Jenis-jenis permainan tradisional:
Pengenalan permainan tradisional batu
seremban
Batu Seremban merupakan salah satu daripada permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak pada masa dahulu. Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Permainan ini kebiasaannya dimainkan menggunakan batu dan ia dikenali sebagai 'Buah´. Namun, buah yang digunakan tidak tetap kerana ada kanak-kanak yang menggunakan guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Biasanya jumlah buah digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak tujuh atau lima biji.Kebiasaannya, batu seremban ini dimainkan