• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENYALAHGUNAAN SUNNAH NABI DALAM PELABELAN DAN PROMOSI PRODUK HALAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENYALAHGUNAAN SUNNAH NABI DALAM PELABELAN DAN PROMOSI PRODUK HALAL"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PENYALAHGUNAAN SUNNAH NABI DALAM PELABELAN DAN PROMOSI PRODUK HALAL

Mohd Izzat Abd Shukur27, Mohd Farhan Md Ariffin,28 Mohd Anuar Ramli,29 Ahmad Rozaini Ali Hasan30



Abstrak

Pertumbuhan pesat industri halal turut memberi kesan terhadap hadith Nabi SAW. Selain dakwaan produk berasaskan sunnah Nabi Muhammad SAW, terdapat juga penyalahgunaan hadith dhaif dan palsu bagi melariskan jualan produk. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan tentang penyalahgunaan hadith Nabi SAW dalam produk pengguna di pasaran. Pengkaji akan menyenaraikan beberapa hadith yang sering digunapakai oleh pengeluar produk berkenaan, misalnya produk berasaskan susu kambing, kurma, madu dan habbatus sawda'. Sedangkan proses pengkomersialan dan pengeluaran produk tersebut tidak berdasarkan kepada cara yang dimakan oleh Nabi SAW. Sikap mengeksploitasi hadith Nabi SAW sebagai pelaris jualan produk perlu ditangani oleh pihak berwajib. Ini kerana sekiranya produk tersebut tidak memberi kesan manfaat kepada pengguna, risiko hadith Nabi SAW diperlekehkan akan wujud. Justeru, pengeluar perlu bertanggungjawab dalam penggunaan label "produk sunnah" kerana berisiko mendatangkan kesan negatif terhadap kedudukan sunnah sebagai sumber autoriti kedua dalam Islam.

Kata kunci: Salahguna sunnah, Label, Promosi Pendahuluan

Sunnah Nabi Muhammad SAW merupakan sumber autoriti kedua dalam Islam selepas al-Quran. Ulama‟ hadith membahaskan bahawa segala sesuatu dari Rasullullah SAW adalah dalam kapasiti baginda SAW sebagai imam yang memberi petunjuk dan pembimbing yang memberi nasihat sebagai teladan serta figura bagi umat Islam sehingga diambil segala sesuatu yang berkenaan dengan Nabi SAW, baik berupa perjalanan hidup, tingkah laku, sifat, sikap dan bentuk

27 Pelajar Pascasiswazah Sarjana, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603

Kuala Lumpur.

28

Pelajar Pascasiswazah PhD, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.

29 Pensyarah, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. 30 Pensyarah, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak.

(2)

tubuh, informasi, sabda dan perbuatan baginda SAW yang boleh membawa kepada perlaksanaan hukum syara‟ dan tidak.31

Menurut Imam al-Shafi„i (W. 204H), penggunaan kata “sunnah” terbatas hanya pada sunnah Rasullullah SAW. Oleh kerana itu, ketika Allah SWT memerintahkan kaum muslimin mentaati Nabi SAW dan menjadikan kehidupan baginda SAW sebagai model yang baik dan mengikutinya. Maka ungkapan “sunnah Nabi” pun mula digunakan. Penggunaan sunnah ini telah bermula pada masa hidup Nabi SAW dan ada diucapkan Nabi SAW melalui sabdanya.32 Kata sunnah juga digunakan hampir secara khusus dalam kitab-kitab fiqh dalam merujuk norma-norma yang ditetapkan Nabi SAW atau yang didapati dari kelakuan Nabi SAW.

Pada masa kini, sisipan kata sunnah digunakan untuk merujuk pada sunnah Nabi SAW. Penggunaannya secara umum terus berlaku dalam kalangan masyarakat. Mutakhir ini juga, muncul program masakan berasaskan sunnah, penghasilan produk kesihatan berasaskan sunnah, pakaian dan busana berasaskan sunnah dan sebagainya. Fenomena ini timbul berikutan sambutan pengguna Islam terhadap label “sunnah” yang digunapakai. Kadangkala program, produk makanan atau pakaian yang dijenamakan "sunnah oriented" hanya digunakan secara superficial tanpa pengkajian yang mendalam terhadap sunnah Nabi SAW.

Realiti Penggunaan Label Sunnah dalam Penghasilan Produk Halal di Malaysia

Produk makanan yang berinspirasikan item yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith pada hari ini berupaya menarik perhatian masyarakat. Persepsi masyarakat dalam memahami erti produk makanan sunnah difahami dengan produk peninggalan warisan Nabi SAW. Tidak dinafikan, terdapat beberapa penemuan istilah misalnya buah-buahan yang disebutkan di dalam al-Quran seperti kurma, madu lebah, buah tin, zaitun, delima dan banyak lagi. Realitinya, produk-produk ini dihasilkan dalam bentuk campuran antara buah-buahan yang lain. Akhirnya, produk ini dilabelkan dengan “makanan sunnah.”

Tambahan pula, produk yang ingin dihasilkan itu dilabelkan dengan teks-teks hadith sebagai dalil sokongan. Walaubagaimanapun, penggunaan teks-teks hadith sebagai pelabelan ini perlu diteliti kesahihan dan signifikan agar masyarakat tidak terpengaruh dengan dakwaan yang bersifat komersialisasi semata-mata tanpa ada bukti penyelidikan lanjutan. Fenomena ini semakin menular dalam kalangan masyarakat serta membawa impak negatif terhadap agama Islam. Tanggapan

31

„Abd Allah Sya„ban, Qawa„id Muhaddithin, Kaherah: Dar Salam li Taba„ah wa Nashr wa Tawzi„ wa al-Tarjamah, 2008, 11-12.

32 Terjemahan: “Barangsiapa bersunnah dengan sunnah yang baik, maka baginya ganjaran sebagaimana amal orang

yang diajarkannya dengan tidak berkurang sedikitpun ganjarannya. Barangsiapa yang bersunnah dengan sunnah yang jahat (buruk), maka baginya ganjaran (dosa) sebagaimana amal orang yang diajarkannya dengan tidak berkurang sedikit pun ganjaran (dosanya).” Hadith sahih riwayat Ibn Majah. Lihat Abu „Abd Allah Muhammad Ibn Yazid Qazwayni, Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah Ma„arif li Nashr wa Tawzi„, Kitab Ittiba„ al-Sunnah, Bab Man Sanna bi Sunnah Hasanah aw Sayyi‟ah, h. 53-54, No. Hadith 207.

(3)

sebegini perlu diperbetulkan dan masyarakat perlu dididik agar tidak meletakkan persepsi itu kepada pelabelan “sunnah” semata-mata.

Tuntasnya, produk-produk sedemikian perlulah dibuat kajian secara saintifik, teliti dan menyeluruh. Ia perlu dibuktikan kesahihan khasiat dan manfaatnya untuk kesihatan. Pengkaji bukanlah menafikan keistimewaan makanan yang disebut dalam al-Quran mahupun yang digemari Nabi SAW. Namun, ia wajar dijadikan satu garis ukur kerana percampuran pelbagai bahan dan ramuan lain juga perlu diperhalusi. Kemungkinan dengan campuran ini, nilai nutrisi dan komposisi kimia makanan tersebut turut berubah berbanding bahan asal itu sendiri. Ini bagi memastikan agar masyarakat pengguna mendapat manfaat secara optimum dan tidak memudaratkan kesihatan.

Pelabelan Dan Promosi Produk Makanan Berasaskan Sunnah

Pelabelan produk makanan dan minuman oleh sesuatu syarikat mampu menarik perhatian para pembeli. Tambahan pula terdapat beberapa produk yang mengunakan teks hadith sebagai dalil sokongan kepada produk jualan. Namun, pengkajian terhadap pemakanan sunnah berdasarkan hadith-hadith Nabi SAW memerlukan penelitian lebih menyeluruh dan saksama. Ia bukan sekadar memetik sepotong hadith tertentu secara rambang dan dijadikan tiket untuk mempromosikannya.

Selain itu, hadith yang digunakan sebagai sandaran perlu dikaji dan dipastikan status kesahihahnya terlebih dahulu. Ia adalah penting bagi mengelakkan impak negatif dalam mengaitkan integriti baginda SAW. Antara hadith popular namun lemah bahkan palsu yang digunakan dalam pelabelan dan promosi “sunnah food” ialah;

1- Madu

Terjemahan: “Sesiapa yang menjilat (meminum) madu sebanyak tiga kali setiap bulan tidak akan ditimpa bala yang berat.” 33

Takhrij: Status hadith adalah dha‟if (lemah) disebabkan dalam rangkaian sanadnya terdapat al-Zubayr Ibn Sa„id al-Hashimiy dan „Abd al-Hamid Ibn Salim yang dilabel sebagai da’if al-Hadith oleh al-„Aqiliy dan al-Daruqutni.34

33

Abu „Abd Allah Muhammad Ibn Yazid al-Qazwayni, Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„, Kitab al-Tibb, Bab al-„Asal, h. 577, No. Hadith 3450.

34 Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Da„if Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„,

(4)

2- Zaitun

Terjemahan: “Makanlah buah zaitun dan gunakanlah minyak, sesungguhnya ia telah diberkati.”35

Takhrij: Status hadith adalah dha‟if jiddan (sangat lemah) disebabkan dalam rangkaian sanadnya terdapat „Abd Allah Ibn Sa„id yang dilabel sebagai matruk al-Hadith oleh Ibn Hajar al-„Asqalani, Ahmad Ibn Hanbal dan Ahmad Ibn Shu„aib al-Nasa‟i .36

3- Kurma

Terjemahan: “Ini (kurma) adalah lauk bagi ini (roti).”37

Takhrij: Status hadith adalah dha‟if (lemah) disebabkan dalam rangkaian sanadnya terdapat Yazid Ibn Abi Umayyah yang dilabel sebagai majhul oleh Ibn Hajar al-„Asqalani dan Abu Hatim Ibn Hiban al-Busti.38

Terjemahan: “Berilah makan tamar kepada isteri-isteri kamu ketika mereka sedang nifas.”

Takhrij: Status hadith adalah mawdu„ (palsu).39

35 Abu „Abd Allah Muhammad Ibn Yazid al-Qazwayni, Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa

al-Tawzi„, Kitab al-At„imah, Bab al-Zayt, h. 558, No. Hadith 3320.

36

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Da„if Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„, 1997, 282.

37 Abu Dawud Sulayman Ibn Ash„ath Sajistani, Sunan Abu Dawud, Riyadh: Maktabah Ma„arif li Nashr wa

al-Tawzi„, Kitab al-At„imah, Bab fi al-Tamar, h. 688, No. Hadith 3830.

38

Muhammad Nasir Din Albani, Da„if Sunan Abu Dawud, Riyadh: Maktabah Ma„arif li Nashr wa al-Tawzi„, 1998, 308.

39 Muhammad Ibn Abu Bakr Ibn Qayyim Jawziyyah, Manar Munif fi Sahih wa Da„if, Riyadh: Dar

(5)

4- Delima

Terjemahan: “Tiada buah delima melainkan bijinya berasal dari syurga.” Takhrij: Status hadith adalah mawdu„ (palsu).40

5- Labu

Terjemahan: “Anas Ibn Malik berkata; “Wahai pokok (merujuk labu). Tidaklah aku menyukaimu jika tidak kerana Rasulullah SAW menyukaimu.” 41

Takhrij: Status hadith adalah dha„if (lemah) disebabkan dalam rangkaian sanadnya terdapat Abu Talut al-Shamiy yang dilabel sebagai majhul oleh Ibn Hajar al-„Asqalani dan al-Dhahabi.42

6- Cuka

Terjemahan: “Sebaik-baik hidangan lauk pauk adalah cuka. Ya Allah, berkatilah cuka, sesungguhnya ia adalah hidangan para Nabi sebelumku dan tidak akan fakir rumah yang memiliki cuka.” 43

Takhrij: Status hadith adalah mawdu„ (palsu) disebabkan dalam rangkaian sanadnya terdapat Jubarah Ibn Mughallis yang dilabel sebagai muttahim bi al-Wad‘i oleh Yahya Ibn Ma„in.

40

Muhammad Ibn Abu Bakr Ibn Qayyim Jawziyyah, Manar Munif fi Sahih wa Da„if, Riyadh: Dar al-„Asimah li al-Nashr wa al-Tawzi„, 1996, 42.

41 Muhammad Ibn „Isa Ibn Sawrah Tirmidhi, Sunan Tirmidhi, Riyadh: Maktabah Ma„arif li Nashr wa

al-Tawzi„, Kitab al-At„imah, Bab Ma Ja‟a fi Akala al-Dubba‟, h. 426, No. Hadith 1849.

42

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Da„if Sunan al-Tirmidhi, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„, 2000, 176.

43 Abu „Abd Allah Muhammad Ibn Yazid al-Qazwayni, Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa

(6)

7- Bawang Putih

Terjemahan: “Sesungguhnya makanan terakhir yang dimakan Rasulullah SAW ialah makanan yang di dalamnya mengandungi bawang.”44

Takhrij: Status hadith adalah dha‟if (lemah) disebabkan dalam rangkaian sanadnya terdapat Baqiyyah Ibn Al-Walid al-Kala„iy yang dilabel sebagai kathir tadlis ‘an al-Du‘afa’ oleh Ibn Hajar al-„Asqalani dan al-Daruqutni.45

8- Daging

Terjemahan: “Penghulu makanan penghuni dunia dan syurga ialah daging.” 46

Takhrij: Status hadith adalah dha‟if jiddan (sangat lemah) disebabkan dalam rangkaian sanadnya terdapat Sulayman Ibn „Ata‟ al-Jazariy yang dilabel sebagai matruk Hadith oleh Ibn Hajar „Asqalani, Bukhari, Abu Hatim al-Razi dan Abu Ja„afar al-„Aqiliy.47

Terjemahan: “Sesungguhnya (terdapat) kegembiraan pada hati ketika mana memakan daging.”

Takhrij: Status hadith adalah mawdu„ (palsu).48

44 Abu Dawud Sulayman Ibn Ash„ath Sajistani, Sunan Abu Dawud, Riyadh: Maktabah Ma„arif li Nashr wa

al-Tawzi„, Kitab al-At„imah, Bab fi Akala al-Thum, h. 688, No. Hadith 3829.

45

Muhammad Nasir Din Albani, Da„if Sunan Abu Dawud, Riyadh: Maktabah Ma„arif li Nashr wa al-Tawzi„, 1998, 308.

46 Abu „Abd Allah Muhammad Ibn Yazid al-Qazwayni, Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa

al-Tawzi„, Kitab al-At„imah, Bab al-Lahm, h. 556, No. Hadith 3305.

47

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Da„if Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„, 1997, 267.

48 Muhammad Ibn Abu Bakr Ibn Qayyim Jawziyyah, Manar Munif fi Sahih wa Da„if, Riyadh: Dar

(7)

9- Garam

Terjemahan: “Penghulu hidangan lauk pauk kamu ialah garam.” 49 Takhrij: Status hadith adalah dha‟if jiddan (lemah) disebabkan dalam rangkaian sanadnya terdapat „Isa Ibn Abi „Isa al-Ghiffari yang dilabel sebagai matruk al-Hadith oleh Ibn Hajar al-„Asqalani, Abu Dawud al-Sajistani, Ahmad Ibn Shu„aib al-Nasa‟i, al-Daruqutni dan Yahya Ibn Sa„id. 50

Terjemahan: “Hendaklah kamu memakan garam, kerana ia ubat bagi 70 penyakit.”

Takhrij: Status hadith adalah mawdu„ (palsu).51 10- Produk yang Dibacakan Ayat Al-Quran

Terjemahan: “Sebaik-baik ubat ialah al-Quran.” 52

Takhrij: Status hadith adalah dha‟if (lemah) disebabkan dalam rangkaian sanadnya terdapat Harith Ibn „Abd Allah A„wari yang dilabel sebagai al-Kadhab oleh „Ali al-Madini, Ibn Hajar al-„Asqalani dan Abu Ishak al-Sabi„iy .53

Kesan Penggunaan Label Produk Sunnah

Interpretasi sesebuah hadith seharusnya diikuti dengan melakukan ijtihad dengan pelbagai teori dan pendekatan keilmuan. Menghuraikan hadith dalam ruang lingkup keilmuan perlu berada dalam lingkungan Islam atau selama mana berada dalam rangka mencari dan menemukan kebenaran.

49 Abu „Abd Allah Muhammad Ibn Yazid al-Qazwayni, Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa

al-Tawzi„, Kitab al-At„imah, Bab al-Milh, h. 558, No. Hadith 3315.

50

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Da„if Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„, 1997, 269.

51 Muhammad Ibn Abu Bakr Ibn Qayyim Jawziyyah, Manar Munif fi Sahih wa Da„if, Riyadh: Dar

al-„Asimah li al-Nashr wa al-Tawzi„, 1996, 42.

52

Abu „Abd Allah Muhammad Ibn Yazid al-Qazwayni, Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„, Kitab al-Tibb, Bab al-Lahm, h. 590, No. Hadith 3533.

53 Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Da„if Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„,

(8)

Penjualan produk berasaskan sunnah mempunyai nilai keuntungan yang tinggi. Para penjual boleh memasarkan dengan label halal sahaja, tanpa menisbahkan dengan sunnah Nabi SAW. Ini kerana penggunaan sunnah dalam penghasilan produk secara komersial boleh mendatangkan kesan negatif terhadap sunnah Nabi SAW.

1. Autoriti sunnah dipertikaikan.

Keautoritian sunnah Nabi Muhammad SAW dipertikaikan sekiranya produk yang dihasilkan tersebut mendatangkan kesan mudarat atau tidak memberi manfaat seperti yang didakwa oleh pengeluar produk. Pengguna berasa ragu dengan sunnah Nabi SAW.

2. Sunnah Nabi SAW dipandang rendah dan mengundang fitnah.

Penghasilan produk berasaskan sunnah menyebabkan ia dipandang rendah. Ini kerana umat Islam hanya mengamalkan sunnah Nabi SAW dalam pengambilan makanan sahaja, namun tidak secara komprehensif. Akibatnya penjenamaan ini hanya bersifat komersial semata-mata.

Terdapat juga pihak-pihak yang memberi nilai tambah terhadap "produk sunnah" dengan bacaan ayat al-Quran, ayat ruqyah, doa-doa khusus bagi menambahkan keyakinan pengguna. Mungkin pihak pengeluar mempunyai niat yang baik untuk mempromosikan sunnah Nabi SAW, namun secara tidak sedar ia adalah bentuk penyalahgunaan sunnah Nabi SAW. Apa yang dibimbangkan, ia termasuk dalam pendustaan terhadap Nabi SAW.

Sedangkan Nabi SAW mempunyai teknik dan cara pemakanan yang khusus terhadap produk tersebut. Baginda SAW tidak mencampurkan antara bahan makanan yang mempunyai nilai zat gizi yang sama, tidak dengan pewarna, perasa dan perisa khusus sepertimana produk yang dihasilkan secara komersial. Walaupun dipandang remeh oleh para pengeluar, menisbahkan produk dengan sunnah Nabi SAW adalah tindakan yang tidak wajar.

Usaha JAKIM Dalam Menangani Ekspolitasi Terhadap Sunnah

Produk berasaskan “makanan sunnah” atau makanan dan minuman yang dibacakan ayat-ayat al-Quran atau diruqyahkan seringkali disebut sebagai makanan terbaik. Selain itu, terdapat juga produk yang dikeluarkan menggunakan air zam-zam sebagai ramuan campuran. Namun demikian, air zam-zam yang dijadikan ramuan campuran adalah dalam kuantiti yang sedikit. Produk tersebut kemudiannya dilabelkan dengan pernyataan air zam-zam sebagai ramuan. Produk-produk tersebut sering kali menjadi pelan pemasaran kepada sesetengah pengusaha bagi melariskan produk. Apa yang merisaukan ialah kemungkinan berlaku penipuan dengan alasan produk tersebut lebih berkat dan berkesan kerana dibacakan ayat al-Quran, zikir atau doa tertentu.

(9)

Mengambil berat mengenai isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-108 yang bersidang pada 2-3 November 2015 telah membincangkan mengenai hukum penjualan produk menggunakan ayat ruqyah untuk tujuan komersial. Di antara keputusan penting yang telah diputuskan oleh jawatankuasa tersebut adalah penggunaan ayat ruqyah pada sesuatu produk bagi tujuan komersial tidak dibenarkan sama ada pada pelabelan, pengiklanan atau promosi.54

Natijahnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 4 Februari 2016 telah mengeluarkan pekeliling pensijilan halal Malaysia bilangan 2 tahun 2016 yang menyentuh mengenai larangan menggunakan ayat ruqyah, “makanan sunnah” dan seumpamanya pada pelabelan, pengiklanan atau promosi produk berkuatkuasa 15 Februari 2016 bagi semua syarikat pemohon sijil pengesahan halal Malaysia. Pekeliling tersebut telah diterbitkan berdasarkan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.55 Oleh itu, semua syarikat atau pemohon pensijilan halal Malaysia perlu mematuhi dan mengambil maklum mengenai perlaksaan pekeliling ini.

Kesimpulan

Penggunaan sunnah Nabi SAW perlu berasaskan garis panduan yang jelas. Ia memerlukan pengamatan yang kondusif, dan bukan sekadar tangkap muat. Penjenamaan label sunnah perlu menepati kriteria yang dianjurkan dan tindakan yang diamalkan oleh Nabi SAW bagi memelihara integriti Nabi SAW. Pengeksploitasian sunnah Nabi SAW bagi melariskan produk adalah tidak wajar. Justeru, tindakan JAKIM amat wajar dan tepat pada waktunya.

Rujukan

Abu „Abd Allah Muhammad Ibn Yazid al-Qazwayni, Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„.

Abu Dawud Sulayman Ibn Ash„ath al-Sajistani, Sunan Abu Dawud, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„.

Muhammad Ibn Abu Bakr Ibn Qayyim Jawziyyah, Manar Munif fi al-Sahih wa al-Da„if, Riyadh: Dar al-„Asimah li al-Nashr wa al-Tawzi„, 1996. Muhammad Ibn „Isa Ibn Sawrah al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Riyadh:

Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„.

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Da„if Sunan Abu Dawud, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„, 1998.

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Da„if Sunan al-Tirmidhi, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„, 2000.

54

Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia Bilangan 2 Tahun 2016, Larangan Penggunaan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Dalam Pensijilan Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Bahagian Hab Halal, 1-2.

55 Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia Bilangan 2 Tahun 2016, Larangan Penggunaan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran)

(10)

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Da„if Sunan Ibn Majah, Riyadh: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„, 1997.

Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia Bilangan 2 Tahun 2016, Larangan Penggunaan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Dalam Pensijilan Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Bahagian Hab Halal, 1-2.

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi perilaku penjamah makanan dalam menerapkan Cara Pengolahan Pangan yang Baik (CPPB)

Dalam penyelidikan konsumsi makanan di Indonesia ditemui makanan jadi herupa makanan jajan yang cukup mempunyai arti dalam hidangan sehari-hari, Suatu cara untuk

Skripsi ini membahas tentang permohonan dispensasi nikah karena hamil di luar nikah, namun permohonan tersebut ditolak oleh majelis hakim Pengadilan Agama Bantul.8 Keempat skripsi

Penanganan kerang pokea ( Batissa violacea celebensis Martens 1897) dari Sungai Pohara yang dilakukan oleh nelayan adalah mengumpulkan kerang dengan cara menangkap atau

Komando, Kendali, Komunikasi dan Informasi (K3I), kemampuan lain yang dimiliki oleh batalyon mekanis adalah K3I dimana setiap Ranpur Anoa dilengkapi dengan radio komunikasi VHF

Kedua, tidak dapat menghilangkan fakta bahwa titik tunggal kegagalan ( Single Point of Failure , SPOF) justru ada pada server itu sendiri. Ketiga, keberlangsungan

Dari uraian di atas peneliti tertarik sekali untuk melakukan penelitian di dalam kelas dari masalah yang ada, dengan judul Peningkatkan Aktivitas dan

Handle pintu yang baik adalah sesuai dengan gaya rumah kita, jika anda menyukai desain rumah modern maka pilihlah handle pintu dengan motif yang dominan kotak dengan desain rumah