan dan perasaan dan kepuasan jika dapat meyelesaikan  projek serta pengetahuan yang diperolehi kekal dan berkesan.

(7)

h) Kaedah Lawatan

Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan murid memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Murid dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak bolehdibawa masuk ke dalam bilik  darjah, tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada  pembelajaran, memberi peluang kepada murid untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku, kaedah ini juga menggalakkan murid untuk  mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah. Tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid adalah seperti berikut :

1. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Memberikan peluang kepada murid untuk belajar secara individu, kumpulan dan

kelas.

3. Melibatkan murid dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan  berasaskan kekuatan dan kelemahan muridr.

4. Memberi murid kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti  pembelajaran.

5. Mewujudkan prosedur pemantauan agar murid bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka.

(8)

3.0 Kaedah penilaian yang selaras pengajaraan berpusatkan murid

Pembelajaran aktif dalam pembelajaran berpusatkan murid memerlukan beberapa teknik penilaian murid yang berkualiti . Persekitaran penilaian berpusatkan murid menyediakan peluang untuk memberi maklum balas dan penambahbaikan sepanjang proses  pembelajaran. Penilaian yang berbentuk formatif ini akan menyumbang kepada penilaian dan penaksiran di penghujung proses pembelajaran. Antara teknik penilaian bersifat formatif yang berpusatkan murid adalah penulisan jurnal dan log, persediaan portfolio (e- portfolio), penilaian rakan sebaya, projek, dan kerja kumpulan. Penggunaan penilaian  berasaskan rubrik perlu digalakkan untuk penilaian yang objektif dan berkesan dalam

menilai tugasan murid.

4.0 Isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran berpusatkan murid

Pengajran berpusatkan murid telah bertpak lama di dalam dunia pendidikan. Pengajaran seumpama ini telah diamalkan sejak dahulu lagi secaralangsung dan juga tidak langsung. Disebalik pengajaran yang berpusatkan murid ini, isu mula timbul yang seba sedikit mempersolakan keberkesananan kaedah pengajaran seumpama ini.

Antara isu yang ingin diketegahkan ialah isu mengenai tahap kesediaan guru sendiri dalam mengubah cara pengajaran yang tradisioanl kepada pengajaran yang lebih moden iaitu pengajaran berpusatkan murid. Tahap kesediaan guru dari persediaan bahan, cara  perlaksanaan dan apakah tugas yang perlu dibawa oleh seorang guru ketika proses  pelaksanaan pengajaran berasaskan murid dijalankan merupakan satu perkara yang amat serius perlu dipertimbangkan. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu yang tinggi untuk menjadi fasilitator kepada murid ketika cara pengajaran ini dilaksanakan dan guru hendaklah memilih strategi pengajaran sama ada menggunakan kaedah projek ataupun kaedah lain dalam melaksanakan pegajaran berasaskan murid ini.

(9)

Antara isu yang lain adalah mengenai murid itu sendiri. Adakah mrid telah bersedia dari segi fizikal dan juga mental untuk menerima corak pengajaran seumpama itu. Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan murid ialah pembentangan hasil tugasan Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para murid. Sehubungan dengan itu, murid haruslah dilatih dengan kemahiran  berfikir pada peringkat yang lebih tinggi. Murid harus dilatih dengan kemahiran berfikir 

secara kritikal, menganalisa maklumat serta mengsistesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks.

Selain itu murid-murid juga harus diberitahu terlebih dahulu mengenai isi kandungan dan juga apa yang akan dipelajari sebelum menjalankan sesuatu aktiviti agar  mereka dapat membuat persediaan yang sewajarnya. Murid akan dapat membuat rujukan serta mencari bahan yang sesuai untuk digunakan semasa di dalam kelas setelah maklumat yang lebih awal diperolehi. Guru harus memberikan masa yang secukupnya kepada murid-murid untuk mencari dan mengumpulkan bahan-bahan . Apabila murid-murid dan guru telah  bersedia proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid ini dapat dijalankan

dengan sebaiknya tanpa gangguan yang boleh mengganggu tumpuan murid-murid.

Kesimpulan

Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu medan, tempat melahirkan insan-insan berkualiti mulia, sebagaimana yang diharapkan di dalam falsafah pendidikan  Negara.Selaras dengan itu, isu kaedah pengajaran merupakan isu yang tidak lapuk, ia

sentiasa dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pendidikan Negara berada ditahapyang diharapkan.

(10)

SOALAN 2: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Sediakan satu RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN yang memberi tumpuan kepada PEMBELAJARAN KOLABORATIF. Masa mengajar yang dicadangakan ialah dua masa (35 + 35 minit). Gunakan bahan pembelajaran sebagai panduan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tajuk Pendidikan Jasmani

Peringkat Kelas: K 4(High function)

Masa: 8.00am-9.10am

Bilangan murid 8 orang

Standard kandungan 1.4 Mengenal permainan dan memainkannya mengikut peraturan Standard pembelajaran 1.4.2 Permainan luaran(Menggelecek longgar dalam hoki)

Objektif pelajaran: Psikomotor : menguasai teknik kemahiran yang diajar dengan  betul

Kognititf :mengenal otot yang terlibat dalam kemahiran menggelecek 

Afektif : memupuk keyakinan diri dan semangat yang tinggi dalam mempelajari kemahiran yang diajar.

Pengisian kurikulum Ilmu : sains

 Nilai : bersyukur,mendengar arahan dan berhati-hati Elemen merentas kurikulum Pendidikan sivik dan kewarganegaraaan

Unsur terapi Psikomotor dan pergerakan kreatif 

Pengetahuan sedia ada murid Murid pernah melihat orang bermain hoki Bahan Pembelajaran & Pengajaran: 4 buah kon

(11)

Permulaan (10) Minit

Pemanasan badan : larian pelbagai variasi

1. Di dalam kawasan yang ditanda oleh guru menggunakan 4  buah kon, murid akan :

 Lompat seperti arnab

 Terbang macam burung

 Jalan seperti gajah

 Terbang seperti kapal tterbang

 Jalan seperti penguin

2. Aktiviti akan diulang sebanyak 4 kali

3. Murid akan membuat pergerakan secara berpasangan

Regangan tangan dan bahu

1. Secara berpasangan murid akan luruskan tangan di atas kepala dan tahan selama 8 saat sambil dibantu pasangan. 2. Bengkokkan lengan dan capai ke belakang.

3. Pasangan yang belum melakukan regangan akan melakukan regangan dan pasangan yang sudah melakukan regangan akan membantu pula.

Regangan pinggang

1. Bengkokkan badan ke kanan dan tekan 2. Tegakkan badan dan bengkokkan ke kiri

3. Regangan dilakukan sambil di bantu pasangan KON

GUR 

(12)

Perkembangan langkah 1 (20 minit)

Gerak kerja kelas :

a) ansur maju teknik menggelecek longar(digunakan apabila  pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat untuk 

melepaskan diri dari pihak lawan)

1. Guru menunjukkan cara menggelecek longar dan murid akan memerhatikannya dahulu.

2. Murid diajar tangan kiri di hujung kayu hoki

3. Tangan kanan di kawasan tengah kayu hoki dan belakang tangan menghadap luar.

4. Longgarkan sedikit pergelangan tangan 5. Badan dibongkokkan sedikit

6. Mata pandang bola semasa membuat tolakan

7. Boa hoki di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. 8. Kedudukan kayu hoki 45 darjah ke tanah

9. Bola ditolak perlahan ikut lajak.

10. Meenggelecek longar secara ke kiri dan ke kanan

 b) Latihan menggelecek longar secara berpasangan

1. Secara berpasangan, seorang murid akan menggelecek longar  ke kiri dan ke kanan dalam kawasan yang disediakan

2. Pasangan akan ikut dari belakang dan memerhatikan kesalahan yang dilakukan pasangan yag menggelecek.

3. Sebarang kesilapan yang dilakukan pasangan akan ditegur  terus dan membetulkan kesilapan tersebut.

(13)

Langkah 2 (20 minit)

Menggelecek longar secara berganti-ganti

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan 2. Murid berdiri di tempat masing-masing

3. Murid pertama akan menggelecek ke arah murid kedua

4. Pada masa yang sama murid kedua akan menggelecek ke arah murid pertama.

5. Murid perlu menggelecek ke arah bertentangan tanpa melanggar murid yang lain.

(14)

Permainan kecil (10 minit)

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan

2. Dua kumpulan akan bertanding da ahli di dalam asukan hendaklah bekerjasama dengan menggelecek bola di antara skittel yang disediakan secara berdua-dua tanpa melanggar  antara satu sama lain.

3. Apabila guru meniup wisel, 2 orang murid dari setiap kumpulan akan menggelecek melepasi skittel yang disediakan secara serentak hingga ke hujung dan patah balik  kepada tempat asal.

4. 2 orang murid lagi akan melakukan perkara yang sama setelah 2 orang murid pertama sampai di tempat asal.

5. Pemenang ditentukan setelah kumpulan tersebut berjaya membuat 5 pusingan menggelecek.

ARAH

(15)

Penutup (10 minit)

Gerak kendur 

1. Secara berpasangan murid akan melakukan gerak kendur  dengan diperhatikan oleh guru.

2. Berdiri tegak, kaki seluas bahu 3. Tangan di depakan ke depan

4. Kuncikan jari jemari tangan kanan dan kiri 5. Bongkokkan badan 90 darjah ke bawah 6. Tarik nafas

7. Semua aktiviti dilakukan dalam kiraan 4

Refleksi

1. Guru menyoal apa yang mereka telah pelajari pada hari ini. 2. Murid diminta menunjukkan sedikit teknik latihan yang telah

(16)

Rujukan:

Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran: Keseluruhan Otak Dan Daya Berfikir . Kuala Lumpur: Utusan Publicators and Distributors Sdn. Bhd

Azela Abdullah, 2009. Kepelbagaian, Gaya Pembelaran Dan Budaya. DiterimaDaripada http://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah Pada 06/12/2012.

Bahan modul yang dibekalkan AeU.

Bee, H. (1995). The Developing Child (7 th edition). New York: Harper Collins College Publishers.

Borich & Tombari (1997).Educatioanl Psychology : a contemporary approach Longman

Giam Kah How, (2000). Gaya pemebelajaran dan penggunaan multimedia dalam  pengajaran dan pembelajaran, jabatan sain dan matematik MPSK 

 Nota Pembelajaran. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. Diperoleh November 20, 2012 from

http://jtp.ipgkti.edu.my/ppy/resosbestari/PENDEKATAN/scl/5%20nota%20PBP.pd f 

Partos Timisoara Bucharest, 2010.Student Centered Learning An Insight Into Theory And   Practice. Diperoleh November 30, 2012, from

http://download.eiie.org/SiteDirectory/hersc/Documents/2010%20T4SCL%20Stake holders%20Forum%20Leuven%20%20An%20Insight%20Into%20Theory%20And %20Practice.pdf 

Siti Khadijah (2012).  Meningkatkan Penguasaan Kata Adjektif Dalam Kalangan Murid  Tahun Empat Sayang Bermasalah Pendengaran Dengan Menggunakan Kaedah  Multisensori, 1-10.

Student Centered Learning. Jusi Valimaa. Diperolehi November 28, 2012, from http://ebookbrowse.com/valimaa-student-centred-learning-pdf-d365174525

(17)

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini merupakan replikasi dari penelitian terdahulu, berdasarkan latar belakang yang sudah di uraikan di atas peneliti mencoba untuk meneliti pengaruh variabel bebas

Bagi penulis , hasil penelitian ini diharapkan dapat memperluas wawasan penulis dan memberikan gambaran yang lebih jelas dan lebih nyata akan kegiatan bisnis yang

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan perilaku kepemimpinan kepala sekolah, etos kerja guru dan budaya organisasi terhadap kinerja guru sekolah dasar

Fathansyah., Basis Data, Penerbit Informatika Bandung, edisi ke-5, 2004 Quis Mahasiswa memahami konsep denormalisasi data serta mampu mengimplementasikan dalam perancangan

Kami pun melakukan kegiatan refleksi untuk hari kedua, yang kemudian kami lanjutkan dengan acara santai, yaitu makan bersama dengan barbeque, nyanyi bersama, dan banyak

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui informasi tutupan lahan di kawasan sub DAS Lesti hulu menggunakan analisa data citra ASTER (Advance Spaceborne Thermal

Gittinger (1972: 2) menjelaskan bahwa proyek adalah suatu kegiatan investasi sebagai bagian dari program yang menggunakan faktor-faktor produksi untuk menghasilkan

Berdasarkan hasil dan pembahasan pada bab sebelumnya, dapat diperoleh kesimpulan sebagai berikut: (1) Jumlah limfosit mencit Balb-C yang terpapar medan magnet ELF