• Tidak ada hasil yang ditemukan

INPUT7 HUKUM HOOKE 7.0 PENGENALAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "INPUT7 HUKUM HOOKE 7.0 PENGENALAN"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

HUKUM HOOKE

OBJEKTIF AM :

Memahami tegasan, terikan dan konsep ‘Hukum Hooke’ untuk

mendapatkan nilai-nilai modulus keanjalan dan melakar graf.

OBJEKTIF KHUSUS:

Di akhir unit anda sepatutnya dapat :-

 Menyatakan Hukum Hooke.

 Menerangkan sifat-sifat mekanikal bahan iaitu mulur, anjal, plastik dan rapuh.

 Mentakrifkan Modulus Keanjalan

 Mengira nilai Modulus Keanjalan sesuatu bahan dengan

melakar ‘graf beban melawan pemanjangan’ dan ‘graf tegasan melawan terikan’.

(2)

INPUT 7

HUKUM HOOKE

7.0 PENGENALAN

Daripada unit yang lepas, diketahui bahawa apabila sesuatu jasad dikenakan beban, ia akan mengalami ubahbentuk. Persoalannya, apakah yang akan terjadi pada jasad tersebut sekiranya beban dibuang/dilepaskan? Terdapat teori yang telah dibuat oleh Robert Hooke pada tahun 1678 mengenai persoalan ini. Ia

dinamakan sebagai ‘Hukum Hooke’.

Difinisi Hukum Hooke:

 Hooke menyatakan bahawa sesuatu jasad akan kembali kepada panjang asal setelah beban yang dikenakan, dialihkan daripadanya selagi ia berada dalam had anjal.

 Hooke menyatakan jika bahan dibebankan dengan tidak melebihi had anjal, maka ubahbentuk berkadar terus dengan beban.

@

Oleh kerana beban berkadar terus dengan tegasan dan pemanjangan berkadar terus dengan terikan; maka tegasan berkadar terus dengan keterikan.

@

Hukum Hooke sah dengan syarat-syarat berikut;

 Pembebanan paksi.

 Keratan rentas jasad adalah tetap/seragam.

 Bahan jasad adalah homogenos (sifat bahan yang sekata pada keseluruhan jasad).

l  P

(3)

7.1 SIFAT MEKANIKAL BAHAN

Apabila suatu bahan dikenakan daya tegangan beberapa sifat dapat dikenal pasti iaitu:

Mulur

Ia merujuk kepada suatu bahan yang mempunyai pemanjangan tinggi .

Anjal

Ia merujuk kepada keadaan bahan yang kembali kepada panjang asal apabila beban ditanggalkan darinya.

Plastik

Kebolehan sesuatu bahan mengalami pemanjangan yang berlebihan apabila ditegangkan.

Rapuh

Bahan rapuh iaitu bahan yang mengalami pemanjangan yang rendah sebelum patah tanpa sebarang amaran.

7.3 MODULUS KEANJALAN

Pemalar dalam persamaan Hukum Hooke disebut sebagai Modulus Keanjalan. Ia juga dikenali sebagai Modulus Kekenyalan atau Modulus Young,

Modulus keanjalan adalah nisbah di antara tegasan dan terikan.

Simbolnya E dan unitnya N/mm2 , kN/mm2, N/m2, kN/m2 etc.

E =

Terikan Tegasan

E =

Menggantikan  = A

P

dan  = L 

(4)

GRAF TEGASAN Vs TERIKAN Tegasan

Terikan E =

A PL 

Jadual 7.1 menunjukkan nilai Modulus Young yang lazim bagi bahan terbabit;

Bahan Modulus Young (GN/m2)

Keluli 200 – 220

Aluminium 60 - 80

Kuprum 90 – 110

Kayu 10

Jadual 7.1: Nilai Modulus Young

Nilai modulus ini menunjukkan kekuatan bahan kerana nilai yang tinggi menunjukkan graf tegasan- terikan yang tinggi. Oleh itu beban yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan pemanjangan yang sama.

Rajah 7.2: Graf Tegasan Vs Terikan

(5)

7.4 NILAI MODULUS KEANJALAN DARI GRAF

Sifat-sifat mekanikal sesuatu bahan ditentukan dengan melakukan ujian ke atas sampel bahan tersebut. Rajah 7.3 menunjukkan ujian tegangan piawai, dijalankan ke atas bar bulat yang mempunyai keratan rentas seragam dalam sebuah mesin ujian tegangan. Mesin ini membolehkan daya paksi dikenakan ke atas bar yang diuji .

Satu contoh bar yang akan diuji disediakan mengikut dimensi tertentu dan dipasang pada mesin ujian tegangan. Beban ditingkatkan sedikit demi sedikit sehingga bar contoh ini patah. Beban yang dikenakan dan pemanjangan yang

berlaku dicatitkan. Graf ‘beban melawan pemanjangan’ dihasilkan dan keputusan

ujian ditunjukkan seperti dalam rajah 7.4 .

Rajah 7.3 : Ujian Tegangan

Tolok

(6)

Modulus Young, E =

(7)

7.5 KEDUDUKAN SIFAT BAHAN DARI GRAF

Rajah 7.5 menunjukkan keputusan ujian tegangan bagi bar keluli lembut. Keterangan mengenai graf ini adalah seperti berikut.

A ialah Takat Anjal

Iaitu takat akhir bahan mematuhi Hukum Hooke

B ialah Had plastik

Had di mana bahan mula bersifat plastik hingga ia gagal dan tidak lagi mematuhi Hukum Hooke

C ialah Takat Alah

Had alah iaitu pemanjangan berlaku tanpa peningkatan beban.

D ialah Beban Maksima

Beban maksimum yang dikenakan dan bahan mengalami pemanjangan yang kritikal hingga ia gagal di titik E

E ialah Takat Putus

Bahan mengalami kegagalan

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN

D B

E C

Rajah 7.5 : Lengkung Tegasan – Terikan Keluli Lembut

Beban, P

(8)

7.6 MENGIRA MODULUS KEANJALAN DARI UJIAN TEGANGAN

Mengira tegasan dan peratus peubahan panjang dari data ujikaji

Keputusan berikut diperolehi daripada satu ujian tegangan.

Garispusat contoh = 10mm

a) Tegasan muktamad b) Peratus pemanjangan

(9)

Mengira modulus young dan perubahan bentuk dari data ujikaji

Semasa ujian tegangan ke atas satu contoh, keputusan pada jadual 7.6 dihasilkan.

Jadual 7.6 : Data Beban-Pemanjangan

Berikut merupakan data contoh bahan yang diuji: Garispusat asal = 12.5 mm b) Peratus pemanjangan c) Peratus pengurangan luas

Penyelesaian

Graf dilukis pada kertas graf.

Pilih skala yang bersesuaian.

Sambungan titik adalah kepada garisan linear yang paling banyak menghubungkan titik-titik.

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN

Dari graf: y1 = 6.5

y2 = 19

x1= 50

(10)
(11)

Mengira modulus keanjalan dari data ujikaji

Satu sampel bahan diuji dengan ujian tegangan dan menghasilkan data tegasan – terikan seperti pada jadual 7.7. Plotkan graf tegasan melawan terikan dan tentukan modulus keanjalan bahan tersebut. Adakah anda kelaskan bahan ini sebagai rapuh atau mulur?

Tegasan

(MPa) 8.0 17.5 25.6 31.1 39.8 44.0 48.2 53.9 58.1 62.0 62.5 Terikan

(x 10-3) 3.2 7.3 11.1 12.9 16.3 18.4 20.9 26.0 33.1 42.9 patah

Jadual 7.7 : Data Tegasan - Terikan

Penyelesaian

GRAF TEGASAN Vs TERIKAN

Tips….

Plot graf di atas kertas graf.

Sambungan titik adalah kepada garisan linear yang paling banyak menghubungkan titik-titik.

Kecerunan dikira pada bahagian lelurus graf..

Kecerunan graf tegasan-terikan adalah nilai modulus keanjalan.

(12)

Satu ujian tegangan ke atas spesimen, memberi keputusan seperti pada jadual 7.8;

Jadual 7.8 : Data Beban - Pemanjangan

Dengan melukis ‘graf beban –pemanjangan’;

Tentukan:

1 773 1545 2317 3089 3861 4633 5405

(13)

Dari plotan graf diperolehi:- graf, mungkin memberi jawapan yang sedikit berbeza; bergantung kepada ketepatan plotan graf.

SEKIRANYA TELAH BERSEDIA, ANDA BOLEH MENCUBA SOALAN-SOALAN AKTIVITI YANG

(14)

SEBELUM MENERUSKAN KE INPUT YANG BERIKUTNYA, SILA UJI KEFAHAMAN ANDA.

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

7.1 Huraikan istilah berikut

a. Had anjal b. Had plastik

c. Mulur

d. Rapuh

7.2 Takrifkan Hukum Hooke dan Modulus Keanjalan

7.3 Berdasarkan graf beban-pemanjangan (rajah 7.9) bagi keluli lembut, labelkan had-had penting yang ditandakan.

(A) ________ (B) ________ (C) ________ (D) ________ (E) ________ GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN

B D E

C Beban, P

Pemanjangan,  A

(15)

7.4 Isikan tempat kosong.

a) Hukum Hooke sah dengan syarat bahan bagi jasad/spesimen adalah __________.

b) Nilai modulus keanjalan menunjukkan __________ sesuatu bahan.

c) Graf tegasan-terikan bagi sesuatu spesimen yang diuji dengan ujian tegangan akan berkadar terus selagi ia berada dalam takat _____________.

d) Kecerunan ‘graf beban-pemanjangan’ memberi nilai ____________.

7.5 Keputusan berikut diperolehi daripada satu ujian tegangan.

Garispusat contoh = 12mm Panjang tolok = 55mm Beban maksimum = 30kN Panjang akhir = 58.88mm Garispusat leher = 8.4mm

Tentukan ;

(16)

Jawapan 7.1

Had anjal

Iaitu takat akhir bahan mematuhi Hukum Hooke. Pada Had anjal bahan akan kembali kepada panjang asal sekiranya beban dialihkan dari bahan.

Had Plastik

Had di mana bahan mula bersifat plastik hingga ia gagal dan tidak lagi mematuhi Hukum Hooke

Mulur

Ia merujuk kepada suatu bahan yang mempunyai pemanjangan tinggi .

Rapuh

Bahan rapuh iaitu bahan yang mengalami pemanjangan yang rendah sebelum patah tanpa sebarang amaran.

Jawapan 7.2

Hukum Hooke menyatakan bahawa sesuatu jasad akan kembali kepada panjang asal setelah beban yang dikenakan dialihkan daripadanya.

(17)

Jawapan 7.3

A ialah Takat Anjal

B ialah Had plastik

C ialah Takat Alah

D ialah Beban Maksima

E ialah Takat Putus

Jawapan 7.4

a) Seragam /homogenos c) Takat anjal

b) Kekuatan d) Modulus keanjalan

Jawapan 7.5

a) 265.3 N/mm2

b) 7.05%

______________________________________________________________________________________

SEKIRANYA ANDA TELAH YAKIN , ANDA BOLEH MENCUBA

PENILAIAN KENDIRI BERIKUTNYA.

(18)

1. Satu ujian tegangan telah dijalankan ke atas sebatang contoh keluli lembut. Jadual 7.10 adalah data keputusan ujian tersebut.

Beban (kN)

3 6 9 12 15 18 21

Pemanjangan (mm)

0.2 0.4 0.6 0.8 1.0 1.3 1.7

Jadual 7.10 : Data Beban - Pemanjangan

Panjang contoh = 3.5m Luas keratan rentas = 250mm2

(i) Plotkan ‘graf tegasan-terikan’. (ii) Nyatakan tegasan pada takat anjal.

(iii) Dengan berpandukan kepada graf, kirakan modulus keanjalan.

2. Semasa ujian tegangan ke atas satu sampel, keputusan pada jadual 7.11 diperolehi.

Tegasan x 103

(kN/m2) 12 24 36 48 60 72 84

Keterikan x 10-5

5.7 11.4 17.1 22.9 28.6

37.1 48.6

Jadual 7.11: Data Tegasan - Terikan

Panjang contoh = 200 mm Panjang akhir = 260 mm Garispusat asal = 12.5 mm Garispusat akhir = 8.0 mm

Tentukan ;

a. Modulus Young b. Tegasan anjal

(19)

3. Data pada jadual 7.12 menunjukkan keputusan dari satu ujikaji contoh bahan berukuran keratan rentas 15mm x 6mm dan jarak tolok 100mm. Tentukan modulus keanjalan bahan tersebut.

Beban (Mg)

0.25 0.50 0.75 1.0 1.25 1.50 1.75

Pemanjangan (mm)

0.033 0.074 0.112 0.151 0.192 0.230 0.272

2.00 2.25 2.50 2.75 3.00 3.25 3.26 3.27

0.312 0.350 0.40 0.45 0.521 0.62 0.95 Gagal

Jadual 7.12 : Data Beban - Pemanjangan

4. Satu ujian tegangan dijalankan pada satu contoh bahan memberi keputusan seperti pada jadual 7.13.

Panjang contoh = 250 mm Garis pusat asal = 25 mm Garispusat akhir = 18.6 mm

Beban

(kN) 2.5 5.0 7.5 10.0 12.5 15.0 17.5 20.0 22.5 25.0 27.5

Pemanjangan

( x 10-3 mm ) 18.75 40.0 62.5 82.5 103.0 125.0 146.0 168.0 190.0 212.5 235.0

30.0 32.5 35.0 37.5 38.5 39.5 40.0 40.5

257.5 281.5 315.0 350.0 390.0 512.5 660.0 875.0

Jadual 7.13 : Data Beban - Pemanjangan

Dengan melukis ‘graf beban melawan pemanjangan’ tentukan Modulus Young

bahan tersebut. Kirakan peratus pengurangan luas bahan tersebut dan tandakan had-had yang penting pada graf.

(20)

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1

Tegasan pada takat anjal = 60 x 103 kN/m2 Modulus keanjalan = 209.79 GN/m3

Jawapan 2

E = 74.17 GN/m2

Jawapan 3

E = 70.4 kN/mm2

Jawapan 4

a. E = 209.79 GN/m2

b. 44.65 %

___________________________________________________________

SEKIRANYA ANDA TELAH BERJAYA MENJAWAB DENGAN BETUL,

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk mengarnati pengaruh besaran pulsa pada struktur kristal lapisan tipis nickel molybdenum yang terbentuk dengan menggunakan difraksi

Di server, untuk menangani variabel dari input bertipe file adalah $_FILES, yang berupa array, informasi yang didapat dari $_FILES adalah :. $_FILES['userfile']['name']

 Kontraktor merupakan unsur penting Kontraktor merupakan unsur penting dalam perusahaan sebagai mitra yang dalam perusahaan sebagai mitra yang membantu kegiatan operasi

Kereta Api Indonesia Dalam Mempublikasikan program Mudik Bareng KAI”, dengan konsep yang digunakan dalam penelitian yaitu menggunakan Strategi Media Relations

Untuk memahami deskripsi akhlak seorang murid terhadap gurunya dalam konteks pemikiran Az-Zarnuji, menurut Awaluddin dalam tesisnya dapat dipahami dari pernyataannya

Hal ini dilakukan berdasarkan hasil penelitian terdahulu, bahwa ternak dengan bobot kawin untuk pertama kalinya antara 19-20 kg atau lebih dapat menghasilkan daya hidup anak

Data-data primer yang digunakan pada pelaksanaan Tugas Akhir ini seperti tekanan di node, debit yang keluar dari reservoir, panjang pipa dalam sistem, elevasi

Selain antibiotik, pengobatan yang dapat dilakukan untuk mengurangi gejala contohnya adalah penurun demam jika diperlukan.3 Obat-obatan lain yang pada orang dewasa digunakan