Bil Simpulan Bahasa Makna
1 Ada akal Cara menyelesaikan sesuatu masalah (DBP)
2 Adu domba Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan lain (DBP)
3 Akal kancil Orang yang pandai tipu muslihat (DBP)
4 Anak dagang Pengalaman hidup
5 Angkat diri Orang yang sombong dan suka meninggi diri (Fajar Bakti)
6 Asam garam Pengalaman hidup (DBP)
7 Atas angin Negara-negara barat
8 Bangkai bernyawa Orang yang tidak berguna
9 Bidan terjun Menggantikan tugas orang lain dengan tiba-tiba (Eastview)
10 Bintang terang Orang yang bernasib baik (DBP)
11 Bodoh sepat Nampak bodoh tetapi sebenarnya tidak mudah ditipu (Fajar Bakti)
12 Bongkok sabut Bongkok sedikit (DBP)
13 Bongkok udang Terlalu bongkok kerana tua (DBP)
14 Buah pena Hasil tulisan atau karya (DBP)
15 Buka mata Insaf atau sedar (Utusan)
16 Buka tembelang, pecah
tembelang Mendedahkan atau menceritakan hal keburukan seseorang kepada orang lain (Fajar Bakti)
17 Cahaya hidup Anak yang membawa tuah (Fajar Bakti)
18 Cepat tangan Suka mencuri(Eastview)/ pantas memukul orang (Fajar Bakti)
Bil Simpulan Bahasa Makna
19 Ganti tikar Berkahwin dengan adik atau kakak isteri setelah isteri meninggal dunia
20 Gelap mata Hilang pertimbangan kerana terlalu marah
21 Gigi air Bahagian tepi laut, sungai, tasik (DBP)
22 Hisap darah Memeras atau menindas orang (DBP)
23 Hutang darah Menuntut bela atas sesuatu kejadian (DBP)
24 Ibu keladi Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda (DBP)
25 Intan terpilih Orang yang sangat istimewa (Fajar Bakti)
26 Kecil hati Berasa tersinggung (DBP)
27 Keliling pinggang Sangat banyak (DBP)
28 Lipas kudung Membuat sesuatu kerja dengan pantas (DBP)
29 Mata petai Tidak dapat melihat dengan betul (DBP)
30 Omong kosong Percakapan perkara yang tidak berfaedah (DBP)
31 Pasar gelap Tempat jual beli barang yang melanggar undang-undang cara haram (Fajar Bakti)
32 Patah arang Perselisihan faham yang tidak dapat didamaikan lagi (DBP)
33 Patah kandar Hilang tempat bergantung (DBP)
34 Pening-pening lalat Berasa pening sedikit (DBP)
35 Retak seribu Retak halus dan banyak (Utusan)
36 Saudara baru Mualaf (Utusan)
Bil Simpulan Bahasa Makna 37 Sebatang kara Tiada sanak saudara (Utusan)
38 Sehelai sepinggang Menjadi miskin (hanya pakaian yang ada pada badan sahaja (Eastview)
39 Sekangkang kera Tanah yang sedikit dan tidak luas (Fajar Bakti)
40 Sengkang mata Tidak tidur semalaman (DBP)
41 Tali barut Orang yang membuat pekerjaan tidak baik untuk orang lain (DBP)
42 Tawar hati Sudah hilang kepercayaan (DBP)
43 Tebal telinga Tidak mempedulikan cakapan orang lain (Eastview)
Rujukan:
1. Peribahasa Sekolah Menengah – Asiah Abdul Rahman (DBP)
2. Siri Kamus 1088 Simpulan Bahasa – Mazlam Ismail (Eastview)
3. Kamus Peribahasa – Mohd Tajudin b. Hj. Abdul Rahman (Fajar Bakti)
4. Kamus Peribahasa Lengkap Utusan – Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (Utusan)