• Tidak ada hasil yang ditemukan

Title General paper I: Kebudayaan (Lectures 1-3) Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1960 Muhammad Ariff bin Ahmad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Title General paper I: Kebudayaan (Lectures 1-3) Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1960 Muhammad Ariff bin Ahmad"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Title General paper I: Kebudayaan (Lectures 1-3) Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad

Copyright © 1960 Muhammad Ariff bin Ahmad

(2)

GENERAL PAPER I.

Mas.

KEBUDAYAAN

Lecture 1 = 22.2.60 – 27.2.60 Hal: ERTI KEBUDAYAAN Bachaan: Keb. Sa-pintas Lalu

muka 1 – 7.

1. ERTI KEBUDAYAAN:

Menurut Haji Agus Salim, erti kebudayaan itu ia-lah satuan antara BUDI dan DAYA.

Budi itu mengandong ma’ana akal, pendapat, fikiran, pengertian, fahaman, persaan dan ikhtiar; dan daya itu mengandong ma’ana tenaga, kekuat-an dan kesanggupan atau kemampuan.

2. YANG DI-DAPATI DARIPADA KEBUDAYAAN:

Menurut Adi Negoro, daripada Kebudayaan itu kita dapati:-

a) Pengajaran dan Pendidekan: ia-itu batin kita men-jadi berseh kerana mendapat didekan dan ajaran daripada kebudayaan itu.

b) Kepandaian dan Kebaikan: ia-itu hasil yang kita dapati daripada pengajaran dan pendidekan yang kita terima daripada kebudayaan itu.

c) Faedah daripadaian dan kepandaian dan kemajuan orang lain: ia-itu kita dapat kebaikan daripada kemajuan orang lain dan menjadi suka berbuat kebaikan untok faedah orang lain pula.

3. UKORAN KEMAJUAN KEBUDAYAAN:

Kalau kita hendak mengukor atau hendak mengetahui kemajuan Kebudayaan sa- suatu kaum atau sa-suatu bangsa hendak-lah di-fikirkan dan di-timbangkan hal2 ini:

a) ugama-nya,

b) ilmu pengetahuan-nya.

c) keadaan dan chara hukum-nya, d) keadaan ekonomi-nya,

e) undang2 dan atoran2 pemerintahan-nya, f) adat istiadat-nya,

g) bentok (rupa) teknik-nya,

h) keadaan dan perkembangan kesenian-nya, i) keadaan dan perkembangan fikiran-nya.

Kebudayaan sa-suatu bangsa itu boleh-lah di-katakan maju atau hidup kalau perkara2 itu menunjokkan ada tanda2 maju atau hidup.

4. YANG BUKAN KEBUDAYAAN:

a) Perkara2 yang tidak bagus atau yang bersifat hanya hiboran sa-mata2 tidak- lah dapat di-katakan suatu Kebudayaan.

b) Perkara2 yang tidak menunjokkan peribadi sa-suatu kaum atau sa-suatu bangsa, tidak-lah dapat di-katakan suatu Kebudayaan Kebangsaan.

(3)

Soalan2:

1. Apa-kah erti kebudayaan dan apa-kah yang kita dapati daripada kebudayaan itu?

2. Bagaimana-kah kita hendak mengetahui atau mengukor kemajuan sa-suatu kebudayaan itu?

3. Terangkan, apa-kah yang di-katakan:- a) adat istiadat,

b) kebudayaan kuning, c) budi,

d) daya,

e) kebudayaan kebangsaan.

(4)

GENERAL PAPER I.

Mas 2

KEBUDAYAAN

Lecture 2 = 29.2.60 – 5.3.60 Hal: RUPA KEBUDAYAAN MELAYU Bachaan: Keb. Se-pintas Lalu

muka 12 – 23.

1. KEBUDAYAAN MELAYU SEKARANG:

Kebudayaan Melayu sekarang ini telah menjadi Kebudayaan yang berchampor-adok.

Pada segala hal, kebudayaan ini di-pengarchi dan di-resapi oleh kebudyaan2 asing.

Kebudaya-an itu menjadi demikian kerana orang2 dagang sentiasa datang ka-Tanah Melayu; berniaga dan tinggal berchampor – gaul beratus2 tahun lama-nya. Dalam pergalan hidup yang lama itu-lah kebudayaan Melayu dan kebudayaan2 asing itu pengaroh-menpengarohi antara satu dengan yang lain. Itu-lah sebab-nya

KEBUDAYAAN MELAYU SEKARANG BERCHAMPOR-ADOK.

2. PERSURATAN MELAYU SEKARANG:

a) Tulisan: Ketika orang Melayu mula2 pandai menulis, tulisan-nya ia-lah huruf2 Kawi. Bila mereka masok Islam tulisan Kawi itu di-tukar jadi Jawi. Sekarang mereka memakai tulisan Rumi untok per- suratan modern-nya.

b) Bahasa: Banyak sekali perkataan2 asing yang terpakai dalam persuratan Melayu sekarang:-

Tionghoa = loteng; kongsi; chawan; tochang dsb., Sanskrit = shurga; nuraka; dosa; ugama; dewa; dsb., Arab = Ahad; waktu; redha; fardhu; wajib dsb., Portugis = kemeja; renda; baldi; sepatu dsb.,

Belanda = senapang; skunar; toples; sekopong dsb.,

Inggeris = ……… terlalu banyak; terutama kata2 teknik.

3. BANGSA MELAYU SEKARANG:

Sa-bilangan ramai orang Melayu sekarang ia-lah orang2 kachokan, hasil daripada champoran perkahwinan antara bangsa Melayu jati dengan bangsa2 dagang yang datang bersemenda di-sini. Pada masa ini sedikit bilangan orang Melayu jati itu.

4. ADAT ISTIADAT ORANG MELAYU SEKARANG:

Walau pun orang Melayu ada mempunyai dasar2 adat (Adat Temeng-gong dan Adat Perpateh – lihat Lecture 3) tetapi banyak-lah adat2 kebiasaan (resam) Melayu yang telah berubah atau berkachok. Hal ini terjadi kerana perchamporan-nya sehari2 dengan orang2 dagang.

Adat memberi hormat selamat pagi; selamat malam dan sebagai-nya; adat menghias rumah dengan kerusi meja; adat ke-biasaan membakar merchun; mandi safar; dan

(5)

lain2 yang sekarang ini menjadi pakaian hidup mereka sa-hari2 itu bukan-lah asal-nya kebiasaan orang Melayu jati.

5. KEPANDAIAN ORANG MELAYU:

a) Bertukang-kayu dan emas: tidak modern; tidak pula membuat banyak2 b) Kepandaian berniaga: hanya berkechil2an; bila orang2 Tionghoa

datang baru mereka pan-dai berkongsi dan berniaga besar2an.

c) Kepandaian belayar: chara lama. Sekarang ramai yang jadi kaptan mata pencharian: kapal atau derebar motokar.

d) Kepandaian berjudi: dulu ta’tau; sekarang sudah pan-dai; mereka belajar berjudi daripada orang2 Tionghoa.

6. KESENIAN:

Nyanyian dan Tarian sekarang ini telah banyak di-pengarohi oleh nyanyian2 dan tarian2 asing; terutama sekali nyanyian2 dan tarian2 barat.

Perkakas2 bunyi2an yang terpakai dalam pancharagam2 sekarang pun ia-lah perkakas2 yang di-datangkan dari Barat. Orang2 lebeh suka menggantikan:

rehab dengan biola, kechapi dengan piano,

nafiri dengan terompet dsb.

7. PAKAIAN DA PERHIASAN:

Pakaian yang di-pakai oleh orang Melayu sekarang kebanyakan-nya di-tiru daripada pesen2 orang Eropah. Orang2 le-laki-nya memakai kemeja dan pentelun serta bertopi berkasot mengikut chara orang2 Barat. Orang2 perempuan-nya maseh memakai sarong dan baju; tetapi pakai-an modern-nya di-bentok menurut pesen Barat.

Perhiasan2 orang2 Melayu ia-lah kalong, gelang, chinchin dan subang (anting2 atau kerabu). Masa ini ramai juga perempuan2 yang memakai perhiasan2 modern (chara Barat) ia-itu berjamtangan; bertastangan; bersepoting; berkuku palsu; dan lain2 yang sa-umpama-nya.

Soalan2:

1. Bagaimana-kah rupa kebudayaan Melayu sekarang ini? Nyatakan dengan ringkas, mengapa boleh terjadi demikian.

2. Benar-kah dalam persuratan Melayu sekarang ini banyak terpakai kata2 asing? Beri- lah keterangan2 yang menunkokkan kebenaran-nya.

3. Daftarkan sa-puloh perkataan yang di-ambil oleh orang daripada bahasa2:

a) Tionghoa, b) Sanskrit, c) Arab, d) Portugis, e) Inggeris.

(6)

4. Benar-kah pada mula2-nya orang2 Melayu ini tidak pandai main judi? Daripada siapa- kah mereka telah belajar main judi itu? Beri-lah keterang-an2 yang menunjokkan orang2 Tionghoa itu yang mengajar mereka berjudi.

5. Cheritakan bagaimana keadaan pakaian orang2 Melayu laki2 dan perempuan, pada masa ini.

6. Kata orang: menyabong ayam dan berlaga kerbau itu bukan-lah suatu jenis judi.

Mengapa mereka berkata bagitu? Chuba-lah terangkan.

chukup-lah dulu!

(7)

GENERAL PAPER I.

Mas 3.

KEBUDAYAAN

Lecture 3 = 7.3.60 – 12.3.60 Hal: ADAT TEMENGGONG DAN

ADAT PERPATEH

1. PERBILANGAN ADAT: Ka-laut Adat Temenggong;

Ka-darat Adat Perpateh Adat Temenggong:

Siapa menjala siapa terjun,

Siapa berhutang siapa membayar;

Siapa bersalah siapa bertimbang, Siapa membunoh siapa kena bunoh.

Adat Perpateh:

Hutang berturut, chagar bergadai;

Chenchang pampas, bunoh beri balas.

2. DAERAH PEMAKAIAN ADAT:

a) Di-tanah Melayu = Orang2 yang tinggal atau yang berasal dari Melaka dan Negeri Sembilan sa-belah darat, memakai Adat Perpateh tetapi yang di-lain2 tempat memakai Adat Temenggong.

b) Di-Indonesia = Orang2 Minangkabau di-Sumatera memakai Adat Perpateh; orang2 di-lain daerah me-makai Adat Temenggong.

3. URAIAN KATA-ADAT:

a) Adat Temenggong = Mengutamakan keadilan (justice), ia-itu siapa yang bekerja dia-lah yang mendapat upah atau faedah;

bagitu pula siapa yang melakukan kesalahan dia-lah yang mesti menerima hukuman – orang lain ta ‘ada kena mengena.

b) Adat Perpateh = Mengutamakan timbangrasa (symphaty). Mereka hidup bersuka2; sa-suatu hal yang di-lakukan harus lah mengenai suku2-nya. Apa yang di-rasa oleh sa- saorang harus-lah di-rasa beramai2; bagitu pula apa yang di-tanggong oleh sa-saorang harus-lah di- tanggong beramai2.

(8)

4. PERBEDZAAN ANTARA KEDUA2 ADAT ITU:

Atoran Adat Temenggong Perpateh

Konsep Adat

Turunan Pesaka

Menentukan jodoh

Adat meminang

Mengutamakan ADIL

Terserah kapada anak laki2.

Jangan kahwin dengan emak; adek; anak.

Laki2 meminang perempuan.

Mengutamakan TIMBANG- RASA.

Terserah kapada anak perempuan.

Saperti Adat Temenggong + sama suku.

Perempuan memileh laki2 kemudian suroh laki2 meminang.

Soalan2:

1. Terangkan apa-kah perbedzaan antara Adat Temenggong dengan Adat Perpateh.

2. Apa-kah yang di-maksudkan dengan kata: Ka-Laut Adat Temenggong dan ka-darat Adat Perpateh itu?

3. Bagaimana-kah chara-nya orang2 Perpateh mengatorkan sa-suatu peminangan?

Cheritakan dengan ringkas.

Referensi

Dokumen terkait

mudahan, berkat kesabaran para pendengar mengikuti bincang bicara kita dengan· minat yang penuh maka akan dapatlah pendengar memenfaatkan persembahan MESTIKA PUSAKA

Bagi rakyat yang berbangsa Melayu minggu ini ada-lah menjadikan kegembiraan yang payah hendak di-lupakan kerana ia me-mulai dengan hakikat yang sa-benar2-nya bahawa bahasa

atau dengan pola: siapa luka siapa menyiuk; siapa sakit siapa mengaduh tadi .• tetapi, peribahasa: siapa berkotek siapa bertelur itu membawa makna yang lain

a. Di-peranakan tahun A.D 1795 di-negeri Melaka zaman pemerentahan Belanda. Keturunan-nya: bapa-nya ia-itu orang Arab champor India dan emak-nya orang India. Di-pelihara oleh

Adapun orang yang berhak menjadi wali hakim itu ialah pe■erintah tertinggi [sultan, raja, presiden atau yang sebagainya] yang beragama Isla■; atau sesiapa lelaki

terungkap da lam perurnpamaan. i,,anaka la peribahasa: terlangsung perahu boleh dibalik; terdorong kata apakan daya ... sekata •• tanµa banya:, bicara •• tidak

Buku Melawat ke -Eropah tengah itu telah dipinjam seorang guru pelatih, Encik Arshad Mohd Amin (almarhum: beliau meninggal sebagai mangsa peluru meriam tentera Jepun 1942)

Datuk Haji Mohd Said memperinci bahawa yang termasuk dalam kiasa11 bahasa itu ialah kiasa11, tamsi/, ibarat, pepatah, bidal, peri umpamaan, perbilangan, kata arif (/idah